2882 research outputs found
Sort by
Interpretasi Padi Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Melalui Teks Pantun Pak Nazel 101 Perkara
Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun dahulu. Makalah ini meneliti unsur alam iaitu padi sebagai salah satu tanda yang banyak dipindahkan dalam pantun. Padi dipilih kerana ia merupakan sumber ekonomi dan juga sumber utama makanan masyarakat Melayu. Unsur tersirat di sebalik tanda-tanda pada padi dihurai dengan membuat penilaian dan pentafsiran agar dapat lebih difahami. Buku Pantun Pak Nazel 101 Perkara (2012) yang di hasilkan oleh Nazel Hashim Mohamad, terbitan Institut Terjemahan Buku Malaysia digunakan sebagai teks kajian. Kajian terhadap padi kurang dilakukan oleh para sarjana tempatan. Oleh itu, kajian ini mengemukakan dua objektif utama iaitu Mengenal pasti konsep penggunaan padi dalam pantun dan Menghubungkaitkan makna padi dalam budaya dan tradisi masyarakat melayu. Melalui kedua-dua objektif ini, dapat disimpulkan bahawa padi dan kehidupan melayu tidak dapat dipisahkan malah banyak kepentingannya kepada masyarakat melayu. Selain itu, padi yang merupakan makanan utama yang diamalkan daripada masyarakat dahulu dan berkekal sehingga kini dapat disamakan dengan pantun yang merupakan sastera lisan masyarakat dahulu dan masih relevan sehingga ke hari ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis kandungan teks Pantun Pak Nazel 101 Perkara. Melalui kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan kepada para sarjana untuk mengangkat kajian terhadap unsur alam iaitu padi dan memperbanyakkan kajian ke atas teori puitika sastera melayu. Seterusnya cadangan kepada masyarakat bagi menggalakkan masyarakat menggunakan pantun dalam pertuturan harian
Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Peniaga Makanan Tradisional Kecil-Kecilan Di Kuala Kedah
Makanan tradisional merupakan simbolik bagi penyatuan masyarakat majmuk dan peniaga makanan tradisional pula merupakan penyambung bagi melestarikan budaya makanan tradisional. Walau bagaimanapun, dunia kini telah melanda pandemik Covid- 19 yang memberi kesan kepada seluruh dunia termasuk ekonomi negara. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan peniaga makanan tradisional ini terjejas akibat norma baharu yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti jenis-jenis makanan yang dijual oleh peniaga makanan tradisional di sekitar Kuala Kedah. Selain itu, mengkaji kesan pandemik kepada peniaga makanan tradisional dan menganalisis usaha yang diambil oleh peniaga bagi mengatasi kerugian penjualan makanan sepanjang Covid-19. Metodologi yang digunakan adalah kaedah pencampuran dan seramai 110 orang responden bagi tinjuan dan 10 orang responden dari temubual. Data kajian dianalisis menggunakan analisis tematik dan deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa impak pandemik ini memberi kesan kepada penjual makanan tradisional dari segi kesukaran mendapatkan pesanan daripada pelanggan, lebih sedikit pelanggan yang makan di gerai atau restoran mereka, dan bahan mentah yang terlalu mahal. Selain itu, peniaga kecil-kecilan ini telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan makanan mereka dengan menggunakan media sosial sebagai platform, seperti menyertai laman Facebook dan kumpulan WhatsApp, pemasaran dari mulut ke mulut (melalui ahli keluarga) dan perkhidmatan penghantaran tunai. Kesimpulannya, kajian ini penting kepada peniaga secara kecil-kecilan kerana ia mencadangkan penyelesaian penting dan praktikal untuk meminimumkan kesan wabak ke atas perniagaan kecil mereka dan pengalaman baharu kepada orang lain tentang cabaran pandemik yang dihadapi sekarang
Ungsur-Ungsur Dalam Keslaingfahaman Dalam Dialek Kedah Di Antara Generasi Tua Dan Generasi Muda Di Kampung Sungai Udang Yan, Kedah
