Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Isu dan Cabaran dalam Penyediaan Penginapan Pekerja Asing di Malaysia: Analisis terhadap Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)

    No full text
    Inadequate housing for foreign workers has long been a hallmark of the global housing crisis. While the right to adequate and safe housing is a fundamental human right, access to such housing for foreign workers is heavily influenced by the regulations of the destination country and warrants careful attention. This study explores the issues and challenges related to the provision of accommodation for foreign workers in Malaysia from a legal perspective, focusing on Section 24H of the Employees’ Minimum Standards of Housing, Accommodations and Amenities Act 1990 (Act 446), a statutory provision that employers or Centralised Labour Quarters (CLQ) provider must comply with. The research employs a qualitative methodology, analysing primary and secondary data sources, including books, journals, official government reports, and news articles. Semi-structured interviews with open-ended questions were also conducted with enforcement officers from relevant agencies and industry players, such as employers in the service and construction sectors. The findings reveal that Malaysia has a well-established legal framework governing the provision of worker accommodation, encompassing national, state, and local-level legislation. The study proposes improvements to existing laws, regulations, and policies as a solution. Keywords: Challenges, human rights, employees’ accommodation, foreign workers’ rights, amendment of Act 446, state and local government law Full Text: PDFPenginapan yang tidak wajar untuk pekerja asing menjadi ciri krisis perumahan global dalam tempoh bertahun-tahun. Walaupun hak untuk mendapatkan perumahan yang wajar dan selamat ialah hak asasi manusia sejagat, peraturan negara destinasi mengenai penyediaan penginapan pekerja asing perlu diambil perhatian. Oleh itu, pengkaji membincangkan isu dan cabaran yang berkaitan dengan penyediaan penginapan pekerja asing di Malaysia dari skop perundangan dengan tumpuan diberikan terhadap Seksyen 24H Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), iaitu peruntukan statutori yang perlu dipatuhi oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis dokumen daripada data primer dan data sekunder, seperti buku, jurnal, laporan daripada laman rasmi kerajaan dan berita terkini. Data primer juga dikumpulkan melalui kaedah temu bual secara separa berstruktur dengan soalan terbuka bersama-sama pegawai penguatkuasa daripada agensi berkaitan dan pemain industri, seperti majikan daripada sektor perkhidmatan dan pembinaan. Dengan berdasarkan hasil kajian, pengkaji mendapati bahawa satu kerangka hubungan undang-undang di Malaysia berkenaan dengan penyediaan penginapan pekerja telah dibentuk dan disandarkan pada undang-undang pada peringkat nasional, negeri dan tempatan. Sebagai penyelesaian, pengkaji mencadangkan penambahbaikan terhadap undang-undang, peraturan dan polisi sedia ada. Kata kunci: Cabaran, hak asasi manusia, penginapan pekerja, hak pekerja asing, pindaan Akta 446, undang-undang kerajaan negeri dan tempatan Teks Penuh: PD

