26 research outputs found

    Pemikiran maqasid al-Shari’ah Yusuf al-Qaradawi dan Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti: Satu kajian perbandingan / Muhammad Safwan Harun

    No full text
    Mutakhir ini, teori maqāṣid al-sharī’ah mahupun aplikasinya dalam hukum Islam telah diwacanakan secara meluas oleh kebanyakan sarjana Islam. Antara sarjana yang turut terlibat dalam wacana ini ialah al-Qaraḍāwī dan al-Būṭī. Namun begitu, pemikiran maqāṣid al-sharī’ah antara kedua-dua tokoh tersebut seolah-olah mempunyai perbezaan yang jelas. Ini kerana, dari perspektif al-Qaraḍāwī maqāṣid al-sharī’ah merupakan sesuatu yang mesti dihasilkan. Berbeza dengan al-Būṭī yang menganggap maqāṣid al-sharī’ah akan dicapai melalui perlaksanaan hukum-hukum yang telah disyariatkan dengan nas syarak secara mutlak. Perbezaan tersebut semakin jelas yang dapat disaksikan dalam fatwa-fatwa mereka misalnya isu al-khurūj ‘alā al-hukkām yang menghasilkan dua pandangan berbeza berasaskan pertimbangan maqāṣid al-sharī’ah. Faktor yang sama turut mengakibatkan perbezaan pandangan dalam bidang fekah ibadat, fekah muamalat, fekah politik dan fekah wanita. Lantaran itu, timbul beberapa persoalan yang perlu dikaji antaranya tentang konsep maqāṣid al-sharī’ah menurut dua tokoh ini, aplikasi maqāṣid al-sharī’ah tokoh dalam perbahasan hukum Islam dan bentuk pemikiran maqāṣid al-sharī’ah antara dua tokoh tersebut. Persoalan-persoalan ini telah melahirkan tiga objektif yang melandasi kajian ini iaitu menjelaskan pemikiran asas tokoh tentang maqāṣid al-sharī’ah, menghurai aplikasi maqāṣid al-sharī’ah dalam hukum Islam menurut tokoh dan menganalisis perbezaan pemikiran maqāṣid al-sharī’ah antara dua tokoh tersebut. Bagi menyelesaikan objektif tersebut, kajian dijalankan berdasarkan data-data perpustakaan. Data-data tersebut kemudiannya telah dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua tokoh memiliki kepakaran dalam bidang maqāṣid al-sharī’ah. Namun begitu, perbezaan pemikiran dalam bidang ini berlaku lantaran corak pemakaian prinsip seperti ta’āruḍ bayn al-maṣālīh, fiqh al-wāqi’, fiqh al-taysīr, i’tibār al-maālāt dan metode penafsiran nas untuk mencapai maqāṣid al-sharī’ah. Berdasarkan beberapa perbezaan tersebut, kajian merumuskan wujudnya relevansi pemikiran maqāṣid al-sharī’ah al-Qaraḍāwī dengan manhaj iṣlāḥ dan tajdīd. Sementara itu, pemikiran al-Būṭī yang mengekal corak perbahasan maqāṣid al-sharī’ah di zaman awal boleh disifatkan sebagai tradisionalis

    Pelaksanaan Advance Medical Directive (AMD): tinjauan dari perspektif maslahah / Muhamad Sayuti Mansor, Muhammad Safwan Harun dan Muhammad Ikhlas Rosele

    Full text link
    The development of knowledge in the field of medicine in Malaysia in something that is well known. This occurs as the result of the development in science and technology that spread globally nowadays. This development also become the basis that spark many moral questions as well as Islamic jurisprudential issues, until the fiqh of medicine becomes among the subject of discussion and research interest to the Muslim intellectual today. Among these issues are the Advance Medical Directive (AMD). AMD is a legal document that was made by an individual to outline his wishes and preferences in regard to medical treatments and interventions in the event that he becomes terminally ill and unconscious. The AMD inflicted the question whether it is permissible or go against the sharia. So, this study was conducted using the qualitative approach to analyse the position of AMD from the perspective of maslahah. This study shows that AMD is permissible in the sharia but in some conditions it must refers to the maslahah perspective to execute or null any wishes and preferences that was made in the AMD

