Fikiran Masyarakat
Not a member yet
89 research outputs found
Sort by
Keberkesanan Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Menurut Maqasid Syariah di Perkampungan Orang Asli Batu 12 Gombak, Selangor
Pengamalan gaya hidup yang berlandaskan Maqasid Syariah bertujuan membina komuniti Asli yang beriman dan sejahtera . Namun masih terdapat golongan masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam masih belum mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian mereka. Maqasid Syariah yang dharuri mempunyai lima aspek iaitu memelihara agama (hifz al-din), jiwa (hifz al-nafs), akal (hifz al-‘aql), keturunan (hifz al-nasb) dan harta (hifz al-mal). Kajian in bertujuan mengetahui keberkesanan agensi dakwah kerajaan, iaitu JAKIM terhadap masyarakat Asli berdasarkan prinsip Maqasid Syariah. Reka bentuk yang digunakan ialah kajian tinjauan dengan mengedarkan soal selidik kepada 120 masyarakat Orang Asli yang telah memeluk agama Islam di perkampungan Orang Asli Batu 12, Gombak. Penganalisisan data pula adalah secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan aktiviti dan pendekatan dakwah yang dilaksanakan oleh JAKIM terhadap pengamalan gaya hidup Islam yang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam pada nilai purata min= 3.22.Pengamalan gaya hidup yang berlandaskan Maqasid Syariah bertujuan membina komuniti Asli yang beriman dan sejahtera . Namun masih terdapat golongan masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam masih belum mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian mereka. Maqasid Syariah yang dharuri mempunyai lima aspek iaitu memelihara agama (hifz al-din), jiwa (hifz al-nafs), akal (hifz al-‘aql), keturunan (hifz al-nasb) dan harta (hifz al-mal). Kajian in bertujuan mengetahui keberkesanan agensi dakwah kerajaan, iaitu JAKIM terhadap masyarakat Asli berdasarkan prinsip Maqasid Syariah. Reka bentuk yang digunakan ialah kajian tinjauan dengan mengedarkan soal selidik kepada 120 masyarakat Orang Asli yang telah memeluk agama Islam di perkampungan Orang Asli Batu 12, Gombak. Penganalisisan data pula adalah secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan aktiviti dan pendekatan dakwah yang dilaksanakan oleh JAKIM terhadap pengamalan gaya hidup Islam yang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Orang Asli yang telah memeluk Islam pada nilai purata min= 3.22
Dakwah Islam Dalam Sistem Perbankan Islam di Malaysia
Dakwah Islam sepatutnya bergerak seiring dengan perkembangan Industri perbankan Islam. Ini berdasarkan kepada bahawa sistem perbankan Islam bukan sahaja diterima meluas oleh masyarakat Islam malah dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Keupayaan menarik masyarakat bukan Islam menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan perbankan Islam secara tidak langsung boleh mendekatkan mereka kepada Islam. Artikel ini membincangkan berkenaan dengan dakwah Islam dalam sistem perbankan Islam di Malaysia. Aktiviti Dakwah menerusi perbankan Islam adalah aktiviti keagamaan, kursus-kursus perbankan Islam dan usaha mempromosi produk-produk perbankan Islam serta pengurusan aktiviti Islam dan akta IFSA 2013.Dakwah Islam sepatutnya bergerak seiring dengan perkembangan Industri perbankan Islam. Ini berdasarkan kepada bahawa sistem perbankan Islam bukan sahaja diterima meluas oleh masyarakat Islam malah dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Keupayaan menarik masyarakat bukan Islam menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan perbankan Islam secara tidak langsung boleh mendekatkan mereka kepada Islam. Artikel ini membincangkan berkenaan dengan dakwah Islam dalam sistem perbankan Islam di Malaysia. Aktiviti Dakwah menerusi perbankan Islam adalah aktiviti keagamaan, kursus-kursus perbankan Islam dan usaha mempromosi produk-produk perbankan Islam serta pengurusan aktiviti Islam dan akta IFSA 2013
Penghayatan Ihsan Sebagai Medium Pengukuhan Budaya Kerja Berintegriti