    Syair Kisah Engku Puteri: Konsep Kepimpinan Akhlak dalam Tradisi Historiografi

    No full text
    In discussing the concept of moral leadership as an essential force within the Malay historiographical tradition, this study focuses on Syair Kisah Engku Puteri, authored by Engku Haji Ahmad. The work narrates the life journey of Engku Puteri Raja Hamidah, the consort of Sultan Mahmud Riayat Syah, who has rarely been the focus of scholarly research. As the custodian of the Riau Kingdom’s regalia, Engku Puteri Raja Hamidah exemplifies noble moral leadership, demonstrated by her efforts to defend the sovereignty of the Riau Kingdom from colonial encroachment. Hence, this research aims to explore the extent to which moral leadership plays a crucial role in shaping the character of a leader. This study adopts a qualitative research design, utilising a library research method. The analysis of moral leadership is conducted based on al-Ghazali’s (2013) framework, drawing upon specific events depicted in Syair Kisah Engku Puteri. Four main aspects of noble moral leadership qualities are clearly recorded in the literary work: virtues ingrained within the soul, inherent goodness that operates without the need for rational deliberation, moral virtues in accordance with the Quran and Sunnah, and dispositions that abstain from actions deemed immoral or improper based on the framework of the Quran and Sunnah. Thus, the concept of moral leadership highlighted in this historiographical tradition paves the way for further research into the capabilities and roles of leaders, be they Sultans or consorts, within the context of Malay historiography. Full text: PDFDalam membincangkan konsep kepimpinan akhlak sebagai daya upaya penting dalam tradisi historiografi Melayu, kajian ini memfokuskan Syair Kisah Engku Puteri yang dikarang oleh Engku Haji Ahmad yang mengisahkan perjalanan hidup Engku Puteri Raja Hamidah, Permaisuri kepada Sultan Mahmud Riayat Syah yang jarang mendapat perhatian dalam kajian sarjana. Sebagai pemegang regalia Kerajaan Riau, Engku Puteri Raja Hamidah mencerminkan kepimpinan akhlak yang luhur dengan usahanya mempertahankan kedaulatan Kerajaan Riau daripada ancaman penjajah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menelusuri sejauh mana konsep kepimpinan berasaskan akhlak memainkan peranan utama dalam pembentukan watak seorang pemimpin. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kepustakaan. Analisis konsep kepimpinan akhlak dilakukan berdasarkan kerangka konsep al-Ghazali (2013) dengan merujuk beberapa peristiwa yang terkandung dalam Syair Kisah Engku Puteri. Empat aspek utama sifat kepimpinan yang berakhlak mulia tersebut terakam dengan jelas dalam Syair Kisah Engku Puteri, iaitu sifat baik yang sebati dalam jiwa, sifat semula jadi yang baik tanpa perlu membuat pertimbangan fikiran, sifat akhlak yang baik menurut al-Quran dan al-Sunnah, dan sifat yang menghindari segala perbuatan yang buruk menurut pertimbangan al-Quran dan al-Sunnah. Sehubungan dengan itu, konsep kepimpinan akhlak yang ditonjolkan dalam tradisi historiografi ini membuka ruang kepada lebih banyak kajian mengenai kemampuan dan peranan seorang pemimpin sama ada seorang Sultan atau Permaisuri dalam konteks historiografi Melayu. Teks penuh: PD

    Intonaphobia: Kekurangan Persepsi Mikrotonal yang Dibentuk Secara Budaya dalam Kalangan Pemuzik Gambus Melayu yang Tidak Terbiasa dengan Tradisi Maqam

    No full text
    This article introduces the term Intonaphobia to describe a culturally conditioned perceptual deficiency observed among musicians unfamiliar with maqām-based musical traditions, particularly those trained exclusively within Western twelve-tone equal temperament systems. The study addresses a persistent challenge faced by these musicians: the difficulty of accurately identifying, internalising, and reproducing microtonal intervals, especially the quarter-tones that are fundamental to the identity of many maqāmāt. Drawing on the author’s ethnographic and pedagogical experience in teaching oud (gambus) performance, as well as empirical findings from performance analyses and interviews with informants; including archival audio material by the late Haji Fadzil Ahmad; this research highlights recurring instances of modal confusion, such as the conflation of Kurd with Bayati, and Ajam with Rast. The article argues that Intonaphobia is not a form of clinical tone-deafness but rather a perceptual limitation shaped by culturally ingrained tonal expectations and aural memory conditioned by tempered tuning systems. By defining and contextualising this phenomenon, the study offers new perspectives for cross-cultural music education, proposes a diagnostic framework for recognising tonal perception biases, and outlines remedial strategies for musicians engaging with non-Western modal traditions.   Full text: PDFArtikel ini memperkenalkan istilah asal Intonaphobia bagi merujuk satu bentuk kekurangan persepsi yang terbentuk secara budaya, yang diperhatikan dalam kalangan pemuzik yang tidak terbiasa dengan tradisi muzik berasaskan maqām; terutamanya mereka yang dilatih sepenuhnya dalam sistem talaan tetap dua belas nada (twelve-tone equal temperament) Barat. Kajian ini menangani cabaran berterusan yang dihadapi oleh pemuzik ini: kesukaran untuk mengenal pasti, menginternalisasi dan menghasilkan semula selang mikrotonal dengan tepat, khususnya nada suku (quarter-tone) yang menjadi asas kepada identiti banyak maqāmāt. Berdasarkan pengalaman etnografi dan pedagogi penulis dalam pengajaran persembahan oud (gambus), serta penemuan empirikal daripada analisis persembahan dan temu bual bersama para informan; termasuk bahan audio arkib oleh Allahyarham Haji Fadzil Ahmad; kajian ini menyoroti kejadian berulang kekeliruan modal, seperti kekeliruan antara maqām Kurd dengan Bayati, serta Ajam dengan Rast. Artikel ini menghujahkan bahawa Intonaphobia bukanlah bentuk tuli nada klinikal, sebaliknya merupakan satu bentuk keterbatasan persepsi yang dibentuk oleh jangkaan tonal yang tertanam secara budaya dan memori pendengaran yang dibentuk oleh sistem talaan tetap. Dengan mentakrif dan mengkontekstualkan fenomena ini, kajian ini menawarkan perspektif baharu dalam pendidikan muzik rentas budaya, mencadangkan satu kerangka diagnostik untuk mengenal pasti bias persepsi nada, serta menggariskan strategi pemulihan bagi pemuzik yang terlibat dalam tradisi muzik mod bukan-Barat. Teks penuh: PD

