Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Punca Perceraian dalam Kalangan Pasangan Dewasa Pertengahan: Kajian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Divorce among middle-aged couples has been a focal point of discussion in the media reports and academic research. Various factors contribute to the occurrence of divorce among middle-aged couples in Malaysia. This study was conducted to analyse the causes of divorce among middle-aged couples aged 40-60 at the Syariah Court of the Federal Territory of Kuala Lumpur (MSWP KL). Employing a qualitative approach, the study utilised appropriate data collection and analysis methods to achieve its stated objectives. Data collection was carried out through library research, interviews, and case studies, while the data obtained were analysed thematically and descriptively. The study identified several contributing factors to divorce among middle-aged couples in the Syariah Court of Kuala Lumpur, such as a lack of mutual understanding, issues related to the attitude and character of spouses, neglect of financial responsibilities (nafkah), religious factors, third-party interference, and the challenges associated with aging. As a resolution, the study proposed several recommendations to address and mitigate the prevalence of divorce in this demographic.
Keywords: Divorce, dissolution of marriage, causes of divorce, factors of divorce, Syariah Court of the Federal Territory of Kuala Lumpur, middle-age
Full Text: PDFPerceraian pasangan dewasa pertengahan antara fokus perbincangan dalam paparan akhbar dan penyelidikan akademik. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya perceraian dalam kalangan pasangan dewasa pertengahan di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis punca perceraian yang terjadi dalam kalangan pasangan dewasa pertengahan yang berumur antara 40–60 tahun di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang melibatkan metode pengumpulan data dan metode analisis data yang bersesuaian untuk mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan, temu bual dan kajian kes, manakala data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah temu bual secara tematik dan deskriptif. Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa faktor perceraian pasangan dewasa pertengahan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, seperti tiada persefahaman, masalah sikap dan akhlak pasangan yang terlibat dengan perceraian, sikap tidak bertanggungjawab terhadap nafkah, faktor agama, campur tangan orang ketiga dan pertambahan usia. Sebagai penyelesaian, pengkaji mencadangkan beberapa saranan yang dapat diaplikasikan untuk mengurangkan masalah perceraian ini.
Kata kunci: Perceraian, pembubaran perkahwinan, punca perceraian, faktor perceraian, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dewasa pertengahan
Teks Penuh: PD
Analisis Wacana Budaya Kesetiaan dalam Hikayat Hang Tuah dan Terjemahannya dalam Bahasa China
Hikayat Hang Tuah (HHT) is a masterpiece rich with elements of Malay culture. In the HHT, loyalty is a significant value and a cornerstone of Malay culture. Therefore, in the context of translation, the effectiveness of conveying this value is crucial for cross-cultural interaction between the source language culture and target language culture. To evaluate this effectiveness, this study examines the culture value of loyalty in HHT through the perspective of cultural translation, employing the Discourse and Register Analysis Theory. Analysis of discourse containing the culture of loyalty reflected through the character of Hang Tuah from the Malay source text (Hikayat Hang Tuah) to the Chinese target text (Hang Du A Chuan Qi) is conducted through three main aspects of register: field of discourse, mode of discourse, and tenor of discourse. The findings indicate that the translator tends to maintain important elements in the field of language and tenor of language. Particularly, in the aspect of language mode, the translator translates court language to the target text using terms from China’s feudal era to maintain the hierarchy and decorum characteristic of Malay court culture. Additionally, the translator’s use of religious terms in forms appropriate to the context of target language also clarifies Hang Tuah’s loyalty to the king and religion for target language readers. These efforts not only ensure the preservation of Malay cultural values of loyalty but also foster understanding of cross-cultural interaction between the Malay and Chinese societies.
