2882 research outputs found
Sort by
Pendigitalan Sastera : Suatu Proses Pemeliharaan Sastera Rakyat.
Kajian ini dijalankan sebagai satu langkah memlihara bidang kesusasteraan khususnya sastera rakyat menggunakan teknologi digital iaitu melalui filem. Kajian ini dibentuk ekoran daripada polemik yang membahaskan mengenai kerelevanan dan hubungkait bidang kesusasteraan dengan media digital. Selain itu, bidang kesusasteraan itu sendiri sudah semakin kurang mendapat sambutan daripada mahasiswa kini. Pengkaji akan mengenalpasti cerita rakyat yang telah melalui proses pendigitalan khususnya dalam aspek watak dan perwatakan bagi melihat perbezaan yang berlaku. Bagi mengukuhkan mengapa berlakunya segala perubahan kepada watak-watak yang dipilih pengkaji akan menghuraikan proses pendigitalan dengan memberi fokus kepada plot serta teknik adaptasi filem pilihan. Objektif akhir kajian ini adalah untuk menjelaskan kepentingan pendigitalan sastera kepada masyarakat. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah gabungan. Kaedah kualitatif digunakan bagi mencapai objektif pertama dan kedua kajian manakala kaedah kuantitatif diaplikasikan bagi melengkapkan objektif ketiga dengan menjalankan kaji selidik bersama 40 orang responden. Kajian ini berjaya mengesan pelbagai perubahan yang telah dikenakan kepada watak-watak daripada cerita rakyat pilihan dan ada diantaranya yang begitu menyimpang daripada cerita asalnya. Perkara ini berpunca daripada plot dan teknik adaptasi yang dipilih oleh penulis skrip serta pengarah filem. Objektif ketiga mendapat maklum balas positif daripada majoriti responden yang telah menjawab 16 item yang telah ditetapkan. Bagi penambahbaikan, pengkaji menyarankan agar penghasil filem dan penulis skrip memberi perhatian yang lebih serius kepada penghasilan semula kisah-kisah rakyat yang dipilih agar tidak menyimpan jauh daripada teks asalnya
The Staging Performance Of Ulek Mayang By JKKN Terengganu's Choreography
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai khazanah warisan. Hal ini, merangkumi warisan budaya seperti seni persembahan yang semakin hari menjadi kebimbangan kerana hampir hilang ditelan zaman. Seni warisan seperti seni tari merupakan suatu budaya yang unik kerana wujud mengikut persekitaran yang berbeza. Berdasarkan kajian ini, ia adalah untuk membincangkan tentang salah satu tarian ritual masyarakat Melayu di Terengganu iaitu Tarian Ulek Mayang. Kajian ini menfokuskan tentang gerak tari Tarian Ulek Mayang. Selain itu, kajian ini juga menfokuskan tentang elemen-elemen persembahan yang terdapat di dalam Tarian Ulek Mayang. Kaedah temu bual telah dijalankan dengan menemubual seorang informen di mana hasil daripada temu bual tersebut ia bukan sahaja dapat menambah pengetahuan mengenai pergerakan Tarian Ulek Mayang Selain itu, pengkaji memperolehi pengetahuan mengenai elemen-elemen dalam pementasan Tarian Ulek Mayang yang melibatkan kostum, set dan prop sert bunyi dan lagu. Elemen pakaian adalah termasuk pakaian tujuh puteri, bomoh dan nelayan. Mereka memakai kostum untuk menggambarkan watak mereka dalam persembahan. Elemen seterusnya set pentas dan prop dalam persembahan seperti mayang pinang dan kemenyan yang digunakan oleh bomoh. Set juga mempunyai perubahan mengikut tempoh masa. Daripada tirai hitam kepada reka bentuk yang indah seperti ukiran kayu pintu pagar. Akhir sekali, unsur bunyi dan muzik yang menggunakan alat muzik dan kesan bunyi. Selain itu, pengkaji telah mengetahui jalan cerita dalam persembahan bermula nelayan pergi ke laut, bagaimana mereka bertahan semasa cuaca buruk, diteruskan dengan nelayan yang tidak sedarkan diri dan bagaimana upacara bermula, berserta kemunculan tujuh puteri dan berakhirnya upacara itu
Ritual Dalam Adat Sedanggu Bagi Meraikan Fasa Peralihan Hidup Anak Perempuan Dalam Masyarakat Chitti Di Perkampungan Chitti, Melaka
