Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Urus Tadbir Data Kerajaan Menerusi Akta Perkongsian Data 2025
-
Full text: PDF-
Teks penuh: PD
Arahan Perubatan Awal di Malaysia: Isu dan Cabaran
Advance Medical Directives serve as an important instrument to ensure that patients’ wishes regarding medical treatment are respected when they are no longer capable of making decisions autonomously. In Malaysia, although discourse surrounding patient autonomy has gained increasing attention, the implementation of Advance Medical Directives remains limited due to the absence of specific legal provisions and a low level of public awareness. This paper discusses the issues surrounding the practice of Advance Medical Directives and the challenges in their implementation in Malaysia in greater depth. Adopting a qualitative approach based on content analysis, the discussion highlights the need for professional guidance in the preparation of such directives and refers to legal practices in foreign jurisdictions for comparative purposes. Data were gathered from both primary and secondary sources to support the analysis. The core focus of this paper is to unravel the constraints arising from the lack of a specific legal framework governing the practice of Advance Medical Directives in Malaysia. Findings indicate that, to date, there is no dedicated legislation related to Advance Medical Directive in Malaysia. Therefore, legal reform is important in this context.
Keywords: Advance Medical Directives, patient autonomy, medical consultation, medical ethics, end of life, principle of autonomy
Full text: PDFArahan Perubatan Awal merupakan instrumen penting bagi memastikan hasrat pesakit terhadap rawatan perubatannya dihormati ketika pesakit tidak lagi berupaya untuk menetapkan keputusan. Di Malaysia, walaupun wacana yang berkaitan dengan autonomi pesakit makin mendapat perhatian, pelaksanaan Arahan Perubatan Awal masih terhad disebabkan oleh ketiadaan peruntukan undang-undang yang khusus dan kefahaman awam yang rendah. Penulisan ini membincangkan isu amalan Arahan Perubatan Awal dan cabaran dalam pelaksanaannya di Malaysia dengan lebih mendalam. Melalui pendekatan kualitatif yang berasaskan analisis kandungan, perbincangan ini menekankan keperluan bimbingan profesional dalam penyediaan dokumen tersebut dan merujuk bidang kuasa perundangan di negara luar sebagai perbandingan. Data diperoleh daripada sumber primer dan sumber sekunder bagi menyokong tujuan dan maksud penulisan ini. Kupasan utama penulisan ini adalah untuk merungkaikan isu yang berasaskan kekangan dan ketiadaan undang-undang khusus yang menerangkan amalan Arahan Perubatan Awal. Penulis mendapati bahawa sehingga masa ini, tiada undang-undang khusus yang berkaitan dengan Arahan Perubatan Awal di Malaysia. Oleh hal yang demikian, penambahbaikan dari sudut perundangan adalah amat signifikan dalam konteks ini.
Kata kunci: Arahan Perubatan Awal, autonomi pesakit, perundingan perubatan, etika perubatan, akhir hayat, prinsip autonomi
Teks penuh: PD
The Kearifan Simbol Adat Beburung dalam Puisi Pengap Gawai Pangkung Tiang: Analisis Berlandaskan Teori Semiotik Charles Sander Peirce
The Iban community has shaped their culture through the inheritance of traditional customs passed down from earlier generations. This research aims to analyse the symbolic representation of adat beburung (bird omen customs) in the Iban ritual chant Pengap Gawai Pangkung Tiang. The use of various symbols serves as a medium for cultural continuity, as reflected in the translation of adat beburung within the Pengap Gawai Pangkung Tiang chant. This poetic form is profoundly rich in symbols, signs, values, and the ethical dimensions upheld by its cultural bearers. However, the failure to comprehend both the explicit and implicit meanings embedded in these cultural symbols threatens the resilience and continuity of the chant’s practice. A qualitative approach was employed in this study. Fieldwork was conducted through semi-structured interviews with key informants, namely the lemambang (ritual chanters). The research instruments consisted of semi-structured interview protocols and transcripts of the Pengap Gawai Pangkung Tiang chant. The analysed data were further compared with findings from relevant literature review. Data analysis was conducted using the Bogdan and Biklen’s Model (2007), while thematic identification was performed using Braun and Clarke’s Thematic Analysis Model (2006). The findings reveal that the translation of adat beburung is symbolically represented through seven bird species, namely ketupung, beragai, bejampung, nendak, pangkas, embuas, and kelabu papau. These seven bird symbols were analysed in detail using Charles Sander Peirce’s Semiotic Theory. The implications of this study provide a deeper understanding for the Iban community as a vital agent of cultural expression to continue preservation of tradition poetry.
