Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Penggunaan Bahasa oleh Etnik Melanau Mukah

    No full text
    Being multilingual is an advantage. However, the language of a particular ethnic group may become endangered as more speakers gain proficiency in more dominant languages. This study aims at investigating the language use among the Melanau ethnic group in Mukah, Sarawak. The objectives of the study are (1) to identify the language use within family, neighbourhood, religious, and education domains; and (2) to examine the trend of language use across the older, adult, and younger generations of the target community. This quantitative study used questionnaires as the research instrument and Fishman’s (1972) domain analysis framework for data analysis. The respondents comprised of 120 multilingual Melanau individuals residing in Mukah. Findings show that Melanau Mukah language remains the primary choice within family and neighbourhood domains. However, the increased in the degree of formality in religious and educational domains has led to greater use of the Sarawakian Malay Dialect and the Malay language, sidelining Melanau Mukah language. While bahasa Melanau Mukah still holds a stable position in among its speakers, the condition is likely to change in the next few generations following the increasingly widespread use of Sarawak Malay dialect among respondents. Continued use of Melanau Mukah dialect at home is necessary to prevent it from becoming endangered. Future studies should explore the relationship between language use and speaker attitudes and assess fluency levels in the Melanau Mukah language among the younger generation. Keywords: Domain analysis, Melanau, Melanau Mukah language, language use, trend across generations, ethnic language Full text: PDFKebolehan bertutur dalam multibahasa merupakan suatu kelebihan. Namun begitu, bahasa satu-satu etnik mungkin terancam kerana makin banyak penuturnya yang dapat menguasai bahasa lain yang lebih dominan. Kajian ini dilakukan untuk menyelidik penggunaan bahasa dalam kalangan etnik Melanau di Mukah, Sarawak. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti penggunaan bahasa masyarakat sasaran dalam domain kekeluargaan, domain kejiranan, domain keagamaan dan domain pendidikan, serta mengkaji trend penggunaan bahasa dalam generasi tua, dewasa dan muda masyarakat sasaran. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan menggunakan analisis domain oleh Fishman (1972) untuk menganalisis data. Responden terdiri daripada 120 orang Melanau multilingual yang menetap di Mukah. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melanau Mukah masih pilihan utama masyarakat sasaran dalam domain kekeluargaan dan domain kejiranan. Peningkatan tahap kerasmian dalam domain keagamaan dan domain pendidikan menyebabkan peningkatan penggunaan dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu, seterusnya meminggirkan bahasa Melanau Mukah. Walaupun kedudukan bahasa Melanau Mukah masih kukuh dalam masyarakat Melanau Mukah, keadaan ini mungkin berubah dalam beberapa generasi akan datang berikutan penggunaan dialek Melayu Sarawak yang makin meluas dalam kalangan responden. Penggunaan bahasa Melanau Mukah di rumah harus diteruskan untuk mengelakkan bahasa Melanau Mukah menjadi bahasa terancam. Kajian pada masa akan datang perlu mengaitkan penggunaan bahasa Melanau Mukah dengan sikap penutur, selain meneliti tahap kefasihan bahasa Melanau Mukah dalam kalangan golongan muda masyarakat Melanau Mukah. Kata kunci: Analisis domain, Melanau, bahasa Melanau Mukah, penggunaan bahasa, trend merentasi generasi, bahasa etnik  Teks penuh: PD

    Analisis Pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Nairobi mengenai Pengeluaran Kapal Karam 2007 oleh Malaysia

