2882 research outputs found
Sort by
Pemeliharaan Golok Atau Parang Pendek Dalam Masyarakat Di Daerah Pasir Puteh, Kelantan
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencadangkan kaedah untuk meningkatkan cara pemeliharaan senjata lama seperti golok dalam masyarakat secara sistematik,
mengenalpasti kerosakan dan potensi pemeliharaan terhadap artifak dalam kehidupan masyarakat terutama penduduk yang berada di luar Bandar. Lokasi kajian yang dijalankan adalah terletak di sebuah Kampung Chengal Batu yang berada dalam
Jajahan Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Kajian ini berbentuk data kualitatif yang bersumberkan sumber primer dan sekunder. Untuk menjadikan kaedah pemeliharaan terhadap sesuatu artifak seperti senjata lama lebih sistematik dan terurus adalah dengan mencadangkan beberapa kaedah penambahbaikan dalam memelihara sesuatu koleksi agar keaslian dapat dikekalkan sehingga ke generasi akan datang. Seterusnya, dengan adanya kaedah manual secara bertulis yang berkesan dan sistematik, langkah penjagaan sesuatu koleksi dapat dikumpulkan dan diperjelaskan kepada orang ramai
dengan mudah dan secara tidak langsung dapat memudahkan mereka dalam memelihara senjata lama seperti golok. Oleh itu, diharapkan kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan dan juga sebagai satu alternatif kepada orang ramai terutamanya penduduk yang masih lagi memiliki serta menggunakan senjata lama sebagai alat kerja harian dan sebagai barangan perhiasan rumah. Dalam masa yang sama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemeliharaan koleksi kearah yang lebih baik serta dapat dijadikan sumber rujukan kepada pengkaji yang akan datang.
Kata kunci: kaedah pemeliharaan senjata, koleksi dalam masyarakat Kelanta
Kesan Pemeliharaan Bangunan Rumah Kedai Di Jalan Sultan, Kuala Lumpur Dalam Menyumbang Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat
Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kesan Pemeliharaan Bangunan Rumah Kedai Di Jalan Sultan, Kuala Lumpur Yang Menyumbang Kepada Ekonomi Masyarakat Setempat”. Jalan Sultan yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur ini telah diberikan nama oleh Sultan Abdul Samad pada tahun 1804-1898. Jalan ini muncul pada peta pada tahun 1899, dan diberi nama seperti di bukit di belakang jalan ini yang ditetapkan sebagai tempat untuk istana Sultan Kuala Lumpur. Bangunan rumah kedai yang terdapat pada kawasan bandar Kuala Lumpur ini haruslah dipelihara dan dikekalkan. Hal ini dikatakan demikian kerana, bangunan rumah kedai tersebut telah diancam kemusnahan di atas faktor pembangunan atau pembinaan MRT, jalan raya dan sebagainya yang dilakukan berdekatan dengan kawasan bangunan rumah kedai tersebut. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sejarah dan perkembangan bangunan rumah kedai di jalan Sultan, Kuala Lumpur. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui kesan pemeliharaan bangunan rumah kedai di jalan Sultan, Kuala Lumpur dan mengenalpasti cadangan yang perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab dalam memelihara bangunan rumah kedai di jalan Sultan, Kuala Lumpur. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen merupakan kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data sekaligus dapat menyempurnakan kajian projek penyelidikan ini dari fasa awal sehingga akhir. Terdapat 11 orang responden yang terdiri daripada orang awam, Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Penolong Konservator bahagian Konservasi Warisan Jabatan Warisan Negara yang telah ditemubual oleh pengkaji dalam mendapatkan data dan maklumat bagi menghasilkan kajian Projek Penyelidikan ini. Hasil kajian mendapati bahawa pemeliharaan bangunan rumah kedai di Jalan Sultan, Kuala Lumpur dapat menyumbang kepada ekenomi masyarakat setempat di Jalan Sultan, Kuala Lumpur
The implication of transparency in Islamic finance towards zakat institutions among UMK students.
