2882 research outputs found
Sort by
Kajian Semiotik Dalam Puisi Benih Harapan Karya A.Samad Said: Pendekatan Teori Semiotik
Kajian ini adalah mengkaji pendekatan teori semiotik dalam Puisi Benih Harapan karya A. Samad Said yang mempunyai makna yang tersirat dan tersurat serta puisi ini mampu menjadi simbolik di dalam kehidupan masyarakat. Sebuah teks puisi yang dikarang oleh sasterawan negara kita merupakan karya-karya yang dianggap sebuah karya agung kerana dalam karya yang dihasilkan oleh beliau telah memberi pelbagai makna yang positif kepada masyarakat. Pengkaji akan meneliti karya beliau dari aspek instrinstik dan ekstrinstik yang terkandung dalam puisi yang dihasilkan oleh A. Samad Said. Pendekatan semiotika digunakan bagi mengkaji penggunaan bahasa perlambangan yang terdapat di dalam puisi yang dikaji. Kajian bahasa perlambangan atau simbol-simbol yang terdapat dalam Puisi Benih Harapan dapat dikenalpasti melalui bait-bait kata yang digunakan dalam penghasilan puisi agar karya yang dihasilkan agar tampak lebih indah agar audien lebih memahami makna yang hendak disampaikan oleh pengarang. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bentuk perlambangan sebagai estetika dalam Puisi Benih Harapan karya A. Samad Said. Nilai estetika yang ada dalam puisi yang dikaji akan dianalisis secara terperinci untuk mencapai matlamat kajian. Kaedah kajian yang digunakan untuk adalah kaedah diskriptif analisis secara kualitatif iaitu kajian analisis secara struktural iaitu kajian dari segi penggunaan bahasa dan menggunakan kaedah analisis secara teoritikal iaitu penggunaan teori semiotik dalam teks Puisi Benih Harapan. Kaedah kajian yang digunakan adalah penting bagi memastikan matlamat kajian dapat dicapai dalam penghasilan kertas kerja yang dijalankan oleh pengkaji
Tahap Pengekalan Seni Bina Masjid Kampung Tuan, Chukai, Terengganu
Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai khazanah warisan yang mampu menjadi satu tempat tarikan pelancongan dan mempunyai identiti yang tersendiri. Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai tahap pengekalan seni bina asal selepas kerja pemuliharaan terhadap Masjid Kampung Tuan, Chukai, Terengganu. Masjid Kampung Tuan ini dibina pada tahun 1830 oleh penduduk kampung dan lokasinya terletak di sebelang Sungai Limbong Terengganu dan berjarak 1 kilometer dar bandar Chukai, Terengganu. Pengkaji mengkaji masjid ini kerana tertarik dengan sejarah dan seni bina bangunan masjid ini serta pernah menjadi pusat pengajian ilmu serta penyebaran Islam. Walaubagaimanapun, masyarakat sekarang kurang mengenali sejarah serta seni bina Masjid Kampung Tuan dan tidak tahu akan nilai kepentingan masjid ini kepada tempat tersebut. Objektif kajian ini adalah mengkaji ciri-ciri seni bina Masjid Kampung Tuan, mengenalpasti struktur binaan dan jenis bahan asal Masjid Kampung Tuan dan mengkaji tahap keaslian masjid Kampung Tuan. Metodologi yang digunakan dalam mendapatkan maklumat tentang kajian ini bagi mencapai objektif dikaji ialah melalui kaedah temubual, pemerhatian dan juga analisis dokumen. Kajian yang dilakukan diharap dapat membantu dan menjadi panduan bagi mengetahui tahap pengekalan seni bina asal Masjid Kampung Tuan serta dapat mengangkat martabat bangunan warisan agar dapat dikekalkan dan dapat diketahui sejarah dan seni bina yang dimiliki
