Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Kajian Terhadap Pemeliharaan Permainan Tradisional Gasing Pangkah Di Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.

    Full text link
    Permainan tradisional Gasing Pangkah mempunyai keunikan dan unsur kebudayaan yang tersendiri. Bagi sesebuah masyarakat, permainan tradisional dapat mempengaruhi perkembangan diri seseorang kerana ia meliputi perkembangan jiwa, sifat dan kebudayaan hidup sosial anak muda pada masa akan datang. Bagaimanapun, permainan tradisional Gasing Pangkah ini kurang didedahkan kepada golongan remaja lebih – lebih lagi kanak-kanak. Malah, terdapat juga segelintir golongan remaja yang tidak tahu tentang permainan tersebut. Justeru, dengan mengangkat kembali permainan tradisional Gasing Pangkah ini, berkemungkinan akan dapat menaikkan kembali minat semua golongan tidak kira tua, remaja atau kanak – kanak untuk bermain permainan tradisional berbanding permainan digital. Di dalam kajian ini, terdapat tiga objektif yang pengkaji nyatakan iaitu mengkaji jenis, peralatan dan bahan yang digunakan untuk penghasilan gasing yang terdapat di Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan, mengenalpasti teknik dan cara – cara untuk bermain permainan Gasing Pangkah dengan betul dan mengenalpasti nilai kepentingan permainan tradisional Gasing Pangkah terhadap masyarakat di Mukim Sungai Pinang, Tumpat. Kesimpulannya, dengan mengangkat kembali medium permainan tradisional Gasing Pangkah ini berharap dapat membantu meningkatkan minat semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda untuk bermain permainan tradisional dan berharap permainan tradisional ini tidak dilupakan oleh generasi akan datang kerana segala warisan yang telah diciptakan atau dihasilkan oleh nenek moyang kita terus dijaga sehingga dapat dikenali oleh semua anak cucu yang akan datang

    Adat, Pantang Larang, Kepercayaan Dan Simbolik Dalam Seni Silat Gerak Cepat Di Kedah

    Full text link
    Projek Penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengkaji mengenai Adat, Pantang Larang, Kepercayaan Dan Simbolik Dalam Seni Silat Gerak Cepat Di Kedah.Silat ialah sejenis seni mempertahankan diri yang menggunakan ketangkasan untuk mempertahankan diri, ia lebih dikenali dengan sebagai sukan tradisi rakyat yang mana melibatkan dua orang pesilat yang mahir dan bertindak untuk membela diri sama ada menggunakan senjata atau tanpa senjata. Terdapat beberapa permasalahan yang dikaji didalam kajian ini iaitu, pada masa kini ramai anak muda yang tidak mengenali ilmu persilatan atau silat-silat yang ada di negara kita dan mungkin mereka tidak mengetahui adat, pantang larang, kepercayaan dan simbolik yang ada didalam seni silat gerak cepat ini, kajian terhadap silat gerak cepat ini kurang menjadi perhatian kepada masyarakat sama ada dikawasan luar bandar dan dikawasan bandar yang mana masyarakat pada masa kini kurang minat terhadap ilmu serta persembahan persilatan ini dan pelbagai persepsi buruk yang dilontarkan menyebabkan keyakinan masyarakat terhadap kehebatan seni pertahanan Melayu yang kekuatannya pernah menjadi benteng penting kerajaan lampau, kini semakin pudar. Selain itu, objektif didalam kajian ini juga adalah mengkaji adat dan pantang larang yang ada didalam seni gerak cepat di Kedah, menganalisis kepercayan yang ada didalam seni silat gerak cepat di negeri Kedah dan mengenalpasti simbolik yang ada didalam seni silat gerak cepat di negeri kedah. Seterusnya, kaedah yang digunakan didalam kajian ini adalah kaedah kualitatif yang mana kaedah ini digunakan untuk mendapatkan data. Kemudian data-data yang sudah dikumpul akan dianalisis dan di transkrip bagi menjawab persoalan dan permasalahan objektif kajian

