Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
1173 research outputs found
Sort by
PERLAKSANAAN SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR MUSLIM UNIVERSITI AWAM DI JOHOR
Antara kayu ukur kuatnya iman seorang Muslim adalah penghayatan terhadap amalan solat. Malangnya isu pengabaian solat dipandang tidak serius oleh masyarakat Islam pada masa kini. Pelbagai alasan diberi terhadap penangguhan solat. Justeru kajian ini dijalankan terhadap pelajar-pelajar di universiti awam di Johor. Kajian ini dijalanan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan solat di kalangan pelajar; mengenal pasti persepsi pelajar Muslim terhadap pentingnya solat; serta mencadangan strategi yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman dan komitmen pelajar terhadap solat. Kajian ini melibatkan 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar di universiti awam yang berada di Pagoh (Universiti Tun Hussein Onn Malaysai (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)) Kaedah pengumpulan data dilakukan adalah melalui kaedah soal selidik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa fasiliti dan program yang dianjurkan oleh universiti memainkan peranan penting dalam mendorong pelajar menunaikan solat. Kajian juga mendapati penganjuran program-program yang meningkatkan kefahaman dan amalan solat perlu dilakukan pihak universiti. Didikan keluarga penting untuk mendorong pelajar menjaga solat. Namun, cabaran seperti jadual akademik yang padat perlu diatasi untuk memastikan solat dapat dilakukan secara konsisten. Selain itu, persepsi pelajar tentang pelaksanaan solat di universiti awam di Johor berada pada tahap yang baik. Mereka berkeyakinan solat penting untuk ditunaikan tepat pada waktunya walaupun walaupun dalam keadaan sibuk. Walau bagaimanapun, sebilangan pelajar mengakui kerap tertinggal solat akibat kesibukan kuliah. Malangnya ada dikalangan pelajar menganggap solat sebagai beban dan tidak mampu untuk melakukannya. Justeru kerjasama universiti dengan pihak luar, seperti jabatan agama mengadakan program sepeti “Subuh macam Jumaat” boleh dicadangkan untuk memotivasikan pelajar. Penggunaan teknologi dan media sosial juga dianggap penting untuk menyebarkan maklumat berkaitan solat dan memotivasikan pelajar. Kertas kerja ini akan memberikan input dan cadangan kepada peningkatan tahap penghayatan solat khusus bagi universiti awam di Pagoh, dan kepada pusat pengajian tinggi lainnya
INTEGRITI TERHADAP SANAD AL-QURAN: SATU PENELITIAN
Masyarakat Islam arus perdana di Malaysia mulai didedahkan dengan amali periwayatan sanad talaqqi dalam konteks pengajian al-Quran. Kini, banyak pihak berlumba-lumba untuk mendapatkan sanad talaqqi al-Quran. Sistem ini merupakan tradisi yang dititikberatkan oleh para qurra dan mulai tersebar di Malaysia. Al-Quran diwariskan kepada setiap generasi melalui kaedah talaqqi secara mushafahah. Ijazah sanad al-Quran yang masyhur di Malaysia adalah sanad talaqqi al-Quran 30 juzuk dan sanad talaqqi al-Fatihah. Namun, masyarakat Malaysia masih asing dan belum memahami secara mendalam berkenaan sanad talaqqi al-Quran. Situasi berlumba-lumba mendapatkan sanad talaqqi al-Quran telah menyebabkan sanad diijazahkan secara tasahul iaitu bermudah-mudah. Keinginan memperolehi sanad al-Quran mesti seiring dengan sikap integriti yang perlu dipatuhi. Justeru, kajian dilakukan untuk menganalisis berkaitan kriteria utama dalam menjaga integriti terhadap sanad al-Quran. Data-data kajian dikumpul secara analisis dokumen kepustakaan, manakala metode analisis data pula dilakukan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima kriteria utama dalam menjaga integriti terhadap sanad al-Quran. Kriteria-kriteria tersebut adalah mengetahui asas ilmu sanad al-Quran, memiliki saksi ketika diijazahkan sanad al-Quran, mengetahui susur galur sanad yang diperolehi, bersifat adil dan dabit, dan tidak bersikap tasahul atau shadid. Implikasi daripada dapatan kajian adalah mustahak untuk membimbing masyarakat membina kefahaman yang tepat terhadap pengijazahan sanad talaqqi al-Quran dan menjaga integriti
THE RELATIONSHIP BETWEEN LOYALTY, TRUST AND DIGITAL CUSTOMER SERVICE TOWARDS CUSTOMER SATISFACTION AMONG CUSTOMERS OF VILLA NADIA HOMESTAY, KOTA BHARU, KELANTAN
