2882 research outputs found
Sort by
E-wallet acceptance as medium of payment among public university students in Malaysia
This study aims to possible relationship between e-wallet consumption factors and e-wallet level of acceptance as medium of payment among public university students in Malaysia
Income zakat compliance behaviour among muslim members in Selangor
In this chapter researchers make a discussion about this study whether it answers the objectives and problem statements or not. As stated by the researcher in the above chapter, this study has five independent variables which are understanding about zakah, convenience of zakah mechanism, respondent commitment, trust towards zakah institutions, perception towards tax system and zakah enforcement while dependent variable is zakah compliance behaviour. From the discussion, researchers can conclude that this study managed to answer its objectives and problem statements. Besides that, this chapter also explains about limitations that need to be faced by researchers while completing this study. Lastly, after all the limitations have been explained, researchers come out with recommendations in overcoming the limitations. In addition to that, researchers also make suggestions for other researchers that want to study in the same field
Kajian Terhadap Lagu-Lagu Rakyat Yang Popular di Negeri Kelantan.
Projek Penyelidikan ini menerangkan tentang Kajian Terhadap Lagu-lagu Rakyat Yang Popular di Kelantan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti lagu-lagu rakyat,
mengkaji elemen unsur-unsur nasihat yang terdapat dalam lagu rakyat dan mengkaji tahap pengetahuan generasi muda terhadap lagu-lagu rakyat yang telah dipopularkan di Kelantan. Segala maklumat dalam kajian ini diperoleh melalui pembacaan jurnal-jurnal, buku-buku, artikel di internet serta pengumpulan maklumat-maklumat yang telah diperoleh daripada
kajian-kajian lepas, kaedah temu bual dan soal selidik. Selain itu, skop kajian dalam projek penyelidikan ini pula lebih terperinci mengenai lagu rakyat sahaja. Kawasan yang dikaji pula lebih tertumpu di penduduk Melayu, Cina, India dan Siam di Negeri Kelantan. Kawasan yang dikaji ini hanya menumpukan kepada kawasan bandar dan luar bandar sahaja untuk mendapatkan data dan maklumat yang tepat. Di samping itu, sorotan kajian dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Pandangan Sarjana Timur dan Pandangan Sarjana Barat. Seterusnya, teori yang digunakan dalam kajian ini adalah Teori Pengkaedah Melayu. Dalam metodologi kajian pula, pengkaji menggunakan reka bentuk kajian yang mana terkandungnya kaedah kualitatif dan kuantitatif. Selain itu juga, dalam kaedah pengumpulan data, pengkaji menggunakan data primer dan data sekunder. Akhir sekali, akhir kajian ini diharapkan dapat membantu masyarakat untuk mengenali dan berusaha memelihara seni warisan lagu rakyat yang mempunyai nilai yang tinggi
Pelancaran dan Perasmian Penutup Program Kepimpinan & Keusahawanan Wanita
Pelancaran dan Perasmian Penutup Program Kepimpinan & Keusahawanan Wanit
Kosmologi Flora Dalam Pantun Iban : Satu Kajian Etnobotani Di Sarawak Menggunakan Teori Ekologi
Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti kompenen
kosmologi flora dalam pantun Iban di Sarawak. Di mana, penyelidik akan
menghuraikan tiga kompenen kosmologi flora iaitu pokok, bunga dan buah yang
terdapat dalam buku Pantun Iban karya Dr. Robert Menua Salleh. Selain daripada itu,
penyelidik turut mengkaji perkaitan etnobotani dalam kehidupan masyarakat Iban
dengan ekologi manusia. Dalam konteks ini, penyelidik akan menerangkan kajian
budaya di antara masyarakat Iban dan kompenen kosmologi flora dengan menerapkan
teori ekologi (prinsip ekologi manusia). Dalam prinsip tersebut terbahagi kepada tiga
lagi pecahan iaitu aspek saling kebergantungan, aspek teknologi dan aspek kefungsian.
