79 research outputs found
Analisis pilihan bahasa sebagai lingua franca di Sarawak / Mohammed Azlan Mis
Kajian ini merupakan kajian pilihan bahasa yang berlandaskan teori sosiolinguistik, khususnya teori domain (Fishman 1972). Dengan itu, kajian ini memerihalkan pilihan bahasa melalui soal selidik dan temu bual. Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat pilihan bahasa dan dijumlahkan mengikut peratusan dan diuji nilai signifikannya. Rakaman temu bual dilakukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai pilihan bahasa suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau serta untuk mendapatkan maklumat faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan bahasa tersebut. Pilihan bahasa yang utama itu adalah bahasa perhubungan utama atau lingua franca. Secara umumnya, lingua franca bermaksud bahasa komunikasi antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza antara satu sama lain (Samarin 1968, UNESCO (dlm. Samarin 1968) dan Wardhaugh 1998).
Kaedah kajian yang digunakan berdasarkan analisis kekerapan (peratusan dan nilai signifikan) dan rakaman temu bual. Metodologi yang dipilih telah disesuaikan daripada Asmah (2001), Holmes (2001) dan juga Chua Yan Piaw (2006). Secara khususnya, kajian ini merupakan kajian tinjauan di lapangan dan kawasan kajiannya adalah di bandar Sarikei. Soalan-soalan yang disediakan dalam borang soal selidik berkaitan dengan pilihan bahasa yang dibahagikan mengikut enam domain, iaitu keluarga, persahabatan, pasar dan kedai, bank, hospital dan klinik serta sukan dan riadhah.
Berdasarkan dapatan dari soal selidik dan temu bual yang telah dijalankan menunjukkan bahasa Iban merupakan pilihan bahasa yang paling utama jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa yang lain di bandar Sarikei. Bahasa Iban di bandar Sarikei mudah difahami apabila digunakan dan dituturkan oleh hampir semua penduduk pelbagai suku kaum. Ini menunjukkan bahawa pilihan bahasa Iban di bandar Sarikei ini merupakan bahasa perhubungan utama atau lingua franca dalam kalangan suku kaum Melayu, Iban dan Cina. Walau bagaimanapun, hasil analisis pilihan bahasa suku kaum Melanau berbeza dari hasil analisis suku kaum Melayu, Iban dan Cina kerana suku kaum Melanau tidak memilih bahasa Iban sebagai bahasa utama tetapi menggunakan dialek Melayu Sarawak.
Hasil analisis pilihan bahasa juga telah menunjukkan sebahagian besar penduduk di bandar Sarikei mengetahui tiga atau empat bahasa suku kaum. Bahasa Iban merupakan pilihan utama domain di rumah, persahabatan, kedai dan pasar serta sukan dan riadhah oleh responden Melayu, Iban dan Cina. Dialek Melayu Sarawak pula banyak dipilih dalam domain di bank serta hospital dan klinik. Bahasa rojak Melayu-Iban pula adalah sebagai pilihan ketiga selepas bahasa Iban dan kedua selepas pilihan dialek Melayu Sarawak oleh suku kaum Melayu, Iban dan Cina. Bahasa rojak Melayu-Melanau hanya digunakan antara orang Melanau dan Melayu sekiranya mereka tidak berkomunikasi menggunakan dialek Melayu Sarawak ataupun bahasa Melanau
Authorship Characteristics in Sekitar Perpustakaan 1994-2003: A Bibliometric Study
This bibliometric study attempts to explore the authorship characteristics in Sekitar Perpustakaan, one of the earliest library and information science (LIS) periodicals published by the National Library of Malaysia (PNM – Perpustakaan Negara Malaysia) since 1977. A total of 148 articles published in 20 issues of Sekitar Perpustakaan covering the period 1994-2003 were analyzed. Author characteristics such as name, gender, status, institutional affiliation, language preference of articles and authorship of articles were obtained, studied and analyzed. The findings reveals single-authored articles far outnumbered multi-authored articles at 79%; female contributors (65.74% or 71 authors) predominates male contributors (34.26% or 37 authors); middle-level professionals were the largest contributors of articles (59.3%); 83 (56%) of the articles published were in Bahasa Melayu, the national language, while 65 (44%) articles were in English; the top ranked contributor is Ding Choo Ming, Senior Research Fellow of Institute of the Malay World & Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia with nine contributions; and the most prolific institution is PNM with 41 contributing authors
Pilihan bahasa dan lingua franca suku kaum di Sarawak