The meaning of zakat is one of the fifth pillars of Islam. among the wisdom and purpose of ALLAH SWT in stipulating zakat is to distribute a small part of the wealth from the rich to the poor. in addition, creating a state of gratitude for the blessings bestowed by among those who are. in addition, it also provides an opportunity for the wealthy to worship in the form of withdrawing zakat from their property. next to create unity among the muslim community in economic and financial matters. as we know, the transparency of Islamic finance to zakat institutions is very guaranteed because Islamic finance is based on Islamic sharia. this study is about the intention to pay zakat for the context of Islamic finance among students of University Malaysia Kelantan (UMK) to zakat institutions. it will focus on students at the Pengkalan Chepa campus. the study will be focused on students in the faculty of entrepreneurship and business where it is in line with the objectives of this research. this study used several statistical techniques to analyse the data, and the data were collected by distributing questionnaires to 300 students at University Malaysia Kelantan (UMK) Kota Campus
Program Outreach Ramah Mesra Bersama Masyarakat Setempat (Perkongsian Pendidikan Tinggi Awam)
Program Outreach Ramah Mesra Bersama Masyarakat Setempat (Perkongsian Pendidikan Tinggi Awam
Kepentingan Pemeliharaan Rumah Kutai Di Pasir Salak, Perak Yang Memberi Impak Dalam Sosiobudaya Masyarakat.
Penyelidikan yang dijalankan adalah mengenai kajian terhadap Kerjasama Pihak Berkepentingan Dalam Mempromosikan Kampung Budaya Terengganu Sebagai Tempat Pelancongan, permasaalahan yang dihadapi oleh Kampung budaya Terengganu ini adalah mengenai kaedah promosi yang dijalankan oleh pihak bertanggunjawab di dalam memperkenalkan tarikan baru ini. Oleh kerana ramai masyarakat tidak mengenali Kampung Budaya ini, pihak yang bertanggunjawab memainkan peranan penting di dalam meningkatkan usaha memperkenalkan aset pelancongan ini kepada orang ramai. Pihak yang terlibat seperti Muzium Negeri Terengganu dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu merupakan teras utama di dalam menaikan nama Kampung Budaya ini, oleh itu, kaedah serta strategi mempromosikan dilakukan dengan mengikut situasi yang menepati dan efektif. Penyelidikan ini juga memberi fokus kepada setiap objektif yang telah dikemukakan merangkumi pihak bertanggunjawab mempromosikan Kampung Budaya Terengganu, Usaha dalam Mempromosikan dan juga kesan penubuhan Kampung Budaya Terengganu Terhadap masyarakat tempatan. Di samping itu, penyelidikan ini juga berpandukan teori hieracy of need dengan menggunakan kaedah campuran, kaedah yang digunakan adalah temubual dan soal selidik, beberapa informan yang terdiri daripada pegawai Pelancongan Negeri Terengganu dan Kakitangan Kampung Budaya Terengganu telah ditemubual dengan teknik sbowball untuk mendapatkan data. Sebanyak 300 orang respondent daripada Kampung Atap Zink telah dipilih dengan secara rawak untuk menjawab borang soal selidik yang telah diberikan. Dengan adanya kajian ini, ia dapat memberikan sumbangan kepada semua pihak terutamanya pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dalam meningkatkan prestasi dan mutu promosi produk. Kesimpulanya penyelidikan ini mampu menjadi tulang belakang kepada Pihak Pelancongan Negeri Terengganu dan juga Kampung Budaya Terengganu dalam memperbaiki dan menjayakan pelancaran produk pelancongan yang baru
Penggunaan Bahasa Bugis Di Kalangan Komuniti Di Kampung Batu Puteh, Batu Pahat, Johor.
