Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Keberkesanan Penyesuaigunaan Semula Di Dalam Pemuliharaan Rumah Tokoh Kajian Kes Warisan Pahlawan Resort.

    Full text link
    Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keberkesanan Penyesuaigunaan Semula Di Dalam Pemuliharaan Rumah Tokoh: Kajian Kes Warisan Pahlawan Resort”. Warisan Pahlawan Resort ini merupakan sebuah rumah lama yang menjadi khazanah warisan dimana ianya perlukan penjagaan yang khusus bagi terus memeliharanya dari rosak. Rumah warisan ini merupakan hak milik pahlawan dan ulama terdahulu yang tinggal di Hulu Terengganu seperti Mat Kilau dan beberapa orang lagi dan mendirikan rumah di kawasan sekitar Kuala Berang. Pengkaji menyasarkan rumah berkenaan adalah kerana rumah tersebut sangat unik dan mempunyai sejarah tersendiri dan nilai kepentingan warisan yang terdapat pada rumah warisan di Kampung Pauh, Kuala Berang tersebut. Walaupun masyarakat tahu akan asal usul rumah tersebut tetapi masih ada sesetengah masyarakat yang kurang mengambil tahu tentang nilai kepentingan rumah warisan pahlawan tersebut kepada negeri Terengganu dan negara dari segi pemeliharaannya. Objektif kajian ini adalah mengkaji nilai kepentingan budaya pada Kompleks Warisan Pahlawan Resort, mengenalpasti pengubahsuaian yang dilakukan ke atas rumah-rumah tokoh di Warisan Pahlawan Resort dan juga menilai kesan penyesuaigunaan semula ke atas nilai warisan rumah tokoh-tokoh di kompeks Warisan Pahlawan Resort. Untuk metodologi kajian kaedah pemerhatian, temu ramah dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir

    Kajian Mengenai Revitalisasi Muzium Awam Kecil- Kajian Kes di Muzium Dungun, Terengganu.

    Full text link
    Muzium Dungun merupakan sebuah tempat yang terletak di Pantai Teluk Lipat, Dungun dan ianya berfungsi sebagai tempat untuk memberikan penerangan dan mempamerkan artifak-artifak mengenai sejarah daerah Dungun. Bangunan muzium Dungun mempunyai ciri-ciri colonial yang bermaksud sifat jajahan dan ianya merupakan rumah asal bagi Pegawai Daerah Dungun. Rumah ini telah dibina pada tahun 1941 dan terletak dalam lot yang bernombor 3585 yang mempunyai keluasan sebanyak 4.0958 ekar. Muzium Dungun merupakan sebuah bangunan bersejarah dan pernah menjadi rumah persinggahan Penolong Penasihat British yang datang berkunjung ke daerah Dungun. Selain itu, rumah ini juga berfungsi sebagai sebuah rumah rasmi Pegawai Daerah Dungun. Terdapat beberapa Pegawai Daerah Dungun yang pernah tinggal di muzium tersebut ialah Haji Dol Alias (1941-1942), Che Khalid Kassim (1943-1945), Haji Khalid Awang (1974-1975) dan lain-lain lagi. Kajian ini dilakukan oleh pengkaji untuk meneliti permasalahan yang terdapat di Muzium Dungun

    Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2021/2022 - Pengumumam Rasmi Keputusan PMPP

    No full text
    Program Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2021/2022 - Pengumumam Rasmi Keputusan PMP

    Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2021/2022 - Penamaan Calon

    No full text
    Program Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2021/2022 - Penamaan Calo

    Analisis Penulisan Skrip Dalam Filem Adaptasi Terpilih Berdasarkan Pendekatan Estetika Bersepadu

    Full text link
    Makalah ini membincangkan mengenai unsur estetika yang terdapat dalam filem adaptasi yang terpilih. Filem adaptasi yang terpilih adalah filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Habibie & Ainun. Filem tersebut dipilih berdasarkan kandungan-kandungan filem tersebut yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi seperti penggunaan bahasa yang indah, tutur kata yang sempurna dan cara penyampaian yang berkualiti. Filem adaptasi tersebut berjaya dikupas satu persatu untuk dianalisis dari sudut estetikanya. Teori yang digunapakai untuk diaplikasikan dalam kajian ini adalah Teori Estetika Bersepadu yang digagaskan oleh Professor Madya Dr Abdul Halim Ali. Teori tersebut berjaya dianalisis dengan baik di samping menganalisis skrip yang menjadi teras bagi kajian ini. Skrip yang dianalisis berdasarkan Teori Estetika Bersepadu tersebut berjaya dikenalpasti unsur-unsur estetikanya untuk mencapai objektif bagi kajian ini. Kajian yang menggunakan kaedah kualitatif ini menggunakan maklumat-maklumat ataupun data-data daripada filem adaptasi, skrip, bahan-bahan ilmiah dan sebagainya. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya unsur estetika bagi sesebuah filem yang bagus