Budaya kerja yang berintegriti adalah sebuah budaya kerja yang berdaya saing, mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas serta mempunyai suasana dan budaya yang berpaksikan moral dan akhlak yang baik. Budaya kerja berintegriti dapat meningkatkan kecemerlangan organisasi serta memberi kesan yang baik kepada kemajuan negara baik dari segi ekonomi, pembangunan dan kestabilan sesebuah negara. Namun bukanlah sesuatu yang mudah untuk mewujudkan budaya kerja yang berintegriti jika warga organisasi tidak mempunyai nilai ihsan iaitu nilai yang dimiliki oleh individu yang merasa dekat dengan Allah dan sentiasa melakukan kebaikan kerana merasakan tanggungjawabnya terhadap hak Allah. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan ihsan dan integriti serta untuk mengetahui bagaimana penghayatan nilai ihsan memberi impak kepada budaya kerja organisasi. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan. Hasil perbincangan menunjukkan penghayatan ihsan akan menjadi motivasi kepada para pekerja untuk mengamalkan akhlak mulia, nilai baik, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab sehingga melahirkan satu budaya kerja yang berintegriti. Penghayatan ihsan juga akan menjadi pengawal kepada warga organisasi supaya tidak mengamalkan akhlak mazmumah, nilai buruk, rasuah dan sebagainya.Budaya kerja yang berintegriti adalah sebuah budaya kerja yang berdaya saing, mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas serta mempunyai suasana dan budaya yang berpaksikan moral dan akhlak yang baik. Budaya kerja berintegriti dapat meningkatkan kecemerlangan organisasi serta memberi kesan yang baik kepada kemajuan negara baik dari segi ekonomi, pembangunan dan kestabilan sesebuah negara. Namun bukanlah sesuatu yang mudah untuk mewujudkan budaya kerja yang berintegriti jika warga organisasi tidak mempunyai nilai ihsan iaitu nilai yang dimiliki oleh individu yang merasa dekat dengan Allah dan sentiasa melakukan kebaikan kerana merasakan tanggungjawabnya terhadap hak Allah. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan ihsan dan integriti serta untuk mengetahui bagaimana penghayatan nilai ihsan memberi impak kepada budaya kerja organisasi. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan. Hasil perbincangan menunjukkan penghayatan ihsan akan menjadi motivasi kepada para pekerja untuk mengamalkan akhlak mulia, nilai baik, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab sehingga melahirkan satu budaya kerja yang berintegriti. Penghayatan ihsan juga akan menjadi pengawal kepada warga organisasi supaya tidak mengamalkan akhlak mazmumah, nilai buruk, rasuah dan sebagainya
Strategi Pemujukan Dalam Komunikasi Dakwah Masyarakat Orang Asli
Kelangsungan kegiatan dakwah masyarakat Orang Asli merupakan tugas yang perlu diberi perhatian khususnya terhadap usaha membimbing ke arah penghayatan Islam yang sebenar. Memandangkan aktiviti dakwah dan komunikasi merupakan suatu gabungan penting dalam menyalurkan mesej Islam, penyampaiannya tidaklah hanya bersahaja malah menuntut kepada keberkesanannya. Persoalannya, adakah semua kegiatan komunikasi dalam lapangan dakwah memperoleh kesan yang positif terutamanya dalam aspek perubahan tingkah laku dan sikap mad’u?. Oleh itu, kebolehupayaan pendakwah menggunakan pendekatan pemujukan untuk tujuan dakwah wajar dikaji sebagai salah satu perkembangan dalam uslub dakwah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti strategi pemujukan dalam komunikasi dakwah kepada Orang Asli. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Manakala, pengumpulan data kajian dengan menggunakan kajian-kajian lepas seperti tesis, prosiding, artikel dalam jurnal, buku-buku dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa kemampuan pendakwah menggunakan pemujukan dalam komunikasi dakwah terhadap masyarakat Orang Asli membawa kesan positif terhadap kesedaran, pemikiran, kefahaman, penghayatan dan pengamalan ajaran Islam secara sukarela tanpa rasa dipaksa.Kelangsungan kegiatan dakwah masyarakat Orang Asli merupakan tugas yang perlu diberi perhatian khususnya terhadap usaha membimbing ke arah penghayatan Islam yang sebenar. Memandangkan aktiviti dakwah dan komunikasi merupakan suatu gabungan penting dalam menyalurkan mesej Islam, penyampaiannya tidaklah hanya bersahaja malah menuntut kepada keberkesanannya. Persoalannya, adakah semua kegiatan komunikasi dalam lapangan dakwah memperoleh kesan yang positif terutamanya dalam aspek perubahan tingkah laku dan sikap mad’u?. Oleh itu, kebolehupayaan pendakwah menggunakan pendekatan pemujukan untuk tujuan dakwah wajar dikaji sebagai salah satu perkembangan dalam uslub dakwah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti strategi pemujukan dalam komunikasi dakwah kepada Orang Asli. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Manakala, pengumpulan data kajian dengan menggunakan kajian-kajian lepas seperti tesis, prosiding, artikel dalam jurnal, buku-buku dan kertas kerja. Hasil kajian mendapati bahawa kemampuan pendakwah menggunakan pemujukan dalam komunikasi dakwah terhadap masyarakat Orang Asli membawa kesan positif terhadap kesedaran, pemikiran, kefahaman, penghayatan dan pengamalan ajaran Islam secara sukarela tanpa rasa dipaksa
