Open Journal System UNIPSAS
Not a member yet
231 research outputs found
Sort by
APLIKASI ILMU FARAID DAN MAQASID SYARIAH DALAM PELAKSANAAN WASIAT WAJIBAH MERUJUK ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM DI MALAYSIA
Kajian ini membincangkan hubungan antara sistem faraid dan pelaksanaan wasiat wajibah menurut Enakmen Undang-undang Syariah negeri-negeri di Malaysia dengan menekankan penerapan prinsip Maqasid Syariah sebagai asas keadilan pewarisan Islam. Walau bagaimanapun, pengetahuan Masyarakat mengenai wasiat wajibah masih lagi berada pada tahap yang rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan peruntukan undang-undang yang terdapat dalam enakmen negeri-negeri sedia ada yang mempunyai hubungkait dengan ilmu faraid. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif melalui analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan ketara dalam penentuan penerima wasiat wajibah berpunca daripada variasi tafsiran fiqh dan pendekatan pentadbiran Mahkamah Syariah. Walau bagaimanapun, semua peruntukan tersebut menunjukkan kesepakatan terhadap matlamat maslahah dan keadilan sosial, selaras dengan objektif utama Maqasid Syariah iaitu menjaga harta, menjaga keturunan dan menegakkan keadilan. Kajian ini menegaskan keperluan kepada penyelarasan nasional terhadap pelaksanaan wasiat wajibah bagi memastikan keseragaman undang-undang, kejelasan tafsiran dan keadilan terhadap semua waris yang terlibat dalam pewarisan Islam di Malaysia
KEINDAHAN SEBAGAI JALAN MENUJU TUHAN: ANALISIS FALSAFAH SENI ISLAM BERDASARKAN PEMIKIRAN ISMAIL RAJI AL-FARUQI
Artikel ini meneliti pemikiran Ismail Raji al-Faruqi yang tajam, jelas, dan tegas dalam menghuraikan falsafah seni Islam yang berteraskan perpaduan antara keindahan dan nilai spiritual sebagai medium untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Berbeza dengan pendekatan seni moden yang cenderung kepada ekspresi subjektif dan estetika formalistik, Faruqi menegaskan bahawa seni dalam tradisi Islam merupakan cerminan dimensi transenden serta tatanan visual yang berpaksikan nilai ketuhanan, yang berperanan menyucikan jiwa dan memperkukuh makna kehidupan. Objektif kajian ini adalah untuk menelusuri konsep seni Islam menurut Faruqi dari aspek metafizik, etika dan spiritual yang membentuk asas pemikiran estetik beliau, serta menilai bagaimana gagasan tersebut membina pandangan alam Islam yang menyepadukan akal, rasa, dan iman dalam konteks semasa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis wacana terhadap syarahan, penulisan dan tafsiran Fahruddin Faiz bagi memahami bagaimana seni diposisikan sebagai jalan kerohanian dan manifestasi tauhid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa falsafah seni Islam menurut Faruqi membentuk kerangka metafizik yang holistik dan fungsional, di mana keindahan tidak hanya bersifat estetika, tetapi menjadi jendela kontemplatif menuju makrifat dan pengabdian kepada Ilahi. Signifikan kajian ini terletak pada sumbangannya dalam memperkukuh kefahaman hubungan antara seni, falsafah dan spiritualiti Islam serta memperluas asas teori seni Islam yang bersifat integratif dan transformatif.
 
BEYOND THE SCREEN: FACTORS SHAPING CHATGPT UTILISATION IN HIGHER EDUCATION
This concept paper investigates the adoption of ChatGPT in higher education, focusing on key factors such as performance expectancy, effort expectancy, social influence, and facilitating conditions. This study used qualitative content analysis of over 15,000 peer-reviewed academic sources from Google Scholar (2022–2024) to identify key themes surrounding ChatGPT, including “ChatGPT,” “artificial intelligence,” “higher education,” “user adoption,” and “ethical implications”. Findings indicate that while students recognize ChatGPT's potential to enhance academic performance, concerns about academic integrity and overreliance on AI remain significant. The research underscores the necessity of creating supportive environments and providing comprehensive training to address these ethical challenges. The significance of this study lies in its insights into the dynamics of AI integration in educational contexts, guiding educators and policymakers in developing strategies that harmonize technological advantages with ethical standards. Results emphasize the critical role of performance expectancy and social influence in shaping students' engagement with ChatGPT. In conclusion, the study advocates for further exploration of AI's effects on learning efficacy and cognitive skill development across various educational settings
ANALISIS ESTETIKA DAN SIMBOLISME HIASAN ISLAM DI MASJID TENGKU MAHKOTA TENGKU HASSANAL, UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH (TMTHIAS)