Keywords: Poem, augury, symbol, signs, pengap, gawai pangkung tiang
Full text: PDFMasyarakat Iban membentuk budaya mereka dengan mewarisi adat daripada generasi terdahulu. Penggunaan pelbagai simbol sebagai wahana warisan budaya seperti terjemahan adat beburung melalui puisi Pengap Gawai Pangkung Tiang. Penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis simbol adat beburung dalam puisi Pengap Gawai Pangkung Tiang dalam masyarakat Iban. Puisi ini sangat kaya dengan simbol, tanda, nilai dan etika pemilik budaya. Namun, kegagalan memahami makna tersurat dan tersirat simbol budaya memberikan kesan kepada kelangsungan daya tahan puisi untuk diamalkan. Pendekatan kualitatif telah diaplikasikan dalam kajian ini. Kajian lapangan menggunakan kaedah temu bual semi-struktur terhadap informan, iaitu lemambang. Instrumen kajian ialah protokol temu bual semi-struktur dan transkrip puisi Pengap Gawai Pangkung Tiang. Perbandingan data yang telah dianalisis menggunakan kajian kepustakaan. Model Bogdan dan Biklen (2007) digunakan dalam menganalisis data, manakala pencarian tema menggunakan analisis Model Braun & Clarke (2006). Dapatan kajian menemukan terjemahan adat beburung signifikan kepada tujuh jenis burung, iaitu ketupung, beragai, bejampung, nendak, pangkas, embuas dan kelabu papau. Penemuan tujuh jenis burung telah dianalisis secara terperinci menggunakan Teori Semiotik Charles Sander Peirce. Implikasi kajian ini dapat memberikan kefahaman mendalam kepada orang Iban yang sekali gus menjadi agen penyampai budaya, khususnya dalam pelestarian puisi tradisional.
Kata kunci: Puisi, adat beburung, simbol, tanda, pengap, gawai pangkung tiang
Teks penuh: PD
Pemantauan Nafkah Pascaperceraian di Malaysia: Analisis Peranan Bahagian Sokongan Keluarga dari Perspektif Fekah dan Undang-undang
The issue of non-payment of post-divorce maintenance among the Muslim community in Malaysia remains a significant challenge, notwithstanding the clear recognition of such rights under Syariah law. The failure of former husbands to fulfil this obligation has direct implications on former wives and children. In response, the Syariah Courts, through the Family Support Division (Bahagian Sokongan Keluarga, BSK), have introduced various enforcement mechanisms, including the implementation of the e-Nafkah system in 2023. The objective of this study is to evaluate monitoring of maintenance following court orders by comparing classical fiqh principles with contemporary legal innovations that utilise technology. This study adopts a theoretical approach using qualitative methods through an analysis of classical Fiqh sources, Islamic family law statutes, BSK reports, as well as supporting data from a field interview with a Syariah Court officer to assess the suitability of this modern approach from the perspectives of Fiqh and maqasid syariah. The findings indicate that classical Fiqh regards maintenance as an individual right (al-ḥaqq li al-ādami) that may only be enforced upon a complaint by the creditor, whereas Malaysian law adopts a more proactive approach through automatic monitoring mechanisms. Despite these differences, the modern system is considered consistent with maqasid syariah as it serves to safeguard family welfare, protect children, and reduce the burden on single mothers. The fiqh maxim lā yunkar taghayyur al-aḥkām bi taghayyur al-azmān provides the jurisprudential basis for such adaptation. Nevertheless, fundamental fiqh principles continue to recognise that maintenance obligations may be discharged through ibrā’ with the consent of the creditor. Accordingly, the implementation of e-Nafkah must strike a balance between ensuring family livelihood and respecting individual rights, thereby demonstrating the capacity of Islamic family law to adapt to contemporary realities without contravening syariah principles.
