2882 research outputs found
Sort by
Suaiguna Semula Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad Dan Sumbangnya Terhadap Pelancongan Warisan Di Alor Setar, Kedah
Kajian ini dijalankan adalah untuk memulihara salah satu bangunan bersejarah iaitu Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad daripada pupus, dilupakan dan mengalami kerosakkan yang boleh memberi kesan negatif kepada nilai warisan dan seni bina bangunan tersebut. Pada masa yang sama, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka latar belakang sejarah pembinaan galeri Mahathir Mohamad, menghurai perubahan fungsi rumah kelahiran Mahathir Mohamad kepada galeri dan sumbangan terhadap pelancongan warisan di Alor Setar, Kedah. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan temu bual manakala kaedah kuantitatif iaitu soal selidik yang menggunakan Teori Persepsi Gibson (1989) dalam kajian Suaiguna Semula Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad dan sumbangannya terhadap pelancongan warisan. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, suaiguna yang berlaku ke atas galeri ini telah memberikan beberapa sumbangan dari segi pengetahuan reka bentuk dan seni ina galeri, usaha-usaha pemeliharaan yang perlu dilakukan serta perubahan fungsi yang berlaku ke atas galeri ini bagi mengekalkan kepentingan dan keunikkanya sebagai salah satu tarikan pelancongan warisan di Kedah
Konservasi Koleksi: Pengurusan Penjagaan Koleksi Bagi Pameran Di Muzium Diraja (Istana Batu) Kelantan
Kajian ini membincangkan mengenai kaedah pengurusan penjagaan koleksi bagi pameran di Muzium Diraja Kelantan. Penjagaan dan pengurusan terhadap koleksi haruslah sentiasa diberikan penekanan supaya setiap koleksi dapat dipelihara dan diberi penambahbaikan sehingga dapat dijadikan sebagai tatapan kepada generasi yang akan datang. Muzium merupakan cerminan kepada masyarakat untuk memahami dan belajar apa yang telah berlaku pada zaman terdahulu. Oleh itu, pemeliharaan sesuatu institusi yang berkaitan dengan budaya warisan di sesuatu tempat perlu dilakukan dengan betul supaya ianya dapat dilihat hingga ke generasi yang akan datang. Berdasarkan bukti pemerhatian, temu bual, dan kajian terdahulu yang dilakukan, tesis ini akan menjelaskan mengenai bidang konservasi koleksi dalam pengurusan penjagaan yang betul untuk memelihara koleksi bagi pameran yang terdapat di Muzium Diraja Kelantan.
Kata kunci: pengurusan, penjagaan, memelihara, kerosakan, koleksi, Muziu
Penglibatan Komuniti Dalam Pemeliharaan Makanan Tradisional, Nasi Kebuli di Kuala Lipis, Pahang.
Kajian ini bertujuan meneroka sejarah dan perkembangan makanan tradisional Nasi Kebuli serta menganalisis penglibatan komuniti Kuala Lipis, Pahang berkaitan kepentingan dan langkah pemuliharaan makanan tradisional Nasi Kebuli. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan langkah pemeliharaan makanan tradisional Nasi Kebuli dalam kalangan generasi kini. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif iaitu soal selidik dan kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan. Penglibatan komuniti Kuala Lipis dalam pemuliharaan makanan tradisional Nasi Kebuli dikaji dengan menggunakan Teori Fungsionalisme. Hasil dapatan kajian yang dianalisis menunjukkan responden kurang pengetahuan tentang makanan tradisional Nasi Kebuli dari segi sejarah dan kemahiran penyediaan Nasi Kebuli secara tradisional. Penerimaan responden terhadap makanan tradisional Nasi Kebuli adalah ditahap baik dan memuaskan. Namun begitu, faktor teknologi menyebabkan makanan tradisional Nasi Kebuli kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi kini. Oleh itu, langkah terbaik dan berkesan untuk memelihara makanan tradisional Nasi Kebuli adalah melalui sektor pelancongan bagi menggalakkan generasi kini untuk mengenali dan merasai makanan tradisional Nasi Kebuli dalam kehidupan seharian
Peranan Pihak Bertanggungjawab Dalam Pengurusan Bangunan Warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu.
