Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
Not a member yet
    1173 research outputs found

    KEDUDUKAN NAFKAH ORANG HILANG (AL-MAFQUD) SEMASA TEMPOH PENANTIAN DALAM ISLAM

    Full text link
    Kertas kerja ini membincangkan berkaitan kedudukan hak nafkah bagi keluarga (isteri, anak-anak, dan ibu bapa) apabila suami selaku pencari nafkah hilang dalam tempoh yang lama, atau dikenali sebagai al-mafqud. Persoalan utama ialah bagaimana status nafkah tersebut dan bolehkah harta orang hilang itu digunakan untuk menyara tanggungan sepanjang tempoh kehilangan sehingga statusnya disahkan sama ada ditemui semula atau diberi anggapan mati. Penulisan ini akan merungkai persoalan tentang status nafkah ke atas orang hilang sepanjang tempoh kehilangan dan kedudukan harta tersebut bagi menyara tanggungannya semasa tempoh penantian dalam Islam. Perbincangannya akan melibatkan pandangan ulama berkaitan kewajipan memberikan nafkah ke atas orang hilang atau al-mafqud serta mengkaji pihak yang bertanggungjawab menguruskan nafkah al-mafqud sepanjang tempoh penantiannya. Analisis dalam penulisan ini melibatkan dua keadaan al-mafqud iaitu al-mafqud sebagai orang yang menanggung nafkah dan al-mafqud sebagai orang yang ditanggung hak nafkah. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan menganalisis sumber-sumber primer dan sekunder seperti kitab dan artikel ilmiah untuk memahami pandangan ulama dan pihak yang bertanggungjawab dalam urusan nafkah al-mafqud. Berdasarkan perbincangan kertas kerja ini merumuskan bahawa kedudukan nafkah oleh suami selaku orang hilang al-mafqud adalah wajib dilaksanakan sepanjang tempoh kehilangannya dan kewajipan pemberian nafkah ini hanya kepada isteri dan anak-anak. Hasil penulisan ini diharapkan akan dapat memberikan panduan kepada ahli keluarga yang terlibat dalam isu al-mafqud mengenai hak nafkah dan pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya sepanjang tempoh penantian

    KUASA BUDI BICARA YANG DI-PERTUAN AGONG DALAM PELANTIKAN PERDANA MENTERI: HAD PERLEMBAGAAN, LEGITIMASI DEMOKRATIK DAN CADANGAN PEMBAHARUAN DI MALAYSIA

    Full text link
    Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agon (YDPA) dalam melantik Perdana Menteri merupakan ciri teras dalam sistem Raja Berperlembagaan Malaysia, khususnya ketika negara berhadapan dengan ketidaktentuan politik dan kebuntuan Parlimen. Walaupun Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa tersebut, tafsiran dan pelaksanaannya telah mencetuskan perdebatan berterusan berkaitan legitimasi demokratik, had perlembagaan dan akauntabiliti institusi. Artikel ini menganalisis secara kritikal skop, had serta implikasi perlembagaan kuasa budi bicara YDPA dalam pelantikan Perdana Menteri dengan memberi tumpuan kepada krisis politik Malaysia pada tahun 2020 dan 2022. Kajian ini menggunakan metodologi undang-undang doktrinal yang digabungkan dengan analisis kes dan pendekatan sejarah melalui penelitian terhadap peruntukan perlembagaan, keputusan kehakiman, konvensyen perlembagaan serta pandangan sarjana. Kajian ini berhujah bahawa walaupun kuasa budi bicara YDPA adalah sah dari sudut perlembagaan dan berfungsi sebagai mekanisme penstabilan politik ketika kebuntuan pemerintahan, ketiadaan garis panduan perlembagaan atau konvensyen yang jelas berpotensi menjejaskan legitimasi demokratik dan keyakinan awam. Artikel ini mencadangkan pembentukan satu kerangka budi bicara berpandu berasaskan konvensyen perlembagaan dan amalan perbandingan bagi memastikan pelaksanaan kuasa tersebut kekal selari dengan prinsip perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan demokrasi berparlimen

    KAJIAN KEBOLEHGUNAAN E-GAMIFIKASI MINECRAFT BAGI KURSUS FALSAFAH ISLAM

    Full text link
    Kaedah pembelajaran baharu melalui e-gamifikasi semakin mendapat perhatian dalam dunia pendidikan. Kajian ini memfokuskan kepada pembangunan e-gamifikasi dengan menggunakan platform Minecraft sebagai alat pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Falsafah Islam. Objektif utama kajian adalah untuk mengkaji kebolehgunaan platform ini dalam kalangan pelajar, khususnya dari segi pemahaman, ingatan, dan minat terhadap kursus. Kajian ini berbentuk kuantitatif, di mana data dikumpulkan melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 28 orang pelajar Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang sedang mengikuti kursus ADP 4063 Falsafah Islam. Analisis data dilakukan menggunakan perisian perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0 secara deskriptif untuk mendapatkan nilai min (purata) bagi setiap item dalam soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan e-gamifikasi Minecraft dalam pengajaran Falsafah Islam diterima baik oleh para pelajar dengan purata nilai min keseluruhan yang tinggi iaitu antara 4.04 (SP 0.63) hingga 4.43 (SP 0.56). Ini menunjukkan bahawa penggunaan e-gamifikasi Minecraft dalam kursus Falsafah Islam dapat meningkatkan pemahaman, ingatan, minat, dan keterlibatan pelajar secara signifikan. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa e-gamifikasi Minecraft adalah satu pendekatan inovatif dan berkesan dalam memupuk minat pelajar dan meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka dalam kursus Falsafah Islam. Oleh itu, kajian pada masa hadapan boleh meneroka kepelbagaian elemen gamifikasi lain dan juga boleh melibatkan sampel yang lebih besar dan lebih pelbagai dari segi latar belakang pendidikan untuk memperkukuh generalisasi dapatan

