Proceedings of the ICECRS
Not a member yet
    688 research outputs found

    INFORMATION BEHAVIOR AND TECHNOLOGY AFFINITY AMONG HIGHER INSTITUTION LEARNERS IN BORNEO: PERILAKU INFORMASI DAN KETERKAITAN TEKNOLOGI DI ANTARA PEMBELAJAR INSTITUSI TINGGI DI BORNEO

    Get PDF
    This study aims to provide an understanding of information behavior with technology based on gender. It also to investigate the relationship between information behavior and degree of technology affinity. This research has been conducted quantitatively and using survey to gain data from participants.  Participant are selected randomly across Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak. The instrument are adopted from Mills, Knezek, and Wakefield (2013) which taking interest into information behavior (ICTL) as well as technology affinity. The reliability for Information and Communication Technology Learning (ICTL) is 0.835 while for Technology Affinity Scale (TAS) is 0.831.  Statistical Analysis for Social Science Package (SPSS) are used to analyze the data obtained through Independent T-test and Pearson Correlation test. Findings indicate that no significant difference found for understanding of information behavior with technology based on gender. While, another finding indicate that there is no significant relationship between information behavior and technology affinity.  Improvement suggested obtain from the findings are  providing understanding on the types of information behavior possess by each learner and helps educator as well as learner to plan their teaching and learning session to promote better indulgent of the knowledge

    KESAN PLAY-BASED LEARNING TERHADAP AFEKTIF MURID PEMULIHAN JAWI J-QAF DI SEKOLAH RENDAH: THE IMPRESSION OF PLAY-BASED LEARNING ON THE AFFECTIVENESS OF JAWI J-QAF RECOVERY STUDENTS IN LOW SCHOOL

    Get PDF
    Program j-QAF merupakan suatu program yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Tun Abdullah Badawi dengan niat untuk memperkasa Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Malaysia. Model ini turut menggunapakai kaedah belajar melalui pengalaman bermain atau play-based learning. Oleh kerana program j-QAF ini masih dianggap baru, maka tidak banyak kajian yang dilakukan keatasnya terutamanya dari segi kaitan antara afektif murid pemulihan Jawi dengan play-based learning. Oleh itu penyelidik ingin mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan permainan (play-based learning) terhadap keseronokan murid pemulihan jawi di sekolah rendah dengan berlandaskan teori sosio-budaya oleh Vygotsky. Play-based learning ini mampu membantu murid-murid pemulihan dalam pdp Jawi dan seterusnya merasai pengalaman belajar dengan penerapan unsur KBAT. Kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian berstruktur keatas populasi pelajar dan guru SK Sidam Kiri, Padang Serai, Kedah. Manakala sampel yang terlibat ialah 18 murid Pemulihan Jawi tahun dua 2013, SK Sidam Kiri, 6 orang guru j-QAF sk sidam kiri, dan 7 orang guru pelbagai latarbelakang sk sidam kiri.Kajian ini bersifat kualitatif. Untuk itu kaedah temubual bersama guru serta murid telah dilaksanakan. Dapatan yang diperolehi hampir kesemuanya menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tinggi antara afektif murid Pemulihan Jawi j-QAF dengan kaedah play-based learning

    BUDAYA ORGANISASI: KONSEP DAN PERSPEKTIF: ORGANIZATIONAL CULTURE: CONCEPTS AND PERSPECTIVES

    Get PDF
    Kertas kerja ini bertujuan mengupas konsep dan beberapa perspektif budaya organisasi. Sunguhpun bidang kajian berkaitan dengan budaya organisasi sudah lama diterokai, namun kefahaman tentang budaya organisasi masih lagi kabur. Ini telah menyukarkan penyelidik membuat perbandingan hasil kajian mereka

    APLIKASI MODUL GROLEP WOPER BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) TENTANG SUMBANGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BAGI MURID TAHUN 6: THE APPLICATION OF THE GROLEP WOPER MODULE TO INCREASE THE EFFORT TO ANSWER THE QUESTION OF HIGHER-STANDING PROFICIENCY (KBAT) ON THE DONATION OF THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA FOR STUDENTS IN YEAR 6

