Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
1173 research outputs found
Sort by
MARKETING MIX FACTORS AND CUSTOMER SATISFACTION IN SOCIAL COMMERCE: A STUDY OF TIKTOK SHOP USERS IN MALAYSIA
This study investigates the relationship between four elements of the marketing mix product, process, promotion, and price and customer satisfaction among TikTok Shop users in Malaysia. As social commerce continues to reshape digital entrepreneurship, understanding how these factors influence satisfaction is crucial for sustaining competitiveness in online markets. A quantitative correlational design was employed, and data were collected from 85 TikTok Shop users through an online questionnaire. Descriptive and Pearson’s correlation analyses were conducted using SPSS Version 27. The findings revealed significant positive relationships between all four marketing mix elements and customer satisfaction. Among these, process (r = 0.632, p < 0.05) and price (r = 0.650, p < 0.05) exhibited the strongest correlations, highlighting the importance of transaction efficiency and perceived price fairness in shaping user satisfaction. The study is grounded in the 7Ps Marketing Mix framework and Fishbein’s Multi-Attribute Model, integrating both marketing and behavioral perspectives to explain customer decision-making in social commerce contexts. The results provide theoretical and managerial insights for enhancing consumer experience and loyalty on digital platforms such as TikTok Shop. Future research should extend the framework to include the full 7Ps to capture a more comprehensive view of social commerce satisfaction dynamics.Keywords: TikTok Shop, customer satisfaction, marketing mix, social commerce, Fishbein Mode
KESEDIAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM KAJIAN HUKUM SYARIAH: ANALISIS BERDASARKAN THEORY OF PLANNED BEHAVIOR
Perkembangan pesat kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) telah memberi impak signifikan terhadap landskap pendidikan tinggi, termasuk dalam bidang pengajian Islam dan kajian hukum Syariah. Walaupun aplikasi AI semakin meluas digunakan sebagai alat sokongan pembelajaran, isu berkaitan kesediaan pelajar, aspek etika, serta kesesuaian penggunaan AI menurut perspektif Syariah masih memerlukan penelitian empirikal. Oleh itu, kajian ini bertujuan menilai tahap kesediaan pelajar pengajian Islam terhadap penggunaan aplikasi kecerdasan buatan dalam kajian hukum Syariah dengan menggunakan kerangka Theory of Planned Behavior (TPB). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan deskriptif melibatkan 80 orang pelajar Fakulti Keilmuan Islam, Universiti Islam Melaka. Instrumen soal selidik dibangunkan berasaskan tiga konstruk utama TPB, iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dirasakan, dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan AI berada pada tahap tinggi, dengan sikap positif terhadap manfaat AI, pengaruh sosial yang signifikan, serta tahap keyakinan kendiri yang baik dalam mengawal penggunaan AI secara beretika dan selaras dengan prinsip Syariah. Walau bagaimanapun, kajian ini turut menekankan keperluan kepada bimbingan berterusan, latihan literasi digital dan garis panduan etika bagi memastikan penggunaan AI tidak menjejaskan integriti keilmuan Islam. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan dasar dan amalan penggunaan AI secara beretika dalam pendidikan Islam di institusi pengajian tinggi
HUBUNGAN DI ANTARA KECEKALAN PELAJAR TAHUN AKHIR DENGAN BERKEMBANG MAJU DARI ASPEK PSIKOLOGI TERHADAP KEBOLEHPASARAN PELAJAR TVET
Kebolehpasaran graduan merupakan isu kritikal dalam landskap pendidikan tinggi dan pasaran kerja semasa, khususnya dalam kalangan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Selain faktor kemahiran teknikal, aspek psikologi positif semakin diiktiraf sebagai penentu kejayaan graduan dalam menyesuaikan diri dengan cabaran dunia pekerjaan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan antara kecekalan pelajar tahun akhir dengan berkembang maju dari aspek psikologi dalam konteks kebolehpasaran graduan. Kecekalan merujuk kepada ketekunan dan usaha berterusan dalam mencapai matlamat jangka panjang, manakala berkembang maju menggambarkan tahap kesejahteraan psikologi yang tinggi merangkumi makna hidup, fungsi kendiri optimum dan pencapaian peribadi.Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan korelasional. Seramai 62 orang pelajar tahun akhir terlibat sebagai responden kajian, selaras dengan penentuan saiz sampel Tabachnick dan Fidell. Instrumen Grit Short Scale digunakan bagi mengukur kecekalan, manakala The Flourishing Scale digunakan untuk mengukur berkembang maju. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) melibatkan ujian normaliti, kebolehpercayaan dan analisis korelasi Pearson.Keputusan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah memenuhi andaian normaliti dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Analisis korelasi mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan antara kecekalan dan berkembang maju (r = 0.515, p < 0.01), menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap kecekalan yang tinggi cenderung untuk mencapai tahap kesejahteraan psikologi yang lebih baik. Dapatan ini mengesahkan peranan kecekalan sebagai faktor psikologi penting dalam menyokong perkembangan kendiri dan kebolehpasaran graduan. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada pengayaan literatur psikologi positif dan pendidikan TVET serta memberi implikasi praktikal kepada institusi pengajian tinggi dalam merangka intervensi pembangunan pelajar yang lebih holistik
