Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Analisis Lakuan Pertuturan dalam Filem Adiwiraku Menggunakan Teori Lakuan Pertuturan Searle
Speech acts are utterances that convey meaning depending on specific contexts. This study was conducted to analyze the speech acts in the film ‘Adiwiraku’ using Searle’s Speech Act Theory. The theory categorizes speech acts into five types, which are directives, assertives, expressives, commissives, and declarations. The study employed a qualitative approach by conducting content analysis on the dialogue of the film ‘Adiwiraku’. The data collected were then categorized according to Searle’s Speech Act Theory. The findings revealed that four types of speech acts are present in the film, which are directives, assertives, expressives, and commissives, while declarations are absent. It is hoped that this study can provide a deeper understanding of how communication functions in everyday life, particularly in social and educational interactions. Understanding speech acts is essential for comprehending the intent behind what is communicated in interactions. Additionally, this study aspires to inspire readers to further explore the pragmatic aspects of communication that involve media, such as films, which often mirror the real-life social interactions and societal dynamics in a country.
Keywords: Speech acts, utterances, film, Adiwiraku, Searle’s theory (1969), education
Full text: PDFLakuan pertuturan merupakan ujaran yang mempunyai makna mengikut konteks tertentu. Kajian ini dilakukan untuk menganalisis lakuan pertuturan dalam filem Adiwiraku dengan menggunakan Teori Lakuan Pertuturan Searle. Teori ini membahagikan lakuan pertuturan kepada lima kategori, iaitu lakuan direktif, lakuan asertif, lakuan ekspresif, lakuan komisif dan lakuan deklaratif. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan teks ujaran dialog dalam filem Adiwiraku. Data yang dikumpulkan dikategorikan mengikut kategori dalam Teori Lakuan Pertuturan Searle. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat jenis lakuan pertuturan yang diujarkan dalam filem ini, iaitu lakuan direktif, lakuan asertif, lakuan ekspresif dan lakuan komisif, manakala lakuan deklaratif tidak terdapat dalam kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada semua pihak tentang cara sesuatu komunikasi berfungsi dalam kehidupan seharian, terutamanya apabila melibatkan interaksi sosial dan pendidikan. Pemahaman tentang lakuan pertuturan amat penting untuk membolehkan seseorang itu memahami perkara yang diujarkan ketika berkomunikasi antara satu dengan lain. Sehubungan dengan itu, kajian ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada pembaca untuk mengkaji aspek pragmatik dalam komunikasi dengan lebih mendalam yang melibatkan media, seperti filem yang sering menjadi cerminan sebenar kehidupan dan interaksi sosial masyarakat di sesebuah negara.
Kata kunci: Lakuan pertuturan, ujaran, filem, Adiwiraku, Teori Searle (1969), pendidikan
Teks penuh: PD
Pengkonsepsian Makna Kata Kerja dalam Subdialek Kedah
The formation of dialects is influenced by the geographical boundaries within which speakers reside. Such boundaries give rise to a variety of local dialects, including the Kedah, Pahang, Kelantan, and Terengganu dialects, as well as distinct subdialects within each region. Existing studies on the Kedah dialect are often focused on linguistic and sociolinguistic dimensions. Accordingly, this paper seeks to identify and conceptualize the meanings of selected verbs namely “bercerau”, “berceretet”, “berkenjah” and “berjabu” in the Kedah dialect, covering Northern, Central, and Southern Kedah. This qualitative research utilizes structured and unstructured interviews alongside a lexical register approach, as outlined by Asmah Haji Omar (2001), to explore and interpret the conceptualize of specific verbs in the Kedah Malay Dialect (KMD) as used by native speakers. Findings indicate that verbs in the Kedah dialect (across Northern, Central, and Southern regions) are conceptualized with nuanced meanings, reflecting the speakers' experiences and their geographical regions. Additionally, the study highlights instances where verb meanings are shared across regions and instances where they are unique to specific areas. This study aims to contribute to the preservation and documentation of the Kedah dialect, underscoring its distinctive linguistic heritage.
