Open Journal System UNIPSAS
Not a member yet
    231 research outputs found

    MEMASYARAKATKAN DAKWAH MELALUI KESANTUNAN BAHASA: SOROTAN RINGKAS DALAM AL-QURAN

    Full text link
    Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai mukjizat membuktikan kerasulan Nabi MuhammadSAW serta panduan kepada seluruh umat Islam dan masyarakat dunia sepanjang zaman. Ia umpamakitab panduan hidup manusia yang menjadi rujukan di samping Sunnah Rasulullah. Di dalamnyaterkandung pelbagai ayat galakan, ancaman, syariat, tegahan, pedoman, nasihat dan kisah yangperlu diambil ibrah daripadanya. Salah satu gaya bahasa al-Quran pula mengandungi kesantunanbahasa yang perlu dimasukkan ke dalam strategi dakwah untuk menarik mad’u ke arah kebaikan. Halini kerana kesantunan bahasa secara tidak langsung memaparkan keindahan akhlak dan kelembutansekali gus menarik hati mad’u untuk mendekati dan menerima nasihat yang disampaikan. Kajianyang berteraskan kualitatif ini mendapati agenda memasyarakatkan dakwah boleh dilaksanakandalam masyarakat dengan menerapkan kesantunan bahasa untuk mencapai peringkat pemahamanyang lebih berkesan. Hasil kajian ini sangat relevan untuk dijadikan panduan utama kepada parapendakwah pada masa kini yang berhadapan dengan pelbagai situasi dan tahap pemikiran lapisanmasyarakat

    KAJIAN PERBANDINGAN KARYA ULUM AL-QURAN DAN FAIDH AL-RAHMAN FI BAYAN ULUM AL-QURAN

    Full text link
    Kajian ini adalah bagi mengkaji dan membuat perbandingan terhadap dua (2) buah karya Ulum al-Quran yang terdapat di Malaysia iaitu karya Ulum al-Quran karangan Asmawi Haji Ali dan KaryaFaidh al-Rahman fi Bayan Ulum al-Quran hasil garapan Abdoul Karim Toure & Robiatul AdawiyahMohd @ Amat. Pemilihan kedua-dua karya ini dilakukan adalah bertepatan dengan perkembanganilmu Ulum al-Quran yang semakin meluas di era ini sehinggakan memberi kesan kepada tahappenguasaan ilmu al-Quran sama ada dari segi penulisan mahupun bentuk-bentuk pengajian yangdilaksanakan. Metodologi kajian adalah berdasarkan analisis dokumen dan hasil dari kajian yangdijalankan telah menemukan wujudnya beberapa persamaan dan perbezaan yang wujud di antarakedua-dua karya merangkumi aspek tujuan penulisan yang dilakukan, penyusunan topik, bahasa yangdigunakan dalam penulisan, dan juga sumber rujukan. Justeru itu, kemunculan kedua-dua karya initelah memberikan sumbangan yang sangat signifikan dalam memacu kefahaman dan pengetahuanumat Islam terhadap Ulum al-Quran. Ini kerana menguasai Ulum al-Quran merupakan wasilahterhadap memahami dan menghayati al-Quran dengan sempurna. Namun begitu, terdapat beberapabentuk penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan kedua-dua karya ini terusberperanan dalam memberikan sumbangan yang besar dalam penyebaran ilmu Ulum al-Quran itusendiri

