Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Implikasi dan Cabaran Ratifikasi Malaysia Terhadap Triti WIPO mengenai Harta Intelek, Sumber Genetik dan Pengetahuan Tradisional yang Berkaitan
Issues concerning the protection of genetic resources and traditional knowledge have increasingly attracted attention in international intellectual property law, particularly following the adoption of the World Intellectual Property Organisation (WIPO) Treaty on Intellectual Property, Genetic Resources and Associated Traditional Knowledge (GRATK Treaty 2024). This treaty represents a significant achievement, as it mandates for the first time the disclosure of the origin of genetic resources and associated traditional knowledge in patent applications, in line with global efforts to curb biopiracy and to recognise the rights of Indigenous communities. As a mega-biodiverse country rich in traditional knowledge heritage, Malaysia has yet to ratify this treaty. Accordingly, this study evaluates the suitability and implications of ratification by examining gaps within the existing legal framework, including the Patents Act 1983, Copyright Act 1987, Trademarks Act 2019, Geographical Indications Act 2022, as well as national biodiversity policies. The study employs a qualitative document analysis methodology, encompassing treaty provisions, domestic legislation, policy reports, and international biopiracy case studies, such as those of neem, turmeric, basmati, and hoodia, which are comparatively analysed alongside local herbal resources, including tongkat ali and kacip fatimah. The findings indicate that ratification of the treaty has the potential to strengthen the protection of indigenous community rights, enhance alignment with international standards, and reinforce Malaysia’s geopolitical standing in global negotiations. Nevertheless, effective implementation would require legislative amendments, institutional capacity-building, the development of traditional knowledge databases, and the establishment of fair and equitable benefit-sharing mechanisms. Therefore, a comprehensive and inclusive implementation strategy is essential to ensure that Malaysia not only safeguards its biodiversity but also upholds the sovereignty of its traditional knowledge in the era of globalisation.
Keywords: Traditional knowledge, genetic resources, biopiracy, intellectual property, patent application, ratification
Full text: PDFIsu perlindungan sumber genetik dan pengetahuan tradisional makin mendapat perhatian dalam perundangan harta intelek antarabangsa, khususnya selepas penggubalan Perjanjian Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) mengenai Harta Intelek, Sumber Genetik dan Pengetahuan Tradisional yang Berkaitan (GRATK 2024). Perjanjian ini merupakan pencapaian penting kerana buat pertama kalinya mekanisme pendedahan asal usul sumber genetik dan pengetahuan tradisional diwajibkan dalam permohonan paten, selaras dengan usaha global bagi membendung biopencerobohan dan mengiktiraf hak komuniti adat. Sebagai negara mega biodiversiti yang kaya dengan warisan pengetahuan tradisional, Malaysia masih belum meratifikasikan triti ini. Oleh itu, pengkaji menilai kesesuaian dan implikasi ratifikasi dengan meneliti jurang dalam rangka undang-undang sedia ada, seperti Akta Paten 1983, Akta Hak Cipta 1987, akta Cap Dagangan 2019, Akta Petunjuk Geografi 2022, serta dasar biodiversiti negara. Metodologi yang digunakan ialah analisis dokumen kualitatif yang meliputi teks perjanjian, undang-undang domestik, laporan dasar dan kajian kes pencerobohan bioantarabangsa, seperti neem, kunyit, basmati dan hoodia, yang dibandingkan dengan herba tempatan, seperti tongkat ali dan kacip fatimah. Dapatan menunjukkan bahawa ratifikasi triti ini mampu memperkukuh perlindungan hak komuniti adat, meningkatkan keselarasan dengan piawaian antarabangsa dan mengukuhkan kedudukan geopolitik Malaysia dalam rundingan global. Namun begitu, pelaksanaannya memerlukan pindaan undang-undang, pengukuhan kapasiti institusi, pembangunan pangkalan data pengetahuan tradisional, serta mekanisme perkongsian manfaat yang adil dan saksama. Oleh itu, satu strategi pelaksanaan yang menyeluruh dan inklusif amat penting bagi memastikan Malaysia bukan sahaja melindungi biodiversitinya, tetapi turut mempertahankan kedaulatan pengetahuan warisan pada era globalisasi.