    Nilai-Nilai Moral Dalam Lirik Persembahan Dikir Barat Oleh Cikgu Naim

    Full text link
    Kajian ini memfokuskan kepada lagu dikir barat cikgu naim yang mempunyai nilai-nilai moral didalam persembahannya dengan tiga objektif iaitu menghuraikan lirik dikir barat yang mempunyai nilai positif kepada masyarakat, mengkaji kaedah yang digunakan oleh pendikir barat bagi mengadakan persembahan dikir barat semasa pandemik covid 19 dan menganalisis nilai moral yang terdapat dalam lirik lagu dikir barat. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, penyelidik memilih kota jembal, kedai lalat ,16150 kota bharu Kelantan sebagai skop kajian dengan melakukan temu bual dan penyelidikan penyertaan sebagai metodologi kajian. Dari perspektif sejarah,Dikir barat pada masa kini masih lagi sama-samar daripada mana asalnya permainan ini.Banyak pendapat yang diperkatakan mengenai dikir barat.Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa yang dikir barat ini asalnya daripada Selatan Siam Pada zaman dahulu, Dikir barat merupakan sebuah permainan tradisional yang diminati dimainkan oleh Masyarakat dinegeri Kelantan,Dikir ini kebiasaannya wujud di dalam kampung-kampung serta pinggir bandar.Dikir barat ini merupakan satu persembahan tradisional dinegeri Kelantan dan ianya dijadikan sebagai satu hiburan rutin oleh masyarakat setempat yang dimainkan pada waktu-waktu lapang bukan sahaja dimainkan Ketika adanya keramaian.Dikir kemudian diperkenalkan ke istana Raja Rama. Dengan semua pernyataan ini menunjukkan bahawa perkataan dikir pada asalnya berasal dari perkataan Zikir dari perkataan Arab dan juga mempunyai hubungan dengan unsur-unsur Islam

    Potensi Pelancongan Warisan Di Makam Keramat Anak Dara Kuala Selangor

    Full text link
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejarah lagenda Makam Keramat Anak Dara dan menghurai potensi pelancongan warisan di persekitaran tapak makam. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk menganalisis penglibatan komuniti setempat dalam pelestarian tapak Makam Keramat Anak Dara di Bukit Malawati Kuala Selangor. Kaedah kajian yang dijalankan adalah kaedah campuran. Kaedah ini telah menggabungkan instrumen kualitatif dan kuantitatif untuk menganalisis data Potensi Pelancongan Warisan di Tapak Makam Keramat Anak Dara Kuala Selangor. Tujuan kaedah campuran ini digunakan adalah untuk memberi perspektif alternatif dalam kajian. Oleh itu, seramai enam orang pihak berkepentingan telah dikenalpasti dalam kajian ini yang terdiri daripada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Pusat Informasi Pelancongan Negeri Selangor, Penduduk Kampung 1 dan Penduduk Kampung 2. Manakala, bagi edaran borang soal selidik, seramai 214 orang penduduk di sekitar Kuala Selangor telah menjawab soalan borang soal selidik. Responden dari Kuala Selangor ini telah ditinjau dengan mengaplikasikan Teori Fungsionalisme oleh Talcott Parson (1975). Hasil kaian ini menemukan bahawa pengurusan monumen bersejarah di Kuala Selangor telah dilakukan pihak berwajib. Hal ini dilihat apabila pelbagai inisiatif dan idea-idea baru untuk memastikan khazanah warisan di Kuala Selangor sentiasa dipulihara dan dipelihara untuk kunjungan pelancong di masa akan datang. Kata Kunci: Potensi, Pelancongan Warisan, Makam Keramat, Kuala Selango

    Penglibatan Komuniti Dalam Pemuliharaan & Pemeliharaan Masjid Warisan : Kajian Di Masjid Pangkalan Kakap, Merbok, Kedah.