Kajian Terhadap Pemuliharaan Masjid Lama Pelangai, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Mengenalpasti isu dan cabaran pemuliharaan ke atas Masjid Lama Pelanga. Projek penyelidikan ini mengenai Kajian Terhadap Pemuliharaan Masjid Lama Pelangai, Kuala Pilah, NegerI Sembilan/ Masjid Lama Pelangai merupakan salah satu masjid lama yang terdapat di Negeri Sembilan. Masjid Lama Pelangai ini telah berusia 111 tahun yang telah dibina pada tahun 1910. Masjid ini dibina secara bergotong-royong oleh penduduk. Istimewanya masjid ini menggunakan reka bentuk Melayu lama dan adanya pengaruh seni bina Demak. Penyelidik memilih untuk menjalankan kajian berkenaan masjid lama di Negeri Sembilan kerana masih kurang mendapat perhatian daripada pihak berwajib kerajaan mahupun pihak bukan kerajaan (NGO) serta kekurangan los dan dana pengurusan terhadap kerja pemeliharaan ini. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kepentingan nilai warisan Masjid Lama Pelangai, menyiasat tahap pemuliharaan ke atas Masjid Lama Pelangai dan akhir sekali ialah mengenalpasti isu dan cabaran pemuliharaan ke atas Masjid Lama Pelangai. Metodologi kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah tertumpu pada metadologi kualitatif. Dengan keadaan semasa yan gtidak mengizinkan disebabkan penularan virus COVID-19. Penyelidik akan melakukan kajian dengan mengambil langkah yang berhati-hati demi menjaga keselamatan. Kajian penyelidikan ini akan mengenal pasti nilai warisan dan kepentingan masjid lama tradisional yang terdapt di Negeri Sembian. Kajian ini juga akan memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa masjid lama ini merupakan satu set aset warisan yang amat penting
Kajian Terhadap Tarian Mongigol Sumundai Dalam Etnik Kaum Rungus Di Kota Marudu, Sabah
Tarian Mongigol Sumundai merupakan tarian tradisional etnik kaum Rungus yang kebanyakkannya menduduki kawasan daerah Kudat, Matunggong, Kota Marudu, Pitas di negeri Sabah. Tarian ini dipersembahkan pada majlis keramaian, Pesta Kaamatan mahupun ritual tertentu. Kajian in berfokus kepada asal usul tarian Mongigol Sumundai, ragam pergerakan dan konsep persembahan yang digunakan dalam persembahan tarian Mongigol Sumundai. Hasil analisis kajian ini mendapati bahawa tarian Mongigol Sumundai berasal daripada pahlawan yang pulang dari peperangan dan juga terdapat elemen peniruan aksi haiwan. Selain itu, ragam pergerakan yang dapat dijumpai adalah 11 jenis ragam pergerakan. Disamping itu, terdapat dua konsep persembahan yang digunakan dalam tarian Mongigol Sumundai. Kajian sebegini amatlah penting kepada masyarakat agar dapat mengenali dan memahami maksud pergerakan dan konsep persembahan dengan lebih jela
Persepsi Terhadap Makanan Tradisional Bugis Sanggar Pappek Dalam Kalangan Penduduk Parit Makuaseng.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi terhadap makanan tradisional Bugis Sanggar Pappek dalam kalangan penduduk Parit Makuaseng. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejarah dan perkembangan makanan tradisional Bugis Sanggar Pappek di Parit Makuaseng, mengkaji cara pembuatan makanan tradisional Bugis Sanggar Pappek serta membincangkan langkah untuk memperkenalkan dan memelihara makanan tradisional Bugis Sanggar Pappek dalam kalangan masyarakat di Parit Makuaseng. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (mixed method) yang melibatkan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mendapatkan maklumat terperinci
mengenai tajuk kajian yang dijalankan. Seramai 196 orang penduduk Parit Makuaseng diambil sebagai responden dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan dapatan kajian. Secara keseluruhan, persoalan kajian pertama mencapai purata nilai min yang paling tinggi iaitu 2.77 berbanding persoalan kajian kedua iaitu 2.71 dan
