Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
Not a member yet
    804 research outputs found

    Peluasan makna "kuat" melalui wanita dalam novel: satu analisis semantik kognitif

    No full text
    Popular fiction written in Malay is often construed by Malay literary scholars as marginalized literature and have very little literary value. Novels published by Alaf 21 which fall within this category have how-ever been able to capture the interest of readers of Malay novels. This is reflected in the sale of the novels which have chalked up thousands of copies. The overwhelming response to these novels makes for an interesting object of study. The common theme of these novels is love in a troubled marriage and they are mostly written by women. The depiction of "strong" women will be the focus of this paper. Insyirah is saddled with a jealous husband; Najmah, who is in a polygamous marriage, is trapped with a possessive husband; and Farah, who mar-ried her former brother-in-law, is also trapped with a brother-in-law/ husband who is egoistic. The conflicts and challenges that these women face and how they rise above them will be discussed from a linguistic approach. The word kuat / strong is analyzed through cognitive semantic's radial category networks and its extended meanings as manifested in words like kukuh/firm, tabah/brave, tidak gentar/not afraid and etc. These words are used in the depictions of these women. Novels are usually assumed to be the subject of literary studies, how-ever, in this paper the novels chosen have become the corpus of a linguistic study by applying a linguistic theory in the analysis.Kemunculan novel Alaf 21 mampu menarik perhatian pembaca sehingga jumlah novel yang terjual mencecah puluhan ribu naskhah. Sambutan baik terhadap novel ini menarik untuk dikaji. Tema percintaan dengan konflik rumah tangga menjadi mauduk kebanyakan penulis yang rata-ratanya wanita. Pemaparan watak wanita yang cekal telah menjadi tumpuan kajian kertas ini. Insyirah menghadapi suami yang cemburu, Najmah yang bermadu menghadapi lelaki yang tamak dan Farah yang "mengganti tikar" terperangkap dengan abang ipar dan suami yang ego. Konflik yang mencabar kekuatan spiritual wanita-wanita ini mampu dihurai dengan pendekatan linguistik. Peluasan makna "kuat" melalui jaringan radial semantik kognitifakan mengupas peranggu perkataan seperti kukuh, tabah, tidak gentar dan sebagainya yang dapat menggambarkan peribadi watak-watak yang dilakarkan. Meskipun novel selalunya dianggap milik kajian kesusasteraan tetapi kali ini novel dijadikan data korpus untuk dianalisis menggunakan teori linguistik yang boleh dipertanggungjawabkan kesahihannya

    Ungkapan emosi dan keadaan fikiran kaum miskin: analisis teks Senyum Karyamin karya A. Tohari

    No full text
    Karyamin, the main figure from short story Senyum Karyamin (The Smile of Karyamin), was a poor stone collecting coolie. He did not talk much, except smiling. His smiling expressed many kind of emo-tions and states of mind, such as happy, disgust, insult, sad, alert, to agree with and sympathy. Different meaning of emotions and states of mind depend entirely on the situation in which an emotion word ap-peared from the text. The word smile could express different emotions or states of mind from different context. Beside senyum and its deriva-tion such as tersenyum, tersenyum-senyum and senyuman, other words expressing emotions and states of mind were also analysed, The promi-nent emotion from Karyamin was his dissatisfaction toward his poor life. But, he could use his mind when a government official asked him for money to help the poorer in Africa. He did not manifest his angry by fighting or scolding him, except smiling or laughing. But, it did not mean that Karyamin and his friends-who had the same fate as him-always sad. They knew how to make jokes. Sometimes they made their friends as the victim of their jokes, sometimes they laughed at their own stupidness, or found something that could make them laughing. Although they were very poor and worked hard to earn some money, their life was fulfilled with jokes. The solidarity among them was very strong. They took sympathy toward others difficulty or sadness. On the contrary, the government official was described as a man who was easy to get angry, did not have humorous sense and pitiness.Karyamin, watak utama cerita pendek Senyum Karyamin, ialah seorang kuli pengangkut batu yang hidupnya miskin. Dia digambarkan sebagai orang yang tidak banyak berkata, tetapi banyak tersenyum. Senyumnya mengungkapkan pelbagai jenis suasana hati dan keadaan fikiran seperti gembira, dongkol, penghinaan, sedih, waspada, setuju dan simpati. Adanya makna yang berbeza itu sepenuhnya bergantung pada konteks pemunculan kata itu. Kata senyum dapat mewakili emosi atau keadaan fikiran yang berbeza pada konteks yang berbeza. Di samping kata senyum dan variannya seperti tersenyum, tersenyum-senyum, senyuman diteliti kata-kata lain yang mencerminkan emosi. Jenis emosi paling dominan yang dimiliki Karyamin ialah rasa tidak puas dengan makna sedih terhadap kehidupannya yang serba kekurangan. Tetapi dia dapat menggunakan fikirannya dalam menghadapi pegawai pemerintah yang menindasnya. Kemarahannya tidak dilampiaskan dengan berkelahi atau meninju, melainkan dengan tersenyum dan tertawa. Namun, itu tidak bererti Karyamin dan kawan senasibnya selalu bersedih hati. Mereka pandai mencari bahan lelucon, sehingga hari-hari kerjanya dipenuhi oleh canda tawa. Selain itu, solidaritas antara mereka sangat kuat. Merekalah yang mempunyai rasa simpati dan hiba terhadap penderitaan sesamanya. Sebaliknya, petugas pemerintah dilukiskan sebagai manusia yang tidak punya emosi gembira, hanya emosi marah dan mudah tersinggung

