2882 research outputs found
Sort by
Pelestarian Tarian Daling-Daling Sebagai Warisan Tidak Ketara Suku Kaum Suluk
Kajian ini bertujuan meneroka cara tarian Daling-Daling dipersembahkan, Mengkaji
perbezaan di antara tarian Daling-Daling dengan tarian Igal-Igal dan cara untuk
mengekalkan tarian Daling-Daling agar terus terpelihara. Kaedah kajian yang
digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif dan kualitatif iaitu soal selidik dan
temu bual. Pelestarian Tarian Daling-Daling ditinjau dengan menggunakan Teori Seni
tari. Hasil dapatan kajian melalui soal selidik yang dianalisis menunjukkan responden
didapati majoriti sangat setuju bahawa Tarian Daling-Daling merupakan tarian
tradisional suku kaum Suluk dan Tarian Igal-Igal merupakan tarian tradisional Suku
kaum Bajau. Cara untuk mengekalkan tarian Daling-Daling majoriti responden sangat
setuju mengadakan program atau pertandingan tarian Daling-Daling merupakan cara
terbaik dalam mengekalkan Tarian Daling-Daling suku kaum Suluk. Hasil kajian
temubual mendapati responden dapat menjawab dengan baik berkaitan dengan cara
tarian Daling-Daling dipersembahkan. Oleh itu, Perkara ini perlu dilihat agar kajian
kali ini dapat memberikan satu maklumat yang baharu kepada semua masyarakat
untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarian Daling-Daling
Keistimewaan Rumah Bujang Berserambi Selasar Di Manir, Terengganu
Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keistimewaan Rumah Bujang Berserambi Selasar di Manir, Terengganu”. Rumah Bujang Berserambi Selasar merupakan rumah yang berbentuk bumbung yang panjang paling awal dibina dalam seni rumah Melayu tradisional Terengganu dan lokasinya adalah bertempat di Kampung Manir, Terengganu. Pengkaji menujukan rumah berkenaan kerana tarikan seni bina yang terdapat pada struktur binaannya. Rumah Bujang Berserambi Selasar ini dibina dengan menggunakan kaedah pasang siap yang dihiasi dengan ukiran kayu yang menarik dan mengagumkan seorang tokoh pengukir tempatan iaitu Saudara Norhaiza bin Nordin iaitu Pengarah Urusan Seni Ukir Bakawali. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti struktur asal Rumah Bujang Berserambi Selasar di Manir, Terengganu. Objektif pengkaji juga ingin merungkaikan mengetahui impak pemuliharaan Rumah Bujang Berserambi Selasar di Manir, Terengganu kepada masyarakat. Kaedah pemerhatian, temu ramah dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Kajian ini dapat menyedarkan orang ramai bahawa sesuatu bangunan yang dikatakan mempunyai integriti dan nilai estetik yang tinggi berkaitan warisan bangsa akan secara langsung diambil langkah sewajarnya dalam usaha memeliharanya daripada ditelan dek zaman
Impak Pandemik Covid-19 Kepada Pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau Kota Tinggi Johor
Muzium ialah kemudahan awam yang mempamerkan warisan manusia dan semula jadi untuk tujuan pendidikan dan rekreasi. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pandemik COVID-19, muzium di seluruh dunia terpaksa ditutup untuk menghentikan penyebaran
penyakit itu. Oleh itu, ia memberi kesan kepada pengurusan muzium, koleksi, pemasaran, sumber kewangan dan kesihatan dan keselamatan profesional muzium.