Keywords: Dialect, Kedah Malay dialect, Kedah subdialect, verbs, Malay linguistics, meaning conceptualization
Full text: PDFDialek terbentuk disebabkan oleh wujudnya persempadanan ruang geografi kawasan tempat tinggal penutur. Melalui persempadanan inilah wujudnya pelbagai dialek tempatan, seperti dialek Kedah, dialek Pahang, dialek Kelantan dan dialek Terengganu. Begitu juga keadaannya dengan subdialek negeri masing-masing. Kajian yang berkaitan dengan dialek Kedah sering difokuskan oleh sarjana, tetapi tertumpu pada linguistik dan sosiolinguistik. Oleh itu, pengkaji mengenal pasti dan mengkonsepsikan makna kata kerja terpilih, iaitu “bercerau”, “berceretet”, “berkenjah” dan “berjabu” dalam dialek Kedah (Kedah Utara, Kedah Tengah dan Kedah Selatan). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan gaya daftar kata yang dikemukakan oleh Asmah Haji Omar (2001). Temu bual dilakukan secara berstruktur dan tidak berstruktur, manakala gaya daftar kata digunakan untuk memaknakan dan mengkonsepsikan kata kerja tersebut terpilih dalam dialek Kedah. Dapatan menunjukkan bahawa kata kerja terpilih tersebut dikonsepsikan dengan makna yang berbeza-beza berdasarkan pengalaman penutur dan kawasan tempat tinggalnya. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat makna kata kerja yang dikongsi bersama dan menjadi milik eksklusif penutur di kawasan tersebut. Kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan dalam pendokumentasian khazanah dialek Kedah sebagai dialek yang unik.
Kata kunci: Dialek, dialek Kedah, subdialek Kedah, kata kerja, linguistik Melayu, pengkonsepsian makna
Teks penuh: PD
Manifestasi Seni Abstrak Ekspresionis dalam Konteks Seni Moden Malaysia (Lewat 1950 hingga 2010)
Malaysian Abstract Expressionist art has continued to impact and influence the nation’s art scene since the late 1950s. Malaysian artists such as Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Latiff Mohidin and Chew Teng Beng have experimented and explored with abstraction in pursuit of their distinctive style, adding to the dynamic and ever-evolving context of Malaysian art. As the earliest proponents of Abstract Expressionist art in Malaysia, their influences are still strong today, as can be observed in the works of the following artists who achieved prominence in the Malaysian abstract art scene in the late 1970s: Sharifah Fatimah Zubir, Yusof Ghani, Rafiee Ghani, Suzlee Ibrahim and Awang Damit Ahmad. Thus, this paper aims to elucidate the connection between abstract art creativity and the aforementioned artists by examining the selected artworks produced by them. In this case, the domesticating strategy facilitated the transformation of Abstract Expressionism into the art creation of nine Malaysian artists, who used diverse abstraction approaches to convey their inner spirit. Based on the authors’ observation, the diverse abstraction trends bridge a connection between these two generations of Malaysian artists. Through the application of Edmund Felman’s visual analysis method, their works are observed to exhibit a variety of abstraction trends that have contributed to the diversification of Malaysian Abstract Expressionist art, which can be seen in gestural, pure, organic and calligraphic abstraction.