    Ejen Empayar: Penglibatan British dalam Pengumpulan Manuskrip Melayu pada Abad ke-18 dan ke-19

    No full text
    British engagement with Malay manuscripts during the 18th and 19th centuries shaped both the preservation of indigenous literary heritage and the colonial project of knowledge production in the Malay Peninsula. This study employs a historical-qualitative approach to examine how colonial agents—such as Stamford Raffles, William Marsden, and John Leyden—strategically engaged with Malay texts through collection, translation, and cataloguing practices. These engagements were informed by intersecting motives of scholarly inquiry, administrative governance, and imperial ideology. While their efforts contributed to the survival of significant Malay literary works, they also displaced these texts from their original socio-cultural contexts and reframed them within Eurocentric interpretive frameworks. Drawing on Edward Said’s concept of “travelling theory,” the analysis explores how colonial translation practices altered the meanings and functions of indigenous knowledge. The study also highlights indigenous resistance and parallel preservation practices that challenged colonial authority. Ultimately, the article calls for a critical re-evaluation of colonial legacies and advocates for the decolonisation and revitalisation of Malay manuscript traditions within their native intellectual ecosystems. Full text: PDFMakalah ini mengkaji aktiviti kolonial British yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan manuskrip Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dari abad ke-19 hingga abad ke-20. Kajian ini meletakkan aktiviti-aktiviti tersebut dalam konteks sejarah dan sosiopolitik yang lebih luas, dengan meneliti metodologi, motivasi, dan tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam usaha British untuk mengumpul dan menterjemah karya sastera Melayu, menggunakan pendekatan sejarah-kualitatif. Analisis ini meneroka pengaruh aktiviti kolonial tersebut terhadap pemeliharaan dan penyebaran warisan sastera Melayu, dengan menekankan implikasi budaya yang rumit serta sumbangan positif terhadap bidang keilmuan. Makalah ini menyiasat hubungan kuasa, perlambangan dan keaslian yang terkandung dalam proses pengumpulan dan penterjemahan manuskrip kolonial. Hasil kajian memberikan pandangan baharu terhadap warisan penglibatan kolonial British dalam sejarah kesusasteraan Melayu dan, dari sudut pandang dekolonial, menekankan kepentingan menilai semula secara kritis hubungan kuasa yang mempengaruhi pemeliharaan budaya ini. Teks penuh: PD

    Adaptasi Kisah Sejarah: Strategi Naratif dalam Filem Conquer: Lahad Datu (2024)

