21 research outputs found
Hubungan manāhij rabbanīyyah dalam dakwah dengan kredibiliti komunikator Islam media baharu / Muhammad Taufik Md Sharipp
Gelombang komunikasi media baharu yang semakin deras mutakhir ini membuka ruang untuk menyampaikan mesej komunikasi Islam melalui media baharu. Demi mewujudkan komunikasi Islam yang berkesan, komunikator Islam seharusnya kembali kepada asas penyampaian maklumat yang disebut manāhij rabbanīyyah
Pembangunan dan pengesahsahihan instrumen kredibiliti komunikator Islam menurut al-Quran / Muhammad Taufik Md Sharipp, S. Salahudin Suyurno dan Abdul Rauf Ridzuan
Menurut perspektif Islam, komunikator menggalas kedudukan paling penting dalam menyampaikan mesej kepada penerima sama ada individu ataupun kumpulan menggunakan medium tertentu. Pada masa kini, terlalu ramai Muslim siber yang ingin memikul tugas dan tanggung jawab sebagai komunikator Islam. Perkara ini amat baik kerana setiap Muslim itu ditugaskan untuk berdakwah sesuai dengan kemampuan mereka. Namun ilmu pengetahuan, adab dan sifat seorang komunikator Islam perlu dihadam agar mesej yang disampaikan diterima semua. Perkara inilah yang menjadi nilai kredibiliti seorang komunikator yang akan diukur melalui pendekatan kuantitatif. Dalam mewujudkan instrumen kredibiliti komunikator Islam, ayat al-Quran yang menggariskan sifat seorang penyampai mesej Islam dikeluarkan dan dibina item-item yang bersesuaian berdasarkan faktor yang telah dikenal pasti. Seterusnya item yang dibina disahkan oleh pakar rujuk dan dianalisis melalui analisis faktor penerokaan yang dikod ke dalam aplikasi SPSS. Hasil kajian menemukan, lima daripada tujuh faktor kredibiliti komunikator Islam iaitu Amanah, Benar, Beriman, Boleh dipercayai dan Adil diterima sebagai elemen kredibiliti komunikator Islam
Model Muslim siber berasaskan Manhaj Rabbaniyyah / Muhammad Taufik Md Sharipp, S. Salahudin Suyurno dan Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz
Komunikasi Islam adalah proses menyampaikan utusan (mesej) kepada seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap & kepercayaan berlandaskan Islam. Lantaran itu, setiap individu Muslim menggalas tanggung jawab sebagai seorang komunikator Islam. Namun, melihat kepada situasi kini yang amat membimbangkan apabila ramai pengguna laman sosial mudah menulis dan berkongsi apa sahaja bahan mereka atas panji dakwah tanpa ada ilmu dan penelitian yang khusus. Etika sebagai seorang komunikator atau pendakwah dipandang sepi oleh segelintir pihak khususnya melalui media baharu. Justeru, Muslim siber perlu kembali kepada perkara pokok dalam mengambil dan menyebarkan maklumat berkaitan Islam disebut manhaj rabbaniyyah yang merangkumi tiga elemen utama iaitu hikmah, mau’izah al-hasanah dan mujadalah al-husna. Kajian secara tinjauan dan deskriptif ini bertujuan mengenal pasti elemen manhaj rabbaniyyah dan menganalisis kepentingannya sebagai indikator komunikator Islam. Kesahan instrumen dari pakar rujuk bidang dakwah dan komunikasi Islam juga diketengahkan bagi mengenalpasti item-item manhaj rabbaniyyah
Aplikasi syarat kesahihan hadith terhadap model komunikasi berkesan / Muhammad Taufik Md Sharipp … [et al.]