Full text: PDFSeni Abstrak Ekspresionis Malaysia terus memberikan impak dan mempengaruhi arena seni negara sejak akhir 1950-an. Seniman Malaysia seperti Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Latiff Mohidin dan Chew Teng Beng telah bereksperimen dan meneroka abstrak dalam usaha mencari gaya yang berbeza, seterusnya menyumbang kepada konteks seni Malaysia yang dinamik dan sentiasa berubah. Sebagai pelopor terawal seni Abstrak Ekspresionis di Malaysia, pengaruh mereka masih kuat sehingga kini, seperti yang dapat diperhatikan melalui karya pelukis berikut yang mencapai kemasyhuran dalam arena seni abstrak Malaysia pada akhir 1970-an: Sharifah Fatimah Zubir, Yusof Ghani, Rafiee Ghani, Suzlee Ibrahim, dan Awang Damit Ahmad. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menjelaskan hubungan antara kreativiti seni abstrak dengan seniman yang disebutkan dengan mengkaji karya terpilih yang dihasilkan oleh mereka. Dalam kes ini, strategi domestikasi memudahkan transformasi Abstrak Ekspresionisme menjadi penciptaan seni sembilan orang seniman Malaysia, yang menggunakan pendekatan abstrak yang pelbagai untuk menyampaikan semangat dalaman mereka. Berdasarkan pemerhatian pengarang, pelbagai trend abstrak yang pelbagai membentuk hubungan antara dua generasi artis Malaysia ini. Melalui aplikasi kaedah analisis visual oleh Edmund Felman, karya mereka akhirnya memperlihatkan pelbagai trend abstrak yang menyumbang kepada kepelbagaian seni Abstrak Ekspresionis Malaysia, yang boleh dilihat dalam abstrak gerak isyarat, tulen, organik, dan kaligrafi.
Teks penuh: PD
Verifikasi Makna dalam Falsafah Za'ba
Verification of meaning is the main principle in evaluating the content of expression, whether its meaning is accepted or rejected. In Arab-Islamic and Western philosophies, this principle has been critically studied, especially since the beginning of linguistic shift in the early 20th century. In Malay philosophy, although the verification of meaning is not pursued as in Arab-Islamic and Western philosophies, the awareness of its importance, especially in the concept of original meaning and special meaning as well as the basic method of differentiating meaning has been shown by Za‘ba. This article aims to (1) explain the concept of verification of meaning in Za‘ba’s philosophy, and (2) elaborate on the method of verification of meaning in his philosophy. The data on the concept of verification of meaning involve Za‘ba’s (1919, 1980, 2009) thoughts in the poem titled Kejatuhan Kaum Islam, and the concept of right and wrong in Falsafah Takdir and Perangai Bergantung pada Diri Sendiri. The data on the method of verification of meaning are sourced from Za‘ba’s (2000, 2002) thoughts on deficiency of meaning in Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III and differences in meaning in Ilmu Mengarang Melayu. Through the discussion, it was found that awareness and philosophical responsibility were implemented by Za‘ba in laying the foundation for the formation of verification of meaning through the concepts of true, false, meaningful and meaningless, in addition to presenting the conceptual proposal regarding the verification of meaning. He also introduced the method of verification of meaning through the principles of conforming to reality and cognitive reasoning.
Full text: PDFVerifikasi makna merupakan prinsip utama dalam menilai kandungan sesuatu ungkapan sama ada maknanya diterima atau ditolak. Dalam falsafah Arab-Islam dan falsafah Barat, prinsip ini telah ditekuni dengan serius, khususnya sejak permulaan pusingan linguistik pada awal abad ke-20. Dalam falsafah Melayu, meskipun verifikasi makna tidak ditekuni sepertimana dalam falsafah Arab-Islam dan falsafah Barat, namun kesedaran tentang kepentingannya, lebih-lebih dari segi konsep makna asal dan makna khas serta kaedah asas pembezaan makna telah ditunjukkan oleh Za‘ba. Makalah ini bertujuan untuk (1) menjelaskan konsep verifikasi makna dalam falsafah Za‘ba dan (2) menghuraikan kaedah verifikasi makna dalam falsafah beliau. Data konsep verifikasi makna melibatkan pemikiran Za‘ba (1919; 1980; 2009) dalam puisi bertajuk Kejatuhan Kaum Islam serta konsep salah dan benar dalam Falsafah Takdir dan Perangai Bergantung pada Diri Sendiri. Data kaedah asas verifikasi makna pula bersumberkan pemikiran Za‘ba (2000; 2002) tentang kecacatan makna dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III dan perbezaan makna dalam Ilmu Mengarang Melayu. Melalui perbincangan, terdapat kesedaran dan tanggungjawab falsafi yang dilaksanakan oleh Za‘ba dalam meletakkan asas pembentukan verifikasi makna melalui konsep benar, salah, penuh makna dan sirna makna di samping mengemukakan cadangan konseptual berhubung dengan verifikasi makna. Beliau juga memperkenalkan kaedah verifikasi makna melalui prinsip menepati realiti dan prinsip pentaakulan kognitif.