    No full text
    Conquer: Lahad Datu (Takluk: Lahad Datu) is a Malaysian film released in 2024, inspired by the real-life incursion that occurred in Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, on February 11, 2013 by Sulu militants, which led to the launch of Operasi Daulat by the Malaysian security forces. Within the local film landscape, cinematic adaptations based on historical events are still relatively rare. Most adaptations tend to focus on popular novels, making this film a notable exception. This study aims to explore the storyline presented in the film and examine the key elements highlighted in the adaptation. Using Linda Hutcheon’s adaptation theory as the framework, this study investigates how historical events are transformed into film narrative. The study adopts content analysis as its methodology, focusing on how the film interprets and presents specific events and themes. The analysis reveals that Conquer: Lahad Datu stays true to real events. At the same time, the film incorporates powerful thematic elements such as patriotism, national loyalty and unwavering resilience, which enrich the film’s narrative and create emotional impact. The movie portrays the harsh realities of armed conflict with great care and attention to detail, but it also adds dramatic touches to make the story more engaging. It skilfully combines intense war-action scenes with deeper messages about courage and determination in protecting Malaysia’s sovereignty. Ultimately, this study sheds light on how patriotic values can shine through in historical films and highlights the exciting potential for more Malaysian stories rooted in history to hit the big screen. Full text: PDFConquer: Lahad Datu (Takluk: Lahad Datu) merupakan sebuah filem Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2024, diinspirasikan daripada pencerobohan kehidupan sebenar yang berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013 oleh militan Sulu yang membawa kepada pelancaran Operasi Daulat oleh pasukan keselamatan Malaysia. Dalam landskap filem tempatan, adaptasi sinematik berdasarkan peristiwa sejarah masih agak jarang ditemukan. Kebanyakan adaptasi cenderung untuk memberikan tumpuan pada novel popular, menjadikan filem ini sebagai pengecualian yang ketara. Kajian ini bertujuan untuk meneroka jalan cerita yang dipersembahkan dalam filem dan mengkaji elemen utama yang diketengahkan dalam adaptasi. Dengan menggunakan teori adaptasi Linda Hutcheon sebagai rangka kerja, penyelidikan ini menganalisis cara peristiwa sejarah diubah menjadi naratif filem. Kajian ini menggunakan analisis kandungan sebagai metodologi, dengan memfokuskan cara filem itu mentafsir dan mempersembahkan peristiwa dan tema tertentu. Penyelidikan mendedahkan bahawa Conquer: Lahad Datu kekal dengan peristiwa sebenar sambil digabungjalinkan dengan tema menarik seperti patriotisme, kesetiaan kepada negara dan kekuatan yang tidak berbelah bahagi. Filem ini menggambarkan realiti sebenar konflik bersenjata dengan tumpuan pada perincian dan juga menambah sentuhan dramatik untuk menjadikan cerita lebih menarik dengan gabungan adegan aksi perang yang sengit dengan mesej yang lebih mendalam tentang keberanian dan keazaman dalam melindungi kebanggaan negara. Akhirnya, kajian ini memaparkan bagaimana nilai-nilai patriotik dapat menyerlah dalam filem sejarah dan menyerlahkan potensi menarik untuk lebih banyak cerita Malaysia yang berakar umbi dalam sejarah ditayangkan di skrin besar. Kata kunci: Conquer: Lahad Datu, filem Malaysia, adaptasi filem sejarah, teori adaptasi, analisis kandungan, patriotisme. Teks penuh: PD

    Pilihan Bahasa Dan Vitaliti Dialek Melayu Satun Dalam Domain Keluarga Di Daerah Muang Satun, Thailand Berdasarkan Analisis Domain