persoalan kajian ketiga iaitu 2.53. Kesemua persoalan kajian ini berada di tahap tinggi. Beberapa cadangan dikemukakan antaranya melanjutkan kajian tentang asal usul makanan Bugis Sanggar Pappek di Sulawesi Selatan, Indonesia bagi mendapatkan maklumat secara langsung oleh masyarakat Bugis di situ
Transkrip Puisi Melayu Dalam Cerita Rakyat Melayu Berdasarkan Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Analisis Nilai-nilai Murni
Puisi terkandung dalam genre sastera yang membantu membentuk akhlak dan pembangunan sahsiah dan tamadun manusia. Kajian ini direka untuk mengisi kekosongan dalam kajian lepas yang belum dijalankan mengenai nilai-nilai murni dalam
transkripsi puisi Melayu dalam cerita rakyat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai murni yang terkandung dalam puisi Melayu melalui transkripsi daripada cerita rakyat Melayu berdasarkan teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Oleh itu, menerusi kajian ini pengkaji membataskan teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan
Datu, Kelantan yang ditulis oleh Mohd Firdaus Che Yaacob. Teks ini dipilih kerana mengandungi pelbagai nilai murni yang terkandung dalam cerita rakyat terpilih untuk mengawal tingkah laku dan pertuturan masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan merujuk kepustakaan dan rujukan teks serta dokumen. Seterusnya, pengkaji mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu bagi mengukuhkan lagi kajian ini. Hasil daripada kajian ini, pengkaji telah membuktikan bahawa transkripsi puisi Melayu dalam cerita rakyat Melayu memberi impak yang besar kepada pembentukan
budaya masyarakat Melayu yang boleh mengubah tingkah laku dan pertuturan serta membentuk serta menjana modal insan yang berjiwa murni
Nilai Budi Dalam Cerita Asal Usul Melalui Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan.
Cerita asal usul adalah cerita rakyat paling tua dalam masyarakat Melayu. Selain itu, cerita asal usul menceritakan tentang asal kejadian alam semesta, haiwan serta sesuatu tempat. Berdasarkan sorotan kajian lepas tentang nilai budi, masih terdapat kelompongan daripada pengkaji lepas terhadap nilai budi melalui teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti dan menganalisis nilai budi yang terdapat dalam cerita asal usul berdasarkan teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Bahan kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada 20 cerita asal usul antaranya adalah Asal Usul Datu, Musibah Di Kampung Pulau Gajah, Tenggelamnya Masjid Pengkalan Datu, Simbolik Rebana serta Pokok Tanjung Dan Alat Muzik Yang Bisu. Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dan mengaplikasikan Teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan oleh Hashim Awang (1989). Bagi mengukuhkah kajian ini, pengkaji hanya menggunakan tiga pendekatan daripada Teori Pengkaedahan Melayu iaitu pendekatan moral, pendekatan kemasyarakatan dan pendekatan dakwah. Hasil daripada kajian ini, pengkaji telah menemukan beberapa nilai budi seperti nilai baik hati, nilai berdikari, nilai hemah tinggi, nilai hormat-menghormati, nilai kasih sayang, nilai keadilan, nilai keberanian, nilai kerajinan, nilai kerjasama dan nilai kesyukuran. Oleh itu, nilai- nilai budi yang terkandung dalam cerita asal usul dapat mambantu dalam membentuk akhlak dan keperibadian dalam kalangan masyarakat Melayu serta mewujudkan kehidupan yang aman dan sejahtera
Estetika Dan Kebijaksanaan Dalam Pantun Melayu : Suatu Kajian Berdasarkan Puitika Sastera Melayu.
