Fikiran Masyarakat
Not a member yet
89 research outputs found
Sort by
Konsep Tafsir dalam Kajian Bible
Kajian ini membincangkan tentang konsep tafsir hermeneutik dalam kajian Bible yang mana Bible merupakan kitab bagi penganut Kristian. Isu-isu perbincangan sekitar kajian ini merangkumi pengertian penafsiran bible, sejarah perkembangan hermeneutik Bible serta metode atau pendekatan dalam pentafsiran Bible. Kajian yang dijalankan dengan menggunakan struktur kualitatif dan kajian kepustakaan bagi mengenal pasti konsep pentafsiran Bible yang dikenali sebagai hermeneutik dalam memberikan makna-makna perkataan daripada ayat-ayat Bible. Hasil kajian ini mendapati terdapat 4 pendekatan umum dalam melakukan tafsiran terhadap teks Bible iaitu kritikan bahasa, budaya, geografi dan sejarah. kajian ini pada akhirnya ingin memahami pola pemikiran umat Kristian terhadap penafsiran tafsir Bible atau hermeneutik Bible. Hal yang demikian akan memberikan penjelasan kepada masyarakat umumnya sebab kepada pentafsiran ahli teologi Kristian dalam sesuatu perkataan atau ayat dalam Bible.Kajian ini membincangkan tentang konsep tafsir hermeneutik dalam kajian Bible yang mana Bible merupakan kitab bagi penganut Kristian. Isu-isu perbincangan sekitar kajian ini merangkumi pengertian penafsiran bible, sejarah perkembangan hermeneutik Bible serta metode atau pendekatan dalam pentafsiran Bible. Kajian yang dijalankan dengan menggunakan struktur kualitatif dan kajian kepustakaan bagi mengenal pasti konsep pentafsiran Bible yang dikenali sebagai hermeneutik dalam memberikan makna-makna perkataan daripada ayat-ayat Bible. Hasil kajian ini mendapati terdapat 4 pendekatan umum dalam melakukan tafsiran terhadap teks Bible iaitu kritikan bahasa, budaya, geografi dan sejarah. kajian ini pada akhirnya ingin memahami pola pemikiran umat Kristian terhadap penafsiran tafsir Bible atau hermeneutik Bible. Hal yang demikian akan memberikan penjelasan kepada masyarakat umumnya sebab kepada pentafsiran ahli teologi Kristian dalam sesuatu perkataan atau ayat dalam Bible
Faktor - Faktor Ketidaksuburan Wanita Berkerjaya
Wanita berkerjaya memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan mereka agar sentiasa sihat dan dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang wanita yang sempurna. Hal ini dapat dilihat melalui berita dan juga isu semasa yang dinyatakan di akhbar-akhbar, media cetak atau media elektronik yang menyatakan bahawa wanita berkerjaya sekarang menghadapi masalah kesuburan yang semakin menurun. Objektif kajian ini adalah mengkaji faktor-faktor ketidaksuburan wanita berkerjaya. Selain itu, reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kualitatif. Dapatan menunjukkan bahawa faktor tekanan, masalah kitaran haid yang tidak menentu, berat badan, umur, genetik dan perhubungan jarak jauh (PJJ) merupakan antara faktor yang menyebabkan wanita berkerjaya mengalami masalah atau lambat memperoleh zuriat atau anak. Wanita berkerjaya dapat mengatasi masalah kesihatan ini dengan mendapatkan rawatan secara moden di mana-mana hospital atau pusat rawatan dan disarankan agar mengamalkan cara yang dituntut dalam Islam dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti sentiasa bersyukur dengan setiap kejadian serta redha dengan ujian yang turunkan-Nya kepada mereka. Di samping itu, Allah SWT memberi dugaan kepada hamba-Nya dengan kupayaan hamba-Nya dalam mengharungi ujian. Oleh itu, kaum wanita berkerjaya perlulah sentiasa mengingati ajaran yang dituntut oleh syariat Islam agar segala masalah dapat diatasi dengan baik.Wanita berkerjaya memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan mereka agar sentiasa sihat dan dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang wanita yang sempurna. Hal ini dapat dilihat melalui berita dan juga isu semasa yang dinyatakan di akhbar-akhbar, media cetak atau media elektronik yang menyatakan bahawa wanita berkerjaya sekarang menghadapi masalah kesuburan yang semakin menurun. Objektif kajian ini adalah mengkaji faktor-faktor ketidaksuburan wanita