Full text: PDFHikayat Hang Tuah (HHT) ialah karya agung yang sarat mengandungi unsur budaya Melayu. Dalam HHT, kesetiaan ialah nilai yang signifikan dan teras dalam budaya Melayu. Lantaran itu, dalam konteks terjemahan keberkesanan terjemahan nilai ini amat penting bagi interaksi silang budaya antara budaya bahasa sumber dengan budaya bahasa sasaran. Untuk mengesan keberkesanan ini, kajian ini mengupas budaya nilai kesetiaan dalam HHT melalui perspektif terjemahan budaya dengan memanfaatkan Teori Analisis Wacana dan Laras Bahasa. Analisis terhadap wacana yang mengandungi budaya nilai kesetiaan yang dipaparkan melalui watak Hang Tuah daripada teks sumber bahasa Melayu (Hikayat Hang Tuah) kepada teks sasaran bahasa China (Hang Du A Chuan Qi) dilakukan berpandukan tiga aspek utama dalam laras bahasa, iaitu medan wacana, mod wacana dan tenor wacana. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penterjemah cenderung mengekalkan elemen-elemen penting dalam medan bahasa dan tenor bahasa, khususnya dalam aspek mod bahasa, penterjemah menterjemahkan bahasa istana kepada teks sasaran dengan menggunakan istilah pada zaman feudal China bagi mengekalkan hierarki dan kesopanan yang menjadi ciri budaya istana Melayu. Selain itu, penterjemah menggunakan istilah keagamaan dalam bentuk yang sesuai dengan konteks bahasa sasaran bagi memperkenalkan nilai kesetiaan Hang Tuah terhadap raja dan agama kepada pembaca bahasa sasaran. Usaha ini bukan sahaja memastikan budaya nilai kesetiaan Melayu terpelihara, malahan juga memupuk pemahaman interaksi silang budaya antara masyarakat Melayu dengan masyarakat di China.
Teks penuh: PD
Pengaruh Alam terhadap Pembentukan Kosmologi Masyarakat Iban di Sarawak
The Iban community has its own unique worldview in interpreting their beliefs about the world and life. The Iban community’s belief in the existence of the natural order is driven by the Pengarap Lama, which is the ancestral religious teachings that became the earliest platform shaping their thoughts at that time. This belief is closely related to the influence of nature, which moulds their cultural manifestations. Therefore, the purpose of this article aims to analyse the influence of nature in the formation of the Iban community’s cosmology in Sarawak. This study applies a qualitative approach in the form of ethnography through general observations, participant observations, and in-depth interviews with informants through collective memory techniques. The sampling of this study uses a non-probability sampling technique, where the informants recruited other informants they knew and had expertise related to the study. The study found that influence of nature plays a crucial role in shaping cosmology (the order of the universe) and helps the Iban community define their unique worldview. This study is hoped to serve as a reference for understanding the worldview of the Iban community in Sarawak and the formation of cosmology within the community.
Full text: PDFMasyarakat Iban mempunyai cara pandangan dunia yang tersendiri dalam menginterpretasikan kepercayaan mereka terhadap dunia dan kehidupan. Amalan kepercayaan masyarakat Iban mengenai kewujudan susunan alam didorong oleh Pengarap Lama, iaitu ajaran agama nenek moyang terdahulu yang menjadi platform terawal yang membentuk pemikiran mereka pada ketika itu. Kepercayaan tersebut berkait rapat dengan pengaruh alam semula jadi yang membentuk manifestasi kebudayaan mereka. Oleh itu, penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk menganalisis pengaruh alam dalam pembentukan kosmologi masyarakat Iban di Sarawak. Kajian ini mengaplikasikan kaedah pendekatan kualitatif berbentuk etnografi berdasarkan pemerhatian biasa, pemerhatian turut serta dan temu bual informan secara mendalam melalui teknik ingatan kolektif. Pensampelan kajian ini menggunakan teknik pensampelan bukan kebarangkalian, iaitu informan yang ditemu bual merekrut informan lain yang dikenalinya serta mempunyai bidang kepakaran yang berkaitan dengan kajian ini. Kajian mendapati bahawa pengaruh alam semula jadi adalah penting dalam membentuk kosmologi (susunan alam semesta) dan membantu masyarakat Iban mencorakkan cara pandangan dunia mereka yang tersendiri. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan tentang cara pandangan dunia masyarakat Iban di Sarawak dalam pembentukan kosmologi dalam masyarakat mereka.
