Fikiran Masyarakat
Not a member yet
    89 research outputs found

    Psychological Strategies in Recruiting Muslim Thoughts in the Dabiq

    Get PDF
    Kemunculan banyak majalah adalah disebabkan oleh propaganda atau strategi-strategi dalam menyebarkan ideologi kumpulan ekstremis Islam. Majalah Dabiq muncul adalah sebagai hasil perkembangan propaganda kumpulan Islamic State (IS) yang mana mempunyai naratif-naratif tersendiri dalam menyebarkan ideologinya dan menarik orang ramai di seluruh dunia menyertai jihadnya. Kertas kerja ini menumpukan strategi-strategi psikologi yang digunakan oleh kumpulan IS dalam majalah Dabiq dalam merekrut pemikiran orang ramai menyertai perjuangannya.The emergence of more propaganda magazine because of propagandas or strategies to spread the ideology of Islamic extremist groups. Dabiq magazines appear as a result of the development of the propagandas of militan Islamic State (IS), which has its own narratives to spread its ideology and attrack people around the world to join their jihad. This paper focuses on the narratives of psychological strategies by IS contained in the Dabiq in recruiting people’s thoughts to join the jihad

    Aplikasi Kaedah Fiqh dan Pendalilan Ayat Hukum Dalam Fatwa Berkenaan Status Senaman Yoga Terhadap Umat Islam

    Get PDF
    Yoga merupakan suatu senaman yang berasal dari negara India diamalkan sejak turun temurun iaitu 3000 tahun sebelum Masihi dikatakan boleh menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Akan tetapi dengan adanya gerakan-gerakan tubuh yang menggambarkan pemujaan dan unsur-unsur spiritual yang bertentangan dengan Islam, Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia seterusnya negeri-negeri di dalam Malaysia telah membuat keputusan pada tahun 2009 untuk mewartakan status senaman yoga di mana ia dihukumkan haram jika pelakunya terdiri daripada umat Islam. Ini kerana dikhuatiri dapat menghakis akidah dan pegangan masyarakat Muslim di negara ini. Disebabkan pengharaman yang telah dibuat itu, timbul persoalan berkenaan apakah aplikasi kaedah fiqh yang digunapakai di dalam fatwa tersebut atau penggunaan ayat hukum jika ada. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji kaedah fiqh dan ayat hukum yang digunakan di dalam fatwa pengharaman yoga ini. Kajian ini ialah kajian kualitatif di mana kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data disampaikan secara deskriptif bersumberkan kitab-kitab ulama’ turath. Hasil kajian mendapati terdapat kaedah-kaedah fiqh dan juga ayat hukum yang menyokong penghujahan fatwa tersebut. Oleh itu, pengharaman yoga yang diputuskan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan adalah bertepatan dengan kaedah fiqh dan ayat-ayat hukum.Yoga merupakan suatu senaman yang berasal dari negara India diamalkan sejak turun temurun iaitu 3000 tahun sebelum Masihi dikatakan boleh menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Akan tetapi dengan adanya gerakan-gerakan tubuh yang menggambarkan pemujaan dan unsur-unsur spiritual yang bertentangan dengan Islam, Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia seterusnya negeri-negeri di dalam Malaysia telah membuat keputusan pada tahun 2009 untuk mewartakan status senaman yoga di mana ia dihukumkan haram jika pelakunya terdiri daripada umat Islam. Ini kerana dikhuatiri dapat menghakis akidah dan pegangan masyarakat Muslim di negara ini. Disebabkan pengharaman yang telah dibuat itu, timbul persoalan berkenaan apakah aplikasi kaedah fiqh yang digunapakai di dalam fatwa tersebut atau penggunaan ayat hukum jika ada. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji kaedah fiqh dan ayat hukum yang digunakan di dalam fatwa pengharaman yoga ini. Kajian ini ialah kajian kualitatif di mana kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data disampaikan secara deskriptif bersumberkan kitab-kitab ulama’ turath. Hasil kajian mendapati terdapat kaedah-kaedah fiqh dan juga ayat hukum yang menyokong penghujahan fatwa tersebut. Oleh itu, pengharaman yoga yang diputuskan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan adalah bertepatan dengan kaedah fiqh dan ayat-ayat hukum