Keywords: Maintenance, Family Support Division (BSK), e-Nafkah, classical fiqh, maqasid syariah, ibrak
Full text: PDFIsu kegagalan pembayaran nafkah pascaperceraian dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia masih menjadi cabaran besar walaupun undang-undang syariah memperuntukkan hak tersebut secara jelas. Kegagalan bekas suami untuk menunaikan tanggungjawab ini memberikan kesan langsung terhadap bekas isteri dan anak. Oleh itu, mahkamah syariah melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) memperkenalkan pelbagai mekanisme penguatkuasaan, termasuklah sistem e-Nafkah pada tahun 2023. Objektif kajian ini adalah untuk menilai pemantauan nafkah setelah diperintahkan oleh mahkamah melalui perbandingan antara fekah klasik dengan inovasi perundangan yang memanfaatkan penggunaan teknologi pada zaman ini. Kajian ini menggunakan pendekatan teori, iaitu kaedah kualitatif melalui analisis teks fekah klasik, statut undang-undang keluarga Islam, laporan BSK dan sokongan temu bual lapangan bersama-sama seorang pegawai mahkamah bagi menilai kesesuaian pendekatan moden ini dari perspektif fekah dan maqasid syariah. Hasil kajian menunjukkan bahawa fekah klasik menetapkan nafkah sebagai hak individu (al-ḥaqq li al-ādami) yang hanya boleh dituntut apabila terdapat aduan daripada pemiutang, sedangkan undang-undang di Malaysia menggunakan pendekatan yang lebih proaktif dengan pemantauan automatik. Walaupun terdapat perbezaan pendekatan, sistem moden ini masih dianggap selari dengan maqasid syariah kerana berupaya menjaga maslahat keluarga, melindungi kepentingan anak dan mengurangkan beban ibu tunggal. Kaedah fekah, iaitu lā yunkar taghayyur al-aḥkām bi taghayyur al-azmān, turut menjadi asas perubahan tersebut. Namun demikian, prinsip asas fekah tetap mengiktiraf bahawa nafkah dapat dilepaskan melalui ibrak apabila dipersetujui oleh pemiutang. Oleh itu, pelaksanaan e-Nafkah perlu seimbang antara kepentingan untuk menjaga kelangsungan hidup keluarga dengan penghormatan terhadap hak individu, sekali gus membuktikan bahawa undang-undang keluarga Islam berupaya untuk beradaptasi dengan tuntutan realiti kontemporari tanpa menyalahi prinsip syariah.
Kata kunci: Nafkah, Bahagian Sokongan Keluarga, e-Nafkah, fekah klasik, maqasid syariah, ibrak
Teks penuh: PD
Legenda, Ketaksamaan Gender dan Politik Warisan di Malaysia dalam Kisah Mahsuri sebagai Sastera Rakyat yang Hidup
The legend of Mahsuri is one of the most prominent narratives in Kedah’s folk literature, originating from Langkawi’s oral tradition and later transformed into various written and cultural forms. Although commonly interpreted as a moral tale centred on slander, purity, and a generational curse, the narrative has undergone significant transformation that positions it within Malaysia’s modern cultural and heritage discourse. The main problem addressed in this study is the tendency of previous scholarship to approach Mahsuri descriptively without examining its role in identity formation, heritage institutionalisation, and the positioning of women within postcolonial structures of power. The objectives of this study are to analyse the transformation of Mahsuri from oral tradition to state narrative, to examine the symbolic positioning of the female body in the construction of cultural memory, and to assess how heritage institutions reinterpret the legend in contemporary Malaysia. This study employs qualitative methods combining critical textual analysis of folk literature, colonial sources, and academic writings, together with field observations conducted at Kota Mahsuri. The findings show that the legend has been institutionalised through heritage sites, incorporated into tourism practices, and reframed to serve cultural and political interests of the modern state. While the narrative further reinforces the symbolic role of women as moral and cultural markers, it continues to limit women’s voices within social and heritage structures. This study contributes to the enrichment of Malay folk literature studies by emphasising the importance of critical readings that examine the interconnections between memory, heritage, gender, and power within Malaysia’s postcolonial context.