    Pentadbiran Zakat Fitrah Oleh Majlis Agama Islam Negeri (Main) Malaysia: Satu Tinjauan

    No full text
    Zakat adalah salah satu sumber pendapatan bagi menjana ekonomi umat Islam. Ianya juga adalah sebuah medium agihan kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin. Terdapat pelbagai sumber zakat antaranya seperti perniagaan, gaji, pertanian, ternakan dan fitrah. Artikel ini akan membincangkan pentadbiran zakat fitrah yang diamalkan di Malaysia memandangkan zakat fitrah merupakan satu jenis zakat yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam di mana ianya dibayar oleh individu itu sendiri atau oleh walinya seperti bapa. Dari segi pentadbirannya, zakat fitrah berada dibawah seliaan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Oleh itu, pelbagai langkah telah dijalankan oleh MAIN dalam memastikan kutipan zakat fitrah dan pengagihannya berada pada tahap yang amat memuaskan. Kajian mendapati, pentadbiran zakat fitrah di Malaysia berada pada tahap yang amat efisen dan cekap. Hal sedemikian telah dicapai oleh MAIN melalui penambahbaikan dari faktor sumber manusia, teknologi dan kesedaran masyaraka

    Analisis prinsip al-darurah dalam pinjaman berasaskan riba bagi tujuan pemilikan rumah dalam kalangan minoriti muslim

    No full text
    Minoriti muslim merupakan satu kelompok masyarakat muslim yang hidup dalam sesebuah negara bukan Islam. Realiti ini telah menimbulkan beberapa bentuk kesempitan hidup dalam masyarakat ini yang perlu ditangani dengan baik. Antaranya, isu pemilikan rumah yang merupakan salah satu keperluan asas mereka. Namun begitu, institusi kewangan Islam di negara Barat adalah terhad bagi membenarkan pembelian rumah dibuat selari dengan syarak. Hal ini menyebabkan masyarakat minoriti muslim melakukan pinjaman perumahan Barat yang mengandungi riba perbankan. Menariknya, transaksi tersebut diharuskan melalui fatwa dari Majlis Penyelidikan Fatwa Eropah dengan alasan situasi yang dihadapi oleh komuniti tersebut adalah darurat. Sedangkan, majoriti ulama mengharamkan sebarang bentuk transaksi berasaskan riba. Persoalannya, adakah terdapatnya pertimbangan prinsip darurat yang berbeza sehingga menimbulkan dua fatwa yang bertentangan dalam isu ini? Justeru itu, kajian dijalankan bagi menilai prinsip darurat yang menjadi asas fatwa yang membenarkan pinjaman riba bagi pembelian rumah. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan metodologi campuran iaitu pengumpulan data perpustakaan dan analisis data. Kajian merumuskan bahawa, darurat merupakan situasi kritikal yang membenarkan beberapa tasarrufat yang asalnya dilarang dalam keadaan biasa. Namun begitu, terdapat alasan-alasan yang dijadikan asas fatwa pembelian rumah perlu dinilai kembali melalui prinsip darurat yang telah ditetapkan secara sistematik oleh sarjana Islam

    ڈاکٹر خواجہ محمد زکریا کا نظری و فکری ارتقا (مصاحبوں کی روشنی میں)

    No full text
    This article is basing on the book “Dr. Khwaja Muhammad Zakariya: Afkar o Guftar”. It caters scores of interviews of Dr Khawaja Muhammad Zakariya. Starting from a convincing parable of an unstructured telephonic interview which the author himself took over a span of couple of weeks, many an interview hold Dr Khawaja’s talk amp; reflections on variety of topics including his family amp; personality, tradition of poetry amp; poetics, history of Urdu literature, linguistics, linguistic research in Urdu, teaching of Urdu to the foreigners/non-native speakers, language policy, language politics, implementation of Urdu as state/official language, implementation of Punjabi as the provincial language, university amp; students’ politics, power politics, and the like. As this book contains interviews that were taken in almost half a century, Dr Khawaja’s varying literary thoughts, notions and theories can be well judged through the lens of this very lexis. The author of this article grades the interview taken by Dr Faiza Butt amp; Rabia Hijab as the most versatile and complete one. In the end the author suggests some additions/corrections that need be taken into account in the next edition of this compilation

