784 research outputs found

    Kepentingan tumbuhan dan haiwan dalam perubatan tradisional melayu dalam sulalatus salatin

    No full text
    Makalah ini akan membincangkan tentang kepentingan tumbuhan dan haiwan dalam bidang perubatan tradisional Melayu dalam kitab Sulalatus Salatin. Sekiranya ditelitikan, tumbuhan ialah sayuran dan ulamulaman sebagai makanan harian. Manakala haiwan membekalkan sumber zat protein dalam makanan semenjak zaman nenek moyang dulu dan kini. Khasiat tumbuhan dan haiwan sebagai sumber makanan atau bahan ubat adalah petua lama yang telah menjadi sebahagian daripada amalan rutin orang Melayu semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sehubungan itu, makalah ini akan mengenalpasti jenis tumbuhan dan haiwan yang bagaimanakah dapat dijadikan ubat dalam Sulalatus Salatin. Makalah ini akan menilai sejauhmanakah kemujaraban tumbuhan dan haiwan sebagai penawar kesembuhan penyakit. Makalah ini turut menjelaskan sejauhmanakah mujarab dan keberkesanan tumbuhan dan haiwan dalam perubatan tradisional Melayu. Makalah ini turut meneliti sejauhmanakah kepercayaan orang Melayu mempratikkan amalan santapan tumbuhan dan haiwan sebagai makanan rutin dalam kehidupan mereka sehari-hari. Makalah ini turut melihat bagaimana orang Melayu menitikberatkan penjagaan kesihatan tubuh badan dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Makalah ini turut menghuraikan tumbuhan dan haiwan berfungsi menjauhi penyakit, merawat dan menyembuhkan penyakit tertentu dalam bidang perubatan tradisional Melayu. Oleh itu, makalah ini adalah diperoleh melalui kajian lapangan iaitu temu bual dengan pita rakaman bersama seorang bomoh dan dilengkapkan lagi dengan kajian kepustakaan sebagai pelengkap kajian yang telah sedia ada. Melalui pendokumentasian semula pengkajian ini diharap dapat menambahkan lagi sumber khazanah ilmiah untuk rujukan kepada generasi akan datang

    Simptom-simptom penyakit dalam Main Teri: satu kajian kes di Kampung Pasir Mas, Kelantan

    No full text
    Main teri adalah salah satu cara perubatan tradisional yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya di Kelantan sejak zaman dahulu sehingga kini. Ia berfungsi sebagai ikhtiar rawatan terhadap penyakit jasmani dan juga rohani yang dihidapi oleh tubuh badan manusia. Umumnya cara perubatan main teri dilakukan di ruang yang terbuka dan dipersembahkan di hadapan khalayak ramai. Oleh itu, kajian ini menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah perpustakaan dan pemerhatian ikut serta. Jika diperhatikan, persembahan main teri melibatkan penggunaan alat-alat muzik tradisional. Cara perubatan main teri pula melibatkan hubungan komunikasi dua hala antara alam nyata (tok teri, tok minduk dan pesakit) dan alam ghaib (jin, roh-roh, malaikat, iblis, syaitan). Sehubungan itu, untuk mengetahui punca-punca penyakit yang dihidapi oleh pesakit, pelbagai cara digunakan oleh tok teri untuk melihat simptom penyakit seperti melalui mantera memujuk kuasa spiritual (jin, syaitan dan iblis) yang dikatakan menjadi punca seseorang itu jatuh sakit. Justeru itu, artikel ini membincangkan beberapa cara untuk mengenal simptom penyakit dalam persembahan main teri

    Keris dalam pengubatan tradisional Melayu dari perspektif Islam sebagai suatu kajian kes di Kelantan

    No full text
    Makalah ini akan membincangkan tentang keris dalam pengubatan tradisional Melayu dari perspektif Islam sebagai suatu kajian kes di Kelantan. Makalah ini akan meneliti keris dijadikan sebagai alat pembantu ritual kepada bomoh, dukun atau pawang dalam pengubatan tradisional Melayu. Makalah ini turut meneliti sejauhmanakah keberkesanan keris sebagai salah satu usaha untuk bomoh, dukun atau pawang menyeru, memanggil dan memuja kuasa luar biasa turut serta dalam upacara yang diadakan dengan meneliti dari kaca mata Islam. Makalah ini akan meninjau persepsi Islam tentang peralatan yang digunakan oleh pengamal semasa ritual pengubatan tradisional Melayu. Disamping itu, makalah ini turut meneliti sejauhmanakah masyarakat Melayu di sekitarnya percaya bahawa keris yang diperasapkan dengan pembakaran asap kemenyan dan diiringi bacaan doa oleh bomoh, dukun atau pawang berkeupayaan untuk mengusir makhluk halus jahat daripada mengganggu keadaan tubuh pesakit dan membantu memulih serta menyembuhkan keadaan penyakit gangguan makhluk halus jahat dalam ritual tertentu. Ini kerana, kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan pengubatan tradisional Melayu sembuh penyakit gangguan makhluk halus yang ditanggung oleh mereka. Makalah ini turut meninjau penggunaan keris dalam rawatan penyembuhan penyakit dari pandangan agama Islam. Justeru itu, makalah ini adalah diperolehi berdasarkan kajian lapangan iaitu pemerhatian, temu bual bersama pengamal pengubatan tradisional dan dilengkapkan lagi dengan kajian kepustakaan. Oleh itu, pendokumentasian semula pengkajian ini dapat menambahkan lagi sumber khazanah ilmiah untuk rujukan generasi akan datang