Kajian ini membincangkan lingua franca suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak. Di Sarawak terdapat bermacam-macam suku kaum dan masing-masing menggunakan bahasanya sendiri. Oleh yang demikian, lingua franca di Sarawak merupakan bahasa yang dipilih untuk berhubung dan bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain agar hubungan antara suku kaum menjadi lebih erat dan sejahtera. Tentu sahaja bahasa perhubungan yang dipilih telah menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah. Kewajaran kajian ini bertunjangkan lingua franca yang bertitik tolak daripada maklumat pilihan bahasa semasa yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Sesuatu bahasa itu akan terus dipilih dan digunakan oleh semua pihak sama
ada semasa situasi formal atau tidak formal sekiranya bahasa tersebut memenuhi peranan lingua franca. Hasil analisis pilihan bahasa responden Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak, didapati pilihan bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak lebih tinggi jika dibandingkan dengan pilihan bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, pilihan bahasa Iban dilihat digunakan dalam situasi tidak formal dan pilihan bahasa dialek Melayu Sarawak pula semasa situasi formal
Analisis pemilihan bahasa dalam kalangan pasangan kahwin campur di negeri Sarawak
Kajian pemilihan bahasa ini memerihalkan pilihan bahasa yang digunakan oleh pasangan kahwin campur di negeri Sarawak. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul semua maklumat pemilihan bahasa dan dijumlahkan keseluruhannya mengikut bahasa yang utama dipilih dan juga pilihan bahasa yang lain di lapangan. Analisis maklumat pemilihan bahasa pasangan kahwin campur yang digunakan berlandaskan analisis kekerapan (peratusan) dan rakaman temu bual. Kaedah yang dipilih ini telah disesuaikan daripada kajian-kajian lepas, iaitu oleh Fishman (1972), Asmah (2001), Holmes (2001) dan juga Chua Yan Piaw (2006). Kajian ini telah dijalankan di Bandar Sarikei. Soalan-soalan yang disediakan dalam borang soal selidik pula berkaitan dengan bahasa yang digunakan oleh pasangan kahwin campur. Berdasarkan dapatan dari soal selidik yang telah dianalisis menunjukkan bahawa bahasa Iban telah dipilih sebagai bahasa yang utama jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa yang lain di negeri Sarawak. Faktor bahasa Iban telah dipilih sebagai bahasa yang utama kerana bahasa Iban dikatakan lebih mudah untuk digunakan di samping telah dituturkan oleh hampir semua penduduk yang terdapat di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, pemilihan bahasa oleh pasangan kahwin campur Melayu+Melanau sedikit berbeza dari hasil analisis pasangan yang lain kerana mereka tidak memilih bahasa Iban sebagai bahasa utama tetapi hampir keseluruhannya menggunakan dialek Melayu Sarawak
Medium perantara pelbagai suku kaum di Sarawak: kajian Lingua Franca
Dalam membicarakan tajuk lingua franca, kita tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan
kepelbagaian bahasa dalam satu masyarakat yang majmuk. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain (Samarin 1968). Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi
formal
Pilihan bahasa oleh suku kaum Melanau di negeri Sarawak
Di negeri Sarawak mempunyai pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasa mereka sendiri. Salah satu suku kaum yang utama ialah suku kaum Melanau. Kajian ini membincangkan mengenai pilihan bahasa suku kaum Melanau sebagai bahasa perhubungan sehari-hari mereka di negeri Sarawak. Kajian ini bertujuan meninjau pilihan bahasa yang menjadi alat perhubungan dalam komuniti Melanau di bandar Sarikei. Usaha untuk menentukan apakah pilihan bahasa suku kaum Melanau di negeri Sarawak ini perlu bertitik tolak dari maklumat pilihan bahasa semasa yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Pilihan bahasa terjadi apabila terdapat lebih daripada satu bahasa atau kelainan bahasa dalam sesuatu komuniti (Fishman 1972). Anggota komuniti memilih bahasa yang mana patut digunakan sebagai bahasa perhubungan antara mereka. Pilihan bahasa ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk berdasarkan domain dan soal selidik. Seseorang itu memilih satu bahasa atau beberapa bahasa untuk digunakan dalam satu domain dan dalam domain yang lain memilih bahasa yang lain. Secara keseluruhannya, didapati bahasa yang dipilih oleh suku kaum Melanau berhubung dengan sesama Melanau, suku kaum Melayu, Iban dan Cina dominannya ialah dialek Melayu Sarawak
Lingua franca di Sarawak: aplikasi teori pilihan bahasa
Pola pilihan bahasa yang digunakan antara suku kaum di Sarawak merupakan bahasa perhubungan utama atau lebih dikenali sebagai lingua franca. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi di antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain bersandarkan teori pilihan bahasa. Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi Di negeri Sarawak, bahasa yang paling ramai penuturnya ialah bahasa Iban. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan pola bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi formal