berkerjaya. Selain itu, reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kualitatif. Dapatan menunjukkan bahawa faktor tekanan, masalah kitaran haid yang tidak menentu, berat badan, umur, genetik dan perhubungan jarak jauh (PJJ) merupakan antara faktor yang menyebabkan wanita berkerjaya mengalami masalah atau lambat memperoleh zuriat atau anak. Wanita berkerjaya dapat mengatasi masalah kesihatan ini dengan mendapatkan rawatan secara moden di mana-mana hospital atau pusat rawatan dan disarankan agar mengamalkan cara yang dituntut dalam Islam dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti sentiasa bersyukur dengan setiap kejadian serta redha dengan ujian yang turunkan-Nya kepada mereka. Di samping itu, Allah SWT memberi dugaan kepada hamba-Nya dengan kupayaan hamba-Nya dalam mengharungi ujian. Oleh itu, kaum wanita berkerjaya perlulah sentiasa mengingati ajaran yang dituntut oleh syariat Islam agar segala masalah dapat diatasi dengan baik
Pembinaan Modul Kerohanian Model Al-Muhasibi (MKAM) dalam Merawat Al-Nafs di Pusat Pemulihan Akhlak
Kajian ini mengkaji tentang pembinaan Modul Kerohanian Berasaskan al-Muhasibi dalam Merawat al-Nafs di Pusat Pemulihan Akhlak. Ia mempunyai dua objektif iaitu memperkenalkan tasawuf al-Muhasibi sebagai model kerohanian dalam merawat al-Nafs dan mengemukakan Modul Kerohanian Berasaskan al-Muhasibi dalam merawat al-Nafs. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian campuran secara penerokaan meliputi teknik analisis kandungan melalui kajian kepustakaan serta kajian rintis untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan kandungan modul juga telah dilaksanakan. Metode kepustakaan adalah menganalisis karangan al-Muhasibi seperti al-Ricayah li huquq Allah, Risalah al-Mustarshidin, Al-Masa’il fi Amal al-Qulub wa al-Jawarih, al-Wasaya dan lain-lain. Proses kesahan kandungan adalah melibatkan empat orang panel pakar yang mempunyai bidang kepakaran, pengalaman dan kesesuaian dengan modul yang dibina. Manakala proses kebolehpercayaan modul telah melibatkan tiga puluh orang pelatih Pusat Pemulihan Akhlak yang telah mengikuti semua aktiviti dalam modul kerohanian al-Muhasibi. Dapatan analisis kandungan model al-Muhasibi dalam merawat al-Nafs adalah menghasilkan enam konstruk utama iaitu mengenal hakikat diri insan, mengenal jiwa insan, penyahan sifat mazmumah jiwa, penerapan sifat asas mahmudah jiwa, penyucian jiwa secara bertahap melalui al-Maqamat dan pengukuhan jiwa suci. Hasil kesahan pakar kandungan modul mendapati aktiviti dan kandungan modul kerohanian berasaskan al-Muhasibi adalah sesuai digunakan kepada kumpulan sasaran. Bacaan nilai pekali kebolehpercayaan keseluruhan modul ini adalah tinggi iaitu alpha cronbach 0.878. Hal ini menunjukkan bahawa modul ini boleh digunakan sebagai modul bimbingan. Kajian ini menyimpulkan bahawa satu modul bimbingan melalui pendekatan tasawuf yang komprehensif boleh dijadikan panduan kepada kaunselor dan guru pembimbing dalam merancang aktiviti-aktiviti bimbingan pelatih.Kajian ini mengkaji tentang pembinaan Modul Kerohanian Berasaskan al-Muhasibi dalam Merawat al-Nafs di Pusat Pemulihan Akhlak. Ia mempunyai dua objektif iaitu memperkenalkan tasawuf al-Muhasibi sebagai model kerohanian dalam merawat al-Nafs dan mengemukakan Modul Kerohanian Berasaskan al-Muhasibi dalam merawat al-Nafs. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian campuran secara penerokaan meliputi teknik analisis kandungan melalui kajian kepustakaan serta kajian rintis untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan kandungan modul juga telah dilaksanakan. Metode kepustakaan adalah menganalisis karangan al-Muhasibi seperti al-Ricayah li huquq Allah, Risalah al-Mustarshidin, Al-Masa’il fi Amal al-Qulub wa al-Jawarih, al-Wasaya dan lain-lain. Proses kesahan kandungan adalah melibatkan empat orang panel pakar yang mempunyai bidang kepakaran, pengalaman dan kesesuaian dengan modul yang dibina. Manakala proses kebolehpercayaan modul telah melibatkan tiga puluh orang pelatih Pusat Pemulihan Akhlak yang telah