Open Journal System UNIPSAS
Not a member yet
231 research outputs found
Sort by
KERELEVANAN USLUB NABI SAW DALAM KOMUNIKASI MASYARAKAT MASA KINI
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan merumus nilai-nilai uslub baginda berkomunikasi denganpara sahabat dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen setelah data dikumpulkan daripadakajian kepustakaan berbentuk analisis kandungan secara tematik dan deduktif. Kajian menemuibeberapa tema uslub komunikasi di dalam hadith tersebut berdasarkan pelbagai pendekatan bagindaberkomunikasi dengan para sahabat dengan gaya bahasa yang mendidik. Dapatan kajian mendapatibahawa inti pati uslub baginda dapat membina suasana keharmonian pelbagai peringkat bahkanmencorakkan pertuturan secara komprehensif. Implikasi kajian ini mendapati bahawa semua pihakbertanggungjawab malah menyedarkan masyarakat tentang Islam merupakan agama yangmenekankan komunikasi. Oleh itu, menampilkan prinsip komunikasi yang mencontohi uslub bagindadapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, berkualiti, beretika dan berintegriti dalampertuturan
REPETITION IN HADIS: FOCUS ON THE HADITH "INNAMA AL-A'MAL BINNIYAT ..."
This study analyzes the aspect of repetition of the hadith text "innama al-A'mal binniyat ..." from the collection of hadiths of al-Arbain al-Nawawiyyah. It is aims to identify the type and function of repetition in the hadith "innama al-A'mal binniyat ...". This study uses a qualitative approach with a textual analysis design. Research data were obtained from the texts of books, journals, articles, dissertations, thesis and other scholarly papers. The results showed that this hadith contains three types of repetition; word repetition, phrase repetition and meaning repetition which are intended as an affirmation, showing priority, warning and as a strategy to remember the essence of the hadith. It is hoped that a study of repetition or similar phenomena can be done on all the hadiths of al-Arba’in al-Nawawiah. It is also recommended that quantitative studies can be carried out on the hadith of this arba'un method. Aspects of teaching and leraning may also be a useful finding
TAHAP KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN KANAK-KANAK
Mengetahui tahap kesihatan mental terutamanya dalam kalangan kanak-kanak masa kini amat penting sebagai langkah awal sebelum merangka program intervensi yang sesuai untuk golongan ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental dalam kalangan kanak- kanak prasekolah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel kajian yang terlibat adalah 70 orang kanak-kanak prasekolah dari dua buah sekolah di Bandar Peramu, Pekan. Instrumen bagi kajian ini adalah borang soal selidik Kekuatan dan Kesusahan (SDQ-Mal) versi guru yang mengandungi lima aspek iaitu emotional symptom, conduct problems, hyperactivity/inattention, peer relationship problems, prosocial behaviour. Data kajian dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan menggunakan analisis deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan skor minima yang diperolehi oleh kanak-kanak adalah 5 dan skor maksima pula 34. Bagi min jumlah kesihatan mental yang diperoleh oleh 70 orang kanak-kanak prasekolah di Bandar Peramu, Pekan, M = 12.34 manakala sisihan piawai, SP = 8.118. Min dapatan ini menunjukkan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Bandar Peramu, Pekan berada pada tahap pertengahan iaitu kanak-kanak mempunyai risiko mengalami masalah kesihatan mental yang lebih teruk jika tidak dibantu oleh keluarga dan guru dalam menghadapi kehidupan seharian. Kajian ini memberi implikasi kepada ibu bapa serta guru dalam membantu kanak-kanak memastikan kanak-kanak berada dalam tahap kesihatan mental yang baik
KRITIKAN ISLAM LIBERAL TERHADAP PENTAFSIRAN AL-QURAN: TUMPUAN ISU TERHADAP AYAT 256, SURAH AL-BAQARAH
Kritikan Islam Liberal terhadap pentafsiran ayat-ayat al-Quran menyimpang daripada tafsiran para ulama. Karya-karya tafsir klasik yang asal dalam kerangka metodologi Tafsir bi al-Ma’thur dan al-Ra’yi diolah dan dirobek mengikut pandangan yang tersasar. Pendukung Islam Liberal mempunyai tafsiran yang memperkenalkan falsafah Barat dengan beberapa elemen iaitu Scepticisme dan Criticisme. Pentafsiran mereka melibatkan pelbagai kaedah kontemporari yang menghasilkan pandangan berbeza serta kritikan dan persoalan yang ditimbulkan termasuk metode para ulama tradisional. Oleh itu, satu kajian tidak ketara menggunakan kaedah deskriptif merungkai kritikan yang mendominasi pendukung Islam Liberal terhadap tumpuan satu ayat 256 dalam surah al-Baqarah dilihat sebagai isu utama kecenderungan mereka menterjemahkannya secara re-interpret. Oleh itu, pentafsiran al-Quran wajar selari dengan kehendak wahyu berdasarkan aturan dan persekitaran bukan mengikut zaman dan gagasan yang melakukan pentafsiran semula al-Quran