    No full text
    Satun, which borders the state of Perlis in northern Peninsular Malaysia, is a major tourism destination for visitors from around the world, including those from Malaysia. Language is among the factors that attract Malaysian tourists. However, previous studies indicate that the local variety, the Satun Malay dialect (DMS), has begun to exhibit tendencies toward language shift. Therefore, this study was conducted to identify language choice and to analyse the vitality level of DMS among 124 tourism product workers (PPP) in the Muang Satun district, with the aim of examining whether employment (in the tourism sector) influences language choice in the family domain. The study is grounded in Fishman’s (1972) domain analysis and UNESCO’s Language Vitality and Endangerment (LVE) Framework (2011). Data were analysed through cross-tabulations using the Statistical Package of Social Sciences (SPSS) version 27 software to obtain the percentage distribution of language choices across age groups, followed by triangulation using the LVE (2011) framework to determine the level of language vitality. The findings, based on the percentage of PPP’s language choices, reveal that DMS was at level 4, which is stable yet threatened as it continues to be moderately used among older and adult speakers, but is declining among young speakers across all examined subdomains. This suggests that the use of DMS by PPP in the family domain is beginning to display features of language shift. Hence, PPP are encouraged to take appropriate measures to ensure that DMS is preserved and transmitted to future generations. Keywords: Language choice, age group, tourism product workers, Satun Malay Dialect (DMS), language vitality, language shift Full Text: PDFSatun yang terletak bersempadan dengan negeri Perlis di utara semenanjung Malaysia merupakan destinasi pelancongan utama bagi pengunjung dari seluruh dunia, termasuklah pengunjung dari Malaysia. Faktor bahasa antara tarikan pelancong dari Malaysia, namun berdasarkan kajian lepas, dialek tempatan, iaitu dialek Melayu Satun (DMS), kini mula menunjukkan situasi ke arah peralihan bahasa. Oleh itu, kajian dilakukan untuk mengenal pasti pilihan bahasa dan menganalisis tahap vitaliti DMS dalam kalangan 124 pekerja produk pelancongan (PPP) di daerah Muang Satun bagi meneliti, sama ada pekerjaan (bidang pelancongan) mempunyai pengaruh terhadap pilihan bahasa atau tidak dalam domain keluarga. Pendekatan yang mendasari kajian ini ialah analisis domain oleh Fishman (1972) dan Kerangka Tahap Keterancaman Bahasa UNESCO (LVE) (2011). Data dianalisis melalui tabulasi silang dalam perisian Statistical Packages of Social Science (SPSS) versi 27 bagi mendapatkan peratusan pilihan bahasa mengikut kumpulan umur yang seterusnya dilakukan triangulasi melalui kerangka LVE (2011) bagi menentukan tahap vitaliti bahasa. Dapatan kajian berdasarkan peratusan pilihan bahasa PPP menunjukkan bahawa DMS masih berada pada Tahap 4, iaitu tahap stabil, namun terancam kerana masih digunakan pada tahap sederhana dalam kalangan penutur kumpulan tua dan kumpulan dewasa, tetapi makin kurang digunakan dalam kumpulan muda dalam semua subdomain yang dikaji. Hal ini memperlihatkan bahawa penggunaan DMS oleh PPP dalam domain keluarga mula menampakkan ciri peralihan bahasa. Oleh itu, PPP disarankan untuk mula mengambil langkah yang wajar bagi memastikan DMS terus kekal dan diwarisi oleh generasi seterusnya. Kata kunci: Pilihan bahasa, kumpulan umur, pekerja produk pelancongan, Dialek Melayu Satun (DMS), vitaliti bahasa, peralihan bahasa Teks penuh: PD

    Kesetaraan Makna Kata Samaran Laras Algoritma dalam Media Sosial Berdasarkan Teori Prosodi Semantik