Kata kunci: Pengetahuan tradisional, sumber genetik, biopencerobohan, harta intelek, permohonan paten, ratifikasi
Teks penuh: PD
Pengaruh Islam terhadap Adat Masyarakat Bajau Kota Marudu: Analisis Perubahan Amalan Sosiobudaya dan Sosioekonomi
Local community customs serve as a crucial component of social identity that forms the foundation of cultural life, contributing to societal well-being and harmony. However, not all traditional customs align with the true teachings of Islam. Nevertheless, the dynamic and systematic development of Islam has brought about significant changes, shaping the cultural practices of the Bajau community in Kota Marudu. This study aims to examine the influence of Islam on the local customs among the Bajau community in Kota Marudu by analysing the changes in both sociocultural and socioeconomic practices. Using a qualitative case study approach, data were collected through interviews, as well as direct and indirect observations. The findings indicate that a deeper understanding and internalisation of Islamic teachings have triggered notable changes, significantly impacting the community’s sociocultural dynamics and socioeconomic development. Islam now plays a dominant role in determining the presence, position, and practice of local customs within the Bajau community of Kota Marudu. The implications of this study highlight the transformative role of Islam in the evolving social fabric of the Bajau community. Practically, it fosters greater peace, prosperity, and communal harmony by embedding Islamic values within local cultural customs.
Keywords: The influence of Islam, local customs, Bajau, Kota Marudu, sociocultural and socioeconomic changes
Full text: PDF
Adat masyarakat tempatan merupakan suatu identiti sosial yang menjadi landasan kepada pembentukan budaya kehidupan membentuk kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat. Namun demikian, tidak semua adat warisan temurun itu berada di landasan Islam sebenar. Dinamika perkembangan Islam yang berlaku secara sistematik menyebabkan perubahan signifikan kesan fahaman Islam yang membentuk amalan adat budaya masyarakat Bajau. Maka dengan itu, kajian pengaruh Islam terhadap adat tempatan masyarakat Bajau Kota Marudu: Analisis perubahan amalan sosiobudaya dan sosioekonomi. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan secara kajian kes. Proses kutipan data dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian langsung dan tidak langsung. Peningkatan pemahaman dan kefahaman terhadap Islam membawa perubahan demi perubahan yang memberikan kesan signifikan terhadap perkembangan sosiobudaya dan sosioekonomi masyarakat setempat. Hal ini menunjukkan Islam mempunyai pengaruh yang dominan dalam menentukan keberadaan dan kedudukan dalam amalan sesebuah adat masyarakat Bajau Kota Marudu secara keseluruhannya. Implikasi kajian ini memberikan kesan terhadap perkembangan budaya sosial masyarakat Bajau yang kompleks dan secara praktikalnya akan meningkatkan keamanan, kesejahteraan dan kedamaian kerana menyerlahkan nilai-nilai Islam dalam pengamalan adat budaya tempatan.
Kata kunci: Pengaruh Islam, adat tempatan, Bajau, Kota Marudu, perubahan amalan sosiobudaya dan sosioekonomi
Teks penuh: PDF
 
Bandingan Penyair Yahya M.S dan Suhaimi Haji Muhammad: Hablun Minallah dalam Berdakwah
Yahya M.S. is a prolific Bruneian religious poet who has produced numerous poems addressing various universal issues. In Malaysia, a comparable prolific religious poet is Suhaimi Haji Muhammad. In the early stages of their literary careers, both poets were known for producing abstract poetry. Over time, they adopted a more accessible approach to their audiences. However, Suhaimi Haji Muhammad continues to maintain a linguistic style that is relatively challenging to comprehend. Despite their elevated poetic styles, both poets actively explore religious themes. Clearly, Yahya M.S. and Suhaimi Haji Muhammad use literary discourse as a medium for preaching. This indirect mode of religious expression reflects the concepts of hablun minallah (the relationship between humans and Allah) and hablun minannas (relationships among human beings). Nevertheless, this study focuses specifically on poems themed around hablun minallah. Therefore, this research compares the poems of Yahya M.S. and Suhaimi Haji Muhammad to examine their respective poetic styles in conveying religious messages. Although both poets have opened avenues for audiences to better understand their poetry, Suhaimi Haji Muhammad still retains a language style that is difficult to interpret.
