Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
804 research outputs found
Sort by
Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) (Negeri Kelantan) 2019 Pandangan Sepintas Lalu
-
Full text: PDF-
Teks penuh: PD
Hukuman Penjara bagi Kes Tunggakan Hutang Nafkah Anak di Mahkamah Syariah
Child support arrears occur after a court order. In legal principle, the starting point for arrears is one month after the minimum period. As the creditor, the mother will then file a complaint before the judge to recover the unpaid child support. In the prison sentence of the debtor, or father, the provision of the law is initiated by the Judgment Debtor Summons, followed by the Judgment Notice if there is still arrears after being ordered from the Judgment Debtor Summons. The research question arises when the Shariah has stipulated that the prison sentence imposed on cases of child support arrears is for a period not exceeding 30 days and must be separated for arrears (civil) with criminal offenses. This is done to determine whether Malaysian legal provisions adhere to Islamic law. The method employed in this study is data collection from library research and fieldwork. Additionally, interview method was used to support the research. Statistical information was also obtained to describe the registration of cases that occur in Malaysia. The findings of this study revealed that the imprisonment term imposed on debtors is in line with Shariah whenever the Syariah Court Civil Procedure (Federal Territories) Act 1998 calls for a sentence of no more than 30 days. The segregation of prison sentences between criminal offenses and civil offenses is not practiced in Malaysia because the law in Malaysia has stipulated in the Prison Act 1995 that the two offenses are concurrent and not segregated.
Keywords: Imprisonment, arrears of maintenance, Judgment Debtor Summons, Judgment Notice, legislation, Syariah Court
Fullt text: PDFTunggakan nafkah anak berlaku setelah adanya perintah daripada mahkamah. Dalam peruntukan undang-undang, tempoh bermulanya tunggakan adalah bermula sebulan dari tempoh minimum. Maka pemiutang yang terdiri daripada si ibu akan membuat aduan kepada hakim bagi menuntut semula tunggakan nafkah anak. Dalam hukuman penjara terhadap penghutang atau si bapa, peruntukan undang-undang dimulakan dengan Saman Penghutang Penghakiman terlebih dahulu, kemudian disusuli dengan Notis Penghakiman sekiranya masih terdapat tunggakan nafkah setelah diperintahkan dari Saman Penghutang Penghakiman. Persoalan kajian timbul apabila syarak telah menetapkan bahawa hukuman penjara yang dikenakan terhadap kes tunggakan nafkah adalah selama tempoh tidak melebihi 30 hari dan perlu diasingkan bagi kesalahan tunggakan nafkah (sivil) dengan kesalahan jenayah. Hal ini adalah untuk memastikan sama ada peruntukan undang-undang di Malaysia menepati syarak ataupun tidak. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah pengumpulan data, iaitu daripada kajian kepustakaan dan lapangan. Kaedah temu bual turut digunakan bagi mendapatkan sokongan kajian. Data statistik juga diperoleh untuk menghuraikan pendaftaran kes yang berlaku di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa hukuman penjara yang dikenakan terhadap penghutang adalah menepati syarak apabila Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 memperuntukkan tempoh tidak melebihi 30 hari. Pengasingan hukuman penjara antara kes kesalahan jenayah dengan kesalahan sivil tidak dipraktikkan di Malaysia kerana undang-undang di Malaysia telah menetapkan dalam Akta Penjara tahun 1995 bahawa kedua-dua kesalahan tersebut disekalikan dan tidak diasingkan.