Bahasa rojak dalam kalangan penduduk di Sarawak
Kajian bahasa rojak di Sarawak ini bertujuan memerihalkan bahasa yang digunakan oleh pelbagai suku kaum, iaitu suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau dalam perhubungan sesama mereka sehari-hari. Penggunaan bahasa rojak di negeri Sarawak sama pentingnya dengan bahasa tempatan, seperti bahasa Iban, Melanau, Cina dan dialek Melayu. Bahasa rojak di Sarawak bahasa yang biasa dipilih dalam hubungan antara suku kaum yang pelbagai. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan maklumat penggunaan bahasa berlandaskan kerangka kajian pilihan bahasa serta dijumlahkan keseluruhannya mengikut bahasa yang ada digunakan dalam masyarakat tersebut. Kajian ini telah dijalankan di bandar Sarikei. Kaedah yang dipilih ini telah disesuaikan daripada Fishman, Asmah, Holmes dan juga Chua Yan Piaw berlandaskan analisis kekerapan (peratusan). Didapati suku kaum yang pelbagai di negeri Sarawak telah memilih dua bahasa rojak, iaitu bahasa rojak Melayu-Iban dan bahasa rojak Melayu-Melanau. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa rojak Melayu-Iban lebih utama jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau. Bahasa rojak Melayu-Iban digunakan lebih tinggi di Sarawak kerana bahasa ini dipilih oleh tiga suku kaum utama, iaitu Melayu, Iban dan Cina jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau yang hanya digunakan antara suku kaum Melayu dan Melanau sahaja
Pilihan bahasa dan lingua franca suku kaum di Sarawak
The aim of this research is to identify the the common language or lingua franca of Malay, Iban, Chinese and Melanau ethnics groups in Sarawak. There are several ethnic groups in Sarawak, the member of each communicating among themselves in their own language. At the same time, the ethnic groups also share and use a common language or languages to communicate with speakers of other languages spoken within the state. A lingua franca is approriate, comprehendible and does not give rise to communication problems. It is used in everyday life and will be automatically selected and used by speakers from different ethnic groups both in formal and informal situations. An analysis of the choice of language by Malay, Iban, Chinese and Melanau respondents in Sarawak shows that the Iban language and the Sarawak Malay dialect are most often chosen as the lingua francas of Sarawak. The Iban language is used in informal settings while the Sarawak Malay dialect is used in formal settings.Kajian ini membincangkan lingua franca suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak. Di Sarawak terdapat bermacam-macam suku kaum dan masing-masing menggunakan bahasanya sendiri. Oleh yang demikian, lingua franca di Sarawak merupakan bahasa yang dipilih untuk berhubung dan bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain agar hubungan antara suku kaum menjadi lebih erat dan sejahtera. Tentu sahaja bahasa perhubungan yang dipilih telah menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah. Kewajaran kajian ini bertunjangkan lingua franca yang bertitik tolak daripada maklumat pilihan bahasa semasa yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Sesuatu bahasa itu akan terus dipilih dan digunakan oleh semua pihak sama ada semasa situasi formal atau tidak formal sekiranya bahasa tersebut memenuhi peranan lingua franca. Hasil analisis pilihan bahasa responden Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak, didapati pilihan bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak lebih tinggi jika dibandingkan dengan pilihan bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, pilihan bahasa Iban dilihat digunakan dalam situasi tidak formal dan pilihan bahasa dialek Melayu Sarawak pula semasa situasi formal
An insight into the practical budgeting for productions of production houses / Shahrul Azlan Mohd. Zulkifli
This project paper is done with the intention of gaining an insight into the practical aspect of budgeting applied by the management of a Production House for its productions. The study was deemed essential as there were many grouses about the film industry being not so financially lucrative. There were a number of failed financial ventures into this glamourous industry. The creative and artistic elements of this business field have been discussed many a time in various media and sometimes with a touch of nostalgia. However, only a few have touched on the financial and management aspects. Thus the author would like to gain an insight into a component of that important but least studied aspect of the business, that is budgeting and how it is practised in this highly creative and artistic business in Malaysia
- …
