Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Za'ba dan Rahsia Ejaan Jawi

    No full text
    This article presents and discusses Za‘ba’s book, Rahsia Ejaan Jawi (REJ), in which he describes in great detail the system and characteristics of the Jawi script, both of which form the basis in the formulation of his method of spelling Malay words when using this particular medium of writing. The history of Jawi is discussed based on categories of symbols or letters given in their original forms in the Arabic script, and with this the variations in the shape of each symbol or letter in words; such variations are known as allographs. The unity of symbol and sound is important in this method, which also preserves the aesthetics of the Jawi script. There are many “reminders” given in the guidelines for Jawi script spelling, among them is to not apply the Rumi spelling method (alphabet system) because there is no similarity with the former (syllabic system). Due to the importance of standardization of Jawi spelling for the Malay language, Za‘ba’s other reminder is not to change the spelling of words that have been long accepted, including loanwords from Arabic. Should a change be necessary, the opinions of the community should be taken into consideration. Full text: PDFMakalah ini membentang dan membincangkan buku Za‘ba, Rahsia Ejaan Jawi (REJ), yang menghuraikan dengan terperinci sistem dan ciri-ciri tulisan Jawi, yakni dua aspek utama yang menjadi asas penggubalan kaedah mengeja perkataan bahasa Melayu apabila menggunakan tulisan ini. Sejarah lambang atau huruf Jawi dibincangkan berdasarkan kategori huruf asalnya dalam bahasa Arab, dan bersama-sama ini ialah kelainan lambang atau huruf dalam perkataan, dan dikenali sebagai alograf. Kesatuan lambang dan bunyi adalah penting dalam kaedah ini yang juga memelihara estetika tulisan Jawi. Terdapat beberapa “peringatan” yang disampaikan sebagai pedoman ejaan tulisan Jawi, antaranya ialah tidak menerapkan kaedah ejaan Rumi (sistem abjad) kerana tidak ada persamaannya dengan kaedah ejaan Jawi (sistem suku kata). Disebabkan pentingnya keselarasan ejaan Jawi bagi bahasa Melayu, maka Za‘ba juga mengingatkan supaya tidak mengubah ejaan yang sudah lama mantap, termasuklah kata pinjaman daripada bahasa Arab. Sekiranya perubahan diperlukan, maka pandangan masyarakat pengguna hendaklah diambil kira. Teks penuh: PD

    Peranan Perkampungan Warisan Budaya Kampung Teluk Kepayang dalam Pemartabatan Budaya Melayu

    No full text
    In an effort to deepen the culture of the Malay people, the continuation of heritage and culture by the next generation can lift and preserve Malay cultural traditions in the community, especially in the younger generation. The preservation of Malay culture in society needs to be strengthened to prevent it from being marginalized and under threat. The cultural heritage village, Kampung Teluk Ketapang in Bota Kiri, Perak, has its own uniqueness and is different from other villages in Malaysia, where this village was formed as an initiative to dignify the cultural heritage of the Perak community. Therefore, the objective of this study is to examine the role of this village in uplifting Malay culture. This study has used the program proposed by the Cultural Mapping of the National Department of Culture and Arts (JKKN) for the sub-culture section and analysed the data on the cultural activities. The results of the study found that the cultural and traditional activities that are still practiced in the said village have helped to revive Malay culture in the community, especially in the current young generation, and to some extent have boosted the tourism industry in Perak. In conclusion, this writing is expected to be able to provide awareness and knowledge to the community about the dignity of Malay culture through the existence of Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak, and even empower Malay culture in Malaysia. Full text: PDFDalam usaha mendalami budaya bangsa Melayu, kesinambungan penerusan warisan dan budaya oleh generasi pelapis dapat mengangkat dan melestarikan tradisi kebudayaan Melayu kepada masyarakat terutamanya generasi muda. Pemuliharaan budaya Melayu dalam masyarakat perlu diperkasa bagi mengelakkan budaya Melayu dipinggirkan dan berada dalam keadaan yang terancam. Perkampungan Warisan Budaya Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak mempunyai keunikan yang tersendiri dan berbeza dengan perkampungan yang lain di Malaysia, di mana kampung ini dibentuk hasil inisiatif untuk memartabatkan warisan budaya masyarakat Perak. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji peranan perkampungan ini dalam mengangkat budaya Melayu. Kajian ini telah menggunakan program yang dicadangkan oleh Pemetaan Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bagi pembahagian sub budaya dan menganalisis data mengenai aktiviti kebudayaan tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti kebudayaan dan tradisi yang masih diamalkan di kampung tersebut membantu menghidupkan semula budaya Melayu dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda pada masa kini, dan sedikit sebanyak merancakkan industri pelancongan di negeri Perak. Kesimpulannya, penulisan ini diharapkan mampu memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai pemartabatan budaya Melayu melalui kewujudan Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri Perak malah memperkasakan budaya Melayu di Malaysia. Teks penuh: PD