    Pengurusan di Rumah Pengasih Warga Prihatin Sungai Ramal Dalam, Kajang - Selangor

    Get PDF
    Pengurusan rumah anak yatim merupakan pengurusan yang melibatkan proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan, dan penglibatan ahli-ahli dalam sebuah organisasi. Pengurusan rumah anak yatim harus diberi perhatian dalam memastikan anak-anak yatim mendapat jagaan yang sewajarnya. Hal ini kerana terdapat diantara pusat penubuhan rumah anak yatim yang mengabaikan penjagaan secara tidak lansung memberi kesan yang buruk terhadap fizikal dan mental anak-anak yatim. Oleh yang demikian, Rumah Pengasih Warga Prihatin yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Selangor, Kajang dijadikan sebagai limitasi bidang kajian berkenaan pengurusan rumah anak yatim. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti pengurusan yang dilaksanakan di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Bagi mencapai objektif kajian, metodologi analisis kandungan digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa tunjang kasih sayang serta terapan agama dapat memberi pembaikan dan perubahan kepada anak-anak yatim kearah kecemerlangan dan keunggulan. Sistem hidup yang komprenensif iaitu Islam sebagai Ad-Din dilihat mampu diaplikasikan secara pragmatik dan berkesan dalam inspirasi kehidupan.Pengurusan rumah anak yatim merupakan pengurusan yang melibatkan proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan, dan penglibatan ahli-ahli dalam sebuah organisasi. Pengurusan rumah anak yatim harus diberi perhatian dalam memastikan anak-anak yatim mendapat jagaan yang sewajarnya. Hal ini kerana terdapat diantara pusat penubuhan rumah anak yatim yang mengabaikan penjagaan secara tidak lansung memberi kesan yang buruk terhadap fizikal dan mental anak-anak yatim. Oleh yang demikian, Rumah Pengasih Warga Prihatin yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Selangor, Kajang dijadikan sebagai limitasi bidang kajian berkenaan pengurusan rumah anak yatim. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti pengurusan yang dilaksanakan di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Bagi mencapai objektif kajian, metodologi analisis kandungan digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa tunjang kasih sayang serta terapan agama dapat memberi pembaikan dan perubahan kepada anak-anak yatim kearah kecemerlangan dan keunggulan. Sistem hidup yang komprenensif iaitu Islam sebagai Ad-Din dilihat mampu diaplikasikan secara pragmatik dan berkesan dalam inspirasi kehidupan

    Persepsi Pelajar Institut Profesional Baitulmal Terhadap Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan MAIWP

    Get PDF
    Pendidikan merupakan mekanisme penting dalam melahirkan generasi yang bebas dari kemiskinan. Kepelbagaian skim dan bentuk bantuan zakat di bawah program pembangunan pendidikan membuka peluang kepada pelajar asnaf untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Atas dasar itulah pihak institusi zakat berusaha menyediakan garis panduan tertentu agar ia benar-benar dapat dimanfaatkan dan memberi impak yang maksimum kepada penerimanya. Walau bagaimanapun, asnaf zakat perlu bijak dalam menggunakan bantuan pendidikan dengan sebaik-baiknya agar objektif sebenar zakat tercapai. Penelitian terhadap kajian lepas mendapati faktor keberkesanan prosedur permohonan mempengaruhi tahap purata kepuasan asnaf terhadap agihan dan seterusnya mempengaruhi kualiti hidup asnaf secara signifikan. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur persepsi pelajar Institut Profesional Baitulmal terhadap bantuan zakat pendidikan MAIWP dari sudut prosedur permohonan. Metodologi kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif. Pengkaji menggunakan instrument soal selidik dan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 dengan teknik-teknik berbentuk deskriptif. Kajian ini melibatkan 138 orang pelajar yang menerima bantuan zakat di Institut Profesional Baitulmal dalam program Homegrown dan program Usahasama Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar IBP terhadap proses permohonan bantuan zakat pendidikan MAIWP melalui proses temuduga (4.48) berada pada tahap skor min yang tinggi.Pendidikan merupakan mekanisme penting dalam melahirkan generasi yang bebas dari kemiskinan. Kepelbagaian skim dan bentuk bantuan zakat di bawah program pembangunan pendidikan membuka peluang kepada pelajar asnaf untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Atas dasar itulah pihak institusi zakat berusaha menyediakan garis panduan tertentu agar ia benar-benar dapat dimanfaatkan dan memberi impak yang maksimum kepada penerimanya. Walau bagaimanapun, asnaf zakat perlu bijak dalam menggunakan bantuan pendidikan dengan sebaik-baiknya agar objektif sebenar zakat tercapai. Penelitian terhadap kajian lepas mendapati faktor keberkesanan prosedur permohonan mempengaruhi tahap purata kepuasan asnaf terhadap agihan dan seterusnya mempengaruhi kualiti hidup asnaf secara signifikan. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur persepsi pelajar Institut Profesional Baitulmal terhadap bantuan zakat pendidikan MAIWP dari sudut prosedur permohonan. Metodologi kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif. Pengkaji menggunakan instrument soal selidik dan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 dengan teknik-teknik berbentuk deskriptif. Kajian ini melibatkan 138 orang pelajar yang menerima bantuan zakat di Institut Profesional Baitulmal dalam program Homegrown dan program Usahasama Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar IBP terhadap proses permohonan bantuan zakat pendidikan MAIWP melalui proses temuduga (4.48) berada pada tahap skor min yang tinggi