Keywords: Comparison, dakwah, hablun minallah, poet, Yahya M.S., Suhaimi Haji Muhammad
Full text: PDF
Yahya M.S. merupakan penyair prolifik agamawan Brunei yang banyak menghasilkan puisi dan mengemukan pelbagai isu yang universal. Di Malaysia, penyair prolifik agamawan yang boleh dipadankan ialah Suhaimi Haji Muhammad. Pada awal pelibatan, kedua-dua penyair tersebut memang terkenal dengan sajak-sajak abstrak. Kemudian, kedua-dua penyair memberikan keterbukaan kepada khalayaknya. Walau bagaimanapun, Suhaimi Haji Muhammad masih kental dengan gaya bahasanya yang sukar difahami. Di sebalik gaya penyairan yang tinggi, kedua-dua penyair ini juga aktif mengemukakan tema keagamaan. Ternyata, Yahya M.S dan Suhaimi Haji Muhammad menggunakan wacana sastera ini sebagai wadah untuk berdakwah. Dakwah yang disampaikan secara tidak langsung mencerminkan hablun minallah (hubungan dengan Allah) dan hablun minannas (hubungan sesama manusia). Walau bagaimanapun, kajian ini berfokuskan kepada puisi-puisi yang bertemakan hablun minallah. Oleh itu, kajian ini akan membandingkan puisi-puisi Yahya M.S. dan Suhaimi Haji Muhammad untuk mengupas gaya penyairan masing-masing dalam berdakwah. Sungguhpun kedua-dua penyair telah memberikan keterbukaan kepada khalayak dalam memahami puisi yang dihasilkan, namun Suhaimi Haji Muhammad masih kental dengan gaya bahasanya yang sukar difahami.
Kata kunci: Bandingan, dakwah, hablun minallah, penyair, Yahya M.S, Suhaimi Haji Muhammad
Teks penuh: PDF
 
Daripada Permusuhan kepada Perdamaian: Menelusuri Sikap Syed Sheikh al-Hadi terhadap Penjajah melalui Analisis al-Imam dan al-Ikhwan
Syed Sheikh al-Hadi (1867–1934) is a central figure in the study of Islamic reformism in the Malay world. To propagate his ideas, he established three journals: al-Imam (1906–1908), al-Ikhwan (1926–1931) and Saudara (1928–1941). Among these, al-Imam has been the most extensively studied, while al-Ikhwan remains significantly overlooked as a primary source for understanding al-Hadi’s thoughts. This neglect disregards critical insights into potential shifts and developments in his ideas, especially since al-Ikhwan was published nearly two decades after al-Imam ceased publication. Specifically, this gap has led to unsatisfactory conclusions regarding al-Hadi’s attitude towards the British colonisers. Without accounting for any shift that had taken place over the decades, several existing studies either depict al-Hadi as fervently and consistently anti-colonial or conclude otherwise, directly contradicting each other. Through a textual analysis of al-Ikhwan and comparison with his earlier writings in al-Imam, this paper argues that a significant shift in his stance towards the colonisers had occurred from hostility in al-Imam to conciliation in al-Ikhwan. Using a socio-historical analysis, it further demonstrates that this shift can be explained by the differing contexts in which al-Hadi was writing for each periodical. This highlights al-Hadi’s critical approach to reform—one that was not merely an imitation of prominent reformists elsewhere, but firmly grounded in the circumstances he faced.
Full text: PDFSheikh al-Hadi (1867-1934) merupakan tokoh terkemuka dalam wacana gerakan reformisme di Alam Melayu. Antara usaha dalam menyebarkan gagasannya termasuklah penubuhan tiga jurnal: al-Imam (1906-1908), al-Ikhwan (1926- 1931) dan Saudara (1928-1941). Antara ketiga-tiga jurnal ini, al-Imam menjadi sumber kajian utama manakala al-Ikhwan kekal sebagai sumber yang terus terpinggir dalam usaha mengenal pasti pemikiran al-Hadi. Pengecualian jurnal ini menutup ruang dalam mengenal pasti perkembangan serta perubahan dalam cara pemikirannya, apatah lagi memandangkan al-Ikhwan diterbitkan hampir dua dekad selepas al-Imam dihentikan. Hal ini telah menimbulkan kesimpulan yang kurang memuaskan berkenaan sikap al-Hadi terhadap kuasa kolonial. Tanpa mengambil kira sebarang perubahan yang mungkin berlaku dalam tempoh dua dekad tersebut, beberapa kajian menyimpulkan bahawa al-Hadi menentang kolonialisme secara konsisten manakala kajian-kajian lain pula menyimpulkan sebaliknya, lantas menimbulkan percanggahan yang ketara antara kedua-dua kesimpulan ini. Menerusi kaedah analisis tekstual terhadap al-Ikhwan serta perbandingan dengan tulisan awalnya dalam al-Imam, makalah ini mengetengahkan bahawa terdapat peralihan yang ketara dalam pendirian al-Hadi terhadap kuasa kolonial: awalnya bersikap membantah dalam al-Imam lalu kemudiannya berdamai dalam al-Ikhwan. Melalui analisis sosiosejarah, makalah ini turut berusaha menjelaskan peralihan ini dengan meneliti perbezaan konteks yang melatari penulisan al-Hadi bagi kedua-dua jurnal tersebut. Hal ini menonjolkan pendekatan kritis al-Hadi terhadap usaha reformisme—suatu pendekatan yang bukan sekadar meniru mahupun mengimport gagasan tokohtokoh reformis asing, melainkan berlandaskan keadaan dan cabaran yang beliau hadapi sendiri.