Kata kunci: Hukuman penjara, tunggakan nafkah, Saman Penghutang Kehakiman, Notis Penghakiman, perundangan, mahkamah syariah
Teks penuh: PD
Penggunaan Aspek Deiksis dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Deixis refers to how a language is uttered and how its utterance completes the context of what is said (Levinson, 1983). Studies of deixis in film are scarce and not widely explored because they are more focused on the corpus of advertisements and language or dialect. Based on observation, at present, there is still no research by local scholars that concentrate on deictic elements in film. Thus, the objective of this study is to identify the types of deixes in the film 'Hikayat Merong Mahawangsa' and analyze the deixes found basedon the utterances in the said film. This study uses literature review and textual analysis methods in the data collection based on the framework of Levinson's Pragmatics Theory (1983). The findings were identified and categorized into the five types of deixes outlined in Levinson's Pragmatics Theory, which are the person deixis, time deixis, place deixis, social deixis and discourse deixis. This study will assist in broadening the scope of deixis studies and further increase the turnout of research on deixis. Clearly, the use of deixis can indirectly provide an overview of an event, such as the use of spatial, time and discourse deixis. The use of deixis can also provide clear information about a matter to be conveyed.
Keywords: Usage, deixis, pragmatics, Levinson, film, Hikayat Merong Mahawangsa
Full text: PDFDeiksis merupakan cara sesuatu bahasa diperkatakan dan cara bahasa tersebut melengkapi konteks ujaran (Levinson, 1983). Kajian mengenai deiksis dalam filem masih tidak banyak dan belum cukup meluas kerana kajian tentang deiksis lebih tertumpu pada korpus, seperti iklan dan bahasa, atau dialek. Berdasarkan pemerhatian, sehingga kini, masih tiada kajian oleh sarjana tempatan yang mengetengahkan filem dalam penelitian elemen deiksis. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis deiksis dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan menganalisis deiksis berdasarkan ujaran dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan teks dalam pengumpulan data dengan bersandarkan kerangka Teori Pragmatik Levinson (1983). Dapatan akan dikenal pasti dan dikategorikan mengikut lima jenis deiksis yang digariskan dalam Teori Pragmatik Levinson (1983), iaitu deiksis orang, deiksis waktu, deiksis tempat, deiksis sosial dan deiksis wacana. Kajian ini membantu meluaskan lagi skop kajian deiksis dan meningkatkan lagi penghasilan kajian mengenai deiksis. Jelasnya, penggunaan deiksis secara tidak langsung dapat memberikan gambaran mengenai sesuatu peristiwa, seperti penggunaan deiksis waktu dan deiksis wacana. Penggunaan deiksis ini juga dapat memberikan maklumat yang jelas mengenai perkara yang hendak disampaikan.
Kata kunci: Penggunaan, deiksis, pragmatik, Levinson, filem, Hikayat Merong Mahawangsa
Teks penuh: PD
Iki Putra bin Mubarrak lwn. Kerajaan Negeri Selangor [2021] 2 MlJ 323
-
Full text: PDF-
Teks penuh: PD
Pelancongan Naratif: Kajian Potensi Cerita Rakyat sebagai Sumber Pelancongan di Perak dan Sarawak
Nowadays, the tourism industry is seen to be growing, within which cultural tourism plays its own role in generating a country's income. The practice of tourists travelling to certain locations to experience and learn about cultural differences is known as cultural tourism. When it comes to cultural tourism, the narrative experience is a vital component for tourists to appreciate the main attraction, therefore, making it narrative tourism. In Malaysia, narrative tourism is still underutilised, and there is limited research in this area. Thus, this article discusses how narrative tourism can be explored in two tourist destinations in Malaysia, namely Pulau Pangkor in Perak and Gunung Santubong in Sarawak. The first finding shows that there is no constructive effort to recognise narrative as a tourism resource for Pulau Pangkor, particularly with regard to the story of the hero, Din Ketolok, as well as a few other monuments that are believed to embody their own meaning and event. Meanwhile, the finding on Gunung Santubong shows that it already has a significant narrative of the battle between the Princesses Santubong and Sejinjang, who were ultimately cursed by the King to become mountains. However, its jungle trek to the mountain peak is not a cultural route, which perhaps would be disappointing to tourists who are interested in cultural routes. Nonetheless, with due work and effort, it could become more exploratory and intriguing as a narrative tourism destination. This study shows how stories can transform both locations into suitable destinations for narrative tourism in order to flourish in cultural tourism. To achieve this, narrative tourism requires special attention from the tourism industry authorities.
