Proceedings of the ICECRS
Not a member yet
    688 research outputs found

    HUBUNGAN ANTARA TAHAP KOMPETENSI FUNGSIONAL GURU DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI KELANTAN: THE RELATIONSHIP BETWEEN THE STAGE OF TEACHER'S FUNCTIONAL COMPETENCE WITH THE STUDENT'S ACADEMIC ACHIEVEMENTS IN MIDDLE SCHOOL IN KELANTAN

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara  tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah di negeri Kelantan.  Sejumlah 375 orang guru sekolah menengah di negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam kajian ini.  Instrumen soal selidik tahap kompetensi fungsional diadaptasi daripada Modul Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah digunakan untuk mengumpul data.  Dalam kajian ini data dianalisis dengan menggunakan Program Statistical Package of Sosial Science (SPSS) version 21. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan statistik inferensi.  Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah di negeri Kelantan. Keputusan kajian juga menunjukkan dimensi kompetensi iaitu pengetahuan dan kemahiran fungsional guru menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Tahap kompetensi fungsional guru di sekolah menengah di negeri Kelantan berada pada tahap tinggi.  Tahap pencapaian akademik pelajar pula berada pada tahap sederhana.  Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kelestarian kompetensi fungsional guru dan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar

    KAEDAH SAND ABOUT YOU (SAY) MENGURANGKAN TINGKAH LAKUMENJAWAB SOALAN DENGAN JAWAPAN PENDEKDALAM KALANGAN MURID PASIF: THE SAND ABOUT YOU (SAY) KAEDAH REDUCE YOUR BEHAVIOR ANSWERING QUESTIONS WITH SHORT ANSWERS IN PASSIVE STUDENTS

    Get PDF
    Kajian ini membincangkan penggunaan kaedah ‘Sand About You’ (SAY) untuk membantu mengurangkan tingkah laku murid pasif yang menjawab soalan dengan jawapan pendek. Kajian dilaksanakan khusus kepada seorang murid tahun 4 yang berusia 10 tahun dari sebuah sekolah rendah di Alor Setar, Kedah yang menjawab soalan dengan jawapan pendek di dalam sesi kaunseling individu. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen digunakan untuk proses pengumpulan data sepanjang kajian dilaksanakan. Data yang diperolehi dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf untuk tujuan menganalisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan tingkah laku murid yang menjawab soalan dengan jawapan pendek dapat dikurangkan dan ditukarkan kepada tingkah laku menjawab soalan dengan jawapan yang lebih panjang. Namun fenomena ini masih belum mencukupi untuk membantu bilangan murid pasif yang ramai. Hal ini adalah kerana kajian hanya dilaksanakan terhadap seorang murid sahaja. Cadangan kajian susulan dikemukakan untuk penambahbaikan iaitu memperluaskan penggunaan kaedah ‘SAY’ dalam kalangan murid pasif untuk memberi kesan yang lebih baik

    PENGGUNAAN KAEDAH TITIK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB: USE OF THE POINT RULE INCREASING STUDENT MASTERY IN DARAB OPERATIONS

    Get PDF
    Konsep pendaraban merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam mata pelajaran matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah. Namun, kebanyakan  murid  tidak  memahami  bagaimana  proses  pendaraban  berlaku  dan  yang  paling sukar ialah kerana mereka tidak menghafal sifir. Justeru, satu kaedah baru diperkenalkan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran mendarab disamping dapat menguasai fakta asas darab dengan lebih baik. Lapan orang murid tahun empat telah dipilih sebagai sampel kajian adalah dari sebuah sekolah di daerah Jasin, Melaka. Kesemua sampel adalah terdiri daripada murid yang lemah dalam pendaraban. Tinjauan awal melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan rujukan dokumen telah dilakukan pengkaji sebelum memperkenalkan kaedah titik. Sebanyak lapan kali intervensi kaedah titik selama setengah jam telah dijalankan. Data  dikumpulkan  melalui  ujian  pra, ujian  pasca dan menggunakan senarai semak pemerhatian. Hasil analisis  data statistik mendapati  bahawa  hampir  kesemua  sampel menunjukkan  peningkatan  markah  dalam  ujian  pasca. Keputusan penyelidikan menunjukkan  bahawa Kaedah Titik sangat berkesan sebagai kaedah alternatif untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dan juga dapat meningkatkan keyakinan murid ketika menjawab soalan pendaraban

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI FAKTA SEJARAH PENCIPTAAN BENDERA MALAYSIA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 MELALUI KAEDAH “PETA DAKAP”: IMPROVING THE SKILLS OF MASTERING THE HISTORICAL FACTS OF THE MALAYSIA FLAG CREATION IN THE STUDENTS OF YEAR 5 THROUGH THE “DAKAP MAP” TECHNIQUE