Pantun menjadi simbol atau perlambangan kebijaksanaan masyarakat Melayu tradisi melalui pemikiran yang kreatif dan berseni dalam penciptaan pantun. Pantun memberikan gambaran berdasarkan tafsiran masyarakat terhapda alam sekeliling sebagai sumber ilham dalam mencipta dan mempersembah pantun .Oleh hal yang demikian, objektif kajian ini mengkaji unsur-unsur keindahan yang terdapat di dalam pantun Melayu kedua, menganalisis nilai estetika pantun berdasarkan teori puitika sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh dan ketiga mengenalpasti genre pantun sebagai simbol kebijaksanaan masyarakat Melayu tradisi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu berdasarkan kaedah kepustakaan dan kajian teks. Penganalisisan data secara tekstual, struktural dan teoritikal digunakan dalam mendapatkan hasil kajian yang berkualiti terhadap estetika dan kebijaksanaan pantun Melayu dengan menggunakan teori puitika sastera Melayu. Hasil daripada dapatan kajian ini mendapati pemilihan diksi dan pembayang dalam pantun yang tepat menunjukkan keindahan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu dalam mengungkat perasaan mereka dalam empat baris pantun. Oleh itu, bahasa mempengaruhi keindahan dalam pantun Melayu manakala, kebijaksanaan masyarakat Melayu tradisi dipengaruhi kearifan mereka dalam menggunakan bahasa yang indah dan tersusun
Unsur Mitos Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan
Naratif lisan termasuk dalam cabang kesusasteraan Melayu yang turut berkembang dalam kehidupan Masyarakat. Naratif lisan menjadi salah satu kebudayaan dalam kehidupan masyarakat. Naratif lisan bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak. Pendidikan yang diberikan adalah berkaitan dengan pantang larang, adat, prinsip hidup dan kepercayaan. Kajian mengenai unsur mitos dalam cerita rakyat sememangnya telah banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu namun pengkaji mendapati tidak ada sebarang kajian lepas mengenai unsur mitos yang terdapat dalam teks Seuntaian Naratif Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur mitos yang terdapat dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Kajian ini juga terbatas 30 cerita rakyat yang dipilih iaitu Pokok Tanjung dan Alat Muzik Bisu,Tenggelamnya Masjid Pengkalan Datu, Keasyikan Suara Buluh Perindu, Tok Karim Guru Silat Masyhur, Raja Sakti Perintah Yang Berwibawa, Kehebatan Laksamana Laut, Haji Long Abdul Rahman, Kegemilangan Pengkalan Datu, Rumah Api Penyelamat Saudagar, Kezaliman Seorang Raja, Kisah Sekumpulan Tupai, Pemujaan Pantai, Kubang Dek, Kebijaksanaan Burung Hantu, Pemujaan Tok Mekong, Berpuakakah Pengkalan Parit?, Tok Perindu, Milik Siapakah Saka Itu?, Bidan Tok Esah, Kehebatan Pawang Ali, Kelawar Suka Keluar Waktu Malam, Disorok Jin, Misteri Gajah Berkaki Enam, Keajaiban Kera putih, Misteri Batu Hampar, Jelmaan Mok Kurus, Kehebatan Bomoh Siam, Kain Sutera Cina, Mok Su Nab Tok Bomoh Ular dan Jelmaan Saka Harimau dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan yang dikarang oleh Mohd Firdaus Che Yaacob. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui dua cara iaitu kepustakaan dan rujukan teks. Selain itu, penggunaan Teori Pengkaedahan Melayu melalui Pendekatan Firasat adalah sebagai tunjang utama untuk memantapkan lagi analisis dan dapatan kajian. Hasil daripada analisis dan dapatan kajian menunjukkan bahawa sesetengah cerita rakyat Melayu terdapat unsur mitos. Hal dikatakan demikian kerana mitos bukan sahaja menarik dan dijadikan sebagai hiburan tetapi juga memiliki pemikiran kreatif yang boleh dijadikan medium pendidikan kepada masyarakat tempatan.
Kata Kunci: Naratif Lisan, Mitos, Cerita Rakyat, Pemikiran Kreatif, Teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelanta
Pemeliharaan Perahu Tradisional Melayu di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Satu kajian telah dijalankan iaitu kajian berkenaan perahu tradisional yang memfokuskan terhadap perlindungan perahu tradisional melayu. Bagi kajian ini, terdapat tiga objektif yang menjadi tujuan kajian ini dijalankan iaitu mengetahui tentang sejarah, mengenalpasti ciri-ciri keunikan serta mengkaji kaedah perlindungan yang boleh digunakan untuk Perahu Tradisional Pulau Duyong. Melalui kerjasama dengan masyarakat yang tinggal di Pulau Duyong Negeri Terengganu, dapat menghuraikan bagaimana kaedah perlindungan perahu boleh dijalankan. Selain itu, kajian ini juga menghuraikan mengenai sejarah serta keunikan yang terdapat pada perahu tradisional di Pulau Duyong Negeri Terengganu. Penggunaan kaedah-kaedah kajian tertentu dapat memudahkan pengkaji dalam memperoleh maklumat pengkajian. Akhir sekali, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai bidang konservasi yang melibatkan perlindungan perahu tradisional melayu