Teks penuh: PD
Mochtar Lubis: Pemikir Global yang Berteraskan Kemanusiaan
This paper examines Mochtar Lubis as a global humanist thinker who utilised literature and journalism to advocate universal humanistic values. The study addresses three main questions: (1) the meaning of global humanity as conceptualised by Mochtar Lubis, (2) the significance he attributed to discussions of global humanity, and (3) the extent to which Eastern writers can critically interpret these ideas. The objectives of this research are to identify characteristics of global humanity within his works, clarify their significance within literary and intellectual contexts, analyse these concepts as reflected in his writing, and evaluate the alignment of his ideas with discourses from thinkers of the Global South. A hermeneutic approach is employed to interpret Mochtar Lubis’s literary works within the historical, social, and postcolonial political contexts. The findings show his strong stance on social justice, women's empowerment, and opposition to authoritarianism and corruption. His ideas rejected violence and ideological domination, emphasising instead human dignity and global peace. The paper concludes that Mochtar Lubis was not merely an Indonesian literary figure but a global intellectual who significantly contributed to shaping universal discourse on humanity from a perspective of the Global South.
Full text: PDFMakalah ini meneliti Mochtar Lubis sebagai seorang pemikir kemanusiaan global yang menggunakan sastera dan jurnalisme sebagai wadah perjuangan nilai-nilai kemanusiaan universal. Kajian ini bertitik-tolak daripada dua persoalan utama, iaitu tentang bagaimana isu kemanusiaan global dianalisis dan digambarkan dalam karya sastera dan esei Mochtar Lubis dan apakah kepentingan dalam membincangkan kemanusiaan global menurut beliau. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis isu kemanusiaan global menurut perspektif Mochtar Lubis dalam penulisannya serta menjelaskan kepentingannya dalam konteks sastera dan pemikiran intelektual. Kajian ini menggunakan pendekatan hermeneutik bagi mentafsir karya-karya Mochtar Lubis dalam konteks sejarah, sosial, dan politik pascakolonial. Kajian mendapati bahawa Mochtar Lubis memperjuangkan keadilan sosial, pemerkasaan wanita serta menentang autoritarianisme dan korupsi. Pemikirannya menolak kekerasan dan dominasi ideologi serta menekankan maruah manusia dan perdamaian sejagat. Makalah ini merumuskan bahawa Mochtar Lubis bukan hanya tokoh sastera Indonesia, tetapi juga merupakan seorang intelektual global yang memberikan sumbangan penting terhadap pembentukan wacana kemanusiaan universal daripada perspektif Selatan Global, iaitu kumpulan negara yang secara sejarahnya telah terpinggir dalam sistem ekonomi dan politik dunia akibat penjajahan, imperialisme serta ketidakseimbangan kuasa global.
Teks penuh: PD
Rupa Paras Kulit "Gelap" Berdasarkan Perlambangan Tumbuhan: Analisis Semantik Inkuisitif
The beauty of a person's physical appearance is often associated with skin color. The perception and evaluation of contemporary society generally considers a person with black skin as an individual who does not have a beautiful appearance and is not attractive, especially for a woman. Therefore, this study highlights the symbolism of plants associated with 'black' skin color. The methodology of this study is qualitative in which the data source is secondary data from the collection of pantun 'Kurik Kundi Merah Saga'. The approach used in this study is inquisitive semantics. It is seen to be able to unravel the community's perception of the use of plant symbolism in the poem to reveal the views and thoughts of the previous Malay community about 'black' skin. The study shows that the symbolism associated with plants has positive values, thoughts, Malay wisdom and hence reveals the level of intellectuality of the previous Malay society. For example, the findings in the pantun "hitam-hitam si tampuk manggis, sungguh hitam ku pandang manis" which relates the physical appearance of a person with dark skin but still likable and beautiful to be seen by the people. Furthermore, symbolism in traditional prose such as Malay pantun has a close relationship with the activities and daily life of the community. This study further expands the scope of analysis and research involving traditional prose such as Malay pantun.