    No full text
    The Strait of Malacca is a strait used for international navigation. Although Malaysia is one of the parties to the Nairobi International Convention on the Removal of Wrecks 2007 (Nairobi Convention 2007) for removing shipwrecks in Malaysian waters, however, Malaysian laws on removing shipwrecks are still not sufficient to solve the problems that exist in the Straits of Malacca until now. This is because the removal of shipwrecks is very expensive for the parties involved, and the main problem faced by the Malaysian government is the lack of expenditure. The objective of this study is to analyze the provisions in the Nairobi Convention 2007; to identify how this Convention is implemented into Malaysian domestic law; and identify the problems that exist in the Nairobi Convention 2007 and ways to solve them. Primary sources such as international conventions and Malaysian domestic laws are used in this article. Secondary sources such as library research, website research are also important to obtain articles, online books, and newspapers. Through this study, it is foud that the Nairobi Convention 2007 aims to remove shipwrecks that pose dangers to navigation. This Convention was ratified and implemented in Malaysia in 2015 in order to be able to move shipwrecks in the Strait of Malacca, as suggested in a symposium held by the International Maritime Organization. Malaysia cannot heavily rely on the Nairobi Convention 2007 and creating its own uniform regulations for shipwreck removal is important. Appropriate action needs to be taken by Malaysia authorities to implement a comprehensive new law for the removal of shipwrecks in the Strait of Malacca. Keywords: The Strait of Malacca, shipwrecks, Nairobi Convention 2007, Cooperative Mechanism, ratification, UNCLOS 1982 Full text: PDFSelat Melaka merupakan selat yang sangat penting kerana digunakan untuk pelayaran antarabangsa. Walaupun Malaysia satu daripada anggota Konvensyen Antarabangsa Nairobi mengenai Pengeluaran Kapal Karam yang bertujuan bagi mengeluarkan kapal karam di laut Malaysia, namun undang-undang Malaysia untuk mengeluarkan kapal karam masih tidak mencukupi bagi menyelesaikan masalah yang wujud di Selat Melaka sehingga kini. Hal ini dikatakan demikian kerana pemindahan kapal karam sangat tinggi bagi pihak yang terlibat dan masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia ialah kekurangan bebanan perbelanjaan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis peruntukan dalam Konvensyen Antarabangsa Nairobi mengenai Pengeluaran Kapal Karam 2007 mengenal pasti cara konvensyen ini diimplementasikan dalam undang-undang domestik Malaysia; dan mengenal pasti masalah yang wujud dalam Konvensyen Antarabangsa Nairobi 2007 dan cara untuk menyelesaikannya. Sumber primer, seperti konvensyen antarabangsa dan undang-undang domestik Malaysia, digunakan dalam kajian ini. Sumber sekunder, seperti kajian perpustakaan dan kajian laman sesawang juga penting untuk memperoleh artikel, buku dalam talian dan surat khabar. Melalui kajian ini, didapati bahawa Konvensyen Antarabangsa Nairobi 2007 diperkenalkan untuk mengatur selia pemindahan bangkai kapal yang menimbulkan bahaya tertentu ketika pelayaran. Konvensyen ini diratifikasi dan dilaksanakan di Malaysia bermula pada tahun 2015 untuk memindahkan kapal karam yang berada di Selat Melaka seperti cadangan yang diutarakan dalam simposium yang dianjurkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa. Malaysia tidak boleh terlalu bergantung pada Konvensyen Antarabangsa Nairobi 2007, sebaliknya kewujudan peraturan sendiri yang seragam dalam aspek pengeluaran kapal karam juga adalah penting. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak berkuasa, seperti Parlimen untuk menggubal undang-undang baharu yang komprehensif dan sempurna mengenai pengeluaran bangkai kapal di laut Malaysia. Kata kunci: Selat Melaka, kapal karam, Konvensyen Antarabangsa Nairobi 2007, mekanisme usahasama, ratifikasi, KUULA 1982 Teks penuh: PD

    Analisis Penukaran Kod Pelajar Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun

    No full text
    Code-switching is a common phenomenon in foreign language learning. However, excessive and uncontrolled code-switching can disrupt the learning process and cause learners to become confused when acquiring the structural features of the target language. Therefore, this study was conducted to identify the languages used alongside Japanese, analyse the types of code-switching based on Poplack’s (1980) framework which classifies code-switching into three main categories, namely tag, intrasentential, and intersentential, and determine the functions of code-switching based on Olcay’s (2005) classification. This study involved 73 respondents from the Malaysia-Japan Higher Education Programme, and the data used were in the form of recordings. The findings reveal that all three types of code switching (tag, intrasentential, and intersentential) were found in the respondents’ utterances. In terms of functions, only four out of the seven code-switching functions were identified, namely the affective function, the turn-holding function, the conflict-control function, and the topic-shift function. The study also found that code-switching among students learning Japanese involved English and Malay, with intrasentential code-switching recording the highest frequency. Through this study, the researchers were able to relate the social functions to the code-switching that occurs in foreign language learning. Keywords: Code-switching, tags, intrasentential, intersentential, Malay language, Japanese language Full text: PDFPenukaran kod ialah fenomena biasa yang berlaku dalam pembelajaran bahasa asing. Namun begitu, penukaran kod yang berlebihan dan tidak terkawal dapat menjejaskan proses pembelajaran bahasa asing dan menyebabkan pelajar keliru dalam pembelajaraan struktur bahasa sasaran. Oleh itu, pengkaji mengenal pasti bahasa yang bertukar kod dengan bahasa Jepun, menganalisis jenis penukaran kod berdasarkan kerangka penukaran kod oleh Poplack’s (1980) yang mengklasifikasikan penukaran kod kepada tiga kategori utama, iaitu tag, interayat dan intraayat, serta menganalisis fungsi penukaran kod berdasarkan fungsi penukaran kod yang dikemukakan oleh Olcay (2005). Kajian ini melibatkan 73 orang responden daripada Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun. Data yang digunakan ialah data berbentuk rakaman. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis penukaran kod, iaitu tag, intraayat dan interayat, ditemukan dalam ujaran responden. Dari segi fungsi penukaran kod pula, hanya empat daripada tujuh fungsi yang ditemukan, iaitu fungsi afektif, fungsi menahan giliran bertutur, fungsi kawalan konflik dan fungsi perubahan topik. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa penukaran kod dalam kalangan pelajar yang belajar bahasa Jepun melibatkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan penukaran kod jenis intraayat mencatatkan kekerapan tertinggi. Menerusi kajian ini juga, pengkaji dapat menghubungkan fungsi sosial dengan penukaran kod yang berlaku dalam pembelajaran bahasa asing. Kata kunci: Penukaran kod, tag, intraayat, interayat, bahasa Melayu, bahasa Jepun Teks penuh: PD

    Representasi Fungsian Partikel Wacana "Lah" dalam Terjemahan Surah Yasin Berdasarkan Pendekatan Abduktif