Manakala bagi kaedah kajian pula, penyelidik telah menggunakan kaedah kuantitatif
iaitu membuat tinjauan terhadap masyarakat Iban secara rawak seramai 30 orang
responden bagi mengisi borang soal selidik yang telah disediakan. Kaedah yang kedua
adalah secara kualitatif iaitu penyelidik telah mengumpul maklumat melalui analisis
dokumen dan laman web. Akhir sekali, penerapan teori ekologi turut dilaksanakan bagi
menyokong lagi kajian yang dijalankan. Sebagai kesimpulannya, dengan adanya kajian
ini diharapkan mampu memartabatkan lagi puisi rakyat Iban dalam kalangan para
sarjana di luar sana serta kepada khalayak ramai sekaligus kajian ini mampu
memaparkan kebijaksanaan masyarakat Iban dalam menghasilkan karya sastera
terutamanya pantun
Penggunaan Mantera Dalam Perubatan Tradisional Dan Persembahan Ritual Menerusi Buku Mantera Melayu: Analisis Teori Semiotik
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti, menjelaskan dan menganalisis tentang Penggunaan Mantera Dalam Perubatan Tradisional dan Persembahan Ritual Menerusi Buku Mantera Melayu: Analisis Teori Semiotik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Kajian ini juga adalah berdasarkan mantera yang dipetik daripada buku Mantera Melayu Analisis Pemikiran karya Haron Daud (2001). Asas dan dasar kajian ini dianalisis melalui tiga prinsip dalam teori Semiotik iaitu ikon, indeks dan simbol. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, ternyata terdapat pelbagai jenis mantera yang menjadi amalan masyarakat Melayu tradisional pada ketika dahulu. Selain itu, setiap jenis mantera yang wujud terdapat fungsinya tertentu yang menjadikan mantera tersebut berkesan apabila digunakan pada situasi yang betul. Disamping itu juga, dalam mantera terdapat beberapa simbol yang menjadikan mantera itu lengkap dan mempunyai maksud yang tersendiri dengan ditandai oleh beberapa lambang. Penerimaan mantera dalam masyarakat melayu adalah melalui faktor corak pemikiran masyarakat yang percaya kepada sesuatu yang ghaib. Justeru, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai asas dalam memahami penjenisan, fungsi dan lambang yang menjadikan sesebuah mantera itu hidup sehingga ianya menjadi satu kepercayaan kepada masyarakat Melayu tradisional.
Kata Kunci: Teori Semiotik, Mantera, Fungs
Elemen-Elemen Feminisme Dalam Novel Salina
Satu penelitian terhadap teori feminisme dengan menghuraikan elemen-elemen
feminisme berdasarkan teori feminisme mengikut karya Novel Salina sebagai panduan.
Kajian ini dijalankan untuk mengisi dokumentasi secara bertulis demi menghuraikan
eleme-elemen feminisme. Kajian ini menggunakan keadah kualitatif untuk memperoleh
maklumat yang relevan dan efesien digunakan dalam menjalankan kajian ini dengan
jayanya. Kajian ini merupakan kajian ilmiah yang menganalisikan elemen-elemen
feminisme dan menghuraikan elemen-elemen feminisme dalam karya novel Salina. Oleh
itu, pengkaji telah membataskan kajian pengkaji terhadap elemen-elemen feminisme
dengan merujuk kepada novel Salina sebagai rujukkan pengkaji. Dalam kajian ini
pengkaji telah mengenalpasti bahawa terdapat beberapa elemen-elemen feminisme
dalam novel Salina. Justeru hasil dapatan kajian pengkaji, pengkaji dapat merungkai
beberapa elemen-elemen feminisme dengan mengaplikasikan teori femenisme sebagai
panduan pengkaji
Penglibatan Komuniti Dalam Pemeliharaan Makanan Tradisional, Nasi Kebuli Di Kuala Lipis, Pahang
Kajian ini bertujuan meneroka sejarah dan perkembangan makanan tradisional Nasi Kebuli serta menganalisis penglibatan komuniti Kuala Lipis, Pahang berkaitan kepentingan dan langkah pemuliharaan makanan tradisional Nasi Kebuli. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan langkah pemeliharaan makanan tradisional Nasi Kebuli dalam kalangan generasi kini. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kuantitatif iaitu soal selidik dan kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan. Penglibatan komuniti Kuala Lipis dalam pemuliharaan makanan tradisional Nasi Kebuli dikaji dengan menggunakan Teori Fungsionalisme. Hasil dapatan kajian yang dianalisis menunjukkan responden kurang pengetahuan tentang makanan tradisional Nasi Kebuli dari segi sejarah dan kemahiran penyediaan Nasi Kebuli secara tradisional. Penerimaan responden terhadap makanan tradisional Nasi Kebuli adalah ditahap baik dan memuaskan. Namun begitu, faktor teknologi menyebabkan makanan tradisional Nasi Kebuli kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi kini. Oleh itu, langkah terbaik dan berkesan untuk memelihara makanan tradisional Nasi Kebuli adalah melalui sektor pelancongan bagi menggalakkan generasi kini untuk mengenali dan merasai makanan tradisional Nasi Kebuli dalam kehidupan seharian.
