2882 research outputs found
Sort by
Analisis Elemen Sastera Dalam Pementasan Teater Terpilih Melalui Penerapan Teori Strukturalisme
Penelitian terhadap intipati pementasan teater adalah berdasarkan elemen sastera yang ditonjolkan melalui pelakon yang membawa sesuatu watak tersebut. Berdasarkan pemerhatian pengkaji terdapat beberapa elemen sastera yang perlu diambil kira dalam sesebuah pementasan teater kerana akan mempengaruhi cerita yang akan disampaikan oleh pelakon. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat elemen sastera yang sering digunakan oleh pengarah dalam pementasan teater. Hal ini adalah kerana terdapat segelintir pengarah yang masih lagi tidak mengetahui cara untuk mengaplikasikan elemen sastera dalam pementasan teater yang dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis elemen-elemen sastera yang perlu wujud dalam sesebuah pementasan teater serta mengenalpasti teori Strukturalisme yang boleh diterapkan dalam pementasan teater. Seterusnya kajian ini hanya membataskan kepada beberapa pementasan teater yang diambil kira iaitu Teater Lagenda Mahsuri (Aku Bersumpah), Teater Kampung Semarah Padi UMK Bachok dan Teater Di Puncak Tertinggi Puteri Gunung Ledang. Tambahan pula kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif untuk menganalisis segala data yang diperoleh. Bagi mengukuhkan kajian ini, pengkaji menerapkan teori Strukturalisme yang menitikberatkan beberapa perkara dalaman yang membentuk rangka atau struktur sesebuah teks. Dapatan kajian yang terdapat dalam pementasan teater terpilih sememangnya memberi kesan yang memberangsangkan untuk pengkaji menunjukkan kepentingan penggunaan elemen sastera) dalam pementasan teater
Kepentingan Beting Beras Basah Dalam Institusi Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan Kepada Masyarakat
Projek Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kepentingan Beting Beras Basah Terhadap Institusi Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan”. Beting Beras Basah terletak di Kuala Sungai Perak, Daerah Bagan Datuk. Mengikut sejarah, di sinilah bermulanya Sultan Perak yang pertama berangkat masuk ke Negeri Perak. Pengkaji menyasarkan kajian berkenaan Beting Beras Basah ini kerana ia merupakan antara lokasi wajib dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak yang baharu. Cerita hanya dipercayai benar-benar berlaku suatu masa dahulu dan diwarisi secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Salah satu kepentingan sumber tradisi Melayu dikesani wujud dalam konteks asal-usul raja, negeri dan adat istiadat kesultanan Perak yang memperlihatkan beberapa variasi dalam pengekalan dan penyimpangannya. Objektif kajian ini adalah Mengetahui keistimewaan muara Beting Beras Basah sebagai lokasi upacara pertabalan Sultan Perak yang perlu dipelihara. Seterusnya adalah Mengetahui pandangan masyarakat mengenai keistimewaan Beting Beras Basah. Dan akhir sekali adalah untuk Mencadangkan kaedah promosi yang boleh dilakukan bagi memperkenalkan Beting Beras Basah kepada masyarakat dalam dan luar negara. Kaedah pemerhatian, temu ramah dan analisis dokumen digunakan bagi mendapatkan data sekaligus menyempurnakan proses penyelidikan ini dari fasa awal hingga akhir. Kajian ini akan menimbulkan isu kepentingan nilai warisan kepada Beting Beras Basah kepada pelbagai pihak sekiranya langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dibuat. Hal ini seterusnya dapat menghargai nilai warisan ketara yang berharga ini khususnya untuk generasi yang akan datang
Penglibatan Komuniti Setempat Dalam Pemuliharaan Tapak Warisan Di Taiping, Perak
Kajian ini dijalankan merujuk kepada tiga objektif yang dinyatakan dalam kajian iaitu meneroka sejarah pembentukan Taman Tasik Taiping, Perak, menghuraikan penglibatan komuniti setempat dalam pemuliharaan Taman Tasik Taiping, Perak dan menganalisis potensi Taman Tasik Taiping, Perak sebagai salah satu tapak warisan alam semulajadi di Malaysia. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif iaitu kaedah tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik kaedah kuantitatif ini menggunakan Google Form dalam menyebarkan borang soal selidik kepada komuniti setempat. Kajian ini menggunakan Teori Ekologikal Kelly (1968) kerana teori ini berkaintan dengan psikologi komuniti setempat dan bersesuai dengan tajuk kajian yang melibatkan komuniti setempat. Hasil kajian mendapati penerimaan yang positif oleh komuniti setempat, maklum balas dalam menjawab soal selidik yang diberikan amat baik kerana penglibatan komuniti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Kata Kunci: Pemuliharaan, Komuniti Setempa
Kaedah Pemeliharaan Perak Man Di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak
Artikel ini membincangkan mengenai kaedah pemuliharaan yang dijalankan ke atas Perak Man di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Perak. Penemuan Perak Man pada tahun 1991 telah mengejutkan dunia arkeologi di Malaysia dalam peradaban manusia awal. Perak Man adalah rangka manusia yang dipercayai berasal daripada zaman Paleolitik. Bukti penemuan terhebat itu telah mencipta sejarah dari segi kegiatan harian masyarakat terawal yang menetap di Malaysia suatu ketika dahulu. Namun begitu, kajian mengenai kewujudan Perak Man telah lama berhenti sehingga menyebabkan masyarakat sekarang kurang cakna mengenai status dan keadaan Perak Man yang ditempatkan di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Berdasarkan bukti pemerhatian, temu bual, dan kajian terdahulu yang dilakukan, tesis ini akan menjelaskan mengenai kaedah pemeliharaan serta kepentingannya dalam pemeliharaan Perak Man di galeri tersebut.