Teks penuh: PD
Analisis Makna dalam Lirik Lagu Dato' Jamal Abdillah
Language has a very close relationship with society because every society needs to communicate with each other. It is also the most effective communication tool in conveying meaning, especially in song. This is because a songwriter needs language to convey meaning that can be understood by the listeners. Every song lyric illustrates the thoughts of the songwriter. Therefore, this study was conducted to identify and analyse the types of meaning contained in the song lyrics of Dato' Jamal Abdillah. Through this study, the researcher identified whether a song contains all types or only a few types of meaning. This study uses qualitative research method, specifically text analysis. The researcher analysed meaning in song lyrics based on the types of meaning presented by Leech (1974). In the analysis, all seven types of meaning were found in the song lyrics of Dato' Jamal Abdillah. The most found types of meaning in his lyrics are conceptual, affective and thematic meanings. All of these types of meaning are used in the song lyrics for a specific purpose, such as to emphasize a word. Since the words used by the songwriter for Dato' Jamal Abdillah are easily comprehensible, the listener can experience and understand the message that is clearly conveyed by the songwriter.
Keywords: Language, meaning, lyric, song, types of meaning, songwriter
Full text: PDFBahasa mempunyai hubungan yang sangat erat dengan masyarakat kerana setiap masyarakat perlu saling berhubung antara satu dengan lain. Bahasa juga merupakan alat komunikasi yang paling berkesan untuk menyampaikan makna, terutamanya dalam lagu. Hal ini dikatakan demikian kerana penulis lirik lagu memerlukan bahasa untuk menyampaikan makna yang difahami oleh pendengar. Setiap lirik lagu menggambarkan bentuk pemikiran penulisnya. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis makna dalam lirik lagu Dato' Jamal Abdillah. Menerusi kajian ini, penulis mengenal pasti, sama ada semua jenis makna terdapat dalam setiap lagu atau mengandungi beberapa jenis makna sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, iaitu analisis teks. Pengkaji menganalisis makna dalam lirik lagu berlandaskan jenis makna yang dikemukakan oleh Leech (1974). Dalam penelitian ini, ketujuh-tujuh jenis makna ditemukan dalam lirik lagu Dato' Jamal Abdillah. Jenis makna yang banyak ditemukan dalam lirik lagu Dato' Jamal Abdillah ialah makna konseptual, makna afektif dan makna tematik. Semua jenis makna ini digunakan dalam lirik lagu dengan tujuan tertentu. Contohnya, makna tematik digunakan untuk memberikan penekanan terhadap sesuatu kata. Oleh sebab kata yang digunakan oleh penulis lirik lagu Dato' Jamal Abdillah ini sangat mudah difahami, pembaca dapat menghayati dan memahami pesanan yang disampaikan oleh penulis dengan jelasnya.