Full text: PDFPada masa kini, industri pelancongan dilihat semakin berkembang, yang mana pelancongan budaya memainkan peranan tersendiri dalam menjana pendapatan sesebuah negara. Amalan pengunjung melancong ke lokasi tertentu untuk merasai dan mempelajari perbezaan budaya dikenali sebagai pelancongan budaya. Dalam pelancongan budaya, pengalaman naratif merupakan komponen penting bagi pelancong untuk menghargai tarikan utama, oleh itu, menjadikannya pelancongan naratif. Di Malaysia, pelancongan naratif masih kurang dikomersialkan, dan terdapat kajian yang terhad dalam bidang ini. Oleh itu, makalah ini membincangkan bagaimana pelancongan naratif boleh diterokai di dua destinasi pelancongan di Malaysia, iaitu Pulau Pangkor di Perak dan Gunung Santubong di Sarawak. Penelitian telah membuktikan bahawa tiada usaha membina untuk mengiktiraf naratif sebagai sumber pelancongan untuk Pulau Pangkor, khususnya, kisah pahlawan, Din Ketolok, dan beberapa monumen lain yang dipercayai membayangkan makna dan peristiwa tersendiri. Berbanding dengan Gunung Santubong, lokasi tersebut sudah mempunyai naratif yang signifikan yang mana kisah pertempuran antara Puteri Santubong dengan Sejinjang, yang akhirnya disumpah oleh Raja untuk menjadi gunung. Walau bagaimanapun, perjalanan hutan ke puncak gunung bukanlah laluan budaya dan hal ini mungkin akan mengecewakan pelancong yang berminat dengan laluan budaya. Namun, dengan ikhtiar dan usaha, boleh membuatkan laluan tersebut menjadi lebih luas diterokai dan menarik sebagai destinasi pelancongan naratif. Kajian ini menunjukkan bagaimana cerita boleh menjadikan kedua-dua lokasi destinasi tersebut sesuai untuk pelancongan naratif berkembang dalam pelancongan budaya, yang mana, pelancongan naratif memerlukan perhatian khusus daripada pihak berkuasa industri pelancongan.
Teks penuh: PD
Peranan dan Cabaran Pusat Mediasi Mahkamah dalam Penyelesaian Kes Pertikaian di Malaysia
There has been an increase in awareness among Malaysians about settlement through the court. If there is a dispute that occurs in their daily life and it fails to be rightly resolved, the place they will go to is definitely the court. As a result, court cases are gradually increasing to the point where they have to be postponed or delayed to another date. When such things occur, it indirectly gives a bad or negative image to the judicial institution in Malaysia. Therefore, to prevent this matter from getting out of control, the court judge will suggest the parties involved to mediate at the Court Mediation Centre that is run by the High Court. Although this Centre has long been established in Malaysia, most Malaysians still do not know about its existence. Therefore, the main objective of this study is to inform the public about this Centre and to assess the role and challenges of this Centre in resolving disputes. This study used library research, that is, legal provisions, court cases, textbooks, journal articles, newspapers, conference proceedings and seminar papers. Structured interview was also conducted with court officers or appointed mediators. The findings from this study show that the Court Mediation Centre is actually effective in resolving disputes, especially family disputes. Therefore, the variety of efforts need to be intensified so that all the challenges in the Court Mediation Centre can be effectively overcome, in addition to increasing public awareness of the existence of the Centre.
