Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
Not a member yet
    2882 research outputs found

    Pelestarian Warisan Tapak: Kajian Kes Di Gua Cha, Kelantan

    Full text link
    Malaysia mempunyai warisan yang menjadi kebanggaan negara sama ada dari segi warisan ketara mahupun warisan ketara. Warisan yang kita miliki ini mempunyai nilai sejarah yang menjadi lambang identiti kepada Malaysia dan juga kepada rakyatnya. Kajian ini adalah berkaitan dengan tapak warisan iaitu Gua Cha, Kelantan dimana tapak warisan ini terkenal sebagai tapak arkeologi warisan. Tapak ini masih dikunjungi oleh para penyelidik dan para pelancong, namun keadaan semasa tapak berkenaan yang perlu diberi perhatian agar tapak warisan berkenaan dapat bertahan untuk generasi yang akan datang. Justeru kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan masyarakat berkaitan sejarah dan perkembangan Gua Cha serta langkah pemeliharaan dan pemuliharaan berkaitan tapak warisan berkenaan. Kata kunci: warisan, pemeliharaan, pemuliharaan, arkeolog

    Kajian Terhadap Pemuliharaan Batik Dan Kepentingannya Pada Generasi Masa Kini.

    Full text link
    Bagi memenuhi keperluan sukatan tahun akhir bagi kursus pengajian warisan, suatu kajian telah dijalankan iaitu kajian berkenaan kajian terhadap pemuliharaan batik dan kepentingannya pada generasi masa kini. Bagi kajian ini, terdapat tiga objektif yang menjadi tujuan kajian ini dijalankan. Objektif yang pertama ialah untuk mengetahui jenis-jenis dari batik dan tekniknya melalui kaedah kajian lapangan yang dilakukan oleh pengkaji. Seterusnya, adalah untuk mengkaji kaedah yang digunakan dalam pemeliharaan batik. Kaedah ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut antara kaedah-kaedah yang dapat memelihara batik daripada terus dilupakan. Dan akhir sekali ialah untuk menganalisis tahap pengetahuan generasi pada hari ini terhadap batik. Penyelidikan telah dibuat untuk mendapatkan pengetahuan generasi muda melalui kaedah borang soal selidik dan sebagainya. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini memudahkan pengkaji memperoleh maklumat dan data dengan lebih sahih

    Komuniti Sebagai Pelestari Warisan Kebudayaan Rebana Kercing Di Kampong Laut, Tumpat, Kelantan.

    Full text link
    Kajian ini membincangkan mengenai peranan komuniti dalam melestarikan warisan kebudayaan Rebana Kercing di Tumpat, Kelantan. Penglibatan komuniti sebagai pelestari warisan kebudayaan Rebana Kercing ini masih berada dalam tahap yang kurang memuaskan akibat daripada permasalahan yang wujud seperti pihak komuniti kurang mempunyai pemahaman serta pengetahuan tentang kehebatan warisan kebudayaan Rebana Kercing ini. Dalam usaha untuk menangani masalah yang dihadapi ini, beberapa pihak yang bertanggungjawab dan pihak komuniti perlu mengambil pelbagai inisiatif dalam menangani masalah sebegini. Penyelidikan ini turut memberikan fokus kepada setiap objektif yang dikemukakan dimana merangkumi sejarah warisan kebudayaan Rebana Kercing di Kampong Laut, tahap pemahaman komuniti terhadap warisan kebudayaan Rebana Kercing dan juga kaedah yang dilaksanakan bagi memelihara dan mengekalkan warisan kebudayaan Rebana Kercing ini. Kajian penyelidikan ini juga berpandukan kepada teori identiti sosial dengan menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Pensampelan bebola salji digunakan bagi kaedah kualitatif dengan menemubual beberapa informan yang terdiri daripada penduduk di Kampong Laut. Selain itu, pensampelan secara rawak mudah digunakan bagi kaedah kuantitatif dimana borang soal selidik diedarkan kepada dua ratus lima puluh lima orang responden yang dipilih secara rawak. Kesimpulannya, diharapkan penyelidikan ini dapat menjadi rujukan dan juga ilmu kepada masyarakat tentang kepentingan warisan kebudayaan Rebana Kercing ini

    Nilai - Nilai Kemanusiaan Dalam Novel Srengenge Karya Shahnon Ahmad: Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu

    Full text link
    Kajian ini dilakukan kerana pengkaji mendapati novel Srengenge sememangnya kaya dengan nilai kemanusiaan yang dapat memberikan sumber teladan dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada khalayak pembaca. Seterusnya, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti, dan menganalisis nilai - nilai kemanusian dalam novel Srengenge dengan mengaplikasikan Teori engkaedahan Melayu. Tambahan pula, kajian ini membataskan hanya sebuah novel sahaja iaitu novel Srengenge karya Shahnon Ahmad. Semamangnya novel ini kurang mendapat perhatian terutamanya dalam kalangan pembaca remaja kerana kebanyakkan daripada mereka lebih meminati terhadap novel yang berunsurkan kisah cinta berbanding novel fiksyen. Oleh itu, dengan adanya kajian ini ianya mampu membantu membuka minda golongan remaja untuk membacanya. Selain itu, pengkaji turut menggunakan kaedah kajian kualitatif yang dipilih sbeagai kerangka panduan untuk menyempurnakan lagi kajian ini. Dalam kajian ini, penerapan Teori Pengkaedahan Melayu yang diilhamkan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 dipilih untuk dijadikan sebagai gagasan bagi mengukuhkan lagi analisis kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa dalam novel Srengenge karya Shahnon Ahmad ini jelas membuktikan bahawa novel tersebut mengandungi nilai-nilai kemanusiaan yang dapat memberi penghayatan dan kefahaman kepada khalayak pembaca mengenai nilai-nilai kemanusiaan yan diketegahkan oleh penulis dalam novel Srengenge, seterusnya mampu memberikan contoh teladan yang baik untuk membentuk masyarakat memiliki moral yang dalam kehidupan seharian

    Pelestarian Tarian ‘Langgie Pingadap’ Dalam Kalangan Masyarakat Bidayuh

    Full text link
    Kajian ini mengenai pelestarian tarian ‘Langgie Pingadap’ dalam kalangan masyarakat Bidayuh. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti sejarah dan perkembangan tarian ‘Langgie Pingadap’ dalam kalangan masyarakat Bidayuh dan mengkaji perbandingan tarian ‘Langgie Pingadap’ yang dahulu dengan yang kini. Tujuannya untuk mengetahui sejarah dan perkembangan tarian ‘Langgie Pingadap’ dan perbandingan tarian zaman dahulu dengan sekarang. Di samping itu, turut membincangkan usaha untuk mengekalkan tarian ‘Langgie Pingadap’ supaya terus menjadi identiti kepada masyarakat Bidayuh itu sendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kerja lapangan di Kampung Rayang, KM 58 BATU 36, Jalan Kuching/Serian sahaja. Kajian lapangan dilakukan hanya di kawasan ini kerana faktor kampung tersebut merupakan kampung halaman sendiri dan terdapatnya respondan ataupun infroman yang masih mengetahui tentang tarian ‘Langgie Pingadap’ tradisi Bidayuh di area atau bahagian Serian

    Pengaruh Motif Ukiran Dan Seni Bina Di Masjid Lama Parit Istana Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

    Full text link
    Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian “Pengaruh motif ukiran dan seni bina di Masjid Lama Parit Istana, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Masjid lama Parit Istana merupakan antara masjid lama yang terdapat di Negeri Sembilan. Masjid lama Parit Istana ini telah berusia 218 tahun yang telah dibina pada tahun 1796. Masjid ini dibina oleh masyarakat disini yang terbahagia kepada empat suku utama iaitu, suku Biduanda yang merupakan suku kaum utama, suku kaum Seri Lemak, suku kaum Tiga Nenek, dan juga suku kaum Acheh. Istimewanya masjid ini masih kekal bentuk asal dan dipercayai tiada perubahan atau penembahan pada reka bentuk masjid. Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian berkenaan masjid lama di Negeri Sembilan kerana masih kurang mendapat prihatian dan sambutan daripada pihak yang bertanggungjawab. Seni bina dan ukiran merupakan salah satu elemen dalam pemuliharaan sesuatu tapak warisan. Antara permasalah kajian dalam kajian pengkaji ialah tiada kajian terhadap ciri-ciri seni bina dan pengaruh motif ukiran terhadap masjid ini. Objektif kajian ini ialah mengkaji ciri-ciri seni bina masjid Lama Parit Istana, mengenalpasti motif ukiran pada elemen seni bina masjid Masjid Lama Parit Istana, dan terakhir ialah mengenalpasti pengaruh motif ukiran pada elemen seni bina masjid Parit Lama Parit Istana. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah tertumpu kepada metadologi kualitatif. Pengkaji melakukan kajian dengan secara atas talian, temubual dari sumber perpustakaan. Kajian penyelidikan ini akan mengenal pasti nilai sejarah dan kepentingan masjid lama yang terdapat di Negeri Sembilan. Kajian ini juga akan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa masjid lama yang terdapat di kawasan mereka merupakan aset warisan yang perlu dipelihara

    Adab-Adab Pemerintah Dalam Bustan Al- Salatin

    Full text link
    Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ialah adab-adab pemerintah dalam Bustanus Salatin. Kajian ini menyenaraikan tiga objektif iaitu menganalisis adab-adab pemerintah dalam Bustanus Salatin, mengenalpasti pemerintahan kerajaan yang mempunyai adab-adab pemerintahan yang terdapat dalam karya ketatanegaraan Bustanus Al-Salatin (Bab Ketiga) dan mencadangkan adab-adab pemerintah yang terdapat dalam Bustanus Salatin (Bab Ketiga) untuk dipraktikan dalam tampuk pemerintahan pada masa kini. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif. Proses pengumpulan data menggunakan perpustakaan dan kaedah analisis data pengkaji menggunakan kaedah analisis teks dengan menggunakan pendekatan adab oleh Syed Naquib Al-Attas. Hasil kajian menunjukkan terdapat adab-adab pemerintah yang diamalkan mengikut pendekatan adab oleh Syed Naquib Al-Attas dalam Bustanus Salatin (Bab Ketiga). Adab-adab pemerintah ini turut diamalkan ketika zaman kegemilangan pemerintahan kesultanan Melaka. Adab-adab pemerintah yang terdapat dalam Bustanus Salatin ini amat relevan diamalkan pada zaman pemerintahan pada masa kini bagi keamanan dan kesejahteraan negara. Implikasi pengamalan adab-adab pemerintah dapat menjadikan seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam suatu pemerintahan. Menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab ini sangat dititikberatkan dalam Islam. Karya yang dihasilkan oleh Nuruddin Al-Raniri ini dapat dijadikan panduan kepada pemimpin kerana karya ini penuh dengan kisah pengajaran pada zaman pemerintahan kerajaan dahulu

