Proceedings of the ICECRS
Not a member yet
    688 research outputs found

    IKLIM SEKOLAH DAN EFIKASI KENDIRI DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH DI KELANTAN: SCHOOL CLIMATE AND SELF-EFFICIENCY IN MIDDLE SCHOOL GUIDANCE AND COUNSELING TEACHERS IN KELANTAN

    Full text link
    Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara iklim sekolah dan efikasi kendiri guru bimbingan dan kaunseling di negeri Kelantan.  Responden kajian adalah terdiri daripada 181 orang guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Menengah di negeri Kelantan.  Kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang guru bimbingan dan kaunseling di daerah Tanah Merah.  Secara spesifiknya, kaedah kuantitatif digunakan untuk tujuan pengumpulan data.  Maklum balas melalui soal selidik telah diperolehi dan seterusnya data dianalisis menggunakan Perisian Program SPSS 20.0 yang mana melibatkan nilai Min, Sisishan Piawai, ujian t dan korelasi Pearson.  Instrumen yang digunakan didalam kajian ini diambil dan diubahsuai dari soal selidik Tahap Persekitaran sekolah (SLEQ) oleh Johnson dan Steven (2007).  Instrumen bagi mengukur efikasi guru bimbingan dan kaunseling pula menggunakan instrumen yang diambil daripada School Counselor Self Efficacy Scale (SCSE) yang diadaptasi daripada Bodenhorn & Skaggs(2005).  Dapatan daripada ujian korelasi Pearson menunjukkan iklim sekolah mempunyai hubungan yang signifikan dengan efikasi guru bimbingan dan kaunseling.  Dapatan kajian juga menunjukkan dimensi perhubungan pelajar mempunyai hubungan yang paling kuat berbanding dimensi lain dengan efikasi kendiri guru bimbingan dan kaunseling. Seterusnya dapatan kajian ini juga mendapati bahawa iklim sekolah merupakan peramal kepada efikasi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.  Akhir sekali, implikasi kajian diperincikan agar ianya dapat memberikan sumbangan kepada bidang ilmiah penyelidikan pendidikan

    THE DOMINANT BIG FIVE PERSONALITY AMONG PRE-SERVICE TEACHERS IN THETEACHER EDUCATION INSTITUTES (IPGM) IN MALAYSIA: KEPRIBADIAN LIMA BESAR YANG DOMINAN DI ANTARA GURU PABIN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPGM) DI MALAYSIA

    No full text
    The main purpose of this research is to identify the dominant Big Five Personality among pre service teachers in the Malaysian Teacher Education Institutes (IPGMs). The rationales of this study could be seen from three different aspects, which are the situational, literature and the Malaysian contexts.  It is clear from current practice and the literatures that further research is needed to delve deeper into the understanding of personalities from the perspective of Big Five, especially among Malaysian pre service teachers.  The data for this study was collected by survey using Neo FFI 3, which assessed the neuroticism, extraversion, openness to experience, agreeableness and conscientiousness of individuals.  The samples consisted of 751 pre-services teachers selected through stratified and cluster sampling from the 27 IPGMs in Malaysia.    Samples from the pre-service teacherscompleted the survey after their 12 weeks practicum in schools, as these 12 weeks practicum could be considered as the most stressful and crucial period of the pre service teachers training life in the IPGMs.  Results revealed that majority of the pre-service teachers were conscientious.   This interesting finding might have some positive indications to educations in Malaysia as it was in accordance with the MOE’s objectives

