Proceedings of the ICECRS
Not a member yet
    688 research outputs found

    NILAI MURNI DALAM BERMUKUN DAN BERGENDANG MASYARAKAT MELAYU SARAWAK: PURE VALUES IN BERMUKUN AND THE MALAY COMMUNITY OF SARAWAK

    Get PDF
    Kertas kerja ini membincangkan nilai murni dalam bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu Sarawak. Tukang gendang yang dikendalikan oleh wanita akan berbalas pantun dengan penandak (penari) dalam kalangan lelaki melalui acara bermukun. Gendang dan biola merupakan antara instrumen muzik tradisional juga turut digunakan untuk menghasilkan melodi yang indah di samping alunan pantun-pantun yang disampaikan. Aktiviti bermukun dan bergendang merupakan antara warisan yang menjadi pengisian dalam aktiviti berbentuk hiburan suatu ketika dahulu. Kebiasaannya tradisi ini diadakan untuk memeriahkan lagi majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis berkhatan di kampung-kampung. Pantun-pantun yang dialunkan semasa aktiviti bermukun dan bergendang ini mempunyai peranan tertentu. Antaranya untuk berhibur, menyampaikan hasrat hati antara tukang gendang dan penandak serta menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada pendengar. Fenomena kurangnya dikenali dan dipraktikkan generasi baharu masyarakat Melayu Sarawak terhadap aktiviti bermukun dan bergendang memungkinkan acara ini akan berkubur dan hilang daripada pengetahuan generasi baharu bersama pantasnya arus perubahan globalisasi. Menyedariakan kepentingan aktiviti bermukun dan bergendang ini, maka satu kajian dilakukan berkaitan mesej dalam pantun bagi aktiviti bermukun dan bergendang bagi masyarakat Melayu Sarawak. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti elemen nilai murni yang dijadikan wadah menyampaikan mesej dalam pantun yang disampaikan dalam aktiviti bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu Sarawak. Kajian yang dilakukan ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan semakan dokumentasi. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa penggunaan nilai murni dalam pantun dapat dijadikan wadah mengungkapkan mesej sebagai pedoman hidup generasi masyarakat Melayu Sarawak. Mesej pantun tersebut dapat menjadi cerminan kepelbagaian budaya masyarakat Melayu Sarawak. Kajian tentang warisan budaya masyarakat Melayu Sarawak ini dapat didokumentasikan agar tidak lenyap ditelan zaman sekaligus dapat dijadikan pedoman hidup generasi baharu

    PEMBINAAN KERANGKA STANDARD KOMPETENSI LITERASI ICT KEBANGSAAN: KAJIAN DELPHI: DEVELOPMENT OF STANDARD FRAMEWORK FOR NATIONAL ICT LITERATURE COMPETENCY: THE DELPHI STUDY

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan membincangkan penggunaan teknik Delphi dalam mengenal pasti kompetensi literasi ICT bagi pembangunan standard kompetensi literasi ICT kebangsaan bagi guru-guru Malaysia. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, menerusi bab ke-enam PPPM iaitu Transformasi Kementerian menerusi ICT dalam Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad untuk meningkatkan kesan pembelajaran murid serta memastikan murid-murid tidak hanya belajar menggunakan ICT tetapi juga boleh memanfaatkannya secara berkesan. Oleh yang demikian, kementerian telah memperuntukkan jumlah yang besar bagi mencapai sasaran tersebut. Namun, melalui pelbagai kajian mengenai tahap kompetensi guru yang telah dilakukan, didapati tahap kompetensi guru masih rendah. Oleh itu, standard kompetensi literasi ICT bagi guru-guru yang bersesuaian dengan sistem pendidikan negara perlu dibina sebagai panduan di peringkat kementerian untuk membantu guru merancang tugasan mereka samada di dalam kelas atau dalam menyelesaikan tugasan rasmi seharian. Teknik Delphi adalah satu pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan pandangan yang konsensus daripada pakar mengenai sesuatu permasalahan. Teknik Delphi adalah satu kaedah kajian yang melibatkan beberapa pusingan soal selidik. Kajian ini akan mengaplikasikan teknik Delphi yang melibatkan seramai 20 orang pakar terdiri daripada pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah, pensyarah Institut Pendidikan Guru, guru sekolah rendah serta guru sekolah menengah di Terengganu. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pandangan konsensus dari panel pakar tentang apakah kompetensi ICT yang penting yang perlu dikuasai oleh guru di Malaysia

    MENCARI TITIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM NOVEL DAN FILEM POPULAR MELAYU: FINDING POINTS OF SIMILARITY AND DIFFERENCES IN MELAY POPULAR NOVELS AND FILM