Makalah ini pada dasarnya menyuguhkan percikan-percikan kenisbian spektrum tatanan simbolis dan jenis motif yang kini bermuara dan mengacu di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal (TMTHIAS) serta mencoretkan bagaimana elemen ini menyajikan unsur keestetikaan yang mencerminkan nilai-nilai, norma-norma, hukum-hakam, gagasan-gagasan dan fungsi-fungsi dalam ranah Islam yang masuk ke “ladang hati manusia”. Pernyataan masalah kajian ini berpusat pada kekurangan penelitian yang menghuraikan secara sistematik fungsi motif geometri, flora dan kaligrafi dalam membentuk identiti estetika masjid kontemporari. Objektif kajian adalah mengenal pasti motif utama, menjelaskan fungsinya dalam tatanan simbolik, dan menafsir makna estetika yang hadir dalam ruang ibadah tersebut yang sarat dengan makna. Paradigma kualitatif yang dinisbahkan berpaksikan kepada karya tentang elemen geometri, flora dan kaligrafi, ini dimadukan dengan pemerhatian setempat untuk mendapatkan anekdot-anekdot segar melalui tafsiran makna dalam tatanan simbolik. Hasil kajian ini juga menegaskan bahawa simbol “hutan-hutan” ini mencerminkan kesinambungan tradisi estetika yang berakar dalam budaya masyarakat setempat
ANALISIS ISU-ISU SYARIAH DALAM PELABURAN SAHAM
Urus niaga saham merupakan satu aktiviti pelaburan yang penting dalam sistem kewangan moden, di mana individu dan institusi membeli serta menjual pegangan ekuiti dalam syarikat tersenarai. Aktiviti ini bukan sahaja memainkan peranan dalam menjana keuntungan kepada pelabur, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pengumpulan modal. Walau bagaimanapun, dalam konteks kewangan Islam, urus niaga saham menimbulkan beberapa persoalan dari sudut syariah, terutamanya berkaitan dengan pemilihan syarikat yang patuh syariah, unsur riba, gharar dan maisir serta amalan spekulasi berlebihan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu syariah yang wujud dalam urus niaga saham bagi memastikan aktiviti pelaburan ini selaras dengan prinsip-prinsip Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah deduktif berpandukan kerangka prinsip-prinsip syariah iaitu larangan riba, gharar dan maisir. Kajian ini mendapati bahawa pelaburan saham yang patuh syariah dapat memberikan manfaat ekonomi kepada masyarakat Islam, namun ia memerlukan penelitian yang mendalam terhadap sumber pendapatan syarikat yang masih lagi terdapat sumber-sumber tidak patuh syariah dalam pelaburan saham. Kesimpulannya, usaha berterusan daripada pihak Kerajaan, pemain industri saham, pihak-pihak berkepentingan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta orang ramai melibatkan pelabur Muslim amat penting bagi memastikan kesinambungan pelaburan saham patuh syariah terus meningkat dan menjadi dominan di pasaran saham tempatan
DIFFICULTIES IN POSTGRADUATE RESEARCH: A CASE STUDY
In Malaysia, postgraduate research has become an integral part of higher education that helps in the generation of knowledge, innovation, and socio-economic development. Nevertheless, postgraduate research is confronted by numerous challenges that affect the quality and efficiency of the output. The article explores the difficulties of postgraduate research, focusing specifically on Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). The researcher talked with three participants who have different issues faced while studying in UTHM. Some important problems encountered by postgraduate researchers in UTHM are quality of supervision, inadequate funding of research, limited access to advanced infrastructure, and challenges of balancing work and study. These are compounded by administrative inefficiencies and delay the progress of research and completion of a degree. The study proposes enhanced supervisions through professional development, better funding opportunities, improvement of research infrastructure, flexible study options for part-time students, and streamlining of administrative processes as solutions. Meeting these challenges would place Malaysia in a strategic position as a leader of research in Southeast Asia and would promote efficiencies in postgraduate research outcomes
PENGALAMAN KOMUNIKASI DAN STRATEGI PEDAGOGI BAHASA ARAB: SATU KAJIAN FENOMENOLOGI DI THAILAND
Strategi pedagogi merupakan aspek yang sangat penting khususnya buat pendidik bagi menyampaikan ilmu pengetahuan serta membimbing pelajar dalam proses pembelajaran. Ia melibatkan pelbagai teknik, kaedah komunikasi, dan alat bantu mengajar yang dirancang secara berkesan untuk mencapai objektif pembelajaran.. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengalaman komunikasi dan strategi pedagogi guru pelatih semasa latihan mengajar di Thailand. Reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk kualitatif dengan pendekatan fenomenologi untuk memahami pengalaman komunikasi dan strategi pedagogi guru pelatih. Manakala, sampel kajian terdiri daripada 4 orang pelajar yang dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui instrumen temu bual yang dirangka secara berstruktur dan dijalankan secara individu. Analisis data pula menggunakan perisian Atlas.ti. Data dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti tema-tema utama dalam pengalaman komunikasi dan strategi pedagogi semasa latihan mengajar mereka. Dapatan kajian menunjukkan tiga tema utama terhasil selepas analisis. Pertama, komunikasi. Guru pelatih menyesuaikan cara penyampaian dan komunikasi dengan menggunakan bahasa Arab mudah, bahasa tubuh, serta bantuan bahasa Inggeris dan Thai bagi memastikan kefahaman pelajar. Tema kedua pula ialah strategi pedagogi. Guru pelatih mengaplikasikan pelbagai pendekatan seperti pengulangan, penterjemahan, permainan, lakonan, penerangan, kolaboratif dan demonstrasi bagi meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Tema ketiga iaitu penggunaan bahan bantu mengajar seperti kad imbas, kamus, video dan aplikasi digital seperti Google Translate didapati membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara keseluruhan, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan keberkesanan latihan mengajar pelajar bahasa Arab serta menjadi panduan kepada universiti dan sekolah dalam merancang program latihan yang sesuai dengan keperluan pelajar dan konteks budaya berbeza
PERKAHWINAN BAWAH UMUR MENURUT SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA
Isu perkahwinan kanak-kanak bawah umur mula dibahaskan oleh pelbagai lapisan masyarakat setelah berlakunya beberapa kes perkahwinan kanak-kanak di Malaysia. Artikel ini akan membincangkan tentang kedudukan perkahwinan bawah umur daripada perspektif undang-undang di Malaysia yang secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu undang-undang sivil dan Syariah. Selain itu, kaedah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen primer dan sekunder antara lainnya seperti peruntukan yang terkandung dalam Akta dan Enakmen-enakmen Negeri, kes-kes yang dilaporkan dan penulisan akademik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peruntukan berkaitan perkahwinan bawah umur di dalam undang-undang di Malaysia baik Sivil mahupun Syariah walaupun peruntukan dalam undang-undang Syariah berbeza-beza mengikut negeri. Selain itu, terdapat juga garis panduan yang digunapakai oleh Hakim-hakim dalam memutuskan suatu prosiding perkahwinan bawah umur. Namun demikian, tidak ada perincian secara spesifik di dalam garis panduan tersebut mengenai pertimbangan yang perlu diambil kira dalam memberikan kebenaran bagi perkahwinan yang melibatkan pasangan bawah umur. Artikel ini juga mendapati wujudnya implikasi negatif terhadap kanak-kanak hasil perkahwinan di bawah umur
APLIKASI TEKNOLOGI DIGITAL DALAM MENINGKATKAN REGULASI KENDIRI GURU PENDIDIKAN ISLAM
Dalam era globalisasi pada hari ini, aplikasi teknologi digital memainkan peranan penting kepada semua penggunanya. Ini kerana semuanya terletak di hujung jari dan boleh mendatangkan kesan sama ada kesan positif atau negatif kepada pengguna. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengkaji aplikasi teknologi digital masa kini yang boleh meningkatkan regulasi kendiri guru pendidikan Islam. Ini kerana pendekatan teknologi yang digunakan boleh mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran guru pendidikan Islam serta menjadikan mereka kreatif dalam menarik minat murid untuk terus belajar. Kreatif dan inovatif seorang guru pendidikan Islam bergantung kepada keupayaan dan keinginan mereka untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan aplikasi teknologi digital. Ini kerana jika guru pendidikan Islam masih berada di takut lama dan tidak berminat terhadap aplikasi teknologi digital, maka ia akan memberi kesan yang tidak baik di dalam peningkatan regulasi kendiri
KEGANASAN RUMAH TANGGA: PENCEGAHAN DAN PENYELESAIAN DALAM KERANGKA SYARIAH
Keganasan rumah tangga merupakan isu serius yang memberi impak negatif terhadap kesejahteraan fizikal, emosi dan mental individu yang terlibat, khususnya wanita dan kanak-kanak. Dalam konteks masyarakat Islam,keganasan rumah tangga sering kali dianggap bertentangan dengan prinsip-prinsip syariah yang menekankan kasih sayang, keadilan dan hormat-menghormati antara suami dan isteri. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pendekatan pencegahan dan penyelesaian keganasan rumah tangga dalam kerangka syariah secara qualitatif dengan menganalisis seksyen-seksyen yang terlibat dalam Akta Keganasan Rumah Tangga dan Kanun Keseksaan serta kes-kes berkaitan keganasan rumah tangga. Tambahan lagi, kajian menambahbaikan pendekatan pencegahan merangkumi pendidikan tentang hak dan tanggungjawab pasangan dalam perkahwinan, selain penguatkuasaan undang-undang yang memberi perlindungan kepada mangsa. Sementara itu, penyelesaian dalam kerangka syariah memfokuskan kepada kaedah mediasi, perundingan dan tindakan undang-undang yang seimbang bagi memastikan keadilan ditegakkan tanpa menjejaskan maruah individu. Kajian ini juga menekankan peranan institusi agama dan masyarakat dalam menangani isu ini, termasuk kempen kesedaran dan sokongan kepada mangsa. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan panduan bagi memperkukuhkan usaha pencegahan dan penyelesaian keganasan rumah tangga yang berlandaskan syariah demi kesejahteraan keluarga dan masyarakat