    Konflik Politik dalam Hikayat Seri Kelantan daripada Perspektif Teori Perilaku Konflik

    No full text
    Hikayat Seri Kelantan (HSK) is one of Kelantan’s traditional Malay historiographical texts. As a historical literary text, this hikayat comprises various conflicts involving the Malay kingdom and its external powers. However, most studies on HSK focus more on the issue of war without discussing political conflicts as a whole. Therefore, this article discusses the political conflicts in HSK by outlining two objectives, which are to elaborate on the conflicts in HSK and to analyse the causes of the conflicts according to the theory of conflict behaviour. This article utilised the HSK manuscript edited by Mohd. Taib Osman (2004) as its primary source, while data collection was done using library research. Close reading strategy and analysis of descriptive text were applied in data analysis based on the theory of conflict behaviour by Bartos and Wehr (2002). The findings of this study showed nine events of political conflicts that could be categorised into four issues, which are: (1) the issue of tyrannical reign; (2) the issue of state sovereignty from external powers; (3) the issue of territorial expansion; and (4) the issue of position and power struggle in reign. The findings also revealed that disputes over resources comprising land or territory, power, and prestige are the premises for political conflicts in HSK. This study proves that HSK is a sociocultural document that has recorded various political conflicts of the Malay kingdom in Kelantan. Full text: PDFHikayat Seri Kelantan (HSK) ialah salah sebuah karya historiografi Melayu tradisional negeri Kelantan. Sebagai sebuah karya sastera bercorak sejarah, hikayat ini mengandungi pelbagai konflik yang melibatkan pemerintahan kerajaan Melayu dan kuasa luar. Namun begitu, kebanyakan penulisan tentang HSK banyak tertumpu pada isu peperangan tanpa membincangkan konflik politik secara menyeluruh. Oleh itu, makalah ini membincangkan konflik politik dalam HSK dengan menggariskan dua objektif, iaitu menjelaskan isu konflik politik yang terkandung dalam HSK dan menganalisis punca berlakunya konflik berdasarkan teori perilaku konflik. Makalah ini menggunakan teks HSK yang telah diselenggarakan oleh Mohd. Taib Osman (2004) sebagai sumber primer, manakala pengumpulan data dijalankan melalui kajian kepustakaan. Makalah ini juga dianalisis menggunakan teknik bacaan rapi dan analisis deskriptif teks berdasarkan prinsip teori perilaku konflik oleh Bartos dan Wehr (2002). Hasil dapatan kajian menemukan sembilan peristiwa konflik politik yang boleh dikategorikan kepada empat isu, iaitu (1) isu kezaliman pemerintahan; (2) isu tekanan kuasa luar terhadap kedaulatan negeri; (3) peluasan wilayah jajahan; dan (4) isu perebutan kuasa dan kedudukan dalam pemerintahan. Dapatan juga menghujahkan bahawa pertikaian sumber, iaitu tanah atau wilayah, kuasa, dan prestij sebagai premis tercetusnya tindakan berkaitan konflik dalam HSK. Hasil kajian ini membuktikan bahawa HSK merupakan dokumen sosiobudaya yang banyak merakamkan konflik politik pemerintahan dalam kerajaan Melayu di Kelantan. Teks penuh: PD