    No full text
    Discourse particles, often used unintentionally, are gaining focus in linguistic research. In the Malay language, the discourse particle "lah" is frequently studied. This research investigates the variation in the use of "lah" in Malay translations of the Qur’an, specifically Surah Yasin. The study aims to identify the potential functional role of "lah" in these translations. An abductive approach was employed alongside the Systematic ATLAS. ti Analysis Procedure (PAAtiB) to determine the potential function of "lah" in the translation of Surah Yasin. Data were drawn from 18 translations of Surah Yasin, comprising six printed of Al-Quran manuscripts, six digital versions, and six pocket-sized editions for daily reading. The findings show varied patterns in the use of "lah" that can serve as indicators distinguishing between primary and secondary types of translations. Additionally, the particle "lah" predominantly appears in declarative utterances, particularly in the ibtida'i style. The arrangement of "lah" usage, guided by an abductive approach, reveals functional similarities related to emphasis and commands, with additional meaning nuances in each case. The frequent use of “"ah" in Malay society highlights the need for more empirical interpretation, which in turn may enhance the linguistic value of Malay. This study contributes to the elevation of the Malay language through a deeper understanding. Keywords: Discourse particles, lah, functional, abductive, ATLAS.ti, PAAtiB Full text: PDFPartikel wacana yang penggunaannya bersifat tanpa disengajakan menjadi tumpuan dalam penyelidikan bahasa. Dalam bahasa Melayu, satu daripada partikel wacana yang sering menjadi fokus kajian ialah partikel wacana "lah". Kelainan penggunaan partikel wacana "lah" dalam terjemahan al-Quran menjadi fokus dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan fungsian berpotensi partikel wacana "lah" dalam teks terjemahan surah Yasin. Pendekatan abduktif diaplikasikan bersama-sama dengan Prosedur Analisis ATLAS. ti Bersistematik (PAAtiB) untuk mendapatkan fungsian berpotensi bagi penggunaan partikel wacana "lah" dalam terjemahan surah Yasin. Data kajian melibatkan 18 terjemahan surah Yasin yang terdiri daripada tiga variasi bentuk penerbitan, iaitu enam bentuk naskah al-Quran, enam bentuk digital dan enam bentuk naskah kecil bacaan harian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pola penggunaan partikel wacana "lah" yang berbeza-beza dalam terjemahan surah Yasin yang turut berpotensi digunakan sebagai indikator untuk membezakan antara terjemahan jenis primer dengan terjemahan jenis sekunder. Selain itu, fungsian berpotensi partikel wacana "lah" dalam terjemahan surah Yasin, hadir dalam bentuk ujaran Khabari, iaitu gaya ibtida’i. Penyusunan pola partikel wacana "lah" yang berdasarkan pendekatan abduktif menunjukkan kewujudan beberapa persamaan penggunaan partikel wacana "lah" dalam fungsi penegasan dan perintah. Namun demikian, wujud beberapa tambahanmakna bagi setiap fungsi tersebut. Selain itu, partikel wacana "lah" yang sering digunakan dalam masyarakat Melayu pastinya dapat ditafsirkan dengan lebih empirikal, seterusnya mampu meningkatkannilai penggunaan bahasa Melayu. Hasil kajian ini satu daripada sumbangan ilmu bagi memartabatkan bahasa Melayu. Kata kunci: Partikel wacana, lah, fungsian, abduktif, ATLAS.ti,PAAtiB Teks penuh: PD

    Pandangan dan Pemikiran Pengarang dalam Syair Kisah Negeri Brunei

    No full text
    An extensive amount of classical Malay manuscripts are preserved in manuscript repositories both domestically and internationally. As such, most of them hold many Malay thoughts, knowledge, intellect, and culture that are yet to be studied and disseminated to the public. One classical Bruneian Malay manuscript titled Syair Kisah Negeri Brunei was discovered at the Borneo Research Centre (PenBorneo), Brunei History Centre. This manuscript has not received the attention of researchers and the public in exploring the viewsand thoughts contained within it. Therefore, this study aims to examine the extent to which Syair Kisah Negeri Brunei reflects the views and thoughts of Bruneian society by focusing on the leadership of the late Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien as depicted in the syair. The study employs a hermeneutic approachas well as leadership characteristics outlined by Haji Mahmud Saedon (1995). The study found that the text of Syair Kisah Negeri Brunei contains views and thoughts on the leadership of the late Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, the 28th Sultan of Brunei, concerning aspects of education, peace and prosperity in the nation, strengthening of Islamic teachings, compassion towards the elderly, as well as Bruneian royal customs. All these views and thoughts contribute to enhancing the image of Bruneian Malay civilisation in particular, and the Malay people in general. Full text: PDFManuskrip Melayu klasik banyak tersimpan di institusi penyimpanan manuskrip dalam dan luar negeri. Namun begitu, masih banyak manuskrip klasik yang mengandungi pemikiran, pengetahuan, akal budi dan budaya orang Melayu pada masa lalu yang belum dikaji dan disebarkan kepada khalayak. Sebuah manuskrip Melayu klasik Brunei telah ditemukan di Pusat Pengkajian Borneo (PenBorneo), Pusat Sejarah Brunei, iaitu Syair Kisah Negeri Brunei. Manuskrip ini masih belum mendapat perhatian pengkaji dan khalayak dalam meneroka pandangan serta pemikiran yang terkandung dalam naskhah ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana Syair Kisah Negeri Brunei ini menggambarkan pandangan dan pemikiran masyarakat Brunei dengan memberikan tumpuan terhadap kepemimpinan Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien yang diceritakan dalam syair ini. Kajian ini menggunakan pendekatan hermeneutik dan juga ciri-ciri kepimpinan yang diutarakan oleh Haji Mahmud Saedon (1995). Kajian ini mendapati bahawa teks Syair Kisah Negeri Brunei mengandungi pandangan dan pemikiran terhadap kepemimpinan Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, iaitu Sultan Brunei ke-28 berkaitan aspek pendidikan, keamanan dan kesejahteraan negara, pengukuhan syiar Islam, belas ihsan terhadap orang tua serta adat istiadat diraja Brunei. Kesemua pandangan dan pemikiran ini sedikit sebanyak meningkatkan imej tamadun masyarakat Melayu Brunei khususnya, dan bangsa Melayu itu sendiri umumnya. Teks penuh: PD

