Fikiran Masyarakat
Not a member yet
89 research outputs found
Sort by
Health Treatment of Camel Urine based on Islamic and Science Perspective
Kemunculan pelbagai jenis bentuk rawatan sama ada perubatan traditional atau moden menampakkan kepelbagaian dalam merawat sesuatu penyakit. Pelbagai jenis rawatan ini juga menggunakan bermacam- macam jenis sumber sama ada halal atau haram. Salah satu rawatan yang terdapat di dunia ini adalah rawatan perubatan yang berasaskan sumber daripada haiwan iaitu urin atau air kencing unta. Perkara yang diketahui umum, air kencing adalah bersifat najis serta tidak boleh diambil manfaat daripadanya. Namun demikian, terdapat sebuah hadis yang membicarakan tentang penggunaan air kencing unta ini dalam kaedah rawatan. Hal ini menampakkan kekeliruan mengenai status hukum air kencing unta ini serta timbul persoalan tentang keistimewaannya. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan air kencing unta dari sudut sains dan hukumnya dalam Islam. Analisis kandungan dibuat terhadap pandangan fiqh dan kajian-kajian sains yang berkaitan. Hasil kajian mendapati, terdapat beberapa penyakit yang mampu dirawati dengan menggunakan kaedah rawatan ini manakala dari segi sudut hukum Islamnya, air kencing dihukumi najis. Namun masih terdapat perbahasan dalam kalangan ulama’ dalam menentukan kenajisan air kencing haiwan yang halal dimakan dagingnya. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak yang berkepentingan sebagai garis panduan kepada Muslim dalam mendapatkan mana-mana rawatan yang bersumberkan najis.The emergence of various forms of treatments whether the traditional or modern medicine shows the diversity in treating diseases. These diverse types of treatments use various kind of sources including from halal or haram sources. One of the treatments that exist in the world is the medical treatment based on the animal source which is come from camel urine. As already known that urine is najs and cannot be beneficial from it. However, there is a hadith that mention about the use of camel urine and its milk in the treatment. This will lead to misconception about the status of camel urine's as well as issues raised about its benefits. Therefore, this article will analyze the use of camel urine from the scientific and Islamic perspective. An analysis was made according to fiqh views and related science studies. The result of analysis found that there are some illness can be treated using this treatment, whereas in Islamic law , urine is categorised as najs. However, there is still a debate among the ulama’ in determining the hukm of urine from the halal animals. Hopefully, the result of this study will give benefits to the involved parties as a guideline to Muslims in obtaining camel urine treatment
Pemutihan Kulit Dalam Prinsip Mengubah Ciptaan Allah
Pemutihan kulit dengan kemunculan pelbagai produk di pasaran serta rawatan kecantikan di klinik dan spa kian mendapat sambutan masa kini dan ia menjadi fenomena. Namun, pengubahan warna kulit sedikit sebanyak mempunyai ciri-ciri dalam prinsip mengubah ciptaan Allah iaitu pengubahan bersifat kekal dan kesan yang memudharatkan Maka artikel ini akan membincangkan pemutihan kulit dan jenis-jenis serta prinsip-prinsip mengubah ciptaan Allah menurut nas dari Al-Quran dan Sunnah. Seterusnya, penekanan terhadap pandangan Ulama’ mengenai pemutihan kulit dan kaedah fiqh yang sesuai digunakan dalam isu ini. Dalam menghasilkan artikel ini, analisis dokumen terhadap data yang dikumpul melalui bacaan dari bahan bercetak, kitab-kitab dan fatwa semasa telah dipilih. Hasil kajian mendapati walaupun memutihkan kulit akan menyebabkan pengubahan warna kulit namun Ulama’ mengharuskannya kerana ia bukanlah mengubah ciptaan Allah. Namun, kesan implikasi penggunannya tidak kurang banyak menunjukkan kesan memudharatkan jika tersalah pilih produk yang merbahaya untuk kulit dan hukum boleh berubah menjadi haram. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak yang berkepentingan sebagai garis panduan kepada Muslim dalam mendapatkan mana-mana rawatan kecantikan yang berkonsep mengubah ciptaan Allah.Pemutihan kulit dengan kemunculan pelbagai produk di pasaran serta rawatan kecantikan di klinik dan spa kian mendapat sambutan masa kini dan ia menjadi fenomena. Namun, pengubahan warna kulit sedikit sebanyak mempunyai ciri-ciri dalam prinsip mengubah ciptaan Allah iaitu pengubahan bersifat kekal dan kesan yang memudharatkan Maka artikel ini akan membincangkan pemutihan kulit dan jenis-jenis serta prinsip-prinsip mengubah ciptaan Allah menurut nas dari Al-Quran dan Sunnah. Seterusnya, penekanan terhadap pandangan Ulama’ mengenai pemutihan kulit dan kaedah fiqh yang sesuai digunakan dalam isu ini. Dalam menghasilkan artikel ini, analisis dokumen terhadap data yang dikumpul melalui bacaan dari bahan bercetak, kitab-kitab dan fatwa semasa telah dipilih. Hasil kajian mendapati walaupun memutihkan kulit akan menyebabkan pengubahan warna kulit namun Ulama’ mengharuskannya kerana ia bukanlah mengubah ciptaan Allah. Namun, kesan implikasi penggunannya tidak kurang banyak menunjukkan kesan memudharatkan jika tersalah pilih produk yang merbahaya untuk kulit dan hukum boleh berubah menjadi haram. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak yang berkepentingan sebagai garis panduan kepada Muslim dalam mendapatkan mana-mana rawatan kecantikan yang berkonsep mengubah ciptaan Allah
Pelaksanaan Bimbingan Kerohanian Semasa Operasi Terhadap Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM)
Semangat juang bagi angkatan tentera merupakan elemen terpenting dalam menentukan sebuah ketumbukan itu dapat bertahanan menyerang atau diserang. Semangat juang diperolehi dan disuburkan melalui amalan kerohanian terdiri dari kepercayaan terhadap Ilahi, ibadah yang dituntut dan nilai-nilai murni dari akhlak dan ketenteraan. Bimbingan kerohanian dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipertanggungjawabkan kepada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Namun bukanlah mudah untuk menyuburkan semangat yang penting ini jika pendidikan agama dan kerohanian tidak dilaksanakan secara berterusan dan bersistematik. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pelaksanaan bimbingan kerohanian semasa operasi yang dilaksanakan terhadap anggota TDM melalui manual Doktrin KAGAT Semasa Perang yang diterbitkan pada tahun 2009 di bawah Seksyen 5. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Data dikumpulkan menerusi borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 23 berdasarkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan dalam aktiviti bimbingan aspek kerohanian semasa operasi terhadap anggota TDM secara keseluruhannya masih di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tetap dan terus dilaksana pada setiap kali operasi TDM diadakan. Manual Doktrin KAGAT Semasa Perang membuktikan anggota KAGAT telah mula menumpukan perhatian terhadap latihan khususnya aspek penugasan operasi dalam mencapai tahap sempurna untuk membimbing kerohanian anggota tentera sekaligus membantu TDM menggalas tanggungjawab.Semangat juang bagi angkatan tentera merupakan elemen terpenting dalam menentukan sebuah ketumbukan itu dapat bertahanan menyerang atau diserang. Semangat juang diperolehi dan disuburkan melalui amalan kerohanian terdiri dari kepercayaan terhadap Ilahi, ibadah yang dituntut dan nilai-nilai murni dari akhlak dan ketenteraan. Bimbingan kerohanian dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipertanggungjawabkan kepada Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). Namun bukanlah mudah untuk menyuburkan semangat yang penting ini jika pendidikan agama dan kerohanian tidak dilaksanakan secara berterusan dan bersistematik. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pelaksanaan bimbingan kerohanian semasa operasi yang dilaksanakan terhadap anggota TDM melalui manual Doktrin KAGAT Semasa Perang yang diterbitkan pada tahun 2009 di bawah Seksyen 5. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Data dikumpulkan menerusi borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 23 berdasarkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan dalam aktiviti bimbingan aspek kerohanian semasa operasi terhadap anggota TDM secara keseluruhannya masih di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tetap dan terus dilaksana pada setiap kali operasi TDM diadakan. Manual Doktrin KAGAT Semasa Perang membuktikan anggota KAGAT telah mula menumpukan perhatian terhadap latihan khususnya aspek penugasan operasi dalam mencapai tahap sempurna untuk membimbing kerohanian anggota tentera sekaligus membantu TDM menggalas tanggungjawab
Pengamalan Komunikasi Kemanusiaan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) Pensyarah Politeknik Premier Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengamalan komunikasi kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam kalangan pensyarah politeknik premier Malaysia. Secara khususnya, kajian ini cuba melihat aspek komunikasi kemanusiaan menerusi tiga unsur utama iaitu al-nafs (jiwa), al-caql (akal) dan al-qalb (hati). Seramai 297 orang sampel daripada 1289 responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang telah dikemukakan. Responden yang dipilih terdiri daripada pensyarah daripada tiga buah politeknik premier Malaysia. Data yang dikumpulkan telah dianalisa menggunakan kaedah statistik deskriptif yang menggunakan skor kekerapan, peratusan dan min dalam menganalisa hasil kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan pensyarah politeknik premier kerap mengamalkan komunikasi kemanusiaan dalam sesi PDP mereka. Bagi komunikasi kemanusiaan menerusi unsur al-nafs (jiwa) keseluruhan, dapatan kajian terhadap item soalan tersebut berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min keseluruhan adalah (min= 4.39). Sementara itu, menerusi unsur al-caql (akal) nilai purata min keseluruhan adalah tinggi iaitu (min=4.30) manakala komunikasi kemanusiaan melalui unsur al-qalb (hati) mendapati nilai purata min keseluruhan juga adalah tinggi iaitu (min=4.27). Oleh itu, komunikasi yang mempunyai sentuhan jiwa, kemahiran penggunaan akal serta komunikasi daripada hati amat perlu dikuasai dan dipraktikkan oleh pensyarah bagi menjamin keberkesanan proses PDP.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengamalan komunikasi kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam kalangan pensyarah politeknik premier Malaysia. Secara khususnya, kajian ini cuba melihat aspek komunikasi kemanusiaan menerusi tiga unsur utama iaitu al-nafs (jiwa), al-caql (akal) dan al-qalb (hati). Seramai 297 orang sampel daripada 1289 responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang telah dikemukakan. Responden yang dipilih terdiri daripada pensyarah daripada tiga buah politeknik premier Malaysia. Data yang dikumpulkan telah dianalisa menggunakan kaedah statistik deskriptif yang menggunakan skor kekerapan, peratusan dan min dalam menganalisa hasil kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan pensyarah politeknik premier kerap mengamalkan komunikasi kemanusiaan dalam sesi PDP mereka. Bagi komunikasi kemanusiaan menerusi unsur al-nafs (jiwa) keseluruhan, dapatan kajian terhadap item soalan tersebut berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min keseluruhan adalah (min= 4.39). Sementara itu, menerusi unsur al-caql (akal) nilai purata min keseluruhan adalah tinggi iaitu (min=4.30) manakala komunikasi kemanusiaan melalui unsur al-qalb (hati) mendapati nilai purata min keseluruhan juga adalah tinggi iaitu (min=4.27). Oleh itu, komunikasi yang mempunyai sentuhan jiwa, kemahiran penggunaan akal serta komunikasi daripada hati amat perlu dikuasai dan dipraktikkan oleh pensyarah bagi menjamin keberkesanan proses PDP
Unsur Kebiasaan Bahasa Yang Terdapat Dalam Al-Quran
