Open Journal System UNIPSAS
Not a member yet
231 research outputs found
Sort by
PEMBAHASAN AYAT AL- MUHKAM DAN AL-MUHTASYABIH
Artikel ini membahas ilmu tentang ulum Al quran yang merupakan salah satu ilmu rujukan utama dan juga merupakan sumber pertama di antara dalil dalil yang disepakati. Penulisan artikel ini juga bertujuan membincangkan mengenai konsep al-Muhkam dan al-Muhtasyabihi dalam Ulum Al Quran yang mana merupakan salah satu dari cabang ilmu yang mendalami pelbagai aspek Al-Quran. Al-Muhkam merujuk kepada ayat-ayat yang jelas dan tegas maksudnya, yang tidak memerlukan penjelasan lanjut. Ayat-ayat ini sering kali berkaitan dengan hukum-hakam dan ajaran yang praktikal dalam kehidupan seharian. Sebaliknya, al-Mutashabih adalah ayat-ayat yang samar atau memiliki maksud yang berlapis, memerlukan tafsiran dan pemahaman yang lebih mendalam serta pengetahuan kontekstual untuk diuraikan. Dalam erti kata yang lain juga, Artikel ini juga mengkaji peranan kedua-dua jenis ayat ini dalam pembentukan hukum syarak, pemahaman teologi, dan tafsir Al-Quran. Di samping itu, perbincangan turut meliputi pendekatan ulama terdahulu dan moden dalam menafsirkan ayat-ayat mutashabih serta implikasinya terhadap kefahaman umat Islam terhadap teks suci mereka. Dengan memahami al-Muhkam dan al-Mutashabih, pembaca diharapkan dapat menghargai kerumitan dan kedalaman mesej Al-Quran serta pentingnya pengetahuan yang mendalam dalam menafsirkan ayat-ayatnya
AUGMENTED REALITY IN CAMPUS INDOOR NAVIGATION: CURRENT TRENDS, CHALLENGES AND FUTURE PROSPECTS
Indoor navigation is a vital component in developing smart campuses, especially within large university environments. Despite various technologies being available, their adoption remains limited due to usability issues and lack of integration with campus systems. This study conducts a systematic literature review (SLR) guided by the PRISMA framework to analyze research published between 2020 and 2025 across Scopus, IEEE Xplore, ScienceDirect, and Google Scholar. Out of 152 initial records, 32 studies met the inclusion criteria. The synthesis identifies four major themes: (i) AR usability and user experience, (ii) integration with campus management systems, (iii) accessibility and inclusivity, and (iv) implementation challenges. Findings indicate that Augmented Reality Indoor Mapping (ARIM) improves navigation accuracy, engagement, and accessibility when integrated with real-time campus data. However, infrastructure costs and data privacy remain key barriers. The review concludes that ARIM can enhance student experience and operational efficiency, supporting the vision of a connected smart campus ecosystem
PENGETAHUAN BAPA DALAM MEMBESARKAN ANAK AUTISME: SATU KAJIAN KUALITATIF
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan bapa dalam membesarkan anak autisme. Autisme iailah satu kecelaruan neurologikal yang memberi kesan ke atas komunikasi, interaksu sosial dan tingkah laku seseorang. Kajian kualitatif ini dijalankan di Kedah dan melibatkan tujuh orang bapa kepada anak autisme berumur antara tiga hingga sembilan tahun. Data kajian dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan menggunakan analisis kajian tematik. Dapatan kajian menunjukkan dua tema utama: masalah sosial interaksi dan komunikasi dan masalah tingkah laku. Dari aspek masalah sosial interaksi dan komunikasi, bapa melaporkan anak autisme mereka mengalami kesukaran komunikasi, masalah tumpuan, tiada hubungan mata dan suka bersendirian. Manakala, dari aspek masalah tingkah laku anak autisme mereka mengalami hiperaktif, tantrum, sensetif terhadap bunyi dan suka menyusun mainan. Secara keseluruhannya, kesemua bapa mempunyai pengetahuan yang baik dalam mengenal pasti karakteristik autisme yang selaras dengan kriteria DSM-5. Kajian ini juga menegaskan kepentingan pengetahuan yang mencukupi bagi membolehkan bapa memainkan peranan positif dalam membesarkan anak autisme dan meningkatkan kesejahteraan keluarga