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran menguasai fakta sejarah penciptaan bendera Malaysia dalam kalangan murid tahun 5 melalui kaedah “Peta Dakap”. Responden terdiri daripada 10 orang yang memperoleh markah rendah dalam proses pengumpulan data awal. Pengumpulan data menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran mengingat fakta sejarah penciptaan bendera Malaysia murid adalah lemah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap hasil pencapaian murid selepas pengaplikasian kaedah “Peta Dakap”. Kaedah ini membantu murid untuk menguasai fakta dengan lebih mudah,cepat malah dengan cara yang lebih menarik minat murid untuk mempelajari sejarah penciptaan bendera Malaysia. Data kualitatif dikaji secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk huraian, jadual serta rajah. Analisis dokumen seperti lembaran kerja responden telah menyokong keputusan kajian ini. Secara kseimpulannya, kaedah “Peta Dakap” dapat membantu meningkatkan kemahiran menguasai fakta sejarah penciptaan bendera Malaysia dalam kalangan murid tahun 5. Maka, penggunaan kaedah ini digalakkan dan diperluaskan kepada semua guru sejarah di Malaysia bagi mempermudahkan proses pengajaran sejarah di sekolah menjadi lebih efektif dan bersifat holistik

    INSIDER RESEARCHERS: CHALLENGES & OPPORTUNITIES: PENELITI ORANG DALAM: TANTANGAN & PELUANG

    Get PDF
    A researcher plays an important role in the success of the topic being researched. Being an insider researcher could help the researcher to have more understanding about their research and the phenomena being studied. However, previous research revealed inconsistent results. Some argue that becoming an insider researcher could lead to a loss of objectivity and bias, while others found that it has potential to balance the ways issues being researched. The objective of this qualitative case study is to explore the potential and challenges of being an insider researcher. Ten excellent teachers were selected using purposive sampling and they were interviewed face to face. The findings revealed some advantages to the insider researcher in understanding the issues being studied as she has the common knowledge of the life, problems and challenges they face as excellent teachers. Moreover, the researcher also managed to reduced “red tape” in getting contact with the participants. The findings from this study enriched the literature on being an insider in educational research from the perspectives of excellent teachers

    PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH KUALA TERENGGANU: COCURRICULUM MANAGEMENT AND STUDENT INVOLVEMENT IN COCUURICULUM ACTIVITIES IN THE KUALA TERENGGANU REGIONAL NATIONAL SECOND SCHOOL

    Get PDF
    Pengetua merupakan individu penting yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan kokurikulum. Namun begitu pengetua sering terikat dengan kerja-kerja rutin dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Dalam usaha untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum sekolah biasanya pengetua akan menyerahkan tugas pengurusan kokurikulum kepada GPKKo.Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan memahami perspektif guru-guru terhadap peranan GPKKo dalam pengurusan kokurikulum di sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Terengganu. Peranan GPKKo dikaji berdasarkan aspek-aspek pengurusan GPKKo sebagai perancang, pengelola, pemimpin dan pengawal kokurikulum di sekolah. Kajian juga untuk mengenal pasti penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum  berdasarkan dimensi; interaksi psikologi dan juga interaksi fizikal. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang guru yang sedang berkhidmat di dua buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Terengganu. Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai digunakan untuk melaporkan hasil kajian yang telah dijalankan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pentingnya peranan GPKKo di sekolah mempraktikkan peranan pengurusan kokurikulum yang berkesan, agar para guru dan pelajar akan lebih bermotivasi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Ianya selaras dengan inspirasi negara sepertimana yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015

    PENGARUH KOMUNIKASI ORANG TUA DAN GURU TERHADAP KREATIVITAS SISWA: THE EFFECT OF PARENT AND TEACHER COMMUNICATION ON STUDENT CREATIVITY

    Get PDF
    Peran orang tua di rumah dan guru di sekolah sangat penting bagi pendidikan anak. Komunikasi yang baik antara orang tua dan guru merupakan suatu keharusan agar tercapai kesinergian antara keduanya. Komunikasi tersebut bisa berlangsung dalam satu arah ataupun dua arah. Komunikasi satu arah terjadi saat guru memberikan informasi kepada orang tua tentang peristiwa, kegiatan, atau kemajuan yang dicapai anak.Sedangkan komunikasi dua arah terjadi jika ada dialog interaktif antara guru dan orang tua. Komunikasi yang baik akan menumbuhkan sikap saling percaya antara orang tua dan guru. Adanya sikap saling mempercayai, saling membantu dalam membimbing anak dan berkomunikasi antara orang tua dan guru, akan membuat anak merasa memiliki kebebasan berkreativitas guna pengembangan potensi dirinya, sehingga bisa meningkatkan kreativitas dan mencapai keberhasilan dalam belajar

    ISSUES CONTRIBUTING TO LOW PERFORMANCE OF ENGLISH IN A NATIONAL SCHOOL IN SONG, SARAWAK: PERMASALAHAN YANG BERKONTRIBUSI TERHADAP KINERJA BAHASA INGGRIS RENDAH DI SEKOLAH NASIONAL DI SONG, SARAWAK