    UNGKAPAN HORMAT YANG LEBIH HORMAT : ANALISIS PENULISAN BERFORMAT: MORE RESPECTIVE RESPECT: FORMATED WRITING ANALYSIS

    Full text link
    Ungkapan hormat dilahirkan untuk menyatakan rasa hormat seseorang sewaktu berhubung  dengan orang lain. Penggunaan ungkapan hormat bukan bermaksud menghina diri, tetapi menunjukkan sikap yang tidak sombong dan angkuh. Penggunaan ungkapan ini juga mampu memaparkan sifat sopan santun yang dicirikan oleh budi bahasa, tertib, beradat dan bertatasusila yang akan membentuk akhlak terpuji yang berwatak mesra dan disenangi oleh semua anggota masyarakat. Dapatan mendapati, masih terdapat penulis yang mengabaikan penggunaan ungkapan hormat hingga menimbulkan kesan negatif kepada kelangsungan berkomunikasi. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan meneliti amalan penulisan kesantunan berbahasa golongan pengurus berdasarkan kata hormat yang digunakan. Pendekatan kajian ialah dengan menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap dokumen-dokumen berformat. Ungkapan hormat akan dianalisis berdasarkan Asmah (2007)

    IKLIM SEKOLAH DAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI KELANTAN: SCHOOL CLIMATE AND TEACHERS' COMMITMENTS IN KELANTAN STATE RELIGIOUS SCHOOL OF RELIGIOUS Aid (SABK)

    Full text link
    Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia.  Artikel ini bertujuan untuk mengetahui tahap iklim sekolah dan komitmen guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Kelantan.  Artikel ini penting kerana kedua-dua variabel terlibat adalah merupakan aset utama danterkandung dalam anjakan keempat PPPM 2013-2025. Sebanyak 9 buah sekolah telah dipilih secara rawak dari 3 daerah iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas, dan Tanah Merah.  Seramai 217 responden terlibat dalam menjawab soal selidik yang diedarkan, dari jumlah populasi seramai 497 orang.  Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah analisis yang terdapat dalam program Statistical Package For The Social Sciences (SPSS).  Instrumen yang digunakan dalam artikel ini adalah instrumen iklim sekolah, School level environment Questionnaire (SLEQ) yang dibina oleh Johnson, Steven & Zvoch (2007) manakala instrumen komitmen guru ini telah dibuat adaptasi oleh Lei Mee, Thien, Nordin dan Ramayah (2014).  Dapatan artikel ini menunjukkan tahap komitmen dan iklim sekolah berada pada tahap yang tinggi serta terdapatnya hubungan yang kuat antara iklim sekolah dengan komitmen guru SABK di negeri Kelantan.  Adalah diharapkan hasil artikel ini dapat digunakan sebagai rujukan khususnya kepada para pentadbir sekolah ke arah meningkatkan pencapaian, keberkesanan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah perlu sentiasa dikaji, diteliti dan ditingkatkan demi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bertaraf dunia

    Penggunaan Kaedah Inkuiri Penemuan dalam Kalangan Guru-Guru Sejarah Sekolah Menengah: Use of the Inquiry Method of Discovery in Middle School History Teachers

    Full text link
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam kalangan guru-guru sejarah di sekolah-sekolah menengah di daerah Pasir Gudang. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran guru-guru sejarah dalam penggunaan kaedah inkuiri penemuan di sekolah menengah. Reka bentuk yang digunakan oleh pengkaji ialah penyelidikan kuantitatif jenis kajian tinjauan yang melibatkan 30 orang guru sejarah. Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan data dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan. Antara dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran guru sejarah pada tahap yang sederhana dalam penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik Sejarah kurang yakin dalam melaksanakan kaedah inkuiri kerana kurang mahir dalam teknik penyoalan berasaskan inkuiri. Kajian ini mendapati beberapa faktor menjadi penghalang dalam penggunaan kaedah inkuiri penemuan seperti kekangan masa, kekurangan kemudahan bahan bantu mengajar dan sikap pelajar. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada guru-guru sejarah untuk meningkatkan lagi penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran

    PEMIKIRAN DALAM NOVEL SEBALIK YAMASHITA DAN PERCIVEL: THINKING IN THE NOVEL BEHIND YAMASHITA AND PERCIVEL

    Full text link
    Pemikiran pengarang merupakan salah satu aspek penting dalam kajian sastera. Pemikiran pengarang juga merupakan rangkuman idea pengarang yang beridentiti tersendiri untuk mengupas segala pemasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Isu yang ditonjolkan adalah gambaran dan rangkuman warna-warna kehidupan manusia yang disusun dan dizahirkan dalam bentuk baris-baris ayat sehingga menjadi satu naratif yang lengkap dan sempurna. Lantaran itu,  kajian ini adalah untuk mengkaji aspek pemikiran pengarang dalam novel Sebalik Yamashita dan Parcivel karya Shaari Isa yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia pada tahun 2015. Aspek pemikiran pengarang dalam novel ini dikaji dan dianalisis secara kualitatif. Kajian mendapati pemikiran yang cuba ditonjolkan oleh pengarang ialah pemikiran kolonialisme dan imperialisme, pemikiran politik dan kepimpinan, dan yang ketiganya ialah pemikiran sejarah. Seterusnya, bagi melengkapkan nilai yang terkandung dalam novel ini, kajian mendapati pengarang mendedahkan gambaran masyarakat dan permasalahan yang ditonjolkan bagi melengkapkan informasi yang terkandung dalam novel ini. Kajian ini penting untuk mendedahkan pemikiran dan stail yang digunakan oleh pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya, khususnya novel

    KEFUNGSIAN KELUARGA DAN KETAHANAN DIRI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HARIAN: FAMILY FUNCTION AND SELF-RESISTANCE OF DAILY NATIONAL MIDDLE SCHOOL STUDENTS

    Full text link
    Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai gaya hidup sihat dan sejahtera, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah  untuk membantu melahirkan pelajar yang cerdas, cergas, berakhlak, dan berwawasan, antaranya dengan memfokuskan terhadap faktor psikologi dalam usaha membentuk pelajar yang berdaya tahan. Justeru, kajian ini berusaha untuk mengenal pasti tahap kefungsian keluarga dan ketahanan diri dalam kalangan pelajar. Sebanyak 376 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di Zon Utaratelah terlibat dalam kajian ini. Instrumen Family Adaptability and Cohesion Evaluation  Scales III  (FACES III) digunakan untuk mengukur kefungsian keluarga, dan Resilient Scale (RS) pula bagi mengukur ketahanan diri. Keputusan kajian mendapati tahap kefungsian keluarga responden adalah sederhana, manakala tahap ketahanan diri responden pula adalah tinggi. Dapatan juga menunjukkan bahawa aspek kefungsian keluarga yang baik dapat meningkatkan ketahanan diri belia. Implikasi kajian ini dapat menyumbang terhadap usaha pembangunan pelajar oleh pihak sekolah, kerajaan, serta masayarakat

    THE ROLE OF MOBILE PHONE AND POWERPOINT IN ENHANCING WRITING SKILLS: LECTURERS’ REFLECTIONS: PERAN MOBILE PHONE DAN POWERPOINT DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN MENULIS: RENUNGAN DOSEN

    Full text link
    These day mobile phones are being resorted to as indispensable pedagogical tools for imparting language skills to the present day students who are termed as ‘Generation Y’, ‘Net Generation’ and above all ‘Digital Natives’. Mobile phones have the potential to be reliable pedagogical tool to teach writing which is the most neglected skills to the intermediate students. The current paper examines the perceptions of two lecturers regarding the use of mobile phones and PowerPoint in teaching descriptive essay writing skills to intermediate students at M.A.O. College, Lahore. The qualitative data for this purpose was collected by means of semi-structured interviews from those two lecturers who taught experimental as well as control groups respectively. The findings of the study indicated that the lecturer of experimental group was very much in favour of mobile phones to be incorporated in the teaching writing class. Even the lecturer of control group favoured the use of new technology as she was not in favour of PowerPoint to be used for teaching writing skills. Moreover, the findings of the study indicated that the mobile phones can very easily, successfully and conveniently be employed as pedagogical tool to impart writing skills as they can motivate the lecturers for teaching as well as the students for learning the writing skills

    589

    full texts

    688

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Proceedings of the ICECRS
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