Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Cabaran Perbendaharaan Kata Konsep Islam dalam Kamus Melayu Inggeris Awal oleh Thomas Bowrey dan William Marsden
Islamic lexicon played an important role in shaping the early Malay-English dictionaries compiled by Western scholars such as Thomas Bowrey (1659–1713) and William Marsden (1754–1836). This paper explores how these early lexicographers integrated Islamic terminology into their bilingual dictionaries, revealing Islam’s profound cultural and intellectual influence on the Malay language from the 17th to 19th century. Through a comparative analysis, this study delves into Bowrey and Marsden’s choices when documenting the following Arabic-derived terms and Islamic concepts: Allah, haram, nabi, and neraka. This method allows for an in depth look at how these dictionaries balanced the accurate representation of native meanings with Western interpretations influenced by the colonial context. The study finds that while these dictionaries functioned as valuable linguistic bridges that facilitated communication and understanding between cultures, they also reflected the biases and limitations of their time. This research highlights the challenges of accurately documenting Islamic knowledge and its lasting impact on understanding and preserving the Malay language and its religious heritage.
Full text: PDFPerbendaharaan kata Islam memainkan peranan penting dalam membentuk kamus awal bahasa Melayu yang disusun oleh sarjana Barat seperti Thomas Bowrey (1659–1713) dan William Marsden (1754–1836). Makalah ini mengkaji cara ahli leksikografi awal ini menggabungkan istilah-istilah Islam ke dalam kamus dwibahasa mereka, yang mendedahkan pengaruh budaya dan intelektual Islam yang mendalam terhadap bahasa Melayu dari abad ke-17 hingga ke-19. Melalui analisis perbandingan, kajian ini menyelami pilihan yang dibuat oleh Bowrey dan Marsden ketika mencatatkan istilah yang berasal dari bahasa Arab dan konsep Islam: Allah, haram, nabi dan neraka. Kaedah ini membolehkan tinjauan mendalam terhadap bagaimana kamus-kamus ini mengimbangi perwakilan makna asli yang tepat dengan tafsiran Barat yang dipengaruhi oleh kerangka kolonial. Kajian ini mendapati bahawa walaupun kamus-kamus ini berfungsi sebagai jambatan linguistik yang berharga yang memudahkan komunikasi dan pemahaman antara budaya, ia juga mencerminkan prasangka dan keterbatasan zaman tersebut. Penyelidikan ini menyoroti cabaran dalam mencatatkan pengetahuan Islam dengan tepat dan kesannya yang berkekalan terhadap pemahaman serta pemeliharaan bahasa Melayu dan warisan agamanya.
Teks penuh: PD
Pengaruh Bahasa Mandarin Terhadap Tahap Pemahaman Penjodoh Bilangan Biji dalam kalangan Masyarakat Cina Semenanjung Malaysia
Classifiers play a significant role in the daily interactions of Malaysians as they reflect the nation’' ethnic, cultural, and linguistic diversity. The Malay classifier "biji" is commonly used for small and round objects, especially fruits. However, previous studies point to a decline in classifiers comprehension across generations. This study aims to identify the level of understanding of the classifier "biji" among the Chinese community in Peninsular Malaysia and to analyse the influence of Mandarin based on Lado's (1957) theory of transfer and interference. A questionnaire was administered to 400 native speakers of Malaysian Mandarin Chinese from four geographical zones in Peninsular Malaysia. The questionnaire items were constructed using definitions and examples from authoritative Malay classifier dictionary to ensure validity. The findings indicate that the level of understanding of the classifier "biji" among the Chinese community in Peninsular Malaysia is low and has not reached a satisfactory standard. In terms of Mandarin influence, negative transfer occurred more frequently than positive transfer. Mandarin was found to contribute to negative transfer for all classifiers examined, except for the use of "biji" referring to commonly known small and round objects. These findings provide important implications for the pedagogy of teaching Malay and Chinese as second languages, particularly in relation to the semantic influence of learners’ first language.