Bahasa Al-Quran memiliki unsur kepelbagaian makna sehingga terbentuknya ilmu al-WujÅ«h wa al-NaẓÄ’ir. Unsur kepelbagaian ini membuka peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan fitnah atas nama Al-Quran. Dalam hal ini, unsur kebiasaan bahasa Al-Quran perlu ada bagi mengimbangi keluasan bahasa yang dimiliki Al-Quran. Dengan menggunakan metode analisis kandungan, kajian ini cuba memperjelaskan unsur kebiasaan bahasa Al-Quran yang masih belum popular dalam kajian tafsir dan á¶œUlÅ«m al-Qur’Än. Hasil kajian mendapati kebiasaan bahasa Al-Quran melibatkan aspek lafaz dan uslub yang berulang-ulang menggunakan gaya dan makna yang sama. Pengetahuan mengenai klausa-klausa isyarat ulama dapat membantu proses mengeluarkan penyataan tentang kebiasaan bahasa yang tersembunyi dalam karya para ulama.Bahasa Al-Quran memiliki unsur kepelbagaian makna sehingga terbentuknya ilmu al-WujÅ«h wa al-NaẓÄ’ir. Unsur kepelbagaian ini membuka peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan fitnah atas nama Al-Quran. Dalam hal ini, unsur kebiasaan bahasa Al-Quran perlu ada bagi mengimbangi keluasan bahasa yang dimiliki Al-Quran. Dengan menggunakan metode analisis kandungan, kajian ini cuba memperjelaskan unsur kebiasaan bahasa Al-Quran yang masih belum popular dalam kajian tafsir dan á¶œUlÅ«m al-Qur’Än. Hasil kajian mendapati kebiasaan bahasa Al-Quran melibatkan aspek lafaz dan uslub yang berulang-ulang menggunakan gaya dan makna yang sama. Pengetahuan mengenai klausa-klausa isyarat ulama dapat membantu proses mengeluarkan penyataan tentang kebiasaan bahasa yang tersembunyi dalam karya para ulama
Peranan Wanita Bekerjaya Dalam Mendidik Anak-Anak Menangani Pedofilia: Satu Sorotan Literatur
Selepas kedatangan Islam, kaum wanita tidak perlu lagi menjadi hamba kepada kaum lelaki. Mereka turut diberi kebebasan dan kuasa selagi tidak melampaui batas. Wanita bekerjaya pada zaman ini lebih ramai daripada kaum lelaki. Akan tetapi, wanita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab daripada menguruskan hal-hal rumah tangga. Namun, sejak akhir-akhir ini Malaysia digemparkan dengan masalah jenayah pedofilia terhadap kanak-kanak. Hal ini mengakibatkan wanita bekerjaya perlu lebih mengambil peranan untuk lebih berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan supaya jenayah tidak berlaku ke atas ahli keluarga. Justeru artikel ini bertujuan untuk mengemukakan peranan wanita bekerjaya dalam mendidik anak-anak supaya mereka tidak terlibat dengan jenayah pedofilia serta mengemukakan cara menangani masalah pedofilia daripada kalangan kanak-kanak. Metodologi pengumpulan data diambil daripada analisis dokumen terhadap sumber bercetak seperti buku, artikel, jurnal dan sebagainya. Hasil kajian awal menunjukkan wanita bekerjaya perlu mengambil beberapa peranan dengan lebih tegas iaitu peranan kepada anak-anak. Implikasi kajian ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan tanggujawab dan peranan ibu bekerjaya dalam mendidik anak-anak agar dihindari daripada masalah pedofili. Dengan ini masyarakat dan institusi kekeluargaan akan mencapai keharmonian.Selepas kedatangan Islam, kaum wanita tidak perlu lagi menjadi hamba kepada kaum lelaki. Mereka turut diberi kebebasan dan kuasa selagi tidak melampaui batas. Wanita bekerjaya pada zaman ini lebih ramai daripada kaum lelaki. Akan tetapi, wanita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab daripada menguruskan hal-hal rumah tangga. Namun, sejak akhir-akhir ini Malaysia digemparkan dengan masalah jenayah pedofilia terhadap kanak-kanak. Hal ini mengakibatkan wanita bekerjaya perlu lebih mengambil peranan untuk lebih berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan supaya jenayah tidak berlaku ke atas ahli keluarga. Justeru artikel ini bertujuan untuk mengemukakan peranan wanita bekerjaya dalam mendidik anak-anak supaya mereka tidak terlibat dengan jenayah pedofilia serta mengemukakan cara menangani masalah pedofilia daripada kalangan kanak-kanak. Metodologi pengumpulan data diambil daripada analisis dokumen terhadap sumber bercetak seperti buku, artikel, jurnal dan sebagainya. Hasil kajian awal menunjukkan wanita bekerjaya perlu mengambil beberapa peranan dengan lebih tegas iaitu peranan kepada anak-anak. Implikasi kajian ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan tanggujawab dan peranan ibu bekerjaya dalam mendidik anak-anak agar dihindari daripada masalah pedofili. Dengan ini masyarakat dan institusi kekeluargaan akan mencapai keharmonian