Keywords: Impression, beauty, inquisitive semantics, philosophy; pantun, Malay wisdom
Full text: PDFKecantikan rupa paras dan fizikal seseorang sering dikaitkan dengan warna kulit. Pandangan dan penilaian masyarakat kontemporari secara umumnya terhadap orang yang berkulit gelap ialah individu yang tidak memiliki rupa paras yang cantik dan tidak menawan, lebih-lebih lagi bagi perempuan. Oleh itu, kajian ini mengetengahkan perlambangan tumbuhan yang dikaitkan dengan rupa paras kulit "gelap". Metodologi kajian ini bersifat kualitatif yang sumber datanya ialah data sekunder daripada buku himpunan pantun Kurik Kundi Merah Saga. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah semantik inkuisitif yang dilihat dapat merungkai tanggapan masyarakat terhadap penggunaan perlambangan tumbuhan dalam pantun bagi menzahirkan pandangan dan pemikiran masyarakat Melayu terdahulu tentang kulit “gelap”. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa perlambangan yang mengaitkan tumbuhan mempunyai nilai, pemikiran dan falsafah yang positif, serta menzahirkan tahap keintelektualan masyarakat Melayu terdahulu. Sebagai contoh, baris pantun "hitam-hitam si tampuk manggis, sungguh hitam ku pandang manis" mengaitkan fizikal orang berkulit gelap, tetapi masih disenangi dan indah untuk dilihat oleh orang keliling. Tambahan pula, perlambangan dalam prosa tradisional, seperti pantun Melayu, mempunyai hubungan yang erat dengan kegiatan dan kehidupan seharian masyarakat. Kajian ini dilihat dapat meluaskan lagi ruang lingkup penganalisisan dan kajian yang melibatkan prosa tradisional, seperti pantun Melayu.
Kata kunci: Tanggapan, kecantikan, semantik inkuisitif, falsafah, pantun, akal budi
Teks penuh: PD
Ungkapan Kiasan dalam Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut: Cerminan Tradisi Intelektual Melayu
The exploration of figurative expressions aims to identify the conceptual frameworks in traditional Malay texts, specifically focusing on the Undang-Undang Melaka (Laws of Melaka) and the Undang-Undang Laut (Maritime Laws). These legal codes feature a variety of figurative expressions, such as idioms, similes, and metaphors, which serve to clarify legal principles, societal standards, and cultural values of the Malay people at that time. This study aims to examine how the use of figurative expressions contributes to understanding the development of intellectual frameworks of the Malay community. Interdisciplinary methodologies, including historical research and literary analysis are employed to provide a comprehensive view of how figurative expressions contribute to the exploration of intellectual frameworks in traditional Malay manuscripts. The use of figurative language to convey legal and societal norms reflects the intricate thought processes of the Malay community. These linguistic features reveal the Malay intellectual tradition, which intertwines legal, ethical, and cultural elements into a cohesive narrative, highlighting the importance of language in shaping and preserving cultural identity.
Full text: PDFPenerokaan ungkapan kiasan bertujuan untuk mengenal pasti kerangka konseptual dalam teks tradisional Melayu, dengan tumpuan khusus kepada Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut. Kedua-dua teks undang-undang ini mengandungi pelbagai ungkapan kiasan seperti simpulan bahasa, perumpamaan, dan metafora yang berfungsi untuk menjelaskan prinsip undang-undang, panduan hidup bermasyarakat, serta nilai budaya yang dipegang oleh masyarakat Melayu pada masa itu. Kajian ini bertujuan untuk meneliti bagaimana ungkapan kiasan tersebut memainkan peranan penting dalam perkembangan kerangka intelektual masyarakat Melayu. Metodologi antara disiplin, termasuk kajian sejarah dan analisis sastera digunakan dalam kajian ini untuk memberikan pemahaman yang komprehensif tentang bagaimana ungkapan kiasan menyumbang kepada penerokaan kerangka intelektual dalam manuskrip tradisional Melayu. Penggunaan bahasa kiasan untuk menyampaikan undang-undang dan norma masyarakat mencerminkan proses pemikiran yang rumit dalam kalangan masyarakat Melayu. Ciri-ciri linguistik ini mendedahkan bahawa tradisi intelektual Melayu yang menggabungkan elemen undang-undang, etika, dan budaya dalam satu naratif yang padu, menonjolkan kepentingan bahasa dalam membentuk dan memelihara identiti budaya.