Penyelidikan ini merupakan satu kajian berkaitan ‘Rite of Passage’ yang merupakan fasa peralihan yang membawa perubahan yang besar dalam hidup seseorang individu. Di dalam kajian ini, ‘Rite of Passage’ diamalkan oleh komuniti Chitti dalam ritual adat Sadanggu iaitu suatu adat yang meraikan fasa penting bagi anak perempuan komuniti ini. Kajian ini dijalankan kerana didapati masyarakat tidak mengetahui tentang kewujudan komuniti Chitti dan pengamalan adat ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan orang awam mengenai kewujudan masyarakat Chitti di Melaka, mengkaji bagaimana proses adat Sadanggu ini dijalankan dan menjelaskan keunikan yang terdapat dalam pengamalan adat Sadanggu oleh komuniti Chitti di Melaka. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kajian kes iaitu fokus kepada ciri-ciri yang ingin dikaji sahaja. Justeru, kajian ini menggunakan kaedah kajian campuran iaitu kuantitatif untuk tinjauan berkaitan pengetahuan masyarakat dan kaedah kualitatif iaitu temubual. Teknik pengumpulan data pula diperolehi daripada data primer iaitu hasil temubual dan tinjauan dan data sekunder iaitu jurnal, buku, video dan sumber internet. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa masyarakat Melaka sedar dan tahu akan kewujudan komuniti Chitti tetapi mereka tidak mengetahui tentang aspek percampuran budaya ‘Rite of Passage’ dalam ritual adat Sadanggu yang merupakan adat bagi komuniti Chitti. Selain itu, terdapat juga persamaan dalam pengamalan adat Sadanggu dengan pengamalan adat berkhatan bagi masyarakat Melayu. Hasil daripada proses asimilasi budaya Melayu dan India, maka lahirlah ritual adat Sadanggu yang dilihat mempunyai proses tertentu yang perlu diikuti. Ianya juga turut memperlihatkan beberapa nila-nilai keunikan dalam ritual adat Sadanggu yang diamalkan oleh komuniti Chitti Melaka. Beberapa cadangan turut dikemukan bagi memastikan pelestarian warisan tidak ketara yang diamalkan oleh komuniti Chitti ini diberi perhatian oleh komuniti Chitti sendiri dan kerajaan negeri. Pelestarian ini dilihat sangat penting agar kelangsungan budaya dan adat yang diamalkan dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang
The determinant factor of takaful selection among community in Kelantan
The purpose of this research is to determine customer selection towards awareness of takaful among community in Kelantan. to determined customer selection towards knowledge of takaful among community in Kelantan and to determine customer selection towards needs of takaful among community in Kelantan. this study collected data from 255 respondent from questionnaire through google form. in data collection, the researcher’s uses probability sampling method to determine the population in this study. the finding from this research shown that community in Kelantan have awareness, knowledge and needs in choosing takaful. the limitation of this study is because of the population only in Kelantan. this study gives valuable reference to takaful companies which could give a benefit to future researcher and the society especially Muslim customer
The level of student's alertness toward takaful: The case study at University Malaysia Kelantan (UMK)
Muslims are encouraged to plan their lives economically and financially to achieve the objectives of Maqasid Shariah. In order to achieve that, one of the methods apply in takaful. In the event of a medical emergency, Takaful plan with medical benefits might be valuable as a safety net as well as a financial buffer. In the event of an emergency, takaful will alleviate the financial load. The scope of this research paper will focus on the level of alertness towards Takaful among students in University Malaysia Kelantan City Campus. This study's purpose is to investigates the factors influencing alertness of takaful product to UMK’s students. The method used in this research is qualitative. The study was conducted using the interview to collect information from four random students of UMK. Four themes emerged which is the takaful alertness, background education, religion, and income level. The findings of this study revealed that the majority of UMK students are aware of takaful, although only to a limited extent. However, just several students are still under the impression that takaful is just for Muslims. However, the research indicated that there is still a slightest chance that a few students aware but do not really practicing it due to the lack of exposure among them. This study highlights the insights to explore more about the takaful. Thus, it would provide a knowledge to fellow Muslims and lastly it would inflict Malaysian government and other Muslim countries to be alert the need of takaful. The contributions and recommendations are then put forward for future research
Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2021/2022 - Rapat Umum
Program Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2021/2022 - Rapat Umu
Transkripsi Keupayaan Teksdealisme Dalam Mengangkat Keunggulan Karya-Karya Thriller Ramlee Awang Murshid
