Open Journal System UNIPSAS
Not a member yet
231 research outputs found
Sort by
AFFILIATE MARKETING IN THE ERA OF TIKTOK: A REVIEW ON CONSUMER PURCHASE INTENTION AND BEHAVIORAL INSIGHTS
The rise of TikTok as a social commerce platform has transformed the landscape of affiliate marketing, blurring the boundaries between entertainment, engagement and consumer behavior. While affiliate marketing is widely recognized for its influence on purchasing decisions, limited research has examined this phenomenon through the lens of consumer behavior and purchase intention. Addressing this gap, this paper presents a comprehensive review of twelve empirical studies published between 2023 and 2025 that investigate affiliate marketing and consumer purchase intention within the TikTok ecosystem. The review synthesizes findings across studies to identify the key determinants influencing consumer purchase intention including trust, social influence, content quality, interactivity and perceived value. Informed by behavioral and marketing perspectives particularly insights consistent with the Theory of Planned Behavior (TPB), the analysis highlights how consumers’ attitudes, social validation and sense of control shape purchase motivation in affiliate-driven environments. The results indicate that authenticity, live streaming engagement and peer-based validation are critical to building trust and converting attention into purchasing action. From a practical standpoint, the review emphasizes that successful affiliate marketing on TikTok requires relatable content, ethical influencer partnerships and culturally resonant communication strategies
CONSUMERS’ ATTITUDE, TRUST, AND PURCHASE INTENTION TOWARDS THAILAND HALAL FOOD PRODUCTS: A STUDY IN KOTA BHARU, KELANTAN
Muslim consumers are highly concerned about the Halal status of the foods they consume, guided by Syari'ah law. In Malaysia, incidents involving Halal food violations, widely circulated through the media, have diminished public confidence, especially among Muslims. Previous studies suggest that the Halal logo alone cannot influence purchasing decisions, as varying Halal standards across countries create differences in consumer perceptions. This study examines the impact of consumer attitude and trust on purchase intention towards Halal food products from Thailand, particularly in Kota Bharu. It employs the Theory of Planned Behavior to explain the formation of consumer intentions, focusing on attitudes toward behavior, subjective norms, perceived behavioral control, and actual purchase behavior. Findings reveal that consumers have a generally positive attitude and trust toward Thailand’s Halal food products, with trust playing a moderate role in influencing purchase intention. Additionally, educational background significantly influences trust in Thailand's Halal food products
KEISTIMEWAAN MANHAJ AL-QURAN DALAM MEMBENTUK DAN MEMPERBAIKI STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT
Al-Quran merupakan kitab suci yang berperanan sebagai panduan hidup umat manusia merentasi zaman. Manhaj al-Quran mempunyai keistimewaan yang unik dalam membentuk dan memperbaiki struktur sosial masyarakat melalui pendekatan yang komprehensif, seimbang dan sesuai dengan fitrah manusia. Artikel ini meneliti keistimewaan manhaj al-Quran dari aspek tarbiah individu, pengukuhan institusi keluarga, pembinaan akhlak mulia, serta pembentukan masyarakat berteraskan prinsip keadilan, persaudaraan dan kesejahteraan. Metodologi kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan ayat-ayat al-Quran dan rujukan tafsir untuk mengenal pasti prinsip manhaj al-Quran dalam pembentukan struktur sosial masyarakat. Melalui konsep tazkiyah al-nafs (penyucian jiwa), syura (musyawarah), amar makruf nahi mungkar serta penekanan terhadap nilai kasih sayang dan keadilan sosial, al-Quran membimbing manusia dalam melahirkan masyarakat harmoni dan berdaya maju. Kajian ini menegaskan bahawa keberkesanan manhaj al-Quran tidak hanya terletak pada kesempurnaan isi kandungannya yang bersifat universal, tetapi juga pada metodologi praktikal yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Justeru, penghayatan serta penerapan manhaj al-Quran merupakan asas penting dalam membina struktur sosial yang seimbang, beretika dan lestari. Hasil kajian membuktikan bahawa manhaj al-Quran mempunyai keistimewaan yang tidak dapat ditandingi dalam membentuk dan memperbaiki struktur sosial masyarakat. Keistimewaan ini dapat dilihat melalui pendekatan al-Quran yang syumul, menyeluruh, dan bersepadu antara aspek rohani, jasmani, akal, serta emosi