    KESAN ERA PASCANORMAL TERHADAP AKIDAH KETUHANAN UMAT ISLAM

    Full text link
    Era Pascanormal merujuk kepada suatu tempoh perubahan yang ditandai dengan kemelut 3C iaitu chaos (keberantakan), complexity (kerumitan) dan contradiction (pertentangan). Kemelut tersebut menimbulkan ketidakpastian serta ketidakstabilan yang menjadi cabaran baharu dalam kehidupan manusia mencakupi aspek sosial, ekonomi dan politik. Perubahan ini turut memberi kesan yang besar terhadap lanskap pemikiran manusia termasuk kefahaman terhadap agama dan ketuhanan. Justeru artikel ini akan membincangkan kesan perubahan era pascanormal ini terhadap akidah umat Islam khususnya yang berhubung dengan akidah ketuhanan iaitu keimanan terhadap Allah SWT. Pendekatan kualitatif digunakan dengan menganalisa dokumen dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Hasil dari penelitian yang dilakukan mendapati era pascanormal memberi kesan dan membawa cabaran baru terhadap aliran pemikiran ketuhanan dan membuka laluan penyebaran fahaman sesat seperti kemunculan agnostisisme kesan dari relativisme, pluralisme dan liberalisme. Bagaimanapun dalam masa yang sama era pascanormal yang diwarnai oleh kepesatan perkembangan teknologi maklumat turut memberi peluang besar untuk penyebaran akidah Islam melalui pelbagai media digital. Keperluan kepada pengurusan akidah yang strategik yang dimainkan oleh institusi agama diharapkan dapat menangani kesan negatif era pascanormal terhadap akidah umat Islam

    FIQH AL-WAQI’: TERAS REVOLUSI KETERANGAN FORENSIK DIGITAL DALAM MEMBENDUNG JENAYAH SYARIAH SIBER

    Full text link
    Fiqh al-Waqi’ adalah cabang penting dalam perundangan Islam yang menekankan keupayaan serta kebolehsuaian hukum syarak bagi menyesuaikan diri dengan cabaran semasa. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penerapan fiqh al-waqi’ dalam konteks kemampuan dan revolusi pembuktian jenayah syariah siber, khususnya melalui integrasi teknologi moden. Pendekatan ini bertujuan memastikan revolusi pembuktian kesalahan jenayah adalah relevan dan selaras dengan prinsip syarak. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui pendekatan dokumentari bagi metode pengumpulan data dan analisis kandungan bagi metode analisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa forensik digital berperanan penting dalam mengumpul, menganalisis, dan mengesahkan bukti elektronik secara saintifik dan sistematik melalui peralatan yang diiktiraf dunia. Teknologi ini memperkukuh ketepatan dan kebolehpercayaan bukti, sekali gus mengatasi kelemahan kaedah pembuktian tradisional dalam menghadapi jenayah siber. Dalam kerangka Syariah, tiga qawa’iid al-fiqhiyyah utama dikenalpasti sebagai asas dalam mengintegrasikan teknologi ini, iaitu La Yunkar Taghayyur al-Ahkam bi Taghayyur al-Azman wa al-Ahwal (hukum berubah mengikut zaman dan keadaan), Al-Dhararu Yuzal (kemudaratan mesti dihapuskan), dan Tasarruf al-Imam ‘ala al-Ra’iyyah Manutun bi al-Maslahah (tindakan pemimpin bergantung kepada maslahah). Akhir sekali, penulis mencadangkan agar penyelidikan masa depan memberi fokus kepada kajian keserasian pembuktian melalui teknologi baharu dengan standard Syariah. Langkah ini penting untuk menangani cabaran penyesuaian perundangan moden secara menyeluruh, sekali gus memperkukuhkan dinamisme prinsip-prinsip Islam dalam menghadapi perubahan realiti semasa

