1,754,626 research outputs found

    Perubahan morfologi dalam tiga edisi Kamus Dewan

    No full text
    This article attempts to examine morphological changes that occur in Malay grammar by analysing three editions of Kamus Dewan (1970, 1984, 1994). For the purpose of this article, the morphological aspect that comes under investigation is the affixation of memper-kan with adjectival roots for deriving verbal derived forms. It is apparent that the change is not motivated by natural developments of the language but due to the prescriptive grammar established in the Tatabahasa Dewan (Nik Safiah, 1997) which claims that redundancy features are not permitted in Malay. However based on my observation and the available data, redundancy elements actively occur in the language. Thus, it must be treated as part of the Malay grammar. It is apparent that redundancy has a grammatical function in the language that is to reinforce the linguistic information conveyed by the speakers. If redundancy is regarded as the grammatical aspect of Malay, then the prescriptive change that was performed on Kamus Dewan (1994) should be re-analysed and redefined.Makalah ini memaparkan kajian tentang perubahan morfologi tatabahasa dalam bahasa Melayu dengan menganalisis tiga edisi Kamus Dewan (1970, 1984, 1994). Aspek morfologi secara khusus dalam makalah ini melibatkan pengimbuhan memper-kan dengan kata akar yang tergolong dalam kelas kata adjektif. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan itu bukan didorong oleh perkembangan bahasa, tetapi disebabkan oleh pematuhan kepada tatabahasa preskriptif dalam Tatabahasa Dewan (Nik Safiah, 1997) yang menyatakan bahawa ciri kelewahan tidak dibenarkan dalam bahasa Melayu. Namun demikian, berdasarkan data kajian, unsur kelewahan begitu banyak dalam bahasa Melayu. Justeru, kewujudannya merupakan sebahagian daripada tatabahasa bahasa Melayu. Kelewahan mempunyai fungsi tatabahasa, iaitu untuk menegaskan maklumat bahasa yang ingin disampaikan. Sekiranya kelewahan diterima sebagai sebahagian daripada aspek tatabahasa bahasa Melayu, maka perubahan preskriptif yang dilakukan ke atas Kamus Dewan perlu diteliti dan difikir semula

    Dewan Penyunting

    No full text
    Dewan Penyuntin

    Penerbitan Terjemahan Karya Sastera Mahua Moden dalam Majalah Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

    No full text
    This article documents the translations of works of modern Mahua literature in magazines published by Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Discussion is made descriptively, guided by translation history theory employing eight objects of study proposed by D'hulst (2010), i.e. quis (who)?, quid (what)?, ubi (where)?, quibus auxiliis (which sort of support)?, cur (why)?, quomodo (how)?, quando (when)?, and cui bono (what are the effects)? The translations of modern Mahua literature in magazines published by DBP were collected manually from magazines from the collection stored at the National Library of Malaysia (PNM). Data collected were analysed using bibliometric methods. Findings from the study show that the translations of modern Mahua literature were published in Dewan Bahasa and Dewan Sastera comprises 33 poems and short stories. 12 local translators were involved in producing these translations since 1968. The publishing effort of the translation of Mahua modern literary works into Malay aims at introducing Chinese culture and thoughts through Mahua literature to Malay-language readers to promote understanding and cultivate national integration.Artikel ini mendokumentasikan terjemahan karya sastera Mahua moden dalam majalah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Perbincangan dibuat secara deskriptif berpandukan teori sejarah terjemahan dengan memanfaatkan lapan objek kajian yang diutarakan oleh D'hulst (2010), iaitu quis (siapa?), quid (apa?), ubi (di mana?), quibus auxiliis (apa jenis sokongan?), cur (mengapa?), quomodo (bagaimana?), quando (bila?), dan cui bono (apa kesannya?). Terjemahan karya sastera Mahua moden yang diterbitkan dalam majalah DBP dikumpulkan secara manual daripada koleksi majalah yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah bibliometrik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa karya terjemahan sastera Mahua moden diterbitkan dalam Dewan Bahasa dan Dewan Sastera dengan jumlah sebanyak 33 buah judul puisi dan cerpen. Terdapat seramai 12 orang penterjemah tempatan terlibat dalam penghasilan karya terjemahan ini sejak tahun 1968. Usaha penerbitan terjemahan karya sastera Mahua moden ke dalam bahasa Melayu bertujuan memperkenalkan budaya dan pemikiran kaum Cina melalui sastera Mahua kepada pembaca berbahasa Melayu bagi meningkatkan persefahaman antara kaum sekali gus memupuk integrasi nasional