Kata Kunci: Penglibatan, Komuniti, Pemeliharaan, Makanan Tradisional
Keistimewaan Kubu Kebal Kampung Ger Melawi Yang Memberi Kesan Terhadap Sektor Ekonomi Di Bachok Kelantan
Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian tentang Keistimewaan Kubu Kebal Kampung Ger Melawi yang memberi kesan terhadap sektor ekonomi di Bachok Kelantan. Kubu Kebal adalah sebuah kubu yang dibina sebagai tempat pertahanan atau perlindungan oleh British daripada serangan Jepun. Apabila British mendapat maklumat daripada perisik mereka bahawa Jepun akan dijangka menyerang Tanah Melayu dengan memasuki tanah melayu melalui Kelantan, ia telah menyebabkan British membina kubu kebal tersebut khusus sebagai tempat perlindungan. Kubu Kebal Kampung Ger Melawi, Kelantan. Permasalahan kajian yang terdapat dalam kajian ini antaranya, tidak mendapat perhatian serius daripada pihak berwajib, aktiviti yang melibatkan kerjasama daripada pihak kerajaan atau pihak bukan kerajaan (NGO) adalah kurang dan tidak mempunyai kos atau dana pengurusan yang cukup salah satu masalah dalam kajian kubu ini. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti keistimewaan dari sudut sejarah kewejudan Kubu Kebal Kampung Ger Melawi, Kelantan. Objektif pengkaji juga ingin merungkaikan adalah mengetahui potensi Kubu Kebal Kampung Ger Melawi, Kelantan terhadap ekonomi penduduk sekitar dan mencadangan usaha yang perlu dilaksanakan bagi mempromosi Kubu Kebal sebagai aset pelancongan masyarakat setempat. Kaedah metodologi yang digunakan dalam penyelidikan adalah kaedah temuduga. Kaedah kepustakaan dan kaji selidik digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Kajian ini akan menimbulkan isu kepentingan nilai warisan terhadap Kubu Kebal Kampung Ger Melawi yang memberi kesan kepada sektor ekonomi di bachok kelantan selepas pemuliharaan dan pemeliharaan dibuat.
Kata kunci: aset pelancongan masyarakat setempat, keistimewaan kubu kebal, kampung ger melawi
Nilai Murni Dan Pengajaran Dalam Teks Drama Dunia Belum Kiamat Dan Menunggu Lampu Hijau.
Drama ialah satu bentuk kesusasteraan yang mempunyai bahagian yang dilakonkan. Perkataan drama juga berasal daripada bahasa Greek yang bermakna tindakan. Menurut Mana Sikana (2016: 3), drama adalah wahana dan wacana manusia
memperagakan dirinya, mencitrakan kisah hidup dan bayangan masa silam, serta renungan masa hadapan. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks drama Dunia Belum Kiamat dan teks drama Menunggu Lampu Hijau. Kajian ini juga adalah untuk mengkaji kesan yang diperolehi daripada nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam teks drama Dunia
Belum Kiamat dan Menunggu Lampu Hijau, dan mengkaji perbezaan antara nilai murni dan pengajaran dalam konteks sastera. Selain itu, kajian ini juga turut dijalankan kerana
mendapati kurangnya kajian terhadap nilai murni dan pengajaran ini yang dilakukan oleh pengkaji sebelumnya. Melalui kajian ini, pengkaji telah menggunakan teori sosiologi melalui pendekatan fungsionalisme bagi menganalisis maklumat-maklumat yang diperolehi melalui kajian yang dijalankan ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat pelbagai nilai murni dan pengajaran yang telah dikenalpasti dalam kedua-dua teks drama ini dimana ianya juga memberi kesan yang baik dan positif kepada pengkaji dalam meneruskan kajian ini. Oleh itu, kajian sebegini diharapkan dapat dijadikan contoh dan juga sumber rujukan kepada pengkaji akan datang untuk melakukan kajian-kajian berkaitan dengan lebih baik lagi disamping nilai murni dan pengajaran yang diperolehi ini dapat menjadikan generasi muda di luar sana seorang yang berkeperibadian mulia