Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Komponen-komponen komunikatif dalam karangan bahasa Melayu sekolah menengah
This article reports the findings of an exploratory study on the communicative competence of secondary school Malay essays. The main purpose of the study was to identify the communicative components in essays (performance) i.e. an anthentic form to evaluate the communicative competence. The study applied Hyme's communicative idea to evaluate writing proficiency through a communicative and a discourse model. Research data were gathered from three types of essay namely explanatory, persuasive, and expressive. Factor analysis was used to analyze the data. The study showed the presence of grammar, discourse and, sociolinguistics components in all the three types of essay. Each component is made up of a number of subcomponents which are the modification of the communicative model used. Grammar was the principle components for all types of essay. Jn explanatory and persuasive essays the arrangement of variants are; grammar; discourse and; sociolinguistics. As for expressive essay the arrangement is grammar; sociolinguistics and; discourse.Makalah ini melaporkan hasil kajian penerokaan kecekapan komunikatif dalam karangan bahasa Melayu peringkat sekolah menengah. Secara khusus, kajian bertujuan untuk mengenal pasti komponen-komponen komunikatif dalam karangan (perlakuan), iaitu bentuk autentik bagi menilai kecekapan komunikatif. Kajian ini menerapkan idea komunikatif Hymes dalam penaksiran kefasihan berbahasa, khususnya kefasihan mengarang melalui penggunaan sebuah model komunikatif dan sebuah model wacana. Data kajian dikumpul melalaui sampel tiga jenis karangan, iaitu penerangan, pemujukan, dan pelahiran. Statistik analisis faktor digunakan untuk menganalisis data. Kajian telah menunjukkan kehadiran komponen sosiolinguistik, wacana, dan tatabahasa dalam ketiga-tiga jenis karangan. Setiap komponen mempunyai subkomponen-subkomponennya sendiri yang memperlihatkan penyesuaian model komunikatif yang digunakan. Tatabahasa merupakan varian utama kecekapan komunikatif dalam ketiga-tiga jenis karangan. Dalam karangan penerangan dan pemujukan, susunan variannya ialah tatabahasa, wacana, dan sosiolinguistik. Sebaliknya, dalam karangan pelahiran susunan variannya ialah tatabahasa, sosiolinguistik, dan wacana
Perkataan maka dan wacana sebelum abad ke-20
The presence of so many words maka in texts written in Jawi character of the pre 20th period has been regarded as simply due to the fact the absence of punctuation marks in the respective character. There is no period and comma. There is no capital letter. It is expressed by A. Samad Ahmad (1979) and Virginia Matheson (1982) as I quote it in this article. The present discussion sees another possibility, rejecting the idea that maka is simply a substitute for some punctuation marks. There are two discourses with almost the same content, but they are different from each other in terms of context, the narrative and the non-narrative one. I only find maka in the narrative contexts, not in the non-narrative one. I then conclude there is a relationship between maka and the narrative context. One has to use maka if there is a necessity to connect an event in a particular (part of) sentence to that of the previous one - sometimes it may also have as well the causal element. As a non-narrative context does not require such a relationship, it is quite rare to find maka in a discourse with such a context. This is the phenomenon I am discussing and proving in the present discussionKehadiran begitu banyak perkataan maka dalam teks tulisan jawi dari masa sebelum abad ke-20 disebabkan kerana tulisan jawi/Arab tidak mengenal tanda baca seperti noktah dan koma. Tulisan itu juga tidak mengandungi huruf besar. Lalu maka begitu sahaja dianggap pengganti tanda baca. Hal ini dinyatakan misalnya oleh A. Samad Ahmad (1979) dan Virginia Matheson (1982) - saya kutipkan dalam