Customer satisfaction is a critical indicator of performance and competitiveness in the hospitality industry, particularly among small-scale accommodation providers such as homestays. In an era of rapid digital transformation, customers increasingly expect prompt communication, service reliability, and personalized engagement through online platforms. This study examines the influence of loyalty, trust, and digital customer service on customer satisfaction among guests of Villa Nadia Homestay in Kota Bharu, Kelantan. A quantitative research design was adopted, and data were collected from 94 respondents using a structured questionnaire distributed via Google Form. The data were analysed using IBM SPSS Statistics version 27, involving descriptive statistics, correlation analysis, and hypothesis testing. The results revealed that all three variables loyalty, trust, and digital customer service have significant positive relationships with customer satisfaction. Loyalty and trust showed strong correlations, indicating that emotional connection and perceived reliability are key drivers of satisfaction. Meanwhile, digital customer service demonstrated a moderate yet meaningful influence, highlighting the growing importance of digital convenience and responsiveness. These findings underscore the need for homestay operators to strengthen customer relationships through trust-building, consistent service delivery, and enhanced digital engagement. The study contributes to the literature on customer relationship management (CRM) and digital service quality within Malaysia’s hospitality sector, offering both theoretical insights and practical recommendations for improving customer satisfaction in small-scale and community-based accommodations.Keywords: Customer Satisfaction, Loyalty, Trust, Digital Customer Service, Hospitalit
Review on benefits and challenges of E-Invoicing in Malaysia
The emergence of digitalization has altered corporate procedures and affected day-to-day operations. The term "digitalization" in accounting describes the process of transforming accounting practices by utilizing technologies like cloud computing, blockchain, and artificial intelligence (AI). For companies of all sizes, electronic invoicing is a digital process for creating, sending, receiving, and processing invoices which is essential to increasing productivity and cutting expenses. The authority is currently preparing a tax reform to progressively to implement electronic invoicing (E-Invoicing), starting in August 2024, in order to advance Malaysia's tax system. The business must be prepared for the adoption of electronic invoices to ensure the development of E-Invoicing and ensure its success. Determining the benefits and challenges of e-invoicing in Malaysia is the aim of this study. In this paper, a substance review is conducted using existing studies and the main gap is identified. This study thoroughly examines the impacts of electronic invoicing, as well as its benefits and challenges, regulatory frameworks, and technological advancements. E-invoicing offers efficiency, cost savings, and environmental benefits, but faces system integration, security, and compliance issues. Future growth depends on regulatory changes and technological innovations like blockchain and artificial intelligence (AI) in Malaysia
PANDANGAN SYARAK BERKAITAN PEMALSUAN SIJIL VAKSIN
Malaysia digemparkan dengan peningkatan kes penipuan sijil vaksinasi palsu. Kegiatan tersebut terbongkar susulan serbuan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) yang menyebabkan seorang doktor klinik swasta berusia 51 tahun ditahan oleh pihak berkuasa pada 8 Januari 2022. Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September 2021 selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar. Dalam tempoh berkenaan, lebih 1900 sijil vaksinasi COVID-19 dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 dijual secara dalam talian. Majlis Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan, pihaknya tidak membenarkan aktiviti sedemikian kerana boleh memusnahkan integriti profesion perubatan, lebih-lebih lagi jika menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan awam. Kes pemalsuan sijil vaksin masih belum ada yang dikesan berlaku di Negeri Sembilan. Oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan boleh membuat ketetapan bagi menjelaskan hukum berkaitan kepada masyarakat agar jenayah ini dapat dibendung menerusi fatwa
PEMBELAJARAN INOVATIF SEBAGAI PEMANGKIN PEMBANGUNAN BAHAN API BIO LESTARI DAN KESEJAHTERAAN SOSIOEKONOMI
Pembangunan bahan api bio yang lestari semakin penting dalam usaha global memperkukuh keselamatan tenaga serta mengurangkan kesan alam sekitar. Namun kemajuannya bergantung kuat kepada kecekapan pendidikan dan keberkesanan rangsangan pembelajaran. Kajian ini menilai peranan pendidikan sebagai pemangkin inovasi dalam sektor bahan api bio, dengan memberi tumpuan kepada bagaimana pembelajaran rentas disiplin, latihan profesional berterusan dan penglibatan masyarakat memperkukuh keupayaan teknikal serta memperluas penerimaan teknologi bahan api bio. Analisis merangkumi perbincangan mengenai jurang pendidikan sedia ada, strategi pembelajaran yang menyokong pembangunan bahan api bio generasi baharu serta implikasi sosioekonomi yang terhasil melalui pewujudan pekerjaan, peningkatan kemahiran dan pembangunan luar bandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidikan yang terancang dan berasaskan pengetahuan bukan sahaja mempercepat inovasi teknologi bahan api bio, malah meningkatkan daya saing industri serta menyumbang kepada matlamat kelestarian global. Rangsangan pembelajaran dikenal pasti sebagai komponen kritikal yang menghubungkan kemajuan teknologi dengan kesejahteraan sosioekonomi, sekali gus mengukuhkan peranan bahan api bio dalam sistem tenaga masa depan