Hubungan antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar mengikut Persektif Guru dengan Komitmen Guru terhadap Sekolah
Kajian ini bertujuan untuk menilai hubungan antara kepimpinan transformasi guru besar mengikut perspektif guru dengan komitmen guru terhadap sekolah. Kajian ini dijalankan melibatkan 477 orang guru dari 14 buah Sekolah Rendah Kebangsaan bandar dan luar bandar di Sabah yang terdiri daripada enam zon. Hasil kajian mendapati bahawa kepimpinan transformasi guru besar di Sabah berada pada tahap tinggi. Manakala komitmen guru terhadap sekolah secara keseluruhan berada pada tahap sederhana. Melalui ujian korelasi pearson didapati bahawa secara keseluruhan, kepimpimpinan transformasi guru besar berhubungan secara sederhana terhadap komitmen guru di sekolah. Tingginya kepimpinan transformasi guru besar belum selari dengan komitmen guru terhadap sekolah
Trends and Attitudes Community towards Sunnah Food
Amalan gaya hidup Rasulullah SAW perlulah diimani, diyakini, dipercayai seterusnya diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan. Salah satu gaya hidup Rasulullah SAW yang seharusnya diikuti adalah dalam aspek pemakanan. Dari aspek pemakanan Rasulullah, terdapat beberapa jenis makanan yang menjadi kesukaan dan kegemaran Rasulullah SAW. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan menilai sejauhmana tahap kefahaman masyarakat di Kajang, Selangor terhadap makanan sunnah. Seramai 32 orang responden telah menjawab instrumen soal selidik yang diberikan secara langsung (bersua muka). Kajian ini berbentuk kajian kajian kuantitatif. Dapatan kajian dianalisis menggunakan metode analisis diskriptif yang dijelaskan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan purata (min). Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat mempunyai suatu pandangan yang sama iaitu stereotaip mengenai maksud makanan sunnah iaitu makanan yang telah di makan oleh Rasulullah SAW dan makanan yang disebut dalam al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, apa yang boleh dilihat, makanan sunnah yang difahami oleh masyarakat hanya tertumpu kepada sebahagian sahaja makanan yang disebut di dalam al-Quran dan sunnah.The lifestyle of Rasulullah SAW should be believed to be further applied in all aspects of life. One of the lifestyle of Rasulullah SAW that should be followed is in the aspect of nutrition. From the nutrition aspect of Rasulullah, there are several kinds of foods that are the favorite of Rasulullah SAW. Therefore, this study is conducted to evaluate how far the level of understanding of the community in Kajang, Selangor against sunnah food. A total of 32 respondents answered the questionnaire provided directly (face to face). This study is a quantitative study. The findings were analyzed using descriptive analysis method described in the form of frequency, percentage and mean. The findings show that people have a common view of stereotyping about the meaning of sunnah food which is the food that has been eaten by the Prophet and the food mentioned in the Qur'an and Sunnah. However, what can be seen, the sunnah food understood by the community only focuses on only part of the food mentioned in the Qur'an and sunnah
Keberkesanan Program Usahawan Muda Terhadap Penerapan Nilai Keusahawan Pelajar Berdasarkan Model Keusahawanan Kirkwood