PERBANDINGAN PEMIKIRAN CHRIS BARKER DAN EMMA A. JANE DALAM KAJIAN BUDAYA DAN WACANA MEDIA: ANALISIS TERHADAP KUASA, IDEOLOGI DAN IDENTITI
Kajian budaya menawarkan rangka kerja kritis untuk memahami bagaimana kuasa, ideologi, dan identiti berinteraksi dalam wacana media. Media bukan sekadar saluran komunikasi, tetapi juga ruang di mana makna dihasilkan, dikawal, dan ditentang. Artikel ini menganalisis bagaimana media membentuk serta menyebarkan ideologi dominan yang mempengaruhi pembentukan identiti individu dan kolektif. Dengan menggunakan pendekatan teori kajian budaya, perbincangan ini meneroka bagaimana representasi dalam media mencerminkan serta memperkukuh hubungan kuasa dalam masyarakat. Kajian ini turut menyoroti bagaimana kelompok sosial tertentu mengadaptasi dan meresistensi ideologi yang dipaksakan melalui wacana media. Implikasi kajian ini memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang peranan media dalam membentuk pemikiran sosial serta kepentingan wacana kritis dalam meneliti naratif yang mendominasi ruang awam
KEBOLEHGUNAAN APLIKASI JAWLAH TIKTOK DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN HURUF MUTAMATHILAH DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
This study aims to evaluate the usability of the Jawlah Tiktok application.Jawlah Tiktok is an application resembling an alternative teaching aid (BBM)for non-native students during the learning and facilitation activities (PdPc)of elementary school students. The data shows that students face the problemof mastering the pronunciation of mutamathilah letters well because theseletters have the same voice articulation area and letter properties. Therefore,this study was developed as an effective medium in PdPc activities ofmutamathilah letters. This study uses the ADDIE Instructional Model with fivephases. The evaluation phase is the fifth phase and is an important phase inthe study of technology-based BBM development. There are various methodsthat can be used in this phase that are compatible with the objectives of thestudy. The researcher chooses an expert evaluation method that involves agroup of experts in the field. This usability evaluation process was carried outby seven experts in the field. The USE questionnaire was analyzed using thePercentage Calculation Method (PCM). The results of the study show theusability of Jawlah Tiktok from the aspects of usefulness, ease of use, ease oflearning and satisfaction. This study will also provide new ideas, guidanceand information to primary school Arabic teachers to apply this BBM in theclassroom, especially for teaching mutamathilah letters
ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN KERANGKA LITERASI MEMBACA TEKS BAHASA ARAB BERBANTUKAN TEKNOLOGI AUGMENTASI REALITI (AR) UNTUK MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBK) DI MALAYSIA DALAM KALANGAN GURU
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat daripada guru bagi tujuan pembangunan kerangka literasi membaca teks bahasa Arab berbantukan teknologi augmentasi realiti (AR). Analisis keperluan ini penting bagi menyediakan maklumat yang jelas untuk pembangunan kerangka literasi agar kerangka yang dibangunkan bertepatan dengan keperluan murid dan dapat membantu menyelesaikan sebarang kebarangkalian permasalahan yang wujud. Populasi bagi kajian ini merangkumi guru yang mengajar di Program Pendidikan Khas (PPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), dan Program Inklusif pada peringkat umur 7 hingga 12 tahun. MBK dalam kajian ini hanya tertumpu kepada kategori Murid yang mengalami masalah pembelajaran (slow learner). Kajian ini melibatkan lima zon di Malaysia. Protokol temu bual separa struktur digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Data kualitatif yang diperolehi akan dianilis secara tematik menggunakan perisian ATLAS.ti 8. Terdapat tiga kumpulan tema