DIGITAL INVESTMENT ADOPTION AMONG YOUNG MALAYSIAN INVESTORS: THE IMPACT OF INCOME AND INFORMATION ACCESSIBILITY
This paper investigates the impact of income and information accessibility on the adoption of digital investment platforms among young Malaysian investors. The growth of financial technology (FinTech) has opened access to investment opportunities through user-friendly digital platforms, transforming the financial behavior of Generations Y and Z. A quantitative study involving 100 respondents was conducted to explore how financial capacity and digital information access influence investment decisions. Results reveal that both income and information accessibility significantly influence digital investment adoption, with information accessibility emerging as the dominant predictor. The study highlights the need for financial literacy initiatives and trustworthy digital platforms to support inclusive investment participation in Malaysia. Keywords: Digital Investment, FinTech, Financial Literacy, Income, Information Accessibilit
PENANDA ARAS DALAM PENENTUAN KADAR GAJI PENJAWAT AWAM MENURUT ISLAM
Perkhidmatan awam merupakan tunjang utama pentadbiran negara dan memainkan peranan penting dalam menjayakan pembangunan serta kesejahteraan masyarakat. Penetapan kadar gaji dan upah penjawat awam bukan sahaja melibatkan pertimbangan ekonomi dan pentadbiran, malah turut berkait rapat dengan prinsip keadilan, kebajikan dan integriti sebagaimana yang ditekankan dalam Islam. Artikel ini bertujuan menganalisis penetapan kadar gaji dan upah penjawat awam di Malaysia dengan merujuk kepada kerangka perundangan sedia ada serta perspektif Islam berasaskan al-Quran, al-Sunnah dan ijmak ulama. Perbincangan meliputi struktur perkhidmatan awam, pengenalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kedudukan pendapatan penjawat awam dalam konteks sosioekonomi negara, serta prinsip-prinsip asas penentuan gaji dan upah menurut syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap peruntukan perlembagaan, pekeliling perkhidmatan, laporan rasmi kerajaan dan sumber-sumber fiqh Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penetapan gaji penjawat awam di Malaysia secara umumnya selari dengan prinsip Islam, khususnya dari aspek keadilan, kecukupan sara hidup, ketelusan kadar upah dan tanggungjawab majikan terhadap pekerja. Kesimpulannya, pelaksanaan sistem saraan penjawat awam oleh Kerajaan Malaysia menepati tuntutan syariah dan menyumbang kepada kestabilan ekonomi serta kesejahteraan penjawat awam secara menyeluruh
EVALUATING SCHOLARLY OPINIONS ON THE USE OF ISHARI METHODOLOGY IN QUR'ANIC VERSE INTERPRETATION
Ishari Interpretation refers to the symbolic or implicit methodology used in the exegesis of Qur'anic verses. This method of interpretation is predominantly associated with Sufi traditions. However, it has generated significant controversy among scholars. Therefore, this study aims to analyze the views of both traditional and modern scholars regarding the permissibility of interpreting Qur'anic verses using the Ishari methodology. The study employs a qualitative approach with primary data obtained through document analysis. The data is analyzed using content analysis methods. Key themes to address the research questions have been identified through coding. The study reveals three scholarly opinions on the permissibility of using Ishari interpretive methodology. First, some scholars disapprove of Ishari interpretation, considering it a deviation from proper exegesis. Second, some scholars fully endorse it, while the third group permits it under specific conditions. Based on these three viewpoints, the author selects the third opinion as the most accurate and meticulous, capable of preventing deviations in Qur'anic interpretation. The conditions imposed by this opinion help prevent the widespread emergence of erroneous exegesis
APLIKASI KAEDAH AD DARAR YUZAL DALAM PERKAHWINAN
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi kaedah Ad Darar Yuzal dalam konteks perkahwinan. Pertama sekali, kaedah Ad Darar Yuzal bermaksud menghapuskan kemudaratan dalam kehidupan berkeluarga. Dalam hal ini, prinsip tersebut memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga. Seterusnya, kajian ini meneliti pelbagai kes di mana kaedah ini diterapkan, termasuk isu-isu seperti penderaan fizikal dan mental, ketidakadilan ekonomi, dan konflik keluarga. Di samping itu, penyelidikan ini juga membincangkan implikasi undang-undang dan sosial bagi pasangan yang terlibat. Akhir sekali, hasil kajian menunjukkan bahawa aplikasi kaedah Ad Darar Yuzal mampu menjadi mekanisme efektif dalam menyelesaikan konflik perkahwinan dan mengurangkan kemudaratan dalam hubungan suami isteri. Kesimpulannya, pendekatan ini bukan sahaja relevan dalam konteks perundangan Islam, tetapi juga dalam mempromosikan kesejahteraan dan keadilan dalam perkahwinan