    Get PDF
    Karya kreatif bukan dihasilkan dari ruang kekosongan. Setiap satunya mempunyai asas dan merakamkan detik hati penciptanya untuk memperkatakan ‘sesuatu’ yang melingkari kehidupan manusia. Suatu realiti yang dekat dengan diri, masyarakat, dan persekitaran kerap kali digarapkan untuk memaparkan nilai atau persoalan kemanusiaan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan memperkatakan tentang kandungan atau tema dan persoalan yang dipaparkan dalam dua genre kreatif, iaitu novel dan filem yang masing-masing mendapat perhatian yang tinggi daripada khalayak pembaca, dan penonton. Untuk tujuan ini, novel popular yang diulang cetak 27 kali, Ombak Rindu (Fauziah Ashari,2012) dan filem dengan judul yang sama, “Ombak Rindu” dijadikan bahan penelitian tentang unsur persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua media itu; bercetak dan audio-video-visual (AVV). Selain itu, teks novel apabila dipindahkan atau ditransformasikan kepada filem, berlaku sama ada pengekalan, pengguguran, penambahan, pengubahsuaian atau pengekalan naratif, watak dan perwatakan, dialog, latar dan sebagainya. Namun yang dikekalkan ialah tema dan persoalan cinta yang pastinya menjadi popular dalam kalangan pembaca novel dan penonton filem Melayu khasnya

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMODIFIKASIKAN KARANGAN JENIS KEPERIHALAN KEPADA LAPORAN MENGGUNAKAN TEKNIK PENJELMAAN: IMPROVING THE SKILLS OF MODIFICING AN APPROACH TO REPORTS USING THE TRANSLATION TECHNIQUE

    Get PDF
    Penulisan karangan merupakan suatu komponen penilaian yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pencapaian prestasi seseorang pelajar dalam subjek bahasa Melayu. Disebabkan penguasaan penulisan karangan menjadi aspek yang sangat dominan dalam bahasa Melayu, maka kajian mengenai penguasaan kemahiran menulis sebelum ini sangat terikat dengan penganalisisan penggunaan unsur-unsur tatabahasa seperti kesalahan ejaan, kesalahan struktur ayat dan kesalahan-kesalahan umum tatabahasa yang lain serta aplikasi gaya bahasa yang merupakan satu cabaran bahasa yang terbesar dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar ‘MESRA BELAJAR’ (slow learners). Kemahiran menulis karangan tidak dapat dikuasai dengan lebih efisien sekiranya bidang ini hanya dilihat dan dinilai daripada skop yang lebih besar dan luas untuk diamalkan oleh para pelajar sekolah rendah tanpa diberi keyakinan diri kepada mereka bahawa kemahiran menulis dapat dikuasai juga dengan menggunakan beberapa teknik efektif walaupun bidang ini dikatakan kompleks. Dengan kesedaran terhadap hakikat tersebut, kajian ini cuba menjelaskan langkah yang pragmatik untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis keperihalan dan laporan berdasarkan satu frame yang telah diselaraskan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelajar. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Data diperoleh dengan cara pemerhatian dan analisis dokumen. Seramai 20 orang pelajar dan seorang guru di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil terpilih telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil kajian memperlihat pelajar ‘Mesra Belajar’ masih tidak dapat menulis karangan jenis keperihalan dan laporan tidak lebih daripada 3 ayat disebabkan tidak dapat menyusun dan mengolah idea mengikut sesuatu frame tertentu. Perancangan kajian difokuskan kepada para responden supaya dapat mengenal pasti dan membezakan karangan jenis keperihalan dan karangan jenis laporan serta menghasilkannya. Hasil kajian juga menunjukkan teknik yang digunakan iaitu teknik penjelmaan dapat memberi impak yang sangat positif dalam meningkatkan kemahiran memodifikasikan karangan jenis keperihalan yang dihasilkan kepada laporan sekurang-kurangnya dalam 12 ayat ringkas. Penemuan ini membuktikan bahawa kajian sintaksis yang dijalankan secara empirikal dan saintifik mampu meningkatkan kemahiran menulis karangan jenis keperihalan dan laporan dalam kalangan pelajar ‘Mesra Belajar’ yang umumnya dipinggirkan selalu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta yang terpinggir automatik daripada sistem penilaian kebangsaan

    PROFICIENCY LEVEL AND LANGUAGE LEARNING STRATEGIES AMONG JORDANIAN STUDENTS AT UNIVERSITI UTARA MALAYSIA: TINGKAT KECAKAPAN DAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA DI ANTARA MAHASISWA JORDANIA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