    THE POSITION OF THE PROPHET’S ATTRIBUTES IN JURISTIC DEDUCTION (ISTIDLAL) WITH THE HADIS

    Full text link
    The meaning of Hadith comprises of statements, actions, approvals, and attributes of the Prophet Muhammad (pbuh). It is one of the main sources in the legislation of Islamic laws which include Aqidah, Shariah and Akhlaq. As one of the evidences that indicates juristic rulings, the Hadith is considered as the basis for juristic deduction (istidlal) and derivation of ruling (istinbat). But the problem is, what is the position of the Prophet’s attribute which is one of the components of the Hadith in the process of juristic deduction (istidlal)? Are the Prophet’s attributes comparable to His sayings, actions, and approvals in denoting juristic rulings? Why do scholars differentiate between the way of dealing with attributes and other components of the Hadith in juristic deduction (istidlal) and derivation of ruling (istinbat)? What is the accurate method to interact with the Hadith which encompasses the Prophet’s attributes? This study aims to find and provide answers to the above questions, with reference to the discussions deliberated in the discipline of Usul al-Fiqh. The importance of this study is demonstrated in differentiating the components of the Hadith which leads to separating the method dan technique in dealing with this legal evidence, with special reference to the component of the Prophet’s attributes. This study relies on two methods, which is inductive method in collecting and gathering related data, and deductive method in analyzing and examining the collected data

    PEMIKIRAN RAPUH JOSEPH SCHACHT TERHADAP KRITIKAN HADITH: TUMPUAN TERHADAP ISU TADWIN AL-HADITH

    Full text link
    Tadwin al-Hadith adalah bukti kukuh kewujudan hadith yang direkod mengikut piawaian dan disiplin ilmu sanad. Pembukuan hadith ini juga bergantung kepada individu yang diiktiraf ketokohannya menurut ulama nuqqad. Namun, orientalis Barat telah muncul dengan pemikiran dan pandangan tersendiri terhadap hadith-hadith yang dibuku berdasarkan penghujahan mereka yang tidak konkrit. Pemikiran orientalis yang mempertikaikan Tadwin al-Hadith terlalu rapuh untuk dijadikan sandaran. Oleh itu, artikel ini menganalisis pemikiran orientalis khususnya Joseph Schacht terhadap kronologi pembukuan hadith. Kajian ini menggunakan teknik penyelidikan perpustakaan secara deskriptif. Kajian ini juga menunjukkan pemikiran Joseph Schacht bertentangan dengan prinsip Islam sebenar bahkan meragukan masyarakat untuk dirujuk. Oleh demikian, sebagai konklusi kajian ini akan membincangkan kedangkalan pemikiran yang dicetuskan oleh Joseph Schacht serta menjawab setiap kenyataan dengan sanggahan yang dirumus

    PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ILMU QIRAAT: KAJIAN LAPANGAN DI KULIAH ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

    Full text link
    Ilmu Qiraat adalah ilmu yang membicarakan mengenai perbezaan bentuk bacaan yang terdapat dalam al-Quran. Dewasa kini, terdapat banyak pusat-pusat pengajian tahfiz dan pusat pengajian tinggi yang menawarkan matapelajaran Ilmu Qiraat. Pengkaji mendapati terdapat perbezaan dari aspek penguasaan pelajar terhadap matapelajaran ini. Hal ini berpunca daripada kepelbagaian metode pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan oleh sesebuah pusat pengajian. Persepsi pelajar mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran Ilmu Qiraat merupakan satu persoalan yang perlu dirungkai. Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan dan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi subjek qiraat di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif dan kuantitatif. Bagi Kaedah Pengumpulan Data, pengkaji telah menggunakan metode temubual, pemerhatian berstruktur dan soal selidik. Seramai 2 orang pensyarah daripada KIAS serta 40 orang pelajar daripada KIAS yang dijadikan sebagai respondan kajian ini. Analisis statistik deskriptif seperti frekunsi, peratusan, min, dan sisihan piawaian dijalankan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pensyarah di KIAS menggunakan pelbagai teknik dan strategi bagi memastikan keberkesanan subjek qiraat terhadap pemahaman pelajar berada pada tahap yang cemerlang. Hasil soal selidik mendapati para pelajar di KIAS cenderung kepada Teknik Moden seperti tugasan dan pembentangan. Kesimpulannya, Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan di KIAS berada pada tahap yang membanggakan tambahan pula penglibatan para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku yang menyebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap kondusif