Aplikasi Tazkiyah Al-Nafs Menerusi Mujahadah Al-Nafs dalam Kaunseling
Setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada masalah dalam kehidupan. Ini menyebabkan manusia perkhidmatan kaunseling untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Masalah yang dihadapi oleh manusia sebenarnya berpunca penyakit hati yang boleh dirawat oleh kaunselor. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji penyakit-penyakit hati yang dikenalpasti oleh kaunselor dan aplikasi tazkiyah al-nafs menerusi mujahadah al-nafs. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 20 orang responden telah dipilih secara kesenangan (convinience sampling) dalam kalangan pelajar jurusan kaunseling UKM, USIM, kaunselor UiTM, kaunselor praktikal dan kaunselor sebenar di Pusat Kaunseling UKM dan kaunselor di sektor persendirian. Selain itu, kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23. Hasil kajian mendapati empat penyakit hati yang mempunyai nilai min tertinggi iaitu menghadapi tekanan (stress) (min=3.7), mempunyai perasaan bimbang (min=3.5), emosi sedih dan kecewa (min=3.4) serta mempunyai perasaan benci dan dendam (min=3.1).Setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada masalah dalam kehidupan. Ini menyebabkan manusia perkhidmatan kaunseling untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Masalah yang dihadapi oleh manusia sebenarnya berpunca penyakit hati yang boleh dirawat oleh kaunselor. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji penyakit-penyakit hati yang dikenalpasti oleh kaunselor dan aplikasi tazkiyah al-nafs menerusi mujahadah al-nafs. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 20 orang responden telah dipilih secara kesenangan (convinience sampling) dalam kalangan pelajar jurusan kaunseling UKM, USIM, kaunselor UiTM, kaunselor praktikal dan kaunselor sebenar di Pusat Kaunseling UKM dan kaunselor di sektor persendirian. Selain itu, kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama kajian dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23. Hasil kajian mendapati empat penyakit hati yang mempunyai nilai min tertinggi iaitu menghadapi tekanan (stress) (min=3.7), mempunyai perasaan bimbang (min=3.5), emosi sedih dan kecewa (min=3.4) serta mempunyai perasaan benci dan dendam (min=3.1)
Bentuk Aktiviti Dakwah Sahabat YADIM Kepada Mahasiswa UKM
YADIM merupakan antara organisasi yang ditubuhkan untuk mengislahkan masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam yang suci. Sebagai salah satu agen penggerak dakwah di negara ini, YADIM telah memainkan peranan penting dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pimpinan Muda Islam (KEMUDA) menerusi modul dakwah dan kepimpinan Islam untuk menarik minat mahasiswa. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti dakwah sahabat YADIM kepada Mahasiswa UKM melalui program KEMUDA. Perbincangan kajian ini meliputi bentuk aktiviti dakwah yang telah digunakan sepanjang program dijalankan. Data diperoleh daripada borang soal selidik. Sejumlah 147 orang mahasiswa daripada pelbagai fakulti UKM yang menganggotai sahabat YADIM telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Pengumpulan data melalui instrumen borang soal selidik telah diproses dalam perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) 22.0. Penganalisisan data adalah secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bentuk aktiviti dakwah YADIM berjaya menarik perhatian mahasiswa kepada aktiviti dakwah. Oleh itu, Kajian ini merupakan prakarsa yang pragmatik untuk diketahui dalam usaha penambahbaikkan bagi memantapkan program dakwah KEMUDA pada masa hadapan.YADIM merupakan antara organisasi yang ditubuhkan untuk mengislahkan masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam yang suci. Sebagai salah satu agen penggerak dakwah di negara ini, YADIM telah memainkan peranan penting dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pimpinan Muda Islam (KEMUDA) menerusi modul dakwah dan kepimpinan Islam untuk menarik minat mahasiswa. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti dakwah sahabat YADIM kepada Mahasiswa UKM melalui program KEMUDA. Perbincangan kajian ini meliputi bentuk aktiviti dakwah yang telah digunakan sepanjang program dijalankan. Data diperoleh daripada borang soal selidik. Sejumlah 147 orang mahasiswa daripada pelbagai fakulti UKM yang menganggotai sahabat YADIM telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Pengumpulan data melalui instrumen borang soal selidik telah diproses dalam perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) 22.0. Penganalisisan data adalah secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bentuk aktiviti dakwah YADIM berjaya menarik perhatian mahasiswa kepada aktiviti dakwah. Oleh itu, Kajian ini merupakan prakarsa yang pragmatik untuk diketahui dalam usaha penambahbaikkan bagi memantapkan program dakwah KEMUDA pada masa hadapan
Sejarah Perkembangan Seni Khat Dalam Kesenian Islam di Nusantara
Seni khat dikenali sebagai kaligrafi yang merupakan salah satu kesenian Islam yang mendapat perhatian besar kepada umat Islam. Seni khat diilhamkan daripada al-Quran yang mempunyai nilai tinggi dan membawa mesej tauhid serta ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, kebanyakan karya tentang kesenian Islam yang dihasilkan oleh orientalis kurang mengupas tentang kesenian Islam di negara-negara wilayah NUSANTARA, sedangkan negara-negara di NUSANTARA adalah merupakan di antara negara-negara pertama di sebelah timur yang telah menerima Islam beberapa tahun selepas keruntuhan beberapa empayar Islam di Timur Tengah. Kajian ini mengupas tentang kesenian Islam di NUSANTARA selain memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia supaya menghargai seni khat sebagai simbolik warisan kesenian dalam tamadun Islam NUSANTARA. Kajian ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan seni khat dalam kesenian di NUSANTARA. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan dengan membuat analisis dan ulasan terhadap buku-buku, artikel jurnal serta penulisan ilmiah yang lain. Hasil kajian mendapati terdapat bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bermulanya seni khat daripada pengenalan tulisan khat, bentuk-bentuk dan ciri-cirinya tersendiri, yang mana telah dicatatkan oleh sejarah terdapat fahaman-fahaman atau agama-agama lain yang mendahului Islam dalam kesenian seni khat ini khususnya di NUSANTARA.Seni khat dikenali sebagai kaligrafi yang merupakan salah satu kesenian Islam yang mendapat perhatian besar kepada umat Islam. Seni khat diilhamkan daripada al-Quran yang mempunyai nilai tinggi dan membawa mesej tauhid serta ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, kebanyakan karya tentang kesenian Islam yang dihasilkan oleh orientalis kurang mengupas tentang kesenian Islam di negara-negara wilayah NUSANTARA, sedangkan negara-negara di NUSANTARA adalah merupakan di antara negara-negara pertama di sebelah timur yang telah menerima Islam beberapa tahun selepas keruntuhan beberapa empayar Islam di Timur Tengah. Kajian ini mengupas tentang kesenian Islam di NUSANTARA selain memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia supaya menghargai seni khat sebagai simbolik warisan kesenian dalam tamadun Islam NUSANTARA. Kajian ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan seni khat dalam kesenian di NUSANTARA. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan dengan membuat analisis dan ulasan terhadap buku-buku, artikel jurnal serta penulisan ilmiah yang lain. Hasil kajian mendapati terdapat bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bermulanya seni khat daripada pengenalan tulisan khat, bentuk-bentuk dan ciri-cirinya tersendiri, yang mana telah dicatatkan oleh sejarah terdapat fahaman-fahaman atau agama-agama lain yang mendahului Islam dalam kesenian seni khat ini khususnya di NUSANTARA
Pemanfaatan Kiasan “Budi†Didalam Bahasa Minangkabau