Bahasa Bugis dianggap sebagai identiti dalam mewakili masyarakat Bugis di Johor. Masyarakat Bugis telah menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa perantara dalam kehidupan seharian mereka. Namun, bahasa Bugis perlahan-lahan hilang dalam kehidupan orang Bugis di Johor kerana keutamaan orang Bugis dalam mengamalkan bahasa Melayu baku untuk berkomunikasi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kepupusan bahasa Bugis dalam kalangan masyarakat Bugis. Terdapat tiga objektif utama kajian ini: untuk mengenal pasti perbezaan leksikon antara bahasa Bugis dan bahasa pertuturan harian yang digunakan oleh masyarakat untuk meneliti faktor-faktor yang menyumbang kepada penurunan penggunaan bahasa Bugis dalam masyarakat sekarang dan untuk menganalisis langkah-langkah dalam menjaga bahasa Bugis. Kajian ini menggunakan pendekatan etnografi dengan menggunakan temu bual dan pemerhatian bukan peserta untuk mendapatkan data daripada kerja lapangan di Kampung Batu Puteh, Batu Pahat, Johor. Sepuluh responden telah mengambil bahagian dalam kajian ini, dan semua data dianalisis dengan analisis tematik. Kajian ini mendapati bahawa faktor yang menyebabkan kepupusan bahasa Bugis adalah disebabkan perbezaan jarak umur antara generasi muda dan tua yang menuturkan bahasa Bugis, peralihan bahasa daripada bahasa Bugis kepada bahasa Melayu moden, tingkah laku dan sikap kegemaran masyarakat sekarang. dalam bahasa yang dituturkan, dan masa berubah. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa agen sosialisasi, khususnya ibu bapa dan komuniti, memainkan peranan penting dalam menggalakkan generasi muda bertutur dalam bahasa ibunda mereka dan menjaga bahasa Bugis dalam masyarakat dengan berkongsi pengetahuan dan kesedaran di kalangan mereka. Oleh itu, kajian ini menerangkan secara kritis isu-isu yang dibincangkan dari pandangan yang berbeza dan menekankan kepentingan menjaga bahasa ibunda mereka untuk masa hadapan
Majlis Pelancaran MOHE Star Biz Challenge Taikun Muda
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) telah menganjurkan Program Rancangan Realiti TV MoHE Star Biz Challenge – Taikun Muda dengan kerjasama Alhijrah Media Corporation (TV Alhijrah) dan melancarkan program tersebut pada hari tersebu
The efficiency of Islamic Banking: Bibliometric Analysis
Because interest-free financing is so important in Islamic banking, practitioners have created an innovative environment in which an alternative to interest is expected. As a result, the title of this study is bibliometric analysis of the efficiency Islamic banking, and the method used for this study is bibliometric analysis. The main reason for choosing this phrase is that it is relevant to the current study topic of Islamic banking and finance. There are several research objectives that have been identified that have led to this research, which are to investigate the current trend and structure of research on efficiency in the Islamic banking industry, to identify the most studied themes within the Islamic banking efficiency literature, and to determine how far prior research has discovered about the level of efficiency in the Islamic banking industry worldwide. This analysis employs the method of document analysis by gathering data from previous studies that are bibliometric. Because we conduct bibliometric research, the framework of methods used to obtain the article is included among the research questions, research objectives, and analysis techniques. We used Scopus, a multidisciplinary database suitable for information systems (IS) researchers, to find past research articles on the efficiency of Islamic banking. We chose two citations: co-occurrence and co-citation. Researchers use co-occurrence to find the most frequently used keywords in articles about the efficiency of Islamic banking, and o-citation is the frequency of using articles about the efficiency of Islamic banking in the top 16 countries. The innovation aspect of Islamic banking products or technologies plays an important role in improving the efficiency of Islamic banking
Impak Covid-19 Terhadap Rewang: Kajian Kes Di Felda Kumai, Bera, Pahang.
Rewang dikenali sebagai salah satu amalan budaya di Felda Kumai, Bera, Pahang. Rewang atau merewang merupakan aktiviti perkauman yang cukup popular di kalangan masyarakat Jawa dan tempatan. Bagaimanapun, berikutan penularan wabak Covid-19, kerajaan telah mengehadkan sebarang aktiviti aktiviti kemasyarakatan dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, merewang terjejas dan penduduk tempatan perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kelangsungan budaya bagi generasi akan datang. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji mengkaji kesan Covid-19 terhadap rewang sebagai sebahagian daripada warisan budaya tidak ketara. Penyelidikan ini memfokuskan kepada tiga objektif utama iaitu mengenal pasti peranan rewang dalam kehidupan masyarakat Felda Kumai, mengkaji kesan wabak terhadap rewang dan menilai mekanisme yang relevan dalam pemeliharaan rewang dari perspektif masyarakat setempat. Penyelidikan ini menggunakan kaedah campuran dengan menemu bual 11 orang responden dan mengedarkan 122 soal selidik untuk tinjauan. Semua data yang diperoleh daripada penyelidikan ini telah ditriangulasi oleh kajian lepas dan responden kajian. Penyelidikan ini juga mendapati bahawa rewang adalah penting kerana ia boleh membantu orang lain melalui aktiviti kemasyarakatan, namun rewang telah mengalami peralihan budaya di mana kebanyakkan penduduk tempatan lebih suka menggunakan perkhidmatan catering semasa mengadakan majlis kenduri. Oleh itu kajian ini adalah penting kepada pihak lain kerana ia dapat meningkatkan kesedaran dan memberikan kefahaman yang menyeluruh tentang kepentingan rewang kepada komuniti tempatan
Live Lecturer: Emeritus Prof@Asasi - Biotechnology And Biobusinesses
Program pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Che Omar diadakan di PPI UMK Kampus Jel