Tatkala membicarakan mengenai hadith, disiplin ilmu ini akan menilai darjat sesebuah hadith sama ada sahih, hasan atau dhaif memandangkan ajaran Islam yang tercermin dalam diri Nabi SAW telah disampaikan kepada umat manusia melalui komunikasi. Ulama‘ bersepakat bahawa kesahihan hadith terangkum kepada lima syarat besar iaitu sanad bersambung, keadilan dan kekuatan ingatan perawi serta tiada kecacatan dan keraguan pada sanad dan matan hadith. Lantaran itu, syarat ini diolah bagi mewujudkan model komunikasi berkesan memandangkan secara umumnya penerimaan sesuatu mesej dalam komunikasi Islam turut memerlukan indikator tertentu. Kertas kerja ini mengaplikasikan syarat hadith tadi dan menghasilkan dua pecahan utama dalam model komunikasi berkesan. Bagi kategori komunikator, seseorang itu memerlukan keabsahan, keadilan dan integriti. Autoriti dan kesepakan mesej yang menjadi kategori kedua dalam model komunikasi berkesan yang dihasilkan
علم الفروق الأصولية: منهجية تجديدية في تأليف علم الأصول = The Science of Usuli Nuances: a Renewal Method of Writing in Usul al-Fiqh
إن صلة الفقه بأصوله كصلة الجسد بروحه، إذ إن الفقه لا يتأتى إلى الوجود إلا بأصول الفقه، وإن أصول الفقه لا تقوم إلا بالفقه. ولما دأب الفقهاء على تأليف الفروق الفقهية في بيان أوجه الاختلاف بين المسائل الفقهية المتشابهة، فعكف الأصوليون على تأليف الفروق الأصولية في بيان أوجه التغاير بين المسائل الأصولية المتناظرة. فظهر بجهودهم فنٌّ جديدٌ يمثِّل منهجيةً تجديديةً في تأليف علم الأصول وهو ما يعرف بعلم الفروق الأصولية. فيسعى هذا البحث إلى إلقاء الضوء على هذا العلم ودراسة بعض الأمثلة للفروق الأصولية من مدونات العلماء قديمًا وحديثًا. يتكون هذا البحث من المبحثين حيث يتناول المبحث الأول الإطار المعرفي لعلم الفروق الأصولية، ويتناول المبحث الثاني بعض الفروق بين المسائل الأصولية في مدونات العلماء
Peranan Sultan Abu al-Hasan ‘Ali al-Marini dalam kerajaan Banu Marin di Fas, al-Maghrib (1331-1351M) / Mariam Farhana Md Nasir … [et al.]
Pencapaian tamadun dalam Kerajaan Banu Marin era Sultan Abu Sa’id ‘Uthman II menyaksikan perkembangan yang berlaku secara perlahan dan mendatar. Namun begitu, pemerintahan Sultan Abu al-Hasan ‘Ali pada 731H/1331M telah menyaksikan beberapa perubahan yang berlaku dalam pemerintahan, sekaligus menjadikan era kegemilangan Kerajaan Banu Marin di al-Maghrib. Kerajaan Islam yang pernah bertapak sekitar tahun 1215M hingga 1465M di wilayah al-Maghrib, telah diperintah oleh 26 orang sultan yang mempunyai sejarah kecemerlangan dan kehebatan yang tersendiri. Oleh itu, kajian ini membincangkan mengenai ketokohan Sultan Abu al-Hasan ‘Ali (731-751H/1331-1351M) sebagai sultan teragung dalam Kerajaan Banu Marin sehingga kerajaan tersebut mencapai era kegemilangan dan kemasyhurannya di al-Maghrib al-Aqsa pada abad pertengahan. Di samping itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji latar belakang Sultan Abu al-Hasan ‘Ali daripada pelbagai aspek, selain peranan yang dimainkan oleh beliau dalam mengangkat Kerajaan Banu Marin sebagai sebuah kerajaan yang gemilang. Metode kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu penyelidikan perpustakaan sepenuhnya melalui sumber bertulis sama ada sumber primer atau sekunder. Hasil kajian ini dapat mendedahkan kepada masyarakat usaha Sultan Abu al-Hasan ‘Ali dalam memastikan kerajaan yang dipimpin menjadi sebuah kerajaan yang berjaya dan cemerlang. Beliau merupakan pemerintah yang paling cemerlang dalam pemerintahan Kerajaan Banu Marin sehingga kerajaan tersebut mencapai ketamadunan yang tinggi dalam aspek politik, ekonomi, seni bina dan juga perkembangan ilmu pengetahuan
Strategic Organisational Communication and Leadership in a Sufi Institution: A Case Study of the Naqshabandiyyah Centre in Negeri Sembilan, Malaysia
This study addresses the crucial issue of communication inefficiencies within religious organisations, which often lead to leadership fragmentation, operational confusion, and public misperception. Focusing on the Naqshabandiyyah Sufi Practice Centre (NSPC) in Negeri Sembilan, Malaysia, the research explores how strategic organisational communication enhances management decision-making in a spiritually structured institution. The objective is to analyse the roles of vertical and horizontal communication in ensuring administrative fluidity, leadership continuity, and public trust in the tarekat’s leadership. Employing a qualitative, descriptive-exploratory approach, the study utilizes document and content analysis to examine internal communications and management practices. The findings reveal that vertical communication supports the clear delegation of authority, vision alignment, and structured leadership formation, while horizontal communication facilitates collaboration, social outreach, and inter-agency coordination. The study also highlights how communication practices rooted in spiritual wisdom contribute to institutional legitimacy and organisational effectiveness. Ultimately, this article contributes to the field of Islamic management and communication by proposing a two-way, value-based communication model suited to the complexities of contemporary spiritual institutions operating within modern governance frameworks