Teks penuh: PD
Analisis Makna Denotatif dan Konotatif dalam Teks Sindir Badan
The researcher analyzes the denotative and connotative meanings in body shaming texts in Brunei Darussalam. The objective of this study is to identify, categorize, and compare the denotative and connotative meanings in body shaming texts. The study used qualitative and quantitative descriptive methods, and was carried out in stages, that is, according to certain steps. The data of body shaming texts were taken from the social media application Instagram, from an account named @natartsya. The main question in this study is how to distinguish between denotative and connotative meaning based on the Semiotic Triangle theory by Ogden and Richard. The results of the study found that body shaming texts contain more connotative than denotative meaning. The description and explanation of the connotative meaning exists due to the speaker's imagination, which causes the connotative meaning to function as sarcasm or a figurative in order to be more polite when communicating. The implication of this is that the intended meaning sometimes does not reach the recipient. This study can not only benefit future researchers who want to improve or develop the field of semantics, but also benefit the community in Brunei Darussalam about the latest issues that can be studied as well as to indirectly spread awareness about the issue of body shaming.
Keywords: Body shaming, denotative, connotative, Semiotic Triangle theory, concept, referent and symbol
Full text: PDFPengkaji menganalisis makna denotatif dan konotatif dalam teks sindir badan di Negara Brunei Darussalam. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti, mengkategorikan dan membandingkan makna denotatif dan konotatif dalam teks sindir badan. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini juga dilakukan secara beperingkat, iaitu mengikut langkah tertentu. Data teks sindir badan diambil daripada aplikasi media sosial, iaitu Instagram daripada akaun yang bernama @natartsya. Persoalan utama dalam kajian ini ialah cara membezakan antara makna denotatif dengan makna konotatif dengan berlandaskan Teori Segi Tiga Semiotik oleh Ogden dan Richard. Hasil Kajian mendapati bahawa teks sindir badan ini lebih banyak menggunakan makna konotatif berbanding dengan makna denotatif. Deskripsi dan huraian makna konotatif yang wujud disebabkan oleh imaginasi dan khayalan penutur menyebabkan makna konotatif berfungsi sebagai makna kiasan atau figuratif ketika menyindir supaya lebih sopan apabila berkomunikasi. Implikasi daripada hal ini ialah makna yang ingin disampaikan kadangkala tidak sampai kepada penerimanya. Kajian ini bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada pengkaji akan datang yang ingin menambah baik atau mengembangkan bidang semantik, malah dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di Negara Brunei Darussalam tentang isu terkini yang dapat dikaji pengisiannya dan menyebarkan kesedaran tentang isu sindir badan secara tidak langsung.
Kata kunci: Sindir badan, denotatif, konotatif, Teori Segi Tiga Semiotik, konsep, simbol dan rujukan
Teks penuh: PD
Kajian Undang-undang yang Berkaitan dengan Minuman Keras di Malaysia: Konflik antara Hak individu dengan kepentingan awam
This study discusses laws related to liquor in Malaysia based on individual rights and public interest. Although Malaysia has its liquor laws. The law has not fully succeeded in reducing damaged caused by alcohol consumption. In 2020, deaths caused by drunken drivers increased, leading to amendments to the Road Transport Act 1987. However, these amendments are ineffective as there still seem to be alcohol-related offences and addiction happening in Malaysia. This study aims to: (i) identify the legal provisions related to liquor in Malaysia; (ii) identify human rights issues arising from liquor-related laws in Malaysia; (iii) analyze the legal approaches taken by Norway to curb alcohol-related issues; and (iv) propose legal improvements to control the consumption and sale of liquor in Malaysia. To achieve these objectives, this study uses a pure and qualitative doctrinal legal approach. Information for this study was obtained from statutes, and legal cases as primary sources. The results of this study indicate that amendments need to be made to the law so it is stringent as well as creating a license policy and criminal justice policy in the laws related to drinking alcohol. Therefore, this study will put forward some suggestions to improve liquor-related laws so that it is more effective in reducing related cases in the future.