    UNSUR KETUHANAN DALAM LIRIK LAGU MELAYU: SATU ANALISIS TAKMILAH

    No full text
    The art of writing lyrics of a song is a special gift from Allah SWT granted to certain individuals through amazing talents and abilities. In this case, the ideas and inspiration drawn has been completely manipulated to produce works that are prestigious. The element of divinity in the lyrics of pop and rock songs is an important compositionto discuss as most lyrics with divine elements are dominated by nasyid songs.In this regard, this study examines 12 lyrics written by local and Indonesian lyricists using the library research method. This study explores the divine elements present in the lyrics of pop and rock songs by presenting seven principles of the Takmilah theory, namely the spiritual principle of “Kamal” (perfect), the principle of prophecy as a human being- “Kamil” (perfect), the principle of Islam which is “Akmal” (perfect), the principle of the art itself that is aesthetic, the principle of knowledge and literature which is “takmilah” (perfecting), the principle of artists who should improve themselves (perfecting) and the principle of the audience aiming to cultivate them towards the perfect human being. Full text: PDFSeni penulisan lirik lagu merupakan satu anugerah istimewa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada individu tertentu melalui bakat dan kebolehan yang mengagumkan. Dalam hal ini, cetusan idea dan ilham ini telah digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan karya-karya yang berprestij. Unsur ketuhanan dalam lirik lagu selain daripada genre nasyid merupakan komposisi penting untuk dibincangkan. Hal ini adalah kerana kebanyakan lirik lagu berunsur ketuhanan didominasi oleh lagu nasyid. Sehubungan dengan itu, kajian ini meneliti 12 lirik lagu hasil karya penulis lirik tempatan dan Indonesia dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kajian ini mengkaji unsur ketuhanan yang terdapat dalam lirik lagu selain daripada genre nasyid dengan mengemukakan tujuh prinsip teori takmilah, iaitu ketuhanan di bawah konsep hubungan manusia dengan Allah, sementara kerasulan, keislaman, keilmuan, karya, pengkarya dan khalayak adalah di bawah konsep hubungan manusia dengan manusia. Hasil kajian mendapati bahawa ketujuh-tujuh prinsip teori takmilah menepati kriteria 12 lirik lagu yang dikaji dan wujud hubungan yang signifikan antara 12 buah lirik lagu tersebut dengan ketujuh-tujuh prinsip teori takmilah, iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat “Kamal” (sempurna), prinsip kerasulan sebagai insan “Kamil” (sempurna), prinsip keislaman yang bersifat “Akmal” (sempurna), prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat “Takmilah” (menyempurnakan), prinsip sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat “Takmilah” (sempurna dan menyempurnakan), prinsip pada pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri (menyempurnakan) dan prinsip khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan “Kamil” (sempurna). Teks penuh: PD

    Penggunaan Strategi Berorientasikan Sasaran untuk Menterjemahkan Teks Sastera Kanak-kanak: Cerita Pendek Enid Blyton

    No full text
    Didacticism is the main characteristic of children's literature. Since the earliest tradition of oral storytelling, children's stories have been used to convey lessons, particularly concerning moral values that align with societal norms. These stories are conveyed in a manner that is comprehensible and suitable with the children’s level of knowledge and developing cognitive abilities. Thus, it is important to consider such factors when children's stories are translated from a foreign to target language. Elements that are too foreign or unfamiliar may affect children’s interest and understanding. Although source-oriented translation strategy has its own strengths and benefits, several scholars of translation and children's literature believe that target-oriented translation strategy can produce translations that are more familiar for children readers. Therefore, this study examines the translation of culture-specific items (CSI) in Enid Blyton's short stories based on the classification of translation methods by Newmark (1988). The findings showed that translators of Blyton's short stories employed a target-oriented strategy to translate the stories into Malay language. Among the most frequently used translation procedures are adaptation and deletion. Through a target-oriented translation strategy, the produced translations depict stories that are set in local context and conform to the norms of Malay Muslim society. Keywords: Translation strategies, translation procedures, children's literature, English-Malay translation, Enid Blyton, elements of culture Full text: PDFUnsur didaktik, iaitu unsur pengajaran ialah ciri utama dalam cerita kanak-kanak. Bermula daripada tradisi penyampaian cerita dalam bentuk lisan, cerita kanak-kanak digunakan untuk menyampaikan pelbagai pengajaran, terutamanya yang berkaitan dengan nilai dan moral yang seiring dengan norma masyarakat. Cerita ini disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami dan sesuai dengan tahap pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak yang masih berkembang. Sehubungan dengan itu, apabila cerita kanak-kanak diterjemahkan daripada bahasa asing kepada bahasa sasaran, perkara ini juga perlu dipertimbangkan oleh penterjemah. Elemen asing yang tidak dikenali boleh membantutkan minat dan pemahaman kanak-kanak. Walaupun strategi terjemahan berorientasikan sumber mempunyai kekuatan dan manfaatnya yang tersendiri, beberapa sarjana dalam bidang penterjemahan dan kesusasteraan kanak-kanak berpendapat bahawa strategi terjemahan berorientasikan sasaran dapat menghasilkan terjemahan yang lebih dekat dan mudah dikenali oleh pembaca kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini meneliti penterjemahan elemen khusus budaya (CSI) dalam siri cerita pendek Enid Blyton berdasarkan pengelasan kaedah terjemahan oleh Newmark (1988). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penterjemah cerita pendek Enid Blyton menggunakan strategi berorientasikan sasaran untuk menterjemahkan siri ini dalam bahasa Melayu. Antara prosedur terjemahan utama yang digunakan menerusi strategi ini termasuklah prosedur adaptasi dan pengguguran. Menerusi penggunaan strategi berorientasikan sumber, terjemahan yang dihasilkan menampilkan cerita yang berlatarbelakangkan suasana masyarakat setempat dan menepati norma masyarakat, khususnya bagi bangsa Melayu yang beragama Islam. Kata kunci: Strategi terjemahan, prosedur terjemahan, sastera kanak-kanak, terjemahan bahasa Inggeris-Melayu, Enid Blyton, unsur budaya Teks penuh: PD