yang menghasilkan 10 kod berkaitan data iaitu (1) kaedah pengajaran (2) persepsi (3) Cadangan. Analisis data menunjukkan kerangka literasi membaca teks Arab berbantukan teknologi augmentasi diperlukan dengan tiga tema yang telah dinyatakan. Pembangunan kerangka literasi membaca teks bahasa Arab berbantukan teknologi (AR) untuk MBK diharapkan dapat menyediakan pengalaman pembelajaran yang baru kepada MBK di Malaysia dan seterusnya dapat bersama-sama membantu pihak berautoriti untuk menyelesaikan masalah keciciran murid-murid berkeperluan pendidikan khas dalam arus pendidikan perdana di Malaysia
الإجماع وموقف العلماء من القول الــُمخالف له
في الإجماع بيان لوحدة الأمة الفكرية خصوصًا فيما يتعلق بالمنهج، مع مُراعاة أنّ الاختلاف في الفهم فطرة فطر الله الناس عليها، وأساسه اختلاف العقول والزمان والمكان، ولوحدة التشريع وصلاحيته وشموله؛ اهتم العلماء ببيان القضايا المتعلقة بالإجماع، وكان من هذه القضايا قضية القول المخالف للإجماع، والذي تعددت فيه تعبيرات العلماء عنه فمن العلماء من أطلق عليه القول الجديد، ومنهم من أطلق عليه القول الثالث، أو القول المخالف؛ وبناء على ما تقدم أعددت بحثًا بعنوان (الإجماع وموقف العلماء من القول الــُمخالف له) مستهدفًا بالمقال الكشف عن آراء العلماء في وجود الإجماع، وممن يكون منه الإجماع، ثم حكم القول المخالف للإجماع؛ مع بيان أنّ الهدف من الاجتهاد ليس التبديع والتفسيق وإنما جمع الأمة على المنهج الإسلامي وتحقيق مقاصد الشريعة. ومراعاة أنّ الاجتهاد بابه مفتوح لكل مجتهد تحققت فيه ضوابط الاجتهاد، وأنّ المجتهد المخلص مأجور أصاب أو أخطأ عملًا بما رواه الإمام أحمد في مسنده عن عمرو بن العاص، أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "إذا حكم الحاكم واجتهد، ثم أصاب فله أجران، وإذا حكم واجتهد ثم أخطأ فله أجر" (أحمد: 1421 هـ - 2001 م
AN INTEGRATIVE REVIEW ON FEMALE REPRODUCTIVE PATHOPHYSIOLOGY ACCORDING TO ISLAMIC PERSPECTIVE
Islamic medical ethics provides Muslims with a crucial framework thatdirects their lives in all spheres, including women's health. The intersectionof Islamic medical ethics with female reproductive physiology and pathologyis of paramount importance in today's diverse world, as it not only informsethical and moral guidelines but also has practical implications for Muslimwomen's healthcare. However, how these medical ethics address the intricatematters of female reproductive physiology remains to be studied. Asignificant gap exists in the literature on how religious beliefs influenceunderstanding of biomedicine. Addressing this gap is crucial to ensure thatreligious and medical guidelines align, ultimately benefiting the well-beingof Muslim women. A thorough search of the literature found the existing bodyof literature emphasizing the relationship between Islamic medical ethicsand female reproductive pathophysiology. The scope, including female andmaternal health, highlighting menstruation, contraception, pregnancy,childbirth, and fertility in conjunction with an Islamic viewpoint, wasidentified and documented. The findings revealed that Islamic medical ethicsincorporate principles largely compatible with contemporary scientificunderstanding of female reproductive pathophysiology. Key themes includedthe importance of preserving life, protecting the mother's health, and theprohibition of harm, which align well with the modern concept ofreproductive health. This study emphasizes the evolving knowledge of thefemale reproductive system through an Islamic jurisprudence point of view.It also highlights the importance of synchronizing religious and medicalguidelines to ensure the well-being of Muslim women. The findings may serveas a foundational platform for future dialogues and collaborations betweenscholars of Islamic jurisprudence and healthcare professionals. Ultimately,this integration may lead to improved reproductive healthcare practices forMuslim women, rooted in the convergence of religious and medical ethics
HOMESCHOOLING (PEMBELAJARAN DI RUMAH) SEBAGAI PENDEKATAN ALTERNATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) BAHASA ARAB UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH B40