Keywords: Liquor, alcohol, laws, human rights, public interests, Malaysia
Full text: PDFKajian ini membincangkan undang-undang yang berkaitan dengan minuman keras di Malaysia berlatarbelakangkan konflik antara hak individu dengan kepentingan awam. Malaysia mempunyai undang-undang yang berkaitan dengan minuman keras tersendiri. Namun begitu, undang-undang tersebut tidak sepenuhnya berjaya mengurangkan kesalahan yang disebabkan oleh minuman keras. Pada tahun 2020, kematian yang disebabkan oleh pemandu mabuk meningkat, seterusnya menyebabkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Namun begitu, pindaan undang-undang tersebut tidak berkesan kerana masih terdapat kesalahan dan ketagihan yang berkaitan dengan minuman keras di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk: (i) mengenal pasti peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan minuman keras di Malaysia; (ii) mengenal pasti isu hak asasi manusia yang wujud daripada undang-undang yang berkaitan dengan minuman keras di Malaysia; (iii) menganalisis pendekatan undang-undang yang diambil oleh Norway bagi membendung isu yang berkaitan dengan minuman keras; dan (iv) mencadangkan penambahbaikan undang-undang untuk mengawal penggunaan dan penjualan minuman keras di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan pendekatan undang-undang tulen dan kualitatif doktrinal. Maklumat bagi kajian ini diperoleh daripada statut dan kes perundangan sebagai sumber primer. Hasil kajian menunjukkan bahawa pindaan perlu dilakukan terhadap undang-undang yang berkaitan dengan minuman keras di Malaysia supaya lebih ketat, serta mewujudkan polisi lesen dan keadilan jenayah dalam undang-undang yang berkaitan dengan meminum alkohol. Oleh itu, kajian ini mengutarakan beberapa cadangan untuk menambah baik undang-undang yang berkaitan dengan minuman keras supaya lebih berkesan untuk mengurangkan kes yang berkaitan pada masa hadapan.
Kata kunci: Minuman keras, alkohol, undang-undang, hak asasi manusia, kepentingan awam, Malaysia
Teks penuh: PD
Deiksis Persona: Kata Ganti Nama Diri dalam Rancangan Rampai Pagi Segmen Daerah
Language can be studied from many different angles, including pragmatics. Pragmatics is the study of interpretation of speech, including the interpretation of ambiguous and elliptical sentences. This study focuses on deixis, which refers to a word that moves or alternates, depending on the speaker, the time and the place in which the word is spoken. This study was conducted based on person deixis, which is one of the five types of deixis put forth by Levinson (1983). This study was conducted to identify the person deixis contained in the Rampai Pagi program of the district segment, as well as to describe and discuss the meaning behind the use of person deixis. The study is only focused on one of the segments contained in the Rampai Pagi program, namely the segment of Tutong, Belait and Temburong Districts, which was shown on January 20, 2020. The method used for this study is qualitative method. The results of the data analysis showed the actual use of personal pronouns—namely the first person, the second person, and the third person pronouns—which lead to the use of person deixis in the district segment's morning show. The use of person deixis, which prioritizes the context of a conversation, makes it easier for us to know the true meaning of a conversation so as to avoid any ambiguity or confusion. By knowing the role of a personal pronoun in a conversation or speech, the interpretation of meaning becomes clearer.