    Analisis lambang kata nama literal dalam pantun

    No full text
    This research focus on three sign components, namely the sign category, definition sign, and definition sign category. The studied aspect includes the literal science nouns in the religion and belief riddle. Overall, all the theme consisted of nouns sign which are literal. They prove that theme in the genre riddle concentrate more on the use of signs which the definition is absolutely clear. The situation maybe influenced by the theme of the riddle which is used to show the good moral and advices.value. Therefor, the use of simple and clear definition of language is important to comfort the readers' interpretation.Kajian ini meneliti tiga komponen lambang, iaitu kategori lambang, makna lambang, dan kategori makna lambang. Aspek yang dikaji melibatkan lambang literal kata nama dalam tema pantun agama dan kepercayaan. Keseluruhannya, tema ini mengandungi lambang kata nama yang bersifat literal, sekali gus membuktikan bahawa genre pantun dalam tema ini lebih cenderung menggunakan lambang serta mengandungi makna yang bersifat jelas dan nyata. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan tema pantun itu sendiri yang menjurus kepada unsur pengajaran dan nasihat. Justeru, bahasa yang ringkas dan jelas maksudnya perlu bagi memudahkan interpretasi pembaca

    Pihak Lain dalam diplomasi antarabangsa

    No full text
    The notion of the Other in current language studies is _frequently juxta-posed against the opposing Self where both entities belong to different sociolinguistic and cultural backgrounds. Here, the latter researched differences are then regularly used as a backdrop to justib the "raison d 'etre" of the varying norms of social, cultural and linguistic behaviour found in the corpus under study to provide the necessary descriptive and explanatory adequacy. Research in the dominion of international diplomacy, however, can suggest an alternate view of the Self and the Other. This paper would like to offer a different view of the Self and the Other in international diplomacy. In this context, the Self and the Other are two sides of the same coin, the Self shaped by his sociolinguistic, cultural and religious identity and the Other, as the same person having to temporarily suspend his Self through subscription to a professional diplomatic culture to achieve the goals of international diplomacy. In this paper, the issue of border crossings to the Other will then be addressed through the exploration of the following two questions. Firstly, what are the aspects of professional diplomatic culture, diplomatic com-munication and disposition that obliges the Self, marked by diversity in religion, ethnicity, politics, history, culture and sociolinguistic norms among members ofdiffering countries to be suspended within the realm of inter-national diplomacy to cross borders to assume the disposition of the Other, concerned with the pursuit of regional and international cooperation? Secondly, how do researched features of diplomatic communication act a bridge between the Self and the Other? The paper ends with the belief that the "la raison de system" in diplomacy will prevail across all other stud-ies in diplomacy, in a place where the Other must dominate over the Self.Pihak Lain (PL) dalam penelitian bahasa pada masa ini, yang selalu dibicarakan agar bertentangan dengan Diri Sendiri (DS) merupakan pandangan yang rata-ratanya dipegang, sedangkan kedua-duanya merupakan entiti berlainan yang memiliki latar budaya dan sosiolinguistik yang berbeza. Pada pertentangan inilah, perbezaan daripada hasil penelitian terhadap DS selalu digunakan sebagai latar rujukan untuk mewajarkan sebab-musabab pelbagai perlakuan norma sosial, budaya dan bahasa yang terdapat pada korpus yang dianalisis bagi menghuraikan kepadaan pemerian dan penjelasan. Penelitian dalam bidang kekuasaan diplomasi antarabangsa, bagaimanapun, boleh mengemukakan pandangan alternatif terhadap DS dan PL. Makalah ini ingin mengutarakan satu pandangan yang berbeza terhadap DS dan PL dalam diplomasi antarabangsa. Dalam konteks ini, DS dan PL boleh dianggap sebagai dua sisi kepada syiling yang sama, DS ditentukan oleh identiti sosiolinguistik, budaya dan agama seseorang itu, manakala PL selaku orang yang sama, dikehendaki bertindak bukan sebagai DS untuk seketika, kerana akur secara profesional kepada budaya diplomasi untuk mencapai beberapa matlamat diplomasi antarabangsa. Dalam makalah ini, persoalan pertukaran peranan kepada PL akan disentuh melalui perbincangan mengenai dua soalan. Pertama adalah tentang apakah aspek-aspek penting mengenai budaya diplomasi profesional, komunikasi diplomasi, dan pengurusan yang melibatkan DS, yang mempunyai latar pelbagai agama, bangsa, politik, sejarah, budaya dan norma sosiolinguistik dalam kalangan ahli yang berasal dan negara-negara yang berlainan, yang disatulcan dalam arena diplomasi antarabangsa, untuk bertukar peranan semasa mendukung fungsi sebagai PL apabila berbicara tentang kerjasama serantau dan antarabangsa? Kedua adalah tentang bagaimanakah ciri-ciri komunikasi diplomasi yang diteliti bertindak sebagai jambatan untuk menghubungkan DS dengan PL? Makalah ini diakhiri dengan kepercayaan bahawa la raison de system dalam diplomasi, akan tetap muncul pada semua penelitian dalam diplomasi, yakni satu keadaan yang memperlihatkan PL perlu menguasai DS