    Get PDF
    Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan murid menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui penggunaan modul GROLEP WOPER tentang sumbangan Perdana Menteri Malaysia bagi murid tahun 6. Responden terdiri daripada 18 orang murid dari tahun 6X yang merupakan kelas pertama namun mendapat keputusan yang sederhana dan rendah dalam Ujian Pengesanan 1 yang dijalankan oleh guru. Data dianalisis secara deskriptif dan dikumpulkan melalui pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil analisis mendapati terdapat peningkatan murid yang ketara melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan di dalam modul. Di dalam modul GROLEP WOPER juga terdiri daripada 3 fasa intervensi yang mengandungi 7 aktiviti secara keseluruhannya. Keputusan menunjukkan perubahan selepas penggunaan modul GROLEP WOPER dan berkesan dalam membantu murid melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan

    PENGARUH IKLIM ORGANISASI TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KUALA TERENGGANU: THE EFFECT OF ORGANIZATIONAL CLIMATE ON TEACHER JOB SATISFACTION IN HIGH SCHOOL IN THE KUALA TERENGGANU AREA

    Get PDF
    Iklim organisasi dan kepuasan kerja guru memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah.  Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap iklim organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja guru mengikut kategori sekolah. Ianya juga untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara iklim organisasi sekolah berkenaan berdasarkan pandangan guru dengan kepuasan kerja guru.  Ianya juga bertujuan untuk mengenal pasti dimensi iklim organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja guru. Kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang menggunakan Skala Likert lima mata. Instrumen Organizational Climate Description Questionnaire (OCDQ-RS) yang telah dibangunkan oleh Hoy et al. (1968) digunakan untuk mengukur iklim organisasi. Manakala instrumen Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ) yang dibangunkan oleh Lester (1987) digunakan untuk mengukur kepuasan kerja guru. Sampel kajian terdiri daripada 252 orang guru dari 9 buah sekolah menengah dalam Daerah Kuala Terengganu. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah berstrata. Data yang diproses melibatkan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian-T, ANOVA Sehala, Pekali Korelasi Pearson dan Regresi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan iklim organisasi mengikut kategori sekolah, tetapi menunjukkan perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja guru mengikut kategori sekolah.  Berdasarkan kajian, tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap iklim organisasi mengikut kategori umur. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kepuasan kerja guru mengikut jantina. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap iklim organisasi dengan tahap kepuasan kerja guru. Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan kepada sekolah, guru-guru dan pengkaji pada masa akan datang boleh dibuat bagi mempertingkatkan lagi tahap iklim organisasi dan juga kepuasan kerja guru di sekolah

    HUBUNGAN KEPIMPINAN SEKOLAH DENGAN TINGKAH LAKU GURU GENERASI ‘Y’: THE RELATIONSHIP OF SCHOOL LEADERSHIP WITH THE BEHAVIOR OF TEACHERS GENERATION 'Y'

    Get PDF
    Amalan kepimpinan yang dipraktikkan oleh pemimpin sekolah merupakan tunggak utama dalam memastikan sistem pendidikan berada pada tahap yang membanggakan selaras  dengan hasrat kerajaan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinan sekolah dengan tingkah laku guru dalam kalangan guru generasi ‘Y’ di Maktab Rendah Sains MARA, Zon Utara, Semenanjung Malaysia. Kajian ini menjalankan kaedah tinjaun rentasan menggunakan soal selidik terpiawai. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kepimpinan pengetua adalah Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ)  yang dibina oleh Bass dan Avolio pada tahun 1995, manakala tingkah laku guru pula diukur dengan menggunakan Teacher Behaviors Inventory (TBI) yang dibina oleh Murray (1983). Dapatan kajian membuktikan wujudnya hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan sekolah dengan tingkah laku guru generasi ‘Y’. Justeru, adalah  disarankan agar barisan kepimpinan sekolah mengamalkan  setiap dimensi kepimpinan sekolah dalam kepimpinan mereka supaya kepimpinan sekolah semakin berkesan dan cemerlang selari dengan kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