Pembangunan dan pengesahsahihan instrumen manhaj rabbãniyyah sebagai indikator komunikator Islam / Muhammad Taufik Md Sharipp, S Salahudin Suyurno and Mohamad Shafiei Ayub
Rabbãniyyah bermaksud jalan hidup yang bersumberkan Tuhan, bukan ciptaan manusia. Al-Quran telah melakarkan asas-asas utama seorang Muslim ketika berkomunikasi termasuk kaedah menyeru ke arah kebaikan serta melarang kemungkaran. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa iaitu fasa pembangunan instrumen dan fasa kesahan faktor secara statistik hubungan manhaj rabbãniyyah dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Sebanyak 21 item dalam pemboleh ubah manhaj rabbānīyyah telah dikelaskan kepada 3 elemen metodologi dakwah iaitu ‘al-hikmāh‘, ‘al-mauʿizah al-hasanah‘ dan al-mujãdalah al-husna‘. Hikmāh merujuk kepada keadilan, ilmu dan kelembutan, Lafaz mauʿizah yang diulang sekurang-kurangnya sembilan belas kali dalam al-Quran ini turut bermaksud menggunakan penyampaian atau percakapan yang lemah-lembut dan berbudi bahasa, mesej yang disampaikan bersifat targhĩb atau tarhĩb golongan sasar. Manakala mujãdalah membawa erti perbincangan atau dialog yang baik dengan disertakan bukti fakta dalam menyokong hujah. Ketiga-tiga elemen ini merupakan faktor yang penting dalam membentuk metode penyampaian seorang komunikator Islam
Kredibiliti Komunikator Berasaskan Manhaj Rabbānīyyah
Communicators refer to Muslims who send Islamic messages to be shared. All Muslimsbear the responsibility as Islamic communicator and thus, need to equip themselves with themethod of da\u27wah called manhãj rabbãniyyah in order for the communication process to beeffective. Manhãj rabbãniyyah encompasses three principles highlighted in Qur\u27an, namelyhikmah, mau’izah and al-mujãdalah. Furthermore, Islam also emphasizes somecharacteristics of a quality communicator such as trusted, fair, reliable, able to employ goodcommunication method and, true and responsible so that the communicator be seen as acredible person. Therefore, this study aims to analyze the elements of manhãj rabbãniyyahand its relationship with communicator’s credibility. The results of this study found that allthree elements of manhãj rabbãniyyah and communicator’s credibility factors have a highCronbach\u27s Alpha value; above α> 0.7. In addition, analysis of Pearson correlation betweenmanhãj rabbãniyyah and credibility recorded a strong relationship; α> 0.6. The mauʿizahelement shows a higher value of the correlation coefficient than the other elements. Itconcludes that the mauʿizah element is most significant than the other two elements. Thefact that the respondents are among the public citizens may contribute to this result.Therefore, it meets the views of scholars who claimed that the public at mass is more suitableto be preached through the method of mauʿizah.
Keywords: communicator’s credibility, manhãj rabbãniyyah, Islamic communication,Islam.
Abstrak
Komunikator merujuk kepada orang Islam yang menyampaikan pesan-pesan Islam untuk dijadikan milik bersama. Setiap individu Muslim menggalas tanggung jawab sebagai seorang komunikator Islam serta perlu melengkapkan diri dengan metode dakwah yang disebut manhaj rabbãniyyah agar proses komunikasi menjadi efektif. Manhaj rabbãniyyah merangkumi tiga asas pendakwahan yang digariskan melalui al-Quran iaitu hikmah, mau’izah dan al-mujãdalah. Tambahan pula, Islam turut menekankan beberapa ciri komunikator yang berkualiti seperti amanah, adil, boleh dipercayai, mengguna pakai kaedah yang baik, benar dan bertanggung jawab agar komunikator dilihat sebagai seorang berkredibiliti. Lantaran itu, kajian ini bertujuan menganalisis elemen manhaj rabbãniyyah dan hubungannya dengan kredibiliti komunikator. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga elemen manhaj rabbãniyyah dan faktor-faktor kredibiliti komunikator mempunyai nilai Alpha Cronbach yang tinggi melebihi α > 0.7.Selain itu, hubungan korelasi Pearson di antara manhaj rabbãniyyah dengan kredibiliti turut mencatatkan hubungan yang kukuh α >0.6. Elemen mauʿizah memperlihat nilai pekali korelasi yang lebih tinggi berbanding elemen lain lantas disimpulkan elemen mauʿizah lebih signifikan berbanding dua elemen lain