Keywords: Mahsuri, folk literature, legend, women’s representation, cultural heritage, postcolonial power
Full text: PDF
Kisah Mahsuri merupakan salah satu legenda terpenting dalam sastera rakyat Kedah yang berakar daripada tradisi lisan Langkawi. Walaupun sering ditanggap sebagai cerita moral mengenai fitnah, kesucian dan sumpahan, naratif ini telah melalui proses perubahan yang menjadikannya sebahagian daripada wacana budaya dan warisan negara moden. Permasalahan utama kajian ini ialah kecenderungan penyelidikan terdahulu yang mengekalkan pembacaan deskriptif terhadap Mahsuri tanpa menelusuri peranan legenda ini dalam pembentukan identiti, pelaksanaan warisan, serta kedudukan wanita dalam kerangka kuasa pascakolonial. Objektif kajian ini adalah untuk menilai transformasi Mahsuri daripada tradisi lisan kepada naratif negara, meneliti peranan tubuh wanita dalam pembentukan ingatan budaya, serta menganalisis fungsi institusi warisan dalam memaknai semula legenda ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang merangkumi analisis kepustakaan kritikal terhadap teks sastera rakyat, sumber kolonial dan penulisan akademik, serta pemerhatian lapangan di Kota Mahsuri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa legenda Mahsuri telah diinstitusikan melalui tapak warisan, dimanfaatkan dalam industri pelancongan, dan disusun semula mengikut keperluan politik budaya negara. Selain itu, naratif penderitaan Mahsuri memperlihatkan pengukuhan peranan wanita sebagai simbol moral dan identiti, namun terus membataskan suara wanita dalam struktur sosial dan warisan. Kajian ini menyumbang kepada pengayaan analisis sastera rakyat Melayu dengan menekankan kepentingan pembacaan kritikal terhadap hubungan antara memori, warisan, gender dan kuasa dalam konteks Malaysia pascakolonial.
Kata kunci: Mahsuri, sastera rakyat, legenda, representasi wanita, warisan budaya, kuasa pascakolonial
Teks penuh: PDF
 
Undang-Undang Teleperubatan dalam Penjagaan Kesihatan di Malaysia: Satu Sorotan
The development of telemedicine has transformed the landscape of healthcare delivery by enabling consultations, diagnoses, and treatments to be conducted remotely through digital platforms. In Malaysia, the Telemedicine Act 1997 was enacted to regulate such services. However, the lack of clear enforcement mechanisms has raised concerns regarding the effectiveness of the Act in addressing emerging legal and ethical issues. Accordingly, this article critically examines the legal framework governing telemedicine in Malaysia, with particular focus on medical negligence, patient confidentiality, informed consent, and jurisdictional issues. The absence of specific guidelines and weak legal enforcement has created regulatory gaps that may pose risks to both patients and medical practitioners, especially in the context of virtual consultations. Employing a qualitative methodology with a comparative legal approach, this study analyses relevant literature from selected foreign jurisdictions, namely Singapore and Australia, as useful reference points. The study further proposes legal reforms to strengthen the telemedicine regulatory framework in Malaysia, including updates to existing legislation, the introduction of specific telemedicine regulations, and the establishment of more effective enforcement mechanisms to ensure the delivery of safe, ethical, and sustainable digital healthcare services.
Keywords: Digital healthcare services, ethics, medical negligence, virtual healthcare, telemedicine, legal reform
Full text: PDFPerkembangan teleperubatan mengubah landskap penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan membolehkan konsultasi, diagnosis dan rawatan dilakukan secara jarak jauh melalui platform digital. Di Malaysia, Akta Teleperubatan 1997 digubal bagi mengawal selia perkhidmatan ini. Namun begitu, ketiadaan penguatkuasaan yang jelas menimbulkan persoalan tentang keberkesanannya untuk menangani isu undang-undang dan etika yang berlaku. Oleh itu, pengkaji meneliti secara kritikal kerangka perundangan teleperubatan di Malaysia dengan memfokuskan isu kecuaian perubatan, kerahsiaan pesakit, izin bermaklumat dan bidang kuasa. Ketiadaan garis panduan khusus dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang mewujudkan jurang perundangan yang berpotensi merisikokan pesakit dan pengamal perubatan, khususnya dalam perundangan maya. Melalui metodologi kualitatif dengan pendekatan perbandingan undang-undang, pengkaji menganalisis literatur daripada luar negara, iaitu Singapura dan Australia sebagai rujukan perbandingan. Pengkaji juga mencadangkan penambahbaikan terhadap kerangka perundangan dalam konteks teleperubatan di Malaysia, termasuklah pengemaskinian akta sedia ada, serta pewujudan peraturan khusus teleperubatan dan mekanisme penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi menjamin perkhidmatan kesihatan digital yang selamat, beretika dan mampan.