mengikuti semua aktiviti dalam modul kerohanian al-Muhasibi. Dapatan analisis kandungan model al-Muhasibi dalam merawat al-Nafs adalah menghasilkan enam konstruk utama iaitu mengenal hakikat diri insan, mengenal jiwa insan, penyahan sifat mazmumah jiwa, penerapan sifat asas mahmudah jiwa, penyucian jiwa secara bertahap melalui al-Maqamat dan pengukuhan jiwa suci. Hasil kesahan pakar kandungan modul mendapati aktiviti dan kandungan modul kerohanian berasaskan al-Muhasibi adalah sesuai digunakan kepada kumpulan sasaran. Bacaan nilai pekali kebolehpercayaan keseluruhan modul ini adalah tinggi iaitu alpha cronbach 0.878. Hal ini menunjukkan bahawa modul ini boleh digunakan sebagai modul bimbingan. Kajian ini menyimpulkan bahawa satu modul bimbingan melalui pendekatan tasawuf yang komprehensif boleh dijadikan panduan kepada kaunselor dan guru pembimbing dalam merancang aktiviti-aktiviti bimbingan pelatih
Kepercayaan:Tanasukh Al-Arwah dalam Islam dan Reinkarnasi dalam Hindu
Setiap agama menganjurkan kepada penganutnya untuk sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan, supaya mendapat kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Di samping mencari keindahan dunia, manusia sering kali diingatkan agar tidak leka, kerana setiap perbuatan manusia kelak akan dipertanggungjawabkan. Setiap agama menjelaskan bagaimana seseorang itu mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Terdapat fahaman dalam Islam yang dikenali dengan istilah tanasukh al-arwah iaitu perpindahan roh yang menyerupai konsep kepercayaan agama Hindu reinkarnasi. Reinkarnasi bermaksud perpindahan roh kepada jasad atau benda tertentu. Dalam artikel ini, penulis cuba meneliti secara perbandingan konsep perpindahan roh di antara tanasukh al-arwah dalam agama Islam dan reinkarnasi dalam agama Hindu. Penulisan ini berasaskan kajian kepustakaan atau penyelidikan dokumentari yang dipersembahkan secara kritis. Hasil daripada kajian ini, penulis mendapati bahawa kepercayaan al-tanasukh ini jelas menyimpang dari aqidah Islam sebenar. Begitu juga terdapat kesamaan di antara fahaman tanasukh al-arwah dan konsep reinkarnasi, walaupun pada hakikatnya kewujudan konsep reinkarnasi agama Hindu adalah demi kebaikan agama dan umatnya.Setiap agama menganjurkan kepada penganutnya untuk sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan, supaya mendapat kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Di samping mencari keindahan dunia, manusia sering kali diingatkan agar tidak leka, kerana setiap perbuatan manusia kelak akan dipertanggungjawabkan. Setiap agama menjelaskan bagaimana seseorang itu mendapat balasan sama ada baik atau buruk. Terdapat fahaman dalam Islam yang dikenali dengan istilah tanasukh al-arwah iaitu perpindahan roh yang menyerupai konsep kepercayaan agama Hindu reinkarnasi. Reinkarnasi bermaksud perpindahan roh kepada jasad atau benda tertentu. Dalam artikel ini, penulis cuba meneliti secara perbandingan konsep perpindahan roh di antara tanasukh al-arwah dalam agama Islam dan reinkarnasi dalam agama Hindu. Penulisan ini berasaskan kajian kepustakaan atau penyelidikan dokumentari yang dipersembahkan secara kritis. Hasil daripada kajian ini, penulis mendapati bahawa kepercayaan al-tanasukh ini jelas menyimpang dari aqidah Islam sebenar. Begitu juga terdapat kesamaan di antara fahaman tanasukh al-arwah dan konsep reinkarnasi, walaupun pada hakikatnya kewujudan konsep reinkarnasi agama Hindu adalah demi kebaikan agama dan umatnya
Guru GPI (Guru Pendidikan Islam) Dalam Karakter Daie Sebagai Seorang Pendidik