    Get PDF
    This study examines the relationship between proficiency level and language learning strategies (LLSs) among Jordanian students enrolled at Universiti Utara Malaysia. The frequency level of the LLSs employed by the students was also investigated. The theoretical foundation for the study was provided by three comprehensive theories which are the Behaviorism, the Cognitive Psychology, and the Schema Theory. The data for the LLSs was obtained from using Oxford’s (1990) Strategy Inventory for Language Learning (SILL) that classifies six different strategies: 1) Memory Strategy (MS), (2) Cognitive Strategy (COG), (3) Compensation Strategy (COMPS), (4) Metacognitive Strategies (MET), (5) Affective Strategy (AFCS) and (6) Social Strategies (SOC).  The frequency of the students’ overall use of LLSs was determined on a five-point Likert scale, ranging from high frequency use (3.5-5.0), medium frequency use (2.5-3.49), to low frequency use (1.0-2.49). Questionnaires were distributed and collected from a total of 97 students. Meanwhile, the students’ level of language proficiency was determined by their scores in the UUM English Language Proficiency Test (ELPT). Upon using the multiple regression analysis, the results show that the students used language learning strategies at a high frequency level. In addition, this study shows that there is a positive relationship between language learning strategy and proficiency level. These results indicate that proficiency level plays a vital role in determining the kinds of language learning strategy used. Curriculum designers and related bodies in Jordan should increase focus on the role of language learning strategies in promoting the acquisition of English language proficiency. The study also opens up avenues for more studies on language learning strategies not only in Jordan, but also in other countries where this area of study is lacking

    TAHAP IKLIM SEKOLAH, TAHAP KOMITMEN GURU SERTA HUBUNGAN DI ANTARA IKLIM SEKOLAH DENGAN KOMITMEN GURU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MACHANG, KELANTAN: STAGE OF SCHOOL CLIMATE, TEACHER'S COMMITMENT STAGE AND THE RELATIONSHIP BETWEEN SCHOOL CLIMATE AND TEACHER'S COMMITMENT, MACHANG REGIONAL MIDDLE SCHOOL, KELANTAN

    Get PDF
    Kertas kerja ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti tahap iklim sekolah, tahap komitmen guru, tahap komitmen guru berdasarkan pengalaman mengajar dan jantina guru serta hubungan di antara iklim sekolah dengan komitmen guru bagi guru sekolah-sekolah menengah Daerah Machang, Kelantan. Disamping itu, kertas kerja ini juga mengkaji dimensi iklim sekolah yang sangat kuat mempengaruhi tahap komitmen guru. Dimensi iklim sekolah adalah merangkumi dimensi bekerjasama, dimensi membuat keputusan, dimensi inovasi pengajaran, dimensi hubungan dengan murid dan dimensi sumber-sumber sekolah. Seramai 248 orang guru sekolah menengah terlibat sebagai sampel kajian berdasarkan jumlah populasi iaitu seramai 678 orang guru. Sebanyak 7 buah sekolah diambil sebagai sampel kajian dan sampel kajian dipilih secara rawak. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.0 untuk analisis deskriptif. Kajian ini mendapati bahawa terdapat signifikan dan positif serta menunjukkan hubungan pada tahap yang sederhana di antara iklim sekolah dengan komitmen guru (r=0.506, p<0.01). Korelasi Pearson digunakan sebagai statistik inferensi pembolehubah bebas iaitu iklim sekolah dengan pembolehubah bersandar iaitu komitmen guru. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa dimensi iklim sekolah yang mempengaruhi komitmen guru seperti kerjasama (β=0.242, t=03.873), membuat keputusan (β=0.331, t=5.036) and inovasi pengajaran (β=0.300,t=4.295). Walau bagaimanapun, dimensi membuat keputusan adalah dimensi yang paling berpengaruh terhadap komitmen guru. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa sekiranya pihak pengurusan sekolah berhajat untuk meningkatkan komitmen guru, penglibatan guru dalam proses membuat keputusan perlulah di pertingkatkan

    GOOD LANGUAGE LEARNERS AND THEIR STRATEGIES: AN INSIGHT: PEMBELAJAR BAHASA YANG BAIK DAN STRATEGI MEREKA: WAWASAN

    Get PDF
    The Malaysian Education Blueprint is aimed to ensure every child is proficient in English Language besides Bahasa Malaysia. Thus the English Language syllabus is geared to mould learners to become successful language learners. However, not all learners are capable of being successful language learners despite years of schooling. Therefore, this study aims to investigate language learning strategies used by good language learners in learning English as their second language. To achieve the aim of the study, a questionnaire was used to collect the quantitative data. 30 pupils with good language ability from a rural primary school in Sabah were selected to participate in this study. The findings of the study indicated that different language learners prefer different learning strategies to improve their second language learning.  The learning strategies also vary based on the language skills they are learning. The findings of the study are hoped to provide significant impact to the pupils, teachers and curriculum planners to integrate language learning strategies in teaching and learning to assist successful language learning