Kajian ini memfokuskan kepada persefahaman bersama pengguna dialek Kedah antara generasi tua dan muda di Kampung Sungai Udang Yan, Kedah. Memandangkan bahasa dan dialek mewakili identiti manusia, beberapa dialek purba jarang digunakan dalam kalangan generasi muda, dan ia membawa kepada kepupusan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan dialek Kedah antara dua peringkat umur di Kampung Sungai Udang yan Kedah dalam pergaulan seharian mereka. Tiga objektif utama telah dikenal pasti dalam kajian ini iaitu untuk mengenal pasti perbezaan kosa kata yang digunakan dalam dialek Kedah antara generasi tua dan muda berdasarkan pemahaman bersama; untuk mengkaji perbezaan perkataan harian yang digunakan oleh kedua-dua generasi berdasarkan konsep persefahaman bersama; dan menganalisis langkah-langkah mengekalkan dialek dalam kalangan masyarakat tanpa mengira umur mereka di Kampung Sungai Udang Yan, Kedah. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran di mana temu bual separa berstruktur, pemerhatian bukan peserta dan tinjauan telah diterima pakai. Lima orang responden telah menyertai sesi temu bual, manakala 98 orang telah menjawab soal selidik. Oleh itu, kajian ini mendedahkan terdapat beberapa perbezaan penggunaan dialek Kedah antara generasi tua dan muda dari segi kosa kata, sebutan dan tatabahasa. Kajian ini juga mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil dalam mengekalkan dialek Kedah dalam masyarakat iaitu melalui penggunaan dialek secara berterusan dalam kehidupan seharian serta menggunakan dialek Kedah dalam aktiviti perkauman. Dalam pengertian itu, bahasa dan dialek perlu dikekalkan dalam setiap masyarakat kerana ia merupakan sebahagian daripada identiti dan warisan kemanusiaan
Kepentingan Pemuliharaan Kompleks Sejarah Matang Di Perak
Kompleks Sejarah Matang merupakan sebuah kota lama yang maju dan dimiliki oleh Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Beliau adalah seorang pembesar Melayu yang amat terkenal suatu ketika dahulu. Rumah Ngah Ibrahim merupakan salah satu bangunan yang berada di dalam kompleks tersebut dan mempunyai keistimewaan serta kepentingan suatu ketika dahulu kepada masyarakat setempat. Setelah melalui tempoh yang panjang, terdapat beberapa kerosakan yang berlaku kepada bangunan tersebut sebelum diwartakan sebagai muzium. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada dua objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti faktor-faktor kerosakan Kompleks Sejarah Matang di Perak dan untuk mengetahui kaedah yang digunakan dalam memulihara dan memelihara kompleks tersebut. Bagi mendapatkan data kajian, kaedah metodologi seperti keperpustakaan, temu bual, serta pemerhatian telah diaplikasikan dengan bantuan daripada pihak Kompleks Sejarah Matang. Pada bahagian lampiran ini, disertakan juga senarai soalan yang dijadikan sebagai bahan temu bual. Akhir sekali, diharapkan kajian ini mampu membuka mata masyarakat untuk menghargai dan memperkenalkan bangunan warisan yang terdapat di Matang, Perak. Disamping itu, kajian yang dijalankan ini boleh menjadi sebuah rujukan ilmiah untuk mengetahui mengenai faktor kerosakan dan kaedah yang digunakan bagi memulihara dan memelihara rumah Ngah Ibrahim yang terdapat di Kompleks Sejarah Matang, Perak
Pemuliharaan Bahasa Jawa Di Kalangan Masyarakat Jawa Di Kampung Parit Lapis Laman, Johor