Teks penuh: PD
Analisis Metafora Konseptual dalam Sitkom Komedi Melayu
Comedy sitcoms incorporate humour that elicits amusement among audiences through spoken language and physical gestures. However, the humour often leads to misinterpretations, making it difficult for the audience to grasp the underlying meaning of the performance. This is because humour typically contains implied meanings and metaphors. From a cognitive linguistic perspective, conceptual metaphors serve to express abstract ideas or to elucidate complex concepts. Nevertheless, the abstract nature and complexity of such concepts often result in misinterpretation. This study analyses the conceptual metaphors used in the Malay comedy sitcom Sepahtu Reunion Live 2022 by applying the hybrid theory. Employing a qualitative content analysis approach, data were obtained via the online streaming platform Sooka TV (https://www.sookatv.com/), comprising nine episodes of Sepahtu Reunion Live 2022 aired between June 2022 and October 2022. Findings reveal that conceptual metaphors used by the performers (comedians) serve to conceptualise abstract and implicit entities in order to explain complex ideas. These include concepts of EMOTION, LOVE, AFFECTION, LIFE, DEATH, HUMAN TRAITS AND BEHAVIOURS, and MORAL VALUES. Although presented in humorous form, these complex concepts reveal the power of humour not merely as comic relief but as a medium capable of altering attitudes, perceptions, and beliefs. Ultimately, such humour has the potential to elicit meaningful and positive psychological responses.
Keywords: Cognitive linguistics, metaphors, conceptual metaphor, hybrid theory, Malay comedy sitcom, Sepahtu Reunion
Full text: PDFSitkom komedi mengandungi humor yang mampu membangkitkan rasa geli hati dalam kalangan individu yang mendengar dan melihatnya menerusi bahasa yang dituturkan dan gerak-geri yang dipersembahkan. Humor yang disampaikan dapat menyebabkan penyalahtafsiran makna sehingga menyukarkan pendengar untuk menyingkap makna sebenar sesebuah persembahan. Hal ini dikatakan demikian kerana humor mengandungi makna tersirat dan mengandungi metafora. Dari perspektif linguistik kognitif, metafora konseptual berfungsi untuk menyampaikan sesuatu yang bersifat abstrak atau menjelaskan sesuatu konsep yang kompleks. Namun begitu, unsur abstrak dan konsep yang kompleks ini mengandungi makna implisit yang menyebabkan berlakunya penyalahtafsiran makna. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis unsur metafora konseptual yang digunakan dalam sitkom komedi Sepahtu Reunion Live 2022 dengan mengaplikasikan teori hibrid. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah analisis kandungan. Data dicapai menerusi platform penstriman atas talian Sooka TV di https://www.sookatv.com/. Sembilan episod sitkom komedi Sepahtu Reunion Live 2022 bermula dari bulan Jun 2022 hingga Oktober 2022 telah dimanfaatkan. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan metafora konseptual yang disampaikan oleh penutur (pelawak) itu mengkonsepsikan entiti yang abstrak dan implisit untuk menjelaskan sesuatu konsep yang kompleks. Antaranya termasuklah konsep EMOSI, CINTA, KASIH SAYANG, KEHIDUPAN, KEMATIAN, SIKAP dan SIFAT MANUSIA, serta NILAI MURNI. Walaupun disampaikan dalam bentuk humor, konsep yang kompleks ini memperlihatkan kuasa humor yang bukan sahaja mampu berperanan sebagai unsur lawak semata-mata, namun mampu mengubah sikap, persepsi dan tanggapan manusia terhadap sesuatu, mewujudkan kesan yang lebih mendalam dan kreatif, dan yang paling utama, humor ini mampu memberikan kesan dan tindak balas yang baik dan positif terhadap psikologi manusia.