Penyelidikan ini mengenai peranan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Permasalahan yang melibatkan pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina ialah pihak bertanggungjawab tidak menyelenggara bangunan warisan dengan baik kerana kurang penjagaan dari sudut pemuliharaan bangunan tersebut dan juga penglibatan komuniti terhadap proses pemuliharaan dan pemeliharaan dilihat kurang memberangsangkan. Bagi menangani masalah yang dihadapi tersebut, pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sebagai pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bangunan tersebut telah melakukan pelbagai cara bagi memastikan pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina terus terjamin. Di dalam penyelidikan ini juga, pengkaji telah memberi fokus kepada objektif yang melibatkan pihak bertanggungjawab, teknik pengurusan pihak bertanggungjawab dan juga penglibatan komuniti dalam pengjagaan bangunan warisan. Selain itu, didalam kajian ini pengkaji telah menggunakan teori pengurusan birokrasi yang berkaitan dengan pengurusan sesuatu organisasi. Pengkaji juga telah menggunakan kaedah campuran didalam penyelidikan iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah ini dilaksanakan dengan menemubual pihak bertanggungjawab terhadap bangunan warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Seterusnya, pengkaji juga telah memberikan borang soal selidik kepada beberapa orang responden. Kesimpulannya, dengan adanya penyelidikan ini ianya dapat menjadi penanda aras dan kejayaan kepada bagi masa depan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bangunan warisan di Kampung Cina, Kuala Terengganu
Adat Dan Pantang Larang Kematian Dalam Masyarakat Rungus Kajian Kes: Kampung Bavanggazo, Kudat, Sabah.
Projek Penyelidikan ini adalah salah satu usaha untuk memperkenalkan warisan budaya masyarakat Rungus dan mengenalpasti adat dan pantang larang kematian dalam masyarakat Rungus di Kampung Bavanggazo, Kudat, Sabah. Seperti yang kita ketahui, kematian merupakan perkara yang pasti dan semua manusia pasti akan merasai kematian suatu hari nanti. Oleh itu, adat dan pantang larang amat penting untuk diketahui kerana ia telah menjadi panduan dan peraturan dalam pengurusan jenazah seperti dalam masyarakat Rungus mereka amat mementingkan adat-adat dan pantang larang dalam kehidupan kerana bagi mereka adat-adat tersebut dapat membantu mereka dalam interaksi sosial dan kehidupan. Terdapat beberapa adat dan pantang larang kematian yang diamalkan oleh masyarakat Rungus. Selain itu, terdapat juga beberapa proses upacara pengebumian yang dilakukan oleh masyarakat Rungus di Kampung Bavanggazo. Masyarakat Rungus telah melalui perubahan dalam adat kematian yang diamalkan oleh mereka akibat daripada perubahan zaman dan teknologi dunia yang semakin canggih. Selain itu, pengaruh agama Kristian juga telah menyebabkan adat dan pantang larang kematian dalam masyarakat Rungus berubah. Oleh itu, adat dan pantang larang kematian yang telah diamalkan oleh masyarakat Rungus telah membantu mereka untuk mewujudkan keharmonian dan kesepakatan dalam kehidupan
Intention to purchase halal products among university’s students: The application of theory of planned behavior (TPB)
This research uses Ajzen's Theory of Planned Behavior as a theoretical framework to build on prior research on halal food purchasing behavior among university students. Data are gathered using questionnaires self-administered. The parameters that influence university students' halal food purchase behavior are investigated using multiple regression analysis in this article. All characteristics have a favorable and significant impact on halal food purchasing intentions, according to the results of the multiple regression analysis. This study, like many other empirical studies, is not without flaws. To begin with, the sample size is modest. To improve the study, increase the sample size and incorporate participants from other university departments. This study only looked at three antecedents of halal food purchases among university students. As Malaysia attempts to play a larger role in the halal market, more study is needed to discover and resolve the negative elements of halal food consumption. Potential relationships between independent variables (such as trust, moral obligation, habit, and self-identity) should be documented in a future study. By determining the rationales for halal food purchases, this study contributes to and expands our knowledge of halal food purchasing behavior. The findings aid investment decisions related to the creation of Malaysia as a halal center by addressing and taking into consideration the issues and requirements of Malaysian government agencies and enterprises