    Bomoh nombor ekor: satu kajian kes di daerah Pasir Mas Kelantan

    No full text
    Makalah ini menjelaskan aktiviti bomoh "nombor ekor" di daerah Pasir Mas Kelantan yang dipercayai mampu meramal atau menujum sesuatu nombor untuk kegunaan peribadi melalui perantaraan makhluk alam ghaib. Proses meramal nombor dilakukan melalui ritual yang dijalankan oleh seorang bomoh yang menggunakan keris dengan jampi mantera sebagai medium utama. Anehnya nombor-nombor yang diramal oleh bomoh selalunya mengena (tepat dan hampir tepat) dan dapat memberi pulangan lumayan kepada peminat setia nombor ekor. Kemampuan tersebut dipercayai berlaku atas kerjasama makhluk belaan bomoh mahu pun makhluk yang dipuja dalam ritual meminta nombor ekor. Antara tujuan penulisan ini ialah melihat amalan membeli nombor ekor yang masih aktif diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya di kawasan kajian dan faktor yang menyebabkan amalan ini berterusan hingga ke hari ini. Justeru itu, data makalah ini diperolehi melalui temubual, pemerhatian lapangan dan dilengkapkan dengan kajian kepustakaan. Beberapa orang bomoh dan penduduk di kawasan kajian ditemubual bagi mendapatkan maklumat secara terperinci. Dapatan kajian menunjukkan terdapat sebilangan penduduk di kawasan kajian masih meneruskan amalan meramal nombor ekor melalui bomoh dan biasanya nombor yang diramal akan menang. Ia semacam suatu amalan yang tidak dapat dipisahkan oleh masyarakat di kawasan tersebut. Sehubungan itu, melalui pendokumentasian kajian ini, ia diharap dapat menambahkan lagi sumber ilmu untuk rujukan dan kegunaan generasi akan datang

    Man up: stories of Parvez and Muna

    No full text
    A collection of linked comic short stories about a young Muslim couple, tracing their relationship from their traditional courtship to the early parenthood.M.F.A.by Musa Syee

    KHASIAT TUMBUHAN HERBA DALAM SULALATUS SALATIN

    No full text
    Makalah ini akan membincangkan mengenai khasiat tumbuhan herba khususnya dalam bidang perubatan tradisional Melayu berdasarkan peristiwa cerita dalam teks Sulalatus Salatin. Sekiranya ditelitikan, tumbuhan herba ialah sayuran tradisional dan turut dijadikan ulam-ulaman sebagai penyedap rasa merupakan sumber makanan orang Melayu sejak dahulu kala. Selain itu, tumbuhan herba yang berpotensi tinggi dalam bidang perubatan tradisional Melayu dikatakan telah pun diperkenalkan semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sehubungan itu, makalah ini akan mengenalpasti tumbuhan herba yang bagaimanakah telah diperangkat oleh pengarang dalam teks Sulalatus Salatin. Selain itu, makalah ini akan meneliti sejauhmanakah mustajabnya tumbuhan herba sebagai penawar penyembuhan penyakit tertentu. Seterusnya makalah ini melihat manfaat dan khasiat tumbuhan herba dalam kehidupan manusia. Disamping itu, makalah ini meneliti sejauhmanakah orang Melayu mempratikkan amalan tumbuhan herba sebagai makanan tambahan seharian mereka. Justeru itu, makalah ini adalah diperolehi melalui kajian kepustakaan sebagai pelengkap kajian. Melalui pendokumentasian semula pengkajian ini diharapkan ia dapat menyumbangkan sumber khazanah ilmiah untuk tatapan generasi akan datang. Hasil dapatan kajian menunjukkan tumbuhan herba yang sering kali dijadikan makanan orang Melayu dianggap mempunyai potensi tinggi dalam menjauhi penyakit, merawat dan menyembuhkan penyakit tertentu dalam konteks perubatan tradisional Melayu. This paper will discuss the properties of herbal plants especially in the field of Malay traditional medicine based on the events of the story in the text Sulalatus Salatin. Herbs are traditional vegetables and are also used as side dishes as flavorings and have been a source of food for the Malays since ancient times. In addition, herbal plants with high potential in the field of Malay traditional medicine are said to have been introduced since the time of the Malacca Malay Sultanate. In this regard, this paper will identify the herbal plants that are arranged by the author in the text of Sulalatus Salatin. In addition to classifying types of useful and nutritious herbal plants. In addition, this paper will apply the effectiveness of herbal plants as daily supplements and cures for certain diseases. Therefore, the research methodology uses the qualitative method of studying the Sulalatus Salatin text as a complement to the study. Through the re-documentation of this study, it is hoped that it can contribute a source of scientific treasures for future generations to see. The research problem statement identifies the herbal plants being studied and fosters community awareness of the importance of herbal plants and practicing herbal plants in daily life. The results of the study show the diversity of herbal plants found in the text Sulalatus Salatin. In addition to herbs that are often used to flavor Malay food, they have a very high potential and are good for the health of the body. In addition to many benefits in avoiding disease, treating and curing certain diseases using herbal plants in the environment in the context of Malay traditional medicine. In summary, there are many beneficial herbal tips in the text of Sulalatus Salatin