Keywords: Language, pragmatics, context, person deixis, pronouns
Full text: PDFBahasa dapat dikaji dari pelbagai sudut berbeza, termasuklah dari aspek pragmatik. Pragmatik ialah kajian berkenaan interpretasi ujaran, termasuklah penginterpretasian ayat yang taksa dan eliptik. Kajian ini memfokuskan deiksis yang merujuk rujukan bagi kata yang silih berganti bergantung pada penutur, waktu dan tempat kata tersebut dituturkan. Kajian ini dilakukan berlandaskan deiksis persona, iaitu satu daripada lima deiksis yang dicadangkan oleh Levinson (1983). Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti deiksis persona yang terkandung dalam rancangan Rampai Pagi segmen daerah, serta untuk menghuraikan dan membincangkan makna di balik penggunaan deiksis persona. Kajian yang dilakukan hanya tertumpu pada satu daripada segmen yang terkandung dalam rancangan Rampai Pagi, iaitu segmen daerah Tutong, Belait dan Temburong, yang ditayangkan pada 20 Januari 2020. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif. Hasil analisis data menunjukkan bahawa wujudnya penggunaan kata ganti nama diri, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga yang menjurus kepada penggunaan deiksis persona dalam rancangan Rampai Pagi segmen daerah. Penggunaan deiksis persona yang mementingkan konteks perbualan memudahkan pengguna untuk mengetahui maksud sebenar perbualan bagi mengelakkan kekaburan atau kekeliruan. Dengan mengetahui fungsi kata ganti nama diri dalam perbualan atau pertuturan, penginterpretasian makna menjadi lebih jelas.
Kata kunci: Bahasa, pragmatik, konteks, deiksis, deiksis persona, kata ganti nama
Teks penuh: PD
Menjawab Serangan Pemikiran Liberalisme Terhadap Islam menerusi Novel Daun Karya Malim Ghozali P.K.
This study aims to analyse the liberal critiques of Islamic ideology as depicted in the novel Daun by Malim Ghozali P.K. The main issues highlighted in this article are: [i] the historical context of the development of liberalism in Malaysia as presented in both within and outside the creative work; [ii] explaining how liberal groups attempt to shape an interpretation of Islam to fit their respective agendas. This study is conducted based on a literature review that finds the attitudes of postmodernist scholars, who are evidently unsatisfied and continually deconstructing new theories that ohlm.se the true values of Islam. Therefore, this study employs the concept of New Historicism proposed by Stephen Greenblatt (1988) as an analytical framework, utilizing the concepts of constraint and mobility to view texts as constructed from sociocultural references, specifically the social values that permeate the author's identity through the societal crises the author experienced. The findings of the study indicate that Malim Ghozali P.K. strives to provide a new meaning in order to reject the liberalism ideology prevailing in society, while also critising the government's attitude at the time the novel was written, which use religious issues as a political agenda to gain support.
Full text: PDFKajian ini bertujuan untuk menganalisis serangan pemikiran liberalisme terhadap pemikiran Islam tradisional menerusi novel Daun karya Malim Ghozali P.K. Isu utama yang diketengahkan dalam artikel ini ialah: [i] perhubungan konteks sejarah perkembangan liberalisme di Malaysia yang wujud dalam karya dan luar karya; [ii] menjelaskan bagaimana golongan liberalis cuba membentuk acuan Islam yang ditakrifkan sesuai berdasarkan agenda masing-masing. Kajian ini dijalankan berdasarkan sorotan literatur yang mendapati sikap ahli pascamodenis yang ternyata tidak menyenangi dan sentiasa mendekonstruksi teori-teori baharu yang menentang nilai Islam sebenar. Kajian ini memanfaatkan gagasan teori Historisisme Baru yang dikemukakan oleh Stephen Greenblatt (1988) sebagai kerangka analisis dengan memanfaatkan konsep kekangan dan mobiliti yang melihat teks dibina daripada rujukan sosiobudaya, iaitu nilai sosial yang meresap dalam diri pengarang melalui kemelut yang melanda masyarakat dalam situasi pengarang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Malim Ghozali P.K. berusaha memberikan pemaknaan baharu demi menolak gagasan pemikiran liberalisme yang sedang berlaku dalam masyarakat seterusnya mengkritik sikap pemerintah ketika novel ini ditulis yang menjadikan isu agama sebagai agenda politik untuk meraih sokongan.
Text penuh: PD