Keywords: Malay classifier, biji, Peninsular Malaysia, Malaysian Chinese community, level of proficiency, contrastive analysis
Full text: PDFPenjodoh bilangan berperanan penting dalam interaksi harian rakyat Malaysia kerana penggunaannya mencerminkan kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa di negara ini. Penjodoh bilangan Melayu "biji" lazim digunakan untuk objek kecil dan bulat, khususnya buah. Walau bagaimanapun, kajian terdahulu menunjukkan penurunan dalam tahap pemahaman penjodoh bilangan merentasi generasi. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap pemahaman penjodoh bilangan "biji" dalam kalangan masyarakat Cina Semenanjung Malaysia dan menganalisis pengaruh bahasa Mandarin terhadap pemahaman penjodoh bilangan biji dalam kalangan responden yang sama berdasarkan teori pemindahan dan gangguan oleh Lado (1957). Soal selidik diedarkan kepada 400 responden yang semuanya penutur jati bahasa Mandarin Cina Malaysia dari empat zon geografi di Semenanjung Malaysia. Item soal selidik dirangka menggunakan definisi dan contoh daripada kamus penjodoh bilangan Melayu yang berwibawa bagi memastikan kesahan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pemahaman penjodoh bilangan "biji" dalam kalangan masyarakat Cina Semenanjung adalah rendah dan belum mencapai tahap yang memuaskan. Dari segi pengaruh bahasa Mandarin, pemindahan negatif lebih kerap berlaku berbanding dengan pemindahan positif. Dalam hal ini, bahasa Mandarin turut menyebabkan pemindahan negatif bagi semua penjodoh bilangan yang dikaji, kecuali penjodoh bilangan "biji" yang merujuk objek kecil dan bulat yang lazim. Penemuan ini membawa implikasi penting terhadap pedagogi pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Cina sebagai bahasa kedua, khususnya dengan mengambil kira aspek semantik bahasa pertama.
Kata kunci: Penjodoh bilangan bahasa Melayu, biji, Semenanjung Malaysia, masyarakat Cina Malaysia, tahap penguasaan, analisis kontrastif
Teks penuh: PD
Analisis Stilistik Kritikal dalam Lirik Lagu Sedih Hati
The beauty of a song is revealed not only through its musical arrangement but also through the implicit meanings embedded within its lyrics. The aesthetic appeal and communicative force of lyrics are shaped by elements such as metaphor, repetition, symbolism, and tropes. This study was conducted to identify the linguistic strategies employed by Malique in the lyrics of Sedih Hati in terms of meaning construction and their effects on listeners, particularly from the perspectives of rhetoric, semantic structure, and lexical choice, using the critical stylistics framework proposed by Lesley Jeffries (2010). The findings of this study show that all the linguistic strategies identified within the framework were present in the lyrics analysed. Through the application of Jeffries’ theory, the linguistic features used by Malique not only demonstrate artistic creativity but also reveal the presence of critical social messages related to oppression, injustice, and societal anxiety, as reflected through cynical metaphors, political satire, and representations of social stratification in the lyrics. This study broadens the understanding of local music stylistics by illustrating how Malaysian rap lyrics function as a valuable medium of social critique and it affirms that rap lyrics, particularly those by Malique, possess significant literary value and merit scholarly attention in language studies.
Keywords: content analysis, song lyrics, critical stylistics, figurative language, social messages, local music
Full text: PDFKeindahan lagu terserlah bukan sahaja melalui alunan muzik, tetapi juga melalui makna yang tersirat dalam lirik. Keindahan dan kekuatan mesej lirik pula dipengaruhi oleh elemen metafora, perulangan, perlambangan dan trope. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti strategi linguistik yang digunakan oleh Malique dalam lirik lagu Sedih Hati dari segi pembentukan makna dan kesan terhadap pendengar, khususnya dari sudut retorik, struktur semantik dan pilihan leksikal menggunakan model kerangka stilistik kritikal yang dikemukakan oleh Jeffries (2010). Hasil kajian menunjukan bahawa keseluruhan strategi linguistik yang dinyatakan ditemukan dalam kajian ini. Melalui aplikasi teori Jeffries ini, unsur bahasa yang digunakan oleh Malique bukan sahaja mencerminkan kreativiti artistik, tetapi juga membuktikan kewujudan mesej sosial yang kritikal yang berkaitan dengan penindasan, ketidakadilan dan keresahan masyarakat, sebagaimana yang ditunjukkan melalui metafora sinis, sindiran politik dan perbandingan stratifikasi sosial dalam lirik tersebut. Kajian ini memperluas pemahaman tentang stilistik muzik tempatan melalui pendedahan cara lirik rap Malaysia berfungsi sebagai medium kritikan sosial yang bernilai dan membuktikan bahawa lirik lagu rap, khususnya oleh Malique, memiliki nilai kesusasteraan yang tinggi dan wajar diberikan perhatian dalam kajian bahasa.