Kata kunci: Linguistik kognitif, metafora, metafora konseptual, teori hibrid, sitkom komedi Melayu, Sepahtu Reunion
Teks penuh: PD
Tipologi Toponimi Bahasa Melayu di Bengkalis
Toponymy is a field that examines place names, such as streets, villages, districts, cities, and states. The naming of places is typically associated with geographical or topographic features. This study focuses on place names found in Bengkalis, an island located in the Riau province. It aims to explore the resilience and continuity of the Malay language through the place names in Bengkalis. The toponymic analysis is conducted using linguistic typology, which classifies languages based on structural features found in place names. Data were collected using extensive methods, including the use of maps and fieldwork, by photographing and recording the names of shops, streets, mosques, and villages in both urban and rural areas of Bengkalis. The photography was guided by coordinates obtained from Google Maps. Findings show that the place names in Bengkalis are characterized by agglutinative language features, including single-word forms (Pusara, Bhakti), complex forms (Mekar Jaya, Harian Makmur), derivatives (Al-Muslihin, Desa Penebal), and compound words (Jl. Putra Jaya, Desa Sukamaju). Some mosque names are in Arabic, whereas names of streets, alleys, and shops tend to use Malay names, alongside Javanese and Chinese. This suggests that the Malay language is predominantly used in place naming, serving as an indicator of Malay identity in Bengkalis.
Keywords: Toponymy, Bengkalis, typology, agglutinative, Malay, identity
Full text: PDFToponimi merupakan suatu bidang yang mengkaji nama tempat, misalnya nama jalan, kampung, daerah, bandar dan negeri. Proses penamaan tempat lazimnya berkait dengan nama geografi atau topografi. Kajian ini tertumpu pada nama tempat yang terdapat di Bengkalis, iaitu sebuah pulau yang terletak di provinsi Riau. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui ketahanan atau kelangsungan bahasa Melayu melalui nama tempat di Bengkalis. Analisis toponimi dilakukan secara tipologi linguistik, iaitu pengklasifikasian bahasa berdasarkan ciri struktural yang terdapat pada nama sesuatu tempat. Data kajian dikumpulkan menggunakan kaedah ekstensif, iaitu penggunaan peta dan pengutipan data di lapangan dengan cara mengambil foto dan mencatat nama kedai, jalan, masjid dan kampung di kawasan urban dan rural Bengkalis. Proses pengambilan foto dilakukan berdasarkan titik kordinat yang terdapat pada Google Maps. Hasil kajian menunjukkan bahawa nama tempat di Bengkalis memperlihatkan ciri bahasa aglutinatif, iaitu menggunakan bentuk kata tunggal (Pusara, Bhakti), kompleks (Mekar Jaya, Harian Makmur), derivatif (Al-Muslihin, Desa Penebal) dan kata majmuk (Jl. Putra Jaya, Desa Sukamaju). Sebahagian nama masjid menggunakan bahasa Arab, sementara nama jalan, lorong dan toko cenderung menggunakan bahasa Melayu, selain bahasa Jawa dan bahasa Cina. Hal ini memberikan gambaran bahawa bahasa Melayu dominan digunakan untuk pelbagai nama tempat sebagai satu cara petunjuk identiti kemelayuan di Bengkalis.
Kata kunci: Toponimi, Bengkalis, tipologi, aglutinatif, Melayu, identiti
Teks penuh: PD
Daripada Tradisi Lisan kepada Persembahan Populis: Muhammad Sanusi Md Nor dan Pentafsiran Semula Penglipur Lara Melayu dalam Budaya Politik Malaysia Kontemporari
This article examines the transformation of Malay oral tradition in contemporary Malaysian politics by reading the persona and rhetoric of Muhammad Sanusi Md Nor, the Chief Minister of Kedah, through the lens of the penglipur lara, or traditional storyteller, moralist, and social critic in Malay literary culture. The study argues that Sanusi embodies a post-traditional form of oral performativity that reanimates the aesthetics of storytelling, humour, and satire as instruments of populist communication. Methodologically, the study adopts a qualitative and interpretive approach grounded in cultural hermeneutics and performance analysis, drawing on transcribed speeches, media reports, and viral digital clips of Sanusi’s public appearances between 2020 and 2024. Through close reading of his idiomatic Kedahan speech, parables, and jocular self-fashioning, the article analyses how these oral performances function as semiotic tools that normalise political power through familiarity and nostalgia, and how their digital circulation intensifies their affective and populist impact. The analysis shows that by appropriating the voice, idiom, and affective intimacy of the penglipur lara, Sanusi performs a culturally embedded populism that resonates deeply with the Malay subaltern imagination, allowing him to bridge political authority and everyday sentimentality. The penglipur lara thus survives as a hybrid cultural form that is recontextualised through digital media and political populism, where folklore aesthetics become modes of persuasion, dissent, and self-legitimation. This article contributes empirically by offering a focused case study of Sanusi as a modern penglipur lara, and theoretically by extending debates on populism, performance, and Malay literary studies beyond Eurocentric models of political style. It advances a decolonisation reading of Malay culture by reasserting the epistemic vitality of oral tradition in interpreting modern political discourse and proposes “literature” not as static textuality, but as an evolving cultural performance that continues to shape collective imagination and political affect in the Malay world. By tracing this convergence between narrative, performance, and populist rhetoric, the article reveals how the penglipur lara persists as both memory and method in the making of Malaysia’s contemporary political culture.