Kata kunci: Bahasa, makna, lirik, lagu, jenis makna, penulis lirik
Teks penuh: PD
Nik Elin Zurina & Tengku Yasmin Natasha Lwn Kerajaan Negeri Kelantan [2024] CLJU 232
-
Full text: PDF-
Teks penuh: PD
Analisis Kepentingan dan Motif Tatu dalam Budaya Masyarakat Iban melalui Falsafah "Alam Takambang Jadi Guru"
This research explains a local wisdom of the Iban ethnic group, that is, tattoo tradition. The practice of traditional tattooing in the Iban ethnic group is viewed as a unique culture because it has its own story and purpose. The symbolism of tattoos with elements of nature through the philosophy of “alam takambang jadi guru” is often used to express ideas and meaning about their culture and life. The objective of this study is to identify the relationship of nature as a teacher in the Iban ethnic group, discuss the importance of nature-based tattoo in the Iban ethnic group, and analyse the meaning of tattoo motifs in the Iban ethnic group. This research uses a qualitative approach through the methods of full observation and in-depth interview with informants. The result of the study found that the Iban ethnic group believe that nature teaches people to think creatively. Therefore, through nature, the Iban ethnic group produce creativity that uses natural resources of tattooing tradition to show local wisdom in their culture. Every event that occurs in the life of the Iban ethnic group cannot be separated from nature, that is, they believe that nature has spirit, soul, and strength that must be respected. The aesthetic value of the tattoo tradition can also be seen in the motifs produced with the inspiration of nature. Tattoo motifs with elements of nature are also considered to be able to inject elements of strength, symbolizing a person’s social status and achievements in various matters. This shows that nature acts as a teacher or as a guide for the Iban ethnic group in their daily life.
Full text: PDFPenyelidikan ini menjelaskan tentang kearifan tradisi etnik Iban, iaitu tradisi bertatu. Pengamalan tradisi bertatu dalam etnik Iban dilihat sebagai satu kebudayaan yang unik kerana mempunyai penceritaan dan tujuan yang tersendiri. Simbolisme tatu dengan unsur alam semula jadi melalui konsep “alam takambang jadi guru” sering digunakan untuk menyatakan idea serta makna tentang budaya dan kehidupan. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti hubungan alam sebagai guru dalam etnik Iban, membincangkan kepentingan tatu berunsur alam kepada etnik Iban dan menganalisis maksud motif tatu dalam etnik Iban. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif menggunakan kaedah pemerhatian penuh dan temu bual secara mendalam dengan informan. Hasil kajian mendapati bahawa etnik Iban percaya bahawa alam semula jadi mengajar manusia untuk berfikir secara kreatif. Oleh itu, melalui alam semula jadi, etnik Iban menghasilkan kreativiti yang menggunakan sumber alam pada tradisi bertatu yang menunjukkan kearifan tradisi dalam budaya etnik tersebut. Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan etnik Iban tidak dapat dipisahkan dengan alam semula jadi, iaitu mereka percaya bahawa alam semula jadi mempunyai roh, jiwa dan semangat yang perlu dihormati. Nilai estetika pada tradisi bertatu juga dapat dilihat pada motif yang dihasilkan dengan berinspirasikan alam semula jadi. Motif tatu berunsurkan alam semula jadi juga dianggap dapat menyuntik elemen kekuatan, melambangkan status sosial dan pencapaian seseorang dalam pelbagai perkara. Perkara ini menunjukkan bahawa alam semula jadi berperanan sebagai guru atau sebagai panduan bagi etnik Iban dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
Teks penuh: PD
Analisis Persepsi Pelajar Institut Pengajian Tinggi di Selatan Thailand terhadap Tulisan Jawi: Kajian Kes Pelajar Kolej Islam Syeikh Daud Al-Fathani, Yala, Thailand
Jawi script is the main medium of Malay language writing in Southern Thailand, specifically Yala, Pattani, Narathiwat, Satun, and several other districts in the Songkhla region that were previously part of the Malay Sultanates of Patani and Kedah-Perlis before their cession to the Thai national territory based on the Anglo-Siamese Agreement of 1909. This study aims to identify the perceptions of university (IPT) students in Southern Thailand towards Jawi script. This study uses a quantitative approach as data collection medium through survey research design via a questionnaire involving 30 IPT first-degree students at the Syeikh Daud alFathani Islamic College (KISDA) in Yala, Southern Thailand. The data obtained from the questionnaire were analysed using descriptive statistics. The findings show that the university students have a positive perception of the Jawi script. The ability to use Jawi script is important as a symbol of Patani Malay identity, which dictates a high perceived value. This study somewhat illustrates the importance of Jawi script among the young Malay generation and its role as a marker of Patani Malay national identity.
