1,720,987 research outputs found
NARATIF KOMUNITI CINA TERHADAP PERKAHWINAN CAMPUR: ADAPTASI BAHASA DAN BUDAYA DI TERENGGANU
Kajian ini meneliti fenomena perkahwinan campur antara komuniti Cina dan Melayu di Terengganu, dengan memberi tumpuan kepada proses adaptasi budaya dan agama dalam kalangan pasangan Cina yang memeluk agama Islam. Proses ini melibatkan pelbagai cabaran yang diharungi oleh mualaf seperti perbezaan adat resam, amalan agama, bahasa, dan gaya hidup. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes iaitu melibatkan enam peserta dari komuniti Cina yang telah berkahwin dengan komuniti Melayu di Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa melalui analisis naratif, kejayaan integrasi budaya informan dapat dilihat melalui penggunaan loghat Terengganu, penerimaan adat Melayu-Islam, dan sokongan sosial, walaupun pasangan Cina Muslim ini berdepan dengan cabaran stereotaip serta dilema budaya. Biarpun begitu, kerjasama antara NGO yang berkaitan seperti PERKIM dan MACMA juga penting dalam mempromosikan keharmonian beragama dan sosial dalam kalangan pasangan yang berkahwin campur ini
Inspirasi hijrah kepada generasi muda / Professor Madya Dr. Azarudin Awang
Peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke kota Madinah adalah penting kerana dari situlah, agama Islam mula disebarkan ke seluruh dunia. Dalam perihal ini Al-Quran menghikayatkan kisah ini di dalam surah al Taubah ayat 40 yang bermaksud: “Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika kaum kaör (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedangkan dia salah seorang daripada dua (sahabat) ketika mereka berlindung di dalam gua. Pada ketika itu, dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terbawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) adalah yang tertinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Mengimbau kembali sejarah kejayaan umat Islam di rantau Laut Hitam / Prof. Madya Dr. Azarudin Awang
Laut Hitam merupakan sebuah laut yang terletak di antara tenggara Eropah dan Asia Kecil yang menghubungkan Laut Marmara melalui selat Bosporus dan Laut Azov melalui Selat Kerch. Laut Hitam ini memiliki keluasan 422.000km² dan kedalaman maksimum sehingga 2.21Om. Walaupun laut ini dinamakan Laut Hitam namun airnya tetap berwarna biru sebagaimana laut yang lain. Pada hari ini, antara negara yang terletak di perbatasan Laut Hitam adalah Bulgaria, Georgia, Romania, Turki, Rusia dan Ukraine. Laut Hitam juga kaya dengan sumber alam seperti minyak dan gas asli bahkan terdapat paip yang menyalurkan bahan api tersebut. Selain itu, Laut Hitam berfungsi sebagai jalan perdagangan dan penyaluran sumber ekonomi dari negara rantau tersebut iaitu negara luar dari Eropah Selatan (Alya & Cattleya, 2020). Justeru, krisis Rusia dan Ukraine yang berlaku pada hari ini menjadikan rantau tersebut menjadi tumpuan khususnya peranan geopolitik yang cukup strategik dalam lipatan sejarah
Kajian pengalaman dialog kehidupan masyarakat Cina Muslim Terengganu sebelum dan selepas konversi / Azarudin bin Awang
Hubungan yang tegang yang kadang kala berpanjangan hingga tiada penyudahnya dalam kalangan komuniti Saudara Baru dengan keluarga asal dan masyarakat Muslim asal di sekeliling adalah berpunca daripada salah faham dalam beragama. Permasalahan hubungan agama sedemikian juga turut berlaku dalam kalangan komuniti Cina yang memeluk agama Islam di negeri Terengganu. Justeru itu, dialog kehidupan dilihat sebagai satu wahana bagi menjelaskan kekaburan, menghapuskan salah faham dan menghindarkan sebarang bentuk konflik. Dialog kehidupan merupakan salah satu bentuk dialog agama yang dimanifestasikan secara spontan dalam kehidupan masyarakat awam yang berbeza agama atau budaya. Skop kajian ialah ke atas masyarakat Cina Muslim di negeri Terengganu kerana komuniti ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan komuniti Cina di negeri lain. Ini adalah kerana jalinan hubungan sosial yang telah berlaku antara komuniti Cina dan Melayu di negeri ini amat baik sehingga ditonjolkan melalui proses perkongsian budaya dalam aspek bahasa, makanan, pakaian dan tempat tinggal. Objektif kajian ini dilakukan ialah untuk mengkaji persepsi dan aplikasi masyarakat Cina Muslim terhadap dialog kehidupan pada sebelum dan selepas konversi agama. Selain itu, kajian ini juga menganalisis faktor-faktor keterlibatan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Cina Muslim dalam dialog kehidupan pada sebelum dan selepas konversi agama. Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif melibatkan pengalaman turut serta dan temu bual ke atas beberapa orang tokoh yang terlibat secara langsung dalam kehidupan komuniti Cina Muslim negeri Terengganu. Penyelidik juga melakukan temu bual ke atas n=20 orang komuniti Cina yang telah melakukan konversi agama Islam. Melalui kajian kuantitatif, pengkaji telah melakukan soal selidik ke atas Saudara Baru Cina yang menuntut di kelas-kelas pengajian agama yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Terengganu. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi komuniti ini terhadap aspek-aspek dialog kehidupan seperti kefahaman dan sikap adalah sederhana. Pelaksanaan dialog kehidupan pasca konversi komuniti Cina Muslim ini dilakukan bagi menjelaskan kesamaran dan salah faham keluarga asal terhadap agama Islam. Ekspresi ini dilakukan melalui amalan ziarah dan tinggal bersama, sambutan perayaan dan kebudayaan asal bersama-sama, penglibatan diri dalam pengurusan kematian keluarga yang bukan Muslim dan meraikan upacara perkahwinan ahli keluarga bukan Muslim. Biar pun begitu pola hubungan intra etnik komuniti Cina pra kepada pasca konversi menunjukkan perubahan hubungan dari sangat baik kepada sederhana. Sebaliknya hubungan intra etnik komuniti Cina Muslim dan Melayu Muslim memperlihatkan hubungan dari sederhana kepada sangat baik. Boleh dinyatakan bahawa pengalaman perkongsian budaya Melayu Muslim memudahkan proses pembauran komuniti Cina Muslim dalam kelompok Melayu Muslim yang marginal. Kajian juga menunjukkan bahawa dialog kehidupan yang berlaku dalam kalangan komuniti Cina Muslim memaparkan pelbagai bentuk cabaran pada sebelum dan selepas konversi. Hubungan yang tegang merupakan ciri yang paling banyak ditemui dalam komuniti Cina yang melakukan konversi agama Islam. Polemik ini berpunca daripada masalah konflik budaya, masalah bahasa dan sikap pandang rendah komuniti Muslim di sekitar. Hasil dapatan kajian ini penting bagi memberi garis panduan kepada golongan yang terlibat secara langsung dengan masyarakat Cina Muslim bagi memahami masyarakat Cina yang baru memeluk Islam melalui pendekatan secara berdialog bagi memupuk sikap saling faham-memahami dan toleransi antara kepelbagaian etnik
KAJIAN RINTIS BERKAITAN PERSEPSI GURU SEKOLAH TERPILIH DI SHAH ALAM TERHADAP ALTERNATIF PINJAMAN WANG: KEWANGAN ISLAM VS. KONVENSIONAL
Kajian ini dilakukan untuk menilai persepsi guru-guru dari sekolah-sekolah terpilih di Shah Alam terhadap alternatif melakukan pinjaman wang, dengan penekanan pada perbandingan antara kewangan Islam dan konvensional. Kajian ini melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik yang diedarkan kepada 100 orang guru, dengan tujuan untuk memahami pandangan mereka mengenai produk kewangan Islam dan pinjaman konvensional. Analisis data seterusnya dilakukan menggunakan SPSS versi 26 untuk membandingkan purata (min), menilai perbezaan jantina melalui ujian-t, dan mengkaji perbezaan berdasarkan demografi responden dengan menggunakan ujian ANOVA. Kajian ini mendapati bahawa pengetahuan dan kesedaran yang tinggi di kalangan guru mengenai prinsip-prinsip pinjaman melaui pembiayaan kaedah Islam. Namun masih wujud kebimbangan dan kekeliruan dalam memilih antara kedua-dua jenis pinjaman tersebut. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sikap guru lebih cenderung untuk memilih produk kewangan Islam disebabkan oleh kesesuaian dengan prinsip syariah, tetapi mereka juga mengakui kelebihan dalam produk konvensional dari segi kemudahan dan aksesibiliti. Kajian ini menyarankan perlunya pendidikan lanjut mengenai kewangan Islam dan penyelesaian kepada kekeliruan yang ada, serta mencadangkan kajian lebih mendalam untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan kewangan guru di masa hadapan
Sorotan literatur terhadap cabaran pendidikan Islam anak-anak mualaf di Malaysia: Literature review on the challenges of Islamic education among converts’ children in Malaysia
Islamic religious education is a very important element in building a Muslim community that has a strong and intact identity. Islamic knowledge covers faith, worship, sharia and morals. These are among the important components that every individual should learn, especially those called Muslims. The development of Islamic da'wah in Malaysia resulted to individuals from different races and religions converting to Islam. Those converted to Islam is known as 'converts'. They need help in terms of Islamic education to ensure them becoming a true Muslim. The inability of the converted parents to understand, practice and reflect on their religious practices affected their children’s Islamic education. Therefore, this study will identify the challenges faced by convert’s children in Malaysia in empowering their religious education. This study used elimination studies via researching on writings and documents related to converts. Highlights of past studies showed that the challenges faced by convert’s children in obtaining Islamic education are religious challenges, parental challenges that are lacking in religion and illiterate, financial challenges and family background challenges. This study recommended that convert’s children should be