    Full text link
    Masjid Pangkalan Kakap Merbok, Kedah merupakan salah satu masjid warisan pada kurun ke 18 dahulu. Masjid ini mempunyai banyak sejarah tertentu semasa zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid iaitu Sultan Kedah ketika itu. Sehingga kini masjid ini masih utuh dan dalam keadaan pemuliharaan dan pemeliharaan oleh pihak Jabatan Warisan Negara. Kajian ini dijalankan terhadap masjid ini adalah untuk menilai tahap penglibatan komuniti dalam pemuliharaan dan pemeliharaan Masjid Pangkalan Kakap, Merbok, Kedah dengan menggunakan Model Arnsteins A Ladder Of Citizen Participation (1969). Kajian ini menggunakan metodologi kaedah gabungan iaitu kualitatif dan kuantitatif dalam mendapatkan data bagi menyelesaikan permasalahan kajian dan mencapai objektif kajian. Hasil daripada keseluruhan kajian mendapati bahawa penglibatan komuniti berada di tahap yang sederhana. Hal ini dikatakan demikian kerana masih ada lagi komuniti yang menjejaki ke Masjid tersebut untuk bergotong-royong dan melawat masjid tersebut

    Implikasi Kepada Masyarakat Berdasarkan Kerja Pemuliharaan Di Masjid Kampung Tuan Dalam Aspek Pelancongan Di KEmaman, Terengganu

    Full text link
    Projek Penyelidikan yang dijalankan ini adalah berkenaan “Impllikasi Kepada Masyarakat Terhadap Kerja Pemuliharaan Di Masjid Kampung Tuan Dalam Aspek Pelancongan Di Kemaman, Terengganu.” Masjid Kampung Tuan merupakan sebuah masjid yang tertua yang mana ianya telah dibina oleh Syed Abdul Rahman Bin Abdul Samad pada tahun 1830 dan masjid ini mempunyai pelbagai keistimewaan dari segi seni bina dan fungsinya. Kerja-kerja pemuliharaan yang telah dijalankan di masjid ini pada tahun 2006 telah menarik minat pengkaji untuk menjadikan masjid ini sebagai projek penyelidikan yang mana pengkaji ingin mengkaji kesan kerja pemuliharaan pada masjid ini terhadap masyarakat sekitar. Objektif kajian bagi kajian ini ialah untuk mengetahui keistimewaan Masjid Kampung Tuan secara jelas terhadap masyarakat setempat. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenalpasti tahap perkembangan pelancongan terhadap kerja konservasi di masjid ini serta menjelaskan impak kerja konservasi di Masjid Kampung Tuan kepada ekonomi masyarakat. Beberapa kaedah seperti temubual, borang soal selidik, dan analisis data telah digunakan bagi memudahkan kajian untuk dilaksanakan dan memastikan segala persoalan dan objektif kajian dapat dijawab. Kajian ini akan dapat memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa khazanah warisan dapat memberi impak yang baik kepada semua pihak

    Peranan Pihak Berkepentingan Dalam Pemeliharaan Permainan “Gendang” Tradisional Di Kampung Gelang Mas, Pasir Mas Kelantan

    Full text link
    Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang peranan pihak berkepentingan dalam pemeliharaan permainan “gendang” tradisional di kampung Gelang Mas, Pasir Mas Kelantan. Kelantan sememangnya mempunyai pelbagai budaya dan mempunyai pelbagai jenis warisan. Negeri Kelantan kaya dengan khazanah warisan iaitu kebudayaan, kepelbagaian jenis makanan, corak kehidupan, permainan, dan sebagainya. Kajian ini juga memfokuskan kepada setiap objektif kajian serta pengkaji telah memokuskan kepada beberapa individu yang memainkan peranan penting dalam pemeliharaan permainan gendang tradisional. Dalam hal ini, terdapat juga pihak berkepentingan yang bertanggungjawab dalam usaha pemeliharaan permainan tradisional ini untuk memastikan permainan gendang dapat dipelihara bagi menjaga khazanah warisan. Kajian ini juga berpandukan kepada teori Teori Stakeholder mengenai pengurusan organisasi dan etika perniagaan yang menangani moral dan nilai dalam menguruskan organisasi. Kaedah ini dilakukan dengan pemerhatian secara langsung di lokasi kajian dan menemu bual lapan informan yang terdiri daripada pembuat gendang, generasi muda dan pihak berkepentingan. Warisan kebudayaan permainan alat muzik gendang ini mempunyai sejarah yang tersendiri dimana terdapat keistimewaan serta keunikan warisan tersebut bagi masyarakat khususnya penduduk di Kampung Gelang Mas ini. Kata Kunci: Kepentingan Alat Muzik Gendang, Generasi Muda, Pihak Berkepentingan, Usah