    Unsur Didaktik Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pendekatan Moral

    Full text link
    Kesusasteraan Melayu tradisional adalah sebuah karya yang telah disampaikan secara turun-temurun, disebar secara lisan, dan mengambarkan budaya atau gaya hidup sesebuah masyarakat. Masyarakat kini boleh menggunakan segala kandungan yang terdapat dalam cerita rakyat Melayu ini sebagai bahan hiburan, medium moral, pendidikan dan pengajaran dalam kalangan masyarakat. Berdasarkan penelitian pengkaji, masih terdapat kelompongan terhadap sorotan kajian lepas. Pengkaji mendapati bahawa kajian mengenai unsur didaktik dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan masih belum dilakukan oleh manamana pengkaji. Oleh itu, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti unsur didaktik dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan dan menganalisis unsur didaktik dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan sebagai suatu pendekatan moral. Seterusnya, pengkaji telah membataskan kepada 24 cerita rakyat Melayu yang terdapat dalam teks ini, Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif yang meliputi kaedah kepustakaan dan teks dalam menghasilkan kajian ini. Pengkaji juga mengaplikasikan Pendekatan Moral yang terdapat dalam Teori Pengkaedahan Melayu yang diasaskan oleh Hashim Awang (1989) untuk memantapkan hasil analisis kajian ini. Hasil kajian ini membuktikan bahawa unsur didaktik yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan ini sememangnya dapat memperbaiki atau meningkatkan nilai moral dalam kalangan masyarakat. Kata Kunci: Cerita Rakyat Melayu, Teori Pengkaedahan Melayu, Pendekatan Moral, Unsur Didakti

    Kajian Terhadap Penerimaan Seni Persembahan Dondang Sayang Di Dalam Kalangan Masyarakat Muda Di Melaka

    Full text link
    Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti punca atau sebab mengapa masyarakat muda kurang berminat dalam seni persembahan Dondang Sayang. Seterusnya, untuk mengkaji sejauh mana ilmu pengetahuan masyarakat muda dalam seni persembahan Dondang Sayang dan mengenalpasti langkah yang terbaik dalam menarik minat masyarakat muda dalam meneruskan legasi seni persembahan Dondang Sayang. Pengkaji juga turut menggunakan dua kaedah dalam kajian ini iaitu kaedah kualitatif yang melibatkan temubual bersama mereka yang terlibat dan kaedah yang kedua ialah kaedah kuantitatif iaitu kaedah yang melibatkan pengedaran borang soal selidik. Oleh hal demikian, hasil dapatan daripada kajian ini, diharap dapat dijadikan sebagai panduan untuk kajian pada masa akan datang

    Isu-Isu Masyarakat Dalam Novel Tuan Direktur Karya Hamka: Aplikasi Teori Konflik

    Full text link
    Novel sasterawan sentiasa mendapat tempat dalam kalangan penyelidikan. Hal ini demikian kerana, novel sasterawan mampu dilihat sebagai kritik dan cerminan masyarakat. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis kepada satu buah novel yang terpilih iaitu dari karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih sering dikenali sebagai Hamka. Novel tersebut ialah Tuan Direktur yang mana ia dilihat bersesuai digunakan dalam merungkai isu-isu masyarakat. Analisis ini akan dimantapkan lagi dengan menggunakan teori konflik yang dikemukakan oleh empat tokoh seperti Karl Marx, Ralf Dahrendorf, Lewis A. Coser dan George Simmel. Permilihan novel Tuan Direktur kerana novel dari Hamka ini merupakan novel yang tertumpu kepada masalah yang berlaku dalam masyarakat dan novel beliau juga berdasarkan kepada salah satu media awal sebagai usaha untuk memberi kesedaran nasional kepada pembaca dan juga untuk menyampaikan kritikan sosial melalui hasil karyanya itu sendiri. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Selain itu, kajian ini akan mempunyai dua objektif seperti mengenalpasti isu-isu masyarakat dalam novel Tuan Direktur dan menganalisis isu-isu masyarakat dalam novel Tuan Direktur dianalisis menggunakan teori konflik. Pada bahagian analisis kajian akan merungkai segala isu-isu masyarakat yang terdapat dalam novel Tuan Direktur

    1,142

    full texts

    2,882

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Malaysia Kelantan Intitutional Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