    THE USE OF JAZZ CHANTS TO DEVELOP YEAR 3 PUPILS’ ABILITYTO CONSTRUCT SIMPLE SENTENCES: PENGGUNAAN NYANYIAN JAZZ UNTUK MENGEMBANGKAN KEMAMPUAN SISWA TAHUN 3 UNTUK MEMBUAT KALIMAT SEDERHANA

    Get PDF
    This action research attempts to improve teacher’s classroom teaching in developing pupils’ ability to construct simple sentences. Jazz chanting was adapted to teach writing skills and  was used as the intervention. This research aimed to describe the extent the use of jazz chants was able to develop Year 3 pupils’ ability to construct simple sentences effectively. Three research participants  were chosen among year 3 pupils. The participants were purposefully identified as they had encountered difficulties in constructing simple sentences. Three lessons to exploit the intervention were conducted in this research. The data collection methods that were used in this research to gain insights into the effectiveness of the teacher’s teaching strategy were document analysis consisting of worksheets and a pre-test and a post-test, observation and a semi-structured interview with the participants. The research findings revealed that the teaching with the use of the intervention, jazz chanting, was able to positively impact two participants in constructing simple sentences effectively.Meanwhile, triangulation of the various data also indicated that the teaching aided by the intervention failed to have the expected impact on one participant. Discussion of the research findings and conclusion had highlighted the researcher’s pertinent reflection and suggestions for further improvement on the intervention and for future research

    IMPROVING YEAR 4 PUPILS’ ABILITY TO SPELL COUNTABLE PLURAL FORMS OF NOUNS THROUGH THE USE OF ‘MAKE IT PLURAL’ (M.I.P) CHART: MENINGKATKAN KEMAMPUAN SISWA TAHUN 4 UNTUK MENGEJA BENTUK COUNTABLE PLURAL OF NOUNS MELALUI PENGGUNAAN MAKE IT PLURAL (M.I.P) CHART

    Get PDF
    The lack of understanding and confusion on the basic rules of plural nouns faced by the pupils has greatly affected their ability to write correct spelling of the plural forms of the nouns. A research was conducted on 4 selected participants from Year 4 B of SK Z who obviously showed difficulties in applying appropriate spelling rules to form correct plural forms of the nouns. Hence, this action research was conducted to develop the pupils’ ability to spell the countable plural forms of the nouns correctly. A plural form chart named ‘Make It Plural’ Chart was used as the intervention to address this issue. Four lessons using the intervention with different focused in spelling rules of the plural nouns (‘-s’, ‘-es’, ‘-ies’ ‘-ves’) were implemented throughout this research in order to assist the pupils in improving their ability to spell the countable plural forms of the nouns correctly. The data for this study was collected through observation, the result of worksheets’ scores and the result of the pre-test and post-test. The results of the findings from three different sources showed that the use of ‘Make It Plural’ (M.I.P) Chart has significantly improved the participants’ ability to spell the countable plural forms of the nouns correctly. Discussion of the findings, reflection and suggestion for further research was highlighted in the last section of this article in order to develop more quality and comprehensive teaching and learning session in the future

    KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH: UNDERSTANDING AND IMPLEMENTATION OF WISDOM IN THE POLYTECHNIC STUDENTS OF SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

    Get PDF
    Akhlak yang baik adalah hasil daripada kefahaman ilmu pengetahuan yang diperolehi secara formal dan tidak formal. Dewasa ini, kepincangan akhlak timbul dalam masyakat yang sukar dibendung lagi. Kurangnya penghayatan akhlak Islam di pengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya faktor  kefahaman pelajar serta sikap pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan pengamalan akhlak dalam kalangan pelajar, untuk menentukan perbezaan kefahaman dan pengamalan akhlak berdasarkan demografi jantina dan tempat tinggal. Seramai 381 pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai responden untuk menjawab soal selidik. Data yang diperolehi daripada borang kaji selidik dianalisis menggunakan perisian program Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 20.0  dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk menganalisa hipotesis kajian. Analisa data melibatkan min dan ujian-t. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi item borang kaji selidik soalan kefahaman akhlak iaitu 0.94 dan soalan pengamalan akhlak iaitu 0.97  adalah tinggi. Dapatan kajian mendapati tahap kefahaman ajaran Islam meliputi akhlak dalam kalangan responden berada pada tahap yang tertinggi bagi setiap aspek yang dikaji. Manakala dapatan kajian mendapati tahap pengamalan ajaran Islam meliputi akhlak juga tinggi. Namun terdapat sebahagian kecil responden tidak mengamalkan apa yang mereka faham terutama perkara-perkara yang berkaitan akhlak. Oleh itu, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penekanan aspek pengamalan ajaran Islam sangat penting agar pelajar menjadi seorang muslim yang mengamalkan akhlak  yang baik dalam kehidupan harian berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah

    589

    full texts

    688

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Proceedings of the ICECRS
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