Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
1173 research outputs found
Sort by
TEORI DAN KONSEP PENGURUSAN DAKWAH : SATU TINJAUAN AWAL
Pengurusan dakwah merujuk kepada usaha dalam menyebarluaskan seruan Islam dengan sistematik dan sempurna. Ia merujuk kepada beberapa elemen dalam bidang pengurusan yang boleh diaplikasikan dalam kerja-kerja dakwah. Ia merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan yang menjadi asas dalam disiplin pengurusan. Selain daripada itu, bagi memperkukuhkan kefahaman tentang pengurusan dakwah sewajarnya perlu dirujuk kepada amalan dakwah baginda Rasulullah s.a.w yang telah membuktikan bahawa dakwah baginda telah berjaya. Hasilnya Islam tersebar di seluruh pelosok dunia kini. Sehubungan dengan itu pengurusan dakwah yang mantap perlu berlandaskan kepada konsep dan amalan pengurusan yang sistematik dan mencapai objektifnya agar Islam dapat dikembangkan dengan jayanya
KEBERKESANAN HUBUNGAN GURU KELAS-MURID DALAM MERANGSANG KESEDARAN TERHADAP INTEGRASI ETNIK DALAM KALANGAN MURID DI BILIK DARJAH
Kajian ini bertujuan untuk meneroka keberkesanan hubungan antara guru kelas dan murid dalam merangsang pembentukan hubungan etnik di persekitaran bilik darjah. Sampel kajian terdiri daripada seribu orang murid sekolah menengah di dua buah negeri iaitu Kedah dan Perak. Temu bual berstruktur berbantukan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada murid yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti murid tanpa mengambil kira latar belakang etnik menunjukkan kerapatan yang tinggi dengan guru kelas. Hasil kajian juga mendapati bahawa hubungan antara guru kelas dengan murid amat berkesan dalam merangsang kesedaran terhadap integrasi etnik di persekitaran bilik darjah.Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil murid yang mendapati bahawa hubungan antara guru kelas dengan murid tidak begitu memberangsangkan dalam merangsang kesedaran terhadap integrasi etnik di persekitaran bilik darjah. Sikap pilih kasih mengikut etnik dan sikap pandang rendah pada etnik lain oleh guru kelas dilihat sebagai antara faktor utama yang menghalang hubungan antara guru tersebut dengan murid di bilik darjah dan menjejaskan kesedaran terhadap integrasi etnik di persekitaran bilik darjah
THE USE OF PEER FEEDBACK FORM (PFF) AMONG L2 LEARNERS IN PEER FEEDBACK ACTIVITY
Writing in L2 can create difficulties among students and teachers. Teachers sometimes use peer feedback activity in order for students to understand how essays are evaluated and to promote student-centered approach in classroom. However, numerous studies have suggested that peer feedback activity is unsuccessful because students were unable to provide effective feedback. Therefore, a material call Peer Feedback Form (PFF) was introduced in this study to help students to provide more and better feedback. In this study, students were asked to provide feedback for their friends’ essays with and without the use of PFF. This study has found that students were able to provide more and different types of feedback after PFF was introduced in the activity. This study has shown that support during peer feedback activity is important to ensure success in this activity