    Skopos dan Strategi Terjemahan Semula Kampung Boy dalam Bahasa Jepun

    No full text
    This paper discusses the implications of the retranslation of the graphic novel 'Kampung Boy' into Japanese. The objective of this study is to identify the characteristics of the translated texts and to determine their position in Japan's translation industry. For this study, the researcher made a comparison between the first and the latest editions. The source text was also referenced when parts of the translated texts differ from one another. The findings revealed that the differences between the translated texts stem from the variations in the source language and Skopos. The first edition, translated from English, tends to be more explicit due to the influence of a low-context culture. Conversely, the latest edition, translated from Malay, adopts a more implicit approach, which is reflective of a high-context culture. Regarding Skopos differences, the first edition emphasises on nostalgia, whilst the latest edition adds academic value. Therefore, the first edition uses simple language and takes a domestication strategy, while the latest edition uses moderate language with greater focus on foreignization. In other words, the first edition prioritises smooth language flow by omitting, simplifying, or replacing elements of traditional Malay culture. On the other hand, the latest edition retains the original context by filling lexical gaps and including explanations. Keywords: Translation strategy, retranslation, Kampung Boy, Japanese language edition, source language, Skopos Full text: PDFPengkaji membincangkan implikasi terjemahan semula novel grafik Kampung Boy dalam bahasa Jepun. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri teks terjemahan Kampung Boy dalam bahasa Jepun dan menentukan kedudukannya dalam industri terjemahan di Jepun. Dalam kajian ini, pengkaji membandingkan teks terjemahan antara edisi pertama dengan edisi terbaharu teks tersebut. Teks asal turut dirujuk apabila sesuatu bahagian menimbulkan gambaran yang berbeza antara kedua-dua edisi tersebut. Menerusi kajian ini, didapati bahawa perbezaan teks terjemahan dipengaruhi oleh perbezaan bahasa sumber dan perbezaan Skopos. Edisi pertama yang diterjemahkan daripada teks berbahasa Inggeris cenderung kepada penghuraian yang lebih eksplisit disebabkan oleh budaya konteks yang rendah. Edisi terbaharu yang diterjemahkan daripada teks berbahasa Melayu pula menunjukkan ekspresi yang lebih implisit disebabkan oleh budaya konteks yang tinggi. Dari segi perbezaan Skopos, edisi pertama menitikberatkan unsur nostalgia, manakala edisi terbaharu menambah nilai akademia. Oleh itu, edisi pertama menggunakan bahasa yang mudah dengan strategi berunsur tempatan, sedangkan edisi terbaharu menggunakan bahasa yang sederhana dengan lebih memfokuskan unsur asing. Dalam erti kata lain, edisi pertama mementingkan kelancaran bahasa dengan menggugurkan, meringkaskan atau menggantikan unsur budaya tradisional Melayu. Sebaliknya, edisi terbaharu mengekalkan konteks asal dengan mengisi kekosongan leksikon dan menambah keterangannya. Kata kunci: Strategi terjemahan, terjemahan semula, Kampung Boy, edisi bahasa Jepun, bahasa sumber, Skopos Teks penuh: PD