    PENDEKATAN BAHASA SOPAN DALAM AL-QURAN SATU KAJIAN DARI PERSPEKTIF SURAH YUSUF

    Full text link
    Al-Quran merupakan kitab suci yang menjadi panduan kepada seluruh umat Islam. Mesej dan bahasa yang disampaikan menggambarkan hikmah dan ilmu yang melimpah untuk para pembaca. Salah satu aspek terpenting ialah penggunaan bahasa yang indah dan sesuai bagi memastikan kejayaan penyampaian mesej di dalamnya. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat pendekatan bahasa sopan dalam al-Quran agar menjadi contoh kepada para pendakwah dan masyarakat dalam menggunakan bahasa sopan kepada para mad'u. Kajian yang berteraskan kualitatif ini memaparkan contoh-contoh bahasa sopan yang terkandung dalam surah Yusuf. Dapatan kajian seterusnya memaparkan beberapa penemuan penggunaan bahasa sopan yang mengandungi nilai pendidikan, kelembutan, hikmah dan tatasusila. Hasil analisis turut menemukan nilai pendidikan akhlak terhadap diri sendiri, golongan wanita, hubungan kekeluargaan dan yang lebih utama, akhlak kepada Allah. Kesimpulannya, kajian tentang pendekatan bahasa sopan ini dapat dijadikan panduan kepada semua golongan dalam aspek penggunaan bahasa yang sesuai pada tempat dan situasinya. Ia juga dapat dijadikan panduan dalam berdakwah secara menyeluruh, berkesan dan multidimensi

    PERBANDINGAN MUSHAF RASM UTHMANI DAN MUSHAF RASM IMLA’I MENURUT PERSPEKTIF KAEDAH RASM SERTA IMPLIKASI PENGGUNAANNYA

    Full text link
    Rasm Uthmani merupakan salah satu cabang dari ilmu-ilmu al-Quran. Ilmu mengenai penulisan al-Quran ini merupakan antara usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh para ulama terdahulu dalam memartabatkan al-Quran kepada masyarakat Islam. Kurangnya pengetahuan masyarakat Islam masa kini terhadap kaedah perbezaan antara Rasm Uthmani dan Rasm Imla’i sebagaimana terhimpun dalam enam perkara iaitu al-Hadhf, al-Ithbat, al-Hamz, al-Badal, al-Fasl, al-Wasl dan perkataan yang boleh dibaca oleh dua Qira’at Mutawatirah yang ditulis salah satunya. Oleh itu, artikel ini merupakan satu usaha pengkaji untuk memperkenalkan kepada masyarakat akan kepentingan memahami kaedah penulisan al-Quran mengikut Rasm Uthmani. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen. Hasil kajian mendapati, individu yang memahami dan menguasai ilmu Rasm Uthmani ini akan dapat membaca al-Quran dengan baik. Mereka juga akan dapat mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam penulisan al-Quran disamping menghayati asal usul bermulanya ilmu Rasm Uthmani

    AL-I’JAZ AL-TIBBI MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

    Full text link
    Al-Quran merupakan mukjizat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada NabiMuhammad s.a.w. untuk dijadikan panduan hidup yang wajib difahami dan diikutioleh semua individu muslim. Perbahasan mengenai mukjizat merupakan suatu yangtidak dapat dipisahkan apabila kita membicarakan mengenai kenabian ataukerasulan Nabi Muhammad s.a.w. mahupun rasul-rasul terdahulu. Hal ini keranaMukjizat merupakan bukti yang paling nyata dan terbesar terhadap kenabian paranabi-nabi a.s. dan penerimaan wahyu dari Allah s.w.t. Artikel ini menggunakanmetode kajian kualitatif yang dilakukan terhadap teks al-Quran berdasarkanbeberapa buah kitab arab. Kajian ini bertujuan membantu masyarakat Islam untukmenambahkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang ilmu-ilmu al-Qurankhususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan al-I’jaz al-Tibbi. Penjelasan danperbahasan tentang al-I’jaz al-Tibbi yang di muatkan dalam kertas ini jugadiharapkan dapat menambahkan keyakinan terhadap kehebatan al-Quran itu sendirisebagai Kalamullah dan juga sebagai sumber segala ilmu pengetahuan seterusnyamemantapkan lagi keimanan mereka terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t

    PERANAN BADAN-BADAN DAKWAH DALAM MENDEKATI GOLONGAN GELANDANGAN: SATU TINJAUAN

    Full text link
    Kajian ini bertujuan mengkaji peranan badan-badan dakwah dalam negara kita dalam mendekatigolongan gelandangan. Dewasa ini, isu gelandangan banyak diperbincangkan dan menjadi agendapenting di Malaysia. Pelbagai pihak telah tampil untuk membantu golongan tersebut termasuk badanbadandakwah juga dilihat semakin peka terhadap golongan ini. Walaupun pelbagai usaha telahdilakukan oleh pelbagai pihak, namun golongan ini lebih dilihat memerlukan bantuan pada sudutkerohanian kerana ia boleh membangunkan semula daya hidup mereka. Kajian ini berbentukkualitatif yang mengguna pakai kaedah analisis teks bagi mengenal pasti peranan badan-badandakwah mendekati gelandangan. Ia adalah bertujuan untuk mengenal pasti cara berdakwah yangsesuai diaplikasikan kepada gelandangan serta meneliti dan meninjau pendekatan dakwah yang telahdijalankan oleh badan-badan dakwah kepada gelandangan. Persoalan adakah aktiviti pendakwahantelah dijalankan dan bagaimana mereka menerima dakwah. Hasil kajian telah menunjukkankeperluan terhadap bantuan kerohanian amat penting bagi mengukuhkan pegangan agama danpembinaan daya hidup dalam kalangan gelandangan. Kajian ini seterusnya memberikan implikasipositif dan impak yang besar kepada YADIM, Majlis Agama Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri,PERKIM, IKRAM dan lain-lain pertubuhan dalam mencari pendekatan yang terbaik dan tersusunbagi menangani masalah gelandangan

    TUAN GURU HAJI ABDUL LATIF BIN ABDUL RAHMAN (1938 –2010 ): SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT PENGKALAN HULU PERAK

    Full text link
    Kajian ini bertujuan untuk meneliti sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Latif pada masyarakatPengkalan Hulu. Beliau merupakan anak tempatan yang berbakti kepada penduduk terutama dalambidang pendidikan. Oleh kerana jasanya yang besar kepada penduduk Pengkalan Hulu maka beliaudipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1414 peringkat negeri Perak. Terdapat dua objektif utama dalamkajian ini iaitu pertama untuk mengetahui sumbangan beliau kepada masyarakat setempat dan yangkedua pula ialah untuk mengetahui metode dakwah nya di Pengkalan Hulu. Selain itu, kajian ini jugabertujuan untuk mengetahui pendekatan yang diguna pakai oleh beliau ketika menjalankan aktivitidakwah nya. Dalam menyelesaikan dan menyempurnakan kajian ini, dua metode digunakan iaitumetode perpustakaan dan temu bual bagi memperoleh maklumat berkaitan tajuk yang sedang dikaji.Dapatan kajian menunjukkan bahawa beliau berjaya dalam usaha dakwah nya dengan menggunakanpendekatan secara lembut terutama ketika berdakwah kepada kumpulan ajaran sesat yang dikenalisebagai Islam Jamaah. Kajian terhadap beliau amat penting kerana sikap dan keperibadian yangditunjukkannya amat susah untuk dicontohi kecuali kepada mereka yang benar-benar ikhlas dalammempelajari ilmu beramal dengannya. Implikasi daripada kajian ini, bagi mereka yang menceburkandiri dalam ilmu dan dakwah amat perlu mencontohi sikap, keperibadian dan pendekatan yangdigunakannya malahan pendekatan tersebut bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah NabiMuhammad SAW

    198

    full texts

    231

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Open Journal System UNIPSAS
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