    Get PDF
    English is becoming more important in this globalized world. In Malaysia, calls have been made from rulers and commoners alike to use English as the primary medium of instruction in primary schools. Although Malaysia has centralized education system for every state, rural schools might be in danger of losing out to their counterparts in the urban areas. Numerous programmes have been done to bring the standard of English in the school up to par with their counterparts from urban schools and yet English remains a tricky subject to master. In a rural school in the district of Song, Sarawak, English has always been the lowest performing subjects in UPSR year after year. Parallel to UPSR, the pupils for English intervention programme (LINUS BI) has the most compared to Bahasa Malaysia (BM) and Mathematics. This paper will attempt to research and understand the primary issues contributing to low performance of English in the school. At the same time, this paper will attempt to compare the background of pupils with high performance of English and pupils with low and mediocre performance in English and the causes leading to what they are today

    KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN ASPEK PEMILIHAN KATA DALAM LIRIK DAN KESESUAIAN ELEMEN MUZIK: THE ADVANTAGES AND VALUE OF PATRIOTIC SONG BASED ON ASPECTS OF WORD SELECTION IN LYRICS AND MUSICAL ELEMENTS

    Get PDF
    Lagu-lagu patriotik dilihat sebagai salah satu jambatan penghubung ke arah manifestasi pengkarya dalam merealisasi dan memupuk semangat ini ke jiwa pendengar.  Penghasilan lagu patriotik menuntut para pengkarya untuk melihat dengan jelas kepentingan memartabatkan lagu-lagu ini agar jelas akan maksud dan tujuan asal ciptaannya. Berpaksikan saranan ini, satu anjakan paradigma perlu diketengahkan bagi meninjau aspek pemilihan kata berteraskan “Kata Adjektif” dalam lirik/senikata lagu patriotik serta elemen muzik yang melatarinya sehingga mampu merangsang motivasi serta perasaan semangat patriotik di jiwa pendengar. Dalam erti kata yang lain, kertas kerja ini bertujuan melihat kekuatan kata dalam menyuntik semangat patriotik dalam kalangan setiap bangsa Malaysia. Penyesuaian ciptaan lagu patriotik perlu diambil kira memandangkan generasi hari ini mempunyai mentaliti yang jauh berbeza dengan generasi terdahulu. Pun begitu, keutuhan nilai-nilai berkaitan patriotisme tidak sesekali dipinggirkan bagi memastikan sebuah karya patriotik yang unggul masih lagi releven sehingga kini. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, sejumlah 78 buah lagu-lagu berkonsepkan “Patriotik” yang terdapat Malaysia bermula sebelum dan sesudah merdeka hinggalah ke hari ini dianalisis liriknya menggunakan kaedah pautan AntConc. Seterusnya leksikal utama (Kata Adjektif) mengikut jumlah kekerapan dikategorikan berdasarkan fokus kajian iaitu kekuatan golongan Kata Adjektif dalam lirik lagu patriotik. Golongan kata yang ditemui kemudiannya dikelaskan mengikut kesesuaian tema nilai berkaitan patriotisme di Malaysia iaitu 1. Cinta, Setia dan Semangat, 2. Taat Setia Kepada Raja dan Negara, dan 3. Sanggup Bekorban Untuk Negara.  Kajian ini seterusnya diperluaskan skopnya dengan menganalisis dari segi elemen muzik melalui pemilihan kunci nada (Major/Minor) serta “Tempo” (ukuran kelajuan laju @ bpm). Kaedah ini penting bagi memperlihatkan kesan terhadap suasana (Mood) yang melatari ciptaan lagu patriotik. Pada akhir analisis ini, kajian berjaya menunjukkan keunggulan dan kreadibiliti lagu-lagu patriotik di Malaysia. Lagu Patriotik masih lagi dianggap releven dan tidak jauh tersasar dari maksud dan tujuan asal lagu tersebut digubah

    ISSUES AMONG NOVICE TEACHERS IN MALAYSIA: PERMASALAHAN DI ANTARA GURU PEMULA DI MALAYSIA

    Get PDF
    Issues and problems faced by novice teachers have long been questions of great interest in the field of education and are still receiveing considerable critical attention amongst players in the field. Hence, this study seeks to explore the issues and problems faced by novice teachers. Qualitative content analysis was used to examine 13 local journal articles written on the subject of novice teachers from 2006 to 2015. Data were then grouped into themes  to identify issues and problems faced by novice teachers. Findings of this study showed that issues faced by novice teachers include issues related to efficacy, classroom and student behaviour management, professional development, competency, commitment, stress, and support among novice teachers. Based on the findings, more studies on mentoring aspect should be carried out to assist novice teachers to start off their teaching career and provide them with necessary emotional and motivational support to improve their teaching in schools

    589

    full texts

    688

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Proceedings of the ICECRS
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