Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
1173 research outputs found
Sort by
PERSEPSI TERHADAP PENGALAMAN PRAKTIKUM DALAM KALANGAN GURU PELATIH PENDIDIKAN SENI VISUAL DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
Kajian ini meninjau persepsi dan cabaran yang dihadapi oleh lapan orang guru pelatih dalam bidang Pendidikan Seni Visual di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) Kampus Sarawak, Miri. Tumpuan diberikan kepada aspek pembangunan sikap, peningkatan kemahiran profesional, serta permasalahan semasa dalam tempoh praktikum. Kajian ini bersifat kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS untuk menentukan min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih memperoleh manfaat dalam aspek pembangunan sikap dan peningkatan kemahiran, namun terdapat juga cabaran yang perlu diatasi untuk meningkatkan lagi kualiti program praktikum
NARATIF PERKEMBANGAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DALAM ASPEK PENDIDIKAN: SATU ANALISIS KONSEPTUAL
Kepimpinan adalah bersifat kemahiran yang merujuk kepada proses interaksi antara pemimpin dan staf bawahan dalam mencapai sesuatu matlamat. Memahami peranan sebagai pemimpin dan cara pengendalian staf bawahan amat penting dalam tampuk pemerintahan pemimpin dalam memacu organisasi ke arah kecemerlangan. Justeru itu, kepimpinan telah mengalami evolusi yang bersesuai mengikut peredaran zaman dan telah dikaji dalam pelbagai perspektif, teori dan keberkesanannya terhadap perkembangan dalam mencapai matlamat. Kajian ini akan membincangkan definisi kepimpinan instruksional, model-model kepimpinan instruksional dalam aspek pendidikan mengikut zaman, perbezaan model, pembaharuan model serta kompetensi pemimpin instruksional kepada bidang pendidikan dalam merealisasikan matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
EMPOWERING FUTURES: STRATEGIC PLANNING FOR E-LEARNING SUCCES AMONG YOUNG GENERATIONS
E-learning is a formal learning system supported by electronic resources, computer technology, and the internet. It offers flexible, accessible, and interactive learning opportunities that can enhance the educational experience of the younger generation. However, the effective implementation of e-learning requires well-structured strategic planning. This paper discusses key strategies for promoting e-learning among young learners, focusing on five main areas: infrastructure and access, curriculum development, teacher training and support, student engagement and collaboration, and continuous evaluation and improvement. The study highlights the importance of bridging the digital divide, developing user-friendly and mobile-accessible platforms, and promoting digital literacy among students, parents, and educators. It also emphasizes the role of interactive and multimedia-based curricula, professional development for teachers, and collaborative learning environments in improving student engagement. Continuous assessment and feedback mechanisms are essential to ensure quality and effectiveness. Overall, effective strategic planning and collaboration among stakeholders are crucial to maximizing the benefits of e-learning and preparing young learners for the digital era
CONTRASTING APPROACHES TO NEGOTIATION: COLLABORATIVE VS COMPETITIVE STRATEGIES
This article examines two contrasting negotiation approaches: collaborative (integrative) and competitive (distributive) strategies. Negotiation is vital in various domains such as business, politics, and personal relationships, where it facilitates conflict resolution and decision-making. The collaborative approach focuses on creating win-win outcomes by emphasizing shared interests, open communication, and creative problem-solving. It fosters long-term relationships and encourages innovation by integrating diverse perspectives. Conversely, the competitive approach aims to maximize individual gains at the expense of the other party, often leading to zero-sum outcomes. This strategy is characterized by fixed-sum games, competitive orientation, and limited information sharing. While it offers speed and simplicity, it may hinder creative solutions and lead to strained relationships. This essay critically analyses these approaches, exploring their principles, strategies, and potential outcomes through various examples. It highlights the importance of understanding negotiation contexts to choose the appropriate strategy, thereby enhancing the quality of agreements and reducing conflict.