Bilangan penganggur berumur produktif adalah masalah yang melibatkan banyak pihak, terutamanya kerajaan. Banyak program yang telah dilaksanakan termasuk Program Usahawan Muda (PUM). Walau bagaimanapun, keberkesanannya belum dikaji dengan teliti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Program Keusahawanan Muda terhadap penerapan nilai keusahawanan pelajar sekolah menengah. Antara nilai keusahawanan yang dikaji adalah sabar, inisiatif, kreatif dan inovatif, kecekalan, keyakinan diri, amanah dan perancangan sistematik. Kajian ini dijalankan terhadap 1818 orang guru penasihat program keusahawanan di sekolah menengah di Sabah, Malaysia. Kajian ini adalah tinjauan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik Likert 5 mata. Hasil kajian menunjukkan bahawa keberkesanan PUM terhadap penerapan nilai keusahawanan pelajar secara keseluruhan adalah pada tahap tinggi.Bilangan penganggur berumur produktif adalah masalah yang melibatkan banyak pihak, terutamanya kerajaan. Banyak program yang telah dilaksanakan termasuk Program Usahawan Muda (PUM). Walau bagaimanapun, keberkesanannya belum dikaji dengan teliti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Program Keusahawanan Muda terhadap penerapan nilai keusahawanan pelajar sekolah menengah. Antara nilai keusahawanan yang dikaji adalah sabar, inisiatif, kreatif dan inovatif, kecekalan, keyakinan diri, amanah dan perancangan sistematik. Kajian ini dijalankan terhadap 1818 orang guru penasihat program keusahawanan di sekolah menengah di Sabah, Malaysia. Kajian ini adalah tinjauan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik Likert 5 mata. Hasil kajian menunjukkan bahawa keberkesanan PUM terhadap penerapan nilai keusahawanan pelajar secara keseluruhan adalah pada tahap tinggi
Analisis Mesej Dakwah Dalam Filem Munafik (2016)
Penyampaian dakwah pada hari ini perlu dipelbagaikan agar dapat menarik minat masyarakat awam untuk mendalami ilmu ukhrawi secara tidak langsung. Antara salah satu cara penyampaian dakwah yang relevan pada saat ini adalah dengan menerapkan mesej dakwah dalam filem-filem yang diterbitkan. Namun, persoalan yang wujud adakah terdapat mesej dakwah yang berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah di dalam sesebuah filem. Justeru, kajian ini akan menganalisis mesej dakwah yang terdapat di dalam filem Munafik (2016). Selain itu, pengkaji juga akan turut meneliti tentang cerita dan plot serta watak dan perwatakan yang terdapat di dalam filem kajian. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan secara kualitatif. Borang pengekodan digunakan dalam proses pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis naratif dan analisis tematik. Hasil kajian mendapati terdapat enam mesej dakwah yang dipaparkan dalam filem kajian. Filem Munafik (2016) secara keseluruhannya dilihat berjaya memaparkan mesej dakwah walaupun terdapat beberapa babak yang ditonjolkan tidak sesuai dengan ajaran Islam yang murni.Penyampaian dakwah pada hari ini perlu dipelbagaikan agar dapat menarik minat masyarakat awam untuk mendalami ilmu ukhrawi secara tidak langsung. Antara salah satu cara penyampaian dakwah yang relevan pada saat ini adalah dengan menerapkan mesej dakwah dalam filem-filem yang diterbitkan. Namun, persoalan yang wujud adakah terdapat mesej dakwah yang berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah di dalam sesebuah filem. Justeru, kajian ini akan menganalisis mesej dakwah yang terdapat di dalam filem Munafik (2016). Selain itu, pengkaji juga akan turut meneliti tentang cerita dan plot serta watak dan perwatakan yang terdapat di dalam filem kajian. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan secara kualitatif. Borang pengekodan digunakan dalam proses pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis naratif dan analisis tematik. Hasil kajian mendapati terdapat enam mesej dakwah yang dipaparkan dalam filem kajian. Filem Munafik (2016) secara keseluruhannya dilihat berjaya memaparkan mesej dakwah walaupun terdapat beberapa babak yang ditonjolkan tidak sesuai dengan ajaran Islam yang murni