Proceedings of the ICECRS
Not a member yet
688 research outputs found
Sort by
MULTIMEDIA INTERAKTIF MEMPERTINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS BAHASA MELAYU PENGURUSAN (SBLM 1053) DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA: INTERACTIVE MULTIMEDIA IMPROVES TEACHING AND LEARNING OF THE MALAYSIAN LANGUAGE COURSE MANAGEMENT (SBLM 1053) IN NORTH MALAYSIA UNIVERSITY STUDENTS
Kertas kerja ini akan meneliti meneliti keberkesanan inovasi pengajaran dan pembelajaran berbantukan kemudahan internet. Analisis dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mengikuti kursus SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan. Analisis ini dideskripsi dalam bentuk kualitatif. Kaedah utamanya adalah mengumpul data daripada 40 orang pelajar dengan mempraktikkan amalan PdP berdasarkan teknik pengajaran berbantukan kemudahan internet. Penggunaan teknologi terkini dan interaktif seperti muat turun video aplikasi youtube, paparan rakaman video, aplikasi menggunakan ipad dan lain-lain diaplikasikan semasa sesi PdP. Dapatan mendapati teknik PdP berbantukan kemudahan internet amat berkesan dan berjaya mewujudkan suasana yang lebih berinovasi. Bantuan daripada internet serta panduan daripada pensyarah juga memudahkan pelajar terutama ketika mencari bahan serta maklumat berkaitan kursus serta ketika melakukan pembentangan
PENGGUNAAN KAEDAH “LADDER” BERBANTUKAN ICT DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PENAMBAHAN DENGAN MENGUMPUL SEMULA: USING THE “LADDER” TECHNIQUE ASSISTANT OF ICT IN SOLVING ADDITIONAL PROBLEMS BY COLLECTING
Konsep penambahan merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam mata pelajaran matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah. Namun, kebanyakan murid tidak memahami bagaimana proses penambahan dengan mengumpul semula. Tujuan kajian ini adalah untuk menguji sejauh mana kaedah ladder dengan bantuan ICT dalam meningkatkan penguasan murid dalam melakukan operasi penambahan dengan mengumpul semula. Penilaian terhadap keberkesanan kaedah ladder dengan bantuan ICT telah dibuat dengan menggunakan kaedah kajian kuantitatif dengan ujian pra dan ujian pos. Seramai lapan orang murid telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Hasil analisis data statistik mendapati bahawa terdapat peningkatan peratus penguasaan sehingga 80 % selepas ujian pos. Purata peratus peningkatan pula menunjukkan sebanyak 62.5% bagi kesemua responden. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah Ladder berbantukan ICT sangat berkesan sebagai kaedah alternatif untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi penambahan dengan mengumpul semula dalam lingkungan 10 000
DIALEK SUATU DIMENSI BAHARU DALAM PROMOSI PERNIAGAAN: Dialect is a new dimension in commerce promotion
Makalah ini meneliti penggunaan ragam bahasa berbentuk dialek tempatan dalam pelabelan. Nama perniagaan merupakan gaya atau tajuk yang menjadi pengenalan kepada sesebuah perniagaan. Selain fungsi tersebut, nama perniagaan harus menarik dan mudah disebut serta meninggalkan kesan ingatan berpanjangan kepada pengguna. Kajian ini akan memfokuskan bentuk nama perniagaan berunsurkan dialek yang terdapat di negeri Terengganu. Penelitian dilakukan secara kutipan data, soal selidik dan temu bual. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan nama perniagaan berbentuk dialek tempatan mampu menarik pengguna ke premis perniagaan disebabkan mempunyai sebutan unik dan mesra pengguna. Kajian ini mengetengahkan satu lagi kaedah dalam promosi perniagaan dengan menggunakan dialek tempatan
PENGGUNAAN KAEDAH “TYRA BANKS” UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 5 TERHADAP FAKTA BERKAITAN PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN: USING THE “TYRA BANKS” RULE TO INCREASE THE MASTERY OF YEAR 5 STUDENTS ABOUT THE FACTS RELATING TO THE STRUGGLE OF LOCAL FIGURES
Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan murid sekolah rendah dalam mata pelajaran sejarah khususnya penguasaan murid terhadap fakta berkaitan tokoh-tokoh tempatan dengan menggunakan kaedah Tyra Banks. Kajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan tahap penguasaan murid dalam kefahaman dan ingatan mereka mengenai perjuang tempatan melalui penggunaan warna dan lampu LED. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 6 orang murid tahun 5D dari sebuah sekolah rendah di daerah kota setar yang mempunyai masalah menguasai fakta berkaitan perjuangan tokoh tempatan. Dalam proses pengumpulan data awal, murid dilihat tidak memenuhi aspek-aspek yang telah ditetapkan dalam pemarkahan tahap penguasaan murid. Kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen digunakan untuk mengumpul data dan diskripsi data digunakan untuk menganalisis data dalam kajian kualitatif ini. Hasil dapatan menunjukkan kaedah ini dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan mereka berkaitan fakta tokoh-tokoh tempatan berdasarkan kepada analisis kajian dan interpretasi data