Kata Kunci: Arkeologi, Perak Man, Pemeliharaan, Kepentingan, Galeri Arkeologi
Lembah Lenggong, Perak
Persembahan Seni Muzik Ghazal di Kalangan Masyarakat Johor.
Penyelidikan ini merupakan satu kajian yang berkaitan tentang persembahan seni muzik Ghazal di kalangan masyarakat Johor. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa pada
masa kini seni muzik Ghazal ini makin hari makin dilupakan oleh masyarakat di negeri ini juga dek kerana perederan zaman yang kini telah diperkenalkan dengan pelbagai teknologi yang canggih sehingga warisan dahulu ditinggalkan walaupun dalam negeri sendiri. Pengkaji membuat kajian ini dengan berdasarkan objektif- objektif kajian yang telah disenaraikan agar kajian ini dapat dilaksanakan dengan mempunyai data- data yang benar tentan seni muzik Ghazal ini. Oleh itu, Kaedah kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik dengan membuat temu bual secara dalam talian serta pemerhatian bersama orang yang mahir dalam seni muzik Ghazal ini yang berada di Batu Pahat, Johor. Kesimpulannya, penyelidik berharap agar penyelidikan yang dilaksanakan ini dapat diperkenalkan kepada generasi baru pada masa akan
datang dengan secara menyeluruh terhadap kesenian Johor yang pernah dibangunkan dahulu
Intention to use of fintech products and services among youngsters: The application of technology acceptance model (TAM)
Financial Technology or famous known as “Fintech” is an innovative financial service that emerged in tandem with the new technologies and advancement. The Islamic Banking and Finance researchers and students have recently started to explore the emerging industry of fintech with reference to Islamic Banking and Finance. Thus, the purpose of this study is to investigate the intention to use of fintech products and services among youngsters based on the application of Technology Acceptance Model (TAM). Quantitative method has been used which based on articles, journals and any other related materials. The data is collected from 357 youngsters using questionnaire through Google Form. The result of this study will show the measure level, examine the relationship and analyze the significant influence of perceived ease of use, perceived usefulness, and service trust on intention to use of Fintech’s products and service among youngsters. However, this study has potential limitations that occur during collection of the date which are limitation in the area of study, lacking time, and lacking fund and those limitations can be improved in the future
The attributes of customers behavior to use of Ar- Rahnu in Kota Bharu, Kelantan
To conclude, chapter two elaborates in detail by using past research to construct each variable. This chapter also contains the reviews of the Attributes of customers' behavior to use Ar- Rahnu in Kota Bahru, Kelantan. Besides, chapter two also proposed a conceptual model which is constructed to look over the connection between the independent variable (Sharia view, Pricing system, Customer service, and Locality) and dependent variable (The attributes of customer to use Ar-Rahnu). Consequently, hypotheses were prepared based on each variable in this study. Chapter three is going to analyze the research methodology in studying the initiated hypotheses
Analisis Nilai Dan Pengajaran Dalam Buku ‘Pantun Berkait : Peri Loka Tanah Melaka’ Karya 'Azimin Daud.