Kata kunci: Analisis kandungan, lirik lagu, stilistik kritikal, gaya bahasa, mesej sosial, muzik tempatan
Teks penuh: PD
Penilaian Semula Folklor Melayu: Kosmologi, Identiti dan Naratif Gunung Keriang, Kedah, Malaysia
This article examines the folklore of Gunung Keriang in Kedah through its two most prominent narrative strands: the myth of Sang Gedembai and the legend of Mat Raya. Although frequently regarded as simple folk tales or mere entertainment, these narratives in fact reveal deeper registers of cultural memory and symbolic geography within Malay oral tradition. The myth of Sang Gedembai, in which a royal vessel is petrified into a mountain through a curse, exemplifies the mythic mode that encodes cosmological anxieties about authority, marriage, and transgression. The legend of Mat Raya, by contrast, situates Gunung Keriang within a heroic continuum where human agency and divine sanction intersect to produce a natural landmark as a lasting monument of protection and sacrifice. By juxtaposing these two versions of origin, the study argues that Gunung Keriang operates not only as a geological formation but as a cultural text that mediates between myth, legend, and the lived environment of Kedah. Methodologically, this study employs qualitative folkloristic analysis grounded in symbolic anthropology, combining textual interpretation with field-based observations conducted at Gunung Keriang. It explicitly incorporates a structural approach informed by Lévi-Strauss’s notion of “mythical thought” to examine how binary oppositions, such as nature and culture, and authority and resistance, are encoded within both narratives. Drawing on approaches from folklore studies and symbolic anthropology, the article foregrounds how local narratives transform natural topography into a cosmological map of power, morality, and identity. Such stories constitute what Lévi-Strauss termed “mythical thought,” in which binary oppositions —nature and culture, male and female, power and resistance— are resolved in symbolic form. At the same time, the endurance of these narratives demonstrates the role of oral tradition in shaping cultural identity and communal belonging in postcolonial Malaysia. The contribution of this research lies in repositioning Malay folklore, particularly localised landscape narratives, as a form of cultural sovereignty and symbolic geography. This challenges the marginalisation of oral tradition in mainstream literary studies and offers a new interpretive framework for understanding the interrelation between narrative, landscape and identity in the Malay world. By reinterpreting Gunung Keriang as folklore that oscillates between myth and legend, this article challenges the conventional relegation of Malay folk narratives to the margins of literary studies. Instead, it situates them within a broader discourse of cosmology, symbolic geography, and cultural sovereignty, demonstrating their continued relevance for understanding the intersections of narrative, landscape, and identity in the Malay world.
Keywords: Gunung Keriang, Malay folklore, Kedah, cosmology, Elephant Hill, Lévi-Strauss
Full text: PDFArtikel ini meneliti folklor Gunung Keriang di Kedah melalui dua jalur naratif yang paling menonjol, iaitu mitos Sang Gedembai dan legenda Mat Raya. Walaupun sering dianggap sebagai cerita rakyat ringan atau sekadar hiburan, kedua-dua naratif ini sebenarnya mengandungi lapisan yang mendalam tentang memori budaya serta geografi simbolik dalam tradisi lisan Melayu. Mitos Sang Gedembai, yang mengisahkan sebuah perahu diraja yang menjadi batu menyerupai gunung akibat satu sumpahan, memperlihatkan modus mitos yang menggambarkan kegelisahan kosmologi tentang autoriti, perkahwinan dan pelanggaran adat. Legenda Mat Raya pula menempatkan Gunung Keriang dalam jalur kepahlawanan, yang mana agensi manusia dan restu ketuhanan bersilangan untuk menghasilkan sebuah penanda alam yang kekal sebagai