    Elemen Sains, Teknologi dan Inovasi Cerpen Legasi Tapai Ubi dalam Antologi Cerpen KOMSAS Bintang Hati

    No full text
    The Secondary School Curriculum Framework (KSSM) by the Ministry of Education Malaysia (MOE) is based on six pillars, of which one concerns science and technology. This is intended to encourage students to explore and generate creative ideas as well as to be able to create something innovative. The combination of scientific elements in literary components is also increasingly finding a place amongst short story writers and novelists, which subsequently showcases effective interdisciplinary demonstration in literature. This study was conducted to analyse the elements of science, technology and innovation found in the short story Legasi Tapai Ubi by Ghazali Lateh in the KOMSAS short story anthology titled Bintang Hati. This study attempts to fill the research gap on limited studies connecting elements of science and technology in the short story. This qualitative study involves library research, including a close reading of words, phrases and sentences to identify the elements of science, technology and innovation found in the said short story using a structured observation checklist. The results of the study indicate that the elements of science, technology and innovation feature the themes of medical biotechnology, health science and the use of information technology in research efforts to treat cancer, and this is effectively demonstrated in the short story. The results also present the injection of scientific elements into literature to display the progress of medical technology in treating diseases through creative storytelling. In conclusion, the short story Legasi Tapai Ubi is a literary work that successfully presents interdisciplinary aspects that can be a medium for comprehensive education, inculcating interest in research and innovation, and strengthening food heritage amongst students and the general public. Full text: PDFKerangka Kurikulum Sekolah Menengah (KSSM) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah berteraskan enam tunjang, yang mana satu daripada tunjang tersebut melibatkan elemen sains dan teknologi. Hal ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar meneroka dan menjana idea kreatif serta berupaya untuk mencipta sesuatu yang berinovasi. Gabungan elemen sains dalam komponen sastera juga semakin mendapat tempat dalam kalangan penulis cerpen dan novel, yang seterusnya memperlihatkan pemaparan interdisiplin secara efektif dalam karya sastera. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis elemen sains, teknologi dan inovasi yang terdapat dalam cerpen Legasi Tapai Ubi karya Ghazali Lateh dalam antologi cerpen KOMSAS Bintang Hati. Kajian ini berusaha mengisi kelompangan tentang kajian yang terhad berhubung dengan elemen sains dan teknologi dalam cerpen ini. Kajian kualitatif ini melibatkan kajian kepustakaan termasuklah bacaan rapi terhadap perkataan, frasa dan ayat bagi mengenal pasti elemen sains, teknologi dan inovasi yang terdapat dalam cerpen tersebut dengan menggunakan senarai semak pemerhatian berstruktur. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat elemen sains, teknologi dan inovasi yang menampilkan tema sains kesihatan dan penggunaan teknologi maklumat dalam usaha penyelidikan untuk merawat penyakit kanser dipaparkan secara efektif dalam cerpen ini. Hasil kajian ini memperlihatkan suntikan elemen sains dalam karya sastera yang memaparkan kemajuan teknologi perubatan dalam merawat penyakit melalui penceritaan yang kreatif. Kesimpulannya, cerpen Legasi Tapai Ubi merupakan karya sastera yang berjaya memaparkan aspek interdisiplin yang boleh menjadi wahana pendidikan yang menyeluruh, menyemai minat terhadap penyelidikan dan inovasi, di samping memperkukuh warisan makanan dalam kalangan pelajar dan masyarakat umum. Teks penuh: PD