    Peristilahan bahasa Melayu: satu kajian sikap

    No full text
    At present, the Malay language terminologies corpus shows that, an amount of649 568 terminology entries (not including 123 885 MABBIM terminologies) had been successfully produced. (Berita Peristilahan: 1998). Steps in formation of terminologies that can be found in the book Pedoman Umum Pembentukan Istilah Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP: 1992) demanded that terminologies should be initially formed from the main/general Malay language vocabulary itself, secondly the vocabulary from the same cluster with the Malay language, thirdly, the vocabulary from the foreign language especially from the English language source and fourthly, the vocabulary from the other languages. Nevertheless, the tendency of receiving whatever that had been served or proposed by the terminological planners would not be Ally accepted by the users of the terminologies. In the end, the users would be the one who will determine the terms they want to use. This paper will spread out 10 types of users language attitude towards termi-nologies that had been produced through the method suggested by the language planners. The findings will hopefully assist us in the efforts of building Malay language terminologies in future.Korpus peristilahan bahasa Melayu menunjukkan bahawa kini, sejumlah 649 568 entri istilah (tidak termasuk 123 885 istilah MABBIM) telah berjaya dihasilkan (Berita Peristilahan:1998). Langkah pembentukan istilah yang terkandung dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP:1992) mensyaratkan istilah hams dibentuk pertama-tamanya daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu sendiri, kedua, perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu, ketiga, perbendaharaan kata bahasa asing terutama kata daripada sumber bahasa Inggeris, dan keempat, perbendaharaan kata daripada bahasa-bahasa yang lain. Namun begitu, kecenderungan untuk menerima apa-apa yang disarankan atau yang disajikan oleh para perancang istilah tersebut, tidak semestinya dapat diterima bulat-bulat oleh para pengguna istilah. Akhirnya, para penggunalah yang akan menentukan istilah-istilah yang ingin digunakan oleh mereka. Kertas ini akan memaparkan 10 jenis sikap pengguna terhadap istilah-istilah yang telah dihasilkan melalui kaedah yang dicadangkan oleh para perancang bahasa tersebut. Dapatan kajian diharap dapat membantu kita menilai usaha-usaha membina istilah-istilah dalam bahasa Melayu pada masa hadapan

    Tinjauan kesilapan fonologi penutur natif bahasa Iban dalam penguasaan bahasa Melayu standard