    Naquib al-Attas’s Philosophy of History in Islam in Malay History and Culture

    Get PDF
    Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan ahli falsafah sejarah Melayu dan terkenal sebagai ahli pemikir terkemuka moden Islam pada abad ke-21 atas sumbangan beliau terhadap pengkajian sejarah dan kebudayaan Melayu. Beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang seperti ilmu metafizik, teologi, falsafah, sejarah, dan kesusasteraan.Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain seperti bahasa Arab, Parsi, Turki, Urdu, Malayalam, Indonesia, Perancis, Jerman, Rusia, Bosnia, Jepun, India, Korea dan Albania seterusnya menjadi rujukan para cendekiawan dari seluruh pelosok dunia. Tumpuan kajian ini adalah kepada salah satu karya al-Attas iaitu Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1972). Objektif kajian adalah memahami falsafah sejarah serta epistemologi al-Attas yang terkandung dalam karyaIslam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1972). Kajian ini mengaplikasikan metode analisis dokumen dan pendekatan pensejarahan. Hasil kajian mendapati al-Attas mengaplikasikan pandangan alam (worldview) dan epistemologi Islam iaitu berita yang benar dan emfiris-logika dalam karya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.Syed Muhammad Naquib al-Attas is a Malay philosopher and well-known as a modernist Islamic thinker in the 21st century for his contribution to the study of Malay history and culture. He has produced many works in various fields such as metaphysical knowledge, theology, philosophy, history, and literature. His works have been translated into other languages such as Arabic, Persian, Turkish, Urdu, Malayalam, Indonesian, French, German, Russian, Bosnian, Japanese, Indian, Korean and Albanian, and then refer to scholars from all corners of the world. The focus of this study was on one of the al-Attas’swork, Islam in Malay History and Culture (1972). The objective of the study was to understand the philosophy of history and the epistemology of al-Attas contained in Islam in Malay History and Culture (1972). This study applies the method of document analysis and the approach of the story. The findings show that al-Attas applies the Islamicworldview and epistemology which is genuine report(khabarsadiq) and empirical method (sensory) in Islam in Malay History and Culture (1972)

    KH. Ahmad Dahlan (Pendiri Muhammadiyah): Apakah keturunan dari Prabu Brawijaya V ?