monumen perlindungan dan pengorbanan. Dengan mempertemukan kedua-dua naratif asal ini secara perbandingan, kajian ini berhujah bahawa Gunung Keriang tidak berfungsi semata-mata sebagai formasi geologi, tetapi sebagai teks budaya yang menghubungkan mitos, legenda dan persekitaran hidup masyarakat Kedah. Dari segi metodologi, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif folkloristik berasaskan antropologi simbolik dengan menggabungkan tafsiran tekstual dan pemerhatian lapangan yang dijalankan di Gunung Keriang. Pendekatan struktural yang diilhamkan daripada konsep “pemikiran mitos” Lévi-Strauss diterapkan untuk meneliti bagaimana pertentangan binari seperti alam dan budaya, serta autoriti dan penentangan yang digambarkan dalam kedua-dua naratif tersebut. Dengan memanfaatkan kerangka kajian folklor dan antropologi simbolik, artikel ini menonjolkan bagaimana naratif tempatan mengubah topografi alam menjadi peta kosmologi yang memperlihatkan hubungan kuasa, moraliti dan identiti. Ceritacerita ini melambangkan bentuk pemikiran mitos dalam erti Lévi- Strauss, iaitu cara budaya menyelesaikan pertentangan seperti alam dan budaya, maskulin dan feminin, serta kuasa dan penentangan melalui representasi simbolik. Pada masa yang sama, kelangsungan kedua-dua naratif ini memaparkan peranan tradisi lisan untuk membentuk identiti budaya dan rasa kebersamaan komuniti dalam konteks Malaysia pascakolonial. Sumbangan utama penyelidikan ini terletak pada usaha menempatkan semula folklor Melayu, khususnya naratif landskap setempat, sebagai satu bentuk kedaulatan budaya dan geografi simbolik. Hal ini mencabar pengelasan tradisi lisan dalam arus perdana kajian kesusasteraan yang sering meminggirkannya dan menawarkan kerangka tafsiran baharu untuk memahami hubungan antara naratif, landskap dan identiti dalam dunia Melayu. Dengan mentafsir semula Gunung Keriang sebagai folklor yang bergerak antara mitos dengan legenda, artikel ini mengkritik kecenderungan konvensional yang meletakkan cerita rakyat Melayu di pinggiran wacana akademik. Sebaliknya, menempatkannya dalam wacana yang lebih luas tentang kosmologi, geografi simbolik dan kedaulatan budaya, serta membuktikan kerelevanannya bagi memahami persilangan antara naratif, landskap dan identiti di Alam Melayu.
Kata kunci: Gunung Keriang, folklor Melayu, Kedah, kosmologi, Gunung Gajah, Lévi-Strauss
Teks penuh: PDF
 
Representasi Identiti dalam Teks Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentang Pembendungan Penularan Wabak Covid-19
Speeches delivered by political leaders often serve as a medium for identity construction, and one of the ways this is achieved is through the use of personal pronouns. This study aims to identify the types of personal pronouns used in Movement Control Order (MCO) special address texts and to examine the identities constructed by the speaker in relation to the citizens. A total of nine speech texts were downloaded from the official website of the Prime Minister’s Office – https://www.pmo.gov.my/speech/, spanning from March 2020 to February 2021. Employing both qualitative and quantitative approaches, this study applied Fairclough's (2013) model of Critical Discourse Analysis. The findings indicate three types of personal pronouns used: "kita" (we), "saya" (I), and "kerajaan" (the government). The personal pronouns "kita" recorded the highest usage frequency, appearing 284 times (51.08%), followed by "saya" with 189 times in usage (33.99%), and "kerajaan" with 83 times (14.93%). The predominant use of "kita" illustrates the speaker's intention to construct a collective identity, fostering a sense of solidarity with the people. The use of "kita" aligns with the contextual urgency of the pandemic, signifying a call for shared responsibility in curbing the spread of COVID-19. In sum, the analysis reflects a strategic discursive effort to promote unity and collective social action during a global health crisis.