TRANSFORMASI BELIA KE PENTAS DUNIA: PERANAN PLKN DALAM MEMBENTUK KEPIMPINAN GLOBAL
Generasi muda di Malaysia sering digambarkan sebagai generasi kurang matang dengan semangat patriotik yang semakin berkurang akibat pengaruh globalisasi telah menimbulkan cabaran dalam pembinaan identiti nasional dan pembangunan kepimpinan belia berdaya saing di peringkat global. Kajian ini bertujuan menilai peranan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam membentuk kepimpinan global belia Malaysia serta menilai kesannya terhadap semangat patriotik, kerjasama antara kaum dan kemahiran sosial peserta. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen rasmi PLKN, laporan kerajaan dan temubual mendalam bersama peserta program untuk memahami pengalaman dan persepsi mereka terhadap pembelajaran kepimpinan dan pembangunan diri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PLKN menyediakan latihan intensif dalam aspek kepimpinan, pemikiran kritikal, tindakan berhemah, kemahiran diplomatik dan kerjasama antara kaum, yang bukan sahaja memperkukuh semangat patriotik dan perpaduan nasional tetapi juga membekalkan belia dengan kemahiran yang membolehkan mereka bersaing di peringkat global serta mewakili Malaysia dalam arena antarabangsa. Cadangan kajian menekankan agar PLKN terus diperkasakan melalui pengintegrasian elemen global citizenship, inovasi dan pembangunan kemahiran interpersonal bagi memastikan generasi muda Malaysia bersedia menghadapi cabaran dunia yang saling bergantung dan dapat mentransformasikan diri mereka daripada persepsi “kurang matang” kepada pemimpin masa depan yang berdaya saing, bertanggungjawab dan berwawasan global
BENTARA BUDAYA AND THE MAKING OF A HYBRID CULTURAL SPACE
This article examines Bentara Budaya Yogyakarta (BBY), a cultural institution under the Kompas Gramedia media conglomerate, as a case of a corporate-sponsored cultural space that provides a platform for marginalized artistic practices. BBY has long functioned as more than a conventional art gallery. It gives space for traditional and lesser-known artists despite its limited financial resources. Drawing on the concepts of boundary organization and cultural intermediation, the study analyzes how BBY negotiates tensions between corporate rationality and artistic communities. It also examines how BBY translates local traditions into contemporary forms shaped by global influence, and sustain legitimacy among artists. Data are based on in-depth interviews with two BBY staff members and analyzed using Miles and Huberman’s Interactive Model. Five key themes emerge: corporate patronage as a cultural mission, the creation of alternative cultural spaces, translation of tradition and modernity, trust and reciprocity within a workshop ethos, and place-specific identity rooted in Yogyakarta’s art ecosystem. The findings suggest that BBY’s hybrid position—neither fully corporate nor fully grassroots—enables it to act as a site of cultural dialogue, to create trust, to revalorize marginalized arts, and to support Kompas Gramedia’s corporate social responsibility agenda, while also fostering the multisensuous encounters through which cultural value is experienced
UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK): RELEVANSI DAN IMPLIKASI DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan komponen penting dalam sistem pendidikan kebangsaan Malaysia, khususnya bagi pelajar Muslim, yang bertujuan memperkukuh Pendidikan Islam di luar kurikulum standard. Dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), program ini menyediakan platform menyeluruh untuk pelajar memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip Islam, termasuk pembacaan al-Quran dan penulisan Jawi. UPKK, yang kini menjadi peperiksaan utama peringkat kebangsaan bagi pelajar sekolah rendah selepas pemansuhan UPSR pada tahun 2022, menilai lapan mata pelajaran yang merangkumi aspek praktikal dan teori Islam. Dengan keputusan terkini yang menunjukkan kadar kejayaan yang tinggi, peperiksaan ini mendapat perhatian besar daripada ibu bapa dan pendidik. UPKK memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan dengan mengukur kefahaman pelajar terhadap ajaran asas Islam. Ia menggalakkan pengintegrasian amalan Islam dalam kehidupan seharian dan menangani kemerosotan literasi Jawi dengan memperkukuh pembelajarannya. Walaupun mempunyai banyak manfaat, UPKK berdepan cabaran seperti beban tugas guru, pampasan yang tidak mencukupi, serta konflik penjadualan dengan sekolah kebangsaan, yang menjejaskan persediaan pelajar secara berkesan. Isu-isu ini memerlukan penyelesaian strategik bagi meningkatkan pelaksanaan UPKK dan pengaruh positifnya terhadap pembangunan pelajar
PENGGUNAAN CANDi DALAM AKTIVITI CORAK DAN REKAAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH RENDAH