    Get PDF
    Dikisahkan bahwa Prabu Brawijaya V ( Raja Majapahit ) yang bergelar Bhre Kertabumi menikahi Putri Wandan-kuning. Sang Putri Wandan-kuning, dahulu menjadi parekan ( abdi putri, yang bertugas melayani keperluan raja, khususnya di dalam kedaton ) pada Sang Prameswari Ratu Mas Dwarawati, yang berasal dari Negara Campa. Dari pernikahan Prabu Brawijaya V dengan Putri Wandan-kuning melahirkan anak laki – laki yang diberi nama Bondan Kejawan atau Pangeran Lembu Peteng. Bondan Kejawan ketika masih bayi dititipkan kepada seorang petani di desa Tarub. Petani tersebut dikenal dengan Ki Ageng Tarub. Ki Ageng Tarub ketika mudanya bernama Jaka Tarub yang pernah menikah dengan Dewi Nawangwulan dan memiliki anak yang bernama Dewi Nawangsih. Ki Ageng Tarub adalah orang kepercayaan dari Raja Majapahit Prabu Brawijaya V, yang menitipkan anaknya yang bernama Bondan Kejawan untuk belajar ilmu Agama Islam. Bondan Kejawan dan Nawangsih pun saling jatuh cinta, mereka tinggal bersama dengan Jaka Tarub. Semula Bondan Kejawan hanya ingin mengantarkan keris, namun setelah dia diangkat sebagai anak angkat, maka dia pun menjadi jatuh cinta dan berakhir dengan pernikahan. Tulisan ini menerangkan susur galur keluarga yang berhubungan dengan KH Ahmad Dahlan pada masa kerajaan Islam yang dahulu ada dikawasan tanah Jawa. Perkembangan Islam di tanah Jawa didukung oleh penguasa – penguasa yang telah menjalankan konsep – konsep ajaran Islam pada kehidupan masyarakat sehingga dapat ditelusuri struktur ataupula garis keluarga pada masa tersebut.Dikisahkan bahwa Prabu Brawijaya V ( Raja Majapahit ) yang bergelar Bhre Kertabumi menikahi Putri Wandan-kuning. Sang Putri Wandan-kuning, dahulu menjadi parekan ( abdi putri, yang bertugas melayani keperluan raja, khususnya di dalam kedaton ) pada Sang Prameswari Ratu Mas Dwarawati, yang berasal dari Negara Campa. Dari pernikahan Prabu Brawijaya V dengan Putri Wandan-kuning melahirkan anak laki – laki yang diberi nama Bondan Kejawan atau Pangeran Lembu Peteng. Bondan Kejawan ketika masih bayi dititipkan kepada seorang petani di desa Tarub. Petani tersebut dikenal dengan Ki Ageng Tarub. Ki Ageng Tarub ketika mudanya bernama Jaka Tarub yang pernah menikah dengan Dewi Nawangwulan dan memiliki anak yang bernama Dewi Nawangsih. Ki Ageng Tarub adalah orang kepercayaan dari Raja Majapahit Prabu Brawijaya V, yang menitipkan anaknya yang bernama Bondan Kejawan untuk belajar ilmu Agama Islam. Bondan Kejawan dan Nawangsih pun saling jatuh cinta, mereka tinggal bersama dengan Jaka Tarub. Semula Bondan Kejawan hanya ingin mengantarkan keris, namun setelah dia diangkat sebagai anak angkat, maka dia pun menjadi jatuh cinta dan berakhir dengan pernikahan. Tulisan ini menerangkan susur galur keluarga yang berhubungan dengan KH Ahmad Dahlan pada masa kerajaan Islam yang dahulu ada dikawasan tanah Jawa. Perkembangan Islam di tanah Jawa didukung oleh penguasa – penguasa yang telah menjalankan konsep – konsep ajaran Islam pada kehidupan masyarakat sehingga dapat ditelusuri struktur ataupula garis keluarga pada masa tersebut