Bahasa adalah asas kepada kehidupan manusia, dan ia diiktiraf sebagai salah satu warisan budaya tidak ketara masyarakat. Namun, kebanyakan orang Jawa pada masa kini kurang bercakap bahasa mereka dalam kehidupan seharian kerana mereka ingin dikenali sebagai orang Melayu dan menjadi moden. Sehubungan itu, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Melayu baku daripada bahasa Jawa, mengurangkan penggunaan bahasa Jawa hari demi hari. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada sejauh mana bahasa Jawa telah dikekalkan dalam masyarakat Kampung Parit Lapis Laman, Johor. Kajian ini mengandungi tiga objektif: mengenal pasti variasi bahasa Jawa yang digunakan di Kampung Parit Lapis Laman, Johor; mengkaji penggunaan bahasa Jawa dalam kalangan masyarakat; dan menganalisis mekanisme yang relevan dalam mengekalkan bahasa Jawa dalam kalangan masyarakat Jawa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan pemerhatian bukan peserta dan temu bual separa berstruktur. Sepuluh orang responden telah mengambil bahagian dalam kajian ini, dan majoriti daripada mereka adalah masyarakat yang tinggal di Kampung Parit Lapis Laman, Johor. Semua maklumat yang diperoleh daripada kerja lapangan dianalisis dengan menggunakan analisis tematik. Kajian ini mendedahkan bahawa kebanyakan generasi muda kurang menggunakan bahasa Jawa dalam kehidupan seharian kerana kurangnya pendedahan di sekolah dan rumah, dan mereka terlalu malu untuk bertutur dalam bahasa Jawa. Bagi mengatasi masalah ini, mekanisme yang relevan perlu dilaksanakan dalam kalangan masyarakat Jawa di Johor seperti: menggunakan bahasa Jawa di rumah dan membentuk kelab bahasa Jawa di media sosial. Justeru, kajian ini penting dalam menyediakan perbincangan dan cadangan kritikal untuk mengekalkan bahasa Jawa sebagai sebahagian daripada warisan budaya tidak ketara sebelum ia lenyap buat selama-lamanya
Kajian Tentang Lagu-Lagu Loghat Daerah Yang Mempromosikan Negeri Kelantan
Lagu loghat daerah di Kelantan adalah mempunyai persamaan dengan lagu-lagu
Melayu, Inggeris dan moden yang lain. Yang membezakannya adalah jenis loghat
apabila dinyanyikan. Penulis mendapati bahawa kajian Lagu-Lagu Loghat Daerah
yang Mempromosikan Negeri Kelantan adalah tiada kajian yang terperinci yang
dibuat oleh penyelidik terdahulu mengenai kajian ini. Hal ini kerana lagu ini
merupakan sebuah lagu yang baru boleh dikatakan dalam industri muzik. Di dalam
kajian ini, penulis telah menetapkan tiga objektif iaitu mengenalpasti mengenai
lagu-lagu yang mempromosikan Negeri Kelantan, mengenalpasti penyanyi lagu-lagu
tersebut dan juga mengenalpasti keberkesanan lagu-lagu loghat daerah terhadap
masyarakat luar Kelantan. Pengkaji mendapati kajian mengenai kajian lagu loghat
daerah Kelantan tidak ada maklumat yang begitu tepat. Kebanyakan kajian yang telah
dilakukan adalah berkisar tetang Dikir Barat yang telah dijadikan terma payung untuk
sebarang bentuk nyanyian di dalam dialek Kelantan. Metodologi yang digunakan di
dalam kajian ini memudahkan pengkaji untuk memperoleh maklumat secara
terperinci dan sempurna
Pemuliharaan Warisan Tidak Ketara: Kajian Terhadap Kuih Bunga Pudak Di Alor Setar, Kedah
Kuih Bunga Pudak merupakan kuih warisan negeri Kedah. Keunikan kuih ini terletak pada nama dan kaedah masakan kuih tersebut. Kajian ini dijalankan ini adalah untuk mengkaji tentang pemuliharaan warisan tidak ketara iaitu kajian terhadap Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah.Terdapat tiga objektif yang dinyatakan di dalam kajian ini iaitu mengenal pasti sejarah dan keunikan Kuih Bunga Pudak di Kedah, menghuraikan kaedah pembuatan Kuih Bunga Pudak di Alor Setar, Kedah dan menganalisis penglibatan komuniti di Alor Setar, Kedah dalam pemuliharaan terhadap Kuih Bunga Pudak.Bagi kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat tentang kajian terhadap Kuih Bunga Pudak. Seramai 5 orang informan di pilih untuk di temu bual. Hasil dapatan yang diperolehi mendapati Kuih bunga Pudak ini berasal daripada Kedah iaitu termasuklah wilayah jajahan kedah pada masa dahulu. Kuih ini juga diambil bersempena nama Pokok Bunga Pudak yang boleh dijumpai di sekitar pesisir pantai. Akhir sekali, Kuih Bunga Pudak ini adalah kuih warisan negeri Kedah yang harus dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman dan kekal hingga ke generasi yang seterusnya