Keywords: Covid-19, identity, Movement Control Order (MCO), Prime Minister of Malaysia, personal pronouns, speech text
Full text: PDFUcapan yang disampaikan oleh pemimpin politik menggambarkan identiti. Identiti ini dapat ditunjukkan menerusi penggunaan kata ganti nama diri (KGND) pertama. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis KGND yang digunakan oleh pewacana dalam teks perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menghuraikan identiti yang dibina oleh pewacana dengan rakyatnya menerusi KGND dalam teks perutusan khas berkenaan. Sebanyak sembilan teks ucapan dimuat turun daripada laman sesawang rasmi Pejabat Perdana Menteri – https://www.pmo.gov.my/speech/ (dari bulan Mac 2020 hingga Februari 2021). Pendekatan kualitatif dan kuantitatif diterapkan dengan teori analisis wacana kritis oleh Fairclough (2013). Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat tiga jenis KGND yang digunakan, iaitu KGND "kita", "saya" dan "kerajaan". KGND "kita" mencatatkan kekerapan penggunaan yang paling tinggi, iaitu sebanyak 284 kali (51.08%). KGND “saya” pula merekodkan penggunaan sebanyak 189 kali (33.99%), manakala KGND "kerajaan" digunakan sebanyak 83 kali (14.93%). Dominasi penggunaan KGND “kita” menunjukkan bahawa pewacana ingin membina identiti yang bersifat kekitaan. Secara jelas, penggunaan KGND "kita" oleh pewacana bertujuan untuk menunjukkan pertalian yang akrab dengan rakyatnya. Penggunaan KGND “kita” juga bertepatan dengan situasi yang dialami. Dalam hal ini, penggunaan KGND "kita" menunjukkan bahawa pewacana ingin rakyatnya terlibat bersama-sama dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Secara keseluruhan, dapatan analisis ini mampu mencerminkan lakuan sosial yang baik. Penggunaan KGND "kita" yang menggambarkan identiti kekitaan dapat dijadikan sebagai alat pembakar semangat solidariti dalam kalangan rakyat Malaysia ketika berhadapan dengan krisis kesihatan global.
Kata kunci: Covid-19, identiti, kata ganti nama diri, Perdana Menteri Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), teks perutusan khas
Teks penuh: PD
Ideologi Romantis dan Kolonial Thomas Stamford Raffles dalam Penghasilan Manuskrip Hikayat Damar Bulan
This study aims to uncover the romantic-colonial ideology of Sir Thomas Stamford Raffles, who acted as a patron in the production of the Hikayat Damar Bulan manuscript (RAS 11). Employing narrative analysis, the study examines the portrayal of Damarwulan in the text, followed by a discursive analysis within a codicological framework (including the manuscript’s date, origin, scribe, and patron) and considers the historical context of British colonialism in Java. The findings reveal that the Hikayat Damar Bulan was completed in 1815 under the direction of Raffles. The manuscript was copied from the Serat Damarwulan and the wayang krucil performances, which were popular along the northern coast of Central Java. In the tale, Damarwulan is depicted as a hero who maintains and protects the integrity of Majapahit from the threat of Menak Jingga, a narrative positioning symbolising the ideal order. This position suggests that the manuscript contains a romanticised portrayal of an ideal order rooted in the Hindu-Buddhist era of Majapahit, rather than the Islamic forces of 19th-century Java, which Raffles perceived as sources of disorder and threats to colonial rule. The manuscript serves as material evidence of Raffles’ romanticism—his desire for a harmonious order in which colonial power could be institutionalised and exercised without resistance. Thus, this study concludes that Hikayat Damar Bulan is a romantic manuscript, produced with and for the purpose of articulating Raffles’ romantic ideology, an ideology that was discursively shaped within the context of colonialism and among 19th-century colonial scholars.
Full text: PDFKajian ini bertujuan untuk mengungkap ideologi romantisisme-kolonial Thomas Stamford Raffles yang bertindak sebagai pelindung dalam penghasilan manuskrip Hikayat Damar Bulan (RAS 11). Kajian ini menggunakan analisis naratif untuk meneliti pemaparan Damarwulan dalam teks tersebut, diikuti dengan analisis diskursif dalam rangka kerja kodikologi (sejarah pengumpulan manuskrip: tahun, asal-usul, penulis, dan penaung), serta konteks sejarah penjajahan British di Jawa. Kajian mendapati bahawa Hikayat Damar Bulan disiapkan pada tahun 1815 di bawah kehendak dan arahan Raffles. Manuskrip ini disalin daripada Serat Damarwulan dan persembahan wayang krucil yang popular di sepanjang pantai utara Jawa Tengah. Dalam cerita ini, Damarwulan digambarkan sebagai seorang wira yang mengekalkan dan melindungi integriti Majapahit daripada ancaman Menak Jingga, satu kedudukan naratif yang melambangkan susunan ideal. Kedudukan ini menunjukkan bahawa manuskrip tersebut mengandungi penggambaran romantis tentang susunan ideal semasa era Hindu-Buddha Majapahit, berbanding dengan kuasa Islam pada abad ke-19 di Jawa yang dianggap Raffles sebagai sumber kemusnahan kerana mengancam susunan kolonial. Manuskrip ini berfungsi sebagai bukti material romantisisme Raffles, yang menginginkan susunan harmoni. Dengan susunan ini, kuasa kolonial dapat diinstitusikan dan berfungsi tanpa tentangan. Oleh itu, kajian ini menekankan bahawa Hikayat Damar Bulan dihasilkan dengan didorong oleh romantisisme yang terikat rapat dengan kehendak dan kepentingan ekonomi kolonialisme, yang dikenali sebagai romantik-kolonialisme di Jawa abad ke-19. Oleh itu, kajian ini merumuskan bahawa Hikayat Damar Bulan merupakan sebuah naskhah romantik yang dihasilkan bagi mengartikulasikan ideologi romantisisme Raffles, iaitu suatu ideologi yang berkembang secara diskursif dalam kalangan sarjana kolonial pada abad ke-19.