Full text: PDFTulisan Jawi merupakan medium utama penggunaan tulisan untuk bahasa Melayu di Selatan Thailand, iaitu Yala, Pattani, Narathiwat, Satun dan beberapa daerah di wilayah Songkhla yang mana dahulunya adalah milik Kesultanan Melayu Patani dan Kedah-Perlis sebelum menjadi sebahagian daripada wilayah negara Thailand berasaskan Perjanjian Bangkok 1909 (Anglo-Siamese 1909). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Selatan Thailand terhadap tulisan Jawi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai medium pengumpulan data menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui teknik soal selidik dengan melibatkan 30 orang pelajar IPT yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di Kolej Islam Syeikh Daud al-Fathani (KISDA), Yala, Selatan Thailand. Data yang diperoleh melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar IPT mempunyai persepsi positif terhadap tulisan Jawi. Kebolehan menggunakan tulisan Jawi adalah penting sebagai lambang identiti Melayu Patani yang mencatatkan persepsi yang sangat tinggi. Kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran tentang pentingnya tulisan Jawi dalam kalangan generasi muda Melayu dan juga sebagai lambang jati diri bangsa Melayu Patani.
Teks penuh: PD
Model Hibrid Baharu oleh Stover (2010): Satu Mekanisme Penginterpretasian Metafora yang Bermodular
The development of metaphor studies has shown that various aspects have been explored, including research on metaphor interpretation procedures that focus on methods used by researchers to uncover implied meanings. Therefore, various metaphor interpretation procedures have emerged, proposed by scholars with their own characteristics and methods. This paper highlights the framework of the New Hybrid Model by Stover (2010) to be used as a mechanism for interpreting metaphors because the construction of this model is characterized by inclusivity, incorporating cognitive linguistic and pragmatic approaches. However, the strength of the New Hybrid Model has been overlooked by researchers because studies applying this theory are still relatively few compared to other meaning interpretation procedures. Moreover, although there are studies that apply the New Hybrid Model to analyse metaphorical data in their research, the process of interpreting metaphorical meanings is seen to be inconsistent with the ideas proposed by Stover (2010). Recognizing this discrepancy, this paper is responsible for discussing metaphor interpretation procedures based on the New Hybrid Model, focusing on the operation of the Triple Processing Model to prove the credibility of this theory. To illustrate its operation, fire metaphor data generated from the Dewan Bahasa dan Pustaka Corpus are utilized as study materials. Discussion of the New Hybrid Model is significant because correct and systematic procedures can assist researchers in processing implied meanings more accurately and clearly. This paper is hoped to serve as a guide for future researchers in interpreting metaphors as various inputs that manifest the excellence of Malay thinking can be empirically highlighted.