Keywords: Orality, populism, decolonisation, hybrid, aesthetics, Muhammad Sanusi Md Nor
Full text: PDFArtikel ini meneliti transformasi tradisi lisan Melayu dalam politik Malaysia kontemporari dengan mentafsir persona dan retorik Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, melalui lensa penglipur lara, iaitu pencerita, moralis dan pengkritik sosial tradisional dalam budaya kesusasteraan Melayu. Kajian ini berhujah bahawa Sanusi mewakili satu bentuk performatif lisan pascatradisional yang menghidupkan kembali estetika penceritaan, humor dan sindiran sebagai alat komunikasi populis. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan interpretif berasaskan hermeneutik budaya dan analisis persembahan, dengan menumpukan kepada transkrip ucapan, laporan media dan video ucapan tular melibatkan penampilan awam Sanusi antara tahun 2020 hingga tahun 2024. Melalui pembacaan mendalam terhadap penggunaan dialek Kedah oleh beliau, perumpamaan yang digunakannya, dan gaya perwatakannya yang berseloroh, artikel ini menganalisis keupayaan performatif lisan yang berfungsi sebagai alat semiotik yang menormalkan kuasa politik melalui unsur keakraban dan nostalgia, serta kekuatan edaran digitalnya yang mengukuhkan lagi kesan afektif dan populis tersebut. Analisis menunjukkan bahawa dengan mempergunakan suara, idiom dan keintiman afektif penglipur lara, Sanusi mempersembahkan satu bentuk populisme berakar budaya yang bergema kuat dalam imaginasi subaltern Melayu, membolehkannya merapatkan jurang antara autoriti politik dengan sentimentaliti kehidupan seharian. Dengan demikian, penglipur lara terus bertahan sebagai satu bentuk budaya hibrid yang disesuaikan mengikut konteks melalui media digital dan populisme politik, yang mana estetika folklor menjadi medium pujukan, bantahan dan legitimat(pengesahan) diri. Makalah ini menyumbang secara empirikal melalui kajian kes yang memfokuskan Sanusi sebagai penglipur lara moden, dan secara teori dengan mengembangkan perbahasan tentang populisme, persembahan dan kesusasteraan Melayu melangkaui model gaya politik berpusatkan Eropah. Kajian ini mengemukakan pembacaan penyahjajahan terhadap budaya Melayu dengan menegaskan semula vitaliti epistemi tradisi lisan untuk mentafsir wacana politik moden, serta mengusulkan bahawa “sastera” bukanlah sebagai tekstualiti yang statik, tetapi sebagai satu bentuk persembahan budaya yang sentiasa berkembang dan terus membentuk imaginasi kolektif, serta afek politik dalam dunia Melayu. Dengan menelusuri pertindihan antara naratif, persembahan dan retorik populis, artikel ini memperlihatkan penglipur lara terus wujud sebagai ingatan dan kaedah dalam pembentukan budaya politik Malaysia kontemporari.
Kata kunci: Kelisanan, populisme, penyahjajahan, hibrid, estetika, Muhammad Sanusi Md Nor
Teks penuh: PD
Evolusi Undang-undang Tanah Adat di Negeri Sembilan
Land law in Malaysia is based on the Torrens System, where registration serves as the core principle that grants indisputable ownership rights over the land. Generally, the National Land Code [Act 828] governs the process of land ownership and registration, ensuring that ownership is secure and cannot be challenged by any party. This ownership covers all types of land within state boundaries. Negeri Sembilan, which practises the Adat Perpatih system, is also subject to Act 828. However, Section 4(2) of Act 828 recognises inherited laws that remain relevant to local community. The Adat Perpatih legal system is accepted as a land law still practised in Negeri Sembilan, preserving both its customary legal system and administration of Customary Land. The administration of Customary Land is based on oral law upheld by the Dato’ Lembaga and has also been codified under the Customary Tenure Enactment 1948 (CTE). For transactions involving Customary Land, the CTE provides that approval must be given by the Dato’ Lembaga. However, there is no explicit provision on how this approval is to be given and no clear terms for land development, such as stated in Act 828. When there are no clear provisions related to land development and transaction processes, it becomes difficult for the owners of Customary Land to develop the land and gain benefits from such ownership.