Teks penuh: PD
A Kajian Perbandingan Bahasa Figuratif dalam Puisi Patriotik Karya Paul Celan dan Usman Awang
This study aims to compare and analyse figurative language in patriotic poems by Paul Celan and Usman Awang. The objectives of the study are to discern the different types of figurative language used in these poems and, through analysis and comparison, to examine the similarities and differences in application by the two poets. The study examines how figurative communication is employed across different linguistic and cultural media to produce meaning and evoke emotional impact. This study employs Perrine’s (1977) theory of figurative language to determine the types of figurative expressions and to compare the poets’ use of figurative language. The analysis focuses on three German poems, “Schwarze Flocken,” “Todesfuge,” and “Psalm,” and three Malay poems, “Damai,” “Tanahair,” and “Pahlawan Kemerdekaan.” The analysis shows that Paul Celan’s poems contain personification, metaphors, irony, symbols, similes, hyperbole, understatement, and synecdoche. Conversely, Usman Awang’s Malay poems employ personification, metaphors, irony, symbols, apostrophe, metonymy, hyperbole, synecdoche, and paradox. The findings indicate that Paul Celan’s patriotic poems predominantly employed metaphors and symbols to illustrate the horror of the Holocaust, whereas Usman Awang’s poems employ personification and hyperbole to portray the people’s fighting desire for independence.
Keywords: figurative language, patriotism, comparative literary analysis, poetry, Paul Celan, Usman Awang
Full text: PDFKajian ini bertujuan membandingkan dan menganalisis bahasa figuratif dalam puisi-puisi patriotik karya Paul Celan dan Usman Awang. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan jenis-jenis bahasa figuratif yang digunakan dalam puisi-puisi tersebut serta, menerusi analisis dan perbandingan, mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam penggunaanya oleh kedua-dua pemuisi. Kajian ini juga bertujuan memahami dengan lebih mendalam bagaimana komunikasi figuratif digunakan melalui wadah linguistik dan budaya yang berbeza bagi menghasilkan makna serta membangkitkan impak emosi. Kajian ini menggunakan Teori Bahasa Figuratif oleh Perrine (1977) untuk menentukan jenis-jenis ekspresi figuratif bagi membandingkan dan membezakan penggunaan bahasa figuratif antara kedua-dua pemuisi. Metodologi kajian ini melibatkan analisis terhadap tiga buah puisi Jerman, iaitu “Schwarze Flocken,” “Todesfuge,” dan “Psalm,” dan tiga buah puisi Melayu, iaitu “Damai,” “Tanahair,” dan “Pahlawan Kemerdekaan.” Analisis menunjukkan bahawa puisi-puisi Paul Celan mengandungi unsur personifikasi, metafora, ironi, simbol, simile (perumpamaan), hiperbola, kenyataan yang kurang benar (understatement) dan sinekdoke. Sebaliknya, puisi-puisi Melayu karya Usman Awang menggunakan teknik personifikasi, metafora, ironi, simbol, apostrof (koma atas), metonimi, hiperbola, sinekdoke dan paradoks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi-puisi patriotik karya Paul Celan banyak menggunakan metafora dan simbol untuk menggambarkan kengerian peristiwa Holocaust, manakala puisi-puisi Usman Awang pula menggunakan personifikasi dan hiperbola untuk menggambarkan hasrat juang rakyat bagi meraih kemerdekaan.