    DINAMISME INTERAKSI BUDAYA: PENERAPAN PENGARUH ARAB DALAM MANUSKRIP PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU

    No full text
    The influence of the Arab culture in Malay medicine reflects a dynamism of cultural interaction that has shaped the landscape of traditional Malay medicine. This process can be understood by looking at the trade between the Malay states and ports in the Arab lands. Arab culture has a significant impact on cosmology, terminology, therapy and pharmacology in Malay medicine. In other words, to date, elements of Arab-Islamic culture have been the major factor in the development of Malay medicine. This paper focuses on identifying and analysing the application of Arabic influence in traditional Malay medicine manuscripts as a dynamism of cultural interaction. The methodology for this study involves library research and text analysis, using selected traditional Malay medicine manuscripts as the main source. This study identifies three key aspects of Arab cultural interaction in Malay medicine, including the use of the Arab-Malay huruf, the selection of days and times, as well as the integration of Quranic verses in the medical context. It also seeks to provide a comprehensive understanding and become a source of reference for researchers in the field of traditional and modern medicine. The writing also seeks to provide insights of the importance of Arab-Islamic culture in the formation of Malay medical identity as well as to emphasise the positive impact of the assimilation process of Arab culture in strengthening the relationship between Malay and Arab cultures. Full text: PDFPengaruh aspek budaya Arab dalam perubatan Melayu mencerminkan sebuah dinamisme interaksi budaya yang telah membentuk landskap perubatan tradisional Melayu. Proses ini dapat difahami dengan melihat pada perdagangan antara negeri-negeri Melayu dengan pelabuhan di tanah Arab. Budaya Arab memiliki dampak signifikan terhadap kosmologi, terminologi, terapi dan farmakologi dalam perubatan Melayu. Dengan kata lain, hingga kini, unsur budaya Arab menjadi faktor utama dalam perkembangan perubatan Melayu. Penulisan ini untuk mengenal pasti dan menganalisis penerapan pengaruh Arab dalam manuskrip perubatan tradisional Melayu sebagai suatu dinamisme interaksi budaya, manakala metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan analisis teks, dengan menggunakan manuskrip perubatan tradisional Melayu terpilih sebagai sumber utama. Hasil penelitian menemukan tiga aspek kunci interaksi budaya Arab dalam perubatan Melayu, termasuk penggunaan huruf Jawi Arab-Melayu, pemilihan hari dan waktu serta integrasi ayat al-Qur’an dalam konteks perubatan. Penelitian ini diharapkan dapat memberikan pemahaman yang komprehensif dan menjadi sumber rujukan bagi pengkaji dalam bidang perubatan tradisional dan moden. Penulisan ini juga turut berusaha memberikan wawasan mengenai kepentingan budaya Arab dalam pembentukan identiti perubatan Melayu selain menekankan kesan positif daripada proses asimilasi budaya Arab dalam memperkukuh dan mempererat hubungan antara kebudayaan Melayu dengan Arab. Teks penuh: PD

