1,720,972 research outputs found

    WARISAN SEJARAH ISTANA TENGKU LONG, BESUT, TERENGGANU : DAYA PENARIK DAN PERSEPSI MASYARAKAT DALAM USAHA MEMARTABATKANNYA

    No full text
    Istana Tengku Long di perkampungan diraja kesultanan melayu lama, Besut merupakan peninggalansejarah yang bernilai. Usaha memartabatkannya perlu diamati melibatkan perincian daya penarik kepadagenerasi baru, tahap kesedaran masyarakat dan bagaimana usaha menarik minat masyarakat. Melaluidokumentasi, rujukan sistematik dan wawancara, daya penariknya lebih tertumpu kepada bahan warisan,aset pelancongan dan bahan pendidikan, selain lokasi yang strategik. Satu kajian rintis menggunakaninstrumen soal selidik ke atas 30 orang responden secara rawak telah dijalankan untuk mengukur tahappengetahuan dan persepsi masyarakat terhadap Istana Tengku Long, Terengganu. Hasil dapatan kajianmendapati 88 peratus responden mengetahui tentang sejarah istana ini dan menyokong penuh segalausaha pemeliharaan dan perlindungan ke atasnya. Hal ini mungkin didokong oleh faktor tahap pendidikandan pekerjaan. Namun begitu, hasil dapatan kajian ini pastinya memberi impak yang lebih ketara jikadisusuli dengan usaha oleh pihak pembuat dasar mahupun perseorangan mengangkat martabat warisansejarah ini ke tahap lebih tinggi dengan menerbitkan atau memperihalkan semula kisah dan sejarah sebenar Istana Tengku Long, sekaligus menarik minat masyarakat lebih mencintai warisan sejarah Malaysia

    Model Pengkayaan Insan Berdasarkan Metrik Faktor Kecemerlangan Dari Profil KIR

    No full text
    Kejayaan mengkayakan insan dalam pelbagai sudut adalah impian semua dengan beberapa strategi yang telah dilakukan kebanyakan institusi. Masalahnya ialah mencari alternatif terbaik ke arah tersebut. Justeru, penulis turut sama mengambil inisiatif mengenalpasti metrik mengkayakan insan serta mengetengahkan model tindakan secara bersepadu dan berkelompokdalam usaha tersebut. Kaedah penganalisisan profil ketua isi rumah (KIR) digunakan bagi mencerna metrik faktor kecemerlangan yang diperolehi dari hasil kajian iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Melalui wawancara eksklusif dan dokumentasi pula, penulis berjaya membina model berupa manual prosedur kerja. Model Pengkayaan Insan (MPI) diuji secara simulasi dan disahkan oleh kumpulan diskusi berfokus JPPK. Model ini perlu dipraktikkan secara imperik bagi memperkasakan usaha ini

    Model pengkayaan insan berdasarkan metrik faktor kecemerlangan dari profil KIR

    Full text link
    Kejayaan mengkayakan insan dalam pelbagai sudut adalah impian semua dengan beberapa strategi yang telah dilakukan kebanyakan institusi. Masalahnya ialah mencari alternatif terbaik ke arah tersebut. Justeru, penulis turut sama mengambil inisiatif mengenalpasti metrik mengkayakan insan serta mengetengahkan model tindakan secara bersepadu dan berkelompok dalam usaha tersebut. Kaedah penganalisisan profil ketua isi rumah (KIR) digunakan bagi mencerna metrik faktor kecemerlangan yang diperolehi dari hasil kajian iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Melalui wawancara eksklusif dan dokumentasi pula, penulis berjaya membina model berupa manual prosedur kerja. Model Pengkayaan Insan (MPI) diuji secara simulasi dan disahkan oleh kumpulan diskusi berfokus JPPK. Model ini perlu dipraktikkan secara imperik bagi memperkasakan usaha ini

    Loghat Kelantan pemangkin jati diri rakyat Kelantan: kelestarian dan pemerkasaannya

    Full text link
    Agenda pemerkasaan jati diri rakyat Kelantan berkait langsung dengan usaha melestarikan loghat Kelantan. Kertas ini menelusuri dua isu, iaitu status kelestarian loghat Kelantan; penggunaan dialek Kelantan dari aspek sebutan, pembentukan kata, ayat dan leksikal oleh menutur bukan Melayu, kesantunan berbahasa dalam dialek Kelantan dan seterusnya isu pemerkasaannya bagi agenda melonjakkan loghat Kelantan. Kandungan perbincangan didasarkan kepada beberapa kajian yang pernah dijalankan. Dialek unik ini dituturkan sama oleh penutur pelbagai etnik di Kelantan, dengan sebutan, perkataan dan pelbagai maksud yang berbeza dengan bahasa Melayu standard. Isunya, keunikan loghat Kelantan era kini hanya dilihat sebagai warisan yang perlu dipelihara dan pulihara sahaja. Faktor kemerosotan dan cadangan memartabatkan jati diri berpaksikan loghat klate perlu menjadi agenda semua warga Kelantan

    Loghat Kelantan Pemangkin Jati Diri Rakyat Kelantan: Kelestarian dan Pemerkasaannya: Kelantanese Dialect as the Self Catalyst of the Kelantan People: Sustainability and Empowerment

    No full text
    Agenda pemerkasaan jati diri rakyat Kelantan berkait langsung dengan usaha melestarikan loghat Kelantan. Kertas ini menelusuri dua isu, iaitu status kelestarian loghat Kelantan; penggunaan dialek Kelantan dari aspek sebutan, pembentukan kata, ayat dan leksikal oleh penutur bukan Melayu, kesantunan berbahasa dalam dialek Kelantan dan seterusnya isu pemerkasaannya bagi agenda melonjakkan loghat Kelantan. Kandungan perbincangan didasarkan kepada beberapa kajian yang pernah dijalankan. Dialek unik ini dituturkan sama oleh penutur pelbagai etnik di Kelantan, dengan sebutan, perkataan dan pelbagai maksud yang berbeza dengan bahasa Melayu standard. Isunya, keunikan loghat Kelantan era kini hanya dilihat sebagai warisan yang perlu dipelihara dan pulihara sahaja. Faktor kemerosotan dan cadangan memartabatkan jati diri berpaksikan loghat klate perlu menjadi agenda semua warga Kelantan. ABSTRACT The agenda of empowering the Kelantanese people is directly related to the conservation of the Kelantanese dialect sustainability. This paper examines two issues: firstly, the status of Kelantanese dialect sustainability practically with regard to the use of Kelantanese dialect in terms of pronunciation, the formation of words, sentences and lexical by non-Malay speakers and language politeness in the Kelantanese dialect. Next, the issue of empowerment in the aggression agenda of the Kelantanese dialect is discussed. The content of the discussion is based on several studies that have been conducted. This unique dialect is spoken equally by multi-ethnic speakers in Kelantan, with different terms, words and meanings as compared to the standard Malay language. The issue is the uniqueness of the Kelantanese dialect is now only seen as a heritage that needs to be preserved and maintained. The decline and reserve factor of self-esteem to use the Kelantanese dialect should be the agenda of all Kelantanese

    Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis

    Full text link
    The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed
    corecore