Kata kunci: bahasa figuratif, patriotisme, analisis sastera perbandingan, puisi, Paul Celan, Usman Awang
Teks penuh: PD
Gaya Pengurusan Air Muka dalam Teks Sulalatus Salatin
This study analyses ways of managing face (air muka) in the classical Sulalatus Salatin text using Ting-Toomey’s (1988) face negotiation theory framework. The concept of face, which encompasses honour, self-worth, and reputation, is an essential aspect of Malay society’s communication culture, which is based on civility and social harmony. Although this theory has been applied cross-culturally and in modern communication contexts, its application to the reading of classical texts is underexplored. The main objective of this study is to analyse the forms and styles of face management employed by the characters in Sulalatus Salatin, based on the framework of face negotiation theory, through 12 key events involving conflicts of dignity and feelings of shame. Four approaches to face negotiation have been identified, namely face-restoration, face-assertion, face-saving, and face-giving. The findings show face-assertion to be the most dominant mode, which reflects the characters’ efforts to guard their honour in the context of a collectivist culture. This study indicates that modern communication theories can be effectively applied in the examination of traditional discourse, which simultaneously opens up interdisciplinary spaces between literary and cultural communication studies. These findings also strengthen our understanding of classical Malay value systems in managing conflict and sustaining social harmony.
Keywords: Sulalatus Salatin, face, incidents of embarrassment, face negotiation theory, Malay culture, intercultural communication
Full text: PDFKajian ini menganalisis gaya pengurusan air muka dalam teks klasik Melayu Sulalatus Salatin berasaskan kerangka teori pengurusan air muka (face negotiation theory) oleh Ting-Toomey (1988). Konsep air muka yang merangkumi maruah, harga diri dan kehormatan, merupakan aspek penting dalam budaya komunikasi masyarakat Melayu yang berteraskan nilai kesantunan dan keharmonian sosial. Walaupun teori ini sering diaplikasikan dalam konteks komunikasi moden dan rentas budaya, penerapannya terhadap teks klasik masih kurang diterokai. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis bentuk dan gaya pengurusan air muka yang diaplikasikan oleh watakwatak dalam Sulalatus Salatin berasaskan kerangka teori pengurusan air muka berdasarkan 12 peristiwa utama yang melibatkan konflik maruah dan perasaan malu. Empat gaya pengurusan air muka telah dikenal pasti, iaitu baik pulih air muka, tuntutan air muka, jaga air muka dan beri muka. Hasil kajian menunjukkan bahawa tuntutan air muka merupakan gaya paling dominan, mencerminkan usaha watakwatak mempertahankan maruah dalam konteks budaya kolektif. Kajian ini membuktikan bahawa teori komunikasi moden mampu diaplikasikan secara efektif bagi meneliti wacana tradisional, sekali gus membuka ruang interdisiplin antara kajian kesusasteraan dengan komunikasi budaya. Penemuan ini juga memperkukuh kefahaman terhadap nilai-nilai budaya Melayu silam bagi menangani konflik dan menjaga keharmonian sosial.
Kata kunci: Sulalatus Salatin, air muka, peristiwa malu, teori pengurusan air muka, budaya Melayu, komunikasi antara budaya
Teks penuh: PDF
 
Undang-undang Kegiatan Pelacuran di Malaysia, 1916–1973: Satu Perspektif Sejarah
Laws concerning prostitution are crucial for regulating such activities, yet an in-depth examination of these laws remain inadequate. Many aspects of these regulations have yet to be thoroughly explored and debated. This study examines prostitution laws in Malaysia by analysing primary and secondary sources, including acts, written reports by the Islamic Religious Council and Malay Customs of Kelantan, journals, books, and theses. The discussion is divided into two parts. The first part examines the types of acts implemented in Malaysia to regulate prostitution activities, with a particular focus on the Women and Girls Protection Act 1973, its strengths and weaknesses, and other related acts. The second part explores the types of laws used to regulate prostitution in Kelantan, including notices, notifications, and recommendations. The findings indicate that the current laws have not effectively addressed the issue of prostitution in Malaysia generally and in Kelantan specifically. Therefore, non-legal measures by the government, non-governmental organizations, and the society must complement existing laws to better address this issue.