    Pendekatan Za'ba dalam Terjemahan Anak Raja dengan Anak Papa

    No full text
    One important figure in the history of translation in Malaysia is Zainal Abidin bin Ahmad or Za'ba. He is the translator of Anak Raja dengan Anak Papa (1958), the first translated novel published by Dewan Bahasa dan Pustaka after its establishment in 1956. Za'ba's talent as a translator, however, is rarely discussed. Taking this into account, this article focuses on Za'ba, specifically to discuss how he dealt with the translation of Anak Raja dengan Anak Papa, which was translated based on the English novel The Prince and the Pauper. To achieve this objective, a comparison is carried out between the translation, Anak Raja dengan Anak Papa (1958), and its source text, The Prince and the Pauper (1882). The changes that occur in the translated text are determined based on Nida’s (1964) framework of techniques of adjustment in translation. The analysis points to the fact that Za'ba attempted to accommodate his translation for his target readers through the use of addition and alteration. Through this target-oriented approach, the conveyed meaning is clearer, and the resulting text is more reader-friendly. In view of the importance of this translation in the context of the history of publishing in Malaysia, this study hopes to contribute to the documentation of the history of translation in  Malaysia, particularly involving translation into Malay in the early years after independence. Full text: PDFSeorang tokoh yang penting dalam sejarah terjemahan di Malaysia ialah Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba. Beliau merupakan penterjemah Anak Raja dengan Anak Papa (1958), iaitu novel terjemahan yang pertama diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selepas penubuhannya pada tahun 1956. Ketokohan Za'ba sebagai penterjemah, walau bagaimanapun, jarang dibincangkan. Disebabkan hal ini, makalah ini memberikan tumpuan pada Za'ba, khususnya untuk membincangkan cara Za'ba menangani terjemahan Anak Raja dengan Anak Papa yang dihasilkan berdasarkan novel bahasa Inggeris, The Prince and the Pauper. Untuk mencapai objektif ini, perbandingan dilakukan antara teks terjemahan bertajuk Anak Raja dengan Anak Papa (1958) dengan teks sumbernya, The Prince and the Pauper (1882). Perubahan yang berlaku dalam teks terjemahan ditentukan bersandarkan kerangka teknik penyesuaian oleh Nida (1964). Analisis menunjukkan bahawa Za'ba cuba menyesuaikan terjemahannya dengan pembaca sasarannya melalui penggunaan penambahan dan pindaan. Melalui pendekatan yang berorientasikan pembaca sasaran ini, makna yang disampaikan menjadi lebih jelas dan teks yang terhasil menjadi lebih mesra pembaca. Dengan mengambil kira kepentingan karya terjemahan ini dalam konteks sejarah penerbitan di Malaysia, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada usaha untuk mendokumentasikan sejarah terjemahan di Malaysia, khususnya yang melibatkan terjemahan ke dalam bahasa Melayu pada zaman awal kemerdekaan. Teks penuh: PD

    Kerentanan dan Perlindungan Undang-undang: Meneroka Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia

    No full text
    Islamic family law has significant impact on the personal lives of Muslims, as it establishes and protects the formation of a legal family and defines the rights and responsibilities of family members in various circumstances. This study focuses on the socio-legal perspective of Islamic family law in Malaysia, aiming to explain how the law can protect and empower vulnerable individuals within the family. The discussion begins with a definition of vulnerability and goes on to debate the factors that influence vulnerability within the context of family and marriage. The study explores the dynamic aspects of vulnerability and highlights the factors that worsen the situation for vulnerable groups. The main focus is on analysing the role of Islamic family law in reducing the vulnerability of individuals within the family unit. This study employs a qualitative approach, utilising literature review and descriptive analysis. By analysing the empowerment of vulnerable individuals, the research emphasises the priority of preserving the welfare and well-being of the family, which, in turn, strengthens the community and society. Keywords: Islamic family law, protection of the vulnerable, empowerment of the vulnerable, access to justice, marriage registration, child protection Full text: PDFUndang-undang keluarga Islam mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan peribadi umat Islam. Kerangka undang-undang ini menetapkan dan melindungi pembentukan keluarga yang sah, serta mentakrifkan hak dan tanggungjawab ahli keluarga dalam pelbagai keadaan. Fokus kajian ini ialah perspektif sosioperundangan yang berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Matlamatnya adalah untuk menjelaskan peranan undang-undang dalam aspek pelindungan dan pemerkasaan individu rentan dalam keluarga. Perbincangan bermula daripada pentakrifan kerentanan, diikuti oleh perbahasan tentang punca yang mempengaruhi kerentanan dalam konteks keluarga dan perkahwinan. Kajian ini menjelaskan aspek kerentanan yang dinamik dan menyerlahkan faktor yang memburukkan keadaan golongan rentan. Tumpuan utama ialah analisis peranan undang-undang keluarga Islam untuk mengurangkan kerentanan individu dalam keluarga. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan kajian kepustakaan dan analisis deskriptif. Melalui analisis pemerkasaan golongan rentan, penelitian tentang peranan undang-undang keluarga Islam di Malaysia menyerlahkan keutamaan untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan keluarga yang membina komuniti dan masyarakat. Kata kunci: Undang-undang keluarga Islam, perlindungan golongan rentan, pemerkasaan golongan rentan, capaian terhadap keadilan, pendaftaran perkahwinan, perlindungan kanak-kanak Teks penuh: PD