    No full text
    This research focuses on the phonological errors of native speakers of Iban language in the process of mastering standard Malay. It aims at identifying the standard Malay phonemes that cannot be mastered by native speakers of Iban language, based on data collected from 20 pupils of two primary schools in the Tutong district in Negara Brunei Darussalam. The data is based on a corpus of 84 selected words which represent the 31 standard Malay phonemes. The finding shows that there are 15 phonemes of standard Malay that cannot be pronounced properly by the Iban speaking pupils in the school, i.e 12 consonants and 3 vowels. Pronunciation difficulty occurs as the result of the absence of these phonemes in the Iban language phonological system. The finding shows direct transfer of the Iban phonological system into the standard Malay phonological system.Penyelidikan ini memfokuskan kesilapan fonologi penutur natif bahasa Iban dalam proses menguasai bahasa Melayu standard. Tujuannya adalah untuk mengenal .pasti fonem-fonem bahasa Melayu standard yang tidak dapat dikuasai oleh penutur natif bahasa Iban berasaskan data yang dikutip daripada 20 orang murid sekolah rendah di daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam. Data ini berdasarkan korpus 84 patah perkataan terpilih yang mewakili 31 fonem bahasa Melayu stan-dard. Dapatan menyerlahkan bahawa ada 15 fonem, iaitu 12 konsonan dan 3 vokal bahasa Melayu standard yang tidak dapat disebut dengan baik oleh murid-murid penutur natif bahasa Iban di sekolah-sekolah tersebut. Kepayahan penyebutan berlaku sebagai akibat ketidakhadiran fonem-fonem yang berkenaan dalam sistem fonologi bahasa Iban. Dapatan menunjukkan ciri pemindahan secara langsung sistem fonologi bahasa Iban ke dalam sistem fonologi bahasa Melayu standard

    Dialektologi bahasa Bugis di Sabah

    No full text
    This data was collected in Tawau district of Sabah due to the fact that the Bugis community who migrated to Sabah from South Sulawesi lsland had settled in the district a long time ago. Today, the Bugis language is still used by the Bugis community in that particular district. The Bugis people rise from a civilized race. They have their own writing script which they named Lontara. The Bugis people of Tawau district relate the birth of their writing script with that of I La Galigo a poem inspired by the Bugis legend. However; in reality the Bugis Ianguage is determined by its surrounding sound features. It is proven by the existence of allomorph. The main word class in the Bugis Ianguage consists of noun, verb, and adjective, which is identical with that of a Malay language.Data kajian ini dikutip di daerah Tawau, Sabah kerana masyarakat Bugls yang berhijrah ke Sabah dari Pulau Sulawesi Selatan telah lama bermastautin di daerah Tawau. Bahasa Bugis masih digunakan oleh masyarakat Bugis di daerah tersebut. Bangsa Bugis ialah bangsa yang bertamadun kerana mempunyai tulisan tangan mereka sendiri yang dinamakan Lontara. Orang Bugis di daerah Tawau menghubungkaitkan kelahiran tulisan tangan mereka dengan I La Galigo, iaitu puisi agung yang diilhamkan daripada legenda Bugis. Namun, dalam kehidupan sebenar, bahasa Bugis ditentukan oleh ciri bunyi yang ada di sekitarnya. Kewujudan alomorf membuktikan hal ini. Golongan kata yang utama dalam bahasa Bugis ialah kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, serupa dengan yang ada pada bahasa Melayu

    Penggunaan strategi membaca dan menulis oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah dalam pembelajaran bahasa Melayu

    No full text
    This study is designed to compare language learning strategies used by good and poor learners to improve the reading and writing skills of bahasa Melayu in the classroom. A total of four good learners and four poor learners were chosen by a group of bahasa Melayu teachers. This "multicase single site" case study uses interview protocol to identifr strategies for improving reading and writing skills. The inter-view data were analysed using Cohen Kappa to determine the main themes emergingfrom transcripts obtained. Findings showed that good learners used more language learning strategies than poor learners in the classroom for both language skills. In addition, there were some differences of language learning strategies used by both group of stu-dents in both language skills.Kajian ini bertujuan untuk membandingkan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang digunakan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu (BM) di dalam kelas. Seramai empat orang pelajar cemerlang dan empat orang pelajar lemah dipilih oleh guru kanan mata pelajaran, guru panitia BM dan guru kelas untuk dijadikan peserta kajian. Kajian "multicase single site" ini menggunakan protokol temu bual yang berkaitan dengan kemahiran membaca dan menulis. Data temu bual dianalisis untuk mengenal pasti tema atau pola yang kerap ditemukan dalam transkrip temu bual tersebut menggunakan analisis indeks Cohen Kappa bagi mendapatkan kebolehpercayaan unit-unit analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar cemerlang menggunakan lebih banyak SPB berbanding dengan pelajar lemah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Namun demikian, terdapat beberapa tema SPB yang dilaporkan sama-sama digunakan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah ketika belajar BM. Tema aktiviti bahasa dan penghayatan agama didapati hanya digunakan oleh pelajar cemerlang sahaja. Tegasnya, terdapat perbezaan SPB yang dilaporkan oleh pelajar cemerlang dan pelajar lemah di dalam kelas, sama ada dalam kemahiran membaca mahupun kemahiran menulis