PERKEMBANGAN INSTRUMEN PEMBANGUNAN HARTANAH WAKAF DI MALAYSIA
Wakaf merupakan instrumen penting dalam pembangunan sosioekonomi umat Islam yang berperanan menyediakan kemudahan agama, pendidikan, kebajikan dan ekonomi secara berterusan. Di Malaysia, pembangunan hartanah wakaf diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pemegang amanah tunggal wakaf negeri. Seiring dengan perubahan keperluan masyarakat dan peningkatan nilai hartanah, pendekatan tradisional wakaf yang bersifat pasif mula digantikan dengan model pembangunan yang lebih progresif dan berdaya maju. Justeru, perkembangan instrumen pembangunan hartanah wakaf di Malaysia memperlihatkan satu transformasi daripada sekadar pemeliharaan aset kepada pemerkasaan wakaf sebagai instrumen pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk membincangkan perkembangan instrumen pembangunan hartanah wakaf di Malaysia dalam pelaksanaan program-program pembangunan. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Pengumpulan data menggunakan dua kaedah iaitu data primer dan data skunder yang diperolehi menerusi temubual, analisis dokumen daripada artikel, jurnal, tesis, buku, majalah, kertas seminar, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri, Enakmen wakaf negeri, dan laman web rasmi Majlis Agama Islam Negeri. Hasil kajian mendapati bahawa perkembangan instrumen pembangunan hartanah wakaf semakin giat dilaksanakan dalam meningkatkan dan memajukan hartanah wakaf di Malaysia. Tindakan yang dilaksanakan mampu meningkatkan pembangunan wakaf adalah seiring dengan peningkatan dalam mengimplementasikan sistem pengurusan yang efisien dan melaksanakan inovasi dalam pembangunan dengan merekabentuk teknologi terkini dalam pelaksanaan projek pembangunan bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam membangunkan hartanah wakaf
TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MELAKA TERHADAP KESALAHAN BERSEKEDIAMAN DI BAWAH SEKSYEN 53 ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991: SATU KAJIAN SOSIO-PERUNDANGAN
Kajian sosio-perundangan ini menilai tahap kefahaman mahasiswa Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terhadap kesalahan bersekediaman di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 menggunakan reka bentuk kaedah campuran. Komponen kuantitatif melibatkan soal selidik ringkas kepada 133 responden dan dianalisis melalui peratusan mudah bagi menilai penguasaan definisi serta elemen kesalahan. Dapatan menunjukkan kefahaman berada pada tahap sederhana, dengan ramai responden tidak pasti apabila diminta menerangkan konsep bersekediaman dan wujud kekeliruan apabila bersekediaman disamakan dengan khalwat. Komponen kualitatif melalui temu bual Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka mengukuhkan dapatan bahawa istilah “khalwat” lebih dominan dalam kefahaman, manakala skop bersekediaman kurang difahami. Analisis rekod pentadbiran HEPA secara agregat turut menunjukkan keperluan intervensi kampus yang lebih tersusun. Kajian mencadangkan pengukuhan literasi undang-undang melalui program kesedaran jenayah syariah, pendidikan undang-undang jenayah, serta sokongan kaunseling dan pemantauan awal pelajar berisiko
CABARAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH BERKAITAN KESALAHAN LELAKI BERLAGAK SEPERTI PEREMPUAN MENURUT PERUNDANGAN SYARIAH
Isu mengenai kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan merupakan satu fenomena yang membimbangkan pada masa kini. Golongan ini semakin aktif menubuhkan persatuan dan cuba untuk menuntut hak mereka di bawah undang-undang bagi mewajarkan tindakan mereka sekaligus memperjuangkan hak yang sama seperti orang lain, terutamanya hak kebebasan dalam berperwatakan seperti wanita. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kelemahan yang wujud sehingga menampakkan isu seperti ini semakin berleluasa di Malaysia. Kajian ini dijalankan secara kualitatif iaitu pengkaji menemubual beberapa orang informan bagi menjawab objektif kajian. Kajian kepustakaan turut dilaksanakan oleh pengkaji bagi menyokong data-data dalam kajian ini. Di akhir kajian, pengkaji mendapati penguatkuasaan jenayah syariah masih berada di tahap sederhana dan perlu ditambahbaik khususnya dari aspek peruntukan undang-undang jenayah syariah yang sedia ada. Selain itu, kekangan dari sudut jumlah Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA), peralatan dan kemudahan penguatkuasaan jenayah juga turut menyumbang kepada peningkatan statistik kes seperti ini. Justeru, bagi mengurangkan kadar pertambahan bilangan kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan ini, pihak kerajaan dan NGO perlu bersama-sama berganding bahu memikirkan ‘jalan keluar’ bagi menangani isu permasalahan ini. Kejayaan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah bergantung kepada keberkesanan penguatkuasaan syariah oleh PPA
KEBOLEHTERIMAAN KETERANGAN PENDAPAT PAKAR PSIKOLOGI SEBAGAI KAEDAH PEMBUKTIAN DI MAHKAMAH SYARIAH