Guru Pendidikan Islam (GPI) adalah seorang daie yang amat penting kepada masyarakat kerana mereka merupakan aset dalam membina generasi yang unggul dan berwibawa. Seorang da’iitu perlu memiliki sifat-sifat yang mampu untuk menarik minat para mad’u. Pada hakikatnya terdapat sifat-sifat yang hebat seorang daie dalam menyebarkan ajaran Islam yang mana telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, Sahabat dan ulamak pada masa dahulu. Mereka pada zaman dahulu amat terkenal dengan sifat-sifat ketokohan masing-masing dalam menyebarkan dakwah. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang daiedalam diri seseorang yang bergelar GPI kerana terdapat banyak halangan dan dugaan yang perlu dihadapi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sifat-sifat daie yang diterapkan oleh GPI sebagai seorang daiedalam kehidupan serta pengaplikasian dalam pengajaran dan pembelajaran samada di dalam kelas atau diluar kelas. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif dengan kaedah kajian kepustakaan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan.Hasil kajian daripada pandangan para ulamak dan sarjana dapat diklafikasikan kepada tiga bahagian sifat-sifat GPI Sebagai seorang daie iaitu hubungan dengan Allah SWT merangkumi hubungannya dengan Allah SWT, hubungannya sesama manusia dan hubungannya dengan alam. Hasil perbincangan menunjukkan sifat-sifat daie jika diamalkan mampu mempengaruhi fokus dan minat mad’u kepada perkara yang ingin disampaikan. Oleh itu, sifat-sifat yang hebat jika terdapat dalam diri seseorang itu mampu mencetus perubahan yang besar dalam sesuatu organisasi.Guru Pendidikan Islam (GPI) adalah seorang daie yang amat penting kepada masyarakat kerana mereka merupakan aset dalam membina generasi yang unggul dan berwibawa. Seorang da’iitu perlu memiliki sifat-sifat yang mampu untuk menarik minat para mad’u. Pada hakikatnya terdapat sifat-sifat yang hebat seorang daie dalam menyebarkan ajaran Islam yang mana telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW, Sahabat dan ulamak pada masa dahulu. Mereka pada zaman dahulu amat terkenal dengan sifat-sifat ketokohan masing-masing dalam menyebarkan dakwah. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang daiedalam diri seseorang yang bergelar GPI kerana terdapat banyak halangan dan dugaan yang perlu dihadapi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sifat-sifat daie yang diterapkan oleh GPI sebagai seorang daiedalam kehidupan serta pengaplikasian dalam pengajaran dan pembelajaran samada di dalam kelas atau diluar kelas. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif dengan kaedah kajian kepustakaan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan.Hasil kajian daripada pandangan para ulamak dan sarjana dapat diklafikasikan kepada tiga bahagian sifat-sifat GPI Sebagai seorang daie iaitu hubungan dengan Allah SWT merangkumi hubungannya dengan Allah SWT, hubungannya sesama manusia dan hubungannya dengan alam. Hasil perbincangan menunjukkan sifat-sifat daie jika diamalkan mampu mempengaruhi fokus dan minat mad’u kepada perkara yang ingin disampaikan. Oleh itu, sifat-sifat yang hebat jika terdapat dalam diri seseorang itu mampu mencetus perubahan yang besar dalam sesuatu organisasi
Penyucian Jiwa Melalui Pendekatan Muhasabah Dalam Penghayatan Shalat
Artikel ini membicarakan tentang penyucian jiwa melalui pendekatan muhasabah dalam penghayatan shalat. Kajian ini merupakan salah satu proses pembersihan rohani seseorang Muslim untuk mencapai kesempurnaan ubudiyah yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Dalam kajian shalat pada masa kini, masih lagi terdapat orang Islam mengabaikan shalat bahkan tidak melaksanakan shalat dengan sempurna maka dengan kajian ini berusaha untuk mengembalikan fitrah asal kejadian manusia sebagai khalifah Allah SWT. Penulisan ini bertujuaan untuk mengkaji penyucian jiwa melalui pendekatan muhasabah dalam penghayatan shalat. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan serta pengumpulan data daripada buku-buku, jurnal, prosiding, kajian lepas dan karya ilmiah oleh tokoh-tokoh terkenal dalam bidang penyucian jiwa dan penghayatan shalat. Hasil penulisan ini, mendapati bahawa dalam pendekatan muhasabah mempunyai tiga perkara yang akan memfokuskan iaitu bentuk, cara dan lapangan dalam penyucian jiwa melalui pendekatan muhasabah dalam penghayatan shalat sahaja. Oleh itu, implikasi daripada penulisan ini menyarankan agar seseorang Muslim menggunakan kaedah ini dalam membentuk diri sebagai Muslim sejati.Artikel ini membicarakan tentang penyucian jiwa melalui pendekatan muhasabah dalam penghayatan shalat. Kajian ini merupakan salah satu proses pembersihan rohani seseorang Muslim untuk mencapai kesempurnaan ubudiyah yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Dalam kajian shalat pada masa kini, masih lagi terdapat orang Islam mengabaikan shalat bahkan tidak melaksanakan shalat dengan sempurna maka dengan kajian ini berusaha untuk mengembalikan fitrah asal kejadian manusia sebagai khalifah Allah SWT. Penulisan ini bertujuaan untuk mengkaji penyucian jiwa melalui pendekatan muhasabah dalam penghayatan shalat. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan serta pengumpulan data daripada buku-buku, jurnal, prosiding, kajian lepas dan karya ilmiah oleh tokoh-tokoh terkenal dalam bidang penyucian jiwa dan penghayatan shalat. Hasil penulisan ini, mendapati bahawa dalam pendekatan muhasabah mempunyai tiga perkara yang akan memfokuskan iaitu bentuk, cara dan lapangan dalam penyucian jiwa melalui pendekatan muhasabah dalam penghayatan shalat sahaja. Oleh itu, implikasi daripada penulisan ini menyarankan agar seseorang Muslim menggunakan kaedah ini dalam membentuk diri sebagai Muslim sejati
Isu Melihat Allah SWT di Akhirat Antara Al-Būtī dan Salafiyyah Semasa
Isu dalam menetapkan orang mukmin melihat Allah S.W.T. di akhirat terdapat perselisihan di antara aliran al-AshaÑirah dan Salafiyah semasa. Aliran Salafiyyah semasa berpegang bahawa orang mukmin melihat Allah di akhirat adalah dengan keadaan Allah bertempat, berarah dan berjisim. Manakala al-AshaÑirah pula berpandangan bahawa orang mukmin melihat Allah di akhirat tanpa berjisim, bertempat dan berarah. Al-Būtī merupakan seorang pengkaji tentang aliran al-AshaÑirah yang sentiasa memberi pandangan terhadap aliran-aliran yang berbeza daripada pandangan al-AshaÑirah. Beliau banyak berkecimpung di dalam perdebatan, penyelidikan dan penulisan. Untuk tujuan demikian kajian ini diketengahkan untuk meneliti penghujahan antara al-Būtī dan aliran Salafiyah semasa di dalam isu melihat Allah s.w.t. di akhirat. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang menjurus kepada metode dokumentasi, kajian pensejarahan dan analisis perbandingan. Hasil kajian dalam isu ini menunjukkan penghujahan al-Būtī adalah jelas dengan menggunakan dalil naqli dan akal yang seimbang. Selain itu penghujahan beliau adalah selari dengan pandangan Ahli Sunah Waljamaah. Manakala penghujahan salafiyyah mempunyai perbezaan di antara Imam Ahmad dan sebahagian mereka yang mengikut pegangannya.Isu dalam menetapkan orang mukmin melihat Allah S.W.T. di akhirat terdapat perselisihan di antara aliran al-AshaÑirah dan Salafiyah semasa. Aliran Salafiyyah semasa berpegang bahawa orang mukmin melihat Allah di akhirat adalah dengan keadaan Allah bertempat, berarah dan berjisim. Manakala al-AshaÑirah pula berpandangan bahawa orang mukmin melihat Allah di akhirat tanpa berjisim, bertempat dan berarah. Al-Būtī merupakan seorang pengkaji tentang aliran al-AshaÑirah yang sentiasa memberi pandangan terhadap aliran-aliran yang berbeza daripada pandangan al-AshaÑirah. Beliau banyak berkecimpung di dalam perdebatan, penyelidikan dan penulisan. Untuk tujuan demikian kajian ini diketengahkan untuk meneliti penghujahan antara al-Būtī dan aliran Salafiyah semasa di dalam isu melihat Allah s.w.t. di akhirat. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang menjurus kepada metode dokumentasi, kajian pensejarahan dan analisis perbandingan. Hasil kajian dalam isu ini menunjukkan penghujahan al-Būtī adalah jelas dengan menggunakan dalil naqli dan akal yang seimbang. Selain itu penghujahan beliau adalah selari dengan pandangan Ahli Sunah Waljamaah. Manakala penghujahan salafiyyah mempunyai perbezaan di antara Imam Ahmad dan sebahagian mereka yang mengikut pegangannya
Bentuk – Bentuk Program Pembangunan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Terhadap Orang Asli di Malaysia