    Factors influencing the use of cashless financial transactions among University Malaysia Kelantan (UMK) City Campus students

    Full text link
    Nowadays, people tend to use cashless transactions more than physical payments especially during pandemic Covid-19. The main objective of this study is to determine the relationship between convenience, security, social influence, and speed with intention in the use of cashless financial transactions among UMK City Campus students. It is also to identify the factors influencing the use of cashless financial transaction among UMK City Campus students. A total of 379 questionnaires were collected. Using SPSS tools containing Reliability and Validity Test, Descriptive Testing, Pearson Correlation Analysis and Multiple Linear Regression Analysis, data analysis was carried out. The result shows the significant correlation between convenience, security, and speed with the intention of cashless financial transactions while the social influence does not have significant correlation with intention of the use of cashless financial transactions. In conclusions, the findings of this study proven that convenience and speed are a factor influencing the use of cashless financial transactions among UMK City Campus students while social influence and security are not influencing the dependent variable. This study has implications for businesses, financial institutions, government, and the individual consumer. With cashless financial transactions, society and consumers can save their time and no longer have to queue up for ATM services and carry cash

    Kepercayaan Terhadap Cerita Asal Usul Dalam Masyarakat Kampung Gajah: Satu Kajian Naratif Lisan.

    Full text link
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis dan versi asal-usul perkampungan lama di dalam daerah kecil Kampung Gajah, Perak dengan turun kajian lapangan dan temu ramah bersama beberapa orang kampung sebagai responden kajian. Di samping itu, kajian ini juga akan menganalisis berkenaan dengan kepercayaan dan pemikiran penduduk kampung di dalam daerah kecil Kampung Gajah ini mengenai cerita asal-usul penempatan tersebut dengan mengaplikasikan Teori Sastera Budaya dan dalam kajian ini juga, pengkaji akan menghuraikan impak cerita asal usul terhadap penduduk di dalam daerah kecil Kampung Gajah ini. Hasil daripada kajian, dapat dilihat bahawa kepercayaan masyarakat kampung tentang cerita asal usul adalah dengan membawa cerita asal ini sebagai naratif lisan yang diterima secara turun-temurun. Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan ini dapat memberi penerokaan yang baharu terdapat pengkaji yang ingin mengetahui kewujudan perkampungan lama atau perkampungan terpencil dengan sejarah lama yang kian terpupus ditelan zaman. Namun, dengan maklumat yang diperolehi, daripada hasil kajian ini, dapat membantu pengkaji baharu dalam mempengaruhi minat terhadap naratif lisan. Selain itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan dan rujukan pengkaji lain untuk penambahbaik kajian yang akan datang

    Kajian Tentang Pengembalian Semula (Restoration) Bangunan Warisan Terhadap Sosio-Budaya Masyarakat Di Alor Setar : Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Kedah

    Full text link
    Di dalam tesis ini, tajuk kajian yang dipilih dalam kajian ini adalah kajian tentang pengembalian semula (restoration) bangunan warisan terhadap sosio-budaya masyarakat di Alor Setar iaitu Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan salah satu bangunan bersejarah di Negeri Kedah dan dikelolakan oleh Jabatan Arkib Negara Malaysia. Terdapat beberapa objektif yang digunakan dalam penyelidikan ini seperti mengenal pasti keunikan dan keistimewaan Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mengkaji kesan pengembalian semula (restoration) Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ke atas sosio-budaya masyarakat di Alor Setar, Kedah. Semasa menjalankan penyelidikan ini terdapat reka bentuk kajian yang digunakan iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pengumpulan data dilakukan dalam penyelidikan ini dengan menggunakan data primer iaitu soal selidik dan temu bual dengan beberapa orang responden dan data sekunder iaitu melalui perpustakaan dan internet. Analisis data dilakukan setelah kesemua data yang diperolehi dalam kajian yang dilakukan melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif. Dalam setiap penyelidikan yang dilakukan terdapat beberapa kepentingan kepada individu dan masyarakat yang akan memberi ilmu yang bermanfaat daripada hasil penyelidikan yang dilakukan. Akhir sekali, diharapkan sedikit sebanyak hasil penyelidikan ini akan menjadi satu panduan dan badan ilmiah yang berguna yang boleh diguna pakai kepada semua golongan

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