Kajian ini menilai keberkesanan CANDi, sebuah aplikasi digital yang direka khusus untuk membantu murid sekolah rendah dalam mempelajari dan menghasilkan corak serta rekaan secara interaktif. Ini bertujuan untuk mempermudahkan penghasilan corak terancang, simetri, dan bertimbal dengan memanfaatkan teknologi digital. Pelaksanaan aplikasi ini melibatkan enam murid yang terdiri daripada Tahun 4 hingga Tahun 6, di mana dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam aspek pemahaman seni visual, kreativiti, pembelajaran aktif, dan kemahiran teknologi. Hasil analisis mendapati bahawa murid mampu menghasilkan corak yang lebih kompleks dan kreatif berbanding kaedah manual, sekali gus meningkatkan motivasi serta penglibatan mereka dalam pembelajaran. Selain daripada kemajuan dalam hasil seni visual, penggunaan CANDi juga meningkatkan kemahiran teknologi murid, membolehkan mereka bereksperimen dengan pelbagai fungsi digital untuk menghasilkan corak sofistikated. Murid menikmati kebebasan mencipta rekaan tanpa sekatan alat fizikal dan menunjukkan peningkatan keyakinan dalam menghasilkan karya. samping itu, aplikasi ini memupuk kerja berpasukan dan komunikasi melalui proses kolaboratif, terutamanya Dalam kalangan murid Tahun 5 dan 6, kajian ini merumuskan bahawa CANDi berpotensi besar dalam memperkasa pembelajaran seni visual dan memberikan nilai tambah melalui integrasi teknologi dalam pendidikan masa kini
Konsep Maslahah Dan Mafsadah Dalam Menentukan Jumlah Nafkah Anak Yang Adil
Kajian ini meneliti penerapan konsep maslahah dan mafsadah dalam penentuan kadar dan bentuk nafkah anak di Mahkamah Syariah di Malaysia. Objektifnya ialah menjelaskan bagaimana kepentingan dan kebajikan anak dipelihara tanpa menimbulkan kemudaratan yang berlebihan kepada bapa selaku penanggung nafkah, selaras dengan kehendak maqasid al-syariah. Dari segi metodologi, kajian ini bersifat normatif dan kualitatif, menggunakan pendekatan perundangan dan konseptual berasaskan analisis kepustakaan terhadap peruntukan undang-undang keluarga Islam, karya fiqh, artikel akademik serta beberapa kes terpilih Mahkamah Syariah. Analisis preskriptif digunakan bagi menilai sejauh mana prinsip maslahah dan mafsadah diambil kira dalam penghakiman nafkah anak. Dapatan menunjukkan bahawa peruntukan undang-undang dan keputusan mahkamah secara umum menegaskan kewajipan nafkah anak berasaskan dua kriteria utama, iaitu keperluan munasabah anak dan kemampuan sebenar bapa. Kewajipan ini merangkumi komponen makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan. Namun, penerapan konsep maslahah dan mafsadah dalam penghakiman masih belum digarap secara eksplisit sebagai kerangka penilaian yang sistematik, khususnya dalam menimbang maslahah jangka panjang anak dan risiko mafsadah kepada bapa seperti beban kewangan melampau atau konflik litigasi berpanjangan. Kajian ini mengisi kelompangan literatur dengan menghubungkan secara langsung perbincangan teoritikal maslahah dan mafsadah kepada praktis penghakiman nafkah anak di Malaysia. Ia juga mencadangkan pembangunan garis panduan pentaksiran nafkah berteraskan maqasid al-syariah serta pengukuhan mekanisme penguatkuasaan bagi menangani pengabaian nafkah, sekali gus menyumbang kepada pemerkasaan perlindungan kebajikan anak dalam sistem perundangan Syariah negara. Implikasi kajian turut relevan kepada pembuat dasar, pengamal undang-undang dan institusi kehakiman dalam memperkemas polisi nafkah anak yang lebih responsif terhadap realiti sosioekonomi semasa serta menjamin keadilan antara semua pihak yang terlibat
A CONCEPTUAL FRAMEWORK LINKING INFLUENCER MARKETING, EMOTIONAL ENGAGEMENT AND ONLINE IMPULSIVE BUYING BEHAVIOUR
The accelerating rise of influencer marketing has significantly reshaped the digital commerce landscape, altering how consumers interpret, interact with, and respond to persuasive messages. Social media influencers—functioning as human brands—extend beyond conventional advertising by combining authenticity, relatability, and emotional narratives that cultivate deep consumer connections. Yet, the emotional processes explaining how influencer-generated content stimulates spontaneous and unplanned purchases remain underexplored. Drawing upon the Stimulus–Organism–Response (S–O–R) framework, this conceptual paper proposes a model connecting influencer marketing stimuli, emotional engagement, and online impulsive buying behaviour. Emotional engagement, defined as an affective state encompassing excitement, empathy, and identification, is conceptualised as the mediating mechanism that transforms persuasive cues into behavioural outcomes. The model further includes persuasion knowledge and algorithmic exposure as moderating variables influencing the strength of this emotional pathway. By integrating affective, behavioural, and ethical dimensions, this framework advances theoretical insight into emotion-driven digital persuasion while acknowledging emotional engagement as both a strategic marketing tool and an ethical concern. Implications for theory development, responsible influencer practices, and directions for empirical validation are also discussed.Keywords: influencer marketing, emotional engagement, impulsive buying, social media, S–O–R mode