PROSODI ‘PERKHIDMATAN’ AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA: PROSODI OF SERVICE OF THE CHAIRMAN OF EVERY STATE CHAIRMAN
Konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ telah diperkenalkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke-13 untuk diterapkan kepada lebih 1.4 juta penjawat awam di Malaysia sejak 20 Januari 2014. Leksis ‘perkhidmatan’ acapkali disebut oleh KSN, sehingga menimbulkan suasana berkolokasi yang menunjukkan beliau ingin menyampaikan sesuatu yang sangat berguna kepada penjawat awam. Kajian ucapan kebanyakannya berkait rapat dengan analisis wacana.Oleh itu, kajian ini cuba mengenal pasti keberadaan leksis kata kunci ‘perkhidmatan’ dalam ucapan Ketua Setiausaha Negara. Selain itu, kajian ini juga akan menginterpretasikan penggunaan kata kunci ‘perkhidmatan’ dalam ucapan KSN yang lebih dominan berfungsi sebagai ejen penerapan enam prinsip konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’kepada penjawat awam. Berteraskan data yang diperoleh daripada 40 teks ucapan KSN, terdapat 640 bilangan konkordans leksis kata kunci ‘perkhidmatan’.Data jenis kata yang berkolokasi dengan leksis kata kunci pula sebanyak 1237 jenis dan 6388 jumlah bilangan keberlakuan kata. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisianAntConc. Seterusnya, pemahaman fungsi kata kunci ‘perkhidmatan’ dianalisis berpandukan teori prosodi semantik. Hasil analisis menunjukkan dalam petikan ucapan KSN, tujuan kata ‘perkhidmatan’diselitkan adalah untukmemberi panduan kepada penjawat awam agar melaksanakan tugas dengan penuh berdedikasi berlandaskan konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’. Sehubungan itu, keberadaan kata kunci ‘perkhidmatan’ yang berkolokasi dengan kata-kata lain telah membantu audien mengetahui amanat yang disampaikan oleh KSN ketika beliau menyampaikan setiap ucapannya
MENINGKATKAN SELF-ESTEEM MURID MELALUI TEKNIK STEP BY STEP: IMPROVING STUDENTS SELF THROUGH STEP BY STEP TECHNIQUES
Dalam kehidupan dan pergaulan harian, sesetengah murid menghadapi masalah tahap self-esteem yang rendah sehingga mempengaruhi prestasi diri dan keyakinan diri untuk melakukan apa-apa sahaja. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan self-esteem murid. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan hasil temubual, pemerhatian dan borang soal selidik yang dapat mengenal pasti tahap self-esteem murid yang rendah. Peserta kajian terdiri daripada 2 orang murid lelaki Tahun 4 dan seorang murid perempuan Tahun 6. Instrumen kajian meliputi temubual, pemerhatian dan borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperoleh melalui instrumen berikut dipaparkan dalam bentuk deskripsi, jadual dan graf bagi tujuan penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik Step By Step berjaya membantu semua peserta kajian meningkatkan self-esteem yang rendah kepada tinggi. Selain itu, peserta-peserta kajian telah menjadi lebih berani untuk bertanya dan menjawab soalan, kurang mementingkan pendapat orang lain dan lebih yakin dengan diri sendiri
PRAKTIS KEPIMPINAN DISTRIBUTIF DAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI BERDASARKAN KOHORT GENERASI GURU: PRACTICAL DISTRIBUTIVE LEADERSHIP AND COMMITMENT TO ORGANIZATIONS BASED ON THE COHORT OF GENERATION OF TEACHERS
Praktis kepimpinan distributif merupakan keperluan dalam sistem pendidikan, kerana guru dan pemimpin sekolah dapat mewujudkan kerjasama dan interaksi bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian mengenai kepimpinan distibutif ini masih lagi di peringkat awal dan perlu diperbanyakkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinan distributif dengan komitmen guru berdasarkan kohort generasi di sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini menggunakan seramai 298 responden yang terdiri daripada guru dan menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan keratan rentas. Kajian ini telah menggunakan kerangka teoritikal kepimpinan distributif Spillane (2006) yang telah menghubungkan interaksi antara pemimpin, pengikut dan juga situasi. Kajian ini menggunakan instrumen Distributed Leadership Survey (DLS) oleh Davis (2009), dan juga instrumen Affective, Continuance and Normative Commitment Scales (ACNCS) yang telah dibangunkan oleh Meyer dan Allen (1997). Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada pensampelan rawak berstrata tidak mengikut kadar dan juga persampelan bertujuan. Sebanyak tiga hipotesis telah dibina dan diuji dengan menggunakan kaedah statistik ujian korelasi Pearson, ujian-t sampel bebas dan ujian ANOVA menerusi SPSS versi 21. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan distributif dan komitmen guru terhadap organisasi. Dimensi kepimpinan pengetua dan dimensi visi sekolah didapati sangat kerap dipraktiskan di dalam kajian ini. Bagi komitmen terhadap organisasi, didapati dimensi komitmen normatif adalah yang paling tinggi. Tiada perbezaan yang signifikan dalam kepimpinan distributif dengan komitmen guru berdasarkan kohort generasi dan juga jantina guru. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, adalah dicadangkan agar pemimpin sekolah dapat menyebarluaskan kepimpinan kepada guru di samping berkongsi visi sekolah yang jelas dan mudah difahami oleh warga sekolah, tanpa mengira jantina dan kohort generasi
AMALAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN: CONTINUOUS QUALITY IMPROVEMENT PRACTICES IN EDUCATIONAL INSTITUTIONS
With the increasing demand in improving quality education system, the Malaysian Education Ministry has recently adopted a policy aimed at practicing continuous quality improvement (CQI) at all levels and across all states. The key goal is to achieve changes in practice which improve education outcomes. This paper includes the systematic literature review to describe the scenario of quality management practices in industry and quality improvement approaches at various levels in education systems. Several identified themes were discovered ie the importance of continuous improvement programs, quality management systems and readiness to implement the quality improvement practices. Future research should include the psychology aspects in testing the effectiveness of quality improvement practices
PENGUKUHAN AQIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH (ASWJ) DALAM PENDIDIKAN ISLAM KE ARAH MENANGANI GERAKAN SYIAH DI MALAYSIA: INFORMATION OF THE AQIDAH OF THE SUNNAH WA AL-JAMAAH (ASWJ) EXPERT IN ISLAMIC EDUCATION TOWARDS HANDLING THE SHIAH MOVEMENT IN MALAYSIA
Polemik antara Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) dengan golongan Syiah menjadi suatu isu kajian ini disebabkan perselisihan faham tentang amalan dalam mazhab boleh menyebabkan persengketaan yang menjadi punca perpecahan yang akan mengheret kepada permusuhan sehingga menimbulkan kucar kacir kepada negara. Justeru pengukuhan mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) dalam masyarakat Islam di Malaysia amat penting dalam usaha menangani penyebaran Syiah yang membawa kepada konflik dan persengketaan. Justeru kajian pembentukan Model Penghayatan Pendidikan Islam dan Strategi Pengukuhan Akidah diketengahkan sebagai usaha penyatuan umat Islam menerusi kefahaman dan pegangan kepada murid-murid tentang amalan yang berasaskan kepada mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ). Kajian ini melibatkan 700 orang responden kajian yang terdiri daripada Pelajar Menegah Atas di tujuh buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Hasil kajian menunjukkan Pendidikan Akidah Dalam Pendidikan di Malaysia perrlu diberi penekanan sejak dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi kerana golongan ini mudah terpengaruh dengan ajaran sesat. Hasil kajian ini penting dalam memastikan perpaduan umat Islam di Malaysia berasaskan kepada suatu fahaman agar tidak wujud pertikaian yang boleh mendorong kepada permusuhan yang mencetuskan peperangan dalam kalangan umat Islam sendiri seperti yang berlaku di Pakistan dan Iran
AUDIO CLIPS IN DEVELOPING LISTENING COMPREHENSION SKILLS IN MALAYSIAN PRIMARY ESL CLASSROOMS: KLIP AUDIO DALAM MENGEMBANGKAN KETERAMPILAN PEMAHAMAN MENDENGAR DI KELAS ESL UTAMA MALAYSIA
Listening skill has been an under-emphasised skill in many English as a Second Language (ESL) classrooms until recent decades. To keep up with the global advancement of technology, many studies on listening skills have integrated use of technology. In Malaysia, listening skills are also often neglected due to the highly examination-oriented education system. Since communication and technology competence are important 21st century skills, learners should be exposed to listening skills using no less than multimedia, especially when technology is inaccessible in rural parts of the country. This paper aims to examine the perceptions of teachers and pupils in using audio clips to develop listening comprehension skills in a rural primary school in Sarawak, East Malaysia, where digital facilities and internet connection are lacking in many parts of the state. Focus group interviews were conducted with two teachers and three ESL pupils after six weekly listening activities using audio clips based on the textbooks. Findings indicated that the teachers found audio clips to be useful and convenient, while pupils exhibited more interest and concentration during lessons. All respondents believed that audio clips could encourage the development of listening comprehension skills. Finally, it is recommended that audio clips could be expanded into a listening module that slowly moves towards authentic listening to equip learners with real-world skills and experiences