Keywords: Registration, indisputable ownership, Adat Perpatih law, transactions, land development
Full text: PDFUndang-undang tanah di Malaysia digubal berasaskan sistem Torrens yang pendaftaran ialah prinsip utama yang memberikan hak kepemilikan terhadap tanah yang tidak boleh disangkal. Secara umumnya, Kanun Tanah Negara [Akta 828] memperuntukkan proses pemberian milikan dan pendaftaran hak milik kepada tuan tanah supaya hak milik tersebut tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak. Pemilikan ini meliputi semua jenis tanah di sempadan negeri. Negeri Sembilan yang mengamalkan sistem Adat Perpatih juga tertakluk pada Akta 828. Walaupun begitu, Seksyen 4(2) Akta 828 mengiktiraf undang-undang yang dipusakai dan undang-undang tersebut masih relevan bagi masyarakat setempat. Undang-undang Adat Perpatih diterima sebagai undang-undang tanah yang masih diamalkan di Negeri Sembilan yang masih mengekalkan sistem perundangan dan sistem pentadbiran tanah adat. Pentadbiran tanah adat berasaskan undang-undang lisan melalui Datuk Lembaga dikanunkan di bawah Enakmen Tanah Adat 1948 (CTE). Untuk urus niaga tanah adat, CTE memperuntukan persetujuan yang perlu diberikan oleh Dato’ Lembaga. Namun begitu, tiada peruntukan jelas tentang cara persetujuan ini diberikan dan tiada istilah yang jelas untuk pembangunan tanah seperti yang dinyatakan dalam Akta 828. Apabila tiada peruntukan yang jelas berkaitan dengan pembangunan tanah dan proses urus niaga, pemilik tanah adat sukar untuk memajukan tanah adat dan mendapat hasil daripada pemilikan tersebut.
Kata kunci: Pendaftaran, hak milik yang tidak boleh disangkal, pembangunan tanah undang-undang Adat Perpatih, urus niaga
Teks penuh: PD
Mengharmonikan Tradisi dan Kemodenan: Evolusi dan Kepentingan Budaya Dikir Barat di Singapura
This paper explores the evolution and cultural significance of dikir barat in Singapore, a traditional Malay choral performance art that has become a symbol of Malay cultural identity in the region. The dikir barat, which originated from the Pattani region, is now known as a significant cultural arts practice within the Malay community in Singapore. The art form of dikir barat serves as a form of entertainment and a medium for cultural expression. Through a qualitative research approach, including in-depth interviews and video transcriptions, this study traces the historical journey of dikir barat, exploring its transformation from a traditional practice to a modern-day symbol of cultural heritage in Singapore. The research highlights dikir barat as a form of cultural capital, symbolizing the collective memory, social norms, and intrinsic values of the Singapore Malay community. This paper also examines the adaptation of the art form to contemporary contexts, incorporating modern elements while preserving its traditional essence. This adaptation has allowed dikir barat to remain relevant and appealing to younger generations, ensuring its continuity amidst the modernising society of Singapore. The findings underscore the crucial role of dikir barat in fostering cultural continuity, social cohesion, and a sense of identity within Singapore’s Malay community. The paper concludes by discussing the broader implications for cultural preservation, emphasizing the need for sustained efforts to maintain and promote dikir barat as a vibrant and integral part of Singapore’s Malay heritage, capable of resonating with both current and future generations.
