Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
    1173 research outputs found

    ANALISIS KONSEP SAMA’ DALAM TASAWUF DAN KEPENTINGANNYA DALAM PEMBINAAN SOSIOLOGI MASYARAKAT

    Full text link
    Tarekat kesufian memberikan penekanan khusus kepada amalan zikir. Zikir merupakan amalan yang memberikan ketenangan dan menghidupkan hati bagi yang mengamalkannya. Amalan sama’ merupakan salah satu kaedah zikir yang terdapat padanya syair-syair, nasyid atau qasidah yang dialunkan dengan suara yang merdu dan rentak yang mengasyikkan. Namun begitu, terdapat polemik tentang pengamalan majlis sama’ yang dikatakan bertentangan dengan agama dan sebahagian pandangan menghukum haram secara mutlak. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis konsep sama’ dalam tarekat kesufian melalui perbahasan para ulama tentang perkara tersebut dan kepentingannya dalam pembinaan sosiologi masyarakat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dalam pengumpulan data. Seterusnya, data dianalisis menggunakan analisis tekstual dan komparatif khususnya dalam perbahasan ulama mengenai hukum pengamalan majlis sama’. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pandangan berkaitan hukum majlis sama’ dari sudut keharusannya. Pengamalan majlis sama' diperbolehkan dengan syarat tidak bertentangan dengan syariat dan perlu dipatuhi beberapa adab-adab sepanjang majlis sama' dijalankan. Dalam pada itu, amalan sama’ mempunyai kepentingannya terhadap pembinaan sosiologi masyarakat yang menekankan pada penyucian jiwa yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT sekaligus membentuk masyarakat yang berlandaskan ketaatan kepadaNya

    METODOLOGI DAKWAH BERDASARKAN SURAH AL-NAHL AYAT 125: ANALISIS KAEDAH HIKMAH TERHADAP GOLONGAN MUSTAD AFIN

    Full text link
    Dakwah Islam merupakan satu proses penyampaian risalah Ilahi yang menuntut kebijaksanaan, kefahaman konteks dan pendekatan yang sesuai dengan realiti sasaran dakwah. Surah al-Nahl ayat 125 menjadi asas metodologi dakwah Islam dengan menggariskan tiga pendekatan utama iaitu hikmah, mawizah hasanah dan mujadalah billati hiya ahsan. Artikel ini memfokuskan kepada analisis kaedah hikmah dalam konteks dakwah terhadap golongan mustad afin, iaitu kelompok masyarakat yang berada dalam keadaan lemah dan tertindas dari sudut ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis teks al-Quran, tafsir klasik dan kontemporari serta kajian literatur berkaitan metodologi dakwah dan keadilan sosial dalam Islam. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa kaedah hikmah menuntut pendakwah memahami struktur penindasan yang dihadapi oleh golongan ini, mengutamakan pendekatan empati dan keadilan, serta menyampaikan mesej Islam secara berperingkat dan realistik. Pendekatan ini selari dengan prinsip rahmatan lil alamin dan mawasid syariah dalam memelihara maruah serta kesejahteraan manusia

    PERANAN AL-QURAN DALAM MEMBENTUK AKHLAK SEORANG MUSLIM

    Full text link
    Al-Quran merupakan sumber utama ajaran Islam yang membimbing kehidupan manusia serta menjadi rujukan nilai dalam pembentukan akhlak seorang Muslim. Dalam realiti masyarakat masa kini yang berdepan dengan cabaran globalisasi, kemajuan teknologi dan perubahan nilai, persoalan berkaitan kemerosotan akhlak semakin mendapat perhatian para sarjana. Artikel konseptual ini bertujuan membincangkan peranan al-Quran dalam membentuk akhlak seorang Muslim melalui analisis literatur daripada sumber-sumber ilmiah berindeks. Perbincangan memberi tumpuan kepada konsep akhlak menurut perspektif al-Quran, pendekatan al-Quran dalam pembinaan akhlak, penghayatan nilai-nilai al-Quran dalam pembentukan sahsiah, serta implikasinya terhadap pembangunan individu dan masyarakat Muslim. Perbincangan menunjukkan bahawa al-Quran tidak hanya berfungsi sebagai teks suci dalam ibadah, malah berperanan sebagai kerangka moral yang menyeluruh dalam membentuk keperibadian Muslim yang seimbang dari aspek rohani, intelek dan sosial. Artikel ini diharapkan dapat menyumbang kepada perbincangan ilmiah berkaitan pendidikan akhlak dan penghayatan al-Quran dalam menghadapi cabaran kehidupan kontemporari