    KEY COMPETENCIES FOR TVET TEACHERS IN THE AGE OF INDUSTRY 4.0: ADAPTING TO TRANSFORMATIVE CHALLENGE

    Full text link
    Vocational teachers in Technical and Vocational Education and Training (TVET) organizations play a vital role in the vocational technical education landscape of the country. The professional development of these teachers is essential for acquiring the necessary knowledge and competency skills. This article delves into the competency elements required to effectively navigate the challenges presented by the Fourth Industrial Revolution among vocational teachers in Malaysia. The literature review serves as a roadmap for understanding the competency elements that vocational teachers need to adapt to in order to tackle the current challenges in the industrial sector. This conceptual paper, drawn from the literature review, contributes to the theoretical advancement of competencies by focusing on the key elements central to the development of TVET teachers' competencies: knowledge, skills, and attitudes. These elements serve as crucial benchmarks for producing competent and professional instructors capable of addressing the challenges of the Fourth Industrial Revolution era in Malaysia

    THE ROLE OF TIKTOK CONTENT AUTHENTICITY IN SHAPING MALAYSIAN DOMESTIC TOURISTS’ TRAVEL INTENTION

    Full text link
    The factors influencing customer loyalty among residents in Denai Alam who had gone with Umrah travel The rapid rise of TikTok as a leading social media platform has significantly transformed the way travel information is produced and consumed. This study explores the role of TikTok content authenticity in shaping the travel intentions of Malaysian domestic tourists. With the increasing influence of user-generated content, authenticity has emerged as a crucial determinant of trust, engagement, and decision-making in tourism marketing. Drawing upon the Theory of Planned Behaviour (TPB) and the Source Credibility Model, this research examines how perceived authenticity in TikTok travel videos influences tourists’ attitudes, subjective norms, and perceived behavioural control toward travelling within Malaysia. Data were collected from a sample of Malaysian TikTok users who actively engage with travel-related content. The findings reveal that authentic and relatable TikTok content significantly enhances viewer trust and emotional connection, which in turn positively impacts travel intention. The study highlights the importance for tourism marketers and content creators to prioritise authentic storytelling, real experiences, and transparent communication when promoting destinations on social media. Ultimately, this research contributes to the growing body of knowledge on digital tourism marketing and offers practical insights for leveraging TikTok as an effective platform for encouraging domestic travel in Malaysia Keywords: TikTok, content authenticity, travel intention, domestic tourism, Malaysia, social media marketin

    ACCOUNTING AND FINANCE EDUCATION FOR STUDENTS WITH DISABILITIES: READINESS, CHALLENGES, AND PATHWAYS TO INCLUSION

    Full text link
    This study examines the knowledge, readiness, challenges, and needs associated with implementing accounting and finance education for students with disabilities. Drawing responses from teachers and stakeholders across various educational settings—including Special Education Integration Programs (PPKI), Special Education Schools (SPK), and mainstream schools—the research highlights a strong awareness of the importance of financial literacy for students with special needs. Findings indicate that accounting and finance education can equip these students with essential life skills, enhance their employability, and foster entrepreneurial potential. Despite its limited sample size and geographic scope, the study provides valuable insights into the attitudes and intentions surrounding inclusive financial education. It emphasizes the necessity of institutional and administrative support to integrate such programs effectively. By promoting accounting and financial competencies, this study contributes to the broader goal of inclusive education and social empowerment. Moreover, it highlights the importance of extracurricular financial learning in fostering entrepreneurial mindsets and equipping students with disabilities to address future economic challenges. Keywords:  Accounting education, Entrepreneurial skills, Disabled students

    E-SERVICE QUALITY AND STUDENT LOYALTY: A STUDY OF ONLINE FOOD DELIVERY SERVICES AT UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL)

    Full text link
    This study explores how the quality of online food delivery (OFD) services specifically efficiency, system availability, and privacy and security have a relationship towards the loyalty of students at Universiti Islam Melaka (UNIMEL). A total of 80 students from the Faculty of Business, Hospitality and Technology (FPHT) took part in the survey. Data were analyzed using IBM SPSS software through descriptive and correlation analyses. The results show that all three aspects of OFD service quality efficiency, system availability and privacy and security are significantly linked to students’ loyalty towards food delivery services in UNIMEL.Keywords: E-service quality, customer loyalty, efficiency, system availability, privacy and security, food delivery compan

    BOYCOTT INTENTIONS TOWARDS BRANDS THAT SUPPORTED ISRAEL IN THE CONTEXT OF THE “ISRAELI-PALESTINIAN CONFLICT"

    Full text link
    In the era of globalization, boycotting products from certain countries or organizations due to past or ongoing conflicts have become common for consumers and thus impacting their purchasing decisions in the global market. This study aimed to investigate some of the variables that influence consumers' boycott intentions to target Israeli products namely animosity, cognitive judgment and affective evaluation in the context of the “Israeli-Palestinian conflict” incident. Respondents consisted of youths who tradedonline during the pandemic. A total of 152 respondents had answered the distributed questionnaire. Statistical Package for Social Science (SPSS) was used to analyse the data using Pearson correlation analysis method. The results of the study show that anomosity and affective judgement have a significant relationship towards boycotting intention of Isreali brand products (r, animosity = 0.381, r,affective = 0.587; p-value 0.05). Thus, this indicates that the current circumstances of public sentiments toward purchasing Israeli brand related product. Keywords: sentiment, genocide war, consumer behaviour, purchasing intention, conflic

    1,155

    full texts

    1,173

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Universiti Islam Melaka Open Journal Systems
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