ETIKA DAN ADAB PENGGUNAAN KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MENURUT PERSPEKTIF IMAM AL-GHAZALI DAN IBN MISKAWAYH
Perkembangan pesat Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang pendidikan bahasa Arab menjanjikan peningkatan keberkesanan pembelajaran, namun menimbulkan persoalan kritikal tentang etika, nilai moral dan tanggungjawab manusia. Artikel ini bertujuan meneliti prinsip etika Imam al-Ghazali dan Ibn Miskawayh dalam konteks aplikasi AI dalam pembelajaran bahasa Arab serta merumuskan model etika AI Islamik berdasarkan sintesis pemikiran mereka. Metodologi yang digunakan ialah analisis kualitatif dokumen teks klasik seperti Ihya’ ‘Ulum al-Din dan Tahdhib al-Akhlaq, serta kajian literatur kontemporari berkaitan AI dan pendidikan bahasa Arab. Dapatan menunjukkan bahawa al-Ghazali dan Ibn Miskawayh sama-sama menekankan aspek niat, tanggungjawab (amanah), akhlak, pengawalan terhadap kebergantungan teknologi serta bimbingan guru. Artikel ini mencadangkan Model Etika AI Islamik untuk Pembelajaran Bahasa Arab yang merangkumi komponen niat, adab, kawalan pemanfaatan dan pemantauan institusi. Implikasi kajian ini meliputi pembentukan garis panduan etika institusi, pengembangan aplikasi AI beretika, serta pengukuhan pendidikan Islam yang mengimbangi teknologi dan nilai
PEMBELAJARAN PERIBADI MURID TINGKATAN EMPAT DALAM MENGHADAPI UJIAN TILAWAH, HAFAZAN AL- QURAN DAN BACAAN HADIS (UTQH)
Murid-murid Tingkatan Empat merupakan golongan yang paling sesuai diberikan pendedahan awal untuk mempersiapkan diri menghadapi Ujian Tilawah, Hafazan al-Quran, dan bacaan hadis (UTQH) sebagai persediaan melengkapkan keperluan kertas peperiksaan Pendidiakn Islam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penulisan ini bertujuan menjelaskan kaedah pembelajaran peribadi murid sebagai persiapan menghadapi peperiksaan UTQH untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM. Kajian dibuat dengan reka bentuk kuantitatif, menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Objektif penulisan ini adalah untuk mengenal pasti kaedah pembelajaran peribadi murid dalam pelbagai dimensi pembelajaran peribadi, termasuk pembelajaran menggunakan bahan rutin, bahan sampingan, teknologi, pemantapan kemahiran kendiri, serta pengulangan dan penilaian berterusan. Selain mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pembelajaran peribadi dan mengetahui strategi pembelajaran peribadi yang paling berkesan dalam persediaan menghadapi UTQH. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid menunjukkan kecenderungan yang tinggi dalam pembelajaran menggunakan bahan rutin, bahan sampingan, teknologi, serta melalui pengulangan dan penilaian berterusan. Namun begitu, tahap kemahiran kendiri murid didapati memerlukan perhatian dan usaha penambahbaikan dalam aspek ini. Kaedah pembelajaran peribadi diharapkan dapat membantu mencapai matlamat pendidikan Islam yang holistik, melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja mahir dalam ilmu agama tetapi juga berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam
PENEROKAAN TAHAP PENCAPAIAN INTERNET TERHADAP PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Pembelajaran dalam talian telah menjadi norma baharu dalam landskap pendidikan global, terutamanya selepas era pandemik COVID-19. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya menawarkan pelbagai kelebihan, termasuk fleksibiliti masa, ruang, dan akses kepada bahan digital. Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar memiliki keupayaan yang sama untuk mengakses kemudahan teknologi dan sambungan internet yang stabil, khususnya pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap akses terhadap jaringan internet di kediaman pelajar dan impaknya terhadap pengalaman PdP atas talian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian kes. Seramai enam orang peserta telah dipilih secara purposif dalam kalangan pelajar sarjana Pendidikan Bahasa Arab di Universiti Pendidikan Sultan Idris, yang ketika itu mengikuti sesi PdP dari rumah masing-masing. Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis secara tematik. Dapatan kajian mengenal pasti empat isu utama yang dihadapi oleh pelajar, iaitu: (i) capaian internet yang tidak stabil; (ii) kos langganan internet yang tinggi; (iii) persekitaran rumah yang kurang kondusif untuk pembelajaran; dan (iv) tahap keberkesanan pembelajaran secara maya yang dianggap kurang memuaskan. Kesimpulannya, hasil kajian ini memberikan gambaran jelas mengenai cabaran pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar pascasiswazah, khususnya di institusi pengajian tinggi. Implikasi kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pihak universiti dan pembuat dasar untuk merangka pendekatan PdP yang lebih inklusif dan lestari
ULASAN KAJIAN KAMUS KOMPETENSI DI MALAYSIA: TUMPUAN KEPADA SEKTOR KERAJAAN DAN UNIVERSITI
Kamus kompetensi merupakan alat strategik dalam pembangunan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh pekerja serta pelajar di Malaysia, khususnya dalam sektor kerajaan dan universiti. Walaupun penggunaannya semakin meluas, masih terdapat kekurangan kajian yang mendalam mengenai struktur, kandungan, dan pelaksanaannya dalam sektor-sektor ini. Kajian ini bertujuan mengkaji beberapa kamus kompetensi yang digunakan dalam kedua-dua sektor, dengan memberi tumpuan kepada kandungan kamus kompetensi, perbandingan struktur, tujuan dan fungsi utama penggunaan kamus kompetensi tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen ke atas sembilan kamus kompetensi di mana empat kamus kompetensi adalah dari universiti dan lima kamus kompetensi lagi dari sektor kerajaan. Selain itu, kajian literatur turut dilakukan untuk memahami konteks pembinaan kamus kompetensi yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan terdapat variasi dalam pembangunan kamus kompetensi, terutamanya dalam aspek kemahiran teknikal dan insaniah; bergantung kepada keperluan organisasi kerajaan dan institusi pendidikan tersebut. Ini menunjukkan bahawa pembangunan kamus kompetensi adalah disesuaikan mengikut keperluan khusus setiap organisasi
MUHAMMAD RASHID RIDA DAN PEMIKIRANNYA TERHADAP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Peringkat pendidikan awal kanak-kanak merupakan fasa yang sangat penting dalam pembentukan peribadi dan intelektual manusia. Kepentingan pendidikan pada peringkat awal kanak-kanak mendapat perhatian ramai cendekiawan Muslim seperti al-Ghazali, Ibn Khaldun, Ibn Qayyim Al-Jauziyah dan lain-lain. Antara sarjana Islam yang turut memberikan perhatian terhadap pendidikan awal kanak-kanak ialah Muhammad Rashid Rida. Walau bagaimanapun, belum ada kajian yang membincangkan pemikiran beliau dalam pendidikan kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan konsep pendidikan awal kanak-kanak yang dikemukakan oleh Muhammad Rashid Rida dalam majalah al-Manar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen terhadap majalah al-Manar yang membahaskan tentang pendidikan awal kanak-kanak. Dapatan kajian menunjukkan Muhammad Rashid Rida telah membahaskan konsep pendidikan daripada dua dimensi iaitu ta’lim dan tarbiyyah. Perkara lain yang disentuh dalam majalah al-Manar dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak adalah mengenai persediaan ibu sebelum melahirkan anak serta perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam mendidik anak sejak awal usia. Selain itu, Muhammad Rashid Rida turut membahaskan konsep targhib dan tarhib dan kesesuaian pelaksanaannya dalam mendidik kanak-kanak. Kajian ini dapat memberi sumbangan terhadap penerokaan yang lebih meluas pandangan sarjana Islam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