Kata kunci: Perkhidmatan kesihatan digital, etika, kecuaian perubatan, penjagaan kesihatan maya, teleperubatan, penambahbaikan undang-undang
Teks penuh: PD
Tarian Togok: Analisis Ragam Gerak dalam Joget Gamelan Melayu
The Togok dance constitutes an important repertoire within the Malay Joget Gamelan tradition, embodying the aesthetic sophistication and historical value in the heritage of the Malay royal court arts. This study deconstructs the Togok composition by Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA) group, employing choreographic theory as an analytical framework. Through a qualitative descriptive approach, the findings reveal that the Togok dance comprises two main categories of movement actions, namely basic movement actions and narrative movement variations. The analysis demonstrates that these movements are rigorously organised according to choreographic principles including continuity, variation, transition, climax, and unity to ensure aesthetic coherence. The visual documentation produced, together with descriptive explanations of each movement variation, is intended to function as a learning guide and academic reference for Malay dance practitioners and performance studies researchers in Malaysia. These findings contribute directly to the safeguarding of the Malay Joget Gamelan’s intangible cultural heritage, offering a robust model for arts education and the sustaining of Malay cultural identity.
Keywords: Togok, movement variations, Malay Joget Gamelan, cultural documentation, SUKTRA
Full text: PDF
Tarian Togok merupakan salah satu repertoir Joget Gamelan Melayu yang mempunyai nilai estetika dan sejarah yang tinggi dalam warisan kesenian istana Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, mendeskripsi dan menganalisis ragam gerak yang membentuk komposisi tarian Togok oleh kumpulan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUKTRA) dengan menggunakan pendekatan teori koreografi sebagai kerangka analisis. Melalui pendekatan kualitatif deskriptif, kajian ini menghasilkan dapatan yang menunjukkan bahawa tarian Togok terdiri daripada dua kategori utama aksi gerak, iaitu aksi gerak dasar dan aksi ragam inti cerita. Ragam-ragam tersebut dirangkai dengan cermat menurut prinsip-prinsip koreografi yang mencakupi kesinambungan, variasi, pengulangan, peralihan, perbandingan, klimaks dan keutuhan. Hasil dokumentasi visual bersama-sama penerangan deskriptif terhadap setiap ragam gerak ini diharapkan dapat berfungsi sebagai panduan pembelajaran dan rujukan akademik bagi para penggiat seni tari Melayu serta peneliti seni persembahan di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga menyumbang kepada usaha pelestarian warisan budaya tidak ketara, iaitu Joget Gamelan Melayu dalam konteks perkembangan seni persembahan kontemporari. Implikasi kajian ini mencakupi aspek pendokumentasian, pendidikan seni dan pemeliharaan identiti budaya Melayu bagi generasi masa hadapan.
Kata kunci: Togok, ragam gerak, Joget Gamelan Melayu, dokumentasi budaya, SUKTRA
Teks penuh: PDF
 
Penggunaan Video Parodi dalam Tuntutan Fitnah
In the digital era, the dissemination of information through social media occurs rapidly and is often beyond control. One phenomenon that raises concern is the spread of defamation in the form of parody videos. Although such content is often regarded as entertainment, it has the potential to cause serious implications for an individual’s reputation and social standing. This study is conducted to analyse the extent to which the use of parody videos containing defamatory elements may serve as a basis for defamation claims under the Malaysian legal framework. The study adopts a content analysis and doctrinal approach, with emphasis on the examination of legal documents, including the Defamation Act 1957, the Penal Code, the Communications and Multimedia Act 1998, as well as relevant court decisions. In addition, the study examines comparative defamation laws in several selected jurisdictions, namely Malaysia, Indonesia, and the United Kingdom. The findings of this study serve to clarify the scope of legal liability in relation to defamatory parody content, while also assessing the effectiveness of commonly invoked defences, such as justification and fair comment. Through this study, the researcher proposes improvements to the existing legal framework to ensure greater alignment with the needs and challenges posed by digital defamation in the context of social media.