    The Influence of the Shafie School on Fatwa Methodologies in Malaysia: Toward the Unity of Ummah’s Objective

    Full text link
    Maqāṣid al-shariah, which refers to the aim or goal intended by Islamic law to benefit humankind, is closely related to the issuance of fatwas. This condition raises the question of whether maqāṣid al-shariah is fully considered in the fatwa issuance process in Malaysia. The methodology used in issuing fatwas in Malaysia is unique as the Shafie school is the primary reference, and the methodology aims to create a systematic fatwa management system in preserving unity. However, the approach does not generally embrace maqāṣid al-shariah, such as freedom, and favors an easier option (al-taysīr) to examine diverse views outside the Shafie school. This condition raises questions about the capability of the sectarian methodology practiced in the current issuance of fatwas and whether the fatwa methodology tied to the Shafie school can manifest maqāṣid al-shariah in every law. This paper aims to examine the achievement of maqāṣid al-shariah in the fatwa methodology that contains the strong tradition and influence of the Shafie school. Through inductive, deductive, and comparative document research, this study revealed three main findings. First, maqāṣid al-shariah in the fatwa methodology in Malaysia is applied through shariah arguments parallel with the uṣul al-fiqh framework. Second, the Malaysian fatwa methodology that references the final view of the Shafie school is intended to achieve uniformity and unity among the Muslim-majority community in Malaysia, which coincides with maqṣad wihdatul ummah. Third, when maṣlahah is not achieved in certain circumstances, views of schools other than the Shafie school can be consulted

    Analisis perspektif hadith terhadap operasi tembak gagak

    No full text
    Saban tahun, operasi tembak gagak diadakan sama ada di peringkat daerah dan negeri seluruh Malaysia. Lazimnya, operasi dilaksanakan di kawasan bandar atau kawasan yang memiliki kepadatan tinggi berdasarkan aduan yang diterima daripada penduduk. Menurut penganjur, operasi tersebut merupakan satu kaedah kawalan daripada kacau bilau gagak terhadap manusia. Sehubungan dengan itu, kajian cuba mendalami signifikan tindakan ini melalui kefahaman fiqh al-Hadith berkaitan gagak. Hal ini penting bagi memberi panduan kepada masyarakat akan mudarat yang mampu dijelmakan haiwan tertentu dan teknik kawalan paling berkesan menurut sunnah tanpa meminggirkan hak-hak haiwan

    Perubahan Sosial Semasa Wabak Covid-19 dari Perspektif Uruf (Social Changes During Covid-19 Outbreak from The Perspective of Uruf)

    Full text link
    Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang amat dahsyat kepada negara Malaysia. Semua sektor termasuklah ekonomi, pelancongan, servis, sukan, hiburan dan agama tertakluk kepada Standard Operation Procedure (SOP) seperti pemakaian topeng muka, penjagaan kebersihan dan penjarakan fizikal. Walaupun kepatuhan terhadap SOP ini masih mempunyai ruang untuk dipersoalkan, namun perkara yang tidak dapat dinafikan ialah ia telah merubah kehidupan sosial masyarakat di Malaysia. Ini bermaksud, rakyat Malaysia perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Mengamati keadaan ini, apakah norma baharu dalam tempoh pandemik ini menepati teori perubahan sosial. Selain itu, bagaimanakah sepatutnya penerimaan masyarakat terhadap perubahan sosial ini. Persoalan ini timbul kerana melihat perubahan yang berlaku dalam tempoh pandemik ini pada sebahagian keadaan mencetuskan mafsadah kepada kehidupan masyarakat. Justeru, kajian ini bertujuan menilai perubahan sosial dalam tempoh pandemik dari perspektif uruf dan maslahah. Melalui analisis kandungan terhadap data-data kepustakaan yang diperoleh, dapat disimpulkan bahawa perubahan sosial dalam tempoh wabak COVID-19 ini boleh dianggap sebagai uruf baru. Ini bermaksud, secara umumnya SOP-SOP yang diperkenalkan perlu dipraktikkan bagi memastikan kemaslahatan masyarakat terus terjamin