Keywords: High Court, Court Mediation Centre, caucus, order, mediation, conflict
Full text: PDFTerdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang penyelesaian melalui mahkamah. Jika terdapat pertikaian yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka dan gagal diselesaikan secara baik, tempat yang mereka tuju sudah semestinya mahkamah. Disebabkan hal itu, kes di mahkamah semakin meningkat sehingga menyebabkan banyak kes di mahkamah terpaksa ditangguhkan atau ditunda ke suatu tarikh yang lain. Perkara seperti ini secara tidak langsung memberikan imej buruk atau negatif kepada institusi kehakiman di Malaysia. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini daripada menjadi tidak terkawal, hakim di mahkamah mencadangkan pihak-pihak yang terlibat untuk bermediasi di Pusat Mediasi Mahkamah yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Sivil. Walaupun pusat mediasi ini telah lama bertapak di Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak tahu akan kewujudannya. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada orang ramai tentang pusat mediasi ini dan menilai peranan dan cabaran yang terdapat di pusat mediasi ini untuk menyelesaikan pertikaian. Kajian ini mengguna pakai penyelidikan berasaskan kepustakaan, iaitu peruntukan undang-undang, kes mahkamah, buku teks, artikel jurnal, akhbar, prosiding persidangan dan kertas seminar. Kaedah temu bual secara berstruktur juga dilakukan kepada pegawai mahkamah atau mediator yang dilantik. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa Pusat Mediasi Mahkamah ini sebenarnya berkesan dalam menyelesaikan pertikaian khususnya pertikaian keluarga. Oleh itu, variasi usaha perlu dipergiatkan agar kesemua cabaran yang ada di Pusat Mediasi Mahkamah ini dapat diatasi secara efektif selain dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kewujudan Pusat Mediasi Mahkamah.
Kata kunci: Mahkamah Tinggi, Pusat Mediasi Mahkamah, kaukus, perintah, mediasi, pertikaian
Teks penuh: PD
Meneroka Isu Orphan Works dari Sudut Pandang Undang-undang Hak Cipta Malaysia
Orphan works are works that are still protected by copyright but their copyright holders cannot be identified, contacted, or tracked down. Interested parties must obtain permission from the copyright holder before using the latter’s works. However, the consent requirement cannot be met in the context of orphan works, causing issues for users such as individuals, businesses, and cultural and heritage organisations. This paper aims to investigate the challenges and obstacles of using orphan works in Malaysia. Countries such as the United Kingdom and Canada, as well as the European Union, have already implemented a number of strategies to address this issue. Among them include licensing scheme and specific exemption for the use of orphan works. Malaysia currently lacks a legal and policy framework to address this issue. As a result, this paper aims to examine the strategies used in the United Kingdom, Canada, and the European Union in order to provide some recommendations to the Malaysian Parliament and policymakers. It is hoped that this paper will raise awareness of the legal cladding in the issue of access to orphan works, allowing these works to be used by anyone without fear of legal ramifications.
Keywords: Intellectual property, intellectual property rights, copyright, orphan works, obstacles of using, cultural and heritage institutions, orphan works licensing schem
Full text: PDFOrphan works bermaksud karya yang masih dilindungi oleh hak cipta tetapi pemilik hak ciptanya tidak dapat dikenal pasti, dihubungi atau dijejaki. Pihak-pihak yang berminat perlu mendapatkan persetujuan daripada pemilik hak cipta sebelum mereka boleh menggunakan karya-karya tersebut. Walau bagaimanapun, aspek persetujuan tersebut tidak dapat dipenuhi dalam konteks orphan works sekali gus mendatangkan masalah kepada pengguna-pengguna seperti individu, syarikat, dan organisasi kebudayaan dan kesenian. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk meneroka cabaran dan halangan untuk menggunakan orphan works di Malaysia. Di samping itu, negara-negara seperti United Kingdom, Kanada dan Kesatuan Eropah telahpun menggunakan beberapa strategi untuk menyelesaikan isu ini. Antaranya adalah melalui skim pelesenan dan pengecualian khusus untuk penggunaan karya orphan works. Malaysia masih belum lagi mempunyai sebarang kerangka perundangan dan polisi untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, makalah ini juga bertujuan untuk mengkaji strategi yang digunakan di United Kingdom, Kanada dan Kesatuan Eropah sekali gus memberikan beberapa cadangan yang boleh digunapakai oleh Parlimen dan pembuat dasar di Malaysia. Diharapkan makalah ini dapat memberikan kesedaran tentang kelompangan undang-undang dalam isu akses kepada orphan works sekali gus membebaskan karya ini untuk digunakan oleh mana-mana pihak tanpa kegusaran tentang implikasi perundangan.