Pelbagai pelan pembangunan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia melalui KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi membangunkan pendidikan rakyat Malaysia agar setaraf dengan pendidikan di peringkat antarabangsa. Dalam pelan pembangunan ini juga terdapat pelbagai program pembangunan pendidikan yang turut direncanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membangunkan pendidikan masyarakat Orang Asli yang juga merupakan rakyat di negara ini. Persoalannya apakah bentuk-bentuk program pembangunan pendidikan tersebut? Oleh itu, kertas kerja ini telah diwujudkan bagi mengenlpasti tentang bentuk-bentuk program pembanguna pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Orang Asli. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan berdasarkan buku-buku, laporan, dokumen, jurnal, tesis, artikel dan seumpamanya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan program pembangunan pendidikan murid Orang Asli Kementerian Pendidikan Malaysia ini memberi impak positif kepada kadar pengurangan keciciran murid Orang Asli dan meningkatkan kadar penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan murid dan ibu bapa Orang Asli.Pelbagai pelan pembangunan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia melalui KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi membangunkan pendidikan rakyat Malaysia agar setaraf dengan pendidikan di peringkat antarabangsa. Dalam pelan pembangunan ini juga terdapat pelbagai program pembangunan pendidikan yang turut direncanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membangunkan pendidikan masyarakat Orang Asli yang juga merupakan rakyat di negara ini. Persoalannya apakah bentuk-bentuk program pembangunan pendidikan tersebut? Oleh itu, kertas kerja ini telah diwujudkan bagi mengenlpasti tentang bentuk-bentuk program pembanguna pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Orang Asli. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan berdasarkan buku-buku, laporan, dokumen, jurnal, tesis, artikel dan seumpamanya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan program pembangunan pendidikan murid Orang Asli Kementerian Pendidikan Malaysia ini memberi impak positif kepada kadar pengurangan keciciran murid Orang Asli dan meningkatkan kadar penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan murid dan ibu bapa Orang Asli
Isu Pengambilan Tanah Wakaf: Kajian Kes Madrasah Salihiah dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah
Pada dasarnya, mengikut undang-undang Islam, pengambilan tanah wakaf boleh dilakukan oleh pihak berkuasa untuk tujuan maslahah ammah sahaja. Proses Istibdal juga perlu dilakukan apabila pengambilan tanah wakaf dilakukan oleh pihak yang terbabit agar tanah-tanah wakaf ini dipelihara dengan baik seperti aset wakaf yang asal. Namun di negeri Kedah, terdapat beberapa projek pengambilan tanah wakaf yang dilakukan bukan untuk kepentingan maslahah ammah. Oleh yang demikian, apakah kesan jangka masa panjang dalam institusi wakaf ini jika pengambilan tanah wakaf tersebut menyalahi peruntukan undang-undang Islam dan hukum syarak?Oleh yang demikian, pengkaji telah menjalankan kajian terhadap dua (2) kes pengambilan tanah wakaf yang berlaku di negeri Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji isu dan permasalahan yang wujud bagi setiap kes pengambilan tanah wakaf tersebut. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian menggunakan kaedah kajian kes. Proses pengumpulan data adalah melalui data primer iaitu data yang diperoleh hasil daripada temu bual dan data sekunder iaitu data yang diperoleh daripada sumber dokumen, buku, artikel dan jurnal. Bagi data primer data yang dikumpul dianalisis menggunakan teknik analisis secara kandungan manakala data sekunder dianalisis menggunakan teknik analisis secara diskriptif dan naratif atau petikan. Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat isu-isu dan masalah yang wujud hasil daripada pengambilan tanah wakaf bagi kes yang dikaji.Pada dasarnya, mengikut undang-undang Islam, pengambilan tanah wakaf boleh dilakukan oleh pihak berkuasa untuk tujuan maslahah ammah sahaja. Proses Istibdal juga perlu dilakukan apabila pengambilan tanah wakaf dilakukan oleh pihak yang terbabit agar tanah-tanah wakaf ini dipelihara dengan baik seperti aset wakaf yang asal. Namun di negeri Kedah, terdapat beberapa projek pengambilan tanah wakaf yang dilakukan bukan untuk kepentingan maslahah ammah. Oleh yang demikian, apakah kesan jangka masa panjang dalam institusi wakaf ini jika pengambilan tanah wakaf tersebut menyalahi peruntukan undang-undang Islam dan hukum syarak?Oleh yang demikian, pengkaji telah menjalankan kajian terhadap dua (2) kes pengambilan tanah wakaf yang berlaku di negeri Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji isu dan permasalahan yang wujud bagi setiap kes pengambilan tanah wakaf tersebut. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian menggunakan kaedah kajian kes. Proses pengumpulan data adalah melalui data primer iaitu data yang diperoleh hasil daripada temu bual dan data sekunder iaitu data yang diperoleh daripada sumber dokumen, buku, artikel dan jurnal. Bagi data primer data yang dikumpul dianalisis menggunakan teknik analisis secara kandungan manakala data sekunder dianalisis menggunakan teknik analisis secara diskriptif dan naratif atau petikan. Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat isu-isu dan masalah yang wujud hasil daripada pengambilan tanah wakaf bagi kes yang dikaji
Pendekatan Tazkiyah Al-Nafs dalam Menghadapi Postpartum Depression: Satu Analisis Literatur
Postpartum Depression iaitu satu perubahan dari segi emosi, fizikal dan perilaku yang biasa berlaku pada ibu yang baru sahaja melahirkan anak atau keguguran ketika di dalam pantang. Perkara ini perlu diatasi dengan berkesan supaya tidak menimbulkan perkara lebih buruk seperti tekanan emosi melampau, keinginan membunuh diri, menyalahkan takdir dan sebagainya. Wanita yang mengalami masalah kesihatan mental atau gangguan mental khususnya kemurungan lazimnya tidak tampil mendapatkan bantuan disebabkan oleh pelbagai faktor, misalnya perubahan hormon, stigma sosial dan kepercayaan terhadap sesuatu pegangan. Justeru itu, kajian ini akan dilakukan untuk mengkaji konsep postpartum depression dan konsep tazkiyah al-Nafs serta menganalisis pendekatan tazkiyah al-nafs membantu mengatasi kemurungan dalam kalangan wanita postpartum. Reka bentuk kajian ini menggunakan analisis kandungan dan dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati pendekatan tazkiyah al-Nafs bagi mengatasi masalah ini melalui tiga proses yang dikenali sebagai Ma’rifah al-Nafs, Mujahadah al-Nafs dan Riyadah al-Nafs. Implikasi kajian ini memberi satu inisiatif kepada wanita yang tertekan diuji dengan perasaan yang tidak mampu dilalui dengan kembali kepada hati yang suci untuk membina personaliti diri yang baik.Postpartum Depression iaitu satu perubahan dari segi emosi, fizikal dan perilaku yang biasa berlaku pada ibu yang baru sahaja melahirkan anak atau keguguran ketika di dalam pantang. Perkara ini perlu diatasi dengan berkesan supaya tidak menimbulkan perkara lebih buruk seperti tekanan emosi melampau, keinginan membunuh diri, menyalahkan takdir dan sebagainya. Wanita yang mengalami masalah kesihatan mental atau gangguan mental khususnya kemurungan lazimnya tidak tampil mendapatkan bantuan disebabkan oleh pelbagai faktor, misalnya perubahan hormon, stigma sosial dan kepercayaan terhadap sesuatu pegangan. Justeru itu, kajian ini akan dilakukan untuk mengkaji konsep postpartum depression dan konsep tazkiyah al-Nafs serta menganalisis pendekatan tazkiyah al-nafs membantu mengatasi kemurungan dalam kalangan wanita postpartum. Reka bentuk kajian ini menggunakan analisis kandungan dan dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati pendekatan tazkiyah al-Nafs bagi mengatasi masalah ini melalui tiga proses yang dikenali sebagai Ma’rifah al-Nafs, Mujahadah al-Nafs dan Riyadah al-Nafs. Implikasi kajian ini memberi satu inisiatif kepada wanita yang tertekan diuji dengan perasaan yang tidak mampu dilalui dengan kembali kepada hati yang suci untuk membina personaliti diri yang baik