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan Ramlee Awang Murshid menerusi novel Tombiruo : Penunggu Rimba dan Ungu Karmila. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian ini dianalisis menerusi empat prinsip yang terdapat dalam Teori Teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, prinsip pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, keunggulan Ramlee Awang Murshid dalam prinsip kehadiran Teori teksdealisme telah berjaya menghadirkan pengalaman melalui kehidupan masyarakat dan pengalaman melalui pengembaraan. Begitu juga prinsip pelanggaran yang membolehkan Ramlee Awang Murshid berani mengemukakan pelanggaran tema dan persoalan serta pelanggaran dari segi watak dan perwatakan yang memberi pembaharuan idea dalam kepengarangannya. Prinsip pengukuhan pula, membuktikan kesungguhan Ramlee Awang Murshid dalam meningkatkan kualiti kedua-dua novel melalui pengukuhan nilai murni yang disampaikan melalui setiap peristiwa yang terkandung dalam karyanya. Di samping itu, bagi prinsip individualisme pula telah mengangkat cita-cita dan personaliti Ramlee Awang Murshid melalui stailistik dan persembahan novel yang dipengaruhi oleh ideologi realisme. Keunggulan kepengarangan Ramlee Awang Murshid dibuktikan hadir melalui pengalaman yang mencetuskan idea dengan pembaharuan serta dikukuhkan dengan nilai-nilai murni selain turut mempertingkatkan personaliti kepengarangan. Justeru, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai asas memahami proses kepengarangan dan membantu pembaca memilih karya yang unggul serta mendorong pengarang kini mempertingkatkan karya dengan menampilkan elemen penting dalam proses kepengarangan
Keberkesanan Penggunaan Sistem "Virtual Museum" Dalam Pameran Koleksi Muzium Di Terengganu.
Muzium Maya Terengganu merupakan projek kolabrasi pihak kerajaan Negeri Terengganu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Muzium Maya Terengganu merupakan muzium maya pertama yang diperkenalkan di Malaysia dan juga yang ketiga di dunia. Muzium maya ialah sistem yang membenarkan pelawat atau pengguna menelusur, memanipulasi dan menjelajah artifak di sesebuah muzium atau galeri secara atas talian. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan sistem “Virtual Museum” dalam pameran koleksi di Muzium Negeri Terengganu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti ciri penggunaan sistem “Virtual Museum”, mengkaji keberkesanan serta menghuraikan cadangan dalam penambahbaikan sistem “Virtual Museum” yang digunakan dalam pameran koleksi di Muzium Negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, kajian ini dikaitkan dengan permasalahan kajian yang terdapat dalam penubuhan muzium maya di Malaysia yang kini menghadapi pandemik Covid-19. Selain permasalahan tersebut, muzium maya menjadi satu platform untuk mempamerkan bahan sejarah atau artifak dengan menggunakan panaroma kerana ruang pameran di dalam muzium terlalu terhad. Berdasarkan kerangka konsep yang dipilih, pengkaji memastikan konsep ini dapat menggambarkan (visualize) reka bentuk muzium maya yang digunakan oleh Muzium Negeri Terengganu bagi tujuan keberkesanan penggunaan sistem “Virtual Museum” dalam pameran koleksi di Muzium Negeri Terengganu
Meneliti Fungsi Muzium Warisan Hang Tuah Dalam Memperkenalkan Warisan Ketara Dan Tidak Ketara Di Melaka
Kajian ini dijalankan untuk meneliti fungsi muzium yang terdapat di Malaysia dalam memainkan peranan bagi pengekalan warisan bangsa dan negara. Pendekatan kualitatif telah digunakan serta sesi temubual yang dijalankan bagi mendapatkan gambaran yang meneyeluruh mengenai fungsi institusi muzium tersebut. Instrumen temubual yang digunakan bertujuan bagi menjawab objektif kajian yang telah dinyatakan iaitu menganalisis fungsi muzium Hang Tuah untuk melindungi warisan di Melaka dan untuk mengkaji tahap kesedaran masyarakat mengenai Hang Tuah di Melaka
Tari Inai Anak Limbat, Kelantan Heritage Dance
Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya seni warisan. Banyak seni warisan di negari ini yang masih belum lagi diknali oleh rakyat di Malaysia antaranya ialah Tari Inai. Tari inai dikatakan satu tarian yang mempunyai keunikkannya yang tersendiri dimana ia tidak dimiliki oleh mana-mana tarian lain. Tarian ini juga merupakan satu tarian yang menjadi medium dalam penyatuan masayarakat setempat. Tarian yang menjadikan silat sebagai asas serta mempunyai gerak-gerak akrobatik ini semakin diabaikan dan hampir pupus kerana pelbagai factor antaranya ialah kurangnya minat dari generasi muda, komitmen kerja serta kurangnya sokongan dari pihak kerajaan