Hasilnya, tujuan penyelidikan ini adalah untuk menyiasat impak pandemik terhadap pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama: mengenal pasti kesan pandemik Covid-19 terhadap pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau; untuk mengkaji tindak balas pengurusan Muzium Nelayan Tanjung Balau terhadap wabak Covid-19, dan menganalisis peranan pihak berkepentingan dalam mengatasi kesan pandemik ke atas muzium. Begitu juga, kajian ini menggunakan kaedah campuran, dengan lapan responden ditemu bual dan 188 responden menjawab borang kaji selidik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pandemik Covid-19 menjejaskan muzium dalam pelbagai cara, termasuk profesional muzium, sumber kewangan dan pentadbiran muzium. Hakikatnya, kajian ini penting dalam menyediakan maklumat dan kepakaran kepada profesional muzium dan pihak berkepentingan muzium mengenai pengurusan muzium dan mengurangkan Covid-19
Penglibatan Komuniti Jawi Peranakan Dalam Pemuliharaan Budaya Perkahwinan : Kajian Di George Town, Pulau Pinang
Kajian ini dijalankan untuk meneroka sejarah awal pembentukan Jawi Peranakan di Pulau Pinang, mengenalpasti faktor budaya perkahwinan Jawi Peranakan semakin berubah serta melihat penglibatan komuniti Jawi Peranakan dalam pemuliharan budaya perkahwinan mereka. Kaedah kajian yang digunakan untuk memperoleh data yang memjawab kepada persoalan dan objektik kajian ialah kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif menggunakan temu bual, manakala bagi kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik melalui Google form. Kajian ini menggunakan model ‘Ladder of Citizen Participation’ Arnstein (1969) untuk melihat tahap penglibatan komuniti Jawi Peranakan dalam pemuliharaan budaya mereka. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, komuniti Jawi Peranakan kurang mengambil bahagian dalam aktiviti pemuliharaan budaya perkahwinan mereka. Perubahan budaya perkahwinan yang berlaku disebabkan oleh perubahan zaman, generasi muda tidak lagi mengamalkan budaya sebenar mereka serta budaya mereka bertentangan dengan ajaran Islam.……………………………………
Transkripsi Analisis Perjuangan Wanita Dalam Syair Zubaidah Dengan Mengaplikasikan Teori Feminisme
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perjuangan wanita dalam Syair Siti Zubaidah karya Abu Zar yang diterbitkan pada tahun 2016. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Kajian ini dianalisis dengan mengaplikasikan teori feminisme. Sebuah teori yang merupakan gerakan kaum wanita dalam bidang ekonomi, politik dan sosial. Pengarang memfokuskan watak wanita dalam Syair Siti Zubaidah ini di samping menerapkan mesej di dalamnya kepada khalayak ramai. Syair Siti Zubaidah merupakan salah satu seni karya melayu sastera yang menonjolkan watak wanita yang memiliki keberanian dan kekuatan fizikal dan juga mental. Dalam teks syair Siti Zubaidah, peranan wanita digambarkan sebagai seorang wanita yang sabar, patuh kepada suami dan penuh kasih sayang. Penyelidik telah menghuraikan beberapa analisis perjuangan secara jelas dengan mengaplikasikan teori feminisme yang memantapkan lagi kajian ini. perjuangan yang ditonjolkan mampu dijadikan tauladan dan contoh kepada kaum wanita dan juga mampu memberikan impak positif untuk diterapkan dalam kehidupan
Pengaruh Modenisasi Terhadap Persembahan Tarian Igal-Igal Di Pantai Timur, Sabah
Konsep tarian Igal adalah sebuah tari tradisi bagi masyarakat di kawasan Pantai Timur, Sabah khasnya masyarakat Bajau. Keharmonian dan keseimbangan tarian Igal terhadap pengaruh modenisasi telah mencetuskan kreativiti dalam masyarakat ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti teknik seni tarian Igal-Igal dan mengkaji kesan pengaruh modenisasi dalam seni tarian Igal-Igal dalam kalangan etnik Bajau Pantai Timur, Sabah terutama di kawasan daerah Semporna. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu pengumpulan data berdasarkan kaedah temu bual, membuat kajian pustaka dan rujukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci. Melalui kerjasama daripada informan, dapat menghuraikan teknik pergerakan uatama atau asas tarian Igal dan kesan pengaruh yang dapat dilihat pada hari ini. Akhir sekali, tujuan kajian ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada masyarakat lain tentang keunikan warisan Tarian Igal yang popular bagi masyarakat Bajau di kawasan Pantai Timur, Sabah
Penyesuai gunaan Semula Bangunan Rumah Kedai Lama di Jalan Mendaling Kajang, Selangor.
Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang penyesuai gunaan semula terhadap bangunan rumah kedai lama di Jalan Mendaling Kajang, Selangor. Pembangunan bandar yang semakin moden kini telah menyebabkan banyak rumah kedai lama ini dibiarkan, dirobohkan dan ada juga di antara bangunan rumah kedai lama ini telah diubah suai sehingga hilang nilai warisannya. Kajian ini juga memfokuskan kepada setiap objektif kajian yang merangkumi bentuk penyesuai gunaan semula yang dilakukan oleh pemilik bangunan rumah kedai lama di Jalan Mendaling Kajang ini, kerberkesanan teknik suai guna semula bangunan rumah kedai lama dalam melindungi warisan dan penambahbaikkan yang perlu dilakukan dalam memastikan bangunan ini terus dipelihara. Kajian ini juga berpandukan kepada teori pengurusan oleh Henri Fayol dan kaedah kajian yang digunakan adalah kajian campuran. Kaedah ini dilakukan dengan pemerhatian secara langsung di lokasi kajian dan menemu bual beberapa informan yang terdiri kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang, pemilik premis dan masyarakat setempat. Selain itu, tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik juga diberikan kepada 384 orang responden yang dipilih secara rawak. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan bagi teknik penyesuai gunaan semula bangunan rumah kedai lama dalam usaha memelihara dan memulihara bangunan rumah kedai lama ini pada masa hadapan
Persepsi Masyarakat Terhadap Kelangsungan Upacara Wangkang di Melaka Ketika Penularan Covid-19.