Isu kebolehterimaan keterangan pakar psikologi di Mahkamah Syariah menjadi semakin relevan dalam kes yang melibatkan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi tertuduh atau mangsa, terutama apabila bukti saintifik diperlukan untuk membantu hakim membuat penilaian yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, pendekatan undang-undang keterangan Syariah yang lebih konservatif menyebabkan mahkamah lebih cenderung menerima keterangan pakar psikiatri berbanding pakar psikologi dalam kes yang melibatkan kesihatan mental dan emosi. Kajian ini bertujuan menilai sejauh mana keterangan psikologi diterima di Mahkamah Syariah dan mengidentifikasi cabaran utama yang mempengaruhi penerimaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui penilaian terhadap dokumen perundangan, kes-kes terdahulu, dan sumber kepustakaan lain. Hasil kajian mendapati bahawa ketiadaan garis panduan khusus, kekangan perundangan, dan persepsi yang mengutamakan bukti tradisional adalah antara faktor utama yang mengehadkan kebolehterimaan keterangan psikologi. Artikel ini mencadangkan pengemaskinian undang-undang keterangan Syariah, latihan untuk hakim, dan garis panduan yang lebih jelas terhadap pakar psikologi bagi meningkatkan penerimaan dan keberkesanan keterangan psikologi sebagai kaedah pembuktian dalam sistem perundangan Syariah
THE EFFECTIVENESS OF STRESS MANAGEMENT PROGRAM ON JOB STRESS AND MENOPAUSAL SYMPTOMS AMONGS REGISTERED NURSES IN A PRIVATE HOSPITAL
Job stress and menopausal symptoms are prevalent among registered nurses, affecting their quality of life and job performance. The effectiveness of stress management programs in mitigating these issues has been under-explored in this demographic. This study aimed to evaluate the effects of a stress management program on job stress and menopausal symptoms among registered nurses in private hospitals. A quasi-experimental design with a sample of 74 registered nurses was used. Participants underwent a stress management intervention, and data on job stress and menopausal symptoms were collected using validated scales before and after the intervention. Paired sample t-tests and Spearman’s correlation coefficients were employed to analyse the data. The intervention significantly reduced job stress and menopausal symptoms (p < 0.001). A strong positive correlation was found between pre- and post-intervention scores for job stress (r = 0.729) and menopausal symptoms (r = 0.884). The results suggest that the intervention was effective in reducing both job stress and menopausal symptoms. The stress management program significantly reduced job stress and menopausal symptoms among registered nurses. These findings underscore the importance of implementing such programs to improve nurses' well-being and job performance. Further research is recommended to explore long-term effects and applicability in different settings
KH. SHOLAHUDDIN WAHID STRATEGY IN INCREASING THE COMPETITIVE ADVANTAGE OF PESANTREN TEBUIRENG, JOMBANG, EAST JAVA
This research aims to find out what KH. Salahuddin Wahid's public interest in sending his children to the Tebuireng Islamic boarding school continues to increase. This research is a literature study using content analysis. KH. Sholahuddin Wahid chose efforts to increase the competitive advantage of the Tebuireng Islamic boarding school to focus on two things. First, the physical construction of the Tebuireng Islamic boarding school complex includes a dormitory for students to live in, a mosque, and other supporting facilities. Second, students should strengthen their mastery of kitab kuning. One of them is by reopening Mu'allimin and reviving the Madrasah Diniyah so that Tebuireng students have the ability to read and understand kitab kuning as characteristic of pesantren salafiyah
TRANSFORMASI KESEDARAN MAJIKAN: INTEGRASI PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) DALAM TENAGA KERJA DI MALAYSIA.
Pekerjaan merupakan elemen penting dalam kehidupan seseorang untuk mendapatkan pendapatan dan menampung kehidupan. Namun, bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mendapatkan peluang pekerjaan merupakan tantangan besar disebabkan oleh stigma dan persepsi negatif daripada majikan. Walaupun terdapat inisiatif kerajaan seperti kuota 1% pekerjaan untuk OKU di sektor awam, peluang pekerjaan di sektor swasta masih terhad. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kesedaran majikan terhadap pengambilan pekerja dalam kalangan OKU di Malaysia. Tumpuan diberikan kepada faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan majikan dalam pengambilan pekerja OKU. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik kepada 130 responden yang terdiri daripada majikan yang terlibat dalam pengambilan pekerja OKU. Ini berdasarkan kepada subscriber telegram yang menghimpunkan golongan majikan di seluruh Malaysia. Hasil edaran itu didapati bahawa seramai 98 orang majikan telah memberikan maklum balas terhadap borang soal selidik yang telah diedarkan oleh pengkaji melalui google form. Hasil dapatan mendapati bahawa kesedaran golongan majikan dalam isu pengambilan pekerja OKU adalah sederhana dan terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh majikan dalam proses pengambilan pekerja OKU. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan majikan terhadap pekerja OKU