    No full text
    The phenomenon of algospeak usage in social media reflects the emergence of linguistic masking strategies that enable negatively toned messages to be conveyed implicitly while remaining concealed from algorithmic monitoring systems. A review of the literature indicates that empirical approaches remain limited in examining the visual forms of algospeak disguises that are increasingly widespread in digital discourse, as well as their impact on the original meanings of the words involved. Therefore, this study was conducted to identify the categories of word types commonly disguised to represent negative human traits and to examine the semantic equivalence between algospeak disguised forms and their original lexical forms through the lens semantic prosody theory. A total of 5,000 public comments from Facebook were extracted using the PhantomBuster application as the primary data source. Data collection was carried out through an Application Programming Interface (API) supported by an automated script specifically developed to systematically extract user comments. The analysis was conducted qualitatively through open coding and thematic analysis, followed by the application of semantic prosody theory with an emphasis on collocational patterns and evaluative meanings underlying the utterances. The findings reveal that social media users tend to target individual weaknesses in physical, moral, intellectual, social, and ideological domains through algospeak forms, such as “l3mb00”, “p3ny0nd0l”, and “m4c41 p0l1t!k”. Nevertheless, the results demonstrate that orthographic transformations do not weaken the semantic force of the original words, as the accompanying collocational and evaluative contexts consistently preserve their implicit meanings. Overall, the application of semantic prosody theory proves effective in addressing ambiguity in disguised language and contributes to the empirical and contextualised advancement of digital semantic discourse, particularly by providing a methodological foundation for analysing lexical masking strategies on social media, as well as offering practical guidance for digital linguistics research, language education, and digital content management. Keywords: Algospeak, implicit meaning, semantic prosody, social media, collocation, linguistic masking Full text: PDFFenomena penggunaan kata laras algoritma dalam media sosial menunjukkan kemunculan strategi penyamaran linguistik yang membolehkan mesej bernada negatif disampaikan secara tersirat, namun kekal terselindung daripada sistem kawalan algoritma. Dengan berdasarkan sorotan literatur, didapati bahawa masih kurang pendekatan empirikal digunakan bagi memahami bentuk penyamaran visual kata laras algoritma yang kini penggunaannya makin meluas dalam wacana digital, dan kesan penyamaran tersebut terhadap makna asal kata yang terlibat. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kategori jenis kata yang lazim disamarkan bagi menggambarkan sisi negatif manusia dan meneliti kesetaraan makna tersirat antara kata samaran berbentuk laras algoritma dengan bentuk asal kata terlibat berpandukan teori prosodi semantik. Sebanyak 5,000 komen awam daripada Facebook diekstrak menggunakan aplikasi PhantomBuster sebagai sumber data utama. Pengumpulan data dilaksanakan melalui Application Programming Interface (API) dengan bantuan skrip automatik yang direka khusus untuk mengekstrak komen pengguna secara sistematik. Analisis dilakukan secara kualitatif melalui kaedah pengekodan terbuka dan analisis tematik, disusuli oleh penerapan teori prosodi semantik yang berfokuskan pola kolokasi dan konteks makna penilaian yang mendasari ujaran. Hasil analisis menunjukkan bahawa pengguna media sosial cenderung untuk menyasarkan kelemahan individu dari aspek fizikal, moral, intelektual, sosial dan ideologi melalui bentuk penyamaran kata berbentuk laras algoritma, seperti “l3mb00”, “p3ny0nd0l” dan “m4c41 p0l1t!k”. Walau bagaimanapun, dapatan kajian membuktikan bahawa transformasi ejaan tidak menjejaskan kekuatan makna asal kerana konteks kolokasi dan penilaian yang mengiringinya masih mengekalkan makna tersirat secara konsisten. Secara keseluruhan, penerapan teori prosodi semantik terbukti mampu menangani isu kekaburan makna dalam bahasa tersamar dan menyebabkan pengembangan wacana semantik digital secara empirikal dan kontekstual, khususnya melalui penyediaan asas metodologi untuk menganalisis strategi penyamaran kata dalam media sosial, serta menawarkan panduan praktikal bagi penyelidikan linguistik digital, pendidikan bahasa dan pengurusan kandungan digital. Kata kunci: Laras algoritma, makna tersirat, prosodi semantik, media sosial, kolokasi, penyamaran bahasa Teks penuh: PD

    Penentuan Kadar Harta Sepencarian selepas Kematian Pasangan: Kajian Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru

    No full text
    Matrimonial property is recognised under Islamic Family Law in every state and may be claimed on the grounds of divorce, polygamy, or death even though it is not explicitly stated in the Quran or hadis. However, the law regarding the determination of the proportion of matrimonial property after the death of a spouse is not clearly provided for in any statute, which leads to confusion for parties wishing to make such claims. Therefore, the objective of this study is to identify the approach taken by the Syariah High Court of Johor Bahru in determining the distribution rate of matrimonial property in claims made after the death of a spouse. This qualitative research involves document analysis of cases reported at the Syariah High Court of Johor Bahru from 2022 to 2024. In addition, semi-structured interviews were conducted with a Syariah Judge, an assistant registrar, and a sulh officer from the same court. The findings of the study show that the proportion of claim distribution determined by the court is based on the extent of each party’s contribution. Therefore, the study suggests that a specific guideline should be formulated to outline the criteria for contribution and the time frame for claims, as well as to ensure that the determination of matrimonial property is made prior to the distribution of inheritance under faraid, in order to guarantee fairness and consistency in the implementation of such claims. Keywords: Islamic Family Law, matrimonial property, death of a spouse, distribution of matrimonial property, spousal contribution, Syariah High Court, claims Full text: PDFHarta sepencarian diiktiraf oleh undang-undang keluarga Islam di setiap negeri dan boleh dituntut atas sebab perceraian, poligami atau kematian walaupun tidak pernah dinyatakan dalam al-Quran atau hadis. Namun demikian, undang-undang mengenai penentuan kadar pembahagian harta sepencarian selepas kematian pasangan tidak diperuntukkan secara jelas dalam mana-mana statut. Hal ini menyebabkan kekeliruan bagi pihak yang ingin menuntutnya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pendekatan Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru dalam penentuan kadar pembahagian harta sepencarian bagi tuntutan selepas kematian pasangan. Kajian ini berbentuk kualitatif, iaitu menganalisis dokumen melalui kes yang dilaporkan di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru dari tahun 2022 hingga tahun 2024. Selain itu, temu bual separa berstruktur dilakukan terhadap seorang hakim syarie, penolong pendaftar dan pegawai sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kadar pembahagian harta sepencarian yang ditetapkan oleh mahkamah berbeza-beza disebabkan oleh tafsiran yang tidak seragam berhubung takat sumbangan yang diberikan oleh pihak terbabit. Oleh itu, pengkaji mencadangkan penggubalan satu garis panduan khusus tentang penetapan kriteria sumbangan dan tempoh tuntutan, serta memastikan penentuan harta sepencarian dilakukan sebelum pembahagian pusaka difaraidkan bagi menjamin keadilan dan keseragaman dalam pelaksanaan tuntutan. Kata kunci: Undang-undang keluarga Islam, harta sepencarian, kematian pasangan, pembahagian harta sepencarian, sumbangan pasangan, Mahkamah Tinggi Syariah Teks penuh: PD

    Peranan Parang Ilang dalam Kebudayaan Material Iban di Sarawak

    No full text
    This study explores the parang Ilang through the lens of Iban civilisation and culture, highlighting its significance as a symbol of their historical grandeur and civilisational achievement in Sarawak. The parang Ilang is a traditional tool of logistics that plays a crucial role in Iban material culture in Sarawak. Beyond being a tool for defence and hunting, the Iban parang Ilang symbolises social status, heroism, strength, courage, and heritage passed down through generations. It also serves as a cultural identity marker, reflecting intellectual values and aspirations that are deeply rooted in everyday life. However, various factors have altered the cultural patterns of the Iban during the colonial era. Additionally, modernisation and globalisation have weakened contemporary Iban society’s ability to comprehend the origins and significance of the parang ilang within their material culture. In light of this, the present study aims to analyse the role of the parang Ilang within the Iban material culture, encompassing its use in warfare, traditional rituals, traditional healing practices, and as a legacy and heirloom. The research employs a qualitative ethnographic methodology grounded in fieldwork, utilising participant and non-participant observations as well as triangulated interviews with informants.  Fleming’s theory (1974) is applied to data analysis. The findings reveal that the parang Ilang retains relevance and continues to be practised within contemporary Iban material culture. Ultimately, this study highlights the importance of appreciating the role of parang Ilang, thereby enabling younger generations to better recognise and understand the struggles and cultural heritage of their ancestors before the advent of modernity. Full text: PDFKajian mengenai parang Ilang dikupas melalui peradaban Iban dan kebudayaan yang menjadi mercu tanda keagungan dan kegemilangan dalam menzahirkan ketamadunan mereka di Sarawak. Parang Ilang merupakan logistik tradisional yang berperanan penting dalam kebudayaan material Iban di Sarawak. Parang Ilang Iban bukan sekadar logistik pertahanan dan memburu, malah melambangkan status sosial, kepahlawanan, kekuatan, keberanian serta warisan yang diwarisi secara bergenerasi. Parang Ilang juga menjadi citra identiti budaya Iban dalam bentuk intelektual dan aspirasi melalui naluri kehidupan. Walau bagaimanapun, pelbagai faktor telah mengubah corak kebudayaan Iban semasa era kolonialisme. Tambahan pula, pembangunan moden serta arus globalisasi memperlihatkan ketidakupayaan masyarakat Iban kini untuk memahami asal usul parang Ilang dan peranannya dalam kebudayaan material di Sarawak. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan parang dalam kebudayaan material Iban di Sarawak yang merangkumi aspek peralatan perang, adat lama, perubatan tradisional serta warisan dan pusaka Iban. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk etnografi yang didasari oleh kajian kerja lapangan melalui kaedah pemerhatian biasa, pemerhatian turut serta dan temu bual dengan informan melalui triangulasi. Kajian ini mengaplikasikan teori oleh Fleming (1974) dalam menganalisis data. Hasil kajian mendapati bahawa peranan parang Ilang dalam kebudayaan material Iban masih kekal relevan untuk dipraktikkan sehingga kini. Kesimpulannya, peranan parang Ilang penting untuk dihayati secara bersama agar generasi muda dalam lebih mengenali dan memahami perjuangan hidup nenek moyang mereka terdahulu sebelum wujudnya pemodenan yang dikecap pada hari ini. Teks penuh: PD