Keywords: Defamatory videos, parody, social media, defamation claims, freedom of expression, tort of defamation
Full text: PDFPada era digital ini, penyebaran maklumat menerusi media sosial berlaku dengan pantasnya dan di luar kawalan. Satu daripada fenomena yang menimbulkan kebimbangan ialah penyebaran fitnah dalam bentuk video parodi. Walaupun sering dianggap sebagai hiburan, kandungan sedemikian berpotensi untuk menyebabkan implikasi serius terhadap reputasi dan kedudukan seseorang individu. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis tahap penggunaan video parodi yang mengandungi unsur fitnah dapat dijadikan asas bagi tindakan saman fitnah di bawah kerangka perundangan Malaysia. Pendekatan kajian ini melibatkan analisis kandungan dan doktrinal yang memberikan penekanan terhadap analisis dokumen perundangan, termasuklah Akta Fitnah 1957, Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta kes yang berkaitan yang telah diputuskan oleh mahkamah. Selain itu, pengkaji turut meneliti perbandingan perundangan fitnah di beberapa negara terpilih, khususnya Malaysia, Indonesia dan United Kingdom. Hasil kajian dapat memperincikan skop liabiliti undang-undang terhadap kandungan parodi berunsur fitnah, di samping menilai keberkesanan pembelaan yang lazimnya dikemukakan, seperti justifikasi dan ulasan yang adil. Menerusi kajian ini, pengkaji mengemukakan cadangan penambahbaikan terhadap rangka perundangan sedia ada agar lebih seiring dengan keperluan dan cabaran fitnah digital dalam media sosial.
Kata kunci: Video fitnah, parodi, media sosial, tuntutan fitnah, kebebasan bersuara, tort fitnah
Teks penuh: PD
Perbandingan Strategi Pembugaran Bahasa Melayu di Malaysia dan Pelestarian Bahasa Daerah di Indonesia
This study aims to explain the strategies employed in Malaysia and Indonesia to support the revitalisation of the Malay language and the preservation of regional languages, including the opportunities and challenges faced. Indigenous languages are regarded as important assets in upholding local heritage and culture, as well as serving as agents of national unity. However, in today’s era of globalisation and advanced technology, these languages face various serious threats, including the dominance of foreign languages and the limited integration of heritage languages into modern education systems and media. Furthermore, the rapid development of communication technology has accelerated changes in language use, which indirectly erodes the value and function of indigenous languages in daily life. This study is grounded in the question of how effective language revitalisation and preservation strategies can be implemented in the context of two closely related countries that share cultural and linguistic roots but differ in terms of policy and implementation. Therefore, it is crucial to examine how these indigenous languages can be preserved within an increasingly challenging social, political and technological landscape. Using a comparative research methodology, this study compares language revitalisation and preservation strategies in both regions to identify their similarities and differences. The findings indicate that such strategies involve multiple key sectors, including education, media and technology, government policies, cultural activities, and the use of the Malay language and regional languages in daily life, both at home and in the workplace. Family involvement is also identified as a crucial element in language preservation. This study highlights the need to empower the status of Malay language and regional languages through approaches such as digitalisation, the development of modern literature that appeals to younger generations, supporting native speakers as preservation agents, and integrating regional languages into school teaching materials. Keywords: Indigenous, Malay language, regional languages, preservation, threats, education Full text: PDFKajian ini bertujuan untuk menerangkan strategi yang digunakan di Malaysia dan Indonesia dalam menyokong pembugaran bahasa Melayu dan pelestarian bahasa daerah, termasuk peluang serta cabaran yang dihadapi. Bahasa peribumi dianggap sebagai aset penting dalam mengangkat warisan dan kebudayaan setempat, di samping berperanan sebagai agen perpaduan warga negara. Namun begitu, dalam era globalisasi dan teknologi kini, bahasa-bahasa ini berhadapan dengan pelbagai ancaman yang serius, termasuk dominasi bahasa asing dan kurangnya penyerapan bahasa warisan dalam sistem pendidikan dan media moden. Tambahan pula, perkembangan pesat teknologi komunikasi turut mempercepat perubahan penggunaan bahasa, yang secara tidak langsung menghakis nilai dan fungsi bahasa peribumi dalam kehidupan seharian. Kajian ini berpaksikan kepada persoalan bagaimana strategi