    Strategi dan ciri kesantunan berbahasa Jepun

    No full text
    This study is a pragmatic study which focuses on linguistic politeness and conversational styles of Japanese nature speakers in verbal inter-actions. The Japanese speakers in this study comprise the teaching staff from Japan in Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Pusat Asasi Sains, Uni-versity Malaya. The data for this study is collected from recordings, field notes and observations taken during staff meeting. The perspec-tives adopted in this study are based on the studies of relevant linguistic scholars such as Leech and the works of Osamu Mizutani The study focuses on linguistic politeness of Japanese language, showing their politeness when interacting among the speakers. The methodology used in this study is the qualitative method based on Leech. The result of this study indicates that the Japanese speakers are cooperative and practice politeness strategies throughout their interaction.Kajian ini merupakan satu kajian pragmatik yang menumpukan penganalisisan ungkapan kesantunan berbahasa semasa interaksi verbal dalam kalangan orang Jepun. Pengguna bahasa Jepun yang difokuskan di dalam kajian ini ialah tenaga pengajar dari Jepun yang mengajar di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Data kajian ini diperoleh daripada hasil soal selidik melalui rakaman, catatan dan pemerhatian semasa mesyuarat bersama tenaga pengajar Jepun sewaktu bertugas dengan mereka. Perspektifkajian ini berasaskan kajian Leech dan juga kajian lampau Osamu Mizutani. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa penutur saling bekerjasama dalam mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berinteraksi sesama mereka. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif dan tumpuan utama kepada prinsip kesopanan berdasarkan Leech. Hasil dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa penutur-penutur Jepun menggunakan unsur-unsur kesopanan dalam komunikasi mereka

    Kelegapan fonologi dalam rima suku kata tertutup dialek Kelantan: satu analisis teori simpati

    No full text
    This paper attempts to describe and explain the phonology of opacity in closed syllable rhyme in Kelantan dialect which has not been adequately explained. The present study adopts the theory of sympathy, set within the constraint-based approach of optimality theory. The phonology of Kelantan dialect shows that the low vowel /a/ followed by [h, 2] in closed syllable rhyme surfaces as [a]. For instance, words like "bah (flood)" and "sesak (crowded)" are realised as [bah] and [sown Opacity arises when there are forms that do not in agreement with this generalisation. For axamples, words such as "bas (bus)" and "sesat (lost)" surface as [bah] and [sosa7]. This paper suggests that the modification of low vowel /a/ in closed syllable rhyme is motivated by *alc] constraint which disallows the low vowel /a/ to occur in that environment. The price for satisfying this constraint instigates an opacity effect in the dialect. In the previous analysis, the phonological behaviour of opacity is accounted for by having an intermediate representation, a structure which cannot be seen either in the underlying or surface representations. In the current analysis, sympathetic candidate and constraint are used to substitute the concept of intermediate representation. Accordingly, the phonology of opacity in closed syllable rhyme in Kelantan dialect can be accounted for adequately.Makalah ini cuba menghurai dan menjelaskan perlakuan fonologi yang sukar difahami atau kelegapan fonologi dalam rima suku kata tertutup dialek Kelantan dengan menggunakan teori Simpati yang berdasarkan tatatingkat kekangan daripada teori Optimaliti. Fonologi dialek Kelantan menunjukkan vokal rendah /a/ yang diikuti oleh segmen [h, 2] di posisi rima suku kata tertutup akan berubah menjadi [a]. Misalnya, kata "bah" dan "sesak" direalisasikan sebagai [bah] dan [sosa2]. Fenomena kelegapan berlaku apabila terdapat bentuk-bentuk yang tidak mematuhi generalisasi ini. Misalnya, kata "bas" dan "sesat" direalisasikan sebagai [bah] dan [sosa2]. Makalah ini menyarankan bahawa perubahan yang berlaku pada vokal /a/ itu disebabkan oleh kekangan kebertandaan *alga, yang tidak membenarkan vokal [a] mendahului konsonan dalam suku kata tertutup. Walau bagaimanapun, pematuhan terhadap kekangan ini menyebabkan kelegapan berlaku. Syarat yang mengawal perlakuan fonologi yang dijelaskan dengan menggunakan representasi perantaraan sebelum ini, tidak kelihatan dalam struktur permukaan mahupun struktur dalaman. Bagi mengatasi masalah ini, bentuk pasangan calon dan kekangan simpatetik daripada teori Simpati digunakan sebagai ganti representasi perantaraan. Dengan cara ini, fenomena kelegapan fonologi yang berlaku dalam rima suku kata tertutup dialek Kelantan dapat dijelaskan dengan lebih berpada

    0

    full texts

    804

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