    Komunikasi Dakwah dalam Interaksi Menerusi WhatsApp

    Get PDF
    Interaksi sosial menerusi WhatsApp telah menghubungkan ahli komuniti di alam maya dengan lebih aktif. Kemudahan interaksi ini telah membantu penyebaran dakwah dengan lebih fleksibel kerana pendakwah boleh berkongsi maklumat secara langsung dan berinteraksi dengan khalayak sasaran dengan lebih interaktif. Ia membolehkan mesej dakwah disampaikan dengan pantas, mudah dan fleksibel. Namun, dakwah menerusi medium ini tidaklah mudah seperti yang disangka kerana ia mempunyai cabarannya yang tersendiri seperti persaingan antara maklumat Islam dengan maklumat yang lain dalam persekitaran kebanjiran maklumat. Hal ini menuntut maklumat Islam itu relevan dan memenuhi kehendak serta kepentingan khalayak sasaran. Artikel ini membincangkan konsep komunikasi dakwah dalam interaksi menerusi WhatsApp menerusi dua aspek asas iaitu menyuntik kesedaran Islam dan membentuk kesedaran beragama. Semua interaksi menerusi medium ini yang membawa elemen kesedaran Islam dan membentuk kesedaran ini boleh diklasifikasikan sebagai WhatsApp dakwah. Oleh itu, pendakwah perlu membimbing interaksi ini bagi mencapai dua elemen ini supaya mampu membawa masyarakat kepada pembentukan dan nilai-nilai yang dituntut oleh agama.Interaksi sosial menerusi WhatsApp telah menghubungkan ahli komuniti di alam maya dengan lebih aktif. Kemudahan interaksi ini telah membantu penyebaran dakwah dengan lebih fleksibel kerana pendakwah boleh berkongsi maklumat secara langsung dan berinteraksi dengan khalayak sasaran dengan lebih interaktif. Ia membolehkan mesej dakwah disampaikan dengan pantas, mudah dan fleksibel. Namun, dakwah menerusi medium ini tidaklah mudah seperti yang disangka kerana ia mempunyai cabarannya yang tersendiri seperti persaingan antara maklumat Islam dengan maklumat yang lain dalam persekitaran kebanjiran maklumat. Hal ini menuntut maklumat Islam itu relevan dan memenuhi kehendak serta kepentingan khalayak sasaran. Artikel ini membincangkan konsep komunikasi dakwah dalam interaksi menerusi WhatsApp menerusi dua aspek asas iaitu menyuntik kesedaran Islam dan membentuk kesedaran beragama. Semua interaksi menerusi medium ini yang membawa elemen kesedaran Islam dan membentuk kesedaran ini boleh diklasifikasikan sebagai WhatsApp dakwah. Oleh itu, pendakwah perlu membimbing interaksi ini bagi mencapai dua elemen ini supaya mampu membawa masyarakat kepada pembentukan dan nilai-nilai yang dituntut oleh agama

    The relationship between distributive justice, procedural justice and interactional justice with normative commitment

    Get PDF
    Tujuan dari makalah ini adalah untuk mempelajari hubungan antara keadilan distributif, keadilan prosedural, dan keadilan interaksional dengan komitmen normatif dosen di Pusat Pelatihan Kesehatan, Kementerian Kesehatan, Republik Indonesia. Pendekatan kuantitatif yang digunakan dalam penelitian ini dengan metode survei dan sampel penelitian ini 62 ceramah yang dipilih secara acak. Data diperoleh dengan menyebarkan kuesioner dan dianalisis dengan menggunakan korelasi dan regresi. Hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa keadilan distributif, keadilan prosedural, dan keadilan interaksional memiliki hubungan positif baik secara parsial dan simultan dengan komitmen normatif dosen. Oleh karena itu untuk meningkatkan komitmen normatif dosen, maka keadilan distributif, keadilan prosedural, dan keadilan interaksional harus ditingkatkan.The objectives of this paper are to study the relationship between distributive justice, procedural justice, and interactional justice with the lecturer’s normative commitment at Health of Training Center, The Ministry of Health, Republic of Indonesia. The quantitative approach used in this research with survey method and the samples of this research were 62 lectures selected randomly. The data were obtained by distributing a questionnaire and analyzed by using correlation and regression. The results of the research can be concluded that distributive justice, procedural justice, and interactional justice have a positive relationship both partially and simultaneously with the lecturer’s normative commitment. Therefore to improve the lecturer’s normative commitment, then distributive justice, procedural justice, and interactional justice should be improved

    Analisis Punca Perceraian Dalam Kalangan Remaja: Kajian Kes di Kota Bharu 2010-2014