Full text: PDFMakalah ini mengkaji evolusi dan kepentingan budaya dikir barat di Singapura, yang merupakan sebuah seni persembahan tradisional Melayu yang telah menjadi lambang identiti budaya Melayu di rantau ini. Berasal dari wilayah Pattani, dikir barat kini dikenali sebagai amalan kesenian budaya yang penting dalam masyarakat Melayu di Singapura. Seni dikir barat berfungsi sebagai hiburan dan juga sebagai wadah untuk penyebaran budaya. Melalui pendekatan penyelidikan kualitatif, termasuk wawancara mendalam dan transkripsi video, kajian ini menelusuri perjalanan sejarah dikir barat dengan meneroka transformasinya daripada amalan tradisional kepada simbol warisan budaya moden di Singapura. Penyelidikan ini menonjolkan dikir barat sebagai bentuk modal budaya, yang merangkumi memori kolektif, norma sosial dan nilai intrinsik kepada komuniti Melayu. Makalah ini mengkaji bagaimana seni ini telah diadaptasi dengan konteks kontemporari, menggabungkan elemen moden sambil mengekalkan inti pati tradisinya. Adaptasi ini telah membolehkan dikir barat untuk kekal relevan dan menarik kepada generasi muda, memastikan kesinambungannya dalam kalangan masyarakat Singapura yang pesat membangun. Dapatan kajian menekankan peranan penting dikir barat dalam memupuk kesinambungan budaya, perpaduan sosial dan identiti dalam masyarakat Melayu Singapura. Makalah ini merumuskan implikasi yang lebih luas untuk pemeliharaan budaya, menekankan keperluan untuk usaha berterusan dalam mengekalkan dan mempromosikan dikir barat sebagai sebahagian daripada warisan Melayu Singapura yang dinamik, penting serta mampu menarik perhatian generasi semasa dan generasi akan datang.
Teks penuh: PD
Ujaran Benci, Ujaran Tidak Sopan dan Akal Budi Melayu
The term "hate speech" is closely associated with social media. Any utterances disseminated with the intent to incite, promote, or justify hatred between races, xenophobia, or anything containing hateful expressions is categorised as hate speech. Hate speech can cause harm to individuals and society. Research on hate speech still limited and has room for exploration. This study aims to examine whether social media posts in Malaysia reach the level of hate speech or remain merely as impolite expressions. Furthermore, the researcher explores the relationship between such expressions and the Malay concept of akal budi (wisdom and moral sense). Data were collected from Instagram users over a three-month period. Analysis was based on Relevance theory, specifically Cross-Referencing Framework (RRS), followed by contextual information highlighting the seriousness of hate speech. Words and phrases such as "walaun", "madanon", and "type C" are often used. While not overtly hateful, these terms do carry hateful connotations upon closer analysis, but their severity leans more toward impolite speech. These utterances were then mapped onto metaphors related to the senses of mouth and ear. For example, "talk too much" and "in one ear and out the other" illustrate the harm of hate speech if left unchecked. This study open avenues for further research on human communication on social media and its relation to the Malay mind. It also demonstrates that the link between hate speech and the senses has long existed and remain relevant today.
Keywords: Hate speech, metaphor, social media, impolite speech, Instagram, Malay moral philosophy
Full text: PDFIstilah ujaran benci sangat sinonim dengan media sosial. Mana-mana ujaran yang disebar dengan tujuan menghasut, mempromosikan atau mewajarkan perasaan benci antara kaum, xenofobia atau apa-apa sahaja ungkapan berbaur benci dikategorikan sebagai ujaran benci. Ujaran benci dapat mencetuskan kemudaratan kepada individu dan masyarakat. Kajian ujaran benci masih tidak banyak dilakukan dan masih mempunyai ruang untuk diselidiki. Kajian ini bertujuan untuk mengupas sama ada hantaran dalam media sosial di Malaysia mencapai tahap ujaran benci atau terhenti setakat ujaran tidak sopan. Seterusnya, pengkaji menghuraikan hubungan antara ujaran ini dengan akal budi Melayu. Data ujaran benci diambil daripada pengguna Instagram dalam julat penggunaan tiga bulan. Analisis berdasarkan Teori Relevans, khususnya Rangka Rujuk Silang (RRS), diikuti oleh maklumat berkonteks menyerlahkan keseriusan ujaran benci ini. Kata dan frasa, seperti “walaun”, “madanon”, dan “type C” kerap muncul. Meskipun tidak secara ketara menggambarkan kebencian, kata dan frasa tersebut memang membawa makna tersebut setelah dikupas, tetapi darjah keseriusannya lebih kepada ujaran tidak sopan. Ujaran ini kemudiannya dipetakan kepada metafora yang berkaitan dengan deria mulut dan telinga. Contohnya, “banyak mulut”, dan “masuk telinga kanan keluar telinga kiri” menunjukkan kemudaratan daripada ujaran benci jika tidak dikawal. Kajian ini membuka ruang kepada kajian komunikasi antara manusia dalam media sosial dan hubungan dengan akal budi Melayu. Kajian ini juga membuktikan bahawa hubungan antara ujaran benci dengan deria telah wujud sejak dahulu lagi dan hubungannya masih relevan pada hari ini.
Kata kunci: Ujaran benci, metafora, media sosial, ujaran tidak sopan, Instagram, akal budi Melayu
Teks penuh: PD