    Bernard Pannagl's musa panagaea

    No full text
    Bernard Pannag1 (1666-1734, from 1684 member of Societas Jesu) was a gymnaSIUm teacher, predicator and 1ibrarian in the C1ementinum college in Prague. On1y five books of him are known, all of them in latin. One of these is Musa panagaea (edited probab1y in J anuary 1729), a collection of his schoo1 dramatic works. We bring an edition of the first part of the Musa panagaea, name1y the p1ays Joannes Nepomucenus, Divus Joannes Baptista and Romulus, with an introduction to the latin schoo1 drama in the 17. and 18. century and with informations about the author. There are no standard rules for the editions of the latin texts from 17. and 18. century, just some recommendations. The interpunction of that age in Bohemia hasn't been described and explained in detail s yet, and iťs different from the interpunction, which is used in the czech language (and in the enghsh as well) today; in our edition we use the czech modem interpunction so as the text can be easily read by modem readers. In the transcription of the words we respect the specific aspects of the modem latin (as we know especially from the works of Bohuslav Balbín) and we don't rewrite them in the c1assical latin way. Using of accents in the Musa panagaea is regular and we describe some rules, which we respect in the transcription of the text, but these..

    Musa Dah i bliżej. Zaczynając od powieści Franza Werfla.

    No full text
    The subject of the first part of the article is an interpretation of Franz Werfel’s novel Forty days of Musa Dah, published in 1933 and containing in its the name of the place where five thousand Armenians made a stand against the Turks in September and October 1915. The book made the author a national hero of the Armenians. However, this Jewish writer simultaneously sensed the approaching Shoah. Hence, in the second part of the paper, I show how the novel grew in importance during World War II: Musa Dah was compared to the resistance in the Jewish ghettos (e.g. the situation of the population in Bialystok). Janusz Korczak was to discuss the novel in the summer of 1941, also the chronicler of the Warsaw Ghetto, Emmanuel Ringelblum, in June 25, 1942 compared the Warsaw Ghetto to Musa Dah.The subject of the first part of the article is an interpretation of Franz Werfel’s novel Forty days of Musa Dah, published in 1933 and containing in its the name of the place where five thousand Armenians made a stand against the Turks in September and October 1915. The book made the author a national hero of the Armenians. However, this Jewish writer simultaneously sensed the approaching Shoah. Hence, in the second part of the paper, I show how the novel grew in importance during World War II: Musa Dah was compared to the resistance in the Jewish ghettos (e.g. the situation of the population in Bialystok). Janusz Korczak was to discuss the novel in the summer of 1941, also the chronicler of the Warsaw Ghetto, Emmanuel Ringelblum, in June 25, 1942 compared the Warsaw Ghetto to Musa Dah

    The story of Musa and Khidir in QS. al-Kahfi (18): 60-82 according to Al-Alusi’s perspective

    No full text
    Al-Qur’an contains much of deep messages, like in Q.S al-Kahfi 18:60-82. It told about the story Musa and Khidir’s journey, by using descriptive-analitic method. In this thesis the author have two problem formulations are: 1) How is the story Musa and Khidir in Q.S al-Kahfi: 60-82 according to Tafsir Al-Alusi perspective? 2) What is the relevance of story Musa and Khidir in Q.S al-Kahfi: 60-82 towards learning ethics? Based on the problem formulation above, the author used two ways to analyze the data First, the author will inventory the verses related to the story of Musa and Khidir , namely Surat al-Kahf: 60-82, then interpret the verses using the perspective of the Tafsīr al-Alusi book in a descriptive-analytic manner so that it can be found out how the construction of the interpretations of these verses is actually comprehensive. Second, from al-alusi interpretation, we will know what is the message from the story. Then from the messages of the story, the author try to seek what is the relevance from the story between the ethic of a student with his teacher. Based on the method of research above, the author concluds that the story of Musa and Khidir contains three hikmah are Having A Big Enthuasiasm In Learning, Be Polite And Tawadhu' To The Teacher And Having A Patience And Commitment To Learning
    corecore