    Get PDF
    Perceraian merupakan isu sejagat yang sering berlaku dalam kalangan remaja pada hari ini. Hal ini sekaligus menghancurkan keharmonian dalam rumah tangga. Perceraian bermaksud putus hubungan suami isteri, berpisah dan menceraikan untuk hidup berasingan. Perceraian yang terdapat dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri berkenaan adalah perceraian dengan lafaz talak, pengesahan lafaz talak, cerai taklik dan tebus talak. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat punca perceraian dalam kalangan remaja di Kota Bharu. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah ingin melihat kekerapan peringkat umur yang terlibat dalam kes perceraian remaja dalam tempoh 2010 hingga 2014 dan meneroka faktor-faktor berlakunya perceraian dalam kalangan remaja di Kota Bharu. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis data dan dokumen bagi mengenalpasti punca perceraian dalam kalangan remaja di Mahkamah Syariah Kota Bharu berdasarkan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 1/1983 dan merujuk buku-buku ilmiah. Kajian ini diharapkan dapat membantu Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan dengan mempertingkatkan modul kursus pra perkahwinan dan membuat penambahbaikan dari masa ke masa supaya pasangan yang akan mendirikan rumah tangga lebih memahami tanggungjawab mereka seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya perceraian.Perceraian merupakan isu sejagat yang sering berlaku dalam kalangan remaja pada hari ini. Hal ini sekaligus menghancurkan keharmonian dalam rumah tangga. Perceraian bermaksud putus hubungan suami isteri, berpisah dan menceraikan untuk hidup berasingan. Perceraian yang terdapat dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri berkenaan adalah perceraian dengan lafaz talak, pengesahan lafaz talak, cerai taklik dan tebus talak. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat punca perceraian dalam kalangan remaja di Kota Bharu. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah ingin melihat kekerapan peringkat umur yang terlibat dalam kes perceraian remaja dalam tempoh 2010 hingga 2014 dan meneroka faktor-faktor berlakunya perceraian dalam kalangan remaja di Kota Bharu. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis data dan dokumen bagi mengenalpasti punca perceraian dalam kalangan remaja di Mahkamah Syariah Kota Bharu berdasarkan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 1/1983 dan merujuk buku-buku ilmiah. Kajian ini diharapkan dapat membantu Jabatan Agama Islam Negeri Kelantan dengan mempertingkatkan modul kursus pra perkahwinan dan membuat penambahbaikan dari masa ke masa supaya pasangan yang akan mendirikan rumah tangga lebih memahami tanggungjawab mereka seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya perceraian

    Preaching About Islam to the Reverts in Kelantan

    Get PDF
    Saudara baru adalah insan pilihan Allah s.w.t yang dijinakkan hati menerima Islam.Walau bagaimanapun, mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan khususnya berkaitan dengan ajaran Islam supaya mereka dapat memahami konsep ajaran agama Islam secara menyeluruh tetapi berperingkat.Permasalahan akan timbul apabila wujudnya kelemahan pendekatan dakwah yang digunakan oleh pendakwah dan organisasi dakwah dalam usaha-usaha untuk memberi kefahaman tentang ajaran Islam kepada saudara baru. Hal ini menyebabakan mereka kurang berminat dan komited dengan ajaran Islam dan tidak dapat memahami isi dakwah yang disampaikan kepada mereka disebabkan kelemahan dari sudut kaedah dan bentuk penyampaian dakwah yang kurang efektif, tidak efesian dan kurang daya tarikan.Justeru itu, artikel ini membincangkan tentang konsep dakwah kepada saudara baru di Kelantan.A revert (to Islam) means a person who was not a Muslim has embraced Islam. Nevertheless, they still need the continuous guidance and assistance especially with things related to Islamic teachings. This to ensure that they could gradually comprehend the whole concept of Islamic teachings. Problems will occur when there are vulnerability, ineffectiveness and inefficiency in terms of “da’wah†(the preaching of Islam) approach used by the Muslim preachers or any “da’wah†organization in the efforts of instilling the understanding of Islamic teachings to the reverts. This had caused the lack of interest and commitment of the reverts. Therefore, this article will be discussing on the concept of da’wah to the new reverts in Kelantan

    86

    full texts

    89

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Fikiran Masyarakat
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