    Kajian Perubahan Yang Berlaku Keatas Reka Bentuk Masjid Lama Kedai Mulong

    Full text link
    Malaysia adalah sebuah Negara yang kaya dengan warisan yang tidak ternilai oleh kerana ini penyelidik ingin melakukan satu kajian perubahan yang berlaku keatas reka bentuk Masjid Lama Kedai Mulong. Masjid ini dahulunya adalah sebuah balai rong yang berada di Kota Bharu sebelum dipindah ke Mulong yang dikenali nama tempat kedai Mulong. Dalam kajian ini mempunyai penyataan masalah bagi penyelidik iaitu Masih Kurang kajian berkaitan dengan kajian yang ingin dilakukan dan rujukan berkaitan Masjid Lama Kedai Mulong, kajian ini mempunyai tiga objektif yang ingin dikaji pertama Mengetahui ciri-ciri seni bina Masjid Lama Kedai Mulong yang mana masih ada masyarakat yang tidak tahu akan ciri-ciri masjid Lama Kedai Mulong dar pembuatan tapak sehingga pembuatan bumbung. Objektif Kedua adalah mengenalpasti kerja-kerja pemuliharaan ke atas Masjid Lama Kedai Mulong dimana langkah konservasi yang berlaku keatas Masjid Lama Kedai Mulong tidak banyak yang tahu akan perjalanan. Ketiga objektif adalah menyiasat perubahan yang berlaku keatas reka bentuk Masjid Lama Kedai Mulong dari awal sehingga siap dikonservasi. Kajian ini telah memilih kaedah untuk digunakan adalah keadah kualitatif iaitu melalui temu bual, analisis dokumen dan juga daripada rujukan internet, perpustakaan dan lain-lain. Seterusnya, apabila kajian ini dilakukan akan menjawap isu berkaitan dengan perubahan yang berlaku ke atas masjid lama Kedai Mulong

    Kembara Titah Kelantan

    No full text
    Program Kembara Titah Kelantan bersama Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz yang diadakan di PPI, UMK Bacho

    Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan PKT Logistics Group Sdn Bhd

    No full text
    Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan PKT Logistics Group Sdn Bh

    Kajian Terhadap Pemuliharaan Istana Sepachendera, Alor Setar, Kedah.

    Full text link
    Malaysia merupakan sebuah yang mempunyai banyak dan pelbagai khazanah warisan yang mampu menjadi sebagai tempat tarikan pelancong dan memaparkan identiti tersendiri. Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai Pemuliharaan di Istana Sepanchendera, Alor Setar, Kedah yang perlu dipelihara sebagai khazanah warisan negara. Istana Sepachendera ini telah dibina pada tahun 1882 oleh Almarhum Sultan Abdul Halim Shah dan lokasinya terletak di Kampung Baru, Alor Setar, Kedah. Pengkaji menyasarkan istana ini kerana tertarik dengan seni bina bangunan istana ini serta istana ini turut mempunyai pelbagai kegunaan suatu ketika dahulu. Meskipun masyarakat menyedari akan keunikan pembinaan istana ini, namun ada sebilangan daripada mereka yang memandang enteng akan nilai kepentingan yang terdapat pada istana Sepachendera ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti nilai kepentingan warisan yang terdapat pada Istana Sepachendera serta untuk mengenalpasti tahap pengekalan pada istana Sepachendera. Seterusnya, objektif kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi usaha pemuliharaan Istana Sepachendera ini. Metodologi yang digunakan dalam mendapatkan data dalam kajian ini adalah melalui kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan bagi mengetahui tahap pemuliharaan pada Istana Sepachendera serta dapat memartabatkan bangunan warisan ini agar generasi muda dapat menghayati sejarah seni bina yang dimiliki dan mengambil iktibar

    The Importance Of Mayin Jooh Dance In Kampung Sungai Judah, Carey Island

    Full text link
    Mah Meri is an indigenous tribe located in the south of Port Klang, Selangor. According to history, the Mah Meri tribe was found in Peninsular Malaysia. The Mah Meri tribe from Kampung Sungai Judah is categorized in Senoi group. They have their own culture and practices. This study focuses on the Mayin Jooh dance a traditional dance owned by Mah Meri culture. Used for special event as Hari Moyang, welcoming guests and other social function. This research is focused on dance elements implemented in the Mayin Jooh dance performed and discovering the importance of Mayin Jooh dance to the society of Kampung Sungai Judah, Carey Island. By conducting the observation and interviews, the study found that this Mayin Jooh dance has elements applied in their dance which is movement, costume and music. Besides, this Mayin Jooh dance is important and should be inherited by the younger generation

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