    Genting Malaysia Bhd Lwn Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi & Ors [2022] 1 MLJ 898

    No full text
    - Full text: PDF- Teks penuh: PD

    Rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah Melaka Mengenai Hukuman Penjara dalam Kes Pengesahan Poligami Ahmad Tamyiz bin Haji Mak Aris

    No full text
    - Full Text: PDF-Teks Penuh: PD

    Perlindungan Hak Tertuduh bagi Kes Jenayah Syariah di Malaysia: Analisis Perbandingan

    No full text
    The rights of the accused represent a significant principle in criminal cases. Violations of these rights frequently spark debate and concern. The objective of this study is to analyse the rights of the accused in Syariah criminal cases in Malaysia and compare them with the common law legal system and the Islamic perspective. This study further seeks to identify weaknesses and challenges in the implementation of the rights of the accused within Syariah criminal proceedings in Malaysia, while proposing improvements to ensure more comprehensive and equitable protection. A qualitative approach was employed, with data obtained from primary sources such as legal statutes and reported cases, as well as secondary sources including books and journal articles. The collected data were then analysed through comparative and descriptive analysis methods. The findings of the study indicate that both Islamic law and civil law frameworks provide appropriate protection for the rights of the accused. However, several legal gaps and weaknesses were identified in the current protection mechanisms under Syariah criminal law. Based on these findings, this article suggests that the legal provisions in the Syariah Criminal Procedure Enactment be improved to ensure that the rights of the accused are more comprehensively protected, thus strengthening the administration of Syariah criminal justice in Malaysia. Keywords: Crime, rights of the accused, Syariah law, Common Law, Syariah Criminal Procedure Enactment, Criminal Procedure Code Full text: PDFHak tertuduh merupakan prinsip signifikan dalam kes jenayah. Pencabulan terhadap hak tertuduh sering menjadi isu yang hangat dibincangkan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis hak tertuduh bagi kes jenayah syariah di Malaysia dan membandingkannya dengan sistem perundangan Common Law dan perspektif Islam. Kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti kelemahan dan cabaran dalam pelaksanaan hak tertuduh bagi kes jenayah syariah di Malaysia, seterusnya mencadangkan penambahbaikan untuk memastikan hak tertuduh dilindungi secara lebih komprehensif dan adil. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu data diperolehi melalui sumber primer, seperti statut perundangan dan kes yang dilaporkan, di samping sumber sekunder, seperti buku dan artikel jurnal. Data yang diperoleh dianalisis menerusi kaedah analisis perbandingan dan analisis deskriptif. Dengan berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa Islam dan undang-undang melindungi hak tertuduh dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelompongan undang-undang dan kelemahan yang berkaitan dengan perlindungan hak tertuduh terhadap jenayah syariah berjaya dikenal pasti. Menerusi makalah ini, pengkaji mencadangkan agar peruntukan undang-undang dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ditambah baik bagi memastikan hak tertuduh dilindungi secara lebih menyeluruh, seterusnya memperkasakan sistem pentadbiran keadilan jenayah syariah di Malaysia. Kata kunci: Jenayah, hak tertuduh, undang-undang syariah, Common Law, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, Kanun Tatacara Jenayah Teks penuh: PD

    Pemakaian Qarinah Qat'iyyah dalam Sabitan Kes Jenayah Syariah: Analisis Perbandingan antara Konsep dengan Realisasi di Mahkamah Syariah