CABARAN PENGURUSAN SUMBER PENDAPATAN BAITULMAL DI MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (MUIP)
Artikel ini membincangkan cabaran dan strategi memperkasa pengurusan sumber pendapatan Baitulmal di bawah seliaan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Sebagai institusi kewangan Islam yang berperanan penting dalam menguruskan harta umat Islam termasuk zakat, wakaf, dan sedekah, kecekapan Baitulmal amat bergantung kepada kemampuan menjana pendapatan secara bersepadu dan lestari. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual separa berstruktur melibatkan tujuh (7) orang informan yang terdiri daripada pegawai kanan MUIP, ahli akademik, dan tokoh korporat yang berpengalaman dalam bidang pengurusan Baitulmal. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah triangulasi bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan dapatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat dua cabaran utama dalam pengurusan sumber pendapatan Baitulmal MUIP, iaitu keperluan kepada pertambahan dan kepelbagaian sumber pendapatan, dan cabaran kolaborasi dengan pihak berkepentingan. Kelemahan kutipan zakat berbanding negeri-negeri lain serta kekangan dalam pelaksanaan pelaburan ekonomi berasaskan wakaf dikenal pasti sebagai faktor utama yang menjejaskan keupayaan kewangan institusi. Selain itu, isu birokrasi, kekurangan tenaga kerja berkemahiran, dan tahap kerjasama yang rendah antara agensi turut menjadi halangan kepada keberkesanan operasi. Bagi mengatasi cabaran tersebut, kajian ini mencadangkan beberapa strategi utama, termasuk diversifikasi sumber pendapatan melalui pelaburan strategik berasaskan syariah, pendigitalan sistem kutipan dan agihan, peningkatan kompetensi sumber manusia, pengukuhan jaringan kerjasama strategik, serta semakan semula kerangka perundangan dan dasar dalaman. Cadangan ini diharap dapat memperkukuh kedudukan kewangan Baitulmal MUIP sekaligus memastikan institusi ini terus relevan sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi umat Islam di negeri Pahang. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa transformasi pengurusan Baitulmal secara holistik amat diperlukan bagi menjamin kelestarian fungsinya sejajar dengan maqasid syariah dan aspirasi pembangunan Islam kontemporari
MENELUSURI PERANAN NAHU ARAB DALAM PEMAHAMAN METAFIZIK: ANALISIS TEMATIK DARIPADA PENSYARAH BAHASA ARAB UnIPSAS
Penguasaan ilmu nahu Arab memainkan peranan penting dalam memahami teks al-Quran secara tepat dan menyeluruh, khususnya dalam aspek makna tersirat dan pemikiran metafizik yang terkandung di dalamnya. Namun begitu, kepentingan nahu Arab sering kali dilihat secara teknikal semata-mata tanpa meneliti kaitannya dengan aspek epistemologi dan penghayatan akidah. Justeru, kajian ini bertujuan menelusuri pandangan pensyarah bahasa Arab terhadap kepentingan penguasaan nahu Arab dalam konteks pendidikan tinggi bagi memahami konsep-konsep metafizik dalam al-Quran. Kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian fenomenologi ini melibatkan enam orang pensyarah Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Data dikumpul melalui kaedah temu bual separa berstruktur yang dilakukan secara mendalam. Data yang diperoleh dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti corak pemikiran dan hujahan yang dikemukakan oleh para responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nahu Arab bukan sekadar alat linguistik, tetapi merupakan asas epistemologi yang penting untuk menyingkap makna tersirat dan dimensi metafizik yang terkandung dalam teks al-Quran. Pensyarah turut menekankan keperluan memperkukuh pengajaran nahu dalam kurikulum pengajian tinggi Islam bagi melahirkan pelajar yang mampu mentafsir teks al-Quran secara lebih mendalam dan berasaskan kefahaman yang tepat. Kajian ini menyarankan agar pendekatan pengajaran nahu dalam pendidikan tinggi diberi perhatian semula dengan menekankan hubung kaitnya dengan ilmu akidah, falsafah dan metafizik Islam