Kajian Terhadap Pengurusan Muzium Ketika Pandemik Covid - 19 Di Muzium Negara Malaysia
Kajian ini menumpukan kepada aspek pengurusan Muzium Negara Malaysia. Kajian ini menfokuskan tentang inisiatif pihak muzium dan juga penglibatan pelawat di Muzium Negara Malaysia ketika pandemic Covid-19. Objektif utama kajian ini adalah mengkaji pola lawatan ke Muzium Negara Malaysia ketika Covid-19. Kajian ini penting kerana dapat memberi pengetahuan yang baru kepada masyarakat berkenaan dengan pengurusan muzium ini ketika pandemik. Hal ini juga dapat dilihat dalam usaha muzium negara Malaysia mempromosikan muzium ketika semua muzium di dunia tidak boleh dibuka seperti biasa. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui kaedah pemerhatian, temubual, teknik pengumpulan data dan rujukan internet. Daripada kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa Muzium Negara Malaysia menggunakan cara mempromosikan muzium di semua platform media sosial supaya pelawat daripada luar negeri atau negara dapat mengikuti aktiviti muzium ketika musim pandemik ini. Oleh itu daripada kaedah-kaedah ini membuktikan Muzium Negara Malaysia mempunyai sistem pengurusan yang sangat bagus ketika musim pandemik Covid-19 ini
Adat Dan Pantang Larang Semasa Kematian Suku Kaum Seletar, Kampung Teluk Kabung, Pasir Gudang, Johor.
Di Malaysia terdapat pelbagai adat dan pantang larang yang merupakan tinggalan nenek moyang yang tersendiri. Sebagai contoh, suku kaum Seletar mempunyai seni budaya yang
pelbagai dan menarik. Di Kampung Teluk Kabung mempunyai suku kaum Seletar dimana mereka menggunakan adat dan pantang larang masih wujud hingga sekarang atau telah terbiar akibat arus pemodenan yang melanda. Kebanyakan adat dan pantang larang masih diguna pakai serta dipelihara dan ada juga yang dibiarkan malah adat dan pantang larang tinggalan nenek moyang terdahulu tidak pernah diketahui masyarakat akan kewujudannya. Misalnya, pengkebumian mayat bersebelahan dengan rumah si mati yang tidak lagi wujud pada masa kini. Dapat dilihat bahawa masyarakat orang asli ini masih mengekalkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil tok batin yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menjamin keamanan puak mereka serta menjadi penghubung kepada masyarakat luar. Oleh itu, tujuan projek penyelidikan ini dijalankan adalah untuk meninjau sejauh mana adat dan pantang larang semasa kematian suku kaum Seletar bagi memelihara tinggalan warisan daripada hilang. Adakah ianya dijaga atau terus dipandang serong dan akhirnya akan menyebabkan adat dan pantang larang ini mungkin akan lenyap suatu hari nanti
The challenges of implementing Islamic finance products and services practice in Malaysia.
The main objectives of this study is to identify the relationship between awareness, unclear information, security, privacy and lack of standard issues and the challenge influencing of implementing Islamic Finance Products and Services. The research design is used quantitative methods and data collection was done by using an online questionnaire. This study uses Pearson Correlation and Multiple Linear Regression to analyse the data, and the data was gathered by distributing the online questionnaire of the sample of 384 which taken from the total populations of the Islamic Finance users in Malaysia. The findings shows the correlations between awareness, unclear information, security, privacy & lack of standard and the challenges of implementing Islamic finance products and services practice in Malaysia are significant. Based on Multiple Linear Regression analysis, all the challenges are closely influencing the challenges. The comprehensive adoption of Islamic finance Products and services in Malaysia will give a new impetus to the Islamic Finance institutions as one of the important needs of consumers of the Islamic Finance Products and services in Malaysia