given particular emphasis on Islamic education by the agencies involved in strengthening their identity since young to avoid any form of negative influences that will inhibit their religious values.Islamic religious education is a very important element in building a Muslim community that has a strong, formidable sense of integrity. Islamic knowledge covers faith, acts of worship, sharia, and morals. These are among the important components that every individual, especially those called Muslims, should learn. The development of Islamic da'wah in Malaysia results in individuals from different races and religions converting to Islam. This new group known as 'converts' needs assistance in aspects of Islamic education to ensure that they can become true Muslims. The weakness of these converts in understanding, practising, and reflecting on their religious practises poses a great challenge to the converts’ children’s religious education. Therefore, this study will identify the challenges faced by converts’ children in Malaysia in empowering their religious education. This study uses the library study method with close reference to the writings and documents on converts. The review of past studies shows that the challenges faced by the children of converts in obtaining Islamic education are religious challenges, challenges brought by parents who lack the basics of religion and who are illiterate, financial challenges, and challenges involving family backgrounds. This study recommends that converts’ children be given a particular emphasis on Islamic education by the agencies involved to strengthen their integrity and avoid any forms of negative influence that will inhibit their religious values
Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis
The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation
counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings
are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that
only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into
account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed
Islam dan dialog antara agama / Prof. Madya Dr Azarudin Awang and Hisam Satari
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk, terdiri daripada pelbagai bangsa, etnik dan kaum dan terdiri daripada pelbagai agama (Muhammad Faris & Nur A’thiroh Masyaa’il, 2018; Khairul Azhar, 2019). Dengan demikian, pendekatan dakwah terbaik bersesuaian dengan masyarakat majmuk di negara ini adalah berpaksikan kepada pendekatan dakwah Rasulullah SAW sebagai pemimpin Kota Madinah yang kita maklumi memiliki kepelbagaian kaum, bangsa dan agama. (Mohd Farid Ravi, 2019). Dakwah adalah usaha untuk mengajak manusia kepada Allah SWT dengan tujuan utamanya mengajak manusia menyembah Allah SWT sekaligus menghakis segala bentuk kesyirikan (Abdul Ghafar & Badlihisham,2012). Antara pendekatan dalam usaha menyampaikan dakwah Islam ialah dengan aktiviti dialog, lebih-lebih lagi dalam menangani persepsi negatif dalam kalangan bukan Islam yang mendapat gambaran kurang jelas dan salah faham terhadap Islam. Dialog antara agama ialah proses interaksi yang berlaku antara wakil atau penganut agama yang berbeza untuk bertukar-tukar pandangan, memahami perbezaan agama, dan mencari titik persamaan dalam usaha membina persefahaman yang lebih baik antara masyarakat beragama. Dialog antara agama harus dilihat sebagai kerjasama untuk mencapai persefahaman yang lebih baik dan membina keamanan. Ini boleh merangkumi pelbagai bentuk kerjasama dalam projek sosial, pendidikan atau kemanusiaan. Antara aspek yang wajar dipertimbangkan dalam dialog antara agama ialah kesaksamaan bagi setiap agama agar diberi peluang yang sama untuk diwakili dan dihormati. Peserta dialog juga perlu bersedia membuka minda dan hati untuk mendengar pandangan berbeza dengan sikap terbuka
Variations on the Author
“Variations on the Author” discusses two of Eduardo Coutinho’s recent films (Um Dia na Vida, from 2010, and Últimas Conversas, posthumously released in 2015) and their contribution to the general question of documentary authorship. The director’s filmography is characterized by a consistent yet self-effacing form of authorial self-inscription: Coutinho often features as an interviewer that rather than express opinions propels discourses; an interviewer that is good at listening. This mode of self-inscription characterizes him as an author who is not expressive but who is nonetheless markedly present on the screen. In Um Dia na Vida, however, Coutinho is completely absent form the image, while Últimas Conversas, on the contrary, includes a confessional prologue that moves the director from the margins to the center of his films. This article examines the ways in which these works stand out in the filmography of a director who offers new insights into the notion of cinematic authorship
- …