    Sorotan literatur pelaksanaan wakalah dalam sistem perkhidmatan Islam di Malaysia menurut perspektif hukum Islam: [Literature review on the implementation of wakalah in the Islamic service system in Malaysia from the perspective of Islamic law]

    Full text link
    Artikel ini menganalisis sorotan kajian lepas berkaitan pelaksanaan wakalah dalam sistem perkhidmatan Islam di Malaysia dari perspektif hukum Islam. Wakalah merupakan suatu akad perwakilan yang dibenarkan oleh syarak dan telah dilaksanakan secara meluas dalam pelbagai perkhidmatan meliputi aspek kewangan, kekeluargaan, perundangan dan juga ibadah. Pelaksanaan wakalah oleh institusi-institusi Islam di Malaysia telah berkembang mengikut keperluan semasa, namun masih berhadapan dengan beberapa isu yang memerlukan perhatian seperti kekangan perundangan, perkhidmatan agama berunsurkan komersial serta penganjuran sehingga ke luar negara. Kajian ini memberi tumpuan kepada konsep wakalah, isu pelaksanaannya dalam konteks sistem perkhidmatan Islam serta mengenal pasti jurang kajian yang memerlukan kajian lanjutan. Pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen digunakan untuk mengumpul maklumat daripada penulisan ilmiah, laporan, dokumentasi daripada kajian terdahulu. Hasil kajian mendapati wujudnya perbezaan pendekatan pelaporan antara agensi pelaksana, cabaran dari aspek perundangan dan tahap kefahaman masyarakat sama ada mengenai konsep wakalah mahupun perkhidmatan yang dijalankan. Artikel ini mencadangkan agar lebih banyak kajian perbandingan dan analisis hukum dijalankan untuk memperkukuh pelaksanaan wakalah agar seiring dengan prinsip syariah dan keperluan sistem perkhidmatan Islam yang lebih berkesan dan lestari. ABSTRACT This article analyzes a literature review on the implementation of wakalah (agency contract) within the Islamic service system in Malaysia from the perspective of Islamic law. Wakalah is a form of contractual delegation permitted in Islamic jurisprudence and has been widely applied in various religious services such as zakat, charity (sadaqah), endowment (waqf), pilgrimage (hajj), and animal sacrifice (qurban). The implementation of wakalah by Islamic institutions in Malaysia has evolved in response to current needs but continues to face several issues requiring attention. This study focuses on the concept of wakalah in Islam, its practical applications in Islamic services, and the contemporary legal and ethical issues arising from its execution. A qualitative methodology is adopted through document analysis, utilizing academic literature, institutional reports, and prior research documentation. The findings indicate variations in implementation approaches among different agencies, along with challenges in legal governance and public understanding. The article recommends further comparative and legal analyses to strengthen the application of wakalah in alignment with Shariah principles and to support a more effective and sustainable Islamic service system. Abstract: This article analyzes a literature review on the implementation of wakalah (agency contract) within the Islamic service system in Malaysia from the perspective of Islamic law. Wakalah is a form of contractual delegation permitted in Islamic jurisprudence and has been widely applied in various religious services such as zakat, charity (sadaqah), endowment (waqf), pilgrimage (hajj), and animal sacrifice (qurban). The implementation of wakalah by Islamic institutions in Malaysia has evolved in response to current needs but continues to face several issues requiring attention. This study focuses on the concept of wakalah in Islam, its practical applications in Islamic services, and the contemporary legal and ethical issues arising from its execution. A qualitative methodology is adopted through document analysis, utilizing academic literature, institutional reports, and prior research documentation. The findings indicate variations in implementation approaches among different agencies, along with challenges in legal governance and public understanding. The article recommends further comparative and legal analyses to strengthen the application of wakalah in alignment with Shariah principles and to support a more effective and sustainable Islamic service system
    corecore