    FROM WITNESS TO WOUNDED: HOW CYBERBULLYING POISONS THE PEER ECOSYSTEM OF A MALAYSIAN UNIVERSITY CAMPUS

    Full text link
    This phenomenological study explores the lived experiences of ten undergraduates at Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah who witnessed or experienced cyberbullying. Through semi-structured interviews, four interlocking themes emerged: profound psychological distress, social withdrawal, academic-cognitive disruption, and defensive digital behaviour. Fear, shame and rumination spread rapidly from targeted students to witnesses, eroding self-esteem, friendship networks and classroom concentration. Victims muted chats, deactivated accounts and self-censored, shrinking both social presence and academic participation. The findings frame cyberbullying as an ecological toxin that poisons the entire peer ecosystem rather than isolated individuals. To counteract this systemic risk, the paper recommends a 24-7 rapid-response team integrating counsellors, academics and IT staff; compulsory digital-citizenship modules; encrypted in-app reporting; and peer-led “digital defenders.” National-level advocacy for a dedicated Cyberbullying Act and platform accountability mechanisms is urged. Limitations include single-site, retrospective, female-majority sampling; multi-campus quantitative and longitudinal designs are proposed to establish prevalence, causality and protective factors

    TIKTOK SEBAGAI MEDIUM PENYEBARAN DAKWAH : ANALISIS DARI SUDUT PANDANG POSITIF DAN NEGATIF SERTA KESANNYA KEPADA MASYARAKAT PADA MASA KINI

    Full text link
    Kehadiran media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini telah memacu perubahan besar dalam cara manusia berkomunikasi, memperoleh maklumat dan menjalani kehidupan harian. Media sosial kini menjadi alat penting dalam kehidupan seharian, termasuk sebagai medium penyebaran dakwah Islam. Seiring dengan perkembangan teknologi digital, terdapat pendakwah yang mengambil peluang menggunakan aplikasi media sosial seperti TikTok sebagai platform dakwah yang efektif. Tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan kebaikan dan keburukan penggunaan aplikasi TikTok sebagai medium penyebaran dakwah Islam. Kajian ini dijalankan melalui kaedah pemerhatian terhadap kandungan dakwah yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan TikTok dalam penyebaran dakwah mempunyai kesan positif seperti menangkis tanggapan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. Namun begitu, terdapat juga keburukan seperti potensi untuk memecah-belahkan masyarakat sekiranya mesej dakwah disampaikan tanpa hikmah dan sensitiviti. Justeru, adalah penting bagi para pendakwah untuk menggunakan media sosial secara beretika, berhemah dan berpandukan prinsip dakwah Islam agar tidak menimbulkan kekeliruan atau salah faham dalam kalangan masyarakat

    THE IMPACT OF MULTIDIMENSIONAL WORK COMMITMENT ON ENFORCEMENT OFFICER PERFORMANCE: A CASE STUDY OF KPDN MALAYSIA.

    Full text link
    The job performance of civil servants, particularly in the enforcement sector, is a critical element in ensuring the effectiveness of service delivery and compliance with government policies. In this context, work commitment is identified as a key psychological factor that influences the ability of officers to perform their duties consistently, with integrity and effectively. Therefore, this study aims to examine the influence of work commitment on the job performance of Enforcement Officers of the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) in the Southern Zone of Malaysia, which encompasses the states of Melaka, Negeri Sembilan and Johor. This study focuses on three dimensions of work commitment, namely affective commitment, continuance commitment and normative commitment based on the Meyer and Allen model. A quantitative approach utilizing a correlational survey design will be employed to identify the relationship and influence between work commitment and job performance. Data will be collected using a validated questionnaire instrument from previous studies and analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Job performance is measured based on indicators of productivity, work quality, discipline and task involvement in line with the public sector context. The findings are expected to strengthen empirical evidence regarding the role of work commitment in enhancing the performance of law enforcement officers, especially in work environments facing resource constraints and high workloads. Overall, this study is expected to contribute to the enrichment of academic literature, as well as provide strategic input to the Ministry and policymakers in formulating more effective and sustainable human resource management policies