Konservasi Koleksi: Fungsi Pemasaran Pameran Terhadap Koleksi Di Muzium Diraja Negeri Kedah Darul Aman
Istana merupakan sebuah tempat atau institusi yang telah menyimpan pelbagai artifak. Muzium juga merupakan suatu tempat menyimpan segala peralatan kesenian, serta warisan dan segala adat resam pada masa dahulu seperti pakaian diraja, manuskrip, senjata yang mempunyai kualiti yang sangat tinggi sehingga menjadi rujukan sehingga hari ini. Dalam kajian ini pengkaji menyatakan tiga objektif kajian yang hendak dikaji. Kertas kerja ini juga akan menjelaskan fungsi pemasaran pameran yang dijalankan di Muzium Diraja Negeri Kedah. Selain itu pengkaji turut menjelaskan jenis pemasaran pameran yang dijalankan terhadap koleksi serta melihat bagaimana setiap koleksi tersebut mempunyai fungsi kepada pelawat yang menjalankan aktiviti lawatan di Muzium Diraja Kedah. Penggunaan kaedah metodologi dalam kajian ini
sangat memudahkan pengkaji dalam memperolehi maklumat yang berkaitan. Kajian ini diharap dapat membantu memartabatkan institusi Muzium Diraja di samping dapat meningkatkan pelancongan asing di Malaysia.
Kata Kunci: Istana, Artifak Muzium, Manuskrip, Muzium Diraja Keda
Kajian Mengenai Kerja-Kerja Konservasi Yang Dijalankan Dalam Mengekalkan Nilai Warisan Yang Terdapat Pada Bangunan Muzium Islam Di Kota Bharu, Kelantan
Di dalam tesis ini, tajuk yang dipilih adalah berkaitan dengan kerja-kerja konservasi yang dijalankan dalam mengekalkan nilai warisan yang terdapat pada bangunan warisan Muzium Islam di Kota Bharu Kelantan. Muzium Islam merupakan rumah kediamanan bekas Menteri Besar Kelantan iaitu Encik Hassan Bin Mohd Salleh yang merupakan Dato Menteri Negeri Kelantan pada tahun 1990 sehingga 1920.
Bangunan Muzium Islam ini dibina pada tahun 1902 yang menginspirasikan gaya dan ciri-ciri model rumah Melayu Kelantan-Pattani pada abad ke-19 sehingga abad ke-20.
Bangunan ini telah diiktirafkan sebagai pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1917 sehingga tahun 1990. KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah merasmikan Muzium Islam sebagai sebuah Galeri Muzium Islam pada 11 November 1991 sehingga kini. Permasalahan yang diulas dalam kajian ini adalah masyarakat kini kurang mengambil tahu tentang kepentingan nilai warisan, kurang jelas mengetahui tentang sejarah dan latar belakang serta kajian penyelidikan juga kurang dijalankan terhadap bangunan warisan tempatan. Kajian ini memfokuskan kepada objektif kajian iaitu mengenalpasti kesan pemeliharaan bangunan Muzium Islam terhadap masyarakat sekitar, mengkaji kerja-kerja konservasi yang dijalankan dalam mengekalkan nilai warisan serta menghuraikan keistimewaan dan keunikan seni bina bangunan warisan yang terdapat pada Muzium Islam Kelantan. Kaedah metodologi yang digunakan adalah menggunakan sumber data primer iaitu kaedah pemerhatian, kerja lapangan dan kaedah temubual serta data skunder iaitu sumber internet dan perpustakaan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kerjakerja konservasi yang dijalankan terhadap bangunan Muzium Islam Kelantan telah mengekalkan nilai warisan yang terdapat pada bangunan Muzium Islam. Hal ini telah dibuktikan berdasarkan data temubual yang diperolehi daripada kesemua informan yang mana mereka bersetuju dengan kenyataan ini. Nilai warisan yang telah dikekalkan dapat dilihat pada hiasan dinding Janda Berhias dinding jendela yang menggunakan teknik Susunan Sireh, ukiran kepala tingkap dan pintu, ukiran tulisan khat dan ukiran andangandang yang bermotifkan Pucuk Rebung.