    No full text
    Justice is the ultimate goal in adjudication within any court. Achieving justice requires judges to rely on methods of evidence, including the use of qarinah. Historically, qarinah has proven to be essential tool in Islamic civilization. In terms of admissibility, qarinah has played a critical role in resolving disputes in cases related to property, marriage-related issues (munakahat), homicide, and cases under takzir, qisas, and hudud punishments. In Malaysia, the Islamic law of evidence concerning qarinah, as applied in syariah courts, is extensively provided under the Syariah Court Evidence Act (Federal Territories) 1997 [Act 561] and other state enactments. However, the concept of qarinah has not been placed on its proper footing. This is due to these acts and enactments being modelled after English legal principles, which narrow the scope and application of qarinah and underutilise its evidentiary weight as a governing law. This article discusses the strength of the dalalah qarinah in convicting cases, particularly in syariah criminal cases. The study evaluates whether the strength of the dalalah qarinah should be determined beforehand by judges when considering the evidence presented. A qualitative approach was adopted, utilising a literature review to analyse primary and secondary sources such as books written by fiqh scholars, statutes, reported and unreported cases, and academic writings. The findings reveal that the strength of the dalalah qarinah, whether it is qarinah qat‘iyyah, qarinah kaazibah, or qarinah dha‘ifah is crucial and must be determined based on the facts of each case. This approach allows syari’e judges greater flexibility in effectively interpreting the dalalah qarinah. Keywords: Qarinah, Islamic evidence law, strength of dalalah qarinah, qarinah qati’yyah, syariah court, evidence acts and enactments Full text: PDFDalam penghakiman kes di mana-mana mahkamah, keadilan merupakan matlamat utama. Proses memperoleh keadilan pula memerlukan hakim bergantung harap pada kaedah pembuktian, termasuklah penggunaan qarinah. Qarinah terbukti penting dan digunakan dalam sejarah peradaban Islam. Dari sudut penerimaan, qarinah banyak membantu menyelesaikan pertikaian dalam kes harta, munakahat atau pembunuhan, begitu juga kes yang melibatkan hukuman takzir, qisas dan hudud. Di Malaysia, undang-undang keterangan Islam tentang qarinah yang terpakai di mahkamah syariah diperuntukkan dengan komposisi yang sangat besar sebagaimana yang terdapat dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 561] dan enakmen negeri yang lain. Namun begitu, konsep qarinah tidak diletakkan dalam landasan yang sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana akta dan enakmen berkenaan diformulakan mengikut pola undang-undang Inggeris. Akibatnya, skop dan pemakaian qarinah disempitkan sehinggakan kekuatan dalalah qarinah tidak diketengahkan sebagai suatu undang-undang. Sehubungan dengan itu, pengkaji membincangkan kekuatan dalalah qarinah dalam sabitan kes, terutamanya kes jenayah syariah. Dalam kajian ini, kekuatan dalalah qarinah dinilai, sama ada wajar ditentukan terlebih dahulu atau tidak, sebelum hakim mengambil kira keterangan yang dikemukakan di hadapannya. Bagi tujuan ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif yang berpandukan kajian kepustakaan dengan menganalisis sumber primer dan sekunder, seperti kitab karangan ahli ulama fiqah, statut, kes yang dilaporkan dan tidak dilaporkan, serta penulisan akademik. Pengkaji mendapati bahawa kekuatan dalalah qarinah, sama ada qarinah qat‘iyyah, atau qarinah kaazibah atau qarinah dha‘ifah, amat penting untuk ditentukan berdasarkan fakta sesuatu kes. Hal ini membantu memberikan ruang kepada hakim syarie untuk mentafsirkan kekuatan dalalah qarinah dengan lebih berkesan. Kata kunci: Qarinah, undang-undang keterangan Islam, kekuatan dalalah qarinah, qarinah qat‘iyyah, mahkamah syariah, akta dan enakmen keterangan Teks penuh: PD

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