    A DIGITAL LEADERSHIP FRAMEWORK FOR TALENT RETENTION IN EMERGING ASIAN ECONOMIES

    Full text link
    The acceleration of digital transformation across emerging Asian economies has intensified organizational challenges related to attracting and retaining skilled talent. While technological investments continue to expand, many organizations struggle to retain employees due to leadership capability gaps in managing digitally mediated work environments. Existing talent management research has largely emphasized structural and human resource practices, offering limited insight into the role of leadership in fostering employee retention within digital contexts. Addressing this gap, this concept paper proposes a digital leadership framework for talent retention tailored to emerging Asian economies. Drawing on leadership theory, digital transformation literature, and talent management research, the paper develops an integrative framework that positions digital leadership as a strategic driver of talent retention, with employee digital readiness serving as a key mediating mechanism. The framework further recognizes the importance of contextual influences by incorporating a comparative perspective across Malaysia, Indonesia, and China, reflecting variations in institutional development, cultural values, and digital maturity. The proposed framework advances theory by extending leadership and talent retention models into the digital domain while offering a context-sensitive approach grounded in emerging Asian economies. Practically, it provides organizational leaders and policymakers with a structured guide for developing digital leadership capabilities that enhance employee adaptability, engagement, and long-term retention. The paper concludes by outlining directions for future empirical validation using structural equation modeling and cross-national comparative analysis

    MOTIVATIONS BEHIND INSTANT NEWS SHARING: A USES AND GRATIFICATIONS THEORY PERSPECTIVE

    Full text link
    This study applies Uses and Gratifications Theory to identify the psychological motives that drive Malaysians to share news instantly on social media. A cross-sectional survey of 370 Facebook, Instagram and WhatsApp users was conducted and analysed with multiple regression. Results show that Pass Time (B = .232, p < .001), Information Sharing (B = .136, p = .090) and Socialization (B = .241, p < .001) significantly predict instant news sharing, jointly explaining 15.2 % of variance, whereas Information Seeking and Entertainment are negatively or non-significantly related. The findings indicate that idle moments and social bonding, rather than civic-oriented information needs, fuel rapid forwarding. For policymakers, the study suggests embedding friction-free verification cues and gamified accuracy badges into existing sharing flows to exploit the same gratifications that currently reward speed. Future research should incorporate additional psychological variables and adopt probability sampling to enhance explanatory power and generalisability

    ZAKAT DAN PERANANNYA DALAM MERANCAKKAN INDUSTRI KESIHATAN NEGARA

    Full text link
    Zakat merupakan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Ianya merupakan amalan yang dapat membantu mereka yang dalam keadaan susah untuk keluar daripada kesukaran hidup. Dalam masa yang sama, ianya juga dapat membangunkan ekonomi Umat Islam secara komprehensif dan tuntas. Salah satu daripada tujahan tersebut ialah industri kesihatan negara. Kajian ini berbentuk kualitatif dan pengkaji mengumpulkan maklumat berkenaan zakat, asnaf dan tafsiran berkaitan dengan asnaf zakat tertentu daripada kitab-kitab fiqh turath dan kotemporari, dan juga mendapatkan bahan rujukan daripada kajian, artikel ilmiah, fatwa semasa serta keratan akhbar yang berkaitan dengan perkara tersebut. Pendapat-pendapat ulama terdahulu dan moden dibuat perbandingan, dan digabung jalinkan serta disepadukan. Ianya untuk meninjau dan melihat sejauh mana pelaksanaan zakat mampu merancakkan industri kesihatan negera sama ada untuk jangka masa yang pendek mahupun panjang bagi mendapatkan kesimpulan yang tepat juga berkenaan dengan peranan zakat dalam membantu memajukan industri kesihatan negara. Kajian menunjukkan bahawa zakat merupakan salah satu daripada medium yang boleh dimanfaat dalam merancakkan industri kesihatan negara demi kemaslahatan asnaf mahupun Umat Islam secara umumnya

    BEYOND RELIGIOSITY: A NARRATIVE REVIEW OF THE MULTIFACETED FACTORS INFLUENCING ISLAMIC FINTECH ADOPTION IN SOUTHEAST ASIA

    Full text link
    This narrative review explores the multifaceted drivers and barriers influencing the adoption of Islamic fintech services across Southeast Asia with integrates behavioural theories such as Technology Acceptance Model (TAM) and Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) to explain adoption patterns, findings reveal that adoption is shaped by religiosity, trust, perceived risk and facilitating conditions such as digital infrastructure and regulatory frameworks. The findings indicate that while Shariah compliance and religiosity remain important foundations, adoption decisions are increasingly shaped by trust, perceived risk and facilitating conditions such as digital infrastructure and regulatory frameworks. Technological applications including blockchain, smart contracts and artificial intelligence demonstrate significant potential to enhance transparency, efficiency and Shariah governance in Islamic financial services while digital Islamic social finance initiatives contribute to financial inclusion. Nevertheless, persistent challenges remain, particularly inconsistencies in Shariah governance, cybersecurity risks and varying levels of consumer literacy across countries. This paper provides a holistic synthesis of Islamic fintech adoption in Southeast Asia and offers insights for academics, policymakers and industry practitioners seeking to foster sustainable and trustworthy Islamic digital finance ecosystems

    1,155

    full texts

    1,173

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