teks. Pembicaraan saya kini melihat kemungkinan lain. Menolak maka hanya bertugas sebagai pengganti tanda baca. Ada dua wacana dengan maksud yang sama tetapi berbeza dari segi konteks, penceritaan dan tak penceritaan. Maka hanya saya temui pada konteks penceritaan, tidak pada konteks tak penceritaan. Hal ini mendorong saya mengaitkan maka dengan wacana penceritaan. Maka mengaitkan peristiwa pada satu (bahagian) ayat dengan peristiwa pada (bahagian) ayat sebelumnya - tidak saya tolak kemungkinan adanya unsur sebab-akibat. Oleh sebab konteks tak penceritaan tidak memerlukan pengaitan peristiwa ini, pada konteks ini boleh dikatakan tidak ada atau jarang-jarang ditemui maka. Kenyataan ini yang saya cuba membuktikannya dalam makalah ini
Bahasa Melayu dalam warkah Melayu terpilih
This study is concerned with an analysis of the linguistic aspects of eight selected Malay letters written in the period from the 16 th to the 19th century. The data was extracted from The Legacy of the Malay Letter (1994) compiled by Annabel Teh Gallop from the British library, London. This micro study is based on the diachronic approach and attempts to discover the linguistic characteristics of the Jawi spelling system, morphology and vocabulary. In general, the findings show that: (i) There are similarities and differences in the Jawi spelling system, morphology and vocabulary in the selected Malay letter; and (ii) The selected Malay letters provide a significant impression of the usage of the Malay language across f our centuriesKajian ini menganalisis aspek-aspek linguistik yang terdapat dalam warkah Melayu terpilih (WMT) yang terdiri daripada lapan pucuk warkah yang ditemui dalam abad ke-16 hingga abad ke-19. Data diperoleh daripada The Legacy of the Malay Letter (Warisan Warkah Melayu) (1994) yang diusahakan oleh Annabel Teh Gallop dari 'British Library', London. Kajian mikro ini berdasarkan pendekatan diakronik yang melihat ciri-ciri linguistik tentang sistem pengejaan Jawi, morfologi dan perbendaharaan kata. Pada keseluruhannya, hasil kajian telah menunjukkan bahawa: (i) Wujudnya persamaan dan perbezaan dalam sistem pengejaan Jawi, morfologi dan perbendaharaan kata dalam WMT, dan (ii) WMT telah memberi satu gambaran penting tentang penggunaan bahasa Melayu dalam empat zaman
Variasi sosial sebutan bahasa Melayu: kajian sosiofonologi di sekolah
This article intends to show that Malay pronunciation is sensitive to certain social variation. Furthermore, this article also concerns to the matter of codification of pronunciation since it is a prominent problem in standard Malay. The issue is proven through a sociophonological research in school. The two social variables which is considered in this article are speech style and nativeness of the subject.Makalah ini ingin memperlihatkan bahawa sebutan bahasa Melayu sebenamya tertakluk kepada variasi sosial tertentu. Namun begitu, makalah ini juga berkaitan soal 'sebutan baku' memandangkan dalam bahasa Melayu standard, soal tersebut merupakan soal yang tidak dapat dielakkan. Pembuktiannya melalui kajian sosiofonologi di sekolah. Dua pemboleh ubah sosial yang diberi perhatian ialah gaya bahasa dalam tiga situasi formal dan faktor kenatifan penutur. Empat pemboleh ubah fonologi yang diteliti amalannya dalam gaya bahasa dan oleh penutur berkenaan ialah (a), (r), (i), dan (u). Secara umum didapati realisasi amalan keempat-empat pemboleh ubah fonologi tersebut oleh subjek adalah berbeza-beza, tertakluk kepada gaya bahasa tertentu. Waiau bagaimanapun, pemboleh ubah kenatifan didapati tidak mempengaruhi penggunaan pemboleh ubah fonologi berkenaan secara ketara, kecuali (r). Dapatanjuga menunjukkan wujudnya fenomena sebutan baku hanya agak berjaya dalam gaya bahasa berteks, kedwikelainan sebutan standard, dan kehadiran faktor kealamiahan sebutan dalam amalan penutur. Dirumuskan bahawa pengekabakuan sebutan bahasa Melayu yang berlaku kini merupakan penafian kewujudan variasi sosial dalam amalan penutur bahasa Melayu