Homeschooling adalah alternatif pendidikan yang berlaku di rumah dibawah kawalan ibu bapa atau tenaga pengajar berpandukan kurikulumtersendiri. Di Malaysia, konsep homeschooling mula mendapat tempat danmula diamalkan oleh kebanyakan keluarga yang memilih untuk mengambiltanggungjawab mendidik anak-anak mereka mengikut acuan sendiri.Terdapat banyak kelebihan homeschooling yang menyebabkan ibu bapamemilih pendekatan ini, seperti aturan kurikulum tersendiri, tempoh masapembelajaran yang fleksibel, amalan komunikasi dan persekitaran yangaktif, serta galakan terhadap sokongan moral dan lingkungan sosial yangsihat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat keperluan pendekatanalternatif homeschooling terhadap murid sekolah rendah B40 yang seringdihubungkan dengan permasalahan pembelajaran dalam pelbagai subjekharian sekolah, termasuklah subjek bahasa asing iaitu bahasa Arab. Fokuskajian adalah mengenal pasti permasalahan pembelajaran dihadapi olehmurid sekolah rendah B40 serta faktor-faktornya, seterusnya melihatkeperluan semasa homeschooling sebagai pendekatan dalam pengajarandan pembelajaran bagi subjek bahasa Arab. Satu kaji selidik telahdisebarkan kepada 30 orang responden terdiri daripada guru dan tutorbahasa Arab di sekitar Kota Bharu dan Selangor yang mempunyaibeberapa ciri khusus. Data diperolehi telah dianalisis melalui perisiankomputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 29.0.1.0untuk melihat min dan peratusan hasil kajian. Hasil dapatan kajianmenunjukkan bahawa murid-murid B40 dilihat mengalami permasalahanpembelajaran pada tahap sederhana tinggi berpunca daripada faktor yangmenyumbang kepada keciciran mereka (Min=3.30, SP=0.75). Manakala,para responden menunjukkan kecenderungan yang tinggi terhadappengenalan pendekatan alternatif homeschooling (Min=4.28, SP=0.44)serta kriteria pendekatan alternatif homeschooling dalam pengajaran danpembelajaran bahasa Arab untuk murid sekolah rendah B40 (Min=4.31,SP=0.44). Kesimpulannya, terdapat keperluan semasa yang positifterhadap homeschooling sebagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Arab untuk murid sekolah rendah B40. Oleh itu, kerjasama dan sokongan pihak-pihak tertentu adalahdiperlukan dalam memastikan perkembangan dan pembangunan alternatifhomeschooling dimanfaatkan bersama untuk kepentingan pendidikan muridB40
ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK: PENDEKATAN BERDOA SEBAGAI DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN GURU-GURU SEKOLAH KELAS ALIRAN AGAMA
Pendekatan berdoa sebagai Didik Hibur (DH) merupakan satu kaedah pembelajaran aktif di mana murid dapat mengamalkan doa dalam konteks yang menyeronokkan sambil belajar. Pendekatan ini mampu menarik minat murid dan memotivasikan mereka terhadap pembelajaran, terutamanya dalam konteks Kelas Aliran Agama (KAA). Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis penyelidikan berkaitan pelaksanaan pendekatan DH melalui amalan berdoa dalam pengajaran guru-guru KAA di sekolah-sekolah dari tahun 2019 hingga 2023. Preffered Reporting Items For Systematic Reviews and Meta Analysis (PRISMA) telah digunakan sebagai kaedah tinjauan dalam kajian ini. Melalui pengkalan data Scopus dan Google Scholar, sebanyak 170 buah artikel telah dikenalpasti sebagai kajian yang berkaitan dengan pendekatan DH. Artikel yang memenuhi kriteria dan kelayakan pada akhir proses pemilihan adalah sebanyak 13 buah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan didik hibur berupaya menarik minat dan memotivasikan murid dalam pembelajaran, seterusnya dapat meningkatkan pencapaian mereka secara tidak langsung. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menggalakkan penggunaan pendekatan berdoa sebagai DH dalam pengajaran dan pembelajaran KAA, agar dapat memberi manfaat serta meningkatkan pemahaman dan pencapaian murid