    Kamus Dewan Perdana: Persoalan dan Penjelasan

    No full text
    Kamus Dewan Perdana (KDP) (2021) is the first Malay language dictionary in the world that utilizes corpus data and websites as data sources. Big data from these various sources allow various data to be obtained and recorded in the system. Based on the given entries and literal meanings, it turns out that the use of this dictionary requires good background knowledge of the Malay language and aspects of grammar, and this is not as easy as it seems. This paper highlights some morphological issues (affixes, meanings of affixes and word classes) that seem to demand further explanation and need to be unraveled based on several selected entries found in KDP (2021). To clarify this confusion, this study also utilizes the main sources of KDP (2021), which are the fourth edition of Kamus Dewan (2016) and other main sources for word classes mentioned on page xvii. If this confusion is not resolved, the impact on users, especially students, teachers, students in institutions of higher learning, and the public, is huge. Therefore, to ensure that the Malay language continues to be sustainable, and that the dignity of the Malay language continues to be upheld and exalted, KDP (2021) must prove its authority as an authentic and certified reference for general users and not be limited to only those who have a background in Malay linguistics or a high command of the Malay language. Several of the issues that are raised in KDP (2021) and the explanations given here are expected to be referred to by general readers, and the nature of this dictionary should be understood as a recorder of Malay vocabulary and not a source for aspects of grammar. Full text: PDFKamus Dewan Perdana (KDP) (2021) merupakan kamus berbahasa Melayu yang pertama di dunia yang memanfaatkan data korpus dan laman sesawang sebagai sumber data. Data raya daripada pelbagai sumber ini membolehkan pelbagai data diperoleh dan dirakamkan dalam sistem. Berdasarkan entri atau masukan kata dan makna kamus yang diberikan, ternyata penggunaan kamus ini menuntut pengetahuan latar belakang yang baik tentang bahasa Melayu dan aspek tatabahasa dan hal ini bukanlah semudah yang disangkakan. Makalah ini mengetengahkan beberapa isu morfologi (pengimbuhan, makna imbuhan dan golongan kata) yang kelihatan menuntut penjelasan lanjut dan perlu dirungkaikan berdasarkan beberapa entri terpilih yang terdapat dalam KDP (2021). Bagi menjelaskan kekeliruan ini, kajian ini turut memanfaatkan sumber rujukan utama KDP, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) dan sumber rujukan utama bagi kelas kata seperti yang tersebut pada halaman xvii. Sekiranya kekeliruan ini tidak dirungkai, kesannya terhadap pengguna khususnya para pelajar, para pendidik, mahasiswa di institusi pengajian tinggi dan orang awam amat besar. Oleh itu, untuk memastikan bahasa Melayu terus mampan dan martabat bahasa Melayu terus diangkat dan dijulang, KDP (2021) harus membuktikan kewibawaannya sebagai rujukan yang sahih dan diperakui para pengguna amnya dan tidak terhad kepada pengguna yang mempunyai latar belakang linguistik bahasa Melayu atau penguasaan bahasa Melayu yang tinggi sahaja. Beberapa isu yang timbul dalam KDP (2021) dan penjelasan yang diberikan di sini diharapkan dapat dirujuk oleh pembaca amnya dan memahami sifat Kamus Dewan Perdana sebagai perakam kosa kata bahasa Melayu dan bukannya sumber rujukan bagi aspek tatabahasa. Teks penuh: PD

    Dewan Redaksi

    No full text
    Dewan Redaks

    Dewan Redaksi

    No full text
    Dewan Redaks

    Dewan Redaksi

    No full text
    Dewan Redaks

    Dewan Redaksi

    No full text
    Dewan redaksi dan daftar isi jurna

    Bahasa Melayu sebagai Teras Jati Diri Kebangsaan dalam Sajak Pilihan Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

    No full text
    The aim of this study is to analyse the theme of national identity in the poetry publications of Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). National identity is an important element in nation building. The government has emphasized on national identity and national unity as the foundation for creating a Malaysian nation with a strong national identity since the 13th May 1969 incident. This analysis uses the principles of the National Cultural Policy (formulated in 1971) as the conceptual framework, with focus on the Malay language as the foundation for a national identity. For this study, the content of the selected poetry published by DBP between 2010 and 2015 were analysed. The findings show that the poetry publications studied acknowledge the Malay language as the foundation for national identity. Keywords: national identity, National Cultural Policy; Dewan Bahasa dan Pustaka, selected poemsKajian ini bertujuan menganalisis jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Jati diri kebangsaan merupakan elemen penting dalam pembinaan negara bangsa. Kerajaan telah memberikan tumpuan khusus tentang kepentingan perpaduan dan kesepaduan nasional sebagai teras untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri kebangsaan yang kental sejak peristiwa 13 Mei 1969. Analisis kajian ini menggunakan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 sebagai kerangka konseptual dengan tumpuan terhadap aspek bahasa Melayu sebagai teras jati diri kebangsaan. Kajian ini dilakukan dengan menganalisis kandungan yang terdiri daripada sajak-sajak terpilih terbitan DBP dari tahun 2010 sehingga tahun 2015. Dapatan kajian mendapati sajak-sajak yang dikaji memperakukan bahawa bahasa Melayu sebagai teras jati diri kebangsaan. Kata kunci: jati diri Kebangsaan; Dasar Kebudayaan Kebangsaan; Dewan Bahasa dan Pustaka, saja

    Dewan Penyunting Jurnal Wahana

    No full text
    Dewan Penyunting Jurnal Wahan
    corecore