Kata kunci: Harta intelek, hak-hak harta intelek, hak cipta orphan works, halangan penggunaan, institusi kebudayaan dan warisan, skim pelesenan orphan works
Teks penuh: PD
Implikasi Perjanjian London 1824 terhadap Persempadanan dan Ekonomi Pulau Sebatik
This paper discusses the implications that happened to the borders and economy of Sebatik Island as a result of the Treaty of London on March 17, 1824, involving two colonial powers, namely the British and the Dutch. This agreement, known as an oath of allegiance, is also called the Anglo-Dutch Treaty (1824), which resolved the dispute between the British and the Dutch in the Anglo-Dutch Treaty (1814). The agreements involving these two great powers indirectly had implications on their respective colonies at that time. This great impact resulted in the Malay Islands being divided into two spheres of influence, namely the British influence and the Dutch influence. Eventually, there was a split involving the Johor-Riau Empire, when Singapore and the Mainland of Johor fell under British rule, while the Riau Islands were under Dutch rule. Although this agreement seemed to give complete satisfaction to the two colonial powers, it was not able to end the competition that existed between the two said powers. On the contrary, as a result of this agreement, the British and the Dutch were seen to compete more fiercely in having colonies. This was what happened on an island in the northern part of Borneo, bordering East Kalimantan (now North Kalimantan), known as Sebatik Island. Sebatik Island received direct implications due to the dividing line involving the island, as outlined in the Treaty of London of 1824. The study carried out shows that the straight line of the border still remains until today, involving two national entities, namely Malaysia and Indonesia. This study uses qualitative methods. The information is obtained from previous studies, official documents such as files and microfilms, as well as The Colonial Office (CO), Foreign Office (FO) and North Borneo Central Archive (NBCA) in the State Archives of Sabah. The findings show that the London Treaty of 1824 had a direct impact on the people of Sebatik Island, starting after the end of Western colonization in Malaysia in 1963 and in Indonesia in 1945. Therefore, this paper dissects the factors that led to the Treaty of London of 1824, and the effect on the border and economy of Sebatik Island.
Full text: PDFMakalah ini membincangkan tentang implikasi yang berlaku terhadap persempadanan dan ekonomi Pulau Sebatik, ekoran daripada Perjanjian London pada 17 Mac 1824 melibatkan dua kuasa kolonial, iaitu pihak British dengan pihak Belanda. Perjanjian ini turut dikenali sebagai sebuah persetian yang juga dipanggil sebagai Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), yang telah menyelesaikan isu persengketaan antara British dengan Belanda dalam Perjanjian Inggeris-Belanda (1814). Rentetan perjanjian yang melibatkan dua kuasa besar ini, secara tidak langsung memberi implikasi terhadap tanah jajahan masing-masing pada ketika itu. Impak yang besar ini mengakibatkan Kepulauan Melayu dibahagikan kepada dua lingkungan pengaruh, iaitu pengaruh British dan pengaruh Belanda. Akhirnya berlaku perpecahan yang melibatkan Empayar Johor-Riau, apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh dalam jajahan British, manakala Kepulauan Riau di bawah jajahan Belanda. Walaupun dilihat perjanjian ini seolah-olah memberi kepuasan yang tuntas kepada kedua-dua kuasa kolonial tersebut, namun perjanjian ini tidak mampu menamatkan persaingan yang wujud antara kedua-duanya, sebaliknya ekoran perjanjian ini, pihak British dan Belanda dilihat semakin sengit bersaing dalam memiliki tanah jajahan. Keadaan inilah yang berlaku terhadap sebuah pulau yang berada di bahagian utara Borneo, bersempadan dengan Kalimantan Timur (kini Kalimantan Utara), dikenali sebagai Pulau Sebatik. Pulau Sebatik menerima implikasi secara langsung ekoran garisan pembahagian yang melibatkan pulau berkenaan seperti yang termeterai dalam Perjanjian London 1824. Melalui kajian yang dijalankan memperlihatkan garis lurus sempadan tersebut masih kekal sehingga hari ini, melibatkan dua entiti negara, iaitu Malaysia dan Indonesia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Maklumat diperoleh daripada kajian lepas, dokumen rasmi seperti fail dan mikrofilem dan juga fail Colonial Office (CO), Foreign Office (FO) dan North Borneo Central Archive (NBCA) di Arkib Negeri Sabah dan Arkib Negara Malaysia. Dapatan kajian mendapati bahawa Perjanjian London 1824 memberi kesan secara langsung terhadap penduduk yang mendiami Pulau Sebatik bermula selepas era kolonialisasi Barat ini tamat di Malaysia pada tahun 1963 dan di Indonesia pada tahun 1945. Oleh yang demikian, makalah ini akan memaparkan punca utama yang membawa kepada berlakunya Perjanjian London 1824, dan kesannya terhadap Pulau Sebatik khususnya dalam persempadanan dan ekonomi.