Kata kunci : Pemeliharaan, seni bina, bangunan warisan,Muzium Islam Kelantan
Potensi Pulau Tuba, Langkawi Sebagai Produk Pelancingan Warisan
Industri pelancongan negara Malaysia telah berkembang pesat sejak hampir 3 dekad
yang lalu. Pada peringkat awal, perkembangan pelancongan bermula dengan zon
pinggiran pantai yang telah menjadi daya tarikan utama industri pelancongan negara.
Walaupun pada zaman sekarang banyak destinasi pelancongan lain yang pelbagai telah
dibangunkan, kawasan pinggir pantai tetap menjadi tumpuan bukan hanya oleh
pelancong dari luar negara, tetapi pelancong dosmetik juga. Oleh hal yang demikian,
kemajuan industry ini serta kepentingannya dalam menjana ekonomi masyarakat
setempat, pengusaha dan negara namum impaknya negatifnya terhadap zon pantai juga
sedang meningkat. Hal ini kerana, zon pinggir pantai adalah satu zon bukan hanya
paling dinamik tetapi juga rapuh. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
sejarah dan perkembangan Pulau Tuba, mengkaji potensi Pulau Tuba sebagai salah satu
produk pelancongan warisan dan membincangkan strategi dan usaha mempromosikan
Pulau Tuba kepada masyarakat luar. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah
kualitatif yang melibatkan kaedah temubual dan kajian kepustakaan. Hasil daripada
penelitian terhadap potensi Pulau Tuba sebagai produk pelancongan warisan ini
mendapati masih terdapat warisan yang dikekalkan dan menjadi tempat pelancongan
buat pengunjung. Selain itu, pengkaji dapat mengetahui tentang warisan alam
semulajadi yang maish dipelihara oleh penduduk setempat dan pihak berkepentingan
supaya boleh dijadikan sebagai sektor pelancongan dan usaha yang telah dijalankan
oleh masyarakat setempat dan pihak kerajaan dalam mempromosikan Pulau Tuba.
Kata kunci: pelancongan warisan, tapak warisan, masyaraka
Kajian Nilai Sejarah Terhadap Seni Bina Rumah Warisan Pahlawan Resort, Kuala Berang Terengganu.
Projek penyelidikan ini dijalankan untuk melakukan kajian nilai sejarah terhadap seni bina rumah warisan pahlawan resort yang terletak di Kampung Pauh, Kuala Berang, Terengganu. Setiap seni bina pada rumah warisan tersebut mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Terdapat tujuh buah rumah lama yang berada di resort tersebut dan setiap rumah mempunyai rekaan dan seni bina yang berbeza. Permasalahan kajian yang wujud dalam kajian yang dijalankan ialah rujukan yang terhad bagi rumah warisan, masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran tentang kesenian seni bina yang ada di negara Malaysia dan masyarakat yang tidak mengetahui betapa pentingnya seni bina warisan. Objektif bagi kajian untuk projek penyelidikan ini ialah untuk mengenalpasti sejarah dan menganalisa keunikan seni bina rumah warisan yang terletak di warisan pahlawan resort. Kaedah temubual ke atas empat informan dan rujukan daripada buku, bahan ilmiah dan jurnal digunakan bagi menjawab objektif kaiian tersebut. Hasil kajian ini mendapati terdapat 7 rumah melayu di warisan pahlawan tersebut dan setiap dari rumah yang ada mempunyai keunikannya yang tersendiri seperti bentuk rekaan rumah dan kaya dengan motif ukiran yang cantik dan kemas. Akhir sekali, diharapkan agar sedikit sebanyak projek penyelidikan yang dijalankan ini dapat dijadikan panduan dan dan bahan ilmiah yang berguna kepada mereka yang ingin mengetahui tentang seni bina rumah melayu di Malaysia