Keywords: Registration of Guest Act 1965, prostitution, Women and Girls Protection Act 1973, Kelantan, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan, brothel
Full Text: PDFUndang-undang mengenai pelacuran sangat penting untuk mengawal kegiatan pelacuran, tetapi penelitian yang mendalam berkenaan undang-undang ini masih belum sempurna dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana masih banyak perkara yang berhubung dengan undang-undang ini yang masih belum diteroka dan dibahaskan. Oleh itu, pengkaji membincangkan undang-undang mengenai kegiatan pelacuran di Malaysia dengan menganalisis sumber primer dan sumber sekunder yang terdiri daripada Akta, laporan bertulis, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan, jurnal, buku dan tesis. Perbincangan dibahagikan kepada dua bahagian. Bagi bahagian pertama, pengkaji membincangkan jenis akta yang digunakan di Malaysia bagi mengawal kegiatan pelacuran. Dalam hal ini, pengkaji memfokuskan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973, kekuatan dan kelemahan akta ini dan beberapa akta lain yang berkaitan. Bagi bahagian kedua, pengkaji membincangkan jenis undang-undang bagi mengawal kegiatan pelacuran di Kelantan yang terdiri daripada Notis, Pemberitahu dan Cadangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa undang-undang ini masih belum mampu menangani masalah pelacuran di Malaysia secara amnya dan di Kelantan secara khususnya. Oleh itu, kawalan yang bukan berbentuk undang-undang daripada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan dan masyarakat perlu bergerak seiring dengan undang-undang sedia ada.
Kata kunci: Akta Pendaftaran Tetamu 1965, pelacuran, Akta Pelindungan Perempuan dan Gadis 1973, Kelantan, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan, rumah pelacuran
Teks Penuh: PD
Lakuan Bahasa dalam Perkhidmatan Pelancongan di Tasik Toba
The Indonesian government designates Toba Lake as one of the national tourism destinations with super priority status, referring to areas that receive focused attention in tourism development programmes. In line with this status, improving the quality of tourism services is a crucial aspect, including the use of speech acts by service providers. This study aims to analyse speech acts within the language register of tourism services in the Toba Lake area by applying Searle’s (1969) speech act theory. The study data were obtained from communicative interactions across three tourism service sectors: accommodation, souvenir sales, and restaurants. The findings indicate that the accommodation sector features three categories of speech acts-directive, assertive, and expressive-with four functions of speech acts identified. The souvenir retail sector exhibits four categories of speech acts, namely directive, assertive, expressive, and commissive with six functions identified. The restaurant sector also displays the same four categories of speech acts, although eight functions were identified. All these functions are essential for enhancing the effectiveness of service delivery and improving tourists’ experiences in Toba Lake.
Keywords: Speech acts, language register, pragmatics, tourism services, Toba Lake, tourism communication.
Full text: PDFKerajaan Indonesia menetapkan Tasik Toba sebagai satu daripada destinasi pelancongan kebangsaan dengan status super prioriti, iaitu kawasan yang mendapat perhatian khusus dalam program pembangunan pelancongan. Seiring dengan kedudukan ini, peningkatan mutu perkhidmatan pelancongan menjadi aspek penting, termasuklah dalam penggunaan lakuan bahasa oleh penyedia perkhidmatan. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis lakuan bahasa dalam laras bahasa perkhidmatan pelancongan di kawasan Tasik Toba dengan menggunakan teori lakuan bahasa yang dikemukakan oleh Searle (1969). Data kajian diperoleh daripada interaksi komunikasi dalam tiga sektor perkhidmatan pelancongan, iaitu penginapan, penjualan cenderamata dan restoran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sektor penginapan memperlihatkan tiga kategori lakuan bahasa, iaitu lakuan direktif, lakuan asertif dan lakuan ekspresif, dengan empat fungsi lakuan bahasa. Sektor penjualan cenderamata pula memperlihatkan empat kategori lakuan bahasa, iaitu lakuan direktif, asertif, ekspresif dan komisif, dengan enam fungsi lakuan bahasa. Sektor restoran turut memperlihatkan empat kategori lakuan bahasa yang sama, namun dengan lapan fungsi lakuan bahasa. Semua fungsi ini penting untuk memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan pengalaman pelancong di Tasik Toba.
Kata kunci: Lakuan bahasa, laras bahasa, pragmatik, perkhidmatan pelancongan, Tasik Toba, komunikasi pelancongan
Teks penuh: PD