Keywords: cognitive, fire metaphor, New Hybrid Model, Malay thoughts, interpretation procedure, Hanna Stover
Full text: PDF
Perkembangan kajian yang berkaitan dengan metafora memperlihatkan penerokaan pelbagai aspek, termasuklah kajian tentang prosedur penginterpretasian metafora. Kajian sebegini menumpukan kaedah yang dapat digunakan oleh pengkaji untuk mencungkil maksud tersirat. Hasilnya, muncul pelbagai prosedur penginterpretasian metafora yang digagaskan oleh sarjana dengan ciri dan kaedah yang tersendiri. Oleh itu, objektif makalah ini adalah untuk menghuraikan dan memperincikan kerangka Model Hibrid Baharu oleh Stover (2010) dengan menumpukan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai sebagai satu mekanisme penginterpretasian metafora yang bercirikan inklusif dan bermodular. Sungguhpun terdapat kajian lepas yang mengaplikasikan Model Hibrid Baharu yang melibatkan ketiga-tiga proses dalam Model Proses Tiga Serangkai, proses penginterpretasian makna metafora itu dilihat tidak menepati gagasan idea yang dikemukakan oleh Stover (2010). Menyedari kepentingan mempolemikkan isu ini, makalah ini mengambil tanggungjawab untuk membincangkan prosedur penginterpretasian metafora berdasarkan Model Hibrid Baharu dengan memfokuskan pengoperasian Model Proses Tiga Serangkai yang melibatkan peringkat demi peringkat. Oleh itu, ungkapan metafora "api" yang dijana daripada Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka dimanfaatkan sebagai bahan kajian. Ternyata, perbincangan tentang Model Hibrid Baharu adalah signifikan bagi memastikan kesahan maklumat daripada sumber primer dapat dipelihara dan menyebarluaskan ilmu yang berkaitan dengan bidang linguistik kognitif dan pragmatik. Makalah ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pengkaji akan datang untuk menginterpretasikan maksud metafora kerana pelbagai input yang memanifestasikan keunggulan pemikiran Melayu dapat diserlahkan secara empiris.
Kata kunci: Kognitif, metafora api, Model Hibrid Baharu, pemikiran Melayu, prosedur penginterpretasian, Hanna Stover
Teks penuh: PD
Shair dalam Kehidupan Masyarakat Melayu di Singapura
Syair, a form of traditional Malay poetry believed to have been adapted from the Persian or Arab civilization, has been a popular performative art in the Malay world, including Singapore. It has evolved since its first introduction to the Malay Archipelago with the coming of Islam, and what constitutes as syair today is a culmination of its language structure, aesthetics, and depth of author’s insights as a form of the Malay community’s creative art. Once prevalent amongst the Malays until the 1970s, syair has significantly declined in popularity with the emergence of modern poetry and printed prose, and modern-day forms of entertainment, among other things, though it is still familiar to the urban and contemporary Malays in Singapore. Based on the data collected from a research project (2018 to 2020) in Singapore, this paper demonstrates that syair in the form of rare hikayat (tales) texts and manuscripts are still kept as personal collection and family heirloom. Albeit dwindling in number, the art of syair recital is slowly eroding if not for individuals who perceive the preservation of syair texts and the art of syair recital as their honourable responsibility, akin to preserving the Malays’ social memory and collective wisdom.
Full text: PDFSyair merupakan puisi Melayu tradisional yang dipercayai diadaptasi daripada tamadun Parsi atau Arab, telah menjadi seni persembahan yang popular di Alam Melayu, termasuk di Singapura. Syair telah berkembang sejak pertama kali diperkenalkan ke Kepulauan Melayu dengan kedatangan Islam, dan perkara yang membentuk syair pada hari ini ialah kemuncak struktur bahasa, estetika dan kedalaman wawasan pengarang sebagai bentuk seni kreatif masyarakat Melayu. Walaupun pernah menjadi lazim dalam kalangan orang Melayu sehingga tahun 1970-an, populariti syair telah menurun dengan ketara dengan kemunculan puisi moden dan prosa bercetak dan bentuk hiburan moden, antara lain, tetapi masih biasa dalam kalangan orang Melayu bandar dan kontemporari di Singapura. Berdasarkan data yang dikumpul daripada projek penyelidikan (2018 hingga 2020) di Singapura, hasil kajian ini menunjukkan bahawa syair dalam bentuk teks dan manuskrip hikayat yang jarang ditemui masih disimpan sebagai koleksi peribadi dan pusaka keluarga, walaupun jumlahnya semakin berkurangan, tetapi seni bacaan syair semakin terhakis jika tidak kerana individu yang menganggap pemeliharaan teks syair dan seni bacaan syair sebagai tanggungjawab mereka yang mulia, sama seperti memulihara ingatan sosial dan kebijaksanaan kolektif orang Melayu.
Teks penuh: PD