Kieh or kiasan is seldom used in Minangkabau language. It is defined as prefix world and inserted for senses of giving on the sentence and stressing word as important meaning. Sentence style uses the equality performa, comparative, short sequential story, to explanation of morals and ethics, to describe of static materials or something else that it have the human souls, to give the same place and people, to show name and behavior, to apply the words that addressed on the other sentences and also many other style of language. In Minangkabau language, kiasan is one thing that is applied in every heart condition of speakers. This paper describes application of “Budi†word in Minangkabau language. It can be refer of human behavior on formal/non-formal frame ideas of Minangkabau speaker and word samples are also presented
Nilai – Nilai Pendidikan Islam: Kisah Nabi Nuh A.S dan Kaumnya
Kisah Nabi Nuh a.s dan kaumnya adalah merupakan ’ibrah buat kita semua, baik ia seorang pendidik, seorang dai, seorang peminpin, seorang tokoh, maupun rakyat biasa yang tidak mempunyai harta dan kedudukan. Dalam kisah itu Allah SWT. memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan-Nya berupa banjir besar yang menenggelamkan satu negeri dan tidak ada satu orang pun yang selamat dari amukan banjir itu kecuali orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Kehancuran kaum itu bukanlah disebabkan kurangnya pendidikan keduniaan yang mereka miliki, akan tetapi kehancuran kaum itu dikarenakan kosongnya hati mereka dari akidah tauhid dan ajaran-ajaran yang benar. Mereka mempersekutukan Allah, menyembah berhala-berhala yang tidak dapat berbuat apa- apa. Kehancuran kaum itu bukanlah disebabkan lemahnya ekonomi yang mereka miliki, akan tetapi kehancuran kaum itu dikarenakan lemahnya kekuatan hati dan fikiran mereka untuk menentang ajakan, bujukan dan rayuan Iblis terlaknat dan menyesatkan itu. Sehingga rasul Allah Nabi Nuh a.s. yang diutus kepada mereka, mereka dustakan, mereka caci dan mereka hujat habis-habisan. Padahal Nabi Nuh itu adalah seorang utusan dari Sang Pencipta untuk mengajak, mendidik dan membimbing manusia kejalan yang diridhai. Kehancuran kaum itu bukanlah disebabkan kekuatan mereka yang tidak seberapa, akan tetapi kehancuran kaum itu dikarenakan cacian mereka terhadap mereka yang lemah lagi miskin. Padahal mereka yang miskin lagi lemah itu adalah hamba yang yang tulus ikhlas beribadah dan taat kepada Allah dan rasul-Nya Nabi Nuh a.s. Kehancuran kaum itu adalah merupakan suatu pelajaran buat mereka yang masih suka berbuat sombong, maksiat, dan durhaka terhadap Allah SWT. Ketahuilah bahwa sombong, durhaka dan syirik itu adalah jalan yang menghantarkan manusia kelembah hitam yang penuh dengan dosa, sehingga Allah SWT menjadikan pengikut Nabi Nuh dengan kehancuran dan kehinaan baik di dunia maupun di akhirat.Kisah Nabi Nuh a.s dan kaumnya adalah merupakan ’ibrah buat kita semua, baik ia seorang pendidik, seorang dai, seorang peminpin, seorang tokoh, maupun rakyat biasa yang tidak mempunyai harta dan kedudukan. Dalam kisah itu Allah SWT. memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan-Nya berupa banjir besar yang menenggelamkan satu negeri dan tidak ada satu orang pun yang selamat dari amukan banjir itu kecuali orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya. Kehancuran kaum itu bukanlah disebabkan kurangnya pendidikan keduniaan yang mereka miliki, akan tetapi kehancuran kaum itu dikarenakan kosongnya hati mereka dari akidah, tauhid dan ajaran-ajaran yang benar. Mereka mempersekutukan Allah, menyembah berhala - berhala yang tidak dapat berbuat apa- apa. Kehancuran kaum itu bukanlah disebabkan lemahnya ekonomi yang mereka miliki, akan tetapi kehancuran kaum itu dikarenakan lemahnya kekuatan hati dan fikiran mereka untuk menentang ajakan, bujukan dan rayuan Iblis terlaknat dan menyesatkan itu. Sehingga rasul Allah Nabi Nuh a.s. yang diutus kepada mereka, mereka dustakan, mereka caci dan mereka hujat habis-habisan. Padahal Nabi Nuh itu adalah seorang utusan dari Sang Pencipta untuk mengajak, mendidik dan membimbing manusia kejalan yang
diridhai. Kehancuran kaum itu bukanlah disebabkan kekuatan mereka yang tidak seberapa, akan tetapi kehancuran kaum itu dikarenakan cacian mereka terhadap mereka yang lemah lagi miskin.