Kajian ini tertumpu kepada upacara Wangkang yang telah dijalankan pada tahun 2020. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti kelangsungan upacara Wangkang di Melaka semasa penularan COVID-19. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji tentang penerimaan masyarakat terhadap upacara Wangkang yang dijalankan semasa penularan COVID-19 serta membincangkan tentang kaedah yang bersesuaian bagi merancakkan lagi upacara Wangkang di Negeri Melaka pada masa akan datang. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk etnografi dan menggunakan kaedah campuran bagi mendapatkan data yang diperlukan iaitu melibatkan kaedah kualitatif seperti menemubual beberapa orang responden manakala kaedah kuantitatif pula digunakan bagi mengukur penerimaan masyarakat tentang upacara Wangkang yang telah dijalankan pada tahun 2020 menerusi borang soal selidik yang diedarkan.
“Teori Semiotik” telah digunapakai dan diaplikasikan di dalam kajian ini. Pada penghujung kajian ini, pengkaji akan memberikan beberapa cadangan bagi memastikan upacara Wangkang ini agar terus dipelihara bagi memastikan warisan budaya ini dapat dikenali oleh orang ramai serta dapat diwarisi kepada generasi akan datang
Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Pengurusan Dan Kepuasan Pengunjung Di Muzium Bugis Sungai Rambah Pontian Johor.
Muzium ini merupakan tempat penyimpanan awam objek sejarah yang memaparkan budaya dan warisan manusia. Ia memberikan kepentingan pendidikan dan hiburan kepada orang ramai. Bagaimanapun, pandemik COVID-19 telah memaksa muzium ditutup, dan pelawat tidak dibenarkan melawat melainkan mereka mematuhi SOP (Standard Operating Procedure) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Hasilnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan wabak COVID-19 terhadap pengurusan muzium dan kepuasan pengunjung di Muzium Bugis Sungai Rambah, Johor. Kajian ini mengandungi tiga objektif utama seperti: mengenal pasti kesan Pandemik COVID-19 terhadap Muzium Bugis; untuk mengkaji kesan Covid-19 terhadap kepuasan pengunjung terhadap Muzium Bugis dan menganalisis langkah-langkah yang perlu diambil oleh pemilik dalam mempromosikan Muzium Bugis kepada pengunjung semasa pandemik COVID-19. Pendekatan kaedah campuran telah digunakan untuk kajian ini dengan menemu bual dua orang peserta kajian dan 181 pengunjung muzium untuk menjawab soal selidik tinjauan. Kajian itu mendedahkan bahawa Covid-19 telah menjejaskan pengurusan muzium dari segi pengagihan kerja, mod kerja dari rumah dan giliran kakitangan di muzium. Selain itu, kajian ini mendapati kepuasan pengunjung terhadap Muzium Bugis termasuklah kemudahan pameran dan muzium dalam talian. Oleh itu, kajian ini juga memainkan peranan penting dalam mencadangkan idea dan langkah untuk profesional muzium, komuniti dan pihak berkepentingan untuk menguruskan muzium semasa pandemik
Pemuliharaan Warisan Tidak Ketara: Kajian Terhadap Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah.
Kuih Bunga Pudak merupakan kuih warisan negeri Kedah. Keunikan kuih ini terletak pada nama dan kaedah masakan kuih tersebut. Kajian ini dijalankan ini adalah untuk mengkaji tentang pemuliharaan warisan tidak ketara iaitu kajian terhadap Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah.Terdapat tiga objektif yang dinyatakan di dalam kajian ini iaitu mengenal pasti sejarah dan keunikan Kuih Bunga Pudak di Kedah, menghuraikan kaedah pembuatan Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah dan menganalisis penglibatan komuniti di Alor Setar, Kedah dalam pemuliharaan terhadap Kuih Bunga Pudak.Bagi kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat tentang kajian terhadap Kuih Bunga Pudak. Seramai 5 orang informan di pilih untuk di temu bual. Hasil dapatan yang diperolehi mendapati Kuih bunga Pudak ini berasal daripada Kedah iaitu termasuklah wilayah jajahan kedah pada masa dahulu. Kuih ini juga diambil bersempena nama Pokok Bunga Pudak yang boleh dijumpai di sekitar pesisir pantai. Akhir sekali, Kuih Bunga Pudak ini adalah kuih warisan negeri Kedah yang harus dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman dan kekal hingga ke generasi yang seterusnya