Penyelidikan dibuat agar dapat mengenal dengan terperinci serta menganalisis nilai dan pengajaran yang ada pada buku ‘Pantun Berkait Peri loka Tanah Melaka’ karya ‘Azimin Daud. Kajian ini mengguna pakai reka bentuk kajian kualitatif iaitu kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian di analisis melalui Teori Pengkaedahan Melayu melalui Penddekatan Moral. Dapatan kajian ini mendapati bahawa nilai dan pengajaran yang terkandung dalam buku ‘Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka’ ini dapat memberi pengajaran serta pendidikan kepada seseorang individu dan komuniti masyarakat. Pendekatan moral diambil dalam Teori Pengkaedahan Melayu ini dilihat sesuai dalam merungkaikan nilai dan pengajaran yang terkandung didalamnya. Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih Pendekatan Moral dalam kajian ini. Hal ini kerana teori Pengkaedahan Melayu dan Pendekatan Moral yang dipilih sangat sepadan dan menepati kesemua objektif kajian yang dipilih oleh pengkaji mengkaji nilai dan pengajaran yang terdapat dalam buku Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka karya ‘Azimin Daud. Bukan itu sahaja, pendekatan moral ini juga bertepatan dengan nilai-nilai yang baik yang terkandung dalam buku pantun berkait ini. Nilai moral adalah suatu himpunan norma dan adat yang ditularkan oleh masyarakat kepada individu dan mewakili cara bertindak yang baik atau betul. Hal ini menjelaskan bahawa nilai moral adalah nilai yang membantu kita dalam melakukan perbezaan bagi yang hak dan batil serta yang positif dan negatif. Nilai-nilai moral juga dapat dipraktikkan dalam diri seseorang individu dan masyarakat dalam kehidupan anggota masyarakat. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai dalam merungkaikan lagi nilai dan pengajaran dalam setiap pantun tradisional Melayu
Keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan Dalam Pemuliharaan Bandar Sungai Lembing.
Sungai Lembing merupakan sebuah tapak perlombongan yang terbesar di negeri Pahang satu ketika dahulu. Kawasan tersebut turut mendapat jolokan nama iaitu bandar yang terkaya di Semenanjung Malaysia dan turut digelar sebagai ‘El-Dorado Timur’ kerana kekayaan hasil bijih timah. Walaubagaimanapun akibat krisis kejatuhan harga bijih timah, bandar ini dibiarkan begitu sahaja dan kini kembali bangkit sebagai pusat pelancongan yang terpenting di negeri Pahang. Dalam kajian ini juga akan melihat cabaran-cabaran dan masalah yang timbul terutamanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam memastikan bandar tersebut kekal terpulihara. Dalam kajian ini juga melibatkan penggunaan kaedah kualitatif yang diperolehi dari sumber data yang berbeza iaitu data primer dan sekunder serta melibatkan kaedah kuantitatif terutama dalam mendapat maklum balas responden terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT). Melalui kaedah tersebut
dapat melihat usaha selain keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memulihara bandar Sungai Lembing untuk satu tempoh masa yang panjang. Berdasarkan kajian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pihak luar terutama generasi akan datang mengenai peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memulihara bandar yang bersejarah
Keunikan Seni Bina Rumah Kutai Di Kawasan Pasir Salak, Perak.
Kajian tertumpu kepada rumah tradisional Perak iaitu Rumah Kutai. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keunikan dan keunikan seni bina yang terdapat di Rumah Kutai, mengenal pasti faktor Rumah Kutai kurang diminati masyarakat pada masa kini, dan mengenal pasti langkah-langkah memelihara tempat kutai. Kajian ini tertumpu di sekitar Pasir Salak, Perak. Kawasan Pasir Salak mempunyai beberapa buah Rumah Kutai yang masih kukuh sehingga kini. Namun kajian ini tertumpu kepada Rumah Kutai milik Kak Wok. Rumah ini merupakan rumah tertua di sekitar Pasir Salak, Perak. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif: kaedah tinjauan, pemerhatian, temubual, dan kaedah perpustakaan. Hasil kajian melalui pemerhatian dan
temubual menunjukkan Rumah Kutai mempunyai keunikan dari segi seni bina. Bagaimanapun, Rumah Kutai itu diancam kepupusan kerana masyarakat tidak sedar akan nilai dan kepentingan rumah tradisional itu. Justeru, pelbagai kaedah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewujudan dan kepentingan yang terdapat di Rumah Kutai ini. Akhir kata, semoga kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang Rumah Kutai