pembugaran dan pelestarian bahasa yang efektif dapat dilaksanakan dalam konteks dua negara serumpun yang berkongsi akar budaya dan bahasa, namun berbeza dari sudut dasar dan pelaksanaan. Oleh itu, amatlah penting untuk diteliti bagaimana bahasa peribumi itu dapat dilestarikan dalam landskap sosial, politik dan teknologi yang semakin mencabar. Melalui metodologi kajian komparatif, penelitian ini membandingkan strategi pembugaran bahasa di kedua-dua wilayah untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaannya. Penemuan kajian menunjukkan bahawa strategi pembugaran bahasa melibatkan pelbagai sektor penting seperti pendidikan, media dan teknologi, dasar kerajaan, aktiviti budaya, serta penggunaan bahasa Melayu dan bahasa daerah dalam kehidupan seharian, termasuk di rumah dan di tempat kerja. Pelibatan keluarga juga dikenal pasti sebagai elemen penting dalam pembugaran bahasa. Kajian ini memberikan implikasi terhadap keperluan memperkasakan martabat bahasa Melayu dan bahasa daerah melalui pendekatan seperti digitalisasi, pembangunan literatur moden yang menarik generasi muda, menyokong penutur asli sebagai agen pelestari, serta mengintegrasikan bahasa daerah dalam bahan pengajaran di sekolah. Kata kunci: Peribumi, bahasa Melayu, bahasa daerah, pelestarian, ancaman, pendidikan
Teks penuh: PD
Analisis Peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan dari Perspektif Undang-undang Sivil
The enactment of the Kelantan Syariah Criminal Code Enactment (I) 2019 (SCCE 2019) represents an effort by the Kelantan State Government to enforce Syariah criminal law within the state. The introduction of 24 new provisions constitutes an initiative to codify offences categorised as immoral acts, while also fulfilling the objectives of Islamic law, namely the protection of the five dimensions of maqasid syariah, through the classification of offences under the Enactment notwithstanding the fact that such offences already exist within civil law. This paper analyses the provisions of SCCE 2019 from the perspective of civil law by adopting a qualitative approach through the analysis of relevant documents and existing statutory provisions in Malaysia. The data are analysed comparatively by examining the differences between the two legal frameworks. The findings indicate that several offences under SCCE 2019 overlap with existing laws such as sodomy, words intended to incite a breach of the peace, intercourse with non-human beings, destruction or desecration of places of worship, and acts that cause intoxication. Although these issues have been challenged in the Nik Elin case, this study serves as an important reference in the implementation of amendments to Syariah criminal offences at the state level, with the aim of avoiding disputes and jurisdictional conflicts between the Syariah courts and civil courts, as well as precluding future challenges to the offences provided for under the enactment.
Keywords: Syariah Criminal Code Enactment (I) 2019, provisions, syariah criminal law, civil law, legal overlap, jurisdiction
Full text: PDFPenggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 (EKJSK 2019) merupakan usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk menegakkan undang-undang jenayah syariah di negeri tersebut. Penambahan dua puluh empat peruntukan baharu ialah suatu usaha ke arah memperundangkan kesalahan yang dikategorikan sebagai maksiat, di samping untuk mencapai objektif kewujudan undang-undang Islam, iaitu untuk melindungi lima aspek maqasid syariah melalui pembahagian dalam enakmen ini walaupun kesalahan yang ada ini diperuntukkan dalam undang-undang sivil. Dalam makalah ini, pengkaji menganalisis peruntukan dalam EKJSK 2019 dari perspektif undang-undang sivil dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen yang berkaitan dan peruntukan undang-undang yang sedia ada di Malaysia. Data ini dianalisis secara perbandingan dengan melihat perbezaan antara kedua-dua undang-undang ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa kesalahan dalam EKJSK 2019 yang bertindih dengan undang-undang yang sedia ada, seperti liwat, kata untuk memecahkan keamanan, persetubuhan dengan bukan manusia, memusnahkan atau mancemarkan tempat ibadat dan apa-apa yang mengkhayalkan. Walaupun hal ini dicabar dalam kes Nik Elin, kajian ini penting sebagai rujukan dalam pelaksanaan pindaan kesalahan jenayah syariah pada peringkat negeri bagi mengelakkan pertikaian, konflik bidang kuasa antara mahkamah syariah dengan mahkamah sivil, serta menutup ruang bagi mana-mana pihak yang mencabar kesalahan yang diperuntukkan pada masa akan datang.
Kata kunci: Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, peruntukan, undang-undang jenayah syariah, undang-undang sivil, pertindihan undang-undang, bidang kuasa
Teks penuh: PD