Padahal mereka yang miskin lagi lemah itu adalah hamba yang yang tulus ikhlas beribadah dan taat kepada Allah dan rasul-Nya Nabi Nuh a.s. Kehancuran kaum itu adalah merupakan suatu pelajaran buat mereka yang masih suka berbuat sombong, maksiat, dan durhaka terhadap Allah SWT. Ketahuilah bahwa sombong, durhaka dan syirik itu adalah jalan yang menghantarkan manusia kelembah hitam yang penuh dengan dosa, sehingga Allah SWT menjadikan pengikut Nabi
Nuh dengan kehancuran dan kehinaan baik di dunia maupun di akhirat
Pangajian Tarikat: Naskah Yang Ditulis Dipenghujung Abad XX
Kertas kerja ini mengangkat satu lagi naskah Nusantara, Minangkabau, yang ditulis diakhir abad XX oleh Haji Khatib Deram (dalam naskah ditulis H.K. Deram) di Tandikat, Pariaman, Sumatera Barat, yaitu “Pangajian Tarikatâ€. Perkenalan saya yang pertama dengan tulisan H. K. Deram adalah melalui naskah “Tarikatâ€. Fotokopi naskah itu dibeli Prof. Edi Sedyawati di Ulakan kira-kira tahun 2000; saya beruntung beliau memperlihatkan kepada saya kemudian kami transliterasikan sedikit. Tak lama kemudian, tahun 2002 saya ke Ulakan dan mendapatkan fotokopi naskah “Pangajian Tarikat†ini. Bersama beberapa kawan lain, saya berkunjung ke Tandikat, ke rumah H. K. Deram. Ternyata beliau sudah wafat tahun 1999. Keluarga yang tinggal hanya menunjukkan beberapa lembaran lepas yang berisi naskah-naskah tak diselesaikan. Sebelum ini saya sudah membicarakan tiga naskah Minangkabau yang ditulis H. Imam Maulana Amin al-Khatib yang ditulisnya juga diakhir abad XX, yaitu Riwayat Syeh Burhanuddin pada tahun 2001, Risalah Mau’izatul Hasanah pada tahun 2003, dan Sejarah Syeh Surau Baru 2005. Maknanya, dengan ini kita melihat bahwa masih ada proses penulisan naskah, tulisan tangan dan dengan huruf Arab-Melayu.Kertas kerja ini mengangkat satu lagi naskah Nusantara, Minangkabau, yang ditulis diakhir abad XX oleh Haji Khatib Deram (dalam naskah ditulis H.K. Deram) di Tandikat, Pariaman, Sumatera Barat, yaitu “Pangajian Tarikatâ€. Perkenalan saya yang pertama dengan tulisan H. K. Deram adalah melalui naskah “Tarikatâ€. Fotokopi naskah itu dibeli Prof. Edi Sedyawati di Ulakan kira-kira tahun 2000; saya beruntung beliau memperlihatkan kepada saya kemudian kami transliterasikan sedikit. Tak lama kemudian, tahun 2002 saya ke Ulakan dan mendapatkan fotokopi naskah “Pangajian Tarikat†ini. Bersama beberapa kawan lain, saya berkunjung ke Tandikat, ke rumah H. K. Deram. Ternyata beliau sudah wafat tahun 1999. Keluarga yang tinggal hanya menunjukkan beberapa lembaran lepas yang berisi naskah-naskah tak diselesaikan. Sebelum ini saya sudah membicarakan tiga naskah Minangkabau yang ditulis H. Imam Maulana Amin al-Khatib yang ditulisnya juga diakhir abad XX, yaitu Riwayat Syeh Burhanuddin pada tahun 2001, Risalah Mau’izatul Hasanah pada tahun 2003, dan Sejarah Syeh Surau Baru 2005. Maknanya, dengan ini kita melihat bahwa masih ada proses penulisan naskah, tulisan tangan dan dengan huruf Arab-Melayu