    TAHAP AMALAN PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS (KPK) DI SEKOLAH MENENGAH BERPRESTASI TINGGI, SEDERHANA DAN RENDAH: PRACTICE STAGE APPLICATION OF CRITICAL THINKING SKILLS (KPK) IN HIGH, SIMPLE AND LOW ACHIEVEMENT MIDDLE SCHOOL

    Get PDF
    Matlamat utama pendidikan negara sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai tahap dan penguasaan kemahiran berfikir yang tinggi dan berkesan.  Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan penerapan kemahiran pemikiran kritis (KPK) dalam P&P Matematik di sekolah menengah berprestasi.  Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan soalan soal selidik, dan ianya melibatkan responden seramai 226 orang guru Matematik di sekolah menengah di negeri Kelantan.  Bagi mengkaji tahap amalan penerapan KPK dalam kalangan guru, pengkaji telah mengambil dan membuat adaptasi dari instrumen kajian olehBarak dan Shakhman (2008), Al-degether (2009), Knapp (2013) dan Wainwright et al. (2003).  Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penerapan KPK di sekolah berprestasi tinggi (SBT) adalah lebih tinggi, diikuti sekolah berprestasi sederhana (SBS), dan sekolah berprestasi rendah (SBR). Secara spesifiknya, hasil analisis data menunjukkan nilai min bagi kesemua dimensi amalan penerapan KPK di SBT melebihi nilai 4.00 dan mencapai tahap tinggi, iaitu membuat refleksi dan merumus idea (min = 4.03), menggalakkan tabiat berfikir  (min = 4.49), mewujudkan persekitaran berfikir (min = 4.42), pergerakan ke arah pembelajaran kendiri (min = 4.12), dan merangsangkan meta kognitif (min = 4.50).  Manakala di SBS pula,  dimensi merangsangkan meta kognitif, menggalakan tabiat berfikir dan mewujudkan persekitaran berfikir adalah pada tahap tinggi dengan nilai min 4.27, 4.26, dan 4.24 masing-masing.  Manakala dimensi pergerakan ke arah pembelajaran kendiri dan membuat refleksi dan merumus idea masing-masing berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.85 dan 3.72.  Seterusnya di SBR pula,  empat (4) dimensi memberikan keputusan tahap sederhana, iaitu menggalakkan tabiat berfikir (min = 3.57), mewujudkan persekitaran berfikir (min = 3.66), pergerakan ke arah pembelajaran kendiri (min = 3.14) dan merangsangkan meta kognitif (min = 3.76).  Manakala, dimensi membuat refleksi dan merumus idea menunjukkan tahap yang rendah dengan nilai min 2.83.  Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bidang tubuh ilmu dengan mengetengahkan tahap amalan KPK berserta beberapa elemen penting yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan mata pelajaran Matematik di sekolah

    TAHAP EFIKASI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN SEKOLAH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH BACHOK: STAGE OF TEACHER EFFICIENCY AND THEIR RELATIONSHIP WITH SCHOOL ACHIEVEMENTS IN MIDDLE SCHOOLS IN BACHOK REGION

    Get PDF
    Kajian ini membincangkan tentang hubungan tahap efikasi guru dengan pencapaian sekolah.  Dalam konteks kajian ini, fokus utama melibatkan dua dimensi efikasi iaitu efikasi kendiri dan efikasi mengajar.  Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi untuk menganalisis data yang dikumpul melalui kaedah kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang diedarkan kepada 375 orang responden di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah Bachok.  Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS  Versi 22.  Item statistik yang digunakan untuk analisis data termasuk Ujian-t, ANOVA Satu Hala dan  Korelasi Pearson. Analisis dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan nilai min skor yang tinggi bagi efikasi guru.  Efikasi kendiri guru menunjukkan nilai min skor yang lebih tingi iaitu 4.03 berbanding efikasi mengajar.  Satu kajian korelasi juga telah dijalankan  bagi mengenal pasti hubungan antara kedua-dua dimensi efikasi ini dengan pencapaian sekolah.  Kajian yang dijalankan ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan (r = 0.07, p > 0.05) antara efikasi guru dengan pencapaian sekolah.  Bagi dimensi efikasi mengajar, keputusan menunjukkan bahawa wujudnya hubungan negatif yang sangat lemah namun signifikan antara efikasi mengajar dengan pencapaian sekolah.  Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa efikasi guru turut mempengaruhi pencapaian sekolah namun masih terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah

    ENGLISH LEXICAL ACQUISITION OF ADULT LEARNERS IN INSTRUCTIONAL SETTINGS: ISSUE ON LEXICAL INPUT: AKUISISI LEKSIS BAHASA INGGRIS DARI PEMBELAJAR DEWASA DALAM PENGATURAN INSTRUKSIONAL: MASALAH PADA INPUT LEXICAL

    Get PDF
    This study examined the receptive and productive English vocabulary knowledge of tertiary students. Vocabulary Levels Test (VLT) consisted of three tests, namely Passive Vocabulary Test (PVT), Controlled Active Vocabulary Test (CAVT), and Free Active Vocabulary Test (FAVT) was used to collect the data. A total of 360 first-, second- and third-year university students were involved in the study. The findings revealed that majority of them had very limited lexical knowledge to use English as their second or foreign language, though formal exposures to English language had been given to them for at least 11 years before entering the tertiary level. In trying to unfold the unsuccessful attempt to enhance the students’ lexical competent through the present Malaysian education system, the issue of lexical input in terms of quantity and quality had been raised

    BUGIS DI KEDAH 1600-1800: SUATU TINJAUAN AWAL: BUGIS IN KEDAH 1600-1800: AN EARLY OVERVIEW

    Get PDF
    Suku Bugis merupakan satu kuasa pedagang besar pada abad ke-17 di Nusantara. Sehingga hari ini, kebanyakan raja-raja dan pemimpin besar di Malaysia adalah dari keturunan Bugis. Walaupun bilangan mereka tidaklah banyak tetapi mempunyai kuasa politik yang meluas. Mereka mempunyai falsafah hidup sendiri iaitu siri dan passe yang membuatkan mereka mempunyai jati diri yang tinggi. Siri adalah konsep dalam budaya orang Bugis  tentang kekuatan jati diri dan unsur malu yang berkaitan dengan maruah dan harga diri melalui kata-kata “lebih baik mati demi mempertahankan siri” dibandingkan dengan sebuah kehidupan yang tidak mempunyai siri . Passe pula adalah kepercayaan yang berteraskan kesatuan rohani pada individu. Kekuatan ikatan persaudaraan dianggap sangat penting demi membela komuniti mereka. Kebanyakan orang Bugis diasuh dengan ilmu berdagang, belayar dan merantau sejak kecil. Falsafah merantau bagi mereka adalah berbekalkan konsep ‘tiga hujung,’ iaitu hujung lidah(diplomasi), hujung badik(perang) dan hujung kemaluan(perkahwinan). Terdapat banyak faktor yang menyebabkan orang-orang Bugis merantau di seluruh Nusantara. Antaranya adalah disebabkan penaklukan Belanda ke atas Sulawesi menyebabkan suku Bugis bergerak keluar mencari penempatan baharu. Daeng Relekek ialah salah seorang putera Bugis yang berhijrah telah membawa anak-anaknya iaitu Opu lima beradik merantau hingga ke Tanah Melayu sebelum beliau mangkat di Siantan. Opu lima bersaudara tersebut terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi. Mereka berjaya memperoleh tampuk pemerintahan di rantau Tanah Melayu dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Kedah. Daeng Parani adalah abang yang sulung bagi adik-beradik tersebut. Beliau pernah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah dan mangkat di Kedah akibat peperangan. Melalui penyelidikan, makamnya dapat dikesan terdapat di kampung Lubok Ekor, Sidam dalam daerah Kulim. Di situ juga terdapat beberapa kelompok orang Bugis. Dianggarkan sekitar 500 keluarga mendiami sepanjang sungai Muda yang mengairi kampung tersebut. Dikatakan juga terdapat generasi ke-8 dan ke-7 keturunan Daeng Parani di pertempatan tersebut. Selain itu, terdapat juga kampung yang diberi nama Sintok Bugis berhampiran Kuala Muda, Kedah. Waktu serangan Bugis, dikatakan kampung tersebut digunakan untuk merawat pahlawan Bugis yang tercedera

    589

    full texts

    688

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Proceedings of the ICECRS
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