    Pemalsuan Dokumen Perkahwinan: Analisis terhadap Peruntukan Berkaitan dan Kajian Kes di Mahkamah Syariah Malaysia

    No full text
    Document falsification presents a significant challenge when presenting evidence in court. Various forms of document falsification exist, such as the falsification of marriage documents, false statements from witnesses, and forgery of signatures. This study focuses on the falsification of marriage documents. This focus is warranted due to the existing gap in the discussion of this offense within Malaysian Shariah courts, which necessitates a comprehensive study. The objectives of this study are to clarify the concept of document falsification and its position in Islamic law, analyze the legal provisions from the perspectives of fiqh and Shariah law, and conduct a case study on the falsification of marriage documents in Malaysian Shariah courts. To achieve these objectives, a qualitative approach was adopted, employing a document analysis method utilizing primary and secondary data. The data obtained is presented in the form of subthemes. This study is crucial in understanding the jurisdiction of the Shariah court when handling cases related to the forgery of marriage documents and in providing awareness to the Muslim community in Malaysia about the importance of preserving the authenticity of marriage documents for legal purposes. The findings of this study indicate that there is no specific provision for the offense of forgery in general; instead, it is prosecuted under the offense of contempt of court. For the offense of falsifying marriage documents, the offender can be sentenced under Section 38 of the Family Law Act. Based on the case study analysis, the fines imposed on offenders were found to be minimal. Therefore, the researcher suggests further research comparing the practices in Shariah courts with those in civil law in terms of handling cases of falsification of marriage documents and analyzing related legal provisions. Keywords: Documents, evidence, forgery, marriage documents, legal provisions, Malaysian syariah vourt Full text: PDFPemalsuan dokumen merupakan satu daripada cabaran apabila mengemukakan bentuk keterangan tersebut di mahkamah. Secara umumnya, terdapat pelbagai bentuk pemalsuan dokumen yang berlaku, seperti pemalsuan dokumen perkahwinan, kenyataan palsu daripada saksi dan pemalsuan tandatangan. Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan perbincangan mengenai pemalsuan dokumen perkahwinan. Hal ini dikatakan demikian kerana masih wujud kelompangan terhadap perbincangan kesalahan pemalsuan dokumen perkahwinan di mahkamah syariah Malaysia yang memerlukan kajian yang komprehensif. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk memperjelas konsep pemalsuan dokumen dan kedudukannya dalam perundangan Islam, menganalisis peruntukan undang-undang menurut perspektif fiqah dan undang-undang Syariah, serta menjalankan kajian kes pemalsuan dokumen perkahwinan di mahkamah syariah Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu kaedah analisis dokumen daripada data primer dan data sekunder. Data yang diperoleh kemudiannya dipersembahkan dalam bentuk subtema. Kajian ini dilihat sangat penting bagi melihat bidang kuasa mahkamah syariah apabila mengendalikan kes yang berkaitan dengan pemalsuan dokumen perkahwinan dan secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada semua masyarakat Islam di Malaysia tentang kepentingan penjagaan keaslian dokumen perkahwinan bagi tujuan perundangan. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa tiada peruntukan khusus bagi kesalahan pemalsuan secara umum, sebaliknya disabitkan di bawah kesalahan menghina mahkamah. Bagi kesalahan pemalsuan dokumen perkahwinan, pesalah boleh dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 38 Akta Undang-undang Keluarga. Dengan berdasarkan analisis kajian kes, kadar denda yang dikenakan terhadap pesalah didapati bersifat minimum. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dilakukan dengan melakukan perbandingan antara amalan dan praktis dengan undang-undang sivil dari segi pengendalian kes pemalsuan dokumen perkahwinan dan menganalisis peruntukan yang berkaitan. Kata kunci: Dokumen, keterangan, pemalsuan, dokumen perkahwinan, peruntukan undang-undang, mahkamah syariah Malaysia Teks penuh: PD

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