Teks penuh: PD
Operasi Metafora Nilai Kerajinan dalam Peribahasa Melayu dan Peribahasa Tamil: Analisis Teori Hibrid
Proverbs serve to convey a message implicitly as a way to reprimand or praise a person's behaviour without offending his/her feelings based on the context of the situation and culture. Moral values are able to form a noble mind and a good personality. This paper highlights the operational metaphors in Malay and Tamil proverbs based on the diligence value through the conceptual space of Hybrid Theory proposed by Tendahl (2009). This conceptual space consists of lexical concept, ad hoc concept as well as empty slots that include domain, image schema, conceptual metaphors and conceptual metonyms. This is a qualitative study that involves content analysis. Detailed focus is given to one Malay proverb data and one Tamil proverb data that is used at the primary school level only. The analysis of the study found that the conceptualisation of diligence in Malay and Tamil proverbs emphasizes on effort and perseverance. The life practices of the Malayand Indian communities clearly show similarities and differences in terms of cultural values and philosophy of proverbs. The application of Hybrid Theory exhibits a new trend in dismantling the common sense of traditional societies comprehensively and explaining lexical pragmatics.
Keywords: Diligence value, conceptual space, Hybrid Theory, Malay proverbs, Tamil proverbs, common sense
Full text: PDFPeribahasa berperanan untuk menyampaikan sesuatu mesej secara implisit bagi menegur atau memuji kelakuan seseorang tanpa menyinggung perasaannya berdasarkan konteks situasi dan budaya. Nilai moral pula berupaya untuk membentuk pemikiran yang luhur dan sahsiah yang baik. Makalah ini mengetengahkan operasi metafora bagi peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil bersandarkan nilai kerajinan menerusi rantau konsepsi Teori Hibrid yang digagaskan oleh Tendahl (2009). Rantau konsepsi ini terdiri daripada konsep leksikal, konsep ad hoc dan slot kosong yang merangkumi domain, skema imej, metafora konsepsi dan metonimi konsepsi. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang melibatkan kaedah analisis kandungan. Tumpuan secara terperinci diberikan kepada satu data peribahasa Melayu dan satu data peribahasa Tamil yang digunakan pada peringkat sekolah rendah sahaja. Analisis kajian mendapatibahawa pengkonsepsian nilai kerajinan bagi peribahasa Melayu dan peribahasa Tamil memfokuskan usaha dan kegigihan. Amalan kehidupan masyarakat Melayu dan India memperlihatkan persamaandan perbezaan dari segi nilai budaya dan falsafah peribahasa secara jelas. Pengaplikasian Teori Hibrid memaparkan satu trend baharu dalam merungkaikan akal budi masyarakat tradisional secarakomprehensif dan menjelaskan pragmatik leksikal.
Kata kunci: Nilai kerajinan, rantau konsepsi, Teori Hibrid, peribahasa Melayu, peribahasa Tamil, akal budi
Teks penuh: PD