ANALISIS PENGAJARAN DALAM KISAH NABI SALEH DAN KAUMNYA
Artikel ini ditulis bagi menganalisis pengajaran yang terdapat dalam kisah Nabi Saleh dan kaumnya. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Pengkaji menggunakan beberapa buah buku ‘Qasas al-Quran’ sebagai sumber utama selain al-Quran dan Hadis. Kajian ini turut melihat kajian-kajian lepas serta penyelidikan terdahulu menerusi jurnal dan artikel berkaitan kisah para anbiya’. Hasil kajian menunjukkan bahawa, kaum Thamud ialah kaum yang sombong dan derhaka kepada Allah. Mereka diberi kesenangan, kemewahan, kesuburan tanah dan tanaman akan tetapi mereka tidak beriman kepada Allah. Disebabkan kedegilan dan kesombongan mereka Allah mendatangkan azab-Nya kepada merek
PELAKSANAAN PROGRAM DAKWAH KEPADA GOLONGAN PROFESIONAL TINJAUAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN AMALAN AGAMA ISLAM
Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan program dakwah kepada golongan profesional Melayu di negeri Pahang dari segi kefahaman dan amalan agama Islam. terdapat beberapa kes dari golongan profesional Melayu telah terlibat dengan ajaran sesat, salah laku dan terlibat dengan golongan LGBT. Reka bentuk kajian tinjauan berpandukan teori perlakuan bersebab digunakan untuk mengetahui hubungan faktor tingkah laku iaitu amalan agama, kefahaman agama dengan pelaksanaan program dakwah. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferens menggunakan korelasi dan regresi berganda. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Seramai 318 orang golongan profesional terlibat untuk menjawab instrumen soal selidik. Sementara itu, seramai 37 orang responden yang terdiri daripada golongan profesional, pendakwah serta organisasi terlibat dengan sesi temu bual. Analisis korelasi telah menunjukkan bahawa pemboleh ubah kefahaman agama (r = 0.586), amalan agama (r = 0.528) telah mempengaruhi secara signifikan penerimaan para profesional terhadap program dakwah di negeri Pahang. Dapatan kajian menunjukkan organisasi dakwah banyak menjalankan program dakwah, namun tahap penerimaan dakwah daripada golongan profesional Melayu masih sederhana (min=3.16). Analisis regresi berganda menunjukkan faktor kefahaman agama (β = 0.161) program dakwah mempunyai pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi hubungan antara penlaksanaan program dakwah dalam kalangan golongan professional Melayu. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaan teori perlakuan bersebab dalam mengenal pasti pelaksanaan program dakwah dapat meningkatkan kualiti program dakwah di Pahang. Implikasi kajian menunjukkan bahawa organisasi dakwah perlu mengambil perhatian terhadap faktor kefahaman agama supaya dakwah dapat diterima oleh golongan professional dengan lebih berkesan
PERSEPSI MASYARAKAT DI PAHANG TERHADAP PERANAN MAJLIS UGAMA ISLAM PAHANG DALAM MENANGANI KEMISKINAN ASNAF FAKIR DAN MISKIN
Peranan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dalam mentadbir dan mengendalikan urusan agihan zakat sering mendapat kritikan dan maklum balas yang negatif daripada masyarakat seolah-olah ianya tidak diuruskan dengan cekap dan berkesan bagi menangani kemiskinan dalam kalangan asnaf khususnya fakir dan miskin. Pelbagai tohmahan dan kecaman telah dilemparkan terhadap pengurusan zakat oleh golongan netizen terutama melalui laman sosial. Ini memberikan gambaran yang kurang baik terhadap organisasi MAIN dan AMZ pada pandangan masyarakat dengan persepsi yang kurang tepat jika dilihat kepada kesungguhan dan usaha yang dilaksanakan oleh agensi tersebut dalam membantu golongan asnaf fakir dan miskin. Pelbagai bantuan telah disalurkan melalui pelbagai skim bantuan agar kehidupan golongan asnaf terbela dan mendapat kehidupan yang lebih baik serta mampu berdikari untuk keluar daripada kelompok kemiskinan. Oleh itu, kajian secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik ini akan memberikan penekanan terhadap persepsi masyarakat di negeri Pahang berhubung dengan peranan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam menangani kemiskinan. Hasil kajian ini diharapkan dapat membetulkan persepsi masyarakat terhadap MAIN dan AMZ seterusnya mampu meningkatkan lagi keberkesanan agihan zakat bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin serta meningkatkan jumlah kutipan dan pembayar zakat
TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM NEGERI PAHANG TERHADAP PERANAN MAQASID SYARIAH DALAM MENANGANI WABAK COVID-19
