1,720,961 research outputs found
Seniman Abdullah Ariff Sebagai Propagandis Visual Sewaktu Pendudukan Jepun Di Malaya
Artikel ini menganalisis karya-karya seniman Abullah Ariff bercorak propaganda di era yang mencabar, bingung, kacau-bilau dan adakalanya dramatik pada zaman pendudukan Jepun yang penuh polemik dan konflik. Periode Perang Dunia Kedua adalah zaman yang tidak akan dapat dilupakan oleh mana-mana ketamadunan moden. Pendudukan Jepun di Malaya dari tahun 1942 hingga 1945 menjadi titik tolak perubahan kuasa politik dunia, yang mana tempiasnya turut merasuk masuk kepada aktitiviaktiviti kesenimanan di Malaya. Karya-karya propaganda yang dihasilkan oleh Abdullah Ariff menjadi dokumen sejarah visual negara bahawa seniman ini pernah bergiat aktif sebagai propagandis yang ‘pro’ kepada pemerintah Jepun di sepanjang tempoh penduduka
Pengantar estetika: falsafah dan perkembangan / Saiful Akram Che Cob
Risalah ini akan cuba untuk membahas persoalan estetika daripada sudut pandang falsafah dan perkembangannya dalam susur masa sejarah dunia. Estetika merupakan salah satu cabang pemikiran yang turut menjadi perdebatan dalam ranah kefalsafahan selain daripada persoalan metafizik, logik, etika dan politik. Justeru, estetika menjelmakan pemuaraan makna yang menyangkut soal keindahan, selera dan pengalaman-pengalaman seni. Wacana estetika mencakupi segala macam pertimbangan serta penilaian terhadap keunikan, keharmonisasi dan ekspresi dalam sesebuah karya seni, bahkan bagaimana pengalaman estetis ini berupaya untuk mempengaruhi perasaan serta pandangan manusia terhadap alam
KEINDAHAN SEBAGAI JALAN MENUJU TUHAN: ANALISIS FALSAFAH SENI ISLAM BERDASARKAN PEMIKIRAN ISMAIL RAJI AL-FARUQI
Artikel ini meneliti pemikiran Ismail Raji al-Faruqi yang tajam, jelas, dan tegas dalam menghuraikan falsafah seni Islam yang berteraskan perpaduan antara keindahan dan nilai spiritual sebagai medium untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Berbeza dengan pendekatan seni moden yang cenderung kepada ekspresi subjektif dan estetika formalistik, Faruqi menegaskan bahawa seni dalam tradisi Islam merupakan cerminan dimensi transenden serta tatanan visual yang berpaksikan nilai ketuhanan, yang berperanan menyucikan jiwa dan memperkukuh makna kehidupan. Objektif kajian ini adalah untuk menelusuri konsep seni Islam menurut Faruqi dari aspek metafizik, etika dan spiritual yang membentuk asas pemikiran estetik beliau, serta menilai bagaimana gagasan tersebut membina pandangan alam Islam yang menyepadukan akal, rasa, dan iman dalam konteks semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis wacana terhadap syarahan, penulisan dan tafsiran Fahruddin Faiz bagi memahami bagaimana seni diposisikan sebagai jalan kerohanian dan manifestasi tauhid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa falsafah seni Islam menurut Faruqi membentuk kerangka metafizik yang holistik dan fungsional, di mana keindahan tidak hanya bersifat estetika, tetapi menjadi jendela kontemplatif menuju makrifat dan pengabdian kepada Ilahi. Signifikan kajian ini terletak pada sumbangannya dalam memperkukuh kefahaman hubungan antara seni, falsafah dan spiritualiti Islam serta memperluas asas teori seni Islam yang bersifat integratif dan transformatif.
 
PERDEBATAN INTELEKTUAL ANTARA AL-GHAZALI DAN IBNU RUSYD: ANALISIS KRITIKAL TERHADAP TAHAFUT AL-FALASIFAH DAN TAHAFUT AL-TAHAFUT
Artikel ini membahaskan perdebatan antara al-Ghazali dan Ibnu Rushd merupakan antara wacana falsafah Islam paling berpengaruh dalam sejarah pemikiran Islam. Al-Ghazali melalui karya monumentalnya, Tahafut al-Falasifah, yang merupakan tanggapan langsung terhadap Tahafut al-Tahafut karya Ibnu Rusyd. Kajian ini bertujuan untuk menelaah secara kritis argumen-argumen utama yang diajukan oleh Ibnu Rushd dalam mempertahankan rasionalisme dan falsafah Islam klasik, sekaligus mengkritik pendekatan teologis Al-Ghazali yang dianggapnya membatasi ruang intelektual dan metodologi falsafah. Melalui analisis tekstual dan konteks pemikiran Islam abad pertengahan, artikel ini mengungkapkan dinamika intelektual antara falsafah dan teologi serta implikasi kritik Ibnu Rushd terhadap perkembangan pemikiran Islam selanjutnya. Kajian ini memberikan pandangan baharu terhadap hubungan akal dan wahyu dalam menghadapi cabaran pemikiran Islam kontemporari
Robotics and the Islamic worldview: a Tawhidic epistemology framework for ethical and human-centered technological innovation
This paper explores the integration of robotics within the Islamic worldview, proposing a Tawhidic epistemology as a foundational framework for ethical and human-centered technological innovation. Modern robotics influences nearly every sector—from manufacturing and medicine to education and environmental stewardship—yet its rapid evolution generates profound moral and social challenges. Drawing upon the principles of Tawhid (Oneness of God), Khilafah (stewardship), and Maqasid al-Shariah (objectives of Islamic law), this paper examines how Islamic epistemology unifies scientific progress with divine purpose. Through philosophical analysis and illustrative examples, it argues that robotics, when guided by Tawhidic consciousness, becomes an act of stewardship (amanah) rather than domination. The paper concludes that Islamic ethics can provide a comprehensive moral compass for robotics governance—one grounded in justice (‘adl), compassion (rahmah), and sustainability (istiqamah)
PERBANDINGAN PEMIKIRAN CHRIS BARKER DAN EMMA A. JANE DALAM KAJIAN BUDAYA DAN WACANA MEDIA: ANALISIS TERHADAP KUASA, IDEOLOGI DAN IDENTITI
Kajian budaya menawarkan rangka kerja kritis untuk memahami bagaimana kuasa, ideologi, dan identiti berinteraksi dalam wacana media. Media bukan sekadar saluran komunikasi, tetapi juga ruang di mana makna dihasilkan, dikawal, dan ditentang. Artikel ini menganalisis bagaimana media membentuk serta menyebarkan ideologi dominan yang mempengaruhi pembentukan identiti individu dan kolektif. Dengan menggunakan pendekatan teori kajian budaya, perbincangan ini meneroka bagaimana representasi dalam media mencerminkan serta memperkukuh hubungan kuasa dalam masyarakat. Kajian ini turut menyoroti bagaimana kelompok sosial tertentu mengadaptasi dan meresistensi ideologi yang dipaksakan melalui wacana media. Implikasi kajian ini memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan media dalam membentuk pemikiran sosial serta kepentingan wacana kritis dalam meneliti naratif yang mendominasi ruang awam
FALSAFAH SENI ISLAM MENURUT SEYYED HOSSEIN NASR, MUHAMMAD IQBAL DAN HAZRAT INAYAT KHAN: SUATU ANALISIS EPISTEMOLOGI ESTETIK
Makalah ini membincangkan perspektif beberapa tokoh utama terhadap seni dalam konteks Islam dan moden, termasuk Seyyed Hossein Nasr, Muhammad Iqbal, dan Hazrat Inayat Khan. Nasr menekankan kepentingan seni sebagai manifestasi ilmu suci (scientia sacra) dan pemulihan tradisi spiritual yang terhapus oleh kemodenan yang bersifat desakral dan materialistik. Beliau mengklasifikasikan seni Islam kepada empat kategori sakral, tradisional, keagamaan dan profan. Iqbal pula melihat seni sebagai ekspresi ego yang aktif dan daya cipta yang menzahirkan peranan manusia dalam memperindah dunia ciptaan Tuhan, serta menekankan keperluan jati diri dalam penghasilan seni. Sementara itu, Hazrat Inayat Khan menyoroti muzik sebagai bentuk ekspresi tertinggi yang membawa manusia kepada keharmonian ilahiah, dengan muzik dianggap sebagai asas kewujudan dan saluran untuk pencerahan rohani. Kajian ini menegaskan bahawa seni tidak hanya bersifat estetika, tetapi merupakan jalan spiritual dan intelektual yang menyatukan manusia dengan fitrah dan ketuhanan
Mapping the Intellectual Structure of Metaphor Research in Visual Communication: A Bibliometric Analysis
Metaphor is a powerful rhetorical device used primarily in the field of visual communication, particularly in branding, advertising, book design, and packaging. Although metaphor is used so frequently, there is limited existing literature examining the area. Consequently, this study aims to address this gap by performing a bibliometric analysis to map the existing literature and identify key topics for future research. Using VOSviewer and CiteSpace software, we selected 217 related articles from the Web of Science for the period from 2000 to March 2023. The performance analysis shows a growing interest and a steadily increasing literature development before peaking in 2023. Metaphor research focuses primarily on the fields of communication, linguistics, and business. It is worth noting that the United States holds a dominant position in terms of publication quantity and academic influence. By scientific mapping with keywords coincidence, seven research themes were characterized, including conceptual metaphor, visual metaphor, and multimodal metaphor. In addition, themes such as visual rhetoric, consumer perception, and advertising play a central role in metaphor research, emphasizing metaphor as a strategy in visual communication that influences consumer attitudes and emotions. This study provides valuable insights for potential future research efforts endeavours to seeking to explore this area in more depth
Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis
The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation
counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings
are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that
only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into
account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed
- …