    Pengamalan Adat Resam dalam kalangan Masyarakat Orang Asli Mah Meri Muslim di Tanjung Sepat, Banting, Selangor

    No full text
    Local wisdom refers to a set of cutoms or norms within a community that are passed down through generations. The term custom encompasses various aspects of community life involving normative beliefs and behaviours inherited from their ancestors. In general, the implementation of customs is still significant among the Orang Asli community. This is due to the animist culture and beliefs that still surround the Orang Asli community. However, when the community transitioned from animistic beliefs to embracing Islam, a shift in belief systems occured, which impacted the practice of the original customs of the Mah Meri Orang Asli. Therefore, this paper identifies the customs that are still practised, analyses the factors leading to the abandonment of certain customs and explains the adaptation local wisdom within Islamic teachings among the Mah Meri Muslim Orang Asli community in Tanjung Sepat, Banting, Selangor as the basis of the debate. The methodology used is qualitative in the form of ethnography. Interviews and follow-up observations methods were also used to achieve the objectives of this study. The results of the study show that certain customary practices are still carried out as cultural norms, but are not related to ancestral beliefs. Most abandoned practices are due to differering religious concepts, while some have been adapted to fit the religious teachings. This study is expected to be the basis for more in-depth studies in the future. Full text: PDFAdat resam merupakan suatu kebiasaan atau norma dalam sesebuah masyarakat yang diwarisi secara turun-temurun. Istilah adat resam meliputi pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat yang membabitkan kepercayaan dan tingkah laku normatif yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Secara umumnya, pelaksanaan adat resam masih signifikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Hal ini disebabkan oleh budaya dan kepercayaan animisme yang masih melingkari komuniti Orang Asli. Namun begitu, apabila mereka bertukar pegangan dan kepercayaan daripada animisme kepada agama Islam, berlaku pergeseran kepercayaan yang memberikan impak kepada pengamalan adat resam Orang Asli Mah Meri yang asal. Oleh itu, makalah ini mengenal pasti adat resam yang masih diamalkan, menganalisis faktor adat resam ditinggalkan dan menghuraikan adaptasi adat resam dalam agama Islam dalam kalangan masyarakat orang Asli Mah Meri Muslim di Tanjung Sepat, Banting, Selangor sebagai asas perbahasan. Metodologi yang digunakan ialah kualitatif berbentuk etnografi. Kaedah temu bual dan pemerhatian ikut serta digunakan untuk mencapai objektif kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa masih terdapat amalan adat resam yang masih dijalankan atas faktor norma kebiasaan, namun tidak berkait dengan kepercayaan nenek moyang. Kebanyakan amalan yang telah ditinggalkan adalah kerana konsep kepercayaan beragama yang berbeza. Namun begitu, pengamalan sesetengah adat resam juga telah disesuaikan mengikut anutan agama. Kajian ini diharapkan dapat menjadi asas untuk pengkajian yang lebih mendalam pada masa akan datang. Teks penuh: PD

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