Maqasid Syariah yang diterangkan oleh ulama Usul Fiqh merupakan makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia. Maqasid Syariah juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam mengukur dan mempertimbangkan sesuatu perkara demi menjamin kemaslahatan dan menolak keburukan. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan kini disebabkan penularan wabak Covid-19 turut melibatkan perubahan dalam pelaksanaan hukum dan ibadat umat Islam di Malaysia. Namun begitu, kefahaman masyarakat tentang agama Islam berada di tahap yang membimbangkan apabila terdapat kenyataan yang bersalahan dengan konsep Islam yang sebenar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan umum masyarakat Islam di negeri Pahang tentang Maqasid Syariah dan mengenal pasti tahap kefahaman dan pengetahuan masyarakat Islam di negeri Pahang terhadap peranan Maqasid Syariah dalam menangani Covid-19. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data dan maklumat dengan tepat. Data kajian didapati melalui teknik persampelan mudah dengan menggunakan instrumen yang diadaptasi daripada kajian yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik KUIPSAS. Data dianalisis dengan statistik min, Ujian-t bebas dan ANNOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan umum masyarakat Islam di negeri Pahang tentang Maqasid Syariah dan tahap kefahaman masyarakat Islam di negeri Pahang terhadap peranan Maqasid Syariah dalam menangani Covid-19 adalah tinggi di samping tiada perbezaan hubungan yang signifikan. Kajian ini mencadangkan usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang Maqasid Syariah perlulah diteruskan dan dihebahkan ke peringkat komuniti dan individu melalui media massa agar mereka sentiasa sedar akan kepentingan ilmu Maqasid Syariah ini
ANALISIS PENGARUH TAFSIR AL-BAYDAWI DALAM TAFSIR TURJUMAN AL-MUSTAFID
Kertas ini mengkaji pengaruh tafsir al-Baydawi dalam tafsir Turjuman al-Mustafid karanganAbd Rauf al-Singkili. Isu yang dikaji ialah sejauh mana kandungan tafsir Turjuman al-Mustafidterpengaruh dengan tafsir al-Baydawi. Persoalan ini timbul berpunca daripada tulisan di mukahadapan tafsir Turjuman al-Mustafid yang menyatakan bahawa kitab ini adalah terjemahandaripada tafsir al-Baydawi. Dalam pada itu, terdapat kajian lain yang berpendapat bahawaTurjuman al-Mustafid bukanlah terjemahan daripada tafsir al-Baydawi bahkan ia lebih hampirkepada terjemahan daripada tafsir Jalalayn. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisiskedua-dua tafsir ini dan membuat perbandingan antara keduanya bagi mengetahui sejauh manapengaruh Tafsir al-Baydawi dalam penulisan Turjuman al-Mustafid seterusnya menyatakankedudukan sebenar tafsir ini. Kajian ini menggunakan metode pengumpulan data berdasarkankajian perpustakaan terhadap sumber primer dan sekunder bagi mencari data berbentukperbandingan. Berdasarkan analisis kajian mendapati perbezaan yang ketara antara kandunganTurjuman al-Mustafid dengan Tafsir al-Baydawi. Turjuman al-Mustafid adalah terjemahanmakna ayat-ayat al-Quran dengan tambahan huraian tafsir, kisah dan huraian ilmu qiraat padabahagian tertentu. Manakala huraian tafsir dalam kitab tafsir al-Baydawi lebih panjang dan luasperbahasannya. Justeru kitab Turjuman al-Mustafid bukanlah terjemahan daripada al-Baydawisepenuhnya, hanya terdapat petikan tertentu sahaja diambil daripada al-Baydawi
THE CONCEPT OF HONORING NEW BROTHERS IN ISLAM: CHALLENGES AND APPROACHES IN PAHANG
The current era of 4.0 education presents a new challenge to Muslims to appreciate and understand Islam according to the law of revelation. The example of the revered Prophet Muhammad SAW is an example that should be followed by Islamic preachers throughout the ages. New converts or Muallaf are those who need to be courted to attract their interest in appreciating and practicing the teachings of Islam. However, nowadays there are some constraints in the appreciation of Islam to new converts such as different cultural factors, mass media and problems from the individual himself. This study aims to find out the method of approach in courting new Muslim converts in Pahang. This is because Islam has the value of da'wah through the high example of the Qur'an and Sunnah. In addition, this study will also examine the current issues and challenges faced by new converts in Pahang to appreciate Islam well. This study is a fully qualitative study that uses a literature review of the sources of articles, books and related documents. The findings of this study will help preachers to carry out their responsibilities according to the